BAB
7
Eskandar
Arasyah. Terngiang-ngiang sebaris nama itu di telingaku. Baru sekarang aku tahu
nama sebenar lelaki itu. Cantik. Sesegak dirinya malam ini.
Serius
malam ini Eskandar kacak maut. Aku sendiri tak kenal dia kalau dia tak menyebut
namanya tadi. Sebab malam ini Eskandar sangat kemas. Tubuh tegap dan tingginya
itu bersalutkan sut setona warna denganku. Baju kemeja putih di dalamnya pula dibuka
dua butang paling atas, mendedahkan sedikit dada bidangnya itu. Membuatkan
gayanya tak terlalu formal tapi masih kemas. Tak macam Eskandar yang aku temui
sebelum ini.
Memang
kontra seratus lapan puluh darjahlah! Eskandar versi malam ni adalah Eskandar
yang sebelum ni yang dah diskrub dan diclorox. Dah tak macam sesat dalam hutan
lagi. Jambangnya ditrim kemas dan rapi, buatkan jawline dia nampak tajam. Rambut panjangnya juga dipotong dan
digayakan dengan stail long quiff, sangat
kena dengan rambut coklat tuanya yang lembut itu.
Tapi..
persoalannya, macam mana dia yang muncul? Mana Audi? Walaupun malam ini dia
muncul dengan seorang lelaki lain yang tak kurang kacaknya. Tapi bukan Audi.
“And what’s your relationship with her?”
Suara Raina itu buatkan segala yang bermain di fikiran aku terus terbang.
Kembali ke alam nyata. Aku lihat Raina tak berkelip melihat wajah Eskandar. Bagaikan
terpanah sampaikan tak ingat kekasih tengah berdiri di sebelah.
Eskandar
pandang aku di sisinya sebelum sekali lagi senyum manis. Mak ai.. boleh cair
hati aku macam ini!
“This hot-stuff and angel-like lady beside me
is my beloved girlfriend.” Kenyit mata ke arahku.
Aku
dengar bunyi aww.. yang keluar dari
mulut Suria. Raina pula kusempat lihat dia menjelingku. Macam… cemburu?
Dan
dadaku buat kerja gila. Berganda-ganda berdegup mengalahkan lepas lari pecut.
Dah kenapa aku nak rasa macam itu selepas Eskandar berkata sebegitu? Semua
lakonan, Dara. Lakonan!
“This is my friend, Haidar.” Eskandar
memperkenalkan rakannya itu. Memang aku dah beritahu awal-awal lagi kepada Audi
yang dia boleh membawa temannya seorang lagi kalau dia rasa segan. Sebab Suria
tidak membawa sesiapa dengannya, jadi memang ada tempat kosong.
Aku
melihat yang lelaki bertukar salaman walaupun nampak macam terpaksa. Kemudian
kedengaran suara pengerusi majlis memberi salam, menandakan majlis bakal
bermula. Semua kembali duduk di meja masing-masing.
Tapi
aku masih berdiri berdua dengan Eskandar. Ada sesuatu yang aku nak tahu.
“Mana
Audi? Why are you here and not him?”
soalku perlahan.
Eskandar
senyum senget.
“Because sunshine, I’m his old girlfriends
collector,” jawabnya sebelum turut berlalu ke meja kami.
Tapi
itu tidak menjawab persoalanku. Mengapa dia dan bukan Audi?
Eh..
kejap! Apa dia? Old girlfriends collector?
Cis!
-----
“Weh,
Dara! Yang ni lagi helok weh. Mana
kau sauk ni?” Kedengaran suara Suria berbisik di telingaku. Apa yang dibebelkan
oleh Staff Captain yang sedang
memberi ucapan penghargaan itu tak dipedulikan.
Kedudukan
kami sekarang, di sebelah kiriku adalah Suria. Dan di sebelah kananku pula
adalah Eskandar dan kawannya yang bernama Haidar itu berada di sebelah kanan
Eskandar.
Aku
pandang Eskandar yang tengah bercakap dengan temannya itu sebelum kembali
menoleh ke arah Suria. Hanya mampu jongket bahu. Tak tahu nak bagi jawapan apa.
Aku pun tak tahu apa yang dah jadi. Kenapa lain yang aku tunggu, lain yang
tiba. Dan kenapa Audi tak pernah memberitahuku apa-apa?
“Tak
apa weh. Yang penting puas hati tengok muka terkujat dia orang. Tak gitu?”
Kata-kata Suria itu mengundang tawa kecilku. Agaklah!
Suria
kerling lagi ke sebelah kananku itu.
“Tapi,
macam pernah dengar aje nama Eskandar ni?”
“Dialah
mamat yang aku langgar masa aku kena kejar kucing dulu,” ceritaku. Aku memang
ada sebut nama Eskandar dulu. Wajah Suria seakan-akan teringatkan sesuatu.
“Kau
cakap dia tak handsome hari tu. Ni
aku tengok macam baru lepas photoshoot
majalah. Penipu!” Suara tak puas hati.
Hampir
ketawa aku dibuatnya. Masalahnya memang betul pun. Bagi aku Eskandar masa itu
hanya biasa-biasa. Selekeh. Betullah orang kata, kacaknya orang lelaki
ditentukan oleh rambutnya. Ubah gaya rambut, kacak maut terus.
“Kawan
dia tu pun helok teruk weh. Kau
kenalkanlah aku dengan dia, Dara. Mana tahu jodoh aku.” Suria senyum miang.
Dari hujung mata, dia menjeling Haidar yang sedang ketawa itu. Terserlah lesung
pipit di kedua-dua belah pipinya itu. Dahlah dalam.
Aku
geleng kepala. Eskandar pun aku tak berapa kenal, inikan pula kawan dia.
Entah-entah suami orang.
“Macam
mana boleh kenal Dara?” Telingaku terus peka sebaik sahaja mendengar namaku.
Terus aku menoleh ke arah suara itu.
Safwan
yang berada bertentangan dengan kami. Mata tepat memandang Eskandar. Sebenarnya
dari tadi lagi aku rasa matanya mengalahkan helang memerhatikan gelagat aku dan
Eskandar.
Mod
aku mula berubah kepada berjaga-jaga. Risau. Memanglah aku dah rancang semuanya
dengan teliti. Tapi itu semua dengan Audi. Ini Eskandar. Entah dia kenal entah
tidak dengan nama aku. Dahlah dari tadi dipanggilnya aku sunshine.
“Our first met? It was just a pure coincidence. Long
story short, let’s just say I was a knight saving his damsel in distress. Mungkin dah jodoh kut. My sunshine ni selalu careless. Buatkan I selalu risau. I tak
tahulah apa yang yang jadi kalau I tak ada.” Eskandar buka hikayat. Dipandangnya
aku sekali dengan mata yang bercahaya. Macam penuh rasa cinta.
“Lakonan
dia, royal class.” Sempat lagi Suria
berbisik. Memuji.
“Nampak
macam you baru kenal dia. Kiranya you tak tahulah yang dulu Dara ni gemuk,
kan?” Tiba-tiba Raina berbunyi. Dia senyum mengejek. Itu tak lain dan tak
bukan, hanya mahu memalukan aku.
“Tua, muda, gemuk, kurus, cantik, hodoh, I
terima seadanya. Because she’s my sunshine.”
Nama
itu lagi! Aku tak tahulah kenapa dia panggil aku sunshine. Pelik!
“Sebab
kalau kita betul-betul sayangkan seseorang, kita tak akan kesah sekali pun dia
macam mana. You patut risaukan diri you. Cuba kalau tiba-tiba you gemuk besok,
I tak rasa you cantik. Agak-agak Safwan terima you tak?”
Hampir
tersedak aku mendengar kata-kata selamba Eskandar itu. Apatah lagi bila melihat
muka Raina yang macam baru lepas tertelan cicak itu. Suria pula tak payah
cakaplah. Tangan dah berkompang dengan meja sambil ketawa mengekek. Nasib
baiklah kini suasana dah berubah agak hiruk-pikuk, menenggelamkan semuanya.
Tak
kelakar pun sebenarnya. Tapi melihat reaksi sebegitu daripada Raina amatlah
menggeletek hati kami. Macam mana aku boleh lupa yang lidah Eskandar memang
tajam? Lidah dia sangat berguna untuk menghadap manusia perangai serupa Raina
itu. Tak sia-sia dia ganti Audi malam ini.
“Hati-hati,
Raina. Dulu pun dia boleh tinggalkan orang gemuk untuk kau, tak mustahil dia
akan tinggalkan kau yang gemuk untuk orang lain,” bidas Suria pula. Kemudian
sambung ketawa.
Raina
pandang Suria macam nak ditelannya hidup-hidup. Kemudian jeling marah pada
Safwan. Kesian si kawan itu yang tak bersalah.
“I
tak akan gemuklah. Body I lawa.”
Entah kat siapa-siapa Raina bagitahu.
Kemudian
Haidar berdehem untuk mengendurkan suasana yang tiba-tiba rasa tegang tadi.
Tapi sempat aku tengok dia tarik sengih sikit sebelum dia neutralkan balik
ekspresi muka.
“Raina,
youkan yang organize majlis ni?
Tahniah. Nampak gah betul. Semua segi sempurna,” kata Haidar. Ubah topik.
Dengan
itu, mood Raina kembali elok. Rambut
panjangnya itu dikibas ke belakang. Muka berlagak.
“Thank you. Ingat senang ke nak buat atas
cruise ship ni? Nasib baiklah Safwan ni anak kepada CFO syarikat kapal ni.
Senang sikit nak mintak sponsor. Untung I dapat kekasih macam Safwan ni.”
Dengan bangganya Raina bercerita. Kembang hati bila kekasih anak orang kaya.
Eskandar
dan Haidar saling berpandangan seketika.
“Oh,
ya ke? Hebat.” Haidar memuji sepatah.
“You
berdua pula kerja apa?” korek Raina lagi.
“Oh,
I kerja biasa-biasa aje. Tak kaya pun macam Eskandar ni. I ni boatman aje,” jawab Haidar bersahaja.
Muka Raina berubah sedikit namun cepat dikawalnya.
“You,
Eskandar?”
Janganlah
dia cakap tukang kayu pulak! Bukan aku nak menghina kerja dia, tapi tengok
sajalah reaksi Raina sebaik sahaja mendengar pekerjaan Haidar itu. Ada sebab
kenapa aku pilih Audi sebelum ini. Hanya untuk malam ini aku mahu pentingkan
darjat dan status. Khas untuk mengajar budak berdua itu. Mahu menunjukkan pada
mereka bahawa ada yang lebih hebat daripada mereka berdua. Jadi, jangan nak
berlagak sangat.
Eskandar
diam dulu. Ambil air putih yang berada di atas meja untuk basahkan tekak. Kemudian
matanya tepat memandangku ketika dia menjawabnya. Nampak beku dan dingin.
“I?
I COO IG Lenzz Furniture,” jawab Eskandar pula. Ciplak jawatan Audi. Memang
sahlah dia kenal Audi. Dan memang sahlah semuanya kepala Audi macam mana
Eskandar boleh muncul.
Aku
tarik nafas lega bila mendengar jawapan Eskandar itu walaupun dia menipu. Puas
hati melihat sekali lagi mata Raina dan Safwan kembali terbuntang. Mungkin
tidak menyangka dia punya jawatan setinggi itu ketika masih muda.
Eskandar
pula aku nampak hanya senyum. Nampak sinis ketika dia jeling aku.
“Anak
Tan Sri Emran?” soal Safwan sedikit terkejut.
Dadaku
berdetak laju mendengarnya. Janganlah cakap Safwan kenal pula dengan ayah Audi!
Muka
Eskandar bagaikan tak berperasaan. Hanya mengangkat sebelah bahu. Tanda
mengiakan.
“Then this ship..”
“Besar
betul kapal ni. Nasib baik kau bawak aku, Eskandar. Merasalah juga.” Haidar memotong
percakapan Safwan. Eskandar hanya diam.
Kemunculan
pelayan untuk menghidangkan makan malam di meja kami membuatkan segala perbualan
kami terhenti seketika. Hanya membiarkan pelayan melakukan kerjanya. Mataku
pula melihat hidangan yang disajikan. Berasaskan makanan laut. Lobster besar di tengah-tengah. Udang
besar lagi segar. Ketam-ketam menggiurkan. Dan banyak lagi. Kecur liur aku
dibuatnya.
Ya
Allah.. laparnya aku!
“Baca
bismillah dulu, sayang!” tegur Eskandar sebelum aku mula melahap.
Malu
tiba-tiba. Tapi aku cuma sengih sebelum mengikut nasihat Eskandar. Gara-gara
nafsu makan yang menguasai, hampir sahaja aku terikut-ikutkan hasutan syaitan.
Tak pasal-pasal aku kenyang dengan syaitan sekali.
Tapi..
dia panggil aku sayang kali ini! Dan jantung tak sedar diri aku ni berdetaknya
mula melebih-lebih. Selalu Audi panggil aku macam tu, tapi jantung selalu behave. Tapi kenapa bila Eskandar panggil
macam itu, dia menggedik lain macam?
Semua
orang meneruskan makan. Hanya bunyi sudu dan garfu berlaga dengan pinggan
sebelum dewan itu dimeriahkan dengan persembahan nyanyian acapella diikuti dengan cabutan bertuah. Aku pula kalau dah melahap
dah tak peduli apa dah. Hanya makanan dalam kepala.
Aku
capai dua ekor udang goreng mentega. Dikopek menggunakan sudu dan garfu. Dua
kali mencuba dengan salah satu cubaan hampir membuatkan garfu melayang ke arah
Suria, aku rasa mahu mengalah. Aku memang fail
la kalau bab kopek udang pakai sudu dan garfu ni! Rasa nak aje kopek
menggunakan tangan.
Tengah-tengah
berperang dengan udang, tiba-tiba udang diculik ke pinggan sebelah. Aku melihat
laju tangan Eskandar mengopek udang menggunakan sudu dan garfu bagaikan seorang
pakar. Tak sampai seminit, semua kulit dah dibuang lalu udang itu dikembalikan
ke pingganku. Dia capai seekor udang lagi, lalu diulang perbuatan yang sama.
“Terima
kasih,” ucapku malu-malu. Dia tak beriak apa-apa.
Aku
tak sedar perbuatan kami sebenarnya mengundang perhatian orang lain juga.
Sehinggalah Suria bersuara.
“Kau
orang berdua ni sweet la.”
Aku
angkat muka. Masa itulah kelihatan beberapa pasang mata dengan bermacam reaksi
sedang memandang kami. Suria dengan muka mengusik. Haidar dengan sengih yang
bagai ditahan. Raina yang macam meruap segala rasa. Safwan yang kelat. Hasbi
dan pasangannya hanya senyum.
Eskandar
juga bagaikan baru perasan dengan pandangan mereka terus berdehem. Senyum lakonannya
terukir lagi.
“You see, my sunshine. Always in distress.
Macam I cakap tadi, I tak tahulah apa akan jadi kalau I tak ada,” kata
Eskandar. Buat-buat mengeluh risau selepas itu.
“I’m not worried. You’ve promised me. Awak akan selalu ada untuk saya, kan?” Aku pun
tak tunggu banyak masa. Terus gilap bakat lakonan aku yang memang tip top ini. Kelip-kelip
mata pandang dia.
Eskandar
senyum senget.
“Of course. Anything for you, sayang,”
balasnya tanpa ragu.
Dan
Suria pun, aww lagi. Kali ini
pasangan Hasbi yang bernama Fariha itu turut ikut sama.
“Jealousnya aku dengan kau, Dara. Dahlah
dapat boyfriend handsome, kaya, caring
pula tu. Bertuahnya badan. Lucky you didn’t
end up with someone idiot I know,” Suria juga memainkan peranannya. Selamba
sindir Safwan sedas. Menjeruk terus muka si kawan.
Mission accomplished!
------
Secara
keseluruhannya, aku suka dengan majlis kali ini. Dapat bertemu dengan
kawan-kawan lamaku, berkongsi cerita dan menangkap gambar bersama. Ada yang dah
tunang. Ada yang dah kahwin. Semua dah berubah. Tapi kebanyakan perangai mereka
kekal sama.
Ada
sahaja kawanku yang menegur, buatkan aku tak punya masa untuk berdua dengan
Eskandar. Perhitungan kami belum tamat lagi. Aku masih belum tahu di mana Audi
sekarang ini. Aku yakin semua ini angkara dia!
Suara
pengerusi majlis yang meminta perhatian semua orang itu buatkan dewan itu
kembali sunyi. Semua fokus ke arah pentas.
“Dijemput
Cik Raina dan Encik Safwan ke pentas. Katanya ada berita gembira yang ingin
dikongsikan.”
Semua
orang berpandangan sesama sendiri. Kemudian nampak Raina dan Safwan melangkah
untuk naik ke tengah pentas. Suasana masih sepi lagi. Raina capai mikrofon.
“I
nak ucapkan terima kasih sebab sudi jayakan majlis ni. Semua pun enjoy. I yang tengok pun gembira.
Alang-alang semua kawan sekolah I ada kat sini, I nak umumkan yang kami berdua
nanti bakal bertunang bulan depan.”
Dan
setelah itu kedengaran tepukan gemuruh yang dihadiahkan oleh semua orang.
Termasuklah aku. Semua ucapkan tahniah kepada mereka.
Akhirnya!
Selepas lapan tahun menyulam cinta, nampaknya mereka bakal bergerak ke arah
yang lebih jauh. Baguslah. Aku tumpang gembira untuk mereka. Jujur. Aku tak
rasa sedih. Macam yang aku cakap sebelum ini, aku memang betul-betul dah move on dengan Safwan. Memang bodoh
tahap petala kelapanlah aku kalau aku masih sukakan Safwan selepas lapan tahun
berlalu.
“Tahniah
diucapkan kepada mereka berdua. Semoga sampai ke jinjang pelamin. Okey.. kita
pun sudah hampir sampai ke penghujung majlis. Saya ingin menjemput artis jemputan
istimewa kita untuk memberi persembahan khas untuk acara penutup untuk majlis
ini.”
“Yang
pasti jejaka ini ramai sungguh peminatnya. Mesti semua perempuan di sini kenal
dengan penyanyi yang hot lagi kacak ini.
Tanpa membuang masa, saya menjemput Adri and The Bands untuk menggegarkan dewan
ini untuk kali terakhir.” Dan setelah itu, kedengaran hampir kesemua perempuan
menjerit suka dan tepukan gemuruh bergema lagi.
Adri!
Terus
tegak kepalaku sebaik sahaja mendengar sebaris nama itu. Tidak.. aku tak
percaya! Tolonglah Adri yang lain. Hati masih cuba menafikan walaupun aku lebih
tahu kebenarannya.
Sehinggalah
aku melihat langkahnya ke tengah pentas, aku terus pejam mata. Kenapa? Kenapa
dia kat sini?
Kedengaran
bunyi melodi pembuka lagunya. Beberapa saat setelah itu, kedengaran suara
merdunya mula bergema. Kenangan lama datang lagi. Melihat dia di tengah pentas
itu buatkan rinduku padanya tiba-tiba muncul.
Kalau
Adri ada, mesti… Mataku laju melilau ke arah pentas.
Bingo!
Aku nampak dia! Aku nampak Sofea yang berada di tepi pentas, sedang khusyuk
memerhatikan Adri dan kumpulannya. Sedang menjalankan tugasnya sebagai manager kumpulan itu tapi aku lebih tahu
semuanya.
Tiba-tiba
dada rasa sesak. Rasa ruangan luas itu menjadi sempit, sehingga menghimpit
dadaku. Aku perlukan udara untuk bernafas. Aku perlu keluar dari sini.
Dan
ketika itulah Adri menoleh ke arahku. Aku harap dia tak perasan akan
kewujudanku di balik ombak manusia ini. Namun, bila tepat mata dia memandangku,
matanya sedikit meluas dan nyanyiannya berubah sedikit perlahan seolah-olah
membaca lirik. Aku tak tunggu banyak masa. Terus kupusingkan tubuhku.
Aku
lari.
Sapa adri tu..?
ReplyDeletebanyak siot iklan merapu kat blog anjel ni. ada mintak kebenaran ke? menyemak je
ReplyDeletetoo much sweet yg mula2 tu even berlakon je ,good dara
ReplyDeleteMantaplah.. jika ade nak belajar blog bisa kunjung lah ke mari KopiCola...
ReplyDeleteSrs novel karya anjell memang best semua ðŸ˜❤️
ReplyDelete