Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Friday 10 October 2014

Hero Seorang Cinderella (BAB 1)

BAB 1

“Di sebuah desa, ada seorang gadis yang sangat cantik bernama Cinderella. Cinderella tinggal bersama bapa dan ibu tirinya. Ibu kandungnya telah lama meninggal dunia. Oleh kerana bapa Cinderella selalu keluar berdagang, Cinderella selalu ditinggalkan dengan ibu dan dua orang kakak tirinya. Mereka tidak sukakan Cinderella dan selalu menyuruh Cinderella untuk melakukan kerja-kerja rumah. Cinderella berasa…”

Pap! Buku di tangan Zuyyin ditutup sebelum ditarik. Terus Zuyyin angkat muka. Pandang muka selamba si tukang tarik buku itu.

“Wei.. kau dah kenapa?”Suara Zuyyin macam tak puas hati.

Medina buat tak dengar.

“Cerita tu cerita tipu. Una takyah dengar ya? Sekarang ni, nah Cik Dee bagi duit, pergilah beli aiskrim ke, gula-gula ke. Ada pekdahnya jugak daripada dengar mak su ni menipu.” Medina bagi lima ringgit pada Una yang tengah terkebil-kebil memandangnya dan Zuyyin yang tengah gaduh-gaduh sayang tu.

Tak sampai lima saat, Una dah bersorak gembira dan lari keluar.

“Amboi, selambanya kau halau anak saudara aku ya? Aku ke kau mak sedara dia?” Zuyyin bercekak pinggang pandang Medina.

Medina buat tak dengar. Bukan tak biasa menghadap Zuyyin versi mak singa kena sembelit ni. Sikit pun tak ngeri la. Perasaan takut dah lama dah lupus dalam kamus hidup dia ni.

“Tak baik menipu budak tahu? Ada ke cerita macam ni cerita kat budak? Nonsense.” Medina belek-belek buku Cinderella yang nipis di tangannya itu. Kemudian dia mencebik sebelum campak atas katil dekat dengan Zuyyin.

Siapalah pereka cerita karut ni? Kalau aku kenal, memang aku dah brainwash seround sebab dah wujudkan cerita dongeng tak guna macam tu!

“Apa pulak yang menipu? Best tahu cerita ni? Aku suka.” Kemudian Zuyyin ambil buku sebelahnya itu. Dibuka dan dibelek pada muka surat terakhir.

“Putera akhirnya berjumpa dengan pemilik kasut kaca itu. Putera rasa sangat gembira kerana dapat bertemu dengan Cinderella yang dicintainya. Akhirnya, Cinderella dan putera raja berkahwin dan hidup bahagia. Tamat.”

Tutup buku balik. Bila pandang Medina, perempuan itu tengah tayang muka bosan tahap maksima.

“Phuii.. Penipu gila. Macam la dalam dunia ni dia tu je yang ada saiz kaki macam tu. Kasut kaca pulak tu? Tak logik langsung. Aku rasa belum sempat si Cinderella tu pakai, dah masuk operation theatre sebab nak buang kaca masuk kaki. Kalau aku jadi Cinderella tu, memang aku dah mintak kasut emas daripada pari-pari. Boleh jugak dibuat gadai. Dapat duit,” komen Medina.

“Haa.. lagi satu! Yang ni aku dok musykil sampai sekarang. Cinderella kena balik rumah dia sebelum pukul dua belas tengah malam. Kalau tak, Cinderella akan berubah jadi Cinderella yang lama. Kuda jadi tikus balik. Carriage pun jadi labu balik. Baju dia jadi buruk. Tapi, kenapa kasut dia dengan putera tu tak hilang-hilang? Cun je dalam simpanan putera. Tak ke pelik?”

Terus tergelak Zuyyin dengar teori Medina. Jauh betul pemikirannya. Tak tercapai dek akal manusia lain. Kalaulah wujudnya persatuan Belia Benci Cinderella, memang dah tahu dah siapa yang terlebih layak jadi pengerusinya. Dia memang dah maklum si Medina memang anti dengan cerita Cinderella tu tapi dia memang sengaja suka mengusik perempuan itu.

“Biarlah, nanti dapat kahwin dengan anak raja jugak. Happy.”

“Huh! Tak semua kisah happy ending macam tu,” jawab Medina.

“Alamak, lupa pulak kat sini ada the real Cinderella la.” Mengekek Zuyyin ketawa. Buat tak peduli dengan muka beku Medina yang memang pantang dengar perkataan tu.

“Kau pernah dengar tak cerita Cinderella versi thriller? Macam.. dia bunuh kawan baik dia sendiri ke?”

Makin kuat Zuyyin ketawa. Memang tak pernah dengar. Tapi kalau si Medina ni yang jadi Cinderella memang tak mustahil.

Medina memang Cinderella. Cinderella biasanya baik, polos dan reda je kalau kena buli. Tapi, tu Cinderella dalam buku, dalam TV. Zaman dulu bolehlah. Si Medina ni pulak Cinderella alaf 21. Buli dia? Itu namanya korek kubur sendiri. Memang Medina takkan duduk diam kalau kena buli.

Itulah yang Zuyyin nampak sejak bergelar kawan baik Medina. Yang jadi mangsa siapa lagi kalau bukan kakak tiri Medina. Tak serik-serik nak cari pasal dengan Medina walaupun Medina tak pernah nak kacau hidup dia. Dan lepas tu, mulalah nak mengadu macam-macam kat mak dia. Akhirnya, mesti Medina yang kena balik.

Huh.. kesian rupanya hidup Medina ni! Macam manalah kawannya tu bertahan selama dua puluh dua tahun ni?

“Okey.. okey.. itu cuma lawak tak kelakar aku. Sorry.” Zuyyin akhirnya minta maaf.

“Benci. Tak faham aku kenapa manusia ni suka sangat cerita-cerita dongeng macam tu? Lepas tu bagi pengaruh buruk kat budak. Cuba cerita pasal kisah nabi ke, kisah para sahabat ke. Ada pekdahnya jugak,” bebel Medina lagi.

“Ya.. ya.. Cik Dee. Cik Dee je betul.” Zuyyin mengalah. Malas nak berdebat pasal Cinderella dengan the real Cinderella ni. Penat.

“Dee, kau memang taknak balik rumah kau ke?” soal Zuyyin pula. Dah dua hari dah rasanya kawannya itu lepak dalam rumahnya.

Sekarang dah cuti semester. Tapi si Medina ni dah sesat masuk rumah dia. Tak nampak tanda-tanda nak balik rumah sendiri pulak tu!

“Alah.. sebelah je. Bukannya jauh,” jawab Medina malas.

“Pelik la kau ni. Rumah bukan main besar. Tapi rumah buruk ni jugak la kau nak duduk.” Zuyyin geleng-geleng kepala. Boleh dikira dengan jari berapa kali Medina tidur rumah sendiri. Biasanya, malam je mesti dia datang sini. Nasib baiklah rumah mereka cuma bersebelahan.

Sebelah-menyebelah. Tapi bezanya macam langit dengan bumi. Rumah Medina macam istana raja, rumah dia macam pondok tempat orang lepas penat. Yalah.. mak dia memang orang gaji rumah Medina. Rumah dia ni pun papa Medina yang hadiahkan. Datuk Azizan baik. Macam Medina juga. Tapi tak faham kenapa dua orang tu tak pernah nak ngam.

“Papa aku bukannya ada. Lusa baru balik. Lusa la aku balik rumah tu,” kata Medina mendatar.

Malas Medina nak balik rumah dia. Bosan sebab tak tahu nak buat apa. Paling tak perdajalkan kakak tiri tak sedar diri dia tu. Lepas tu, kena sumpah-seranah segala spesis atas  muka bumi ni dengan mak tiri dia pulak. Nasib baik la cuma bumi yang ada makhluk. Cuba kalau Zuhal atau Uranus tu ada alien? Rasanya memang segala spesis alien tu sekali dia kena sumpah.

 “Rumah tu kan rumah kau.”

“Memang rumah aku. Tapi aku tak suka hidup dengan parasit. Menyemak je.” Benci betul Medina rasa sekarang ni.

Istana macam neraka. Macam tu la lebih kurang gambaran yang Medina gambarkan tentang rumah dia. Besar tapi berpuaka sebab hidup dengan ibu dan kakak tirinya. Ibu kandungnya? Kata papanya, dah meninggal dunia lepas lahirkannya. Sebab ni la kut papa tak suka dia. Dia penyebab mamanya meninggal dunia.

Papa dia? Jangan risau, papanya masih ada lagi. Alhamdulillah sihat walafiat. Tapi, sayangnya hubungan dia dengan papanya tak pernah nak baik sejak dulu lagi. Entahlah. Medina sendiri tak tahu kenapa. Ada je salahnya pada mata papa sampai-sampai semua yang dibuatnya dibenci papa.

Dan dia pun memang suka buat benda yang buat papa marah. Bila dia buat baik, tapi ada pulak kaki penghasut, kaki dengki cakap dia jahat, baik dia jadi jahat betul-betul. Senang! Bagus jugak sebenarnya. Tak payah dia nak berlagak baik macam mereka. Hipokrit!

Siapa mereka? Macam Cinderella, sorang mak tiri dan sorang lagi tu, kakak tiri dia. Tapi tak macam Cinderella, kakak tiri dia sorang je. Sorang pun dah menyakitkan hati, kalau ada dua ekor dan perangai macam tu, tak tahulah hidup dia macam mana nanti. Nama je kakak tiri, tapi sebenarnya umur mereka sama. Perangai jahat tahap ratu setan dia rasa. Mak tiri dia pun sama. Perangai macam…

Huh! Malas nak sambung! Karang kalau dia cakap, kurang ajar sangat la pulak. Dikira derhaka mandatori! Suka tak suka, dah jadi mak tiri dah. Sejak dia berumur dua tahun lagi. Tapi, sepanjang dua puluh tahun dia beributirikan mak tiri dia, sekali pun dia tak rasa mak tiri dia macam mak. Dia pun hormat sekadar hormat. Sebab papa.

Dah memang anak tiri, mana nak sayang? Dia pun tak pernah nak sayang mak tiri dia. Masa kecik-kecik dulu, sayanglah jugak. Tapi bila dah besar ni, perasaan tu hilang sikit demi sikit. Sebab layanan mak tiri dia pun bukannya baik. Baik cuma bila depan papa. Cinderella sangat!

“Dahlah, tak payah cakap pasal ni. Buat sakit hati aku je. Nak tidur. Okey, bye!” Medina terus baring atas katil Zuyyin.

Dahlah baring atas katil aku. Haish, budak ni! Tak tahu nak cakap apa dah Zuyyin dengan Medina. Guna Bahasa Melayu, confirm budak tu balas balik guna bahasa lain! Tak mungkin Medina dihalaunya. Pertama, Medina memang kawan baiknya. Kedua, Medina anak Datuk Nor Azizan, majikan rumah ibunya bekerja. Halau anak datuk tu karang, silap-silap ibunya hilang kerja.

Kalau tengok rupa Medina, memang tak pernah nak sangka dia anak datuk. Tengok penampilan, tengok perangai. Cukup nak dipangkah jadi calon orang-orang kaya. Dan hakikatnya jarang orang tahu Medina anak Datuk Azizan kalau tak diperkenalkan. Tapi, itulah Medina. Pelik. Tak terjangka. Lagi suka kalau orang tak tahu dia anak datuk. Takde orang faham perangai sebenar gadis itu. Termasuklah dia yang kawan baik ni.

   ----------------------

Dia membetulkan jaket kulit yang tersarung pada tubuh tingginya. Cermin mata hitam turut ditolak rapat ke muka. Biar betul kedudukannya. Kemudian rumah banglo setingkat besar itu dipandangnya. Senyum manis menyerlahkan dua lekuk kecil di setiap hujung bibirnya. Tak salah dan takkan pernah salah.

