Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Saturday, 3 February 2018

Dheo's (BAB 5)

BAB 5

“Syarat?” Aku mula tak sedap hati. Ragu-ragu aku pandang wajah kacaknya itu.

Yup.. What can you do for me?” soalnya balik.

“Maksud awak?” Tak sedap hati berganda. Dup dap.. dup dap.. macam nak bermarahthon keluar je jantung sekarang ni.

Dia diam dulu. Cuma matanya renung aku dari atas sampai bawah. Bagaikan menilik tubuhku. Macam sedang menilai berapa bintang harus diberikan pada susuk tubuhku ini. Meremang segala bulu di tubuhku. Aku telan liur. Jangan cakap dia fikir apa yang aku fikir sekarang ni. Lelaki ni bukan boleh percaya sangat!

“Jangan harap saya nak..”

Whoa.. relaks! Saya tahu apa dalam kepala awak sekarang ni. That thought is impressive. Unfortunately, I’m not interested in any woman.” Dia cantas kata-kataku. Mukanya jelas menunjukkan kebenaran kata-katanya itu. Muka bosan dan tak berminat langsung.

Meruap malu mukaku. Amboi, Nurissa! Ingat kau tu cantik sangat ke sampai fikir macam tu? Berderet-deret model taraf dunia yang meleleh liur tengah tunggu masa dia pilih untuk ajak makan. Ingat dia nak pandang kau sebelah mata ke? Aku termalu sendiri dengan pemikiranku itu.

“Habis tu?” Malu-malu pun aku lega. Sekurang-kurangnya orang tu dah tak payah pergi tempah appointment dengan pakar sakit tuan besok.

Tapi… bila ingat balik apa yang dia cakap, dia tak berminat dengan perempuan? Lelaki tak minat dengan perempuan? Dia ni gay ke? Aku mula bersangka buruk. Tapi cepat-cepat aku hapuskannya. Dia bukan bff aku jadi aku tak kenal dia. So, jangan fitnah dia ya, Nurissa! Melainkan dia cakap ‘I’m not interested with species like you. I like species who have beard with six pack’, haa.. yang tu memang sahih lagi betul dia nafsu berhaluan kiri.

Bibir Dheo naik sikit. Sinis.

You know.. despite your innocence look, you have quite  dirty mind.”

Dengan itu, meluap-luap rasa marahku sekarang ni. Dah la dia cakap muka aku innocent, lepas tu aku otak kuning. Cis, ini dah melampau! Tapi macam biasa, aku sabarkan hati, kuatkan iman. Apa boleh buat kalau lelaki di depan dia ni insurans mulut dah habis semalam!

I’m not innocent.” Suara sedikit marah. Muka pun masam. Aku dah selalu dengar orang kata wajahku suci bersih, bagaikan tak tahu apa-apa. Aku tak suka! Sebab kalau fikir macam tu, maksudnya orang senang nak ambil kesempatan denganku.

Yeah, right! You’re not innocent.” Suara dia macam sengaja nak iyakan apa yang aku cakap sebab dia malas nak layan.

“Awak cakap pasal syarat apa?” Aku ubah topik. Berbalik kepada tujuan asal.

I’m a businessman. No business of mine gives me no profit. So, kalau awak taknak saya robohkan kafe tu, apa yang awak boleh buat untuk saya? What can you offer me, Tesoro?” katanya lagi.

I’m not your treasure.” Spontan aku membalas. Ada je nama-nama aneh dia nak panggil aku, kan?

Wajahnya sedikit terkejut.

You know Italian?”

Aku tahu bahasa Itali? Aku sendiri terkejut. Kelip-kelip aku pandang dia. Bisu. Sebab aku memang tak punya jawapan untuk soalannya itu. Kalau ikutkan, itu kali pertama aku mendengar perkataan itu. Aku cuma tahu ti amo dan Mia bella.

“Awak nak saya lakukan apa untuk awak?” soalku balik.

Work for me and I promise you no harms done on that café.”

“Kerja dengan awak?”

“Awak tahukan yang rumah yang awak tinggal sekarang ni adalah hak milik saya. You’re not staying on my property for free, are you?” soalnya lagi dengan penuh selamba.

Rasa terhina. Aku tahankan mulut dari menjawab. Sebab apa yang dia katakan itu sememangnya betul. Segala milik di rumahku itu adalah hak miliknya. Aku sekarang ni cuma menumpang tanpa aku sedar. Kira beruntung sebab dia belum tendang aku keluar.

“Bila saya dah jumpa rumah lain, saya akan pindah dari rumah tu. Jangan risau.” Aku kawal nada suaraku supaya tidak kedengaran biadap. Kata-kataku harus dijaga di depannya. Sebab dengan hanya dengan petik jari, dia mampu humban aku ke tepi jalan atau musnahkan I’s Café.

Aku hanya perlu bersabar. Untuk sekarang.

“Awak boleh tinggal di rumah tu. Saya tak kisah. Kalau tak, rumah tu tak berpenghuni.”

No.. it’s okay! Itu rumah awak. Bila saya dah ada rumah baru, saya akan keluar. Saya bukannya charity box awak,” jawabku tegas. Tapi suara masih dapatku tahan daripada naik satu oktaf.

So.. if you’re not staying, then I’m going to sell it to someone else.” Tenang suaranya ketika berkata.

Aku mengecilkan mataku ke arahnya. Dia ugut aku.

“Awak ugut saya?” Aku tahu dia ugut aku.

Dia jongket bahu.

“Saya cuma bercakap benda betul. Saya yakin mesti ramai nak rumah tu. Daripada dibiarkan rumah tu tak berpenghuni, ada baiknya saya jual. Told you before. I’m a businessman. Business means profits. Kalau saya jual, saya akan untung. So, why not? Kalau rumah tu tak berpenghuni, saya jual.”

Rasa macam anak tekak kena simpul mati. Ikutkan ego, nak je aku laung ke telinganya supaya juallah, aku tak kisah. Tapi.. fikiran aku membangkang. Kalau aku ikutkan egoku, aku akan hilang rumah itu. Tapi, menghadap Dheo Han ni, aku kena rendahkan segala egoku.

Aku mengeluh lemah.

What do you want from me?” Serius aku tak faham. Dia cakap itu rumah dia, dan ya.. aku faham. Rumah dia, harta dia. Aku cuma bagaikan melukut di tepi gantang baginya.  Aku dah bersedia untuk melangkah keluar bila perlu. Sebab aku taknak dikatakan terus menumpang, jadi parasit kepadanya. Tapi, bila aku dah rela nak angkat kaki, dia ugut nak jual rumah itu.

Apa yang dia nak sebenarnya?

“Macam ni la. Siapa pemilik sebenar rumah tu, tak semua orang tahu. So, keep pretending it’s yours. Tinggal dalam rumah tu. Work for me, pay the rent.”

Aku diam. Nak taknak, aku memang akan terikat dengan dia, kan? Aku sekarang ni baru lepas lompat bintang masuk mulut naga ke? Dia bijak. Licik. Otak businessman dia serba tahu untuk mengikat kakiku daripada lari darinya.

The deal is simple. Work for me and all of your properties will be safe, especially I’s Café.” Sabdu cukup-cukup masa dia cakap ‘I’s Café’. Dia memang tahu itu kelemahanku.

“Kenapa awak buat semua ni? Awak macam ikat saya. Saya takde pilihan melainkan bersetuju dengan awak.”

“Saya dah cakap tadi. Ayah awak ada hutang dengan saya dan hutang itu masih belum dibayar lagi. Your father is dead, so automatically the responsibility is put onto your shoulder. Awak anak dia.”

Ya Allah… hutang apa lagi ni? Tak habis-habis dengan hutang dia. Bila aku tanya hutang apa, dia taknak jawab pulak.

So, deal or no deal? Come on.. saya bukannya suruh awak kahwin dengan saya atau jadi perempuan simpanan saya. Saya pun tak dera awak. I help you instead. Saya bagi awak kerja, saya bagi awak rumah. You should be grateful. All I ask you to do is to pay the debt.”

Aku pertimbangkan apa yang dia cakap. Dia betul. Sekurang-kurangnya dia tak aniaya aku. Buatnya dia halau aku keluar macam anjing kurap, macam mana? Buatnya dia mintak aku bayar cash hutang dia mana aku nak cekau duit?

“Saya akan kerja sebagai apa?” Aku ingin tahu. Buatnya dia suruh aku jadi penari kelab malam, pakai baju tutup yang mana wajib je memang kirim salam awal-awal la.

“Awak masih belajar. Maksudnya awak tiada apa-apa qualification yang melayakkan awak untuk dapat apa-apa jawatan di hotel ni. I’m going to treat my employees equally. So, I’m offering you to be a housekeeper.”

Lega! Sekurang-kurangnya dia tak suruh aku jadi penari tiang.

Deal,” putusku.

Deal?”

“Ya.. deal. Kenapa?”

“Awak okey walaupun hanya menjadi housekeeper?”

“Okey. It’s not a big deal. Awak betul. Saya takde apa-apa qualification dan housekeeper layak untuk saya sekarang ni. Awak ketua di sini dan awak kena layan semuanya sama rata. Saya faham,” jelasku. Serius aku okey dengan apa yang dia tawarkan. Sikit pun tak rasa terhina.

“Saya tak tahu apa hutang ayah saya pada awak, tapi saya akan cuba untuk langsaikannya. I’m your paw until you ask me out of the game. Housekeeping tu kerja yang halal. It suits me for now.”

But, after I’m graduated, if there is any vacancy that fits with my qualification, I’m going to apply and I hope you will give me a chance to prove myself.” Panjang lebar hujahku.

Feisty.” Itu komennya bersama senyum herot yang cuba ditahan. Dua kali aku nampak dia senyum hari ni walaupun bukan senyum versi pencair hati.

Oppurtunist. Persistent. I’m impressed.”

Dia.. puji aku ke tu?

Therefore, welcome to La Prince.” Bersama ucapan itu, aku tahu kakiku memang terikat kemas dengan Dheo Han.

What have I gotten myself into?

    ----------

Kaki dihayunkan tanpa arah. Sekarang ni, aku punya masalah. Masalah besar! Macam mana aku nak keluar dari tempat ni? Aku kat mana sekarang ni? Kiri pasu bunga besar, kanan replica harimau. Tiada langsung kelibat manusia. Rasa macam hidup di pulau tak berpenghuni.

Aku tolak satu pintu kaca. Masuk yang ni dah tiga pintu kaca aku tolak. Tapi jalan keluar tak muncul-muncul jugak. Hotel dah besar. Tulis la ‘Exit’ kat mana! Yang aku ni pulak, masa datang nak jumpa Dheo Han tadi, laju je jumpa.  Ni nak balik, kenapa macam kena sorok dengan bunian ni? Tak nampak jalan!

Aku hentikan langkah kaki. Kemudian sandarkan badan pada dinding di situ. Penat. Sekeliling kupandang lagi. Nak tahu aku sedang berada di mana sekarang ni. Pandanganku terhenti pada dinding bertentangan denganku. Beberapa lukisan besar tertampal megah pada dinding itu.

Lantas aku dongakkan kepala untuk memandang ke dinding yang aku sedang bersandar itu. Juga tertampal beberapa lukisan cantik. Di setiap kaki lukisan itu, aku perasan ada sesuatu yang sama.

J.H.

Hanya itu yang tertulis. Pasti itu pelukisnya. Siapa J.H? Pelukis terkenal ke? Tapi kenapa aku tak kenal? Tapi, melihat lukisan-lukisannya, aku memang kagum. Halus. Terperinci. Campuran ton warna yang sangat teliti. Kalau dia bukan pelukis terkenal, pasti lukisannya takkan tergantung pada dinding hotel kelas lima bintang, kan?

Tanpa sedar, kaki melangkah melalui sepanjang kawasan itu. Ingin melihat lukisan-lukisan cantik dan unik yang berada di situ. Satu demi satu diperhati, sumpah aku jatuh hati. Tangan rasa gatal nak usap setiap lukisan itu. Setiap gambar itu punya keistimewaannya tersendiri. Lukisannya tulus dari hati. Itu yang dapat aku putuskan.

Hinggalah tiba di satu gambar, kakiku terpaku. Aku bagaikan dipukau. Tak berkelip mata tenung lukisan itu. Di depan mataku sekarang ni, ada satu lukisan huluran tangan berlatar belakangkan Eiffel Tower. Macam apa yang aku pernah lukis dulu. Tapi, bukan itu yang membuatkan mataku meluas tak percaya.

Tangan! Tangan di dalam gambar itu adalah tangan lelaki. Ada seutas jam tangan jenama Vacheron Constantin yang berada di tangan lelaki itu. Itulah yang membezakan lukisanku dengan lukisan yang berada di depanku sekarang ni. Kalau aku lukis tangan yang menghulur dari kiri, tangan di dalam gambar itu pula menghulur dari kanan. Dan kalau aku letakkan lukisan kami sebelah menyebelah, akan terlihat seolah-olah mereka bagaikan mahu berpegangan tangan. Close-up Eiffel Tower di belakang itu juga akan menjadi lengkap jika lukisan kami digabungkan.

Jantungku tiba-tiba berdebar kencang. Kenapa aku rasa macam ni? Kebetulankah semua ini? Tak mungkinlah lukisan hebat ini ada kaitan denganku. Pelukisnya J.H? Siapa dia? Takkan aku kenal dia kut? Mustahillah!

Hey.. why are you here? This is forbidden area.” Suara yang agak kuat itu buatkan aku kembali ke alam nyata.

Aku pandang ke arah punca suara. Nampak seorang lelaki sedang menuju ke arahku. Bila berada dekat denganku, wajahnya macam  pernah aku lihat.

“Lucca?” Lantas memori dia datang membeli kopi di I’s Café menjelma. Satu-satunya lelaki Itali yang pernah jejak kaki ke situ, macam mana aku boleh tak ingat.

Signora?” Dia pun bagaikan terkejut. Mungkin tak sangka ada pertemuan kedua antara kami di tempat lain.

What are you doing in here?” soalnya.

Apa yang aku sedang lakukan sekarang ini? Soalannya itu buatkan aku baru teringat balik punca sebenar kenapa aku boleh berada di sini. Aku memang macam ni. Letak la aku di tempat yang penuh lukisan, aku akan lupa dunia sekeliling. Kaki memang automatik akan dirasuk.

I’m… lost. I came to see Mr. Dheo Han. And suddenly, I had no idea where my legs brought me to,” jelasku. Tayang sengih serba-salah kepadanya.

“Awak jumpa Dheo?” Wajahnya jelas terkejut.

“Awak boleh cakap melayu?” Tapi tak seterkejut wajahku bila dengar perkataan melayu keluar dari bibir Italinya itu.

“Ya.. saya boleh cakap melayu. Awak jumpa Dheo?” Lagi sekali dia ulang soalan itu.

Aku angguk. Kenapa dia nak terkejut sangat? Dheo Han tu susah nak jumpa manusia lain ke? Ke sebab bukan senang nak jumpa Dheo Han kalau bukan pasal business?  

“Ya.. saya ada hal nak selesaikan dengan dia. And tomorrow, I’m going to work here.”

“Dheo tawarkan awak untuk kerja apa?”

Housekeeper.”

Kelip-kelip dia pandang aku. Tak percaya agaknya. Tapi aku cuma senyum. Kerja housekeeping bukannya hina. Apa yang nak dimalukan?

“Awak pula buat apa kat sini?” soalku pula.

“Saya pun kerja di sini.”

As?”

I’m Signor Han’s driver.”

Aku pulak yang kelip-kelip pandang dia. Tak percaya. Kalau sendi rahang tak kuat, mahu rahang bawah kena tarik graviti sampai cecah tanah.

Driver? Automatik mataku menilik dari atas sampai bawah. Dua kali. Mak aii.. driver zaman sekarang. Jangan main-main, kau! Kalah model Giorgio Armani.

“Kenapa? Pelik ke?” Suaranya kedengaran bagaikan sedang menahan lucu. Tiada rasa tersinggung langsung.

“Haah.. sebab awak segak, kacak,” jawabku jujur.

Housekeeper boleh cantik,  takkanlah driver tak boleh kacak?” Dia membalas balik. Kedua-dua kening diangkat. Mencabar aku untuk berkata tidak.

Tersipu malu aku mendengarnya. Serius tak boleh nak balas balik. Bukan nak cakap aku cantik, tapi kata-katanya ada betulnya juga. Rupa tak menentukan karier seseorang. Sekurang-kurangnya kerja yang dilakukan itu ikhlas dan yang penting, halal.

Bila nampak mukaku berubah merah, Lucca lepaskan satu ketawa kecil. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Wajahnya gembira, nampak bersinar bagaikan tengah bahagia. Terhibur sangat agaknya dia melihat aku macam tu.

Come, signora. We should get out of here.”

“Nurissa. Nama saya Nurissa Rose.” Aku perkenalkan diri. Baru perasan yang dia tak pernah tahu nama aku dan signora itulah yang selalu dipanggilnya aku.

Dengan lagak penuh gentleman, Lucca mempersilakan aku untuk berjalan dulu sebelum dia turut beriringan denganku. Sepi. Tapi mataku masih melilau pada kiri dan kanan, masih mengagumi lukisan-lukisan itu.

“Ini tempat apa?” soalku ingin tahu.

“Ini Galeri The Dheo’s. This place is exclusively his. Haram untuk sesiapa pun. Semua orang di sini tahu peraturan itu. Biasanya sesiapa yang melanggarnya akan dibuang kerja terus. Dheo memang seorang yang sangat tegas.”

Aku telan liur. Ngeri! Belum kerja lagi aku dah cari nahas.

“Alamak.. macam mana ni? Saya tak sengaja. Saya tak tahu pun pasal undang-undang tu. Kaki termasuk ke dalam bilik ni. Lepas tu saya memang suka tengok lukisan. Bila dah tengok tertengok lukisan, kaki memang terasuk nak terus tengok,” kataku.

“Awak jangan cakap kat dia yang saya dah terceroboh tempat ni ya?” Aku mintak belas ihsan Lucca. Tayang muka kesian, haraplah dia setuju.

Lucca ketawa.

Don’t have to show that face, signora. You always know you would win,” katanya sambil geleng-geleng kepala. Lucu.

Aku turut tarik sengih.

So, adakah itu maksudnya saya akan terselamat?”

This is our secret. Selamat.” Dia buatkan gaya zipkan mulutnya. Buatkan aku pula yang tergelak.

Technically, awak belum bekerja di sini jadi saya tak nampak alasan Dheo untuk buang awak. Betul tak?” hujahnya lagi. Aku angguk-angguk setuju.

“Encik Han suka lukisan ke?” korekku tiba-tiba. Entah kenapa rasa nak tahu.

Yup. Dia memang sangat gilakan lukisan.”

“Saya nampak semua lukisan ni kebanyakannya dilukis oleh J.H. Siapa J.H.?”

Lucca jongket bahu.

“Pelukis?” jawabnya mudah.

Ketika itu, kaki kami hampir tiba di depan satu lif besar. Akhirnya.. jumpa juga jalan keluar. Terima kasih kepada Lucca yang tiba-tiba jadi tour guide tak bergaji aku.

Use this lift. It will take you straight to the ground floor. The passwords is 101013#,” arahnya.

Thank you, Lucca. Nasib baik awak ada. Awak dah jadi hero saya hari ni.” Aku berterima kasih.

Dia senyum manis.

“Saya harap kita akan jumpa lagi nanti,” ucapku ikhlas.

Oh.. trust me, signora! You will see my face again. Every day.”

13 comments:

  1. Makin best la pulak...xsabar nak baca kisah seterusnya...

    ReplyDelete
  2. Makin best la pulak...xsabar nak baca kisah seterusnya...

    ReplyDelete
  3. Kegilaan saya terhadap dheo telah bertambah!!! #dush#dush..huahuahua..kak anjel nak lagi~~..craving sgt...nak jerit tp nanti umi marah...huhu

    ReplyDelete
  4. Kegilaan saya terhadap dheo telah bertambah!!! #dush#dush..huahuahua..kak anjel nak lagi~~..craving sgt...nak jerit tp nanti umi marah...huhu

    ReplyDelete
  5. huwaaaaa publish terus boleh tak ?! HAHAHHAAHHAHA serious i tak sanggup nak tunggu you update chapter by chapter 😭😭 i nak baca hardcopy terus 🙈🙈

    ReplyDelete
    Replies
    1. I agree😣😣😣😣😣😣😣😣

      Delete
  6. please,please,please..I'm addicted to this story....and Dheo Han.Hope this story will be published asap..

    ReplyDelete
  7. warrrhhhhgggg dear dheo han,u make my heart was dup dap dup dap and stop from beating.. i truly falling in love...

    ReplyDelete
  8. 101013# birthday anak saya... Hehehe
    Da 3kali repeat baca baru perasan..����

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )