Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Friday 24 May 2013

Dia Adamku

Ini kisah aku. Nama aku Nurul Huda. Sangat tipikalkan nama aku? Yala.. sangat padan dengan aku yang memang sangat tipikal orangnya. Bertudung tapi aku ni gila-gila orangnya. Gila pun boleh jadi jugak. Nak-nak lagi kalau tengah tahan marah, memang habis orang aku sembur. Paling teruk kena siapa lagi kalau bukan buah hati tersayang, Syafiq.

Memang Syafiqlah yang aku cari kalau rasa macam nak sembur orang. Syafiqlah yang memang kena tadah telinga bila aku tengah geram. Suara aku memang selalu naik kalau dengan Syafiq. Entahlah.. aku pun tak tahu kenapa aku cepat panas hati kalau dengan Syafiq. Dan Syafiq pulak mestilah diam je bila aku naik angin. Serius aku cakap. Sekali pun dia tak pernah naikkan suara bila aku marah dan mengamuk dengannya. Dia cuma dengar dan senyap.

Dayuskan? Senyap je bila awek dia marah. Tu baru jadi awek. Kalau dah kahwin nanti, entah-entah memang kena queen control. Takut bini punya pasal.

Orang lain yang nampak mungkin akan cakap dia dayus. Tapi.. itu bukan dayus namanya. Syafiq tak dayus. Tapi Syafiq adalah lelaki pertama yang aku nampak paling sempurna. Sebab memang Syafiq memang tercipta untuk menjadi Adamku.

Syafiq sangat kacak. Bukan hanya kacak pada rupa tapi juga peribadinya. Sangat beruntung aku bila dia suka aku. Tapi, apa yang istimewa pada aku sehingga buatkan aku pilih aku yang sangat banyak kekurangannya.

Aku tak cantik. Wajahku hanya biasa-biasa je. Dahlah tak putih sangat. Berdiri dengan dia pun kadang-kadang rasa malu. Yalah.. dia lebih putih daripada aku. Tinggi aku pun sederhana je. Bijak pun takdelah sangat. Lepas nak sambung degree ni pun aku dah sujud syukur dah.

Tak macam dia. Nama dia Mohammad Syafiq Hafizal. Dia tua tiga tahun daripada aku tapi aku bantai nama je bila panggil dia. Tak mainlah abang-abang ni. Geli anak tekak. Dia memang kacak. Tanyalah sesiapa pun, memang grenti punya takde yang menyangkal. Dahlah putih, tinggi pulak tu. Bijak lagi. Selalu dapat dekan setiap semester. Semua orang kenal dia.

Lelaki yang sempurna yang aku rasa macam tak layak denganku. Kadang-kadang aku memang tak percaya yang dia serius denganku. Cakap dia sayang aku pun tak pernah rasanya. Masa ajak aku jadi awek dia pun dia cuma cakap, “Sudikah awak jadi suri dalam hidup saya?”

Aku apa lagi? Ternganga seminit. Ikutkan hati rasa macam nak gelak guling-guling. Tapi  malangnya rumput je depan aku masa tu. Skema nak mati ayatnya. Bila masa pulak mamat ni jadi budak sastera?

Hanya itu. Aku pulak tak kata setuju atau tak tapi aku cakap aku nak berkawan dulu untuk kenal hati budi. Sebab tu la aku selalu buat sesuatu yang akan mencabar kesabarannya. Aku nak tengok sejauh mana dia mampu bertahan. Aku suka marah dia, tengking dia dan kadang-kadang aku buat sesuatu tak pernah beritahu dia. Yalah.. dia bukannya suami aku pun. Lepas tu selalu ugut nak putus.

Tapi, Syafiq lulus semua ujian. Orang kata jodoh itu di tangan Allah. Sesiapa pun boleh jadi jodoh kita. Macam tulah kisah aku dan Syafiq. Setelah apa yang kami lalui, aku tak sangka yang hubungan kami berakhir je jinjang pelamin.

   --------

Aku kerling jam di tangan. Dah nak dekat pukul 3.00 petang. Mana pulak mamat ni merayap, hah? Janji pukul 2.45, tapi sampai sekarang tak mncul-muncul lagi. Batang hidung pun tak nampak, apatah lagi lubang hidungnya.

Haish.. boleh bikin magma naik ni! Tak pernah-pernah lambat. Dua minit tak datang lagi, aku koyak tiket wayang ni. Aku dah nekad. Pedulilah. Buat janji tak dapat nak tepati apa faedahnya?

Baru je aku berura-ura nak koyak, aku nampak Syafiq terkocoh-kocoh mendekatiku.

Sorry.. saya lambat.”

“Kenapa lambat? Jumpa perempuan lain ke?” Dia tengah semput nak tarik nafas, tapi aku terlebih dulu dah sembur dia. Aku memang suka tuduh dia keluar dengan perempuan lain walaupun aku tahu memang dia takkkan.

“Eh, mana ada. Saya ada kerja sikit tadi.” Macam biasa, tenang je dia jawab. Dah immune agaknya menghadap aku versi singa betina ni.

“Lambat lagi sekali, kita putus.” Dan aku memang selalu  ugut nak mintak putus.

“Janganlah.. saya janji takkan lambat lagi.” Dia dah menggelabah. Aku marah, buat muka reda ya? Tapi kalau aku mintak putus menggelabah pulak.

“Dah.. jom kita masuk. Dah nak start ni,” putusku.

Tengok wayang ni memang cadangan aku. Sebab aku nak gelak gila-gila yang boleh buatkan stress aku hilang. Orang kata dalam wayang memang best untuk pasangan kekasih sebab boleh peluk-peluk, boleh pegang tangan. Tapi aku dengan Syafiq tak pernah macam tu okay? Memang cari nahas la dia kalau dia berani nak pegang tangan aku. Memang kamilah yang buat wayang free nanti bila aku belasah Syafiq.

   --------

Sedar tak sedar, hubungan kami hampir menginjak tiga tahun. Dia dah habis belajar dan aku pula di semester terakhir.

“Awak.. company saya hantar saya ke Australia. Kontrak setahun sebelum sambung balik kat Malaysia. Bulan depan dah kena lapor diri.” Suatu hari Syafiq berkata. Terus terdiam aku bila tiba-tiba dia cakap macam tu. Serius terkelu. Diam jugaklah seminit.

Oo.. ya ke? Pergilah.” Itu yang aku jawab sedangkan itu bukannya yang ada dalam kepalaku masa tu.

“Awak tak kisah saya pergi jauh?” soalnya lagi. Aku tak tahulah apa niatnya bila dia tanya aku macam tu. Sama ada nak uji aku ataupun memang kecil hati dengan jawapanku yang memang tak pernah kisah dengannya.

“Kalau awak nak pergi, takkanlah saya nak halang. Tu kan demi masa depan awak,” jawabku. Aku faham yang dia dah kerja. Apa-apa yang syarikat dia nak, sebagai orang bawahan memang dia kena ikut. Aku tak kisah pun sebenarnya. Tapi aku sedih jugak.

“Sebelum saya pergi, apa kata kita kahwin?”

Nak melompat aku masuk tasik bila dengar dia cakap macam tu. Serius mamat ni? Buat kerja gila la tu. Aku tak pernah cakap kat ma dengan abah aku yang aku dah ada kekasih. Nikan pulak nak kahwin? Memang aku kena cop anak gatal la. Belajar pun belum habis lagi.

“Jangan nak buat kerja gila. Taknaklah saya.” Aku berkeras. Kalau paksa aku lagi, aku tak peduli dah. Memang aku mintak putus bebetul daripadanya.

“Kalau kita bertunang?”

“Taknak.”

Aku tengok dia mengeluh. Dia sedih ke dengan jawapanku? Ke dia ingat aku ni tak pernah serius dengannya? Kalau dia mintak putus macam mana? Memang meroyan aku. Aku memang suka uji kesabarannya. Tapi kalau betul-betul putus, memang boleh menangis aku sebab aku memang sayangkan dia. Cuma taknak mengaku je. Memang payah jugak nak terima kenyataan nanti andaikata dia serius nak putuskan hubungan kami.

“Kalau macam tu, kalau saya nak jumpa mak ayah awak boleh?” soalnya lagi.

“Nak buat apa?” Suaraku dah tinggi bertanya. Macam-macam fikiran negatif datang. Buatnya dia buat gila depan ma dan abah aku, mati aku!

“Saya nak minta restu dorang supaya izinkan saya untuk mengambil awak menjadi isteri saya suatu hari nanti. Saya taknak main-main dengan anak dara orang,” ujarnya matang.

Aku terharu mendengarnya. Tapi lebih selesa diam. Masalahnya sekarang, sanggup ke aku nak cakap kat ma dan abah aku tentang dia. Rasa malu pun ada.

“Mak dengan ayah awak macam mana pulak? Sanggup ke terima saya yang tak berapa sempurna ni?” soalku.

“Kalau awak nak jumpa dorang, saya boleh bawa. Saya memang nak perkenalkan awak pada dorang.”

“Taknak la. Belum sedia lagi.” Cepatnya aku berdalih.

“Awak belum sedia, tapi saya dah sedia nak jumpa orang tua awak. So, macam mana?” Aku masih berat hati.

“Sebelum saya berlepas, saya ada satu je permintaan. Saya nak jumpa orang tua awak. Saya harap awak sudi tunaikannya.”

   ----------

Sayang punya pasal. Tambah pulak dengan memang tak sampai hati nak tolak permintaannya yang mungkin terakhir kalinya di Malaysia, akhirnya aku bawa juga Syafiq jumpa ma dan abah aku. Sebelum bawa jumpa, aku beterus-terang tentang hubungan aku dan Syafiq. Seminggu aku berlatih depan cermin semata-mata nak terangkan siapa Syafiq. Huh.. ingat senang ke?

 Dada memang macam lepas lari pecut je rasanya bila bawa Syafiq ke rumah. First time wei aku bawak lelaki balik rumah. Aku ingat lagi hari tu. Macam suspek kes bunuh je Syafiq kena soal-siasat.

“Yakin ke kamu nak dengan anak pak cik?” Abah dah mulakan peranannya. Macam nak makan Syafiq je gayanya kalau tengok daripada cara dia tenung Syafiq.

“Saya yakin dengan hati saya, pak cik. Saya memang serius dengan Huda.”

“Kamu nak pergi Australia. Kalau jumpa perempuan lain kat sana, macam mana?” Abah dah fikir jauh. Aku pun fikir benda yang sama.

“InsyaAllah saya tak akan, pak cik. Soal hati dan perasaan bukan macam siaran TV yang senang-senang boleh kita tukar.”

Macam-macam lagi abah tanya sampai aku pun tak lalu nak layan. Abah ni… tanya macam-macam macam si Syafiq ni nak ajak aku nikah terus. Macamlah anak dia ni sempuna sangat sampai-sampai bagi amaran bagai kalau berani permainkan aku. Yalah.. ayah mana yang nak tengok anaknya kena gula dengan lelaki?

Tapi abah jangan risau. Kalau Syafiq permainkan anak abah ni, belum sempat abah cari dia, dah masuk ICU dah dia anak abah ni kerjakan.

Akhirnya, abah cuma cakap, “ Kita serahkan kepada qada dan qadar Allah. Kalau ada jodoh takkan ke mana.”

   -----------
Sebulan pertama dia di Australia dah buatkan aku merinduinya. Aku rindu tapi aku taknak mengaku. Bila dia telefon, mesti aku asyik nak marah dia. Sebab kecik pun kadang-kadang aku boleh lancarkan perang dunia. Aku pun tak tahu macam mana nak ubah perangai aku ni.

Tiga bulan pertama memang dia selalu telefon aku. Bila masuk bulan keempat, panggilan telefon dah makin kurang. Kalau telefon pun tak sampai lima minit. Mesej pun jarang-jarang. Dia cakap dia sibuk. Jadi terpaksalah percaya yang dia sibuk. Aku akhirnya buat keputusan taknak kacau dia.

Maka lepas tu memang aku tak mengharap pun panggilan telefon atau apa-apa jenis medium untuk kami berhubung. Aku pun sibuk dengan semester terakhir aku. Dah nak dekat final exam. Memang tak terasa sangat dengan hubungan kami yang aku rasa makin jauh. Memang aku dah reda dengan apa-apa yang akan jadi. Satu je yang ada dalam kepala aku masa tu. Hmm.. dia dah jumpa orang lain. Yang mungkin jauh lebih baik daripada aku. Yang tak layan dia macam aku layan dia.

Sehinggalah aku pun dah selamat menggenggam segulung ijazah, hubungan kami masih terasa jauh. Walaupun dia kadang-kadang telefon aku, tapi aku rasa macam jurang besar di antara kami. Kenapa aku rasa macam ni? Petanda yang kami makin tak serasi ke?

   ------------

Bagi seorang yang baru lepas graduate, status penganggur terhormat memang menjadi satu kewajipan. Nak-nak lagi dengan orang macam aku yang dapat result pun cukup-cukup makan je. Nasib baik lepas pointer 3.00.

Serius aku tak tahu nak buat apa. Sama macam kawan baikku. Namanya Ayuni. Tengah-tengah mengannggur ni Ayuni ambil kursus bahasa isyarat. Apa benda la kawan aku sorang tu? Nak jadi cikgu bahasa isyarat ke apa?


“Seronoklah weh belajar benda-benda macam ni. Dapat tahu benda baru. Manalah tahu kalau guna suatu hari nanti.” Ayuni pertahankan hujahnya.

“Kenapa? Kau nak cari suami bisu ke? Ke pekak?” Aku gelak. Masam muka Ayuni. Jahat betul mulut aku.

“Kau ni.. tak baik cakap macam tu. Bisu dan pekak tu bukan orang ke? Bukannya dia nak jadi bisu dan pekak.”

“Ya.. aku tahu. Aku mintak maaf sebab dah bergurau yang tak patut dengan kau.” Aku mintak maaf. Tak patut jugak aku cakap macam tu. Macam nak menghina orang bisu dan pekak pun ada walaupun aku takde niat.

“Kau taknak belajar ke, Huda?”

“Takde masa aku. Malaslah..” Aku rasa bukan penting pun.

“Aku ajar kau ek. Cuba teka ni apa.” Ayuni peluk tubuhnya dengan kedua-dua tangannya.

“Sayang. Yang ni semua orang tahulah,” ejekku.

“Yang ni apa?” Ayuni genggam tangannya macam penumbuk dan letakkan ibu jarinya di dahi.

“Tabik bos.” Aku sengih. Main bantai je bila jawab. Manalah aku tahu.

“Kau ni.. tekalah. Yang ni pulak.” Ayuni buat gaya peace. Tapi kedua-dua jarinya dirapatkan. Sama macam tadi, dirapatkan ke dahi macam orang tabik. Aku pun apa lagi? Terus aku jawab, “Ai ai captain.” Sengih lagi.

“Kau ni… ni assalamualaikumlah dan ni pulak waalaikumussalam.” Ayuni ulang dua isyarat tadi.

Oo… macam tu ke?

   -------------

Aku buka mata perlahan-lahan. Silaunya.. sakit sangat rasanya bila cahaya masuk ke dalam mataku. Aku tengah berbaring di atas sebuah katil. Sekelilingku sangat asing sekali. Macam di hospital. Di tepi katilku ada ma. Ada abah. Ayuni pun ada. Mata ma dan Ayuni merah. Wajah abah pun nampak keruh.

Tubuh aku rasa sakit keseluruhannya. Aku cuba ingat apa yang terjadi kepadaku sebelum aku terlantar macam ni. Masa tu aku nak lintas jalan. Pandang kiri, pandang kanan. Memang yakin dah takde kereta yang lalu, aku terus lintas jalan. Masa tu la ada sebuah kereta muncul tiba-tiba dengan lajunya dari arah bertentangan sedangkan kat situ jalan sehala. Dan lepas tu aku tak ingat apa-apa dah.

