BAB
14
“Jom
aku tunjukkan satu tempat lagi.”
Aku
melihat Eskandar menoleh ke arah jam tangannya sekilas.
Aku
hanya angguk. Eskandar terlebih dahulu melangkah. Dia tidak kembali masuk ke
dalam pusat kawalan tadi. Sebaliknya dia menuju ke arah satu tangga sempit yang
menghubungkan ke bahagian atas.
Bila
dia mula memanjat, aku membuntutinya dari belakang.
“Be careful, sunshine.” Sempat dia
berpesan.
Kami
tiba di tempat yang terletak betul-betul di atas command bridge itu. