BAB
21
Ketika
kami memasuki dewan, acara makan malam baru sahaja dimulakan. Kelihatan para
pelayan hotel tak menang tangan menghidang makanan di setiap meja. Semua orang
pun aku lihat sedang enak menjamu selera. Makin tak sabar untuk aku merasa
makanan hotel taraf lima bintang ini.
“Jom
Aunty kenalkan dengan uncle dulu.” Tak sempat aku nak auta
jawapan, tanganku diheret lagi sekali untuk menuju ke arah mejanya. Dan aku
bagaikan lembu berdress pink dicucuk hidung hanya mengikut saja.
Rasa
nak mengucap panjang-panjang sebaik sahaja kaki dipaku di hadapan meja yang
hampir penuh dihiasi oleh golongan separuh abad itu. Tan Sri Emran pula kulihat
sedang rancak berbual dengan lelaki di sebelahnya.
Wahai
usus besar, aku izinkan kau untuk mogok sekarang ini! Silalah mogok agar aku tak
perlu menunggu lagi untuk pecut ke tandas.
Tiba-tiba
kedengaran orang berdesas-desus. Aku tahu semua becok bercerita itu dan ini
ketika menjamu selera. Tapi entah kenapa aku dapat mengesan kelainannya. Terus
aku pandang sekeliling.
Ini
hanyalah perasaan aku atau ada sesuatu yang tak kena sehinggakan banyak kepala tertumpu
ke arah kami? Atau lebih tepat lagi, ke arahku. Adakah semua tertanya-tanya
akan gerangan anak gadis yang diheret oleh isteri Chairman itu? Entah dikutip dari mana, tiba-tiba diheret bersama.
I smell drama..
Rasa
nak tepuk dahi sendiri kali ini. Agaknya ini sumpahanku. Di mana ada Dara, di
situ ada drama. Drama yang bukan calang-calang pula tu!
Lagi
sekali, terasa bagaikan suasana berubah. Desas-desus kini sunyi seketika. Cuma
beberapa detik sebelum kembali rancak. Dan kini.. kalau diperhatikan balik,
mereka tidak lagi memandang ke arahku. Ada sesuatu yang baru di belakangku
mencuri pandangan mereka. Pantas aku menoleh untuk melihatnya.
Beberapa
inci di belakangku, berdirinya Eskandar dengan wajah tanpa perasaannya. Bila
dia masuk pun aku tak tahu. Tapi, apa nak pelik? Eskandar adalah Eskandar. Dia
hilang bila dia nak hilang, dia muncul bila dia nak muncul.
Perlahan-lahan
dia mendekati. Langkah yang perlahan namun teratur dan tetap terserlah
keyakinannya. Sikit pun tak mengendahkan semua mata yang memerhati.
“Eskandar.
You’re here?!” Kedengaran suara asing
bersuara. Dari Tan Sri Emran. Dia yang duduk tadi lantas berdiri. Teruja
melihat putera sulungnya itu. Seperti isterinya, dia sendiri bagaikan tak
percaya Eskandar memunculkan diri.
Aku
perhatikan pula riak wajah Eskandar. Penuh ketegangan yang cuba dikawal. Jelas
kedua-dua rahangnya diketap kuat. Dia bagaikan gunung berapi yang mahu melahar
tapi belum masanya.
Kenapa?
Apa family issues di antara mereka?
Mungkin
terasa bagaikan dirinya diperhatikan, dia berpaling ke arahku. Mata kami
bertentang seketika. Agak lama. Aku melihat wajah Eskandar sedikit kendur.
Rahangnya pun dah tak diketap lagi. Dia bagaikan cuba bertenang.
“Remember Eskandar Arasyah, my first born?” Aku mendengar papanya
memperkenalkannya kepada beberapa kenalannya di meja itu.
Ekspresi
Eskandar hanya sama. Beku tak berperasaan. Walaupun bibir tetap dipaksa
mengukir senyum tiap kali bertukar salaman. Masih cuba untuk tidak biadap
walaupun wajahnya tegang.
