Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Thursday 22 February 2018

Dheo's (BAB 10)


BAB 10

Aku terkelu. Terkedu dan terbisu. Mata menatap ke dalam anak mata pekatnya itu. Aku dengan pandangan yang takut, dan dia dengan pandangan yang sangat tajam lagi berbahaya. Kedudukan kami sangat rapat sehingga aku dapat rasakan nafas mintnya ditarik dan dihela di wajahku.

Diam. Aku nak bernafas pun takut.

Tapi aku masih sedar yang tangannya masih utuh di leherku yang bertudung. Tiada tekanan pada pegangannya itu. Hanya memegang utuh. Tapi kalau aku bergerak, tiada jaminan yang tekanan pada tangannya tidak akan ditambah. Silap-silap sampai putus nyawa aku dicekiknya.

Aku telan liur. Masih belum berani berbuat apa-apa. Nak bergerak, takut. Nak bersuara, gerun. Apatah lagi kedua-dua kaki dah macam kena strok. Hemiplegic. Paraplegic. Quadriplegic. Semua jenis plegic la. Kalau bukan tangannya yang memegangku, aku yakin aku mesti melorot jatuh.

Tell me, dolce cuore. How much did you hear?” Keras suaranya. Amaran bahaya! Tangannya sedikit ditekan. Tak sakit tapi cukup menggerunkanku.

Nothing much. Saya dengar yang akhir je. Yang Encik jerit tu.” Aku menjawab jujur.

Aku nampak sesuatu yang di balik mata hitamnya walaupun ekspresi mukanya tetap sama. Lega! Dia lega bila cuma itu yang aku tahu. Jangankan dia, aku pun lega itu je yang aku tahu. Kalau aku tahu lebih, agaknya apalah yang dia akan buat? Dan lepas kejadian hari ni, aku tak rasa aku nak tahu apa-apa lagi tentang dia.

Are you sure, Nurissa?

Tersentak dengan kata hati sendiri. Aku pun ragu-ragu.

You disobey me, Rose. I asked you to not wander around alone. I asked you to not be curious. I asked you to not show your face while the event was taking place. But, did you listen to me? No! You broke all of them!” Suaranya memarahiku.

Aku sedar sesuatu. Dia betul. Semua larangannya aku dah langgar. Stupid, Nurissa! Stupid!

Aku masih pegun. Masih tak berani nak bersuara. Bila dia dah marah macam ni, aku nak tatap anak matanya pun dah tak berani. Terus aku larikan anak mata.

Look at me when I am talking to you!” Suara penuh authority.

Terus aku angkat kepala. Pandangan kami yang terputus tadi kembali bersabung. Aku takut! Serius aku takut dengan Dheo yang sekarang. Sangat bahaya! Aku tahu ketakutanku jelas terpancar melalui mataku. Dan memang satu keajaiban air mata belum mengalir lagi.

Mungkin melihatku yang ketakutan, aku dapat tangkap mata Dheo berubah lembut. Lama dia merenungku. Tangan yang berada di leherku terasa diangkat. Naik ke pipiku. Dia mula tegakkan sedikit tubuhku. Menjadikan jarak antara kami sedikit bertambah. Tapi masih dekat.

Nafas turun naik. Mata kami tak lepas dari berpandangan. Aku pula bagaikan tenggelam di balik anak mata cantik Dheo itu. Rasa bagaikan ditarik. Pandangan Dheo bagaikan punya seribu satu rahsia. Punya pelbagai rasa. Aku bagaikan dipukau. Hilang semua rasa takut.

Macam pernah dilihat. Tapi di mana?

Dheo juga masih diam. Dia juga bagaikan tenggelam dalam dunianya. Jemarinya yang berada di pipiku itu dielus lembut. Dia juga bagaikan tenggelam dalam dunianya. Kepala masih memikirkan di mana aku pernah melihat mata cantik itu. Tiba-tiba jadi keliru.

“Bos!”

Aku kembali ke alam nyata. Dheo pun sama. Pegangan pada tubuhku dilepaskan bagaikan baru sahaja memegang besi panas. Nasib baik kaki dah ada kekuatan. Masih mampu berdiri sendiri.

Dheo berpaling ke arah suara itu. Wajah kembali ke versi sejuk beku.

Lucca terungap-cungap mencari nafas. Nampak macam lepas lari pecut seratus meter gaya semputnya. Bila tengok Lucca, aku baru teringat yang aku sepatutnya menunggunya di depan lobi hotel.

Here you are, signora. I think I lost you.” Wajah Lucca nampak penuh kelegaan.

Aku diam. Masih tak berani nak bersuara bila di depan Dheo.

I asked you to do one thing, Lucca. Keep her away. Takkan itu pun tak boleh buat?” Suara amarah Dheo kepada Lucca bukan sedikit. Aku yang dengar pun rasa nak menikus lari. Itu aku yang hanya jadi pendengar. Belum lagi berada di tempat Lucca.

Tapi wajah Lucca tak beriak. Bagaikan sudah biasa dengannya.

Sorry, bos. Won’t happen again.” Suara Lucca bagaikan satu janji.

Kali ini Dheo diam. Pandangan dihalakan ke arahku. Matanya mengecil. Seolah-olah memikirkan apa yang harus dilakukan denganku.

Come with me,” arah Dheo.

Belum sempat aku membantah, terasa pergelangan tanganku disambar. Terus tenggelam tanganku di balik tangan besarnya itu. Dia heret aku. Bila aku cuba rungkaikannya, jelingan amaran dihadiahkan. Terus putus segala usahaku. Sudahnya, macam lembu kena cucuk hidung, aku mengikut arah tanganku ditarik.

Dheo menuju ke arah penthousenya. Kalau bukan ada Lucca yang mengekor di belakang kami, aku gerun juga. Sekurang-kurangnya takdelah aku berdua-duaan dengan Dheo.

Amboi, pagi tadi takde pulak kau fikir nak berdua-duaan dengan Dheo ya?

Pagi tadi lain. Pagi tadi sebab aku jalankan tugasku sebagai personal housekeeper dia. Tapi sekarang ni lain. Sekarang ni dah luar skop kerja. Dah jauh terpesong. Ni kalau ada orang nampak, silap-silap orang ingat aku ni kekasih tak berapa cerah Dheo.

Sebaik sahaja dia membuka pintu rumahnya, aku ditolak masuk dulu. Kemudian dia dan barulah Lucca menjadi orang terakhir. Aku rasa macam boneka bila sekali lagi Dheo tolak aku ke arah sofa.

“Duduk,” arahnya sepatah.

Betullah aku dah macam boneka! Dengar je suara dia, lutut automatik membengkok, punggung tanpa disuruh berlabuh di atas sofa lembutnya itu. Dheo pula masih berdiri di depanku. Tangan disilang di dada. Lucca pula berdiri agak jauh dari kami.

“Apa yang awak buat di sini? Awak tahu ni kawasan larangan kalau bukan waktu kerja,” siasat Dheo.

“Saya tertinggal jam tangan saya di rumah Encik. Saya cuma nak ambil jam saya. Sumpah tiada niat lain.” Aku berkata jujur.

“Kenapa awak masih berada di hotel? Saya dah pesan, awak boleh balik lepas habis kemas rumah saya? Kenapa ingkar?”

Bila dia dah ungkit kesalahanku, aku mula telan liur.

“Saya dah nak balik dah lepas kemas rumah Encik. Tapi Puan Rasyidah panggil. Cakap staf available kena stand by untuk menolong. Saya dah bagitahu yang Encik suruh saya balik. Tapi Cik Nancy tak percaya. Dia cakap kalau betul, mesti Encik dah bagitahu dia. So, saya cuma ikut je la. Anggap Encik tak maksudkan.”

“Nancy?”

Aku angguk.

Merda!” Aku dengar dia berkata sesuatu dalam bahasa Itali. Haraplah dia bukan mencarut kat aku.

Nampak dia tarik nafas dalam-dalam.

“Ni hotel saya atau Nancy?”

“Hotel Encik.”

“Saya atau Nancy bos awak?”

“Encik bos saya.” Macam budak darjah satu, aku masih menjawab.

“Tahu pun. Dah tu kenapa nak ikut cakap Nancy? Gaya dia macam bini saya ke yang awak nak ikut kata-kata dia?”

Aku terkedu. Tak dapat jawab. Dia betul. Ya.. dia memang selalu betul pun.

“Lain kali, ikut apa yang saya cakap. Kalau orang lain tak percaya, suruh dorang pergi tanya saya. They can call me. Or come to my office. Anything. But never defy my commands. Understood?”

“Baik, Encik.” Aku patuh.

Dia cuma pandang aku dengan mata yang dikecilkan. Dia pun dah musykil. Macam dah tak percayakan kata-kataku. Undang-undang dia yang aku langgar, semuanya adalah tanpa sengaja. Sumpah!

