BAB
6
Hari
itu, aku hanya mengenakan pakaian bergaya kasual. Berblaus putih dan berseluar
jeans hitam dipadankan dengan selendang merah jambu bercorak bunga-bunga.
Sepasang sneakers berwarna putih juga
digunakan supaya selesa untuk berjalan jauh nanti.
Sedar
tak sedar, akhirnya tiba juga hari yang ditunggu. Hari apa lagi kalau bukan
hari reunion. Ya.. hari ini aku bakal
berlayar dengan kapal persiaran. Rasa teruja juga. Walaupun dulu bukan main aku
mencipta alasan untuk mengelak. Dalam hati bersyukur dengan Suria yang gigih
memaksaku.
Aku
menumpang Suria untuk ke Boustead Cruise Centre yang terletak di Pelabuhan
Klang. Di situlah kami semua bakal menaiki kapal tepat jam sebelas pagi nanti. Ketika
kami tiba, aku dapat melihat pelbagai jenis manusia sudah membanjiri kawasan
itu. Teruja aku melihat kapal besar yang mempunyai dua belas dek itu sudah
berlabuh, menunggu masa untuk dimeriahkan kami semua.
“Suria!”
Aku dengar nama Suria dilaungkan. Buatkan kaki yang melangkah tadi turut sama
pegun.
Aku
berpaling ke arah punca suara itu. Datangnya dari sebuah kumpulan kecil yang
terdiri daripada tiga orang anak gadis. Tangan mereka tak henti-henti melambai
ke arah kami.
Dari
kejauhan, mataku dikecilkan untuk mengecam mereka semua. Bibir terus menguntum
senyum sebaik sahaja otak siap menganalisis identiti mereka. Dirah, Ezza dan
Fitriah. Ternyata mereka juga banyak berubah. Yang pasti semuanya makin bergaya
dan makin lawa.
Aku
lihat Suria di sebelah terus lebar sengihnya. Tangannya kini aku tengok macam
nak terkeluar daripada sendi bahu, turut membalas lambaian mereka. Tanpa
membuang masa, kami berdua mendekati kumpulan itu.
“Helo,
geng!” sapa Suria. Kemudian aku nampak Suria salam dan gesel-gesel pipi dengan
mereka bertiga. Muka semuanya teruja tak payah nak cakaplah.
Aku
hanya kaku di sebelah Suria. Sekadar melihat mereka berempat jejak kasih macam
Pelabuhan Klang ini mereka punya. Tiba-tiba terasa asing. Kalau tengok gaya
mereka yang tidak menegurku, aku rasa mereka semua tidak mengecamku.
Aku
lihat mata Dirah kerling sekilas ke arahku. Senyum seulas sebelum kembali
pandang Suria.
“Siapa
ni? Plus one kau ke?” Dirah ingin
tahu.
Lapan
pasang anak mata kini tertumpu kepadaku. Aku masih tenang. Suria pula hanya
diam. Cuma senyum sinis. Terhibur agaknya melihat reaksi mereka bertiga. Ini
baru mereka. Belum orang lain lagi.
“Macam
pernah nampaklah. Tapi kat mana ya?” kata Fitriah pula. Nampak dahinya sedikit
berlapis bagaikan cuba mengecamku.
“Haahlah. Aku pun rasa macam tu.” Ezza
menyokong. Jari telunjuk urut dagu. Perah akal.
Melihatnya
sebegitu buatkan gelak kecilku meletus. Bertahun-tahun berlalu, perangainya
yang satu bila dia sedang berfikir itu tak pernah berubah.
Bagaikan
ada mentol bercahaya keluar di sebelah kepalanya, mata Ezza terus membulat
sebelum mulut sedikit melopong. Atas bawah, atas bawah aku diteliti.
“Dara?”
teka Ezza.
Aku
terus sengih. Bingo!
“Ya,
Ezza. Akulah Dara,” jawabku.
“Kau,
Dara? Ya Allah.. seriuslah! Berubah gila kut.” Aku dengar suara Ezza menjerit
tak percaya.
“Dara!!!”
Aku dengar dua suara lain kini turut menjerit sama. Bersama-sama itu, aku diterkam
oleh mereka bertiga. Peluk erat macam tak nak kasi lepas. Nasib baik tak semput
oksigen aku dibuatnya.
Suria
yang melihatnya hanya ketawa.
“Ah,
aku tak percaya kau Dara! Kalau kau Dara, cepat jawab soalan ni. Siapa crush pertama aku?” kata Dirah sebaik
sahaja pelukan kumpulan kami direnggangkan.
“Ketua
kelas kita dulu, Hasif. Kau pernah nak bagi surat cinta kat dia tapi terselit
dalam buku nak hantar kat Cikgu Mazli. Lepas tu kau gigih ajak aku komplot
pergi pecah masuk bilik guru malam-malam,” ceritaku.
“Betullah
kau Dara!”
Aku
hanya gelak mendengar komennya.
“Ya
Allah… benua mana kau menyorok ni, Dara? Pindah dunia bunian ke apa? Senyap
sampai ke sudah. Semua tertanya-tanya. Sampai Safwan yang cari kau pun sampai
putus asa,” omelnya lagi.
Safwan
cari aku? Aku tak tahu pun. Aku berpaling ke arah Suria sekilas. Suria hanya
selamba.
“Tapi
seriuslah kau dah berubah macam ni. Tak boleh nak percaya aku. Fuh.. kalau
budak-budak lelaki kelas kita nampak kau ni, rasanya kau kena bagi nombor queue kat dia orang. Ikut turn nak mengurat.” Fitriah pula puji
aku melambung-lambung.
“Silap-silap
Safwan pun boleh sujud kaki kau balik rasanya. Mesti menyesal gila sebab dah
buat kau macam tu dulu,” sambung Ezza pula.
Ya
teman-teman, kisah aku, Safwan dan Raina memang diketahui satu sekolah. Sebab
semua tak dibenarkan untuk menonton sinetron di TV, maka drama cinta tiga segi
kamilah yang menjadi penganti.
Aku
hanya tenang apabila mendengar kedua-dua nama itu disebut. Membuktikan yang aku
dah matang. Semuanya sudah menjadi sejarah.
“Sorry, not interested. Taken already,”
bohongku. Malas nak cipta drama. Cukuplah cuma Suria yang tahu. Lagipun
‘kekasih’ aku bakal muncul malam nanti.
Mereka
mencebik. Seolah-olah tak pelik pun dengan kenyataanku itu.
Cakap
pasal kekasih ini, aku harap Audi betul-betul muncul. Penat aku mengatur
rancangan dengannya. Kasi baik, kasi meletup dia punya grand entrance malam ini. Pakaian dia pun aku yang tentukan supaya
kami nampak sepadan. Aku nak biar Safwan dan Raina panas punggung, rasa
tergugat. Haha. Nampak tak tanduk tumbuh atas kepala aku sekarang ini?
Tapi..
aku risau juga Audi buat kerja gila. Buatnya tiba-tiba tak muncul, mahu aku
kuak lentang balik ke darat sebab malu. Sebab kalau ikutkan kami berdua
berjanji untuk bertemu di Laguna Hall malam nanti. Aku tak tahu bila masa dia
mendaftar masuk. Apa-apa maklumat tentang tempahannya pun aku tak tahu.
Katanya, aku tak perlu risau sebab dia dah uruskan semuanya.
“Macam tak percayalah kau join tahun ni.”
“Betul.
Biasanya...”
Bla.. bla.. bla..
Kami semua bercerita itu dan ini sehinggalah kami semua mendaftar masuk.
-------
“Kau
ni, duduklah diam-diam. Aku nak mekap kau ni!” Suara Suria naik lagi. Entah
kali ke berapa, aku pun tak tahu.
“Lama
lagi ke? Aku rasa dari tadi lagi kau dok mengecat muka aku. Kau tukarkan aku
jadi monalisa ke apa?” bebelku. Rimas.
Tangan
naik untuk menggaru hidungku yang rasa gatal. Belum pun sampai seinci, Suria dah
tepis.
Suria
tidak menjawab. Terus tekun melakukan kerjanya itu. Susahlah kalau kawan aku ini
bertukar ke mod profesional make up
artist dia itu. Lupa nak cakap. Kawan aku ini boleh tahan terkenal juga
dengan tutorial mekap dia. Minat punya pasal, sekarang dia memang serius
bergerak sebagai make up artist.
Kalau
nak tahu, kami berdua sekarang ini sedang bersiap-siap untuk ke majlis malam
nanti. Masih berbaki dua jam lebih lagi. Kalau ikutkan hati malas aku, memang
aku tak nak bermekap. Paling rajin pun pakai bedak dan lipstik sahaja. Tapi,
kalau dah sebilik dengan jurumekap profesional ni, dah memang azam dia aku tak
akan keluar dari bilik ni selagi dia tak conteng muka aku.
“Jangan
mekap muka aku beria sangat. Aku bukan nak kahwin pun. Nanti orang cakap over pulak,” kataku risau.
“Kau
ni, diam boleh tak? Aku kasi telan berus blusher
ni baru tahu,” ugut Suria. Tangan masih lincah membuat kerja.
“Aku
tahulah kerja aku. Kau jangan risaulah. Aku mekap kau natural punya. Cuma
naikkan seri sikit. Biar semua orang
tengok, wow gitu. Especially
Safwan.” Sebaik dia sebut nama Safwan, aku perasan disentalnya muka aku sedikit
kuat.
Aku
tiba-tiba teringatkan kata-kata Dirah tadi.
“Kau
tahu ke Safwan cari aku selama ni, Su?” Aku bertanya kepada Suria.
“Tahu.
Selalu jugak dia asak tanya aku. Macamlah aku nak cakap kat dia.” Suria
mendengus.
“Benci
betul kau dengan dia.”
“Gila
kau tak benci? Dah buat anak dara orang macam tu. Tak cukup agaknya penumbuk
sulung aku dulu.”
Aku
ketawa mendengarnya.
“Betullah
orang cakap. Your best friend will always
hate your ex more than you do.”
Suria
turut tersenyum mendengarnya.
“Kau
tahu kenapa dia cari aku?” Rasa tertanya-tanya juga.
“Entahlah
aku. Tak minat aku nak ambil tahu. The
damage was already done. Aku pun hormat keputusan kau supaya tak payah
sebut pasal dia dan Raina langsung. Dia pun bahagia dengan Raina.” Suria balas
mendatar.
“Cakap
pasal Raina ni, jumpa dia nanti ada juga aku tendang orang masuk laut. Tak guna
betul!” Suria kembali naik angin.
Dan
ketawaku pecah lagi. Kenapa Suria marah sangat? Sebabnya kami mendapat kabin
jenis inside room. Kabin yang
tertutup sepenuhnya sedangkan Suria inginkan kabin yang boleh melihat
pemandangan laut di luar. Berkilo-kilo cacian yang dihadiahkan oleh Suria tadi.
Aku pun kecewa sama. Memang merudum terus segala keterujaan kami tadi.
“Aku
syak dia bagi kita bilik ni sebab aku ada.” Entah kenapa firasat kuat
mengatakannya. Buktinya, aku tak nampak kawan-kawanku yang lain. Apatah lagi
pelayaran kali ini bukannya ramai sangat pun. Masih ada banyak kabin kosong
yang lain.
Buatkan
aku terfikir sendiri. Apalah yang akan jadi malam nanti? Pertemuan setelah
lapan tahun. Ada kawan yang dah kutemui sewaktu merayau-rayau di atas kapal
ini, tapi cuma beberapa orang. Yang pasti, aku tak nampak pun bayang pasangan
kekasih hangat itu. Baguslah.
“Sebab
tu la aku nak tengok muka kejung dia malam nanti lepas kau muncul dengan boyfriend kau. Haa.. boyfriend kau apa cerita?” Suria
bangkitkan pula pasal Audi. Dia tahu pasal Audi, tapi tak pernah jumpa secara
berdepan. Aku hanya menunjukkan kepadanya gambar profil WhatsApp Audi. Dan
komen Suria adalah.. “Helok sangat
weh!”
“Entah.
Muncul malam ni la agaknya.” Aku pun tak tahu nak bagi jawapan apa. Sebenarnya
aku hampir terlupa akan kewujudan Audi gara-gara keterujaanku meneroka kapal
besar ini. Tak ada pula aku terserempak dengan dia tadi.
“Aku
harap dia muncullah. Kalau tak, backfire
semuanya nanti.”
Aku
telan liur mendengarnya. Tak boleh bayang aku kalau betul-betul jadi. Memang
macam aku cakap tadilah. Terjun laut, kuak lentang balik ke darat. Perkara
pertama aku buat lepas tu adalah cekik Audi sampai arwah.
“Okey..
dah siap!”
Akhirnya!
Alhamdulillah.. itulah perkataan keramat yang aku tunggu dari tadi lagi. Bila
tengok sengih lebar Suria yang puas hati dengan hasil kerjanya, aku turut lega.
Tanpa menunggu banyak masa, aku bangkit untuk mencari cermin.
Wow..
itu aku ke? Aku sedikit ternganga melihat hasil tangan Suria. Nampak macam aku,
tapi lebih cantik sedikit. Eh, terpuji diri sendiri pula! Haha.
Wajah
asliku masih belum tenggelam dengan mekap. Macam yang Suria cakap tadi, mekap
natural hanya untuk naikkan seri muka. Mata bulat makin bulat, hidung nampak
lebih mancung. Tulang pipi nampak makin menonjol.
“Cantikkan
aku mekap kau?” Suria naikkan kening beberapa kali. Berlagak.
Aku
julingkan mata ke atas. Dan Suria terus ketawa.
--------
Navy blue.
Ramai yang sering memujiku tiap kali aku mengenakan pakaian berwarna itu. Mengatakan
warna itu sangat kena dengan aku. Menampakkan aku garang dan lembut pada masa
yang sama. Dan sebab itulah warna itu menjadi pilihan untuk evening dress dan tudungku malam ini.
Suria
pula memilih warna emas dari hujung rambut ke hujung kaki. Katanya nampak
glamor dan ekslusif. Kena dengan tema majlis nanti. Glamour! Ya.. memang ada
temanya sendiri tapi aku hentam aje ikut mazhab aku. Haha.
Setelah
berpuas hati dengan sentuhan terakhir, kami berdua keluar dari kabin untuk ke
Laguna Hall yang terletak di dek sembilan. Majlis bermula tepat jam lapan
setengah malam. Masih ada sepuluh minit lagi untuk kami bercatwalk ke sana.
Nasib
baiklah lif kosong ketika kami naik ke dek sembilan itu. Tak adalah aku
terserempak dengan sesiapa. Tiba-tiba dada rasa macam berpancaragam. Rasa tak
bersedia nak bersemuka dengan semua orang selepas lapan tahun bak kata Dirah
tadi, pindah dunia bunian ke?
“Su..
aku takutlah!” Aku jadi ragu-ragu. Pegang tangan Suria. Rasa semua keberanianku
tenggelam ke dasar laut.
“Chillah, Dara. Anggap aje macam lapan
tahun lepas. Kau buat bodoh aje. Lagipun nanti aku ada dengan kau.” Suria beri
kata-kata semangat.
Aku
tarik nafas dalam-dalam. Kumpul keberanian balik. Beberapa saat selepas itu,
jantung kembali tenang. Kami menyambung perjalanan kami untuk ke Laguna Hall. Sebaik
sahaja kami masuk ke dalam dewan, aku memerhatikan sekeliling. Sangat cantik
dan elegan gubahannya. Banyak lampu kaca berjuntai yang menghiasi dinding.
Nampak glamor.
Aku
rasa tumpuan semua tertumpu ke arah kami. Suria dengan lagak divanya
melambai-lambai ke arah semua orang yang melihat. Gaya macam tengah berjalan
atas karpet merah walaupun kenyataannya memang kami berjalan di atas karpet
merah.
Aku
pula hanya tayang muka tenang, berlagak macam tiada apa-apa. Padahal jantung
macam dah nak pecah. Nasib baik ada Suria. Dia buat perangai gila dia supaya
aku tak menjadi perhatian sangat walaupun aku turut mendengar suara berdesas-desus.
“Suria Andreana and her plus one?” Ada
satu suara menegur.
Wajahnya
agak familiar tapi aku tak ingat dia siapa. Yang pasti bukan sekelas denganku
dulu. Melihat ada riben kecil yang tersemat di dadanya, aku kira dia merupakan
salah seorang yang menguruskan majlis ini.
Suria
hanya senyum.
“Actually not my plus one. Ni Dara Nailufar,
ex-student juga.” Rajin Suria
memperkenalkan aku.
Setelah
mendaftar nama, dia memberi kami satu goodies
bag dan menunjukkan tempat duduk
kami. Kami berjalan menuju ke arah meja bulat yang menempatkan lapan orang itu.
Secara teknikalnya satu meja dikhaskan untuk empat orang pelajar yang datang
bersama plus one mereka.
Makin
lama aku mendekati meja itu, makin memberat langkah kakiku bila aku mengecam
siapa yang duduk di meja itu. Alahai.. patutlah mejanya depan sangat! Apa ni?
Majlis belum mula lagi, takkan aku dah nak cipta drama kut?
Dari
jauh aku melihat susuk lelaki yang sedang duduk membelakangiku. Sedang ketawa.
Di sisinya pula ada seorang perempuan cantik yang sedang tersenyum manis yang
aku nampak hanyalah sisi wajahnya, tapi aku tahu dia siapa. Cukup tahu. Bersama
mereka, ada satu pasangan lagi. Juga sedang bergelak-ketawa.
Bagaikan
tahu aku sedang memerhatikan mereka, mata perempuan itu beralih ke arahku dan
Suria. Ops, salah! Hanya Suria yang dipandangnya.
“Suria!”
Suaranya masih sama. Tetap rasa nak sumbat penumbuk ke dalam kerongkong dia.
Mendengar
nama Suria, lelaki itu terus berpaling ke arah kami. Dan terus rasa oksigen
mogok dengan paru-paruku. Dia juga masih sama! Cuma versi yang lebih matang.
Sebaik sahaja melihat Suria, mereka berdua terus bangun dan mendekati kami.
“Safwan
dan Raina.” Kelat suara Suria menyapa mereka. Aku hanya jadi mak tunggul.
Melihat mereka yang tidak menegurku, aku mengeluh dalam hati. Jangan cakap
mereka pun tak cam aku!
“Mana kawan kau? Kata dia datang sekali? Aku dah
siap bookkan meja paling depan lagi
untuk dia ni,” kata Raina dengan penuh sinis.
“Wait.. Dara datang? You tak cakap kat I
pun!” Aku dengar suara macho Safwan pula. Penuh berjaga-jaga. Dia dah kenapa?
“Well, sayang! Surprise. But it seems like no
surprise. Dia tak datang. Macam biasa.” Suara Raina penuh mengejek. Bangga
dengan kemenangannya. Seolah-olah sudah menjangkakan semuanya.
Jadi,
inilah yang jadi tiap kali aku tak datang ke majlis reunion? Ejek aku dan anggap aku pengecut? Ini boleh membangkitkan
kemarahan ni!
“Siapa
cakap aku tak datang?” Aku menyampuk.
Macam
kena penampar jepun, dua kepala itu terus menoleh ke arahku. Ekspresi muka
kukawal sebaik mungkin. Hanya tenang tapi terserlah aura keyakinan.
“You
siapa?” Mencerun mata Raina memandangku.
Aku
senyum sinis.
“Kau
dengar suara sedap aku ni macam siapa? Cikgu Rogayah ke?” Penuh sarkastik suara
aku. Cikgu Rogayah tu adalah cikgu yang mengajar subjek Biologi tingkatan empat
dulu.
Mata
mereka meluas tak percaya.
“Dara?”
Perlahan suara Safwan. Antara percaya dan tak percaya.
“Ya,
Safwan! Akulah Dara Nailufar.” Penuh dingin suaraku. Tepat mataku merenung anak
matanya saat aku berkata.
Mulut
Safwan ternganga sedikit. Seperti ingin berkata sesuatu, tapi tiada apa yang
keluar. Terkelu macam tu sekali ke? Pelik sangat ke kalau orang dulunya
berbadan besar boleh kurus? Bukannya aku buat pembedahan plastik jadi macam
artis korea kut ya pun nak pelik. Tak faham aku!
“Wow.. Dara! Kau berubah gila!” Aku
mendengar Hasbi yang baru muncul mengomen. Dia merupakan kawan baik Safwan
dulu. Dialah juga yang duduk semeja dengan mereka tadi.
“Kau
datang dengan siapa? Suria cakap kau datang dengan someone. Siapa plus one
kau?” Sibuk Raina nak tahu.
Bila
dibangkitkan akan hal itu, aku terus menoleh jam di tangan. Satu minit sebelum
lapan setengah malam. Mana Audi? Melilau mataku mencari. Masih tak nampak
bayangnya. Risau pula kalau apa yang aku bimbangkan jadi nyata.
“Kau
tipu aje kan sebenarnya? Saja cakap macam tu sebab nak nampak kau tu laku.
Padahal tak ada siapa pun,” ejek Raina.
Berasap
telinga aku mendengarnya. Walaupun kata-katanya itu memang betul tapi bengang
juga aku. Mulut gatal ingin membidas balik. Okey.. kita warming up lidah dulu, asah kasi tajam! Dah lama dia tak sembur orang. Lapan tahun
dia tak jadi buku bertemu rak buku ni.
Baru
sahaja aku ingin membalas dengan kata-kata tajam, aku dengar satu suara garau
berkata.
“Sunshine?”
Aku
berpaling ke arah itu. Apa yang menjadi sajian mataku buatkan rahangku hampir
cecah tanah. Melihat dia dengan penuh gaya merapatkan jarak kami. Sebaik sahaja
dia berdiri di sebelahku, meruap bauan penuh maskulinnya itu menusuk hidung.
Nampak
dia bongkokkan tubuh tingginya ke arahku. Aku masih kejung di situ. Sehinggalah
bibirnya betul-betul berada di sebelah telinga kiriku yang bertudung itu, dia berbisik.
“Sunshine, aku tahu aku kacak malam ni tapi
tolong tutup mulut kau, boleh?” Perlahan suaranya. Hanya untuk telingaku. Tapi
itu tidak dapat mengelak daripada mukaku meruap merah. Cepat-cepat aku tutup
mulutku.
Dia
kembali tegakkan tubuhnya. Pusing ke arah pemilik-pemilik mata yang sedari tadi
menjadi pemerhati gelagat kami. Bibir merahnya mengukir senyuman manis yang
pasti boleh bikin semua anak gadis di dalam dewan itu angau tak ingat dunia.
“And you are?” Safwan bertanya.
Senyumannya
kini bertukar yakin. Tangan kanan dihulurkan kepada Safwan.
“Eskandar. Eskandar
Arasyah.”
Ohmaigadddd
ReplyDeleteSpeechless
ReplyDeleteOMG!!! Plot twist gilaaa! Terkedu ni haa
ReplyDeletesenyum sorg2 dh ni
ReplyDeleteHahahahah sudah ku dugaaa 😂😂 tp mcm okey je klau audi hero, not bad jgk dlm plot twist ada plot twist lg hahahahaha
ReplyDelete