TEASER 2
Keesokan
harinya, Adri dan Tengku Melisa akhirnya mengeluarkan kenyataan. Adri
menjelaskan yang kami hanya berkawan dan kewujudan gambar itu cumalah mahu
mengganggu-gugat nama baiknya. Dia juga menyatakan sedang mencari siapa yang
bertanggungjawab menyebar gambar itu.
Manakala Tengku Melisa pula mengatakan yang hubungan dia dan Adri masih
baik-baik sahaja dan tahu siapa aku.
Tapi,
itu semua dah tak penting bagi aku. Kenapa? Sebab ada berita baru yang lebih
memerlukan perhatianku.
Dara Nailufar Sudah Bertunang
Desas-desus yang menyatakan Dara
Nailufar, 25 menjadi orang ketiga dalam hubungan Golden Couple Malaysia terbukti
hanyalah satu khabar angin. Wanita yang dikaitkan dengan penyanyi dan pelakon
popular Adri itu dipercayai sudah pun bertunang dengan usahawan muda bernama
Eskandar Arasyah. Hal ini disahkan apabila tunang Dara Nailufar itu membuat
sendiri pengakuan tersebut.
Lebih menarik lagi, sumber
menunjukkan yang tunang Dara Nailufar itu ternyata bukan calang-calang orang. Di
samping mempunyai raut wajah yang tampan, beliau juga merupakan putera sulung
kepada Tan Sri Emran Adlishah bin Arshad, pemilik empayar gah yang tidak asing
lagi di Malaysia iaitu Infinite Berhad atau lebih dikenali sebagai Infinite
Group.
Wah, sungguh beruntung Dara
Nailufar, bukan?
Aku
dah tak sanggup lagi untuk membaca setelah itu. Yang aku tak faham, kenapa
keluar cerita tentang aku dan Eskandar? Kenapa berminat untuk tahu siapa
Eskandar pula?
“Awak
tengok apa awak dah buat ni!” marahku kepada Eskandar. Tolak telefon pintarku
ke arahnya. Ketika itu, aku dan Eskandar sedang duduk di tepi kolam renang.
Memandangkan
aku tak punya apa-apa aktiviti, aku mahu duduk di rumah sahaja. Sekarang
bukanlah masa yang sesuai untuk berhibur di luar. Kalau keluar pun rasa macam
penjenayah. Tak kena tenung dengan khalayak, kena jaga oleh Joy.
Eskandar
mencapai telefonku itu lalu matanya laju membaca setiap baris ayat karangan
yang menyakitkan hatiku itu. Tak sampai seminit, dia kembali menyerahkan telefon
itu kepadaku.
“Dia
cakap aku tampan.” Senyum trademarknya.
Itu
yang dia perasan? Saja nak bagi aku sakit hati.
“Apa
masalahnya? Okeylah tu. Sekurang-kurangnya nama kau dah bersih. Orang dah tak cap
kau perampas lagi,” sambung Eskandar selamba. Muka tak kesah.
“Apa
masalahnya awak tanya? Awak tahu tak sekarang ni saya macam baru terlepas dari
mulut harimau, terjun masuk mulut naga. Kalau saya tak kahwin-kahwin dengan
awak nanti, tak pasal-pasal orang cakap saya bermasalah. Asyik kena tinggal
aje.” Aku tak puas hati.
“Easy. Kita kahwin. Selesai masalah,”
jawab Eskandar pula. Senyum mengusik terukir di bibir.
“Awak,
saya serius ni!” Geram aku. Sejak bila pula Eskandar suka main-main ni? Kalau
tak, kebiasaaannya aku aje yang berloyar buruk dengannya.
“Kau
relaks sudahlah, Dara. Lama-kelamaan nanti, senyaplah semua orang. Kau pun
orang dah tak ingat siapa. Benda viral
ni kejap aje.”
Eskandar
menoleh ke arah jam di tangannya. Kemudian bangkit dari kerusi tembaga itu.
“Aku
nak pergi kerja dulu. Kalau ada apa-apa, bagitahu aku, okey?” Dia turunkan
pesan.
Aku
hanya angguk. Biar pun jam sekarang dah menunjukkan pukul sebelas pagi. Aku pun
tak tahu kenapa baru sekarang dia mahu berangkat ke tempat kerja. Ah, suka hati
dialah! Dia bos.
Bosanlah
aku sebentar nanti. Rumah agam ini sunyi-sepi. Semua orang punya urusan
masing-masing. Yang tinggal hanyalah Mak Kiah dan beberapa orang gaji. Hmm..
pergi kacau mereka ajelah! Tak pun ikut sekali membuat kerja rumah. Maklumlah,
terhutang budi. Sekurang-kurangnya aku dapat buat sesuatu untuk menolong.
Itupun kalau mereka izinkan memandangkan mereka rasa aku ini punya mandat besar
sebagai tetamu Tuan Eskandar.
“Dara!”
Aku terkejut apabila mendengar namaku kuat diseru. Eskandar yang baru mahu
mengangkat kaki itu pun turut sama menoleh ke arah itu.
Kelihatan
Sera meluru ke arah kami bersama Audi yang berlari-lari anak mengejarnya. Yang
menjadi perhatianku adalah wajah bengis Sera. Macam mak singa tengah meroyan.
Kenapa?
Melihatkan
wajah cuak Audi di belakangnya, hatiku tiba-tiba rasa tak sedap. Mataku meluas
apabila tersedarkan sesuatu. Adakah Sera sudah tahu tentang aku dan Audi?
Oh, my God! Not another problem,
please!
“How dare you!”
Pang!
Serentak itu, terasa pipiku ditampar kuat. Rasa mahu terseliuh tulang cervical aku. Berdengung telingaku
setelah menjadi makanan tangan laju Sera itu. Tak pernah kena tampar. Pijar dan
terkejut. Aku masih tak faham kenapa.
“Sera,
apa yang you buat ni?” Kuat suara Eskandar menjerkah Sera. Jelas dia pun
terkejut dengan tindakan luar jangkaan Sera itu.
Tajam
anak mata Sera kini beralih pada Eskandar.
“Abang
Es pun sama!”
“What?” Wajah Eskandar bingung.
“Sera,
bagi I explain dulu.” Audi pula
mencelah.
“You
diam, Audi!” Giliran Audi pula dimarah Sera sebelum tumpuannya beralih
kepadaku.
“You
memang melampau, Dara. I tak sangka you jenis perempuan macam ni.” Sera kini
naik hantu. Dia serang aku.
Ketika
tangannya ingin memukulnya, kali ini aku dah bersedia. Aku sempat menepis
tangannya. Tapi ternyata tindakan itu membuatkan Sera makin marah. Dia makin
agresif. Aku pula turut membalasnya. Melayangkan tanganku walaupun aku tak tahu
ke mana singgahnya. Yang penting aku mahu melindungi tubuhku daripada disakiti.
Suara
kecoh Eskandar dan Audi yang cuba meleraikan kami itu itu hanya masuk telinga
kanan, keluar telinga kiri. Ketika ada tangan yang cuba mencelah, laju tangan
Sera menepisnya. Masih dirasuk emosi marah.
Aku
mencengkam rambut hitam Sera itu. Menolaknya supaya menjauhiku. Sera mengerang
kesakitan. Cuba meleraikannya, dia cuba menolakku. Gara-gara Sera yang tinggi,
ternyata dayanya lebih kuat daripadaku. Kaki terdorong ke belakang. Dan
tiba-tiba..
Splash!
Terasa basah tubuhku. Bukan setakat aku, tapi dengan Sera sekali turut terjatuh
ke dalam kolam.
“Dara!”
“Sera!”
Aku
hanya mendengar suara Eskandar dan Adri menjerit nama kami. Bersama itu,
kedengaran sekali lagi bunyi kolam berkocak menerima dua susuk lain. Terasa
pinggangku dipaut seseorang, menyelamatkanku daripada tenggelam. Automatik
tangan kananku melingkar pada lehernya.
Aku
terus terbatuk-batuk. Keluarkan semula air klorin yang sempat masuk tekak tadi.