“Awak dah langgar segala undang-undang saya. Saya pernah cakap yang sesiapa yang langgar perintah saya, they will face with consequences.”

Mataku terus meluas mendengarnya.

“Encik nak bunuh saya ke?” Dengan polosnya aku bertanya.

Nampak tubuhnya mengeras. Macam tak menyangka aku cakap macam tu. Lucca pula aku nampak macam tengah tahan gelak. Bila dia perasan dengan pandanganku, terus dia buat-buat batuk. Bila Dheo pula yang pandang dia, terus dia kejung. Berdehem sesaat, sebelum wajahnya kembali normal. Tak berekspresi.

Ce cosi tanto che potrei fare per voi, voi non nemmeno conto.” Lidahnya digulungkan dengan bahasa Itali.

Sebab aku tak tahu maksud, lagilah aku gerun. Lantas aku pandang Lucca.

“Dia cakap apa?” Aku tahu hanya Lucca yang boleh jadi abangda google translate terbaik saat ni.

Tapi Lucca hanya jongket bahu. Cis!

Melihat Dheo, aku nampak hujung bibirnya seakan-akan cuba tahan senyum. Apa yang kelakar? Kemudian aku tersedar sesuatu. Mungkin dia suka tengok aku macam ni. Resah di bawah ihsan dia. Macam villain dalam cerita kartun. Bila tengok mangsa makin takut, lagi dia suka. Apa orang kata? Seeking pleasure in other’s misery.

“Encik betul-betul nak bunuh saya!” Aku tuduh lagi. Sekarang rasa nak menangis.

I told you curiosity doesn’t kill you but your freedom. You know something you shouldn’t so I have to make sure you walk away with your mouth shut.”

Gulp! Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perilaku silap-silap 24 jam aku di bawah perhatian Dheo.

“Saya janji saya tutup mulut saya. Saya takkan cakap kat orang lain. Sumpah!” Entah berapa kali aku dah bersumpah hari ni.

Betul! Aku takkan cakap kat siapa-siapa tentang hari ni. No harms done! Tiada pembunuhan terjadi. Tiada tembak-menembak. Lelaki tu pun aku rasa boleh berjalan dengan kedua kaki. Aku anggap tadi Dheo cuma bergurau-gurau manja dengan lelaki itu.

 “Tak sesenang tu, Tesoro.”

Betapa aku rasa aku nak terjun dari tingkat lima puluh lima ini. Semoga amnesia lagi sekali.

I’m going to watch you. You cannot run from Dheo Han.”

Automatik aku teguk liur. Dia tak ugut aku pun. Kalau aku tak buat apa-apa, atau tak cerita pada sesiapa, aku akan selamat, kan?

See.. mudah! Harapnya la!

“Okey.”

“Okey?”

“Yalah.. okey. Encik boleh buat sesuka hati. I’m under your mercy.”

You don’t understand, Tesoro. It’s not about me only. It’s about you. Kalau awak ingat, bukan hanya saya yang tahu kewujudan awak malam ni. I won’t harm you. But I can’t promise he won’t.” Kata-katanya buatkan wajahku kering darah.

“Tapi.. saya tak dengar apa-apa.” Aku mula takut!

“Tapi dia tak tahu. Kalau dia tahu, belum tentu dia percaya.” Dia sengaja menakut-nakutkan aku.

Memang takut pun! Aku yakin Dheo takkan apa-apakan aku. Tapi lelaki yang sorang lagi tu? Gulp!

That’s why my darling, starting from now, obey to my every command. Every. Please. Don’t put yourself into trouble again.”

Oh. My. God! What have I gotten myself into? 2.0.

“Apa saya kena buat lepas ni?”

Act normal. Pergi kerja, balik kerja. But, I have my eyes on you.”

Rela dalam paksa, aku angguk. Kalau aku tak buat apa-apa, maka semuanya yang jadi mungkin akan dilupakan, kan?

Tapi.. sebenarnya, apa yang jadi tadi ni? Mereka bercakap pasal apa? Apa sisi gelap Dheo yang disembunyikan di sebalik imej profesionalnya? Siapa Dheo Han sebenarnya?

Stop, Nurissa! Stop being curious. Look at what it got you into

“Awak ada apa-apa bantahan?”

Geleng. Apa lagi pilihan yang aku ada?

“Ada apa-apa soalan?”

Aku pandang Dheo yang masih tak lepas memandangku. Muka masih serius. Pandangan terarah kepada Lucca yang berada di sedikit belakang dari Dheo. Mata juga tak lepas dari tengok aku dan Dheo berinteraksi. Sekali tengok gayanya, macam dia tengah enjoy tengok drama swasta.