“Err..
aunty, saya rasa saya balik meja
dululah! Uncle pun macam sibuk.” Peluang
keemasan untuk melepaskan diri.
Terima
kasih pada Eskandar, semua tumpuan padaku kini beralih sepenuhnya kepadanya.
Aunty
May angguk sekali. Sempat lagi dia berpesan supaya aku dan Audi datang balik ke
meja ini usai makan nanti. Gara-gara tak mahu disoal banyak, aku hanya setuju.
Sempat aku menoleh ke arah Eskandar sekali sebelum berlalu.
------
Sepanjang-panjang
aku berjalan sehinggalah punggung selamat berlabuh di tempat dudukku, Audi tak
berkelip memandangku. Bergilir-gilir dia pandang aku dan meja orang tuanya itu.
“Macam mana awak boleh ada dengan mama saya?”
Perlahan suara Audi. Bagaikan terkejut.
Agaknya
malam ini Malam Kejutan Sedunia.
Aku
capai air putih dari gelas tinggi dulu. Hampir separuh gelas aku teguk untuk hilangkan
dahaga. Drama punya pasal, hampir dehidrasi aku.
“Saya
terserempak di depan tandas tadi. Mana saya nak tahu mama awak pun pergi
tandas,” jawabku. Macam tak kesah. Tak perlu aku cerita yang aku hampir pengsan
melihat mamanya tadi.
“Oh,
dan mama awak ada pesan tadi! Selepas makan, dia suruh kita ke meja dia,”
sambungku lagi. Cuma menyampaikan amanah.
Audi
pandang aku. Macam tak percaya. Laju aku angguk. Meyakinkan dia yang aku bukan
buat lawak antarabangsa.
“Awak
tak risau ke mama tanya macam-macam?” bisik Audi.
“Nak
risau apa? Mama awak dah tahu kita cuma kawan. Kami dah BFF tau.” Aku sengih
sesudah menjawab. Lagipun, siapa cakap aku nak ke meja orang tua dia lepas
makan nanti? Haha.
Sekali
lagi Audi tenung aku lama-lama.
“Dan
macam mana abang saya boleh ada sekali tadi?” selidik Audi lagi. Dia salah
seorang yang tak lepaskan peluang untuk merisik khabar.
“Laa..
abang dia! Dia boleh tanya kita kenapa?” Sengaja aku berputar-belit. Malas nak
banyak cerita. Lapar ni!
Bersyukur
tiada lagi sesi temu bual dengan Audi setelah itu. Audi meneruskan makan. Dan
aku juga turut baca bismillah sebelum tangan mencapai veggies spring roll yang paling dekat untuk dijadikan habuan
perutku.
Walaupun
semua sedang menjamu selera, dewan itu tetap meriah dengan persembahan. Entah
artis mana yang dijemput untuk menyanyi. Nasib baik suara tak sekufu dengan
golongan ongg gedek-gedek.
Tapi,
aku tak boleh menghalang mataku daripada menjeling meja depan. Terteleng-teleng
kepalaku menoleh ke arah itu walaupun tengah makan. Ingin tahu setiap aktiviti
Eskandar. Eskandar kini sedang makan. Tapi jelas kelihatan dia tidak
menghiraukan keadaan sekeliling.
Banyak
perkara yang aku tertanya-tanya tentang Eskandar. Makin hari, makin banyak
perkara baru yang aku tahu tentang Eskandar. Dan tiap kali aku tahu perkara
baru tentang Eskandar, tiap kali itulah aku rasa dia makin misteri.
Aku
pusingkan tubuhku sedikit untuk menghadap Audi. Dia sedang menaip sesuatu pada
telefon pintarnya itu. Bila aku memanggil namanya, dia berpaling sekali sebelum
menyimpan balik telefonnya itu. Tumpuan diberikan sepenuhnya kepadaku kini.
“Kenapa
semua macam terkejut bila abang awak muncul? Mereka tak kenal abang awak ke?” Perut
pun dah kenyang. Makanya.. Ting.. ting.. sesi temu bual 2.0 dengan Audi baru
bermula.
