BAB
16
“Haidar?”
Aku pula yang bertanya. Segala rasa yang aku rasa tadi terus hilang bila Audi petik
nama orang lain.
“Yalah..
Haidar. Dialah abang sepupu saya,” jawab Audi.
“Tapi yang datang ganti awak hari tu bukan
Haidar.”
“Eh?”
Audi terkejut.
Okey..
aku rasa kami sedang berkomunikasi dalam bahasa Melayu, tapi kenapa rasa macam
ayam sedang bercakap dengan itik ni? Aku tak faham. Audi pun tak faham.
Rasa
keliru.
“Maksudnya,
awak tak pernah jumpalah dengan abang Haidar malam tu?”
“Jumpa.”
Dia
pun ‘eh’ lagi sekali. Muka bingung.
“Saya
jumpa Haidar juga. Dia yang tinggi-tinggi, ada lesung pipit kat dua-dua belah
pipi dan bibir bawah terbelah, kan?” jelasku. Mahu memastikan Haidar yang kami
maksudkan adalah spesis yang sama.
“Haa..
betullah tu!”
“Tapi,
bukan dia yang ganti awak malam tu. Dia datang dengan seorang lagi lelaki. Nama
dia Eskandar. Eskandar Arasyah,” ceritaku.
Audi
nampak terkejut. Bagaikan tak percaya. Kemudian keningnya pula berkerut. Mula
berfikir agaknya siapa gerangan lelaki misteri itu.
Aku
turut berfikir. Adakah Audi tak kenal Eskandar? Eskandar muncul bersama Haidar.
Maksudnya Haidar mesti tahu siapa gerangan Eskandar yang sebenarnya. Atau
maksud lainnya mungkin hanya Haidar yang tahu siapa Eskandar. Tapi
persoalannya, kenapa Eskandar yang menjadi ganti sedangkan Haidar pun tak
kurang hebatnya malam itu?
Belum
pun sempat Audi memberi apa-apa komen, pintu bilik diketuk beberapa kali.
Automatik pandangan kami menala ke arah pintu.
Haila..
tengah-tengah waktu kritikal sebegini, mengapa ada yang datang kacau?
Audi
memberi izin sebelum Nur masuk.
“Sorry, lovebirds! Kacau kejap.” Nur
sengih.
“Encik
Audi, Cik Sera nak jumpa. Katanya nak bincang pasal anniversary event.”
Audi
tepuk dahi sekali. Kemudian pandang jam tangan sendiri.
“Hampir
lupa. Mana dia? Sejak bila sopan? Kalau tak main redah aje.” Mata Audi melilau
mencari susuk wanita pujaan dalam diamnya itu.
“Dara!”
Aku mendengar suara kuat itu dulu sebelum terasa tubuhku yang sedang duduk itu
dipeluk orang.
Panjang
umur dia!
“Hai,
Sera! Lama tak jumpa. You sihat?” soalku bila dah terselamat daripada pelukan
beruang Sera itu. Meruap-ruap bau minyak wangi mahal Sera menusuk hidungku.
“Alhamdulillah,
sihat. You baru balik dari cruise,
kan? Audi ada cerita. Bestnya. I tak
ingat dah kali terakhir I naik cruise.”
“Helo,
you masuk sini nak jumpa I ke dia?” Kedengaran suara Audi menyampuk.
Kini
kami hanya tinggal bertiga selepas Nur keluar.
Sera
ketawa sekejap.
“Sorry. I lupa pula. I nak bincang pasal anniversary event nanti.” Tumpuan Sera
kini tertumpu pada Audi. Kemudian dia pandang aku balik.
“Haa..
alang-alang you ada kat sini, you datanglah majlis tu nanti. Jadi plus one Audi.”
Majlis
lagi?
“Anniversary apa, ya?” Aku blur.
“Anniversary Infinite Group yang kedua
puluh. Dua minggu lagi. Malam Sabtu.”
Group
apa pulak ni? Aku tak tahu jadah apa yang dimaksudkan Sera itu.
“Audi,
you kena bawa Dara nanti. Bolehlah kenalkan dengan uncle dan aunty. Mesti dia
orang excited nak bertemu you, Dara.”
