BAB
15
Jam
menunjukkan pukul sebelas pagi. Masih terlalu awal untuk aku berjumpa dengan supervisorku. Dan gara-gara itulah aku
terpacak di depan bangunan gah tinggi itu. Aku punya misi khas hari ini.
Langkah
penuh gaya diatur. Tak peduli dengan mata-mata yang memerhati. Tapi saat mataku
berlaga dengan orang lain, aku tetap ramah memberi senyuman. Mesti
tertanya-tanya akan kemunculanku di tempat itu. Tapi rasanya tak ada yang pelik
kerana boleh dikatakan aku selalu juga ke situ.
Kaki
berhenti di hadapan sebuah meja. Kelihatan seorang wanita dalam lingkungan
pertengahan dua puluhan sedang menaip di depan sebuah komputer. Sebaik sahaja
terasa akan kehadiranku, kepalanya didongakkan ke arahku.
“Eh,
Cik Dara!” Dia sedikit terkejut. Namun cuma sebentar sebelum senyuman manis
dihulurkan kepadaku. Membuatkan wajah ayunya bertambah manis.
Aku
turut membalas senyumannya.
“Hai,
Nur!” tegurku.
“Dah
lama tak nampak Cik Dara datang sini. Nak jumpa bos, ya?” katanya pula.
Aku
senyum lagi.
“Haah.
Audi ada?” soalku balik dengan suara tenang. Tak mahu Nur yang merangkap
setiausaha Audi itu syak apa-apa.
Dalam
hati berdoa semoga dia masih berada di biliknya tanpa apa-apa urusan.
Berkobar-kobar semangat aku nak jumpa dia. Macam yang aku cakap dulu, sebaik
sahaja kaki cecah darat, perkara pertama yang akan aku lakukan adalah mencari
Audi.
“Ada,
Cik Dara. Dia tiada apa-apa appointment
atau meeting pagi ni. Mungkin dah
kosongkan jadual dia sebab nak jumpa Cik Dara kut.” Suara mengusik dari Nur.
Sengih-sengih dia pandang aku.
“Oh, ya?” Senyum misteri.
Cantik!
Nampaknya nasib betul-betul menyebelahiku.
“Cik
Dara duduklah dulu. Saya inform Encik
Audi dulu.”
“Eh..
tak apa!” halangku apabila Nur mula bangun.
Rosaklah
program aku kalau Nur bagitahu Audi. Entah-entah nanti dia sempat menyorok di
bawah meja.
“Saya
masuk aje nanti. You know, surprise!”
jawabku lagi dengan muka bajet angel.
Nur
senyum mengusik lagi.
“Yalah.
Maklumlah dah lama tak jumpa, mesti rindu, kan?”
Aku
kini sengih. Tanpa membalas apa-apa lagi. Sememangnya Nur tahu aku adalah
‘kekasih’ Audi. Macam mana boleh tahu? Dah tentulah Sera yang kecoh memperkenalkan
aku kepadanya. Masa tu aku datang melawat Audi di pejabatnya. Untuk
membincangkan rancangan kami ketika cruise
dulu.
Dan
kebetulan pula Sera datang melawat. Aku baru tahu yang mereka sepejabat. Dan
gara-gara itulah semua kenal aku sebagai ‘kekasih’ Encik COO itu. Audi pula
hanya diam mengiakan gara-gara ada Sera. Apa boleh buat, ditelan mati emak,
diluah mati bapak.
Aku
rasa ‘hubungan’ aku dan Audi ni makin lama makin serius. Kena buat sesuatu
sebelum melarat ni!
Tak
apalah! Itu topik untuk dibincangkan di lain hari. Buat masa sekarang, aku ada
hal lain yang lebih penting.
“Haah.
Rindu sangat. Tak sabar betul nak jumpa dia,” jawabku. Tak sabar aku nak tengok
muka Audi saat melihatku nanti.