“Entah.
Saya pun tak tahu.” Jelas jawapannya untuk mengelak.
“Okey,
saya tanya Sera!”
Tubuh
bersedia untuk pusing ke sebelah kiri. Namun terasa hujung lengan bajuku
ditarik Audi, menghalangku.
Aku
kembali pusing menghadap Audi. Sengih. Jelas kelihatan wajahnya cemberut. Macam
kanak-kanak yang dipaksa untuk membuat kerja sekolah. Terpaksa.
Tahu
pun takut. Bukan dia tak tahu kalau Sera yang ditanya, lebih dari patut maklumat
yang aku akan peroleh nanti. Silap-silap salasilah keturunan Audi dari nenek
moyang dia aku tahu.
“Haah.
Tak ramai yang kenal abang sebab abang tak pernah muncul dalam family event.” Audi buka cerita.
“Tapi
Sera cakap dia salah seorang BOD. How
come tak kenal?” soalku pelik. Pasti Eskandar harus memunculkan diri untuk
mesyuarat paling tidak setahun sekali.
Audi
mengeluh lemah.
“Abang is a non-independent, non-executive director. But he’s excused to participate in business activities. Yes.. He has that kind of power. But I’m sorry, Dara. I cannot tell you much.”
Aku
hanya angguk. Faham. Tak semua perkara boleh diberitahu. Ada rahsia yang harus
dijaga. Dan aku seorang yang memahami menghormatinya..
Banyak
perkara masih berlegar dalam kepalaku, tapi aku hanya simpan sahaja. Aku tak
mahu melebih-lebih mengambil tahu perihal keluarga orang. Bimbang dicap Presiden
Persatuan Bawang Holand.
“Tapi
dia nampak dingin. Even to his parents,”
ujarku perlahan. Hanya meluahkan apa yang bermain di fikiran.
Kali
ini Audi hanya senyum. Hambar. Dan aku sendiri pun tidak mengharapkan sebarang
jawapan daripadanya.
-----
Aku
berdiri di hadapan satu meja panjang yang menempatkan pelbagai jenis pencuci
mulut. Bersinar-sinar mataku melihat pelbagai jenis kek, brownies dan manisan
mulut yang lain. Mata laju menangkap original
cheese tart kesukaanku.
Ya
Allah, sedapnya! Mulalah air liur nak menjunam mengalahkan air terjun Niagara.
Tangan
mencapai pinggan lalu dihulurkan kepada pelayan yang menjaga di meja itu. Tiga
biji original cheese tart diletak
sebelum diserahkan kembali kepadaku. Usai mengucapkan terima kasih, aku berlalu ke satu sudut. Yang agak jauh dari
mata semua orang.
Semua
orang sibuk dengan aktiviti masing-masing. Boleh dikatakan setiap sudut
dipenuhi oleh umat manusia. Kalau aku pasang telinga, aku rasa memang tak
lekang perihal untung, rugi, projek, bla.. bla.. yang keluar dari mulut mereka.
Mungkin sedang melebarkan sayap masing-masing.
Businessman.
Juling mata ke atas.
Audi
sendiri entah lesap ke mana. Katanya tadi, “Awak tunggu kejap ya. Papa saya
panggil.”
Kejap
dia itu sampai dua puluh minit berlalu. Dan sekarang, batang hidung dia pun aku
tak tahu kat mana. Aku rasa dia sibuk melayan semua jenis tetamu. Maklumlah,
secara teknikalnya, dia tetap tulang belakang organisasi syarikatnya. Anak
Ketua Pengarah pula tu.
Kira
bersyukur sebab dia tak seret aku sekali. Dan sekarang aku bebas untuk buat
sesuka hatiku. Janji ada makanan, rasanya aku tak akan bosan. Haha.
“Satu
fakta tentang Dara Nailufar. She loves
foods more than she loves her next boyfriend.” Terus beku tanganku yang ingin
menyuap satu tart ke dalam mulut selepas mendengar teguran itu.
Laju
kepala menoleh ke sisi. Bila melihat susuk tinggi Eskandar berdiri betul-betul
di sebelahku, bibir spontan mengukir sengih. Gembira dapat kembali berjumpanya.
“Of course. Foods never disappoint me like
men always do.” Aku menjawab kembali. Mengakui kata-katanya itu. Lantas
menyambung kembali niatku yang terbantut tadi.
Satu
biji penuh aku sumbat ke dalam mulut. Tak adanya nak control ayu di depan Eskandar. Acah gigit sikit-sikit macam chipmunk makan. Peduli apa sekalipun
kedua-dua pipi kembung saat mengunyah.
“Nak?”
Adat makan di depan orang, harus berkongsi rezeki. Aku tawarkan sebiji kepada
Eskandar. Laju dia geleng. Bila dia dah geleng, aku apa lagi? Terus ngap lagi
ke dalam mulutku. Tak nak sudah!
Saat
rasa keju cair di mulut, aku mengeluh kesedapan.
“Sedap?”
Laju
aku angguk.
Sempat
aku lihat bibir Eskandar naik sedikit. Tak sampai sesaat.
“This is my favourite,” kataku sesudah
telan semuanya. Mood aku tengah baik
untuk berkongsi walaupun dia tak tanya.
“Is there any food that isn’t your favourite?”
Sinis soalannya.
“Buah
mangga masam. Err.. cringe!” Aku
tetap jawab. Cuba membayangkan seulas masuk ke mulutku, rasanya sampai
mencengkam ke telinga. Hakikatnya aku tak sukakan benda masam. Meremang bulu
roma!
“Too bad, I like it damn much,” jawab
Eskandar pula.
Juling
mata ke atas. Macamlah aku tak tahu. Bila difikir-fikirkan balik, banyak
perkara yang kami berdua memang kontra. Dia suka A, aku suka B. Tapi, tak
adalah pula aku rasa kami tak ngam. Bak kata orang, opposites attract. Gitu!
“Awak
buat apa kat sini?” soalku kepada Eskandar. Pelik kenapa dia tidak ada bersama
keluarganya.
“Cari
kau,” jawabnya.
“Kenapa
cari saya?”
“Rindu.”
Nasib baik aku dah habis telan semuanya. Kalau tak, grenti tersedak. Lebih
teruk lagi, termuntah keluar ke atas Eskandar yang berdiri di depanku sekarang ini.
“Oh,
ya? Rindu banyak ke rindu sikit?” Aku sengaja ingin bergurau dengannya.
Kononnya tak terkesan. Lagipun, Eskandar sendiri entah-entah sedang bergurau
denganku. Maklumlah, sejak majlis bermula lagi entah berapa kali lawak tak
menjadi dia aku dengar.
“Rindu
aku ibarat cheese tart yang dah masuk
perut kau tu. Kau tak akan nampak.”
Aku
ketawa mendengarnya. Entah kenapa, rasa kelakar.
“Iya?
Dan sekarang, apa yang saya rasa lepas dengar semua ni ibarat makan mangga
masam kegemaran awak tu. Cringy,”
balasku. Tak nak kalah.
Eskandar
pula yang senyum mendengarnya.
Aku
menoleh ke sekeliling. Benar tanggapanku. Banyak kepala sedang tertumpu ke arah
kami. Ada yang ala-ala paparazzi, cuba menyorok daripada kelihatan terlalu
menonjol sedang mengusyar. Dan sesetengah lagi memang tak sorok langsung.
Memerhatikan kami dengan penuh minat.
“Tonight, you caught everyone’s eyes. Like a
superstar,” kataku kepada Eskandar. Yakin Eskandar yang menarik minat
mereka. Sedari tadi aku aman bersendirian, tanpa disedari oleh sesiapa.
Sehinggalah Eskandar muncul.
“That’s irony. When you’re nobody, people never
know your existence, but once you’re somebody suddenly people are interested
with every single step taken. Even curious with what size of shoes you are wearing.”
“Biasalah.
Awak bukan calang-calang orang. Awak anak Tan Sri Emran.” Aku nyatakan fakta.
“Tak
bermaksud aku ni maksum. Aku tak suka bila orang kenal aku sebab papa.” Sedikit
keras suara Eskandar. Jelas tak suka.
“Saya
tak kenal awak sebab papa awak. Saya kenal awak sebagai tukang kayu. Yang
tolong saya.”
“I know. Sebab tu kau berbeza, sunshine.”
“Itu
sebab awak yang tak bagitahu saya.” Aku mencebik. Masih tak puas hati.
“Dan sekarang kau dah tahu aku siapa, tapi kau
tetap layan aku macam kau layan aku sebelum ni. Kau adalah kau.”
“Point taken.”
Aku
angguk setuju. Walaupun aku dah tahu dia siapa, aku cuma kagum. Tapi bagi aku,
Eskandar tetap Eskandar. Dan aku tetap aku. Aku tetap selesa dengannya. Tiada
apa-apa yang berubah di antara kami.
“In case awak lupa, sebelum awak, saya
terlebih dahulu berkawan dengan anak Tan Sri Emran yang lagi seorang. Jadi,
bagi saya tiada apa yang pelik,” tambahku lagi. Dan Audi pula bukan tipikal
anak orang kaya. Tak berlagak. Tak sombong.
“Dara!”
Panjang umur anak kedua Tan Sri Emran itu. Baru diseru namanya tadi. Dah muncul
dah!
Aku
menoleh ke arah suara Audi itu. Kelihatan dia sedang berjalan ke arahku.
Bersendirian kini.
“Eh,
kejapnya awak pergi! Saya ingat kena tunggu lagi setengah jam.” Penuh sarkastik
suaraku. Haraplah maksudnya menusuk ke hati.
Audi
sengih memandangku.
“Sorry.” Sambung sengih.
“Eh,
abang!” Audi baru perasan dengan kewujudan Eskandar.
Eskandar
tak memberi apa-apa reaksi. Hanya merenung Audi sekali.
Aku
ambil peluang ini untuk melihat kedua-duanya. Meskipun tinggi hampir sama, tapi
Eskandar nampak lebih tegap dan maskulin. Mungkin sebab kerjanya banyak
bertukang di studio berbanding dengan Audi yang hanya pegang pen dan komputer. Gaya
Eskandar mestilah lebih rugged.
Jika
dilihat wajah mereka, serius memang tiada iras langsung. Eskandar lebih tanned dan Audi lebih putih. Rambut
Eskandar coklat pekat lurus manakala rambut Audi hitam dan agak ikal beralun. Wajah
Eskandar pun kalau ikutkan ala-ala ada darah kacukan. Apatah lagi dengan warna
anak mata yang yang unik itu.
Aku
tak jumpa apa yang sama. Memang orang tak akan syak mereka adik-beradik.
“Abang
buat apa kat sini?” tanya Audi kepada abangnya.
“Jumpa
girlfriend atas kapal aku dulu.
Kesian tak ada orang nak layan dia. Harapkan kau, kau pun tinggalkan dia
seorang-seorang.” Selamba Eskandar menjawab. Jeling adik dia sekali.
Aku
menjeling geram kepada Eskandar.
“Sorry again,” kata Audi lagi dengan
penuh rasa bersalah. Pasti rasa bertanggungjawab. Pasti juga sudah biasa dengan
mulut tiada insurans abangnya itu.
“Don’t mind him. Awak dah habis ke?”
soalku kepada Audi.
Kini,
wajah Audi jadi makin serba-salah.
“Itu
salah satu sebab saya cari awak balik. Telefon saya habis bateri. Saya cuma nak
bagitahu yang papa nak saya jumpa klien penting lepas ni. Mungkin siap lambat,”
bagitahu Audi.
Aku
hanya diam. Berfikir sejenak. Jam kini menunjukkan hampir ke pukul dua belas
tengah malam. Kalau ikutkan hati memang aku nak balik. Tapi, aku tak memandu
tadi. Sekarang aku menyesal dah ketepikan Axiaku tadi gara-gara menumpang Audi
si Audi.
Audi
si Audi! Haa.. Aku buat lawak.
Kelakarnya!
“Saya
tahu awak dah nak balik. Tapi, boleh tak awak tunggu sikit aje lagi?” soal
Audi. Jelas rasa bersalah.
Hmm..
nak buat macam mana? Nak tak nak, aku kena tunggulah kalau aku nak balik. Mahu
mengganggu Kak Ainin atau Along aku pun, dah lewat malam sangat ni. Mahu kena
maki sebab dah mengganggu tidur berkualiti mereka.
Baru
sahaja aku berura-ura untuk mengangguk, kedengaran orang sebelahku menyampuk.
“Aku
hantar dia balik.”
Automatik
leher berpusing ke arah Eskandar.
“Tapi
papa nak abang ikut sama.”
“Do I look like I care?” Mudah jawapan
Eskandar. Seakan-akan mencabar Audi untuk membangkang.
Sudahnya,
Audi hanya angguk faham.
“Aku
hantar dia balik,” kata Eskandar lagi. Muktamad.
“Awak
okey ke, Dara? Selesa ke kalau abang saya hantar?” Audi bertanyakan aku dulu. Risau
betul dia.
“Kenapa?
Abang awak perogol bersiri ke?” Soalanku itu mengundang jelingan kedua-dua
jejaka itu. Eskandar yang tajam. Audi macam lepas tercekik guli.
“Okey
aje. Saya kenal abang awak. Awak pun tak payahlah bimbang. Just go on with your plan,” sambungku lagi. Tak mahu membebankan
Audi pula.
“Kalau
macam tu, okeylah.” Audi bersetuju akhirnya.
“Dah,
jom balik!” potong Eskandar laju. Dia terus pusingkan tubuhnya untuk berlalu.
Biadap
betul! Sempat aku sengih sekali kepada Audi sebelum turut mengikut belakang
Eskandar. Sempat juga Audi berpesan supaya aku memberitahunya sebaik sahaja aku
selamat sampai di rumah nanti.
💖💖💖💖💖
ReplyDelete❤️
ReplyDelete❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤[SORRY SPAM😂]
Delete🥰🥰🥰
ReplyDeleteAssalamualaikum, mcm mana nk buat blog macam ni ya? Sbb saya pon berangan nak jadi novelis huhu
ReplyDeleteAssalamualaikum, kak anjell deactivated acc ig ke? Huwarghhhh macam mana nak ikut perkembangan akak nanti? Jangan deactivated lama² tau kak, hati saya tak tenang.... T_T
ReplyDeleteLama tunggu stok buku sampai..akhirnya dapat sdh novel dia tetap sempurna..happy nya🥰🥰🥰🥰🥰
ReplyDeleteMacam mana nak order buku ni ya ?
ReplyDeleteSkrg ni sudah 2021. Sy hrp sis baca n respon ya. Sy nk tnya. Sis bt novel sis d sini terus x? Atau sis usaha jg buat buku nya? Sbbnya knpa,setahu sy bukan senang dpt bt novel jadi buku ni apalagi kalau nk mohon dgn team penerbitan mcm alaf21. Jujur sy pun mcm sis. Cita2 nk jadi novelis. N psl nk dpt untung mlalui bakat ni sy cuma terfikir buat dlm blog je. Sy baru nk cuba bermula tapi.. Mcm susah sbb setting blog kt laptop sy masalah n mcm icon kurang menarik perhatian. Sy perasan sis dpt bt daya tarikan tu dgn customized layout theme dgn yg sis guna ni. Tiba2 rasa nak try theme simple ni sbb theme sy skrg mcm xda daya fungsi lgsg utk tarik prhtian pembaca. Bila tgk blog sis utk dptkan contoh,sy rasa mbuak buak balik smngt nk buat. Cuma x yakin blog ni boleh x bt orang nk tgk cerita sy.. Huhu..
ReplyDeleteLupa on notify me. Hehe. Tmbh lg comments ni spya dpt nmpk respon sis..
ReplyDelete