Aku tenung kertas
bersaiz A4 di atas meja studyku sambil mengetuk-ngetuk pen biruku. Masa untuk
menganalisis jadual kerja.
6.30 pagi-sediakan breakfast
Yang ni memang aku dah dikecualikan sebab
aku tak tidur situ. Aunty Fatmah dah cakap yang ni adalah tugasnya sendiri
untuk sediakan keluarga dia makan.
8.00 pagi- kemas
bilik tidur. Kalau ada laundry, basuh dulu.
Yang ni Bik Santi cakap kena kemas bilik
Hafiy je. Sebab mengikut apa yang Bik Santi cakap, hanya tiga bilik je yang
selalu digunakan. Bilik Aunty Fatmah dan Uncle Manaf, bilik Hafiy dan juga
bilik daddy Hafiy. Mengikut apa yang dikata Bik Santi lagi, Aunty Fatmah biasanya
mengemas sendiri kamarnya. Daddy Hafiy pun sama.
Apalah.. seharian dok dengan Bik Santi,
dah jadi minah indon dah aku. Haha.. So, it means that aku cuma kena kemaskan
bilik budak nakal tu je. Awal pulak budak tu bangun. Aku sambung menganalisis.
8.30 pagi- kemas
rumah dan dapur
Kemas rumah bermaksud sapu lantai, mop
lantai, lap semua perkakas dalam rumah. Ada masa kena vacuum. Letak dalam
bracket sikit. Kalau rajin. Haha.. Masa ni kalau Aunty Fatmah larat, dia tolong
sebab dia pagi-pagi dah berperang dengan cucunya. Sebenarnya ni la part agak
penat sebab rumah Aunty Fatmah besar.
10.00 pagi- siram pokok bunga.
Yang ni wajib. Sebab Aunty Fatmah sayang
sangat dengan taman dia tu. Mengikut cerita Bik Santi tadi, Aunty Fatmah pernah
menangis senyap-senyap bila dulu Hafiy pernah karate pokok bonsai
kesayangannya. Tinggal akar je yang selamat dalam pasu. Macam mana Bik Santi
boleh tahu? Wallahualam.. Tapi, kalau mengikut cerita ni, aku boleh nampak yang
Aunty Fatmah taknak cucu dia tahu dia sedih dengan perangai cucunya.
10.30 pagi- Masa rehat.
Yang ni pulak, kata je rehat. Tapi,
sebenarnya masa nilah kena jadi body guard Hafiy. Kena kejar Hafiy ke mana dia
pergi sebab Hafiy ni suka buat kerja yang menyusahkan orang. Dah banyak menda
yang ranap gara-gara Hafiy. Kalau sehari takde barang jahanam, maksudnya ada
something wrong dengan Hafiy. So, mendengar barang pecah adalah salah satu
petanda yang Hafiy dalam keadaan normal.
11.30 pagi- Masak untuk lunch.
Haa.. ni yang aku lemah. Tengah hari tadi
adalah pengalaman pertamaku memasak. Waa.. terkial-kial aku. Nak siang ikan
naik loya tekak aku. Nasib baik berjaya jugak misi aku. Bik Santi dah seronok
gelakkan aku. Aunty Fatmah juga yang sabar menolongku. Ahh.. malu gila aku! Apa
punya perempuanla tak reti kerja-kerja dapur macam tu? Tak boleh jadi ni. Aku
mesti belajar.
1.00 petang- serve for lunch.
Kata Bik Santi, kalau lunch biasanya Uncle
Manaf dan anaknya akan pulang untuk makan tengah hari. Tapi petang tadi, hanya
Uncle Manaf yang pulang. Anaknya kena melawat tempat projek. Baru aku kenal
siapa Uncle Manaf. Sikapnya sama dengan Aunty Fatmah. Peramah. Dan betullah
tanggapanku. Rupa-rupanya Hafiy mewarisi mata hijau-birunya daripada datuknya.