Are you gay?”

Aku nampak Dheo kejung. Mulutnya sedikit ternganga. Matanya pula kelip-kelip pandang aku. Off-guard!

What?”

Are you both gay?” ulangku lagi. Bergilir-gilir pandang Dheo dan Lucca.

Mereka berdua berpandangan. Dan lepas tu, kedengaran berdekah ketawa Lucca memenuhi ruang besar itu. Dheo pulak aku nampak raup wajah sendiri dengan sebelah tangan. Kemudian hela nafas panjang-panjang. Muka reda.

Kenapa? Kelakar ke soalanku itu? Aku cuma nak tahu.

You just don’t understand when I said don’t be curious, do you?” Suara dia dah macam reda yang amat.

Aku diam. Terkena balik. Dia betul lagi.

“Lucca, pergi orderkan makanan,” arah Dheo. Suara cuba tahan rasa annoying. Annoying dengan Lucca agaknya. Apatah lagi dengan Lucca yang masih belum reda ketawanya.

“Baik, bos!” Tapi dia masih patuh. Ketawanya dah habis. Tapi dia masih sengih. Nampak dia lap hujung mata. Bukan main seronok dia gelak, sampai berair mata.

You make my day, principessa,” kata Lucca sambil geleng-geleng kepala.

Dengan bibir yang masih senyum, aku nampak susuk tubuh Lucca menghala ke pintu utama rumah. Tak lama lepas tu, kedengaran bunyi isyarat menandakan pintu rumah sudah tertutup.

Berdua lagi. Dengan Dheo Han lagi.

Diam. Aku pandang dia, dia pandang aku.

So, I’m gay, huh? Dengan Lucca?”

Gulp!

Bibir dia mula naik sikit. Senyum misteri.

“Saya cuma tanya.” Aku memberanikan diri untuk menjawab.

What makes you think that I am a gay? Do I look like I’m a gay?” Sebelah kening terangkat bila bertanya.

“Saya dengar orang-orang cakap. Saya cuma nak pastikan. Sebab nanti saya taknak fitnah encik,” jawabku lagi.

Dia masih belum menjawab persoalanku. Adakah dia seorang yang sukakan lelaki?

Dheo renung aku lama-lama. Kakinya mula menghala ke arah sofa yang aku duduk sekarang ni. Duduk di sebelahku. Automatik aku mengensot ke tepi. Tak selesa duduk dekat-dekat dengan dia. Entah apa dia akan buat padaku nanti.

“Kenapa, Tesoro? Nak takut apa? Sayakan gay. Gay tak makan perempuan.” Dia senyum sinis.

“Jadi… betul ke encik gay?” Tak tahu nak menangis ke nak lega kalau dia angguk.

Dheo tak jawab. Tapi dia mengengsot rapat ke arahku. Bila aku dah berada di hujung sofa, aku terus bangun. Namun belum sempat kaki nak berdiri, Dheo menahanku dengan sebelah tangannya. Aku kini terperangkap di antara dia dan sofa.

Rasa sesak nafas sekejap. Apatah lagi kedudukan kami yang agak rapat. Dia mungkin gay, tak rasa apa-apa. Tapi aku ni perempuan normal. Kalau dekat dengan lelaki, apatah lagi lelaki kacak macam dia hatiku mesti rasa nak meletup.

Semua ni salah!

Well.. Let me tell you a secret, Tesoro. But you must not tell others.” Dia dekatkan bibirnya ke arah telingaku.

I’m not gay. And I like female.”

Sunday 18 February 2018

Dheo's (BAB 9)


BAB 9

Macam yang diarahkan Dheo, usai menyiapkan kerjaku, aku terus ke bilik persalinan. Ingin menukar uniform sebelum pulang ke rumah. Dheo kata nanti Lucca akan hantar aku balik. Tapi persoalannya, macam mana Lucca nak cari aku? Atau macam mana aku nak cari Lucca? Baru perasan kami belum pernah bertukar-tukar nombor telefon.

Takpelah.. kalau tak jumpa Lucca, pandai-pandailah aku cari jalan balik, ya?

Beberapa meter kaki menghampiri pintu masuk bilik persalinan, tiba-tiba tanganku dipegang seseorang. Arin.

“Laa.. sini rupanya Rissa. Puan Rasyidah panggil.”

“Panggil? Kenapa?” soalku ingin tahu. Kaki berjalan menyaingi langkahnya. Haluanku kini berubah ke bilik Puan Rasyidah.

“Macam biasalah. Staf tak cukup nak attend majlis di Grand Ball Room. Mana-mana staf yang available biasanya akan pergi tolong.”

Tapi Dheo dah pesan kepadaku supaya terus balik. Supaya jangan berada di hotel selepas aku habis siapkan kerjaku di rumahnya. Nak lebih sadis lagi, dia taknak tengok pun muka aku di majlis tu.

Kami tiba di dalam bilik Puan Rasyidah. Ada lebih kurang lapan staf lain yang turut berada di situ. Puan Rasyidah memulakan bicara. Macam apa yang dikatakan Arin tadi, staf yang dah habis tugas diminta untuk mengerahkan keringat untuk menolong apa-apa yang patut untuk majlis besar yang bakal berlangsung nanti.

Sedang Puan Rasyidah rancak bercerita, tiba-tiba pintu diketuk sebelum dibuka. Muncul Nancy melangkah ke arah kami semua. Dia cuma berdiri beberapa meter di belakang kami sebelum memberi isyarat kepada Puan Rasyidah untuk menyambung kata.

“Hanan dan Auni, nanti tolong bahagian protokol majlis.”

Hanan dan Auni angguk.

“Rissa, Arin dan Ahmad, nanti tolong di bahagian service and cleaning.”

Arin dan Ahmad turut angguk.

“Puan, tadi masa saya kemas rumah Encik Han, dia suruh saya balik lepas saya habis kemas rumah dia,” kataku serba-salah. Taknak orang ingat aku curi tulang. Staf lain berpenat-lelah jayakan majlis besar itu, aku pula goyang kaki di rumah.

Tapi bukan aku yang minta. Dheo yang arahkan aku. Mengingatkan kata-katanya pagi tadi, masih terasa kesannya.

“Betul ke you ni? Entah-entah you sengaja nak ponteng.” Suara Nancy menuduh.

Aku telan liur. Kata-katanya menyebabkan semua kepala di situ terarah kepadaku. Bermacam-macam reaksi yang ditunjuk. Nak tahu? Tak percaya? Tak kurang juga yang menunggu aku menjawab balik.

“Betul, Cik Nancy. Encik Han yang cakap kat saya pagi tadi. Saya takde niat nak ponteng.” Dalam takut-takut, aku beranikan diri untuk bersuara. Aku tak menipu!

“Mr. Han tak cakap apa-apa pun kat I. So I consider dia tak maksudkan kata-katanya. Lagipun, apa specialnya you sampai you dikecualikan? Ni tak adil kalau staf lain penat tapi you tak penat. Especially bila you masih baru.” Nancy sekolahkan aku.

Aku tahan rasa. Mulut nak membidas, tapi aku tahan dan bersabar. Lagipun, aku tak punya jawapan untuk soalannya itu. Apa istimewanya aku sampai aku nak dikecualikan?

“Kalau macam tu, takpelah. Saya tolong nanti,” jawabku mudah.

Mungkin Nancy betul. Entah-entah Dheo tak maksudkan kata-katanya. Kalau tak, mesti dia dah pesan awal-awal pada Nancy, kan?

   ------------

Aku baru tahu hari ini merupakan hari pelancaran kerjasama Dheo dengan salah satu rantaian hotel giga di Itali. Hari besar untuk Dheo. Beberapa tetamu dari Itali turut hadir ke majlis itu. Aku dengar, ahli keluarga Dheo pun turut ada.

Aku dan Arin berada di bahagian belakang. Menolong pihak dapur menguruskan makanan kerana sebentar lagi makanan bakal dihidangkan di meja.

Berada di dalam majlis besar ini, entah kenapa hati rasa sesuatu. Apabila mendengar suara Dheo memberikan ucapannya, hati rasa bangga dengannya. Dari jauh dapat kulihat riak wajahnya yang berkeyakinan dan berkarisma ketika dia memberi ucapannya. Dan bila dia dah habis, tepukan yang sangat gemuruh diberikan kepadanya.

“Rissa suka dia ke?”

Aku terkejut mendengar kata-kata Arin itu. Aku pandang Arin. Dia tengah senyum.

“Eh, mana ada!” nafiku. Muka dah rasa merah. Kenapa aku nak rasa macam ni? Baru seminggu kut. Takkanlah aku dah suka dia?

Tapi.. bila tengok Dheo, aku rasa bagaikan ada satu tarikan. Entah kenapa. Aku rasa tertarik untuk melihatnya, tertarik untuk tahu siapakah dia. Normal ke aku rasa macam ni? Aku rasa ini kali pertama aku rasa tertarik dengan lelaki.

“Tak payahlah nak nafi. Arin tahu la.” Arin senyum mengusik. Sempat dia tolak bahuku perlahan. Saja nak kenakan aku.

“Takpe.. takpe.. Arin faham. Tak pelik pun. Rasanya semua staf di sini pun mana ada yang tak terpaut tengok dia. Apatah lagi Rissa pula hari-hari menghadap dia,” tambah Arin lagi.

“Tak kiralah dah kahwin ke, bujang ke, mesti ada crush dengan Encik Han. Maklumlah.. diakan kacak, kaya, berjaya. Pakej. Semua perempuan dok termimpi-mimpi berdiri di sebelah dia. Cik Nancy pun sama. Tapi.. nak buat cemana? Encik Han tak pernah layan mana-mana perempuan.”

“Dia dengan Cik Nancy takde apa-apa ke?” korekku. Berdebar. Manalah tahu mereka ada sejarah.

Aku pun tak tahu kenapa aku takut untuk mendengar jawapan Arin.

“Mana ada. Cik Nancy tu syok sendiri rasanya. Encik Han ni walaupun dia ada semua, yang buatkan semua lagi kagum dengan dia adalah dia bukan playboy. Rekod dia bersih daripada perempuan.”

Wow.. biar betul! Entah kenapa hati teruja mendengarnya. Kagum juga.

“Rissa jangan nak kagum sangat.” Arin pandang kiri kanan. Nak pastikan line clear. Dia dekatkan bibirnya ke telingaku.

“Orang cakap dia gay.”

Ternganga aku mendengarnya. Mulut terbuka, tapi satu patah perkataan pun tak keluar. Punyalah mati kata-kata aku dibuatnya.

Arin angguk-angguk. Betul meyakinkan aku yang Dheo adalah seorang yang..

Gay!

Gay?! Senak perut aku nak hadam kenyataan itu. Sayang gila lelaki sempurna macam tu tapi nafsu berhaluan kiri.

“Mana Arin tahu?” siasatku. Aku tak suka menuduh tanpa usul periksa. Fitnah nanti. Penat aku nak cari dia nak minta maaf andainya aku dah fitnah dia. Baik kita yakinkan dengan fakta.

“Semua dah heboh. Cik Nancy pernah tawarkan diri tapi Encik Han tolak. Cik Nancy cantik, seksi. Kalau ikan dah datang tawar diri kat kucing, kucing kalau bukan spesis kunyit takkan tolak. Tapi ngap! Lelaki mana nak tolak? Encik Han pun bukan Islam. Tapi dia tetap tak tergoda dengan Cik Nancy,” cerita Arin lagi.

Aku tak tahu nak cakap apa. Kehidupan peribadi Dheo pun semua dapat tahu ya? Dengan siapa dia tidur, dengan siapa dia tolak. Semua staf boleh tahu?

“Sebab apa lagi kalau dah macam tu? Bila tak tunjuk minat kat perempuan. Perempuan serah diri pun dia tolak. Padahal dia boleh je gunakan Cik Nancy tu one night stand, no strings attached dia. Kalau bukan Cik Nancy, model-model yang nak dekat dengan dia. Mana ada dia layan.” Kata-kata Arin tu ada betulnya juga.

“Lepas tu lagi, boleh dikatakan dua puluh empat jam dia berkepit dengan Lucca. Tak rasa pelik ke? Lucca tu dahlah handsome, tegap. Lucca pun dua kali lima. Tak pernah nampak dengan mana-mana perempuan juga. Tengok perempuan macam takde nafsu.”

“Sebab tu orang syak sebenarnya Encik Han dan Lucca tu tengah bercinta,” bisik Arin lagi.

Aku telan liur mendengarnya. Perit. Lucca pun sama? Haish.. biar betul ni? Aku taknak percaya, tapi apa yang Arin katakan itu masuk akal juga. Teringat balik masa kali pertama aku jumpa Dheo. Dia pun ada cakap yang dia tak minat dengan perempuan.

Tapi.. memikirkan Dheo dan Lucca? Meremang bulu roma wei! Dahlah dua-dua sado, maskulin. Dua-dua ada rupa, jejaka idaman perempuan. Tak sanggup aku bayangkan. Tak boleh nak terima!

Kenapa? Kenapa?!!

    ---------------

Kisah peribadi Dheo Han kita tolak ke tepi dulu, sekarang ni adalah untuk bekerja. Pengurus majlis memberi isyarat yang makanan dah boleh dibawa masuk. Pelayan-pelayan yang dari tadi menunggu dah pun berlalu untuk menjalankan tugas mereka.

Nasib baiklah aku dan Arin hanya bekerja di belakang tabir. Hanya sediakan makanan untuk dihidangkan oleh para pelayan. Lega. Sehinggalah pengurus majlis mengarahkan aku dan Arin untuk turut membantu di luar. Kata mereka, kaki tangan tak cukup.

Arin cuma angguk. Aku? Tak tahu nak angguk atau nak geleng. Sebab aku tak pernah layan orang dalam majlis. Arin takpelah, dah berpengalaman. Sudahnya, aku hanya melihat apa yang Arin lakukan.

Arin angkat satu dulang yang berisi beberapa gelas tinggi. Aku hanya mengikut. Nampak Arin mula meletakkan gelas demi gelas di meja para tetamu. Aku ikut lagi. Senyuman tak lekang di bibir. Lama kelamaan, rasa kekokku dah makin hilang. Kaki pun dah tak berapa menggigil.

Sehinggalah aku rasa diriku bagaikan diperhatikan. Aku tegakkan tubuh. Berpaling ke belakang.

Dheo Han! Tajam menikam pandangannya. Dia seolah-olah menahan marah. Pandangannya sangat berbahaya.

Aku telan liur. Tahu yang aku dah langgar perintahnya. Dan aku harus bersedia untuk terima akibatnya.

Tapi aku abaikannya. Masih menjalankan tugasku. Tangan rasa menggigil. Entah kenapa aku rasa mata Dheo memerhatikan tiap  tindak-tandukku dengan mata helangnya. Aku berlagak selamba walaupun dada dah macam tengah berpancaragam.

Nasib baiklah tugasku dah hampir selesai. Sebaik sahaja habis meja terakhir, aku terus masuk ke belakang. Menolong di bahagian belakang. Sekurang-kurangnya Dheo dah tak nampak aku di dalam majlis tu.

Principessa.”

Aku terkejut. Ingatkan Dheo. Nasib baik cuma Lucca. Wajahnya nampak ketat. Tapi senyuman tetap dihulurkan. Tapi itu pun nampak kaku.

“Lucca.”

Dheo ask me to escort you out.”
Kali ni aku angguk laju-laju. Aku dah taknak langgar perintah Dheo. Tengok jelingan dia tadi pun dah nak bercerai tulang lutut, kalau dia betul-betul hukum aku, apa akan jadi agaknya? Entah kenapa aku rasa dia sangat bahaya.

Dark and dangerous. Intimidating and ruthless.

Yet interesting and alluring.

Arghh… tiga suku kau Nurissa! Pasti ada virus atau kuman yang dah berjangkit di otakku sampai pemikiranku pun dah tak berapa betul.

Tanpa memikirkan pemikiran luar alamku itu, aku mengikut langkah Lucca. Kami sama-sama menuju ke bilik persalinan. Lucca tunggu di luar. Aku tak ambil banyak masa untuk menyalin pakaian. Cuma beberapa minit sebelum aku keluar cari Lucca.

Kami mula berjalan ke arah pintu keluar. Masing-masing diam. Lucca bagaikan sedang jauh berfikir. Dan aku pula kehabisan modal untuk bercerita. Sebab bila aku nampak muka Lucca, benda pertama yang laju nak keluar dari mulutku adalah ‘Are you gay?’

“Awak tunggu di sini, saya pergi ambil kereta kejap,” katanya. Aku cuma angguk.

Kemudian susuk Lucca mula menghilang. Aku hanya memerhatikan sekeliling. Perhatikan orang keluar masuk hotel. Sesekali membalas senyuman bila ada orang senyum kepadaku.

Tangan tiba-tiba meraba pergelangan kiri. Baru perasan kosong. Jam tangan yang selalu dipakai tiada. Patutlah rasa ringan semacam.

Mungkin jam tertinggal di dalam loker. Aku berfikir sekejap. Nak tunggu Lucca sampai dulu atau aku pergi ambil dulu? Kalau aku pecut pergi ambil, mesti kejap je.

Jadi aku membuat keputusan untuk pergi mengambil jam tangan tu dulu. Lantas aku berlari balik ke bilik persalinan. Lokerku dibuka. Meraba-raba tangan mula mencari. Tapi hampa. Beberapa kali aku mencari, tapi tetap tiada.

Aku mula cemas. Jam itu dihadiahkan oleh arwah ayah. Aku sangat sayangkan jam tu. Takkan terjatuh kat mana-mana kut? Fikir, Nurissa! Fikir!

Kemudian aku teringat balik ketika aku sedang mengemas rumah Dheo Han pagi tadi. Rasa nak tepuk dahi sendiri! Baru ingat. Aku ada tanggalkan sebelum aku mula mencuci pinggan mangkuk di sinki. Aku letak besebelahan dengan rak muk.

Tanpa berfikir panjang, aku terus mengatur langkah ke lif khas Dheo. Kata Lucca, aku boleh guna lif itu bila aku perlu. Itu jawapannya ketika aku bertanya kenapa dia memberitahu aku tentang passwords lif itu. Dan katanya, Dheo sendiri hanya setuju.

Cepat sahaja aku tiba di destinasiku. Langkah laju diayun ke penthouse Dheo. Aku haraplah dia tiada. Sebab senang sikit kerja aku. Sebab aku dah punya passwords dan kunci eletronik rumahnya yang diberikan oleh Lucca. Aku  tak pernah gunakannya melainkan untuk mengemas rumahnya. Itu pun baru sekali.

Tapi kali ni aku terpaksa. Niatku cuma ingin mengambil jam. Bukan niat nak menceroboh.

Langkah yang laju tadi tiba-tiba diperlahankan. Sebab aku nampak dua susuk manusia yang sedang bercakap di kaki lima itu. Salah seorangnya adalah Dheo. Majlis dah habis ke?

Sepantas kilat aku bersembunyi di balik dinding. Firasat. Aku tahu aku tak patut buat semua ni, tapi apa boleh buat? Aku ingin tahu. Rasa membuak-buak nak tahu apa yang mereka berdua cakapkan.

Aku pasang telinga. Tapi tiada apa yang kedengaran. Mereka macam berbisik. Kemudian aku dengar Dheo marah. Dalam bahasa Itali. Melihatkan wajah berang Dheo, aku tahu dia betul-betul marah.

Aku nampak bibir lelaki di depan Dheo bergerak. Buatkan muka Dheo makin bengis. Leher lelaki itu dicekup dengan sebelah tangan. Aku terus tutup mulut. Elakkan mulut daripada keluarkan bunyi.

Kaki menggigil melihat Dheo seperti itu. Tapi, kenapa kakiku masih enggan bergerak. Masih mahu berada di situ dan menyaksikannya?

 “You promise me and you better keep your promise. If you do anything stupid, you are going to speak with my gun stuck on your head. You don’t mess with a D’Ambrosio.” Keras suara Dheo. Genggamannya di leher lelaki itu dieratkan. Sampai ternganga mulut lelaki itu. Kalau dekat, mesti aku dapat lihat muka dia yang dah bertukar biru.

Aku nampak lelaki itu memegang tangan Dheo. Minta belas ihsan Dheo supaya lepaskannya. Tapi Dheo makin mengeratkan genggamannya.

Tiba-tiba aku rasa paru-paru tak cukup oksigen. Gerun! Aku tak sukakan keganasan. Entah kenapa aku rasa bagaikan déjà vu. Bagaikan aku pernah lalui semua ini. Suara kuat. Pergaduhan berlaku. Tembak-menembak. Ada pertumpahan darah.

Tanganku menggigil. Tak sanggup aku berada di sini. Lantas kakiku mula mengundur beberapa langkah. Sehinggalah aku terlanggar pasu bunga besar yang menjadi hiasan. Gara-gara kesunyian melampau, bunyi yang terhasil agak kuat juga.

Sekelip mata, tangan Dheo terungkai dari leher lelaki itu. Kedengaran lelaki itu terbatuk-batuk. Aku sempat nampak kepala Dheo terarah ke arahku.

Tanpa membuang masa, aku terus buka langkah. Selamatkan diri sendiri. Entah kenapa aku rasa aku baru melompat masuk ke sarang naga. Aku dah tahu sesuatu yang orang lain tak tahu. Aku dah nampak siapa Dheo Han di balik imej businessmannya itu.

Aku lari sekuat hati ke arah lif. Sebaik sahaja tiba di selekoh, terasa tanganku ditarik kuat. Terasa tubuhku ditolak ke dinding sebelum ada satu susuk berdiri betul-betul di depanku. Sebelah tangannya memegang leherku dan sebelah lagi menolak bahuku rapat ke dinding.

Just you think where you are going to, dolce cuore?”