Gara-gara kedalaman kolam mencecah 1.5 meter, aku hampir tenggelam. Terasa kaki
cecah lantai kolam, tapi masih belum cukup untuk membuatkanku timbul melepasi
paras hidung.
“Kau
okey tak?” Aku dengar suara Eskandar.
Autumotik
leher menoleh ke arahnya. Sebelah tangannya meraup rambut yang menutup wajahnya
ke belakang. Matanya tepat padaku. Wajah basah Eskandar berkerut risau.
Baru
aku perasan dengan posisi kami yang sangat dekat ini. Tangan yang berada di
lehernya automatik dilepaskan. Tapi tangan kiri Eskandar masih utuh di
pinggangku. Ingin menepis tapi tak terkeluar suaraku. Mungkin aku sedar aku lebih
sayangkan nyawa. Kenapalah aku pendek?
Aku
hanya angguk. Buat-buat batuk lagi. Malu ingin bertentang mata dengannya.
Sudahlah jantung pun dah mula bersenamrobik.
Terasa
Eskandar mula bergerak ke tepi kolam. Aku hanya diam menurut.
“You
ni dah gila ke apa, Sera?” Aku dengar suara Audi mengamuk.
Lantas
aku berpaling ke arahnya. Kelihatan dia dan Sera terlebih dahulu mendarat di
tepi kolam, beberapa meter dari kami. Kedua-duanya basah kuyup. Macam aku dan
Eskandar. Untuk seorang thalassophobia
macam Audi, ternyata dia berani juga. Mungkin sebab yang jatuh kolam itu Sera.
Eskandar
menolakku supaya naik dulu sebelum dia keluar dengan penuh gaya dari kolam.
Kelihatan sisa-sisa air yang menitis dari tubuh kami. Nasib baiklah aku pakai
baju gelap. Kalau tak, mahu terserlah segala lekuk tubuhku.
Déjà vu!
Bezanya
kini aku sedar seratus-peratus. Sekali lagi Eskandar menyelamatkanku daripada menjadi
arwah.
Aku
terkejut bila tiba-tiba tangan besar Eskandar mencekup daguku. Dipaksa wajahku
mengikut gerakan tangannya ke kiri dan kanan tanpa sempat aku memprotes. Serius
wajahnya sebelum rahang diketap kuat. Aku dapat lihat api kemarahan dari mata
coklat cairnya itu.
Haa..
ini dah kenapa pula?
Dia
bangun. Meluru ke arah Audi dan Sera yang sedang bertikam lidah itu.
“Sera!
Tengok apa you dah buat pada muka Dara. You ni kenapa?” Kini Eskandar pula
mengamuk. Suaranya lagi garang dari Audi.
Sera
kulihat sedang mencebik-cebik. Muka nak menangis. Pandang Audi. Kemudian
Eskandar. Kedua-duanya sedang bengis. Kali pertama aku melihat wajah bengis
Audi. Menakutkan juga. Tapi tak segerun wajah Eskandar.
Kesian
pula aku melihat Sera. Walaupun sepatutnya aku marahkannya, entah kenapa aku
rasa Sera punya alasan kenapa dia menyerangku.
“Kita
bincang elok-elok lepas ni. Sekarang ni, apa kata semua tukar baju dulu?” Aku
mencelah.
Kelihatan
Eskandar dan Audi kedua-dua mengeluh. Terpaksa setuju. Mungkin melihat betapa
bibir aku dan Sera sedang terketar-ketar menahan sejuk.
--------
“Dara,
I minta maaf sebab dah serang you.” Sera tertunduk. Malu mungkin.
Di
tengah ruang tamu tingkat dua itu, hanya ada kami berempat. Masing-masing sudah
menukar kepada persalinan baharu. Nasib baik ada pakaian Emelda yang boleh
dipakai Sera.
Aku
merupakan orang terakhir yang keluar dari bilik. Ketika itu, Sera sedang duduk
di atas sebuah sofa bagaikan pesalah manakala Eskandar dan Audi sedang berdiri.
“Kenapa
you serang I?” soalku kepadanya. Ingin tahu.
“I
baca berita pasal you. I ingat you duakan Audi. Dengan Abang Es.”
Aku
tepuk dahi mendengar pengakuan itu. Tak tahu nak rasa apa. Nak marah, tapi aku
faham Sera sedang melakukan tanggungjawab sebagai kawan. Kawan yang menuntut
bela untuk kawannya yang teraniaya walaupun caranya salah. Dah memang dia ingat
aku dan Audi sedang bercinta.
“Tapi,
Abang Es dah ceritakan semuanya apa yang dah jadi pada you. I’m sorry again.”
“You
ni pula, sejak bila pandai serang orang macam orang tak bertamadun ni? Lain
kali nak buat something, fikir dulu
boleh tak? Nasib baik jadi kat rumah. Kalau kat public? Mahu viral lagi si
Dara. Silap-silap nama papa you sekali ditarik. You nak macam tu?” gertak
Eskandar. Lagaknya seperti abang marahkan adiknya.
Sera
tunduk lagi. Kedengaran perlahan perkataan ‘Sorry’
yang keluar dari mulut Sera.
“Tak
apalah, benda dah lepas. I maafkan you,” ujarku ikhlas.
Tiada
apa yang perlu didendamkan. Lagipun, kira kami adillah. Bukan aku aje yang
cedera. Sera pun sama. Aku pecah bibir. Sera hitam sebelah mata. Tiada lagi
kecederaan lain. Jatuh kolam pun sama-sama tadi. Jadi, kami seri.
“Betul
ni?”
Aku
angguk ikhlas. Cuba senyum tapi terasa hujung bibir kiriku pedih sehingga aku
mendesis perlahan.
“Maksudnya
you dan Audi baik-baik sahaja, kan? Kiranya you memang tiada apa-apa hubungan
dengan Abang Es, kan?” soal Sera lagi. Terkebil-kebil memandang kami semua.
Tubuhku
sedikit mengeras. Pandang Audi, kemudian Eskandar. Audi dengan muka bersalah.
Eskandar pula sedang mengangkat sebelah keningnya sambil berpeluk tubuh.
Seolah-olah mencabarku supaya menjawab soalan Sera itu.
Telan
liur.
“Err..” Tak tahu nak goreng apa. Penampar
Sera tadi agaknya dah putuskan sesetengah fius otakku. Tiba-tiba blank.
“Kami
tak pernah ada apa-apa hubungan, Sera. Masa I kenalkan Dara dulu, itu kali
pertama I jumpa dia.” Audi berkata.
Semua
kepala menoleh ke arahnya. Wajah Audi nekad. Mungkin dah punya kekuatan untuk
menoktahkan semua pembohongan ini.
“What? You tipu I?” Wajah Sera jelas
terkejut.
“Ya..
I tipu you, Sera. I tak ada kekasih. Dara hanya menyamar jadi kekasih I. Dara
dan abang pula memang dah kenal lama. Malah dia lebih rapat dengan abang kalau
dibandingkan dengan I,” jelas Audi lagi.
Sera
pandang aku kini.
“You
jangan marah Dara. Sebab I yang paksa
dia.” Audi meletakkan semua kesalahan di atas bahunya.
Mata
Sera sudah berair.
“Sampai
hati you tipu I, Audi. Tak pasal-pasal I malu dengan Dara, pergi serang dia.
Padahal sebenarnya dia memang bercinta dengan Abang Es. Patutlah Abang Es marah
semacam dekat I. Rupanya I dah cederakan girlfriend
dia.”
Aku
pun.. Eh?
Baru
sahaja aku mahu memperbetulkan tanggapannya, Sera bingkas bangun. Lap air
matanya dengan belakang tapak tangan. Kemudian berlari keluar sebelum dikejar
Audi. Kuch kuch hota hai 2.0.
Maka,
tinggallah aku berdua dengan Eskandar.
Sepi.
Awkward..
Apatah
lagi selepas Sera ingat aku sedang bercinta dengan Eskandar. Rasa segan pula
untuk berdiri lama-lama dengan Eskandar. Tambahan pula dengan adegan di kolam
renang yang baru terjadi tadi.
Aku
akhirnya membuat keputusan untuk berlalu ke bilikku.
“Kau, duduk!” Satu arahan yang agak tegas
keluar dari mulut Eskandar. Mungkin dapat membaca tindakanku yang mahu lari.
Nak
membantah pun tak jadi sebaik sahaja melihat pendangan helang daripadanya itu.
Automatik kaki mendengar cakap. Bengkok dan terus duduk di atas sofa berangkai
tiga itu. Eskandar turut duduk di sebelahku dengan satu peti bantuan kecemasan
di tangannya.
“Awak
nak buat apa?” Aku pelik.
“Bibir
kau luka. Biar aku sapu ubat.”
Aku
hanya diam. Tak membantah. Membiarkan Eskandar melakukan kerjanya. Sesekali aku
mendesis kesakitan sebaik sahaja ubat kuning itu terkena luka yang terbuka itu.
Ini mahunya tiga hari aku tak dapat makan dengan sempurna.
Sejak
akhir-akhir ini, nasibku agak malang. Kelmarin, kena baling telur. Hari ni,
makan penampar. Esok lusa aku tak tahulah. Nauzubillah!
“Aku
dah trauma tengok perempuan bergaduh!” bebel Eskandar sambil geleng kepala.
Aku
ketawa sekejap sebelum mendesis kesakitan. Pipi masih pijar.
Setelah
itu, Eskandar menuam pula ice pack
pada pipi kiriku. Memang pipi kiriku sedang membengkak sekarang ini walaupun
tak nampak ketara sangat. Terasa pedih pada mulanya. Namun lama-kelamaan, jadi
agak selesa.
“Awak
rasa apa akan jadi pada Audi dan Sera?” Aku memecahkan drama bisu di antara
kami.
Tiba-tiba
teringatkan mereka berdua. Apa yang berlaku selepas itu? Adakah Sera masih
marahkan Audi atau mereka telah pun berbaik? Macam-macam persoalan yang muncul.
“One day, they’re going to get married and
live happily ever after. Pandailah Audi pujuk,” jawab Eskandar selamba.
“Eh,
awak tahu Audi suka Sera?” soalku.
“Orang
buta pun nampaklah.” Eskandar julingkan mata ke atas.
Mahu
ketawa, tapi pipi rasa kebas.
Masalahnya
Sera lebih teruk daripada orang buta.
“Biarlah
mereka berdua tu. Pandai-pandailah Audi. Kalau nak Sera, tahulah dia usahakan.”
“Tapi
Sera dah ada orang lain. Sebab tu Audi tak nak kacau daun.” Aku bersimpati
dengan nasib Audi.
“Tak
perlu kacau daun pun. Make ourself worthy
with honest intentions. Kita kalau mahukan seseorang, kita kena usahakan
sampai dapat,” hujah Eskandar lagi. Kali ini matanya tepat pada wajahku ketika
berkata.
“Betul.” Hanya itu yang mampu aku balas.
Kering
tekakku tiba-tiba di bawah panahan anak mata Eskandar itu. Bagaikan mahu
menyampaikan sesuatu.
Aku
berdehem sekali.
“Eh,
awak bukan ke nak pergi kerja tadi?” Aku teringatkan kembali apa yang terjadi
sebelum Sera datang menyerang tadi.
“Tak
jadi.”
“Kenapa?”
“Aku
nak jaga seorang budak ni. Pantang aku tinggal sikit, mesti ada aje bala yang
jadi. Aku jadi risau. Sebab tu aku tak jadi pergi kerja hari ni. Kalau dia ada
di depan mata aku, rasa tenang sikit.”
“Saya
bukan budak. Mana ada saya macam tu!” Muka berubah warna. Malu atau marah, aku
pun tak tahu.
“Aku
cakap kau ke?” Eskandar senyum mengusik. Bergurau.
“Bencilah
awak ni!”
Eskandar
kini ketawa lepas.
“Jangan
benci sangat, sunshine. Nanti
sayang.” Dia kenyit mata pula ke arahku.
“Malas
layan awak. Baik saya pergi kacau Mak Kiah.”
Aku
bingkas bangun. Campak ice pack ke
pahanya. Buat-buat marah, tapi bibir tersenyum jua ketika melangkah
membelakanginya. Hati berbunga-bunga.
Kedengaran
sekali lagi bunyi indah bergema di belakangku. Ketawa Eskandar.
Tak sabarnya nak tunggu novel sampai
ReplyDeleteCam ginih 👍👍👍👍👍👍😋😋
ReplyDeleteGosh ! Can't wait nk tunggu buku smpaiiii❤
ReplyDeleteSuch a tease ! Takpa, sabaq sikit ja lagi tunggu buku sampai
ReplyDeleteOmgee!! Cepatlaaa buku sampaiiiii!!!!!!!
ReplyDeleteOh tak sabarnya nak tggu novel smpi..🌹🌹🌹🌹🌹🌹
ReplyDeleteBila lah bleh dapat novel.. Aduhai
ReplyDeletetu
Deletex sabar nk tggu novel smpi...
ReplyDeleteBila la dpt baca full ni...geram dan sakit hati baca half2 ni...
ReplyDelete😍
ReplyDeleteNovel ni dah release ke?blh beli online x?best cite ni..xsabar nak baca habis..
ReplyDeleteBoleh tak buka balik pre order novel ni? Tak sempat nak order hari tu😭
ReplyDeleteNak order juga
ReplyDeleteMacam mana nak order?
ReplyDeleteNovel ni dah publish belum? Kalau dah ada nak order please
ReplyDeleteBelum..
Deletenovel nie keluar bila?
ReplyDeletebila bukunya nak keluar? tak sabar nak beli
ReplyDeleteNak order juga, bila buka preorder,tak tau pun
ReplyDeleteMana mana nk order novel ni ����
ReplyDeleteNak order pleaseee! Bosan lahh kuarantin ni 😭😭😭😭😭 nakk daraaa, nak esskandar 😭😭😭
ReplyDeleteSedih..pencetakan novel ditangguhkn pula gara2 covid 19..😭😭😭😭😭
ReplyDeleteNak order novel nie jugakkk��������Anjell tak penah mengecewakan����������
ReplyDeletemana nak beli novel ni?boleh beli online tak?
ReplyDeleteBila nak keluar kedai🤤
ReplyDeleteKak Anjell, ni out of topic sikit tapi kalau nak request spin off novels Tengku Adrean & Suraya dari Eksperimen Cinta aci tak? Hehe btw, i really love your writings
ReplyDeleteKaannn. Teringin nak tahu pasal diorang
Deletebila nk muncul novel ni😍
ReplyDeleteWOW bagus novelnya.... lanjutkan tulis..
ReplyDeleteBest citer ni
ReplyDeleteNvl ni ble kluo
ReplyDeleteTidak ada update cerita atau cerpen ke cuti ni. Nak lagi . Cerita awak semua Besut kena dengan taste bacaan saya.. Tq for all the best story
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTk sabar nak beli😆😆😆😆😆❤
ReplyDeleteAnjell bila boleh jeli novel nie..? Dh terlepass yg preoder
ReplyDeleteNovelnya dh release blumm??x sbar nk beli 🤩🤩
ReplyDeletedah baca novel ni...semua novel anjell saya dah khatam...ha ha,mmber pinjam novel anjell xpulang lg..hu hu boleh follow blog saya ye https://studentsenior.blogspot.com/
ReplyDeleteWahhh semuaa masih setia membaca cerita2 yg ditulis oleh anjellayan ye! Saya dh lama tinggalkan sebb sibuk sambung belajar dan menempuh hari hari yg penuh liku .. huhu.. btw saya start cari balik cerpen2 anjel ni sbb sy rindu and reread novel "Experiment Cinta" hehe cerita tulh yg buat sy rase nk marathon semua novel2 anjel ! Seingat sy last saya follow anjel pada thun 2014 x sgka anjel masih aktif menulis ... tu je lh ug sy nk smpaikan hiks... so ape2 pon stay safe ya guys
ReplyDeleteBesttt sgt klu anjell boleh sambung lg satu novel.khas ttg eskandar, dheo n dunia hilman ukasyah😍😍😍😍😍😍
ReplyDeleteDone beli & baca habis😍😍. My guess is the next novel will be about Suria & Haidar? Sebab mcm ada something je last2 tu
ReplyDelete