Aku pandang ma. Ma macam nak nangis. Ma ni.. asyik nangis je, nanti keringlah air mata. Aku tak apa-apalah. Tengok.. akukan dah sedar. Ma ni.. memang aku kena pujuk la tu supaya tak nangis.

Aku bukak mulut. Nak pujuk ma. Nak cakap, “Ma.. janganlah nangis. Hudakan dah sedar.” Tapi, aku baru perasan sesuatu. Suara aku tak keluar. Aku cuba sekali lagi. Rasa macam bunyi angin yang keluar dari mulutku.

Lantas aku pegang tekakku. Berbalut. Aku pandang ma dan abah. Nak tanya, “Kenapa Huda tak boleh cakap?” Tapi, masih sama. Tiada bunyi yang keluar.

Melihat aku macam tu, air mata ma terus mengalir. Abah terus pandang ke luar tingkap. Ayuni pula turut sama menangis. Kenapa semua orang menangis? Aku taknak tengok air mata. Aku nak dengar jawapan kenapa suara aku tak keluar-keluar?

Aku.. aku dah bisu ke? Ma.. abah.. Huda dah bisu ke? Aku pandang mereka. Tapi satu pun yang tak berani menentang mataku sekarang ni.

 Aku mula rasa tertekan. Nak marah tapi lagi tertekan bila tiada apa-apa bunyi yang keluar. Cakaplah apa dah jadi denganku!

“Huda sayang.. doktor cakap masa  accident ada benda tertusuk kat kotak suara Huda..” Dada dah berdebar bila dengar ma cakap macam tu. Aku tunggu ma teruskan kata-katanya.

Ma kesat air mata yang mengalir lagi. Aku pula tunggu dengan penuh debar.

“Doktor cakap lagi, sebab kecederaan yang serius, kotak suara terpaksa dibuang. Huda akan hilang suara untuk selama-lamanya..” Terhinjut-hinjut bahu ma lepas habis berkata.

Aku yang dengar rasa macam nak kiamat. Aku dah bisu? Aku dah bisu? Tak boleh terima kenyataan. Aku meraung. Tapi, sebab aku memang tak mampu hasilkan apa-apa bunyi, aku hanya meraung senyap. Ma  yang melihat makin kuat menangis.

Kenapa jadi macam ni? Kenapa? Aku dah tak normal. Aku dah cacat. Entah kenapa aku terbayangkan wajah Syafiq. Aku dah tak layak untuknya.

   -------------

Selepas kejadian itu, aku asyik termenung. Bermurung dan berkurung. Selalu menyepikan diri. Apa guna lagi hidupku kalau tak boleh bercakap? Aku memang tak boleh terima kenyataan yang aku dah tak boleh bercakap lagi untuk selama-lamanya.

Bila aku bersendirian, aku hanya mampu menangis. Air mata yang keluar dengan bahu yang terhinjut-hinjut. Kadang-kadang memang takde orang yang tahu aku menangis sebab aku hanya mampu menangis senyap.

Tapi ma dan abah tak mengalah. Selalu mencari akal supaya aku tak bersedih. Selalu kuat untuk kembalikan aku kepada aku yang dulu. Ayuni pun sama. Bila ada masa lapang, dia selalu jenguk aku. Selalu cuba ceriakan aku dengan cerita-ceritanya. Mereka berusaha keras memberi sokongan moral kepada aku. Tapi, aku tetap rasa yang aku memang takkan jadi Huda yang dulu.

Ayuni mengajarku bahasa isyarat. Betul kata Ayuni. Satu hari nanti, mesti berguna bahasa isyarat yang dia belajar. Dan aku yang mengejeknya dulu bagaikan kena balasan. Semuanya kerana aku, bahasa isyarat itu dipraktikkan. Kadang-kadang aku rasa malu. Tapi Ayuni tak pernah mengungkit. Dia memang sahabat sejatiku.

 -------
Suatu hari, Ayuni datang jumpa aku. Tapi hari tu wajahnya aku nampak sedikit risau. Dengan bahasa isyarat, aku bertanya kepadanya.

“Kenapa?”

“Syafiq dah balik.”

Ayat yang cukup pendek tapi dah cukup buatkan dada aku macam nak sesak. Syafiq! Dah lama aku tak kisahkan tentang dia. Bukan sebab dia, tapi semuanya sebab aku. Aku sengaja tak berhubung dengannya. Bila dia menelefonku, sengaja aku tekan butang merah. Beratus kali dia tak putus-putus menelefonku, beratus kali jugalah aku menolak panggilannya. Tak cukup dengan itu, segala jenis mesej yang dihantar kepadaku, tak pernah aku balas. Aku hanya mampu baca dan menangis. Aku sendiri tak sanggup nak layan dia macam tu.

“Dia nak jumpa kau. Dia ada depan rumah kau sekarang ni.” Aku terkejut. Terus selak langsir.

Aku nampak wajah Syafiq yang nampak sedikit kurus tengah berdiri di luar rumah. Kali pertama aku tengok dia selepas setahun berlalu. Terubat rinduku padanya meskipun sedikit.

“Kau taknak jumpa dia?” Aku senyap.

Nak.. aku nak sangat jumpa dia sekarang ni. Kalau ikutkan hati, nak je aku keluar bertanyakan tentang keadaannya. Tapi, sekarang aku tak boleh. Kami dah tak macam dulu.

“Kau nak aku jelaskan perkara sebenar?”

Terus aku geleng kepala. Taknak.. aku taknak dia tahu tentang kejadian malang yang dah membuat perubahan drastik untuk seumur hidupku. Aku taknak dia tahu yang aku dah cakap. Aku tak sanggup melihat Syafiq tinggalkan aku yang tak sempurna. Sebelum dia yang tinggalkan aku, aku rasa ada baiknya aku sendiri yang putuskan segala-galanya. Pasti peritnya takkan terasa sangat walaupun hati tak rela.

“Jangan cakap kat dia tentang aku. Aku taknak dia tahu,” kataku menggunakan bahasa isyarat.

“Habis? Nak cakap apa?”

Aku diam kejap. Kemudian aku cari pen dan kertas. Tiga minit aku mengarang ayat tanpa berfikir. Bersama itu, air mataku turut mengalir laju. Ayuni hanya melihat. Bila aku dah siap menulis, aku bagi kertas tu padanya.

Seminit Ayuni tenung kertas tu sebelum pandang aku.

“Serius kau?”

Aku diam. Tak jawab apa-apa lagi. Bila surat itu berada di tangan Syafiq, aku yakin semuanya akan berakhir.

Ayuni cuma mengeluh sebelum keluar berjumpa Syafiq. Dari balik langsir, aku hanya mampu mendengar dan melihat mereka.

“Dia cakap dia taknak jumpa awak,” kata Ayuni.

“Kenapa? Dia marahkan saya ke?” Aku dengar Syafiq bertanya. Sungguh aku rindukan suaranya itu.

“Saya tak tahu. Tapi dia cuma suruh saya sampaikan ni je. Mungkin ni akan menjawab semua persoalan awak.”

Dan kertas yang aku karang tadi bertukar tangan. Lama mata Syafiq melihat kertas itu. Mungkin cuba untuk menerima kenyataan. Mungkin tak percaya.

“Kenapa dia buat saya macam ni? Apa salah saya?” soal Syafiq sayu. Aku yang mendengar pun rasa nak menangis.

“Saya tak tahu. Saya cuma sampaikan amanah.”

“Saya nak dia gembira. Kalau ni yang dia nak, apa lagi yang saya boleh buat.  Walau apa pun yang terjadi, saya doakan dia gembira.” Itu sahaja yang Syafiq cakap sebelum meninggalkan perkarangan rumahku.

Aku terus terduduk sambil menangis di tepi tingkap.

Syafiq, serius saya cakap saya benci nak tengok muka awak sekarang ni. Saya taknak jumpa awak lagi. Saya nak putuskan hubungan kita. Saya taknak terikat dengan awak lagi. Setahun kita berpisah dah buatkan saya yakin yang kita sememangnya tak sehaluan. Sya dah tak boleh nak paksa hati saya untuk terima awak lagi. Saya dah taknak menipu awak. Mulai hari ni, kita takde apa-apa hubungan. Mungkin kita memang takde jodoh. Jangan cari saya lagi. Anggaplah kita tak pernah kenal sebelum ni. Assalamualaimum.

Macam yang aku cakap, lepas surat itu bertukar tangan, semuanya akan berakhir.

Syafiq, maafkan saya. Saya dah tak layak untuk awak. Awak terlalu sempurna dan terlalu baik. Awak berhak cari perempuan yang sejuta kali lebih sempurna daripada saya. Mungkin ini balasan Allah kepada saya yang tak pernah nak hargai lelaki baik macam awak. Apa-apa pun, saya berdoa awak selalu bahagia.

  ------------

Seminggu lepas kejadian itu, ma dan abah pindah rumah ke Pulau Pinang sebab abah dinaikkan pangkat. Jauh ke utara meninggalkan segala keperitan di Kuala Lumpur. Yang paling penting, tinggalkan kenangan aku dengan Syafiq.

Sampai bila aku nak bermurung macam ni. Nak salahkan takdir. Astaghfirullahalazim. Aku tak boleh macam ni lagi. Menjadi bisu bukan bererti dunia ni berakhir. Ada ramai lagi orang bisu di atas dunia ni. Yang bisu sejak lahir pun ada. Aku sepatutnya bersyukur sebab dah diberi peluang untuk bercakap selama dua puluh empat tahun.

Sebelum ni aku tak pernah bersyukur diberikan nikmat ini. Tak pernah pun aku pandang bersuara itu adalah satu nikmat. Dulu aku pernah kutuk suara aku tak sedap. Betapa aku sangat tak bersyukur. Dan sekarang bila aku dah hilang suara untuk selama-lamanya, aku baru tahu betapa berharganya suara aku dulu.

Aku cuba berfikir positif dengan apa yang berlaku. Mungkin Allah menarik nikmat suaraku sebab aku akan bercakap perkara yang sia-sia. Mungkin aku akan selalu mengumpat dan menambah dosaku.

Ma dan abahlah yang paling gembira bila melihat perubahanku. Aku dah boleh senyum dan tampil di khalayak orang ramai. Tapi buku dan pen haruslah sentiasa dibawa sebab bukan semua orang tahu guna bahasa isyarat. Aku mampu mendengar cuma tak boleh nak bercakap. Kalau dulu aku sangat malu untuk mengahdap orang ramai sebab mesti ada yang akan pandang rendah padaku.

