BAB
20
Buzz. Buzz.
Terasa
ada gegaran di dalam clutch merah
jambuku. Aku yang tengah tahan mengantuk mendengar ucapan Tan Sri Emran tentang
sejarah penubuhan Infinite Berhad aka
Infinite Group itu terus segar. Tangan meraba isi clutch. Mencari telefon pintarku.
Ada
notifikasi baru dari aplikasi WhatsApp.
Orang Kacak.
Terus
tegak dudukku. Apa yang dia nak agaknya?
Laju
aku membuka mesej WhatsApp yang dihantar oleh Orang Kacak itu. Jangan tanya
kenapa aku masih tak ubah nama itu. Sebab aku sendiri pun tak tahu. Anggaplah
nama itu punya nilai sentimental tersendiri.
Dusty pink looks good on you,
sunshine
Reaksi
pertama? Bibir menguntum senyum dulu. Kembang hati juga apabila dipuji
Eskandar. Baru nak fefeeling pipi
merah-merah, tiba-tiba mataku terus membuntang.
Bagaikan
tersedar sesuatu, laju leherku berpusing sambil mata mengimbas ke segenap arah.
Mencari Eskandar. Kalau dia tahu aku memakai dress berwarna dusty pink,
mesti dia ada di dalam majlis ini.
Tapi
hampa. Bagaimana aku bisa mencari susuknya dalam kalangan ratusan manusia yang
hadir ke majlis ini?
Geram
punya pasal, aku membalas mesejnya.
Stalker detected.
Where are you Eskandar Arashah Tan
Sri Emran Adlishah?
Berbelit
jari aku menaip nama penuhnya yang aku main hentam itu.
Aku
tenung chat conversation kami itu.
Dia sedang online. Seminit berlalu,
masih tiada reaksinya.
Typing…
Arasyah
Y sunshine, not H
Dia
cuma betulkan itu! Sikit pun tak nafikan apa-apa.
Typing…
Please spell it correctly.
Siapa tahu lepas ni kena tulis dalam
borang nikah
Dua
emoji smirk setelah itu.
Aku
tak tahu nak geram atau tergelak dengan gurauan luar alam Eskandar itu. Sempat
lagi dia test lawak dia dengan aku di
tengah-tengah majlis ini.
Where are you?
You should sit on your rightful
place.
Taipku
tanpa menghiraukan gurauan tak kelakar dia itu. Mata dikalihkan ke arah meja
orang tua Audi. Masih ada satu tempat kosong. Aku kira memang khas untuk dia.
Maksudnya semua mengharapkannya datang walaupun tahu itu mungkin angan-angan
tak kesampaian.
Aku
tunggu dia balas.
Two o’clock
Dahi
terus berlipat. Tak faham. Pukul dua?
Terasa
bagaikan ada satu tarikan, kepala tiba-tiba berpusing ke satu arah. Pukul dua
dari tempat dudukku itu.
Dari
sini, aku melihat satu susuk yang cukup kukenal sedang berdiri di satu sudut.
Agak tersorok. Tiada siapa yang sedar akan kehadirannya gara-gara dikelilingi
oleh para pelayan hotel lain yang turut berdiri.
Nampak
cahaya putih yang terpancar dari skrin telefon pintarnya. Dilayang-layangkan ke
arahku.
Buzz. Buzz.
Tunduk
pandang skrin.
Now I am.
Right in front of your eyes.
Kepala
kembali diangkat.
Walaupun
dia berdiri agak jauh, dapatku rasa bibirnya tersungging satu senyuman trademarknya ke arahku.
Entah
kenapa, tiba-tiba rasa pipi membahang. Rasa hilang kesemua orang di dalam dewan
ini. Tiada lagi kedengaran suara lantang yang sedang berucap. Yang tinggal
hanyalah aku dan Eskandar.
Aku
tak tahu berapa lama kami bersabung pandang, tiba-tiba aku melihat Eskandar
mula mengundur langkah. Aku mula tak senang duduk. Firasat mengatakan dia mahu
berlalu dari tempat ini.
Lantas
aku pandang sebelah. Rapatkan bibir ke telinga Audi.
“Audi,
saya nak pergi ladies kejap,” bisikku
kepada Audi.
Audi
hanya angguk tanpa mengalih pandang dari pentas besar itu.
Tanpa
berlengah lagi, terus punggung diangkat. Meredah beberapa meja dulu sebelum
tiba di salah satu pintu keluar. Aku terus menuju ke arah tempat Eskandar
berdiri tadi. Haraplah dia masih belum lenyap lagi.
Sayup-sayup
kedengaran majlis yang kutinggalkan itu. Laluan makin sunyi. Aku sedar yang ini
memang merupakan laluan untuk ke tandas.
“Looking for me, sunshine?”
Nasib
baik tak melompat aku mendengar suara itu. Bersama suara itu, muncul susuk
tinggi Eskandar di balik dinding.
Dia
ni sewa selimut halimunan Harry Potter ke apa? Tadi hilang. Sekarang muncul
balik.
Kami
saling berhadapan. Eskandar hanya bersandar pada dinding, sambil kedua-dua
tangan disilang ke dada. Memandangku dengan sebelah kening yang sedikit
terangkat. Menanti aku untuk menjawab soalan cepu masnya.
Aku
bercekak pinggang.
“Awak
abang Audi.”
“The one and only,” jawabnya mudah.
“Awak
tak cakap pun awak abang Audi.” Aku tak puas hati. Rasa diperbodohkan.
“Surprise.” Suara seakan mengejek.
Geram!
“Habis
tu, kenapa awak kat sini?” Aku tanya dia.
“Kenapa?
Aku tak boleh ada kat sini?” Dia pulangkan soalan kepadaku.
Tipikal
Eskandar! Menjengkelkan sungguh. Ringan aje tangan nak cekik leher dia. Nasib
baik aku pendek, dan dia tinggi. Tak sampai! Huh!
“Awak
patut duduk kat tempat awak. With your
family.”
Kalau
dilihat dari pemakaian Eskandar, dia cumalah bergaya kasual. Smart casual. Tak selekeh. Tapi tak juga
bertujuan untuk mengikut serta majlis formal. Rambut pun macam baru lepas redah
Gurun Sahara. Kering dan tak terurus. Tapi, tetap nampak stail dengannya. Nampak
sangat dia tiada niat pun untuk hadir ke majlis malam ini.
Tapi,
kenapa dia ada di sini?
Eskandar
jongket sebelah bahu.
“I have no intention to join the party. You should return to your table.” Sempat
dia halau aku.
“Sera
cakap awak tak pernah datang majlis-majlis macam ni. Kenapa?” soalku tanpa
mempedulikan kata-katanya itu. Ingin tahu. Pasti ada kisahnya.
“Sera never shuts her big mouth.”
Eskandar buat-buat mengeluh.
Eskandar
betulkan kedudukannya. Berdiri tegak.
“Aku
tak suka datang majlis-majlis macam ni,” sambungnya lagi. Berwajah bosan untuk
menguatkan fakta.
“Habis
tu kenapa awak muncul malam ni?”
“Aku
nak tengok kau.” Sikit pun tak gagap.
Erk..
keras terus lidah nak membidas! Terkelu.
Kelip-kelip
mata pandang dia. Dia jujur atau saja nak patahkan hujah aku?
Walau
apa pun niatnya, jantungku tetap berdegil untuk berdegup terlebih rentak.
Berdup-dap dup-dap laju macam nak kasi tuan punya badan jadi arwah.
Tiba-tiba..
“Ehemm..”
Terus tersedar kami ke alam nyata. Hilang sudah sesi sabung-menyabung mata di
antara aku dan Eskandar.
Aku
terus berganjak sedikit sambil bibir menutur kata maaf. Mungkin aku telah
menghalang laluan orang untuk masuk dan keluar dari tandas.
Haila..
itulah balasannya kalau beromantika di
amor pun di depan jamban!
Aku
angkat kepala untuk melihat gerangan si tukang deheman itu. Tapi, nasib baik aku
tak pengsan sebaik sahaja melihatnya. Seorang wanita anggun dalam dress berwarna pic.
Ya
kanak-kanak, mama Audi! Atau patut ke aku kata, mama Eskandar?
“Eskandar?”
Perlahan suara wanita itu. Dan bila melihat matanya sedikit membulat, aku yakin
dia benar-benar terkejut. Mungkin dia sendiri tak percaya yang Eskandar boleh
muncul.
Aku
pandang pula reaksi wajah Eskandar. Beku tak beriak.
“Kenapa
tak masuk? Papa mesti gembira kalau dia tahu Es datang,” kata wanita itu
lembut.
Tiada
reaksi dari Eskandar. Hanya diam bagaikan tak mendengar apa-apa.
Aku
di tengah-tengah ini pula yang rasa tak senang. Rasa mahu saja menyumpah diri sendiri
menjadi pasu bunga hiasan supaya tidak berada di antara dua beranak ini. Kenapa
aku rasa bagaikan ada yang tak kena di antara mereka berdua ini? Tension in the air.
Mungkin
kerana tidak mendapat apa-apa reaksi dari Eskandar, sekali lagi wanita anggun
itu basahkan tekak. Dan bagaikan baru tersedar, matanya mendarat pula padaku.
Aku tak tahu mahu memberi reaksi apa.
Hanya
mampu senyum. Cuba dimaniskan tapi aku dapat rasa rupa senyumku itu ibarat
orang sedang menahan sembelit. Terpaksa. Mana taknya? Bukan main tadi aku ingin
mengelak daripada bertemu dengan orang tua Audi, dan sekarang lihatlah apa yang
telah ditakdirkan untukku.
Rasa
bersalah. Kekok. Tak bersedia. Dan aku haraplah mama Audi tak cam aku.
Aku
melihat mata wanita itu dari atas sampai bawah merenungku. Bagaikan sedang
menganalisis. Rasa bertambah segan. Entah apalah tanggapannya terhadapku.
Seriau.
Tak dapat aku mengagak gara-gara wajahnya yang tak berperasaan. Kemudian
dahinya sedikit berkerut.
“You’re Audi’s girl,” katanya.
Aku
telan liur. Dia cam daa.
Tapi
sedikit kurang senang bila aku dicap sebagai ‘perempuan’ Audi.
“She’s not Audi’s. She’s no one’s girl.”
Belum sempat aku memperbetulkan apa-apa, aku terlebih dulu mendengar suara
keras Eskandar membalas.
Ternganga
aku pandang Eskandar.
“Oh..
okey! I’m sorry.” Wanita itu pun nampak
sedikit terkedu.
Aku
pandang Eskandar sekali lagi. Wajah tetap tak berekspresi, sikit pun tak rasa
bersalah. Rasa lega bila Eskandar membetulkan tanggapan mamanya itu. Tapi, tak
perlulah sekasar itu.
“Don’t be rude. She’s your mother!”
Sekali lagi aku bercekak pinggang, marahkan Eskandar. Sempat jeling amaran.
Tanpa
mendengar balasan Eskandar, aku memandang kembali wajah mama Eskandar itu. Wajah
dimaniskan kembali. Kali ini lebih ikhlas. Baca bismillah banyak-banyak dalam
hati dulu sebelum buka mulut.
“Nama
saya Dara Nailufar. Saya cuma kawan Audi, Puan Sri.” Aku memperkenalkan diri. Lega
kerana aku dapat jujur kali ini. Tak perlu lagi menipu.
“Oh..”
hanya itu yang keluar dari mulutnya sambil mata bergilir-gilir memandang aku
dan Eskandar.
“Panggil
Aunty May.” Aunty May senyum manis.
“Dara
buat apa kat sini dengan Eskandar?” soal Aunty
May lagi.
“Err..”
Aku tak tahu harus menjawab apa. Tak mahu Aunty
May berfikiran bukan-bukan terhadap aku yang hanya berdua-duaan dengan
Eskandar. Di tempat agak sunyi pula tu.
“Why don’t you just go inside? I bet papa is
waiting for you,” potong Eskandar.
Mata
tepat memandang Aunty May. Sikit pun
tidak menyorok kenyataan yang dia sedang menghalau.
Sekali
lagi suasana berubah tegang. Apa masalah dua orang ini?
“Indeed.” Aunty May senyum manis. Tapi seakan-akan punya maksud tersirat. Aku
sendiri tak faham.
“And how about you come and join us? Papa is
waiting for you too.” Lembut saja suara Aunty
May ketika berbicara. Namun, jelas kedangaran nada seakan-akan mencabar. Apatah
lagi dia dan Eskandar sekali lagi saling berpandangan.
Sekali
lagi, apa masalah dua orang ini?
“Don’t you think so, Dara?” Pandangan
Puan Sri itu beralih kepadaku.
Telan
liur dulu sebelum angguk. Dan telan liur lagi sekali bila terasa renungan orang
sebelahku ini mengalahkan mata superman,
sedang mencucuk-cucuk kepalaku selepas aku bersetuju dengan mamanya itu.
Rasa
tersepit tiba-tiba.
“Jomlah
kita masuk,” ajak Aunty May.
“Awak
tak nak ikut ke?” soalku kepada Eskandar pula. Dalam hati mengharapkan dia
bersetuju. Entah kenapa.
Dia
hanya diam. Hanya merenung mamanya dengan pandangan yang aku kira sedang
menahan pelbagai jenis rasa.
“Orang
tak nak, kita tak boleh paksa, Dara. Jomlah. Nanti aunty kenalkan Dara dengan uncle
Emran. Dia mesti gembira dapat kenal kawan baru Audi.”
Gulp!
Seramnya aku mendengar ayat terakhirnya itu. Tapi, kalau dah mamanya tahu aku
dan Audi hanyalah berkawan, tiada apa-apa lagi yang perlu dirisaukan, kan? Kan?
Aku
hanya mampu mengikut bila tanganku ditarik Aunty
May. Sempat berpaling sekali pada Eskandar yang hanya pegun itu. Hanya
memandang kami lewat ekor matanya.
Bagaimana
aku yang tadi keluar mencari Eskandar, tapi masuk balik dengan mak dia?
Ya
Allah.. lindungilah aku malam ini! Dalam hati tak putus-putus berdoa.
he came!
ReplyDeleteEee tknaklah dara kawen ngan audi jadi kakak ipar takpe
ReplyDeleteTak sangka eskandar gay,tapi dara tetap memilih dia,best nya la kan,nak ada buku yang ke 2,sebab belum puas🤩🤩
ReplyDeleteWhat do you mean??😳😳
Delete