Aku
meminta diri untuk berlalu ke bilik Audi yang terletak hanya beberapa meter
dari meja Nur. Pintu kayu solid
berwarna coklat pekat itu diketuk beberapa kali. Masih hormatkan tuan punya
bilik walaupun selepas ini mungkin perang bakal terletus.
Sebaik
sahaja mendengar suara macho Audi menyebut ‘masuk’, terus aku tarik tombol
pintu itu. Terasa sejuk pendingin hawa mencecah kulit wajah. Kelihatan Audi
masih khusyuk menulis sesuatu di atas sekeping kertas.
Kaki
mengorak langkah ke hadapan meja Audi. Wajahnya serius ketika melakukan
kerjanya. Sesuai dengan lagaknya seorang bos. Penuh karisma.
Aku
letak tas tangan di atas salah sebuah kerusi bertentangan dengan Audi.
“Hello, boyfriend! Long time no see,”
tegurku.
Pen
di tangan terus terkaku. Adalah dalam tiga saat. Kalau mata tak salah lihat,
halkum Audi bergerak sekali. Telan liur. Kemudian, dengan kelajuan siput kena
strok haba, kepalanya diangkat untuk memandangku.
Aku
dah bersedia untuk menyambut pandangannya dengan satu senyuman di bibir. Sangat
manis versi mak tiri Cinderella.
“Eh,
Dara!” Audi sengih terpaksa. Pen mahal yang dah berhenti membuat kerja itu diletakkan
ke tepi.
Aku
diam. Tenung dia lama-lama.
“Awak
dah balik? Ada apa awak datang sini?” soalnya pula.
Nampak
sekali lagi dia telan liur. Kemudian perlahan-lahan kerusi empuknya ditolak
sedikit ke belakang. Menambahkan jarak antara dia dan meja kerjanya itu. Kemudian
duduk tegak. Kemudian menggeliat perlahan.
Setiap
pergerakannya itu kuperhatikan bagaikan helang. Tunggu masa nak terkam.
“Ada apa awak tanya? Awak..” Tangan mula
panjang untuk membahamnya.
Tapi
Audi lagi pantas dariku. Seolah-olah sudah menduga tindakanku itu. Terus bangun
dari kerusinya lalu bergerak ke kiri dengan kelajuan kilat.
“Eh,
jangan macam ni, Dara!”
“Jangan
macam mana? Awak ingat saya akan diam? Berani awak ya?” Melahar-lahar api
kemarahanku.
Aku
mula mengejar. Audi pantas lari. Dia mengelilingi meja besarnya itu, buatkan
aku makin sukar untuk mendapatkannya. Apatah lagi dengan kerusi-kerusinya yang
menjadi penghalangku.
Geram!
“Kenapa
awak tak muncul masa majlis reunion
tu? Awak tahukan majlis tu penting bagi saya?” soalku. Masih mengejar.
“Okey..
Saya minta maaf!” katanya pula. Kaki masih laju mengelak.
“Oo..
patutlah tak nak bagitahu saya apa-apa maklumat awak pasal cruise tu. Dah ada agenda sendiri rupanya! Sampai hatikan awak
khianati saya macam ni?” Aku bagi ayat drama. Buat-buat sedih. Satu hal yang
aku pasti tentang Audi adalah, dia tersangat-sangatlah gentleman. Melukakan hati perempuan adalah perkara terakhir yang
dia akan buat.
“Eh,
mana ada, Dara! Demi Allah, sikit pun saya tak ada niat macam tu,” balas Audi
bersungguh-sungguh.
“Habis
tu, bagitahu saya, kenapa awak tak datang? Kenapa orang lain pulak yang muncul?”
Bertubi-tubi soalanku.
“Sayakan
dah cakap hari tu kenapa.”
“Kenapa?”
“Saya
mabuk laut!”
Terus
pegun kakiku. Melihat aku yang dah berhenti mengejar, Audi turut sama berhenti.
Tapi masih berdiri bertentangan denganku.