Tapi kini tak lagi. Setahun aku mengambil masa untuk pulihkan keyakinan diri. Bukan tiada orang yang mengejek aku bisu, tapi aku dah tak ambil hati dah sebab memang kenyataannya aku bisu. Sebab hidup ni memang kena diteruskan. Bukan senang untuk bina balik keyakinan diri. Pada peringkat awal, memang asyik menangis je kerja aku sebab aku tak sanggup dengar orang ejek aku bisu. Sampai-sampai aku pernah fikir kenapalah Allah tak jadikan aku pekak? Jadi aku takkan dengar apa-apa yang orang mengutuk dan mengata. Tapi Alhamdulillah, dengan izin Allah semuanya berjaya.

Syafiq? Hmm.. setahun selepas aku putuskan segala-galanya, aku dah tak pernah dengar khabar daripadanya lagi. Nampaknya memang dia nekad nak lupakan aku. Ayuni pun tak pernah cerita apa-apa. Aku rasa dia dah jumpa orang lain. Baguslah.. sekurang-kurangnya dia dah ada pengganti dan boleh lupakan aku terus. Sedih.. tapi aku tetap gembira kalau dia gembira.

Aku pula masih selesa dengan status soloku. Bukan tiada orang yang mendekatiku, tapi bila tahu aku bisu, semuanya menarik diri. Aku tahu akan jadi macam tu sebab tulah aku tak pernah kisah. Aku tahu semua lelaki mahukan perempuan sempurna. Dan aku pun tak tahu bila aku akan kahwin. Sebab aku mahukan lelaki yang boleh terima segala kekuranganku.

Macam Syafiq. Sampai sekarang rasa sayang aku padanya tak bernah berkurang seinci pun. Tapi sayangnya aku tak mahu dia terseksa denganku. Aku dah banyak menyeksa dia sepanjang aku jadi kekasihnya dulu. Biarlah dia mencari kebahagiaanya sendiri. Aku tak pernah menghargainya, jadi memang layaknya dia mencari perempuan lain.

   -------------

Ayuni datang ke Pulau Pinang suatu hari. Katanya ada kerja sedikit. Tapi alang-alang dah datang, dia mahu menjengukku. Kau memang sahabat yang baik, Ayuni. Aku berterima kasih kepada Allah sebab dah kurniakan sahabat sebaik Ayuni.

Aku bawa Ayuni ke taman rumah. Duduk di atas kerusi kayu. Dah lama tak berkongsi cerita dengan Ayuni.

Tiba-tiba Ayuni serahkan satu sampul surat sederhana besar yang berbau wangi di atas ribaku. Macam kad kahwin je gayanya. Dah nak kahwin ke apa minah ni? Kalau betul memang aku hulurkan salam tahniah.

“Apa ni?” soalku dengan bahasa isyarat.

“Bukalah. Tu kad kahwin Syafiq. Dia suruh aku bagi kau,” jawab Ayuni.

Aku rasa macam dunia berhenti berputar. Aku cuba gagahkan hati supaya tidak menangis. Aku dah lepaskan Syafiq, aku harus gembira.

Aku kuatkan tanganku supaya membuka sampul wangi itu. Dalam kekeliruan antara nak tahu dan taknak tahu, aku mahu tahu siapa perempuan bertuah yang berjaya mengganti aku di hati Syafiq.

Aku baca tulisan emas yang terukir cantik dengan nama pengantin. Pengantin lelaki, Mohammad Syafiq Hafizal bin Rasyid. Pengantin perempuan, Nurul Huda bt Saiful. Nama macam aku? Takkan aku kot? Mungkin nama kami sama. Berbintikan nama yang sama. Tapi, bila aku baca nama penuh ma dan abah yang turut ada sama, aku rasa ni bukan sekadar kebetulan.

Aku pandang Ayuni. Minta penjelasan daripadanya. Tapi dia cuma senyum. Bila aku nak utarakan soalan, aku terpandangkan susuk orang lain yang berada tak berapa jauh di belakang Ayuni.

Terus aku tergamam. Tak percaya bila pandang Syafiq. Macam mana dia boleh tahu rumah ni? Aku terkelu habis.

Ayuni pula seakan nak bagi peluang untuk kami bersendirian, terus berlalu masuk rumah. Aku nak halang, tapi aku tak mampu. Nak jerit panggil namanya pun aku tak mampu.

Ayuni.. janganlah pergi. Apa aku nak cakap dengan Syafiq kalau kau tak jadi translator sebab Syafiq bukannya tahu yang aku bisu. Aku rasa nak jerit je masa tu.

Syafiq berjalan menghampiriku. Kemudian duduk agak jauh di sisiku. Aku pandang dia dan dia pandang aku. Kemudian tangan Syafiq bergerak-gerak di udara. Aku hanya melihat dan bila dia habis berbuat begitu, air mataku terus jatuh. Sebab aku faham apa yang cuba disampaikan Syafiq.

“Saya habiskan masa hampir setahun untuk belajar bahasa isyarat ni. Hanya untuk awak tahu, walau apa pun terjadi, saya tetap cintakan awak. Walau siapa pun awak, walau apa pun keadaan awak, saya akan terus berpegang dengan janji saya untuk berkahwin dengan awak. Sebab saya tak pernah main-main dengan awak.” Itulah yang Syafiq sampaikan melalui bahasa isyaratnya.

Aku mengelap air mata yang tumpah.

“Tapi saya dah tak sempurna. Saya dah hilang suara untuk selama-lamanya,” kataku melalui bahasa isyarat juga.

“Nurul Huda selalu sempurna di mata saya. Awak tak hilang suara. Mulai sekarang, sehingga ke akhir hayat awak, izinkan saya untuk  menjadi suara awak. Saya mahu bahagiakan awak dan bagi saya pulak, hanya awak yang mampu bahagiakan saya,” balasnya dalam bahasa isyarat.

Aku rasa sangat terharu dengan Syafiq. Kenapa dia ni baik sangat? Kalau bukan kami bukan mahram, memang dah lama aku peluk dia sebab aku sangat terharu. Lepas apa yang aku dah buat padanya, dia sanggup terima kekuranganku.

Kemudian, dia keluarkan sesuatu daripada poket seluarnya. Aku terkejut bila dia tunjukkan sebentuk cincin di hadapanku.

“Sudikah awak menjadi isteri saya?” lamarnya.

Dan kali ni, aku terus angguk tanpa berfikir lagi. Dah terlalu lama aku berfikir. Aku taknak berfikir lagi untuk menerima Syafiq. Sebab Syafiq memang baik. Sangat baik dan aku taknak lepaskannya untuk kali kedua.

  -------------

Dengan izin Allah, akhirnya kami disatukan. Sekarang dah hampir lima tahun perkahwinan kami dan kami dikurniakan dua orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Perkahwinan kami sangat bahagia. Aku besyukur sebab orang tuanya tak pernah sekali pun menunjukkan rasa tak senang hati bermenantukan seorang perempuan bisu. Malah mereka sangat gembira bila diajarkan bahasa isyarat.

            Sepanjang aku menjadi isteri Syafiq, sekali pun dia tak pernah tinggikan suara denganku. Aku dilayan macam puteri. Sama macam ketika zaman kami bercinta. Cuma kali ini lebih manis sebab perkahwinan dah halalkan persentuhan antara kami. Tapi, bila aku buat salah, Syafiq akan tegur aku. Dengan bahasa yang amat lembut.

Sesuangguhnya aku sangat gembira sekarang. Aku mungkin ditarik nikmat bersuara, tapi aku dikurniakan dengan banyak nikmat yang lain. Dikurniakan suami yang penyayang dan anak-anak yang selalu menceriakan hidupku. Aku disayangi oleh mentuaku. Punya sahabat sebaik Ayuni. Sebelum ni aku tak pernah perasan dengan nikmat-nikmat ini.

Aku berharap perkahwinan aku dan Syafiq akan terus dirahmati. Terima kasih ya Allah kerana Engkau kurniakan aku suami yang sangat baik. Sesungguhnya, dia memang Adamku. Dan aku pulak berazam dengan diri sendiri untuk menjadi isteri yang terbaik untuknya. Meskipun bukan isteri sempurna, tapi aku akan cuba terbaik.

                                      -TAMAT-

71 comments:

  1. waalaikumussalam warahmatullahi wabaratuh...

    aduh akak.. sedih baca tang dialog " saya habiskan masa setahun untuk belajar bahasa isyarat"...
    cerpen yang bagus...

    shah

    ReplyDelete
  2. terharu... iskh..iskh..sob..sob

    ReplyDelete
  3. Bestnya cerpen ni..terharu saya baca

    ReplyDelete
  4. besttttt...besttt... terharu bace!!!. tahniah k

    ReplyDelete
  5. salam , mmg susah nak cari laki macam syafiq...mmg best :)
    sy bagi 4/5 bintang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa 4/5...bagila 10/5....1000 bintang dilangit aq bagi kat Syafiq ni(づ ̄ ³ ̄)づ

      Delete
  6. best citer ni.. bila baca terus teingat kat ayah sebab dia pun xleh cakap.. tapi org bisu ni dia ada kelebihan dia tersendiri..

    ReplyDelete
  7. Best, thank you!

    ReplyDelete
  8. wau...trhru giler!!! mmng trbaik ar...

    ReplyDelete
  9. nice cerpen kak, banyak pengajaran..timbul rasa insaf dan syukur masih dikurniakn suara

    ReplyDelete
  10. Terharunya saya..ape pun..best sgt2..thumbs up

    ReplyDelete
  11. Best as usual.... Err.. Ada lagi ke lelaki camni dlm dunia ni?

    ReplyDelete
  12. seriusly, sedih la crita ni !!!

    ReplyDelete
  13. Nangs plak bc cerpen ni...mengingatkan diri supaya sntiasa besyukur

    ReplyDelete
  14. Assalamu'alaikum. Cerpen lain daripada kebiasaan. Pnuh pngajaran yg tersirat. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah atas sgala nikmat yg Allah bg pd kita.. :)

    -Alia

    ReplyDelete
  15. awak dah buat saya menangis baca cerita ni... sila bertanggungjawab! huhuhu...

    ReplyDelete
  16. Best ... sweet sgt... sampai nangis secara x sengaja... huhu
    -k ha fiza-

    ReplyDelete
  17. Mamahadifhafiy25 May 2013 at 21:31

    sedih.. terharu... menyentuh hati dan perasaan... lu u anjell!!

    ReplyDelete
  18. Whoa..meleleh air mata baca cerpen..trlalu leka dgn keseronokan duniawi..bru sedar indahnya nikmat pancaindera yg Allah kurniakan tdk dgunakan sebaik2nya..

    ReplyDelete
  19. Ya Allah :') baru tesedar. manusia tak pernah bersyukur . . sedihnya :( btw best :D

    ReplyDelete
  20. anjel...a touching story and a very good one too!

    ReplyDelete
  21. Cerita ni sangat menyentuh perasaan... sampai mengalirkan air mata di buatnya. Tahniah Anjel.

    ReplyDelete
  22. sob..sob..sdihhhhh gilaaa...

    ReplyDelete
  23. :'( nikmat Allah . betullah kata orang , manusia tak pernah bersyukur . sedihnya . first time , baca cerpen mcm ni . byk pengajaran dapat diambil :)

    ReplyDelete
  24. Sukeeee......x sangka syafiq sanggup tggu nurul huda & belajar bahasa isyarat..

    ReplyDelete
  25. good job, girl.... merah hidung bace cite ni... sedih sangat.. keep it up!

    ReplyDelete
  26. Terime kaseh sudi share crite ni. Sedih mmg sdih.. Tp lg sdih kalo kte lupe nk brsyukur adenye nikmat2 ni. Sklip mate je Allah boleh trik

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum.
    nk tanya, nvl Eksperimen Cinta agk2 ble diterbitkan ye?
    zsbr nk tau ksh slanjutnya. nvl Suamiku Paling Sweet pn sama. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... novel ec sy mndpt berita sdg cuba dipercepatkan utk dipublish. .sy pon xtau bler..sps plak, full manuskrip still dlm process. .

      Delete
  28. Best + sedih sgt....kak njel wat laa lgi byk2 cerpen cam nie.....huhu...

    ReplyDelete
  29. Sedihhnyaaa. Nak lelaki mcm tuuuuu buat suamiii.

    ReplyDelete
  30. Very good message

    ReplyDelete
  31. serius sedih gila cerpen ni..menitik air mata saya :(

    ReplyDelete
  32. first time baca cerpen sampai bergenang airmata saya..syabas..
    nak suami macam tu..ada tak?

    ReplyDelete
  33. seriously , mmg menangis bce cerpen ni . Good job cik writer !

    ReplyDelete
  34. Rasa trharu sgt bca cerpen ni.

    ReplyDelete
  35. maybe sis yg trlwat bc cerpn ni..tp anjell..u re great..good job..semua rench perasaan da d sni...BESTTT


    shida halim

    ReplyDelete
  36. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  37. Sgt best :) terharu dan mengeluarkan airmata saya baca cerpen ini... Tabik penulis !!

    ReplyDelete
  38. such a sweet pain story....loves u anjell

    ReplyDelete
  39. Beruntungnya dapat suami macam Syafiq bertuah badan,bestt....tq Anjel buatkn akak cemburu pada Nurul hee..hee...

    ReplyDelete
  40. Bestnya dapat suami mcm tuu.. thumbs up.. mmg best

    ReplyDelete
  41. Sedihnya... Anjell cerpen ni memang menyentuh perasaan.. Bergenang air mata bila membacanya..

    ReplyDelete
  42. nak menangis bacanya... T__T

    ReplyDelete
  43. Assalamualakum Anjell....hhhhhuuuuaaaarrrrgggghhhh sedihnyaaaa sungguh menyayat hati...slalunya gelak bagai nak rak baca karya yg lain tapi yg nie bjaya bwat sya menangis huhuhu

    ReplyDelete
  44. Salam...terharu sgt bc cerpen ni..meleleh air mata..ALLAH...

    ReplyDelete
  45. Bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.....best..gugur air mata..........sukar ditemui lelaki setulus hati Syafiq......

    ReplyDelete
  46. best karya ni...menangis bile baca..syukur ade suara dan nikmat yang lain...terima kasih Allah...

    ReplyDelete
  47. best karya ni...menangis bile baca..syukur ade suara dan nikmat yang lain...terima kasih Allah...

    ReplyDelete
  48. Hujan lak tetiba..anyways good jobs sis..kipidap

    ReplyDelete
  49. Ter'Touching' pulak.. sweet sgt2..
    Terbaikk Anjell

    ReplyDelete
  50. Sedihnyeee tp best
    Msih trsa sedihnyeee

    ReplyDelete
  51. Salam. Sungguh menarik cerpen Dia Adamku. Tahniah buat penulis. Salam

    ReplyDelete
  52. FULAMAK!!lambat gila nk membacanya haha..but it's okay.This is the great short story.sedih gilerr!!menangis melalak ngadu kat adik muahaha

    ReplyDelete
  53. cerita best..tapi kan..saye musykil..huda just bisu kan? tak pekak dan tak buta? syafiq boleh je cakap dgn normal dgn huda kan?

    ReplyDelete
  54. Reading this again in 2018 and still loving all your stories. Never write before but I must say you're one of thei inspiring writers I've ever read. You don't only write to satisfy people but you write to give something to us readers. Hoping for more great masterpieces from you kak anjell.💙

    ReplyDelete
  55. Dulu saya x minat pun sis. Sampailah kawan saya bagi buku TPI. Lepastu terus tertarik dengan penulisan sis. Saya doakan sis stay success in writing

    ReplyDelete
  56. Ya Allah.. Serious cakap cerita ni best sangat dan memberi banyak pengajaran ...semoga kita terus bersyukur dgn nikmat yg Dia pinjmkn kat kita ...btw tahniah kepada penulis !! 😃😃

    ReplyDelete
  57. cerita yg sgt sedih + terharu. menangis bila dye terima kad kahwin tuh. dan terharu bila Syafiq ckp 'izinkan saya utk jdi suara awk'😢

    ReplyDelete
  58. Yeay...happy ending ♥️♥️

    ReplyDelete
  59. banjir rumah baca

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )