BAB
17
Terkelu.
Sesaat. Dua saat. Masih tak berkelip aku pandang dia. Hilang semuanya yang
berada di sekeliling. Terasa bagaikan hanya ada kami berdua.
“Eskandar?”
Aku minta kepastian. Takut berilusi. Takut juga kecewa jika betul semuanya hanya
ilusi.
“Ya,
aku Eskandar.” Sah suara penuh macho itu milik Eskandar.
Aku
melihat dia yang berdiri di depan mata. Masih tak percaya kami boleh berjumpa
lagi. Wajahnya nampak sedikit penat. Bagaikan tak cukup tidur. Tapi tetap kacak
di mataku. Rambutnya walaupun dah pendek tapi masih tak terurus. Bagaikan baru
keluar dari katil. Messy. Gaya
Eskandar yang aku kenal sebelum ini.
Santai.
“Awak
buat apa kat sini?” soalku setelah hilang rasa terkejut.
“Kerjalah.
Demi sesuap nasi,” balas Eskandar bersahaja.
Kata-katanya
itu buatkan aku teringat kembali cerita Audi. Kesibukan kami menyebabkan cerita
tentang misteri kemunculan Eskandar tergantung begitu sahaja. Hanya sesekali
berbalas mesej tentang majlis ulang tahun syarikat keluarga Audi. Serba-sedikit
Audi bercerita tentang latar belakang keluarganya. Yang sah-sah buatkan aku
ternganga teruk.
“Kenapa
terkejut? Ni bukan kali pertama aku datang sini.”
“Awak
selalu ke sini?” soalku. Aku pula yang terkejut.
“Yup. Tapi kau tak ada.”
Dup dap. Dup dap.
Adakah
itu bererti yang dia juga mencariku seperti mana aku selalu mencarinya?
“Oh,
saya sibuk minggu ni!” balasku mudah. Dalam hati menanggung kesal. Aku dapat
berjumpanya awal-awal lagi kalau aku ke sini lebih awal.
Tapi,
takdir dah tertulis. Sesungguhnya hari ini kami baru berjodoh. Jadi, datanglah
sepuluh kali sebelum ini pun, kalau dah takdir mengatakan tak berjumpa, memang
kami tak akan berjumpa.
“Kenapa
awak selalu ke sini?” Aku bertanya lagi. Untuk menghilangkan debaran di dada
yang entah kenapa makin kerap bertukar rentak bila berkait dengan Eskandar.
“Along
kau upah kami untuk ubah suai bahagian belakang pula,” jawab Eskandar.
Dia
bagaikan baru sedar dengan kerjanya terus memusingkan tubuh menghadap tangga. Belum
pun dia mula melangkah, aku nampak dia hanya pegun. Bagaikan berfikir. Hanya
kepalanya dipalingkan.
Aku
hanya nampak sisi hidungnya yang mancung ketika dia mula berkata.
“Kau
tak nak tengok ke?”
“Haa..
boleh juga!” Aku laju bersetuju.
Pantas
aku menyaingi langkahnya. Beriringan kami turun tangga. Dapat kuhidu bau kayu dan
cat yang melekat pada Eskandar. Mungkin dah lama dia bertukang.
Makin
kaki melangkah ke bahagian belakang, makin kuat aku dengar bunyi pelbagai alat
yang digunakan untuk tujuan renovasi. Tapi itu tak menghalang beberapa
pelanggan daripada melihat kucing-kucing yang berada di situ.
Aku
melihat kawasan belakang yang sedang diubah itu. Pada pandanganku, mungkin
Along mahu menjadikannya tempat ruangan istirahat untuk para pelanggannya
sementara menunggu. Tempat itu agak sempit, sebab itulah sentuhan pakar
diperlukan. Biar tempat itu jadi cozy
tapi selesa.
Tapi,
kenapa Eskandar? Eskandar bekerja di bawah siapa?
“Abang
Es!” Laungan itu mengalih perhatianku. Turut berpaling ke arah suara itu.
Kelihatan
seorang jejaka yang tak lebih dari dua puluhan sedang berjalan ke arah kami.
Aku ingat lelaki itu. Lelaki sama yang menyerahkan first aid kit yang dikirim oleh Eskandar dulu.
“Abang
Pian cari abang tadi. Katanya ada nak ubah sikit. Nak tukar louge set jadi 3-seater sofa. Tapi dia nak minta pandangan abang dulu,” lapor
lelaki itu. Aku hanya jadi tukang dengar.
Eskandar
menoleh ke arahku sekali. Beberapa saat dia diam sebelum meninggalkan kami
berdua. Berlalu ke arah Along yang macam memiliki kuasa Doctor Strange. Tadi
aku rasa dia kat atas dan sekarang dia dah kat bawah. Entah apa yang mereka
mula bincangkan, aku malas ambil pusing. Kembali meneliti keadaan yang baru
separuh siap itu.
Sesuatu
yang berada di hujung dinding menarik perhatianku. Rak buku kaca dengan design yang agak unik. Tak pernah kulihat
sebelum ini. Malah, kalau masuk ke kawasan ini, mata pasti akan cepat
menangkapnya gara-gara keunikannya.
“Itu
Abang Es yang design sendiri.”
Kepala
kembali menoleh ke arah suara itu. Lelaki tadi rupanya masih berada denganku.
Tersengih-sengih dia lepas tahu dia menyampuk.
“Maaf,
kak! Rasanya kita belum berkenalan lagi. Saya Hanafi. Tapi panggil Napi aje.”
Dia mempekenalkan diri.
“Dara,”
jawabku dengan satu senyuman mesra.
“Awak
cakap apa tadi? Es design apa?”
soalku pula bila teringat kata-katanya tadi.
“Rak
buku tu,” jawabnya seraya menunding jari telunjuk ke arah perabot yang menjamah
mataku tadi.
“Abang
Es design sendiri kalau Kak Dara nak
tahu.” Dengan percuma, Hanafi memberi maklumat itu kepadaku.
Eskandar
design sendiri. Aku mula mencerna sebaris
ayat itu.
“Wow..
hebat juga dia, ya? Mampu design
perabot unik macam tu.”
Hanafi
angguk-angguk. Bersetuju.
“Betul.
Abang Es memang berbakat. Kalau Kak Dara nak tengok lagi hasil tangan Abang Es,
boleh belek katalog kat sana,” kata Hanafi lagi seraya menunjukkan jari ke arah
satu meja kecil sebelum dia kembali berlari ke arah Eskandar.
Aku
tanpa menunggu banyak masa terus melangkah ke arah meja itu. Capai satu katalog
berkulit hitam pekat itu.
ESAR STUDIO
By ESAR
Itu
yang tertulis. ESAR? Aku kira itu adalah singkatan untuk Eskandar Arasyah.
Satu
persatu aku belek. Teliti beberapa jenis perabot yang berada di dalam katalog
itu. Bermacam jenis. Dari bilik tidur, ruang tamu, ruang kerja, dapur dan
macam-macam lagi. Kagum aku dengan keunikan setiap reka bentuknya. Setiap
penghujung gambar perabot yang diberi pelbagai jenama itu, pasti tertulis
sesuatu di bawahnya.
ESAR.
Penuh berseni tandatangan rasmi Eskandar itu. Membuatkan aku pasti dengan siapa
Eskandar Arasyah sebenarnya. Dia tak tipu. Dia memang tukang kayu.
Atau
secara profesionalnya, dia dipanggil Furniture
Designer.
---------
Terasa
bagaikan ada gegaran di bahagian punggung kananku. Tanpa membuang masa, laju
tangan mencapai telefon pintar yang tersemat di balik poket belakang seluar
jeans hitamku itu. Dah memang perangai aku, suka simpan telefon di situ.
Senang.
Terasa
dua kali gegaran. Notifikasi whatsapp dari Shina, kawan baik di universitiku. Sama-sama
sedang menyambung master. Terus aku
buka untuk melihat apa yang dia inginkan. Rupanya dia mahu menukar masa untuk
kami menjaga makmal. Ada hal katanya.
Laju
aku membalasnya. Memandangkan aku pun tak punya apa-apa masalah, aku hanya
bersetuju. Macam biasalah, bila dah bermesej dengan geng masuk air, pasti
meleret-leret selepas itu. Sesekali tersengih bak kerang busuk melayan loyar
buruk dia.
“Handsomelah mamat baju hitam tu!”
Automatik tangan berhenti menaip. Kepala terus berpusing ke arah suara itu.
Datangnya
dari dua orang perempuan yang sedang berdiri di depan satu sangkar yang
mengandungi tiga ekor anak kucing spesis British Short Hair.
Pelanggan-pelanggan along agaknya. Tangan acah-acah memegang sangkar, tapi mata
melirik ke arah lain.
Lantas
aku turut memandang ke arah yang dipandang oleh dua perempuan itu. Tepat ke
arah Eskandar. Memang sah Eskandar yang dimaksudkannya sebab Eskandar pakai
baju hitam.
Dari
kejauhan, aku hanya memandang Eskandar yang sedang serius berbincang dengan
Hanafi dan seorang lagi lelaki. Nampak bagaikan ada arahan keluar dari mulut
Eskandar sebelum dua orang lelaki itu mengangguk setuju. Beberapa saat
kemudian, nampak mereka bersurai.
“Haahlah.
Pakai macam tu nampak handsome.” Pasang
telinga lagi.
Kemudian,
entah apa yang mereka berdua bisikkan selepas itu, aku tak dapat dengar lagi.
Memuji Eskandar lagi agaknya. Entah kenapa hati rasa kurang senang bila dengar
Eskandar dipuji perempuan lain.
Aku
menamatkan perbualan mesej dengan Shina sebelum menapak ke arah Eskandar
memandangkan dia kini bersendirian. Dapat kulihat di tangannya ada sekeping
kertas A4 berwarna putih.
“Saya
dah tahu awak siapa,” kataku saat kaki berhenti di hadapannya.
Tubuhnya
sedikit mengeras sebelum kepalanya diangkat ke arahku. Wajah tanpa emosi macam
biasa. Tapi matanya tajam memandangku, seakan-akan menungguku untuk meneruskan
ayat. Menantiku untuk membongkarkan siapa dia sebenarnya.
“Awak
furniture designer,” sambungku.
“So? Betullah aku cakap sebelum ni. Aku
tukang kayu,” jawabnya mendatar. Mata kembali ditumpukan kepada kertas itu.
“No. Tukang kayu is carpenter. Furniture designer
is pereka perabot,” hujahku kembali.
“Furniture designer works with kayu, requires
a lot of bertukang. Technically, furniture designer is tukang kayu.” Dia
pula pertahankan hujahnya. Walaupun aku akui, memang benar kata-katanya itu.
“Whatever. Anything makes you dream sweet tonight.” Juling mata ke atas. Malas
nak bertekak lagi.
“It’s not you.”
Terus
naik sebelah keningku. Tak faham.
“It’s not you. Nothing but you makes my dream sweet.”
Dup dap. Dup dap.
Dahlah dada berdup-dap dup-dap, lidah pula
macam kena hemiplegik. Mata pun tak mampu berkelip.
Cuma
beberapa saat sebelum aku hambur ketawa paksa.
“Wah..
sejak bila Eskandar pandai berpick up
line ni?”
Bibir
Eskandar naik sedikit.
“Kenapa? Cair ke?”
“Sikitlah.
Tapi.. itulah. Apa guna kalau datang dari stranger,
kan? Meaningless.” Aku nyatakan
fakta.
Secara
teorinya, kami hanyalah orang asing. Kawan bukan. Kenalan pun bukan. Walaupun
memori berharga pernah tercipta antara kami. Entah-entah aku aje yang terlebih feeling, rasa memori itu berharga. Tapi
bukan Eskandar.
Dia
diam sekejap. Bagaikan tak terkesan dengan ayatku.
Betullah.
Mungkin aku aje yang fefeeling lebih.
Sedih dan kecewa.
“Dua
puluh sembilan. Cheras. Bertukang di dalam studio aku.”
“Hah?”
Aku blur.
Eskandar
sekali lagi mengangkat kepalanya untuk bertentang mata denganku.
“Umur
aku dua puluh sembilan tahun. Aku tinggal di Cheras. Hobi aku bertukang di
dalam studio aku.”
Bibir
automatik mengukir sengih. Orang lain mungkin blur-blur biawak selepas
mendengarnya, tapi aku faham. Mungkin hanya aku yang faham. Dia menjawab
soalan-soalanku ketika kami berada di monkey
island dulu.
“Kau pernah tanya dulu, kalau kita berjumpa
lagi, apa yang akan berlaku? Kau dah jumpa jawapannya. Selamat berkenalan,”
sambungnya lagi.
“So, kita kawan sekarang ni?” soalku
teruja. Rasa macam budak tadika ketika hari pertama persekolahan. Teruja jumpa
kawan baru.
Behave, Dara! Behave.
Eskandar
hanya jongket sebelah bahu. Tak mengiakan. Tak juga menidakkan. Dia suruh aku
faham-faham sendiri.
“Tapi,
kalau kawan mesti bertukar-tukar nombor telefon.” Mulut terlepas apa yang
sedang berada di kepalaku ketika ini.
Dia
membuat isyarat dengan tangannya, bagaikan meminta sesuatu. Aku tak faham,
tayang muka blur depan dia. Bila sekali lagi dia menunjukkan isyarat yang sama
pada tangan kananku, barulah aku faham. Dia meminta telefon yang aku tak sedar
sedang kugenggam itu. Teragak-agak aku meberikan telefonku itu kepadanya.
“Wallpaper home screen kau gambar kau ke?
Senonoh tak?” Selamba dia bertanya.
“Hei..
senonoh la!” marahku. Ada ke tanya macam tu? Takkan aku nak letak gambar bogel
pula.
Aku
nampak dia tekan-tekan, gesek-gesek skrin telefonku itu. Beberapa saat
kemudian, aku mendengar nada dering bergema. Telefon dia. Dan setelah itu,
telefon itu dikembalikan kepadaku.
Aku
pandang skrin telefonku yang cerah itu. Home
screen. Mataku sedikit meluas.
“Macam
mana awak..”
“Tukar
passwords kau. Kau bukannya lapan
puluh tahun kut ya pun susah nak ingat gambungan nombor. Seriously, birthday
sendiri?”
Ternganga-ngaga
aku dibuatnya. Tak tahu nak balas apa. Macam mana dia tahu? Eh, kejap!
“Macam
mana awak tahu birthday saya?”
Berkerut dahiku bertanya. Serasa aku, aku tak pernah memberitahunya.
Dia
senyum senget.
“Malam
ni aku whatsapp jawapan,” jawabnya
mudah.
Terkelu
lagi aku dibuatnya.
Apa
ni? Modal untuk memulakan perbualan denganku ke apa? Lain macam taktik dia.
“Sekarang
aku nak sambung kerja aku. See you later,
sunshine.” Dia buat isyarat melambai dengan tangannya sebelum berlalu.
Maka
tinggallah aku sendirian, terkebil-kebil di situ. Tunduk pandang telefon balik.
Masukkan passwords untuk ke home screen. Terus aku tekan ikon gagang
telefon itu. Melihat panggilan terbaru yang dibuat.
Orang
Kacak.
Terus
terhambur ketawa perlahanku. Geleng-geleng kepala. Pun boleh, Eskandar. Pun
boleh!
Pun boleh
ReplyDeleteHahhaha masuk bakul la dia ni😂
ReplyDeletekelakar la dye ni
ReplyDeleteTerase aq bila dia kate tentang pasword phone dara😂
ReplyDelete