Akhirnya, sampai juga dia ke rumah yang paling dirinduinya itu. Lepas kapal terbang mendarat, memang rumah itu yang terbayang di matanya. Penat penerbangan melebihi sehari pun langsung hilang. Mana pemilik rumah ini ya? Tengok kat porch ada sebuah kereta BMW berwarna hitam. Maksudnya tuan rumah memang ada.

Loceng rumah ditekan beberapa kali. Tak lama lepas itu, pintu kayu besar itu dibuka dari dalam. Di depannya sekarang, berdiri seorang jejaka kacak. Mukanya jelas-jelas terkejut macam baru lepas tengok pocong berjoget.

 “Ian?” Suara macam tak percaya bila tengok dia yang tegak berdiri di depan rumah.

Dia buka cermin mata hitamnya. Kemudian sengih lebar-lebar.

Surprise!

    ------------------

“Kau? Serius ni kau?” Farizzam masih tak percaya walaupun Tengku Ian tengah tersengih-sengih depan dia.

“Aku la ni. Betul. Siapa lagi kalau orang handsome berdiri depan rumah kau ni kalau bukan Tengku Ian?”

Sah Tengku Ian! Farizzam dan Tengku Ian terus berpelukan. Gembira betul Farizzam dapat jumpa Tengku Ian. Tengku Ian lebih lagi. Rasa macam berkurun dah mereka tak berjumpa.

“Ibu! Cepatlah ibu. Tengok siapa datang ni,” panggil Farizzam kuat. Ibunya pun pasti gembira.

“Kenapa kamu jerit-jerit ni, Zam?” Ayana baru muncul dari dapur. Bila nampak tetamu istimewa itu, Ayana turut sama terkejut.

“Ian?”

“Ibu.” Tengku Ian senyum dulu. Kemudian dia salam tangan orang tua itu.

“Ya Allah, kamu dah balik, Ian?” Ayana rasa nak menangis sekarang ni. Sebab terlalu gembira.

“Ya, ibu. Ian dah balik.”

“Masuk, Ian. Jangan duduk kat luar. Kat luar tu panas.” Ayana menjemput Tengku Ian masuk rumah.

“Kamu, Izzam. Kenapa tak ajak Ian masuk?” Tak pasal-pasal Farizzam dimarah pula.

“Lupa nak ajak, ibu. Tengah excited sebab baru jumpa. Masuklah, Ian,” pelawa Farizzam pula. Tetamu penting tu!

Tengku Ian cuma akur. Diangkut beg sederhana besarnya itu masuk ke dalam rumah itu.

   -----------------

“Kenapa tak cakap nak balik?” soal Farizzam. Ketika itu mereka berdua tengah duduk di ruang tamu rumah.

Tengku Ian sengih dulu.

“Saja. Nak surprise. Terkejut tak?”

“Mana tak terkejut? Nasib baik aku tak mati kering lepas bukak pintu tadi. Tapi, kalau kau yang buat macam tu, apa nak pelik?”

“Ewah.. tu mengata ke, memuji?”

“Dua-dua sekali. Kau duduk sini berapa lama?” soal Farizzam lagi.

Kali terakhir mereka bertemu rasanya setahun yang lepas. Sebab itulah dia rindu gila dengan Tengku Ian. Ibunya pasti sama. Dan dia harap kali ni, Tengku Ian akan tinggal lebih lama di Malaysia.

“Selama-lamanya.”

“Serius?” Farizzam tak percaya.

“Ya, serius la. Kau juri America’s Got Talent ke, sampai-sampai aku kena tunjuk bakat lawak aku depan kau?”

“Tapi barang-barang kau tak nampak macam kau nak duduk Malaysia terus pun?” Farizzam masih ragu-ragu.

“A’aa.. memang pun. Aku baru je putuskan tadi.” Tengku Ian sengih.

“Hah?” Farizzam ternganga.

‘Tadi’ dia tu bila? Tiga saat yang lepas? Tiga minit yang lepas? Senangnya dia putuskan. Macam baru lepas setuju nak order air teh o ais je!

“Jangan nak terkejut sangat. Aku memang nak pindah balik sini la. Selama-lamanya. Plannya bulan depan. Ni aku balik sebenarnya sebab kerja. Sepatutnya sampai sini besok. Saja nak buat gila balik sini awal. Dan aku ingat aku dah taknak balik L.A la lepas ni. Barang-barang aku, nantilah aku suruh orang aku uruskan.”

“Bonda dengan ayah kau tahu tak?” Dah agak dah kepala si Ian ni memang pelik. Suka berubah-ubah ikut mood dia. Bahaya betul!

“Nantilah aku call dorang lepas ni. Kang tak pasal-pasal tertayang muka kacak aku ni kat seluruh dunia. The most wanted.”

Farizzam ketawa. Mengiakan kata-kata Tengku Ian. Kalau budak ni hilang, memang tak mustahil jadi jenayah dunia. Silap-silap hari bulan besok Interpol singgah rumah ni, datang menyiasat.

So, memang serius la ni nak duduk sini terus lepas ni?”

“Betullah. Kan dah cakap tadi.”

“Gembira aku dengar. Ibu aku pun mesti suka.”

Serius Farizzam gembira. Sedar tak sedar, dah dua puluh tahun Tengku Ian dan sekeluarga berhijrah ke Los Angeles. Dia dan ibunya dulu turut sama berhijrah ke sana selepas diajak oleh Tengku Ismadi, ayah kepada Tengku Ian. Kerana hutang budi yang tak terhingga dengan keluarga Tengku Ismadi, akhirnya mereka akur. Tapi cuma sekejap. Cuma beberapa tahun sebelum dia dan ibunya balik ke Malaysia. Itu pun Tengku Ismadi sekeluarga lepaskan dengan berat hati.

“Bonda dengan ayah kau izinkan tak?” soal Farizzam lagi. Dah maklum satu perangai keturunan Tengku Ian ni. Degil!

“Izinkan je. Aku bukannya nak pergi mana. Balik tanah air sendiri. Bonda aku dulu tak bagi jugak, tapi sebab aku degil, akhirnya dia bagi. Yalah.. sampai bila nak duduk negara orang?” cerita Tengku Ian.

“Cuma.. tu lah. Kalau tahu aku plan pindah Malaysia sekarang, memang berbakul-bakul kena bebel dengan bonda. Tapi, takpe. Tahulah aku cara nak pujuk bonda tu.” Tengku Ian tiba-tiba teringatkan bondanya.

“Kerja kau macam mana??” soal Farizzam lagi.

Hmm.. malas nak fikir. And now, I’m just thinking of enjoying the real life. Sebulan ke, dua bulan ke. Biar aku hidup tanpa fikirkan kerja yang berlambak-lambak tu.”

“Habis, kau nak buat apa lepas ni?”

Hmm.. buat apa ya? Tengku Ian berfikir lagi. Dah lama dia tak bercuti.

Something interesting, of course. Main-main untuk lepaskan tension. Itu lain kali kita cerita.”

Kemudian teringat sesuatu.

Hmm.. kau kenal Datuk Azizan?”

“Datuk Azizan? Tak pernah kenal la pulak. Kenapa?” soal Farizzam balik.
Dia bukannya tahu datuk-datuk, tan sri-tan sri ni. Dia pun tak berminat nak tahu. Kerja dia pun bukannya memerlukan dia tahu siapa mereka semua. Kalau ada yang menegur dan mengajaknya ke majlis-majlis pun, dia cuma mengikut. Dan dia pun bukannya kaki sibuk.

“Kalau nak tahu, Datuk Azizan tu pemilik company Mercu Lands and Properties. Boleh tahan kaya jugak. Dia bakal business partner ayah aku. Entah apa mimpi ayah aku ni. Dia nak try sektor perlancongan di Malaysia pulak. Dia suruh aku wakilkan dia. Supposedly, lusa aku ada dinner kat rumah Datuk Azizan,” cerita Tengku Ian lagi.

Kemudian pandang Farizzam.

“Kau free tak malam lusa?”

Hmm.. lusa?” Farizzam cuba mengingat balik jadual kerjanya. Rasanya minggu ni dan minggu depan jadual penerbangan dia kosong. Sebab sebelum ni dia asyik menggantikan orang lain.

Free kut. Kenapa?” soal Farizzam balik.

“Apa punya soalan daa. Aku sibuk membebel pasal Datuk Azizan tadi, mestilah aku nak ajak kau dinner sekali. Bosanlah pergi sorang-sorang.”

“Eh, kenapa aku pulak?”

“Alah.. kau anak angkat ayah aku, kan? What’s so weird? Ayah aku pun memang selalu bercerita pasal kau kat kawan-kawan dia. So memang ramai dah tahu ayah aku ada anak angkat.”

“Okeh. Kira settle. Kau ikut aku pergi dinner rumah Datuk Azizan.” Tengku Ian buat keputusan sendiri walaupun tuan badan belum bersetuju.

Farizzam tak bagi apa-apa jawapan. Dia tak kisah. Dulu pun memang selalu temankan Tengku Ian ke majlis-majlis penting. Tengku Ismadi selalu bawa dia sekali supaya dia dapat temankan Tengku Ian. Maklumlah, Tengku Ian memang anak tunggal.

Tengku Ian pula rasa gembira sebab akhirnya dia boleh luangkan masa dengan Farizzam dan Ayana. Sebulan sebelum ni lagi dia dah teruja nak balik Malaysia. Lepas ni dah tak payah nak rindu mereka dah.

Hmm… dia punya sebulan atau dua bulan untuk main-main sekarang ni. Nak buat apa? Melancong? Melencong?

35 comments:

  1. Nice beginning. Tunggu eps seterusnya. Hee

    ReplyDelete
  2. Nice!! Sambung lagiiii

    ReplyDelete
  3. Sounds great ! Sambung lagi *wink-2*

    ReplyDelete
  4. Nk lagi!!!! Hehehehe

    ReplyDelete
  5. Yg start pon dah best,nk lagiii:D

    ReplyDelete
  6. HEHE RASE MCM TGK CERITA || aNOTHER cINDERELLA sTORY || LA PULAK.. :)

    xmo lambat... nak cepat2... N3 sterusnya :)

    ReplyDelete
  7. Cinderela versi thirller...hehe.i like!

    ReplyDelete
  8. Nice...project baru ke?...
    - ila..

    ReplyDelete
  9. Nak lagi....sambung lagi.....next entry please....hahaha kepala nu asyik.berfikir bagaimana jalan cerita ni sbb kalau anjell yg buat mesti ada auranya yg tersendiri...

    ReplyDelete
  10. permulaan yang best.....:) akak baca sambil tersenyum

    ReplyDelete
  11. terbaik ah kak anjell.BEST LUCK FOR YOU!!!.GANBATTE

    ReplyDelete
  12. Best new entry thanks anjel

    ReplyDelete
  13. Yooo. Anjell buat novel baru. Tashabarnya nak tunggu the next entry.

    ~Secretly♡Admire~

    ReplyDelete
  14. best.........:)

    ReplyDelete
  15. Waaaw..... nice story!! Tak sabo nak tunggu next n3....>_<

    ReplyDelete
  16. Yg lame xkuar lgi, abes laa.. Yg ni jdi fevret plak 9ti... Huhuuhu 😽

    ieså 😋

    ReplyDelete
  17. Novel dia best sangat saya dh beli harap2 citer adaptasi pun best la sebab nnti tk best buat rugi novel best citer tk best.....

    ReplyDelete
  18. kat maner nak beli online yea..saya cek kat mph takde :( Anjell ada jual online?

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )