Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Monday 23 March 2020

Dia Tetap Sempurna (TEASER 2)


TEASER 2

Keesokan harinya, Adri dan Tengku Melisa akhirnya mengeluarkan kenyataan. Adri menjelaskan yang kami hanya berkawan dan kewujudan gambar itu cumalah mahu mengganggu-gugat nama baiknya. Dia juga menyatakan sedang mencari siapa yang bertanggungjawab menyebar gambar itu.  Manakala Tengku Melisa pula mengatakan yang hubungan dia dan Adri masih baik-baik sahaja dan tahu siapa aku.

Tapi, itu semua dah tak penting bagi aku. Kenapa? Sebab ada berita baru yang lebih memerlukan perhatianku.

Dara Nailufar Sudah Bertunang

Desas-desus yang menyatakan Dara Nailufar, 25 menjadi orang ketiga dalam hubungan Golden Couple Malaysia terbukti hanyalah satu khabar angin. Wanita yang dikaitkan dengan penyanyi dan pelakon popular Adri itu dipercayai sudah pun bertunang dengan usahawan muda bernama Eskandar Arasyah. Hal ini disahkan apabila tunang Dara Nailufar itu membuat sendiri pengakuan tersebut.

Lebih menarik lagi, sumber menunjukkan yang tunang Dara Nailufar itu ternyata bukan calang-calang orang. Di samping mempunyai raut wajah yang tampan, beliau juga merupakan putera sulung kepada Tan Sri Emran Adlishah bin Arshad, pemilik empayar gah yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Infinite Berhad atau lebih dikenali sebagai Infinite Group.

Wah, sungguh beruntung Dara Nailufar, bukan?

Aku dah tak sanggup lagi untuk membaca setelah itu. Yang aku tak faham, kenapa keluar cerita tentang aku dan Eskandar? Kenapa berminat untuk tahu siapa Eskandar pula?

“Awak tengok apa awak dah buat ni!” marahku kepada Eskandar. Tolak telefon pintarku ke arahnya. Ketika itu, aku dan Eskandar sedang duduk di tepi kolam renang.

Memandangkan aku tak punya apa-apa aktiviti, aku mahu duduk di rumah sahaja. Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk berhibur di luar. Kalau keluar pun rasa macam penjenayah. Tak kena tenung dengan khalayak, kena jaga oleh Joy.

Eskandar mencapai telefonku itu lalu matanya laju membaca setiap baris ayat karangan yang menyakitkan hatiku itu. Tak sampai seminit, dia kembali menyerahkan telefon itu kepadaku.

“Dia cakap aku tampan.” Senyum trademarknya.

Itu yang dia perasan? Saja nak bagi aku sakit hati.

“Apa masalahnya? Okeylah tu. Sekurang-kurangnya nama kau dah bersih. Orang dah tak cap kau perampas lagi,” sambung Eskandar selamba. Muka tak kesah.

“Apa masalahnya awak tanya? Awak tahu tak sekarang ni saya macam baru terlepas dari mulut harimau, terjun masuk mulut naga. Kalau saya tak kahwin-kahwin dengan awak nanti, tak pasal-pasal orang cakap saya bermasalah. Asyik kena tinggal aje.” Aku tak puas hati.

Easy. Kita kahwin. Selesai masalah,” jawab Eskandar pula. Senyum mengusik terukir di bibir.

“Awak, saya serius ni!” Geram aku. Sejak bila pula Eskandar suka main-main ni? Kalau tak, kebiasaaannya aku aje yang berloyar buruk dengannya.

“Kau relaks sudahlah, Dara. Lama-kelamaan nanti, senyaplah semua orang. Kau pun orang dah tak ingat siapa. Benda viral ni kejap aje.”

Eskandar menoleh ke arah jam di tangannya. Kemudian bangkit dari kerusi tembaga itu.

“Aku nak pergi kerja dulu. Kalau ada apa-apa, bagitahu aku, okey?” Dia turunkan pesan.

Aku hanya angguk. Biar pun jam sekarang dah menunjukkan pukul sebelas pagi. Aku pun tak tahu kenapa baru sekarang dia mahu berangkat ke tempat kerja. Ah, suka hati dialah! Dia bos.

Bosanlah aku sebentar nanti. Rumah agam ini sunyi-sepi. Semua orang punya urusan masing-masing. Yang tinggal hanyalah Mak Kiah dan beberapa orang gaji. Hmm.. pergi kacau mereka ajelah! Tak pun ikut sekali membuat kerja rumah. Maklumlah, terhutang budi. Sekurang-kurangnya aku dapat buat sesuatu untuk menolong. Itupun kalau mereka izinkan memandangkan mereka rasa aku ini punya mandat besar sebagai tetamu Tuan Eskandar.

“Dara!” Aku terkejut apabila mendengar namaku kuat diseru. Eskandar yang baru mahu mengangkat kaki itu pun turut sama menoleh ke arah itu.

Kelihatan Sera meluru ke arah kami bersama Audi yang berlari-lari anak mengejarnya. Yang menjadi perhatianku adalah wajah bengis Sera. Macam mak singa tengah meroyan.

Kenapa?

Melihatkan wajah cuak Audi di belakangnya, hatiku tiba-tiba rasa tak sedap. Mataku meluas apabila tersedarkan sesuatu. Adakah Sera sudah tahu tentang aku dan Audi?

Oh, my God! Not another problem, please!

How dare you!”

Pang! Serentak itu, terasa pipiku ditampar kuat. Rasa mahu terseliuh tulang cervical aku. Berdengung telingaku setelah menjadi makanan tangan laju Sera itu. Tak pernah kena tampar. Pijar dan terkejut. Aku masih tak faham kenapa.

“Sera, apa yang you buat ni?” Kuat suara Eskandar menjerkah Sera. Jelas dia pun terkejut dengan tindakan luar jangkaan Sera itu.

Tajam anak mata Sera kini beralih pada Eskandar.

“Abang Es pun sama!”

What?” Wajah Eskandar bingung.

“Sera, bagi I explain dulu.” Audi pula mencelah.

“You diam, Audi!” Giliran Audi pula dimarah Sera sebelum tumpuannya beralih kepadaku.

“You memang melampau, Dara. I tak sangka you jenis perempuan macam ni.” Sera kini naik hantu. Dia serang aku.

Ketika tangannya ingin memukulnya, kali ini aku dah bersedia. Aku sempat menepis tangannya. Tapi ternyata tindakan itu membuatkan Sera makin marah. Dia makin agresif. Aku pula turut membalasnya. Melayangkan tanganku walaupun aku tak tahu ke mana singgahnya. Yang penting aku mahu melindungi tubuhku daripada disakiti.

Suara kecoh Eskandar dan Audi yang cuba meleraikan kami itu itu hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Ketika ada tangan yang cuba mencelah, laju tangan Sera menepisnya. Masih dirasuk emosi marah.

Aku mencengkam rambut hitam Sera itu. Menolaknya supaya menjauhiku. Sera mengerang kesakitan. Cuba meleraikannya, dia cuba menolakku. Gara-gara Sera yang tinggi, ternyata dayanya lebih kuat daripadaku. Kaki terdorong ke belakang. Dan tiba-tiba..

Splash! Terasa basah tubuhku. Bukan setakat aku, tapi dengan Sera sekali turut terjatuh ke dalam kolam.

“Dara!”

“Sera!”

Aku hanya mendengar suara Eskandar dan Adri menjerit nama kami. Bersama itu, kedengaran sekali lagi bunyi kolam berkocak menerima dua susuk lain. Terasa pinggangku dipaut seseorang, menyelamatkanku daripada tenggelam. Automatik tangan kananku melingkar pada lehernya.

Aku terus terbatuk-batuk. Keluarkan semula air klorin yang sempat masuk tekak tadi. Gara-gara kedalaman kolam mencecah 1.5 meter, aku hampir tenggelam. Terasa kaki cecah lantai kolam, tapi masih belum cukup untuk membuatkanku timbul melepasi paras hidung.

“Kau okey tak?” Aku dengar suara Eskandar.

Autumotik leher menoleh ke arahnya. Sebelah tangannya meraup rambut yang menutup wajahnya ke belakang. Matanya tepat padaku. Wajah basah Eskandar berkerut risau.

Baru aku perasan dengan posisi kami yang sangat dekat ini. Tangan yang berada di lehernya automatik dilepaskan. Tapi tangan kiri Eskandar masih utuh di pinggangku. Ingin menepis tapi tak terkeluar suaraku. Mungkin aku sedar aku lebih sayangkan nyawa. Kenapalah aku pendek?

Aku hanya angguk. Buat-buat batuk lagi. Malu ingin bertentang mata dengannya. Sudahlah jantung pun dah mula bersenamrobik.

Terasa Eskandar mula bergerak ke tepi kolam. Aku hanya diam menurut.

“You ni dah gila ke apa, Sera?” Aku dengar suara Audi mengamuk.

Lantas aku berpaling ke arahnya. Kelihatan dia dan Sera terlebih dahulu mendarat di tepi kolam, beberapa meter dari kami. Kedua-duanya basah kuyup. Macam aku dan Eskandar. Untuk seorang thalassophobia macam Audi, ternyata dia berani juga. Mungkin sebab yang jatuh kolam itu Sera.

Eskandar menolakku supaya naik dulu sebelum dia keluar dengan penuh gaya dari kolam. Kelihatan sisa-sisa air yang menitis dari tubuh kami. Nasib baiklah aku pakai baju gelap. Kalau tak, mahu terserlah segala lekuk tubuhku.

Déjà vu!

Bezanya kini aku sedar seratus-peratus. Sekali lagi Eskandar menyelamatkanku daripada menjadi arwah.

Aku terkejut bila tiba-tiba tangan besar Eskandar mencekup daguku. Dipaksa wajahku mengikut gerakan tangannya ke kiri dan kanan tanpa sempat aku memprotes. Serius wajahnya sebelum rahang diketap kuat. Aku dapat lihat api kemarahan dari mata coklat cairnya itu.

Haa.. ini dah kenapa pula?

Dia bangun. Meluru ke arah Audi dan Sera yang sedang bertikam lidah itu.

“Sera! Tengok apa you dah buat pada muka Dara. You ni kenapa?” Kini Eskandar pula mengamuk. Suaranya lagi garang dari Audi.

Sera kulihat sedang mencebik-cebik. Muka nak menangis. Pandang Audi. Kemudian Eskandar. Kedua-duanya sedang bengis. Kali pertama aku melihat wajah bengis Audi. Menakutkan juga. Tapi tak segerun wajah Eskandar.

Kesian pula aku melihat Sera. Walaupun sepatutnya aku marahkannya, entah kenapa aku rasa Sera punya alasan kenapa dia menyerangku.

“Kita bincang elok-elok lepas ni. Sekarang ni, apa kata semua tukar baju dulu?” Aku mencelah.

Kelihatan Eskandar dan Audi kedua-dua mengeluh. Terpaksa setuju. Mungkin melihat betapa bibir aku dan Sera sedang terketar-ketar menahan sejuk.

   --------

“Dara, I minta maaf sebab dah serang you.” Sera tertunduk. Malu mungkin.

Di tengah ruang tamu tingkat dua itu, hanya ada kami berempat. Masing-masing sudah menukar kepada persalinan baharu. Nasib baik ada pakaian Emelda yang boleh dipakai Sera.

Aku merupakan orang terakhir yang keluar dari bilik. Ketika itu, Sera sedang duduk di atas sebuah sofa bagaikan pesalah manakala Eskandar dan Audi sedang berdiri.

“Kenapa you serang I?” soalku kepadanya. Ingin tahu.

“I baca berita pasal you. I ingat you duakan Audi. Dengan Abang Es.”

Aku tepuk dahi mendengar pengakuan itu. Tak tahu nak rasa apa. Nak marah, tapi aku faham Sera sedang melakukan tanggungjawab sebagai kawan. Kawan yang menuntut bela untuk kawannya yang teraniaya walaupun caranya salah. Dah memang dia ingat aku dan Audi sedang bercinta.

“Tapi, Abang Es dah ceritakan semuanya apa yang dah jadi pada you. I’m sorry again.”

“You ni pula, sejak bila pandai serang orang macam orang tak bertamadun ni? Lain kali nak buat something, fikir dulu boleh tak? Nasib baik jadi kat rumah. Kalau kat public? Mahu viral lagi si Dara. Silap-silap nama papa you sekali ditarik. You nak macam tu?” gertak Eskandar. Lagaknya seperti abang marahkan adiknya.

Sera tunduk lagi. Kedengaran perlahan perkataan ‘Sorry’ yang keluar dari mulut Sera.

“Tak apalah, benda dah lepas. I maafkan you,” ujarku ikhlas.

Tiada apa yang perlu didendamkan. Lagipun, kira kami adillah. Bukan aku aje yang cedera. Sera pun sama. Aku pecah bibir. Sera hitam sebelah mata. Tiada lagi kecederaan lain. Jatuh kolam pun sama-sama tadi. Jadi, kami seri.

“Betul ni?”

Aku angguk ikhlas. Cuba senyum tapi terasa hujung bibir kiriku pedih sehingga aku mendesis perlahan.

“Maksudnya you dan Audi baik-baik sahaja, kan? Kiranya you memang tiada apa-apa hubungan dengan Abang Es, kan?” soal Sera lagi. Terkebil-kebil memandang kami semua.

Tubuhku sedikit mengeras. Pandang Audi, kemudian Eskandar. Audi dengan muka bersalah. Eskandar pula sedang mengangkat sebelah keningnya sambil berpeluk tubuh. Seolah-olah mencabarku supaya menjawab soalan Sera itu.

Telan liur.

Err..” Tak tahu nak goreng apa. Penampar Sera tadi agaknya dah putuskan sesetengah fius otakku. Tiba-tiba blank.

“Kami tak pernah ada apa-apa hubungan, Sera. Masa I kenalkan Dara dulu, itu kali pertama I jumpa dia.” Audi berkata.

Semua kepala menoleh ke arahnya. Wajah Audi nekad. Mungkin dah punya kekuatan untuk menoktahkan semua pembohongan ini.

What? You tipu I?” Wajah Sera jelas terkejut.

“Ya.. I tipu you, Sera. I tak ada kekasih. Dara hanya menyamar jadi kekasih I. Dara dan abang pula memang dah kenal lama. Malah dia lebih rapat dengan abang kalau dibandingkan dengan I,” jelas Audi lagi.

Sera pandang aku kini.

“You jangan marah Dara. Sebab I yang  paksa dia.” Audi meletakkan semua kesalahan di atas bahunya.

Mata Sera sudah berair.

“Sampai hati you tipu I, Audi. Tak pasal-pasal I malu dengan Dara, pergi serang dia. Padahal sebenarnya dia memang bercinta dengan Abang Es. Patutlah Abang Es marah semacam dekat I. Rupanya I dah cederakan girlfriend dia.”

Aku pun.. Eh?

Baru sahaja aku mahu memperbetulkan tanggapannya, Sera bingkas bangun. Lap air matanya dengan belakang tapak tangan. Kemudian berlari keluar sebelum dikejar Audi. Kuch kuch hota hai 2.0.

Maka, tinggallah aku berdua dengan Eskandar.

Sepi.

Awkward..

Apatah lagi selepas Sera ingat aku sedang bercinta dengan Eskandar. Rasa segan pula untuk berdiri lama-lama dengan Eskandar. Tambahan pula dengan adegan di kolam renang yang baru terjadi tadi.

Aku akhirnya membuat keputusan untuk berlalu ke bilikku.

 “Kau, duduk!” Satu arahan yang agak tegas keluar dari mulut Eskandar. Mungkin dapat membaca tindakanku yang mahu lari.

Nak membantah pun tak jadi sebaik sahaja melihat pendangan helang daripadanya itu. Automatik kaki mendengar cakap. Bengkok dan terus duduk di atas sofa berangkai tiga itu. Eskandar turut duduk di sebelahku dengan satu peti bantuan kecemasan di tangannya.

“Awak nak buat apa?” Aku pelik.

“Bibir kau luka. Biar aku sapu ubat.”

Aku hanya diam. Tak membantah. Membiarkan Eskandar melakukan kerjanya. Sesekali aku mendesis kesakitan sebaik sahaja ubat kuning itu terkena luka yang terbuka itu. Ini mahunya tiga hari aku tak dapat makan dengan sempurna.

Sejak akhir-akhir ini, nasibku agak malang. Kelmarin, kena baling telur. Hari ni, makan penampar. Esok lusa aku tak tahulah. Nauzubillah!

“Aku dah trauma tengok perempuan bergaduh!” bebel Eskandar sambil geleng kepala.

Aku ketawa sekejap sebelum mendesis kesakitan. Pipi masih pijar.

Setelah itu, Eskandar menuam pula ice pack pada pipi kiriku. Memang pipi kiriku sedang membengkak sekarang ini walaupun tak nampak ketara sangat. Terasa pedih pada mulanya. Namun lama-kelamaan, jadi agak selesa.

“Awak rasa apa akan jadi pada Audi dan Sera?” Aku memecahkan drama bisu di antara kami.

Tiba-tiba teringatkan mereka berdua. Apa yang berlaku selepas itu? Adakah Sera masih marahkan Audi atau mereka telah pun berbaik? Macam-macam persoalan yang muncul.

One day, they’re going to get married and live happily ever after. Pandailah Audi pujuk,” jawab Eskandar selamba.

“Eh, awak tahu Audi suka Sera?” soalku.

“Orang buta pun nampaklah.” Eskandar julingkan mata ke atas.

Mahu ketawa, tapi pipi rasa kebas.

Masalahnya Sera lebih teruk daripada orang buta.

“Biarlah mereka berdua tu. Pandai-pandailah Audi. Kalau nak Sera, tahulah dia usahakan.”

“Tapi Sera dah ada orang lain. Sebab tu Audi tak nak kacau daun.” Aku bersimpati dengan nasib Audi.

“Tak perlu kacau daun pun. Make ourself worthy with honest intentions. Kita kalau mahukan seseorang, kita kena usahakan sampai dapat,” hujah Eskandar lagi. Kali ini matanya tepat pada wajahku ketika berkata.

 “Betul.” Hanya itu yang mampu aku balas.

Kering tekakku tiba-tiba di bawah panahan anak mata Eskandar itu. Bagaikan mahu menyampaikan sesuatu.

Aku berdehem sekali.

“Eh, awak bukan ke nak pergi kerja tadi?” Aku teringatkan kembali apa yang terjadi sebelum Sera datang menyerang tadi.

“Tak jadi.”

“Kenapa?”

“Aku nak jaga seorang budak ni. Pantang aku tinggal sikit, mesti ada aje bala yang jadi. Aku jadi risau. Sebab tu aku tak jadi pergi kerja hari ni. Kalau dia ada di depan mata aku, rasa tenang sikit.”

“Saya bukan budak. Mana ada saya macam tu!” Muka berubah warna. Malu atau marah, aku pun tak tahu.

“Aku cakap kau ke?” Eskandar senyum mengusik. Bergurau.

“Bencilah awak ni!”

Eskandar kini ketawa lepas.

“Jangan benci sangat, sunshine. Nanti sayang.” Dia kenyit mata pula ke arahku.

“Malas layan awak. Baik saya pergi kacau Mak Kiah.”

Aku bingkas bangun. Campak ice pack ke pahanya. Buat-buat marah, tapi bibir tersenyum jua ketika melangkah membelakanginya. Hati berbunga-bunga.

Kedengaran sekali lagi bunyi indah bergema di belakangku. Ketawa Eskandar.

Dia Tetap Sempurna (TEASER 1)


BAB 21

Ketika kami memasuki dewan, acara makan malam baru sahaja dimulakan. Kelihatan para pelayan hotel tak menang tangan menghidang makanan di setiap meja. Semua orang pun aku lihat sedang enak menjamu selera. Makin tak sabar untuk aku merasa makanan hotel taraf lima bintang ini.

“Jom Aunty kenalkan dengan uncle dulu.” Tak sempat aku nak auta jawapan, tanganku diheret lagi sekali untuk menuju ke arah mejanya. Dan aku bagaikan lembu berdress pink dicucuk hidung hanya mengikut saja.

Rasa nak mengucap panjang-panjang sebaik sahaja kaki dipaku di hadapan meja yang hampir penuh dihiasi oleh golongan separuh abad itu. Tan Sri Emran pula kulihat sedang rancak berbual dengan lelaki di sebelahnya.

Wahai usus besar, aku izinkan kau untuk mogok sekarang ini! Silalah mogok agar aku tak perlu menunggu lagi untuk pecut ke tandas.

Tiba-tiba kedengaran orang berdesas-desus. Aku tahu semua becok bercerita itu dan ini ketika menjamu selera. Tapi entah kenapa aku dapat mengesan kelainannya. Terus aku pandang sekeliling.

Ini hanyalah perasaan aku atau ada sesuatu yang tak kena sehinggakan banyak kepala tertumpu ke arah kami? Atau lebih tepat lagi, ke arahku. Adakah semua tertanya-tanya akan gerangan anak gadis yang diheret oleh isteri Chairman itu? Entah dikutip dari mana, tiba-tiba diheret bersama.

 I smell drama..

Rasa nak tepuk dahi sendiri kali ini. Agaknya ini sumpahanku. Di mana ada Dara, di situ ada drama. Drama yang bukan calang-calang pula tu!

Lagi sekali, terasa bagaikan suasana berubah. Desas-desus kini sunyi seketika. Cuma beberapa detik sebelum kembali rancak. Dan kini.. kalau diperhatikan balik, mereka tidak lagi memandang ke arahku. Ada sesuatu yang baru di belakangku mencuri pandangan mereka. Pantas aku menoleh untuk melihatnya.

Beberapa inci di belakangku, berdirinya Eskandar dengan wajah tanpa perasaannya. Bila dia masuk pun aku tak tahu. Tapi, apa nak pelik? Eskandar adalah Eskandar. Dia hilang bila dia nak hilang, dia muncul bila dia nak muncul.

Perlahan-lahan dia mendekati. Langkah yang perlahan namun teratur dan tetap terserlah keyakinannya. Sikit pun tak mengendahkan semua mata yang memerhati.

“Eskandar. You’re here?!” Kedengaran suara asing bersuara. Dari Tan Sri Emran. Dia yang duduk tadi lantas berdiri. Teruja melihat putera sulungnya itu. Seperti isterinya, dia sendiri bagaikan tak percaya Eskandar memunculkan diri.

Aku perhatikan pula riak wajah Eskandar. Penuh ketegangan yang cuba dikawal. Jelas kedua-dua rahangnya diketap kuat. Dia bagaikan gunung berapi yang mahu melahar tapi belum masanya.

Kenapa? Apa family issues di antara mereka?

Mungkin terasa bagaikan dirinya diperhatikan, dia berpaling ke arahku. Mata kami bertentang seketika. Agak lama. Aku melihat wajah Eskandar sedikit kendur. Rahangnya pun dah tak diketap lagi. Dia bagaikan cuba bertenang.

Remember Eskandar Arasyah, my first born?” Aku mendengar papanya memperkenalkannya kepada beberapa kenalannya di meja itu.

Ekspresi Eskandar hanya sama. Beku tak berperasaan. Walaupun bibir tetap dipaksa mengukir senyum tiap kali bertukar salaman. Masih cuba untuk tidak biadap walaupun wajahnya tegang.

“Err.. aunty, saya rasa saya balik meja dululah! Uncle pun macam sibuk.” Peluang keemasan untuk melepaskan diri.

Terima kasih pada Eskandar, semua tumpuan padaku kini beralih sepenuhnya kepadanya.

Aunty May angguk sekali. Sempat lagi dia berpesan supaya aku dan Audi datang balik ke meja ini usai makan nanti. Gara-gara tak mahu disoal banyak, aku hanya setuju. Sempat aku menoleh ke arah Eskandar sekali sebelum berlalu.

   ------

Sepanjang-panjang aku berjalan sehinggalah punggung selamat berlabuh di tempat dudukku, Audi tak berkelip memandangku. Bergilir-gilir dia pandang aku dan meja orang tuanya itu.

 “Macam mana awak boleh ada dengan mama saya?” Perlahan suara Audi. Bagaikan terkejut.

Agaknya malam ini Malam Kejutan Sedunia.

Aku capai air putih dari gelas tinggi dulu. Hampir separuh gelas aku teguk untuk hilangkan dahaga. Drama punya pasal, hampir dehidrasi aku.

“Saya terserempak di depan tandas tadi. Mana saya nak tahu mama awak pun pergi tandas,” jawabku. Macam tak kesah. Tak perlu aku cerita yang aku hampir pengsan melihat mamanya tadi.

“Oh, dan mama awak ada pesan tadi! Selepas makan, dia suruh kita ke meja dia,” sambungku lagi. Cuma menyampaikan amanah.

Audi pandang aku. Macam tak percaya. Laju aku angguk. Meyakinkan dia yang aku bukan buat lawak antarabangsa.

“Awak tak risau ke mama tanya macam-macam?” bisik Audi.

“Nak risau apa? Mama awak dah tahu kita cuma kawan. Kami dah BFF tau.” Aku sengih sesudah menjawab. Lagipun, siapa cakap aku nak ke meja orang tua dia lepas makan nanti? Haha.

Sekali lagi Audi tenung aku lama-lama.

“Dan macam mana abang saya boleh ada sekali tadi?” selidik Audi lagi. Dia salah seorang yang tak lepaskan peluang untuk merisik khabar.

“Laa.. abang dia! Dia boleh tanya kita kenapa?” Sengaja aku berputar-belit. Malas nak banyak cerita. Lapar ni!

Bersyukur tiada lagi sesi temu bual dengan Audi setelah itu. Audi meneruskan makan. Dan aku juga turut baca bismillah sebelum tangan mencapai veggies spring roll yang paling dekat untuk dijadikan habuan perutku.

Walaupun semua sedang menjamu selera, dewan itu tetap meriah dengan persembahan. Entah artis mana yang dijemput untuk menyanyi. Nasib baik suara tak sekufu dengan golongan ongg gedek-gedek.

Tapi, aku tak boleh menghalang mataku daripada menjeling meja depan. Terteleng-teleng kepalaku menoleh ke arah itu walaupun tengah makan. Ingin tahu setiap aktiviti Eskandar. Eskandar kini sedang makan. Tapi jelas kelihatan dia tidak menghiraukan keadaan sekeliling.

Banyak perkara yang aku tertanya-tanya tentang Eskandar. Makin hari, makin banyak perkara baru yang aku tahu tentang Eskandar. Dan tiap kali aku tahu perkara baru tentang Eskandar, tiap kali itulah aku rasa dia makin misteri.

Aku pusingkan tubuhku sedikit untuk menghadap Audi. Dia sedang menaip sesuatu pada telefon pintarnya itu. Bila aku memanggil namanya, dia berpaling sekali sebelum menyimpan balik telefonnya itu. Tumpuan diberikan sepenuhnya kepadaku kini.

“Kenapa semua macam terkejut bila abang awak muncul? Mereka tak kenal abang awak ke?” Perut pun dah kenyang. Makanya.. Ting.. ting.. sesi temu bual 2.0 dengan Audi baru bermula.

“Entah. Saya pun tak tahu.” Jelas jawapannya untuk mengelak.

“Okey, saya tanya Sera!”

Tubuh bersedia untuk pusing ke sebelah kiri. Namun terasa hujung lengan bajuku ditarik Audi, menghalangku.

Aku kembali pusing menghadap Audi. Sengih. Jelas kelihatan wajahnya cemberut. Macam kanak-kanak yang dipaksa untuk membuat kerja sekolah. Terpaksa.

Tahu pun takut. Bukan dia tak tahu kalau Sera yang ditanya, lebih dari patut maklumat yang aku akan peroleh nanti. Silap-silap salasilah keturunan Audi dari nenek moyang dia aku tahu.

“Haah. Tak ramai yang kenal abang sebab abang tak pernah muncul dalam family event.” Audi buka cerita.

“Tapi Sera cakap dia salah seorang BOD. How come tak kenal?” soalku pelik. Pasti Eskandar harus memunculkan diri untuk mesyuarat paling tidak setahun sekali.

Audi mengeluh lemah.

Abang is a non-independent, non-executive director. But he’s excused to participate in business activities. Yes.. He has that kind of power. But I’m sorry, Dara. I cannot tell you much.”

Aku hanya angguk. Faham. Tak semua perkara boleh diberitahu. Ada rahsia yang harus dijaga. Dan aku seorang yang memahami menghormatinya..

Banyak perkara masih berlegar dalam kepalaku, tapi aku hanya simpan sahaja. Aku tak mahu melebih-lebih mengambil tahu perihal keluarga orang. Bimbang dicap Presiden Persatuan Bawang Holand.

“Tapi dia nampak dingin. Even to his parents,” ujarku perlahan. Hanya meluahkan apa yang bermain di fikiran.

Kali ini Audi hanya senyum. Hambar. Dan aku sendiri pun tidak mengharapkan sebarang jawapan daripadanya.

  -----

Aku berdiri di hadapan satu meja panjang yang menempatkan pelbagai jenis pencuci mulut. Bersinar-sinar mataku melihat pelbagai jenis kek, brownies dan manisan mulut yang lain. Mata laju menangkap original cheese tart kesukaanku.

Ya Allah, sedapnya! Mulalah air liur nak menjunam mengalahkan air terjun Niagara.

Tangan mencapai pinggan lalu dihulurkan kepada pelayan yang menjaga di meja itu. Tiga biji original cheese tart diletak sebelum diserahkan kembali kepadaku. Usai mengucapkan terima kasih, aku  berlalu ke satu sudut. Yang agak jauh dari mata semua orang.

Semua orang sibuk dengan aktiviti masing-masing. Boleh dikatakan setiap sudut dipenuhi oleh umat manusia. Kalau aku pasang telinga, aku rasa memang tak lekang perihal untung, rugi, projek, bla.. bla.. yang keluar dari mulut mereka. Mungkin sedang melebarkan sayap masing-masing.

Businessman. Juling mata ke atas.

Audi sendiri entah lesap ke mana. Katanya tadi, “Awak tunggu kejap ya. Papa saya panggil.”

Kejap dia itu sampai dua puluh minit berlalu. Dan sekarang, batang hidung dia pun aku tak tahu kat mana. Aku rasa dia sibuk melayan semua jenis tetamu. Maklumlah, secara teknikalnya, dia tetap tulang belakang organisasi syarikatnya. Anak Ketua Pengarah pula tu.

Kira bersyukur sebab dia tak seret aku sekali. Dan sekarang aku bebas untuk buat sesuka hatiku. Janji ada makanan, rasanya aku tak akan bosan. Haha.

“Satu fakta tentang Dara Nailufar. She loves foods more than she loves her next boyfriend.” Terus beku tanganku yang ingin menyuap satu tart ke dalam mulut selepas mendengar teguran itu.

Laju kepala menoleh ke sisi. Bila melihat susuk tinggi Eskandar berdiri betul-betul di sebelahku, bibir spontan mengukir sengih. Gembira dapat kembali berjumpanya.

Of course. Foods never disappoint me like men always do.” Aku menjawab kembali. Mengakui kata-katanya itu. Lantas menyambung kembali niatku yang terbantut tadi.

Satu biji penuh aku sumbat ke dalam mulut. Tak adanya nak control ayu di depan Eskandar. Acah gigit sikit-sikit macam chipmunk makan. Peduli apa sekalipun kedua-dua pipi kembung saat mengunyah.

“Nak?” Adat makan di depan orang, harus berkongsi rezeki. Aku tawarkan sebiji kepada Eskandar. Laju dia geleng. Bila dia dah geleng, aku apa lagi? Terus ngap lagi ke dalam mulutku. Tak nak sudah!

Saat rasa keju cair di mulut, aku mengeluh kesedapan.

“Sedap?”

Laju aku angguk.

Sempat aku lihat bibir Eskandar naik sedikit. Tak sampai sesaat.

This is my favourite,” kataku sesudah telan semuanya. Mood aku tengah baik untuk berkongsi walaupun dia tak tanya.

Is there any food that isn’t your favourite?” Sinis soalannya.

“Buah mangga masam. Err.. cringe!” Aku tetap jawab. Cuba membayangkan seulas masuk ke mulutku, rasanya sampai mencengkam ke telinga. Hakikatnya aku tak sukakan benda masam. Meremang bulu roma!

Too bad, I like it damn much,” jawab Eskandar pula.

Juling mata ke atas. Macamlah aku tak tahu. Bila difikir-fikirkan balik, banyak perkara yang kami berdua memang kontra. Dia suka A, aku suka B. Tapi, tak adalah pula aku rasa kami tak ngam. Bak kata orang, opposites attract. Gitu!

“Awak buat apa kat sini?” soalku kepada Eskandar. Pelik kenapa dia tidak ada bersama keluarganya.

“Cari kau,” jawabnya.

“Kenapa cari saya?”

“Rindu.” Nasib baik aku dah habis telan semuanya. Kalau tak, grenti tersedak. Lebih teruk lagi, termuntah keluar ke atas Eskandar yang berdiri di depanku sekarang ini.

“Oh, ya? Rindu banyak ke rindu sikit?” Aku sengaja ingin bergurau dengannya. Kononnya tak terkesan. Lagipun, Eskandar sendiri entah-entah sedang bergurau denganku. Maklumlah, sejak majlis bermula lagi entah berapa kali lawak tak menjadi dia aku dengar.

“Rindu aku ibarat cheese tart yang dah masuk perut kau tu. Kau tak akan nampak.”

Aku ketawa mendengarnya. Entah kenapa, rasa kelakar.

“Iya? Dan sekarang, apa yang saya rasa lepas dengar semua ni ibarat makan mangga masam kegemaran awak tu. Cringy,” balasku. Tak nak kalah.

Eskandar pula yang senyum mendengarnya.

Aku menoleh ke sekeliling. Benar tanggapanku. Banyak kepala sedang tertumpu ke arah kami. Ada yang ala-ala paparazzi, cuba menyorok daripada kelihatan terlalu menonjol sedang mengusyar. Dan sesetengah lagi memang tak sorok langsung. Memerhatikan kami dengan penuh minat.

Tonight, you caught everyone’s eyes. Like a superstar,” kataku kepada Eskandar. Yakin Eskandar yang menarik minat mereka. Sedari tadi aku aman bersendirian, tanpa disedari oleh sesiapa. Sehinggalah Eskandar muncul.

That’s irony. When you’re nobody, people never know your existence, but once you’re somebody suddenly people are interested with every single step taken. Even curious with what size of shoes you are wearing.”

“Biasalah. Awak bukan calang-calang orang. Awak anak Tan Sri Emran.” Aku nyatakan fakta.

“Tak bermaksud aku ni maksum. Aku tak suka bila orang kenal aku sebab papa.” Sedikit keras suara Eskandar. Jelas tak suka.

“Saya tak kenal awak sebab papa awak. Saya kenal awak sebagai tukang kayu. Yang tolong saya.”

I know. Sebab tu kau berbeza, sunshine.”

“Itu sebab awak yang tak bagitahu saya.” Aku mencebik. Masih tak puas hati.

 “Dan sekarang kau dah tahu aku siapa, tapi kau tetap layan aku macam kau layan aku sebelum ni. Kau adalah kau.”

Point taken.”

Aku angguk setuju. Walaupun aku dah tahu dia siapa, aku cuma kagum. Tapi bagi aku, Eskandar tetap Eskandar. Dan aku tetap aku. Aku tetap selesa dengannya. Tiada apa-apa yang berubah di antara kami.

In case awak lupa, sebelum awak, saya terlebih dahulu berkawan dengan anak Tan Sri Emran yang lagi seorang. Jadi, bagi saya tiada apa yang pelik,” tambahku lagi. Dan Audi pula bukan tipikal anak orang kaya. Tak berlagak. Tak sombong.

“Dara!” Panjang umur anak kedua Tan Sri Emran itu. Baru diseru namanya tadi. Dah muncul dah!

Aku menoleh ke arah suara Audi itu. Kelihatan dia sedang berjalan ke arahku. Bersendirian kini.

“Eh, kejapnya awak pergi! Saya ingat kena tunggu lagi setengah jam.” Penuh sarkastik suaraku. Haraplah maksudnya menusuk ke hati.

Audi sengih memandangku.

Sorry.” Sambung sengih.

“Eh, abang!” Audi baru perasan dengan kewujudan Eskandar.

Eskandar tak memberi apa-apa reaksi. Hanya merenung Audi sekali.

Aku ambil peluang ini untuk melihat kedua-duanya. Meskipun tinggi hampir sama, tapi Eskandar nampak lebih tegap dan maskulin. Mungkin sebab kerjanya banyak bertukang di studio berbanding dengan Audi yang hanya pegang pen dan komputer. Gaya Eskandar mestilah lebih rugged.

Jika dilihat wajah mereka, serius memang tiada iras langsung. Eskandar lebih tanned dan Audi lebih putih. Rambut Eskandar coklat pekat lurus manakala rambut Audi hitam dan agak ikal beralun. Wajah Eskandar pun kalau ikutkan ala-ala ada darah kacukan. Apatah lagi dengan warna anak mata yang yang unik itu.

Aku tak jumpa apa yang sama. Memang orang tak akan syak mereka adik-beradik.

“Abang buat apa kat sini?” tanya Audi kepada abangnya.

“Jumpa girlfriend atas kapal aku dulu. Kesian tak ada orang nak layan dia. Harapkan kau, kau pun tinggalkan dia seorang-seorang.” Selamba Eskandar menjawab. Jeling adik dia sekali.

Aku menjeling geram kepada Eskandar.

Sorry again,” kata Audi lagi dengan penuh rasa bersalah. Pasti rasa bertanggungjawab. Pasti juga sudah biasa dengan mulut tiada insurans abangnya itu.

Don’t mind him. Awak dah habis ke?” soalku kepada Audi.

Kini, wajah Audi jadi makin serba-salah.

“Itu salah satu sebab saya cari awak balik. Telefon saya habis bateri. Saya cuma nak bagitahu yang papa nak saya jumpa klien penting lepas ni. Mungkin siap lambat,” bagitahu Audi.

Aku hanya diam. Berfikir sejenak. Jam kini menunjukkan hampir ke pukul dua belas tengah malam. Kalau ikutkan hati memang aku nak balik. Tapi, aku tak memandu tadi. Sekarang aku menyesal dah ketepikan Axiaku tadi gara-gara menumpang Audi si Audi.

Audi si Audi! Haa.. Aku buat lawak. Kelakarnya!

“Saya tahu awak dah nak balik. Tapi, boleh tak awak tunggu sikit aje lagi?” soal Audi. Jelas rasa bersalah.

Hmm.. nak buat macam mana? Nak tak nak, aku kena tunggulah kalau aku nak balik. Mahu mengganggu Kak Ainin atau Along aku pun, dah lewat malam sangat ni. Mahu kena maki sebab dah mengganggu tidur berkualiti mereka.

Baru sahaja aku berura-ura untuk mengangguk, kedengaran orang sebelahku menyampuk.

“Aku hantar dia balik.”

Automatik leher berpusing ke arah Eskandar.

“Tapi papa nak abang ikut sama.”

Do I look like I care?” Mudah jawapan Eskandar. Seakan-akan mencabar Audi untuk membangkang.

Sudahnya, Audi hanya angguk faham.

“Aku hantar dia balik,” kata Eskandar lagi. Muktamad.

“Awak okey ke, Dara? Selesa ke kalau abang saya hantar?” Audi bertanyakan aku dulu. Risau betul dia.

“Kenapa? Abang awak perogol bersiri ke?” Soalanku itu mengundang jelingan kedua-dua jejaka itu. Eskandar yang tajam. Audi macam lepas tercekik guli.

“Okey aje. Saya kenal abang awak. Awak pun tak payahlah bimbang. Just go on with your plan,” sambungku lagi. Tak mahu membebankan Audi pula.

“Kalau macam tu, okeylah.” Audi bersetuju akhirnya.

“Dah, jom balik!” potong Eskandar laju. Dia terus pusingkan tubuhnya untuk berlalu.

Biadap betul! Sempat aku sengih sekali kepada Audi sebelum turut mengikut belakang Eskandar. Sempat juga Audi berpesan supaya aku memberitahunya sebaik sahaja aku selamat sampai di rumah nanti.