Masih dalam mod berjaga-jaga. Takut tiba-tiba aku kembali membaham dia.
“Apa
dia?” Minta dia ulang.
“Saya
mabuk laut. Sumpah.. saya tak tipu,” terang Audi bersungguh-sungguh.
“Kenapa
tak cakap awal-awal?” Aku mula bercekak pinggang. Mulakan sesi soal jawab.
Mengalah untuk mengejarnya. Tengok kaki panjang dia, memang cita-cita ajelah
aku untuk menangkapnya.
Satu
penghinaan untuk orang kaki pendek macam aku ini! Cis!
“Saya
dah cakap dulu, saya mabuk laut.” Dia pertahankan hujahnya.
Terdiam
seketika. Ya.. aku tak lupa. Memang dia ada cakap. Tapi aku ingat itu hanyalah
alasannya. Maklumlah.. aku pun pakai alasan yang sama untuk mengelak daripada
mengikut majlis reunion itu. Manalah
aku nak tahu yang Audi memang betul-betul mabuk laut.
“Saya
ingat awak cuma nak mengelak,” jujurku.
“Saya
ada Thalassophobia. Sebab tu saya tak
boleh pergi laut.”
“Habis
tu, kenapa awak setuju dulu?” Soalan tak puas hati dariku.
“Saya
dah tak nak. Awak yang paksa. Awak cakap nanti saya akan menyesal kalau tak
setuju dengan awak.”
Aku
pula yang salah? Ketap bibir tahan geram.
“Kalau
awak slow talk dengan saya, jujur
semuanya awal-awal, saya pun tak adalah kejam macam zionis nak paksa awak
pergi,” bidasku balik. Ingat aku ini kejam sangat ke?
“Okay.. I’m sorry, Dara. Walaupun saya
tak dapat pergi ke cruise tu, tapi
saya memang dah berazam untuk tolong awak walaupun tanpa pengetahuan awak. That’s why I sent you the best candidate.”
Kata-kata
Audi itu buatkan fikiranku terus melayang pada Eskandar. Eskandar yang aku tak
tahu berada di mana sekarang ini.
Diam.
“Err… He didn’t mess things up, right?”
Suara Audi agak teragak-agak. Berbaur kerisauan. Mungkin selepas melihat kebisuanku.
Aku
kembali melihat Audi. Wajah masih serius.
“Siapa
dia?”
Audi
gosok belakang tengkuknya. Kemudian berdehem sekali.
“Well.. that’s confidential.” Audi enggan
menjawab.
“Oh..
dah hantar entah siapa-siapa kat saya lepas tu tak nak jawab?” marahku.
“Sorry, Dara. His condition.” Audi sengih
bersalah.
“At least bagitahu saya kenapa dia yang
datang? Kenapa dia?” siasatku lagi. Tak puas hati. Nak korek juga!
“Macam
yang saya cakap tadi, dia yang terbaik. Itu saya boleh jamin. Lagipun dia mampu
jadi semua yang awak inginkan tu. He
fulfills all the criteria. He did the
best, right?”
Aku
diam mengiakan.
“Tambah
lagi, dia memang dah familiar dengan cruise
dan memang ikut serta cruise tu.
Jadi, saya tak perlu cerita banyak,” sambung Audi lagi.
Panjang
lebar Audi berhujah, tapi kenapa aku rasa aku masih bingung? Macam masuk
telinga kanan, tak sempat sampai otak terus keluar telinga kiri.
Tiba-tiba
rasa penat. Mungkin kesan selepas kejar Audi tadi. Entah berapa pusingan kami
tawaf. Tak sia-sia aku tak sempat joging pagi tadi. Dalam pejabat Audi juga aku
nak bersenam, kan?
Aku
berlalu ke set sofa kulit hitam yang terletak di satu sudut. Dengan lagak mem
besar, punggung dilabuhkan di atas sofa berangkai tiga. Dongak kepala pandang
Audi. Dia sedang melihat setiap perilakuku itu. Menganalisis.
“Meh sini.” Aku gamit tangan ke arah
Audi.
“Kalau
saya pergi sana, awak tak buat apa-apa kat saya, kan? No hidden agenda, right?” Audi bagaikan ragu-ragu.
Terusku
julingkan mata ke atas.
“Duduk
aje la kat sini. Perbincangan kita belum tamat lagi.” Aku bagaikan memberi
arahan.
Kali
ini Audi akur. Langkah diorak ke arahku. Duduk sofa bertentangan denganku.
Masih ambil langkah berjaga-jaga. Tak percaya agaknya yang aku tak akan lompat
ke atasnya.
Sekali
lagi juling mata ke atas. Penatlah nak gaduh ni. Macam budak-budak! Orang nak
bincang ajelah.
“Macam
mana reunion hari tu? Semuanya okey
aje, kan?” siasat Audi.
“Kenapa?
Nak bagi berapa bintang dengan performance
orang upahan awak tu ke?” sinisku sedas.
Aku
rasa aku ni dah berjangkit dengan Eskandar. Suka jawab soalan dengan soalan.
Sinis pula tu.
Huh..
Eskandar lagi!
“Saya
cuma nak tahu. Saya tak perlu rate
dia sebab saya memang tahu dia tak akan mengecewakan.” Keyakinan tahap
infiniti.
Menyampah!
“Alhamdulillah,
semuanya berjalan dengan lancar. Semua orang tak syak apa-apa pun.”
“Told you so. Saya memang rasa dia mampu
buat lebih hebat dari saya.” Penuh bangga suara Audi.
Aku
mencebik. Menyampah kuasa dua.
“Apa
yang awak buat sepanjang cruise tu?
Seronok tak bercuti?” soal Audi lagi.
“Mestilah
seronok. Bukan selalu dapat bercuti atas kapal mewah macam tu. Makan pun lima
kali sehari. Bahagia. Hari kedua, jalan-jalan kenal Phuket. Hari ketiga,
jalan-jalan kat Langkawi. Selebihnya masa digunakan untuk jelajah seluruh
kapal. Cuba macam-macam aktiviti yang ada,” ceritaku dengan penuh teruja.
Kembali mengimbau setiap aktiviti sepanjang berada di atas kapal mewah itu
dulu.
Audi
hanya senyum melihatku bercerita.
“Rugi
awak tak pergi. Kenapa awak boleh ada thalassophobia?”
Audi
mengeluh sekali sebelum duduk bersandar pada sofa.
“Not so good experience. Saya pernah
jatuh kapal masa umur enam tahun. Hampir lemas. Lepas kejadian tu, saya jadi
takut berada di laut. Pernah sekali saya cuba berada di laut, tapi berakhir
dengan masuk wad. Mabuk teruk. Bronchospasm,”
cerita Audi. Aku hanya pasang telinga.
Macam-macam
fobia manusia ini. Dia fobia dengan laut. Aku fobia dengan kucing. Walaupun
berlainan jenis fobia, tapi kata kuncinya tetap sama. Takut! Sebab itu aku
faham dengan perasaan Audi.
“Big bad Mr. COO ada kelemahan rupanya.
Nasib baik semuanya okey masa majlis tu. Kalau tak, memang ada yang kena
berlumba renang dengan jerung nanti. Thalassophobia
tak thalasophobia,” ugutanku berbaur
gurauan.
Audi
ketawa kecil mendengarnya.
“Tapi,
awak patut bagitahu saya awal-awal. Buatnya ada masalah masa pengurusan check in kapal tu, tak ke haru?”
Tak
boleh bayang kalau malam tu putera yang aku tunggu tak kunjung tiba. Mahu jadi
bahan gelak dalam kumpulan WhatsApp. Silap-silap memang aku betul-betul berenang
balik ke Pelabuhan Klang sebab malu.
“Of course not going to happen. It’s ours.”
“Ours?”
“Aurora
Seacruise tu err.. bawah salah satu syarikat
keluarga saya juga.”
Aku
tak tahu nak rasa apa. Speechless.
Baru
sekarang dia nak cakap? Patutlah senyum semacam semasa aku memberitahunya
tentang nama kapal itu. Yang pada awalnya tak setuju, terus setuju. Rupanya
senang dia nak buat kerja ‘jahat’ dia itu. Licik!
“That means, easy access in everything.”
“Oh,
patutlah hari tu senang aje masuk command
bridge!” Aku tiba-tiba teringat penjelajahan aku dan Eskandar. Mungkin
petik saja nama Audi, semua angguk setuju.
Audi
angguk-angguk kepala.
“Yup.. any access from family member will be granted immediately.”
“Apa
dia? Family member?” Laju leher
menoleh ke arah Audi.
Wajah
serba-salah, seakan-akan baru terlepas kata.
“Hmm..”
Petanda
Audi mula nak mengauta.
“Baik
awak cakap betul-betul!” Aura Kak Long Fadhilah aku dah keluar. Angkat mulut
sikit biar nampak gigi taring aku ni. Cerun mata pandang Audi.
“I’m dead!” Aku dengar Audi menggumam
perlahan.
“Alang-alang
awak dah terlepas cakap, baik awak terus jujur dengan saya. Kalau tak, saya
bagitahu Sera semuanya!” Modal aku bila nak mengugut Audi.
“Dia
abang sepupu saya,” jujur Audi akhirnya.
Aku
terkejut.
“Dia
kerja atas kapal tu. Sebab tu saya minta tolong dia. Dia pun dah familiar
dengan kapal tu,” cerita Audi.
“Dia
kerja apa?” korekku lagi.
“Navigating team, Second Officer.”
Aku
tak tahu nak rasa apa. Nak rasa tertipu, tapi sememangnya Eskandar tak pernah
memberitahu apa-apa. Patutlah dia familiar sangat dengan kawasan kapal itu. Memang
tempat kerja dia. Ada ikatan kekeluargaan dengan Audi rupanya.
Betullah
dia bukan calang-calang orang.
“Kan
senang kalau bagitahu awal-awal. Apa masalahnya nak berahsia bagai?” sindirku.
Audi
sengih.
“Bukan
apa. Dia tak nak tunang dia tahu yang dia dah tolong jadi ‘boyfriend’ orang lain. Silap-silap tak balik ke darat,” ujar Audi
lagi. Sempat berlawak di hujung ayatnya.
Kalau
ikutkan, aku pun mahu turut gelak sekali. Tapi sayangnya, ada satu perkataan
yang cukup menangkap perhatianku. Cukup untuk mematikan segala rasa.
“Tunang?”
sebutku perlahan. Mencerna sepatah perkataan itu.
Cuma
enam aksara, tapi mampu buatkan masa bagaikan berhenti berputar. Rasa hati
bagaikan kena tusuk sesuatu. Tak percaya. Tak boleh nak hadam.
“Haah.
Tunang dia boleh tahan cemburu buta. Biasalah, perempuan,” cerita Audi lagi
tanpa mengesan perubahan riak wajahku.
“Eskandar
dah bertunang?”
Jadi,
apa yang diberitahu Eskandar kepadaku sepanjang pelayaran itu hanyalah dusta
belaka? Adakah ini punca reaksi wajahnya berubah tegang tiap kali perihal
wanita lain dibangkitkan?
Kecewa.
Rasa tertipu.
“Eskandar?”
Suara Audi itu mengembalikanku ke dunia nyata.
Angkat
kepala pandang Audi. Dia nampak blur.
“Eskandar who? I’m talking about Haidar.”
Hahaha,lega rasa ayat last tu
ReplyDeleteOmg terkejut Kita hahahhha
ReplyDeleteHaiihhhhhh buat sakit jantung je kak anjel ni 😂
ReplyDeleteakhirnya saya jumpa bab yg hilang....Thanks kak anjell
ReplyDelete