Uncle Manaf seorang muallaf rupa-rupanya (hasil daripada cerita yang aku korek
daripada Bik Santi).
1.30 petang
sampai masa nak balik rumah- layan karenah Hafiy, tidurkan Hafiy, bila petang
masakkan diner.
Yang ni paling mencabar stamina. Sebab
dekat rumah tiada orang lain. Hanya ada aku dan Hafiy. Aunty Fatmah ke butiknya
lepas Zohor dan lusa pulak Bik Santi dah nak balik ke kampung halamannya. Kalau
tadi, Hafiy mengamuk nak ikut Aunty Fatmah ke butiknya. Resah betul Aunty
Fatmah sebab takut cucunya buat hal kat butik. Akhirnya, Aunty Fatmah mengalah
tapi aku ikut sama.
Melayan perangai budak tu, betul-betul
buat aku rasa macam nak humban je budak tu dalam lombong. Tak pernah nak dengar
cakap. Semua cakap aku dia buat tak endah je. Sepak-menyepak aku tu dah biasa
dah. Nasib baik la aku dah belajar tae kwon do. Tahu jugak macam mana nak
mengelak. Hehe..
Sebelum maghrib, Aunty Fatmah menghantarku
pulang. Hari pertama pun dah penat. Macam mana la esok dan seterusnya? Tugas
aku ni bukannya susah sangat sebenarnya kalau tak perlu layan karenah Hafiy.
Jadi, secara kesimpulannya semua masalah adalah berpunca daripada Hafiy. Kalau
aku baik dengan Hafiy, semuanya selesai.
Hmm.. jadi sekarang ni, tugas aku adalah
mencari cara macam mana nak dekat dengan Hafiy. Kena buat strategi ni.
Cara-cara nak mengeratkan hubungan dengan Hafiy. Mesti boleh punya sebab Mak
Mah boleh je rapat dengan Hafiy. Mesti boleh punya. Kena yakin! Aku
mengangguk-angguk sendiri.
-------
“Angguk-angguk macam
burung belatuk nak tebuk pokok ni pehal?” tanpa salam Abang Qairul menegur.
Terkejut beruk aku. Aku mengurut dada.
“Abang ni! Masuk bilik orang bukannya reti
nak cakap assalamualaikum. Tak lumpuh mulut tu kalau bagi salam,” marahku
geram. Abang gelak sebelum duduk di atas katilku.
“Apa ni?” soal abang Qairul. Aku terkejut
bila kertas di tanganku ditarik. Sepanjang-panjang alam abang gelakkan aku
selepas dia membacanya. Gelak lagi. Gelak..
“Oh.. jadual kerja rupanya. Ecehh… dah
macam jadual lecture dah.” Abang serahkan balik kertasku.
“Dah puas gelak?” sindirku.
“Dah.” Abang pula jawab dengan selamba.
“Macam mana first day?” soal abang pula.
“Penat. Tak senang nak buat kerja ni. Sya
lebih rela berkurung dalam bilik study untuk dapat 4 flat daripada jadi orang
gaji. Penatla bang layan cucu Aunty Fatmah,” aduku.
“Apa yang budak tu dah buat?”
“Dia nakal sangat. Nakal sangat-sangat. No
wonder la bibik sekarang ni nak berhenti,” aku bercerita.
“Nakal budak apalah sangat.”
“Tak sangat ke kalau hari-hari ada barang
pecah?” Kali ni kening abang terangkat.
“Mungkin bila dah pecah semua barang dia
duduk diam?” Abang sengih. Di samping kariernya sebagai lawyer sedang nak naik,
loyar buruk pun turut sama naiknya.
“Abang!” Dia gelak.
“Dia bosan kot. Sebab takde orang nak main
dengan dia?” Abang buat andaiaan.
“Entahlah, bang. Maybe kot. Tapi, bila Sya
nak main dengan dia, dia asyik nak menyepak Sya je kerjanya. Susah nak
didekatilah budak tu. Entah doktor mana la yang bagi ubat allergic orang kat
budak tu.”
“Dia kurang kasih sayang mak dan ayah
dia?” Abang mengutarakan andaiannya yang kedua.
“Wallahualam. Sya baru first day. Kalau
ikut mama cakap, Hafiy tu takde mak. Ayahnya pulak Sya tak kenal lagi.” Memang
aku tak kenal siapa ayah Hafiy. Namanya pun aku tak tahu.
“Budak sedang membesar ni memang banyak
dugaannya. Apatah lagi dia sekarang ni dah boleh nak fikir tentang sedih,
disayangi dan menyayangi. Sya tak tahu ke mak dia ke mana? Syakan jaguh kalau
bab-bab mengorek rahsia orang.”
“Tak berkesempatan. Melampau la kalau Sya
dah menyibuk masa hari first. Nanti-nantilah Sya korek.”
“Oh.. dah ada niatlah ni nak jadi kaki
sibuk?” Aku sengih.
“Niat tu memang ada. Sya tak bolehla kalau
dalam tertanya-tanya ni. Tak tenang selagi tak tahu semua benda.”
“Huh.. memang tu la Sya yang abang kenal.
Mana pernah makan saman dengan Curiosity kills the cat,” sindir abang. Aku
sengih.
“Ala.. demi kebaikan semua orang. Bang..
kalau abang jadi Sya, what should you do?” soalku.
“I come with a conclusion that ‘Hafi feels
desolated’. Then, I’ll ask myself, ‘what should I do to cope with this
problem?’. Jadi, kalau abang jadi Sya, abang cuma perlu lakukan sesuatu untuk jawab
soalan tu.” Aku hanya mendengar.
“Kalau nak kawan dengan kucing, kita mesti
pandai mengiau. Kalau kita tahu kucing suka ikan, kita kena bagi ikan baru
kucing sayangkan kita. Kalau kita taknak kucing kecing merata, kita kena ajar
dia macam mana nak kencing dalam toilet. Baru kucing tu belajar.”
Aku ternganga sebelum ketawa. Falsampah
dia dah keluar dah. Entah apa yang dia membebel. Ada ke bagi nasihat macam tu.
Mengarut tak habislah abang ni!
------
Abang betul. Idea abang
memang boleh dipakai bila aku perlukannya. Aku pun rasa sesuatu yang sama.
Hafiy sebenarnya kesunyian. Dia selalu berkelakuan macam tu sebab dia sunyi dan
perlukan kawan. Dia nak orang lain beri perhatian pada dia. Kalau dia nak kawan,
kenapa Hafiy tak pergi sekolah? Kalau nak kawan, kenapa aku ke, orang lain ke,
nak dekat semeter pun asyik nak naik penyepak je? Tak faham betul aku.
Ke macam ni? Sebenarnya Hafiy ni kena
penyakit keturunan. Penyakit hyperactive yang diwarisi. Entah-entah perangai
daddy Hafiy sama masa dia kecik-kecik dulu. Sebab tu Aunty Fatmah immune dah.
Aku buat kesimpulan sendiri. Tak baik betul. Selamba iguana je nak tuduh daddy
Hafiy. Kenal pun tak.
Senang cerita macam ni. Esok aku cuba
dekati Hafiy. Okeh.. misi kita esok hari adalah ‘Mencari Peribadi Hafiy’.
----------
“Hafiy, Hafiy nak
Cadbury tak? Kakak ada bawak ni.” Aku melancarkan misiku. Ketika tu Hafiy
sedang berperang dengan PSIIInya. Nak melayang aku tengok controller di
tangannya. Mentang-mentang wireless, sampai berdiri-diri main game Yakuza.
Agaknya sebab tu la perangai ganas. Terpengaruh dengan game.
Hafiy buat tak endah dengan kata-kataku.
“Hafiy!” aku panggil kuat. Kesabaran cuba
ditebalkan lagi. Sejak kenal spesis bernama Hafiy ni, aku dah jadi makin
penyabar.
“Bising la kakak ni. Hafiy nak lawan game
la!” Hafiy marah aku. Ee.. aku tutup jugak game tu baru tahu. Sabar.. sabar..
“Kakak bawak coklat ni. Sedap tau. Nak
tak?” umpanku lagi.
“Daddy cakap kalau makan coklat, nanti
gigi kena makan dengan ulat. Nanti gigi rosak. Cikgu dulu pun cakap macam tu.
Kakak ni tak pergi sekolah ke?”
Grr.. nak cekik je rasanya si Hafiy ni!
Mulut menjawab boleh tahan. Selamba je kutuk aku tak pergi sekolah. Dalam rasa
geram yang membara, aku rasa gembira. Sekurang-kurangnya ada respon jugak
daripada dia buat aku ni macam bercakap dengan lantai.
Budak ni.. cakap daddy dia boleh pulak dia
ikut. Jadi anak yang patuh pulak. Entah-entah Hafiy takut dengan daddy dia
sebab daddy dia garang. Aku terus terbayangkan daddy Hafiy bermuka ketat dengan
misai bergulung tiga lapis. Hih.. ngerinya! Tak sanggup aku nak apa-apakan
Hafiy kalau macam ni.
Aku tertarik dengan ayat kedua terakhir
Hafiy. Cikgu dulu pun cakap macam tu? Hmm.. maksudnya dia pernah pergi sekolah.
Tapi, kenapa dia taknak sekolah sekarang ni? Aura misteri betul budak ni.
“Saper cakap kakak tak sekolah? Kakak
sekolah, okey. Sebab tu kakak bijak.” Aku dah berlagak sebelum ketawa.
“Not funny,” selamba dia bidas. Terus
terdiam aku.
“Sedapnya coklat ni. Emm.. yummy!” Aku
sambung makan coklat dengan penuh nikmat sambil cuba memancingnya. Manalah tahu
kot-kot dia jeling aku. Kononnya jual mahal. Tapi gagal!
“Betul taknak ni? Kakak habiskan, ya?”
soalku sambil memegang coklat sebesar ibu jariku. Sekali ngap, memang terus
hilang dalam mulut.
Dia tak jawab. Aku rasa aku dah macam
halimunan depan Hafiy. Nampak gayanya usahaku sia-sia. Dia betul-betul tak
berminat dengan coklat. Padahal coklat la paling diminati semua kanak-kanak.
Usaha pertama, gagal dengan sedikit
perkembangan. Keputusannya kali ini, Hafiy tak sukakan coklat.
-------
Selepas Zohor, macam
biasa Aunty Fatmah mahu keluar ke butiknya. Seperti hari semalam, Hafiy
menegamuk lagi. Meronta-ronta dia nak ikut neneknya. Aunty Fatmah resah
sendiri. Dia tak boleh bawa Hafiy kerana dia ingin berjumpa dengan client
pentingnya. Masakan mahu dibawa Hafiy yang tak kenal erti tak tu? Nak bawak aku
sekali? Macam semalamlah jadinya. Berkejar-kejaran dengan Hafiy depan
pelanggannya.
“Hafiy duduk dengan Kak Sya, ya? Nenek
keluar kejap je,” pujuk Aunty Fatmah lagi.
“Taknak.. Hafiy nak ikut. Hafiy boring dok
rumah. Hafiy tak suka.” Hafiy mengamuk lagi.
“Hafiy..”
“Semua tak sayang Hafiy. Daddy pun sama.
Daddy promise nak balik temankan Hafiy makan tadi. Daddy tipu.” Hafiy dah mula
menangis. Pertama kali aku tengok Hafiy nangis.
Ooo.. baru aku tahu kenapa muka Hafiy
masam mencuka masa makan tengah hari tadi. Semua makanan dia taknak.
Rupa-rupanya tengah marahkan daddynya yang memungkiri janji.
“Hafiy, nenek sayang Hafiy. Semua sayang
Hafiy. Nenek keluar kejap je. Nenek janji nenek balik awal.” Aunty Fatmah tak
habis-habis memujuk cucunya.
“Hafiy, Hafiy tinggal dengan kakak, ya?”
pujukku pula. Tak reti sungguh kalau bab pujuk anak orang ni.
“Taknak. Hafiy taknak tinggal dengan
kakak. Kakak tak best. Kakak tak seronok macam Nek Mah.”
Apalah aku nak pujuk budak ni? Aku mencari
akal. Kalau budak lain, boleh jugak aku sogok dengan gula-gula atau mainan.
Masalahnya budak Hafiy ni lain sikit. Hafiy budak ganas. Aku pandang sekeliling
rumah.
“Tak best duduk dengan kakak kat rumah.
Kakak tak reti main,” kutuk Hafiy lagi.
Tiba-tiba aku teringat kata-kata abang
semalam.
“Kalau nak kawan dengan kucing, kita mesti
pandai mengiau…” Aku rasa aku faham apa abang nak cakap. Kalau aku nak kawan
dengan Hafiy, aku mesti ikut kepala dia.
Masa tu la idea gila datang!
“Saper cakap tak best duduk dengan kakak?
Kalau Hafiy duduk dengan kakak, kakak boleh ajar Hafiy macam mana nak panjat
pokok jambu depan rumah tu,” kataku selamba.
Kalau kita tahu kucing suka ikan, kita
kena bagi ikan. Baru kucing sayangkan kita. Apa yang abang maksudkan, kalau
Hafiy suka sesuatu yang mencabar, aku mesti bagi dia rasa sesuatu yang mencabar
jugak. Baru kena dengan jiwa Hafiy.
Thanks, abang. Abang selalu je jadi
penyelamatku. Kata-kata abang memang berguna.
Aunty Fatmah tak percaya dengan apa yang
aku cakap. Aku cuma tenang. Aku tahu apa yang aku lakukan. Kali ni, Hafiy
memandangku dengan pandangan berminat.
“Tipu.. kakak tak reti panjat pokok.”
“Kakak reti la. Kalau nak tengok kakak
panjat pokok, kenalah duduk ngan kakak kat rumah,” umpanku lagi.
“Kalau Hafiy duduk rumah, kakak promise
ajar Hafiy panjat pokok?” Umpan dah mengena.
“Iya, kakak promise.”
Berjaya jugak akhirnya aku memujuk Hafiy
untuk tinggal di rumah. Beginilah perangai budak-budak. Tadi bukan main
mengamuk nak ikut Aunty Fatmah. Tapi sebab nak memanjat punya pasal, begitu
seronok dia melambai-lambai neneknya supaya cepat pergi. Nak tergelak aku.
Aku menghantar Aunty Fatmah ke keretanya.
“Biar betul, Sya ni?” Aunty Fatmah masih
tak percaya.
“Don’t worry, Aunty. Sya tahu nak buat
apa. Takkanlah Sya ni gila sangat nak ajar budak lima tahun panjat pokok.”
Hehe.. sebenarnya aku ada strategi
sendiri.
hahaha.nakal je hafiy nieyh. Ngee. comel la pulak cter nie. x sabar nak tggu next en3. :DD
ReplyDeleteHahahaha....sya ko mmg lawak la....tergolek2 dah gelak ngan idea sya ni....terbaikkkkk
ReplyDeleteAiii like! Hehehehehehhe.. Cmtu cara nak pikat hafii ekkk.. Besh!
ReplyDeleteHahaha bijak2 camtu rupanya nk trk mnt budak..
ReplyDeletebijak2, hehe.
ReplyDeleteskali ko panjat pokok x reti turun naya la sya oi...
ReplyDeletekenapa tak buat novel je? :( jalan cerita menarik lah.. :DD
ReplyDelete