Seriang kanak-kanak ribena Sera berkata.
Aku
dan Audi berpandangan. Sama-sama senaman kerongkong.
“
Err..
I tak pasti lagi.” Teragak-agak aku memberi jawapan. Melibatkan keluarga pula
tu, memang minta kena sembelih.
“Alah..
pleaselah datang, Dara. Baru seronok.
Boleh I kenalkan you dengan bae I.”
Terdiam.
Wow..
menarik! Selalu tertanya-tanya siapakah lelaki yang menjadi pujaan hati Sera.
Lelaki sama yang bertanggungjawab si Audi ini bermuka kelat sekarang ini.
Amboi
kau, Dara! Busybody punya pasal,
sampai sanggup pertimbangkan pelawaan Sera. Yang elok tak setuju, terus rasa
nak bersetuju.
“Insya-Allah.”
Jawapan paling selamat aku bagi.
Kemudian
pandang Audi. Pandangan SOS.
“Dah..
kita mula discussion kita, Sera. Dara
nak cepat tu. Ada hal.” Audi menjadi penyelamat.
Terus
aku berdiri. Beg dibetulkan di bahu.
“Haah,
betul tu. I pun tak nak kacau Audi kerja. Saja aje datang jumpa Audi hari ni.”
“Okey.
See you later. Nanti kita bincang..” Audi
bersuara.
Mata
Sera melirik ke arah interaksi kami berdua.
“Err.. pasal majlis anniversary tu.” Audi sengih bersalah.
“Okey.”
Aku juga paksa bibir koyak sengih.
Misteri
kemunculan Eskandar pun aku belum rungkaikan lagi, dah muncul masalah baru yang
perlu segera diselesaikan.
Aku
ni kalau berjumpa Audi memang tak ada kerja lain agaknya. Ada aje otak genius kami
cipta pelan baru. Memang partner in crime
sejatilah!
-----
Sedar
tak sedar, sudah seminggu berlalu. Kehidupan kembali macam biasa. Pergi kuliah,
jaga makmal dan jumpa supervisor. Begitulah
rutin harianku dalam seminggu ni. Buka mata, muka supervisorku yang aku ingat dulu. Dan bila malam, suara dia juga
yang berlagu-lagu kat telinga sebelum tidur. Mengalahkan orang dilamun cinta,
kan?
Apa
boleh buat? Memang hidup sedikit kalut memandangkan ada deadline yang harus aku kejar. Pra-pembentangan usul kajianku. Dan
bila semuanya berlalu, barulah sedar dengan dunia sekeliling. Macam, jiran
sebelah rumah dah tukar kereta baru rupanya.
Aku
kini dalam perjalanan untuk bertemu dengan alongku. Sejak pulang dari percutian
atas kapal, aku belum berkesempatan untuk bertemu dengannya. Ole-ole yang aku
beli pun belum sempat diberi. Dan bila along pun dah keluar ayat drama dia
dalam kumpulan WhatsApp adik-beradik kami, aku rasa memang dah sampai seru
untuk aku jejak ke sana.
Macam
biasa, tempat yang aku senang nak jumpa along kalau waktu-waktu macam ni, dah
tentulah kedai kucing dia.
“Akhirnya,
adikku yang hidupnya mengalahkan menteri sudi menjejakkan kaki ke sini.”
See..
along dan ayat drama, berpisah tiada! Abang borek, adik rintik.
Aku
cuma sengih. Salam tangan along. Kemudian bertukar-tukar khabar.
“Mana
Kak Long?” soalku. Memandangkan hari ini adalah hari Ahad, klinik kak long tak
beroperasi.
“Ada
kat atas. Tengah teman Yusof dan Qaseh main dengan kucing,” jawab along seraya
menunjukkan ke arah tangga.
Aku
hanya terdiam. Rumah kucing yang dibina oleh Eskandar. Dah lama siap. Sebelum
aku bercuti lagi. Maksudnya, tiada lagi urusan di antara along dan Eskandar.
Dalam erti kata lain, tiada lagi Eskandar.
Agak
kecewa. Sebab hilang sudah salah satu punca untuk aku bertemu dengan Eskandar
kembali.
Aku
pandang along yang sedang membelek satu buku log pendek. Kalau aku bertanya
tentang Eskandar, agak-agaknya along punya jawapan ke tak? Along masih ingatkah
Eskandar? Paling tak pun, dengan siapa Eskandar bekerja?
Baru
sahaja aku berura-ura ingin bertanya, kedengaran ada suara lembut menegur.
Pelanggan baru. Melihat along mula masuk mod mesra pelanggan dia itu, aku
meminta diri untuk ke tingkat atas. Mencari kakak ipar dan anak-anak saudaraku.
Juga mahu melihat hasil tangan Eskandar dan teman-temannya.
Masih
berbaki tiga anak tangga lagi sebelum aku mendengar suara nyaring Kak Long Siti
beropera. Itu tak lain tak bukan, berperang dengan hero sulungnya. Adalah tu
benda nakal yang dilakukan Yusof.
Bibir
tersenyum sendiri tanpa sedar.
“Cik
Su!” jerit Yusof bila melihat figuraku muncul di hadapan rumah kucing itu.
Semestinya berdiri sepuluh meter dari spesis rimau-rimau kecik yang berkeliaran
itu.
Yusof
berlari laju ke arahku sebelum kakiku dipeluk erat.
“Hai,
Yusof! Rindu Cik Su ke?”
Laju
kepala budak itu angguk bersama sengihannya. Muncul kakak iparku yang manis
bertudung di belakang Yusof.
“Kak
Long,” tegurku. Tangannya aku salam dan cium.
“Dah
lama tak jumpa. Dah habis presentation?
Macam mana semuanya?” ramah Kak Long Siti bertanya.
“Haah,
dah! Alhamdulillah semua okey. Tak payah nak redo. Kalau tak, bercinta lagi dengan mikroskop. Memang lepas ni
sumpah diri sendiri jadi microorganism!”
Kak
long gelak mendengarnya.
“Bertabahlah,
Dara. Nak berjaya, memang macam tu. Lepas tamat satu bukit, ada bukit lain yang
lebih tinggi untuk kita daki. Kak Long faham. Kak Long yakin Dara boleh.” Kak
Long bercakap daripada pengalamannya sebelum bergelar doktor haiwan.
“Insya-Allah.
Terima kasih, Kak Long.”
Bunyi
gelak bayi yang kuat buatkan Kak Long automatik berpusing. Kelihatan Qaseh
sedang mencengkam dan menarik-narik bulu seekor kucing spesis maine coon berwarna
kelabu. Lebih besar daripada dia. Gembira betul Qaseh. Apatah lagi kucing
itupun bagaikan reda diperlakukan sebegitu.
Kak
long terus berlari ke arah Qaseh sambil membebel-bebel. Tergelak kecil aku
melihat gelagat mereka. Rindu aku nak peluk Baby Piana. Tapi, memandangkan dia
dikelilingi oleh spesis rimau-rimau kecik itu, aku simpan dulu peluk dan ciumku
untuknya nanti.
“Cik
Su, hari ni Yusof dapat bayblade baru!”
Suara Yusof mengalihkan perhatianku kepadanya.
Yusof
sengih menampakkan gigi depannya yang baru nak tumbuh. Sedang
menayang-nayangkan baybladenya. Ada
dua.
“Iya?
Papa beli kat mana?” Aku hanya melayan.
“Mana
ada papa beli. Ada uncle handsome
yang bagi Yusof.”
“Uncle handsome mana pula ni?”
“Ala.. Cik Su tak kenal dia. Uncle handsome tu selalu datang sini.”
Uncle handsome.. uncle handsome..
memang tak ada nama ke apa?
“Ya
ke? Cik Su tak pernah dengar pun Yusof cerita sebelum ni? Selalu cerita pasal uncle baik. Uncle baik itu, uncle
baik ini.”
“Uncle baik tu uncle handsome la, Cik Su. Dulu rambut dia panjang, tak handsome. Tapi sekarang rambut dia dah
pendek. Sebab tu dia handsome.”
Zap!
Terkedu aku mendengarnya. Adakah orang yang sama?
Dup dap. Dup dap.
Gila
penangan Eskandar. Dia tiada di depan mata pun, jantung aku mampu berubah aneh.
Jangan
macam-macam, cik jantung! Hati dipujuk agar tidak terus teruja. Mungkin orang
lain. Tak nak kecewa.
“Kalau
Cik Su nak tahu, rumah kucing ni pun dia yang buat dulu. Hebatkan dia?”
Aku
hanya mendengar. Ketika Yusof berlari masuk ke dalam rumah kucing itu untuk
bermain dengan baybladenya pun, aku
masih pegun. Masih terfikir-fikirkan cerita Yusof itu.
Eskandarkah?
Atau kawan-kawan Eskandar? Aku pun ingat-ingat lupa dengan pekerja lain.
Namun,
entah kenapa firasat menyatakan Eskandarlah yang dimaksudkan Yusof itu. Tapi
aku tak mahu berharap. Takut kecewa walaupun aku tiada sebab untuk kecewa.
Tapi
kalau betul Eskandar, macam mana? Mengikut cerita Yusof, uncle handsome ada datang hari ini. Kalau betul Eskandar, aku tak
dapat menyekat hati daripada rasa terkilan sebab tak datang awal-awal ke sini.
Kalau tak, mesti aku dapat bertemu dengan dia.
Kenapa
aku nak jumpa dengan dia? Serius, aku sendiri tak tahu kenapa. Yang pasti,
sejak pelayaran kapal itu, boleh dikatakan kepala aku selalu teringatkan
Eskandar. Walaupun aku sibuk. Sesekali aku menonton video yang pernah kurakam
ketika di Phuket dulu. Mencuit hati walaupun semuanya hanyalah kenangan.
Lantas
segala memori indah aku dan Eskandar sepanjang percutian itu kembali menjengah.
Aku pejam mata.
Kalaulah
dapat bertemu dengannya lagi.
Kalaulah..
“Dapat
upah berapa kalau jadi jaga depan pintu ni?”
Tubuhku
terus mengeras. Pantas aku buka mata sebelum berpusing ke belakang.
Along
tengah bercekak pinggang dengan muka tak puas hati. Sebab aku dah menghalang
lalu lintas. Aku sengih sekali sebelum mengensot ke tepi. Membuka jalan
untuknya berlalu ke rumah kucing yang gamat dengan suara Yusof dan Qaseh itu.
Baru
aje acah-acah nak mengimbau memori. Dah terbantut gara-gara Along. Mengeluh
sekali. Kemudian aku mengatur langkah untuk menuju ke tingkat bawah.
Beberapa
centimeter dari tangga, tiba-tiba ada susuk tinggi hampir berlaga denganku. Aku
kira dia baru keluar dari surau.
“Sorry.” Automatik bibir menutur kata
maaf.
Bersyukur
kaki terlebih cekap untuk brek kecemasan. Kalau tak, berlaga aku dengan entah
siapa-siapa. Nak drama sikit, berguling-guling aku dan dia atas tangga, sampai ke
tingkat bawah. Nak acah romantik, dengan aku jatuh di atas dia. Nak tragis
sikit, kedua-duanya jadi arwah.
“What.. no kiss on chest today?” Suara
itu!
Sepantas
kilat kepala diangkat. Untuk memastikan empunya badan. Adakah sama dengan
empunya suara yang selalu mengulit mimpi malamku?
Perkara
pertama yang aku lihat? Hujung bibirnya yang terjongket sikit.
That sexy smirk..
Kemudian
anak mata coklat cairnya. Yang tembus ke dasar hati. Dingin. Tapi terpancar
sedikit riak nakal untuk mengusik.
Cold yet warm. Is that possible?
“Miss me, sunshine?”
Yes ,jwpn utk soalan last tu.huhuhu
ReplyDeletei miss sunshine's
ReplyDeleteShuwiit nk mati
ReplyDeletex tau kenapa hati berat mengatakn bae c sera tu eskandar!!!... huhuuuhu.. nangis dulu
ReplyDeleteRinduuu eskandarrr😣
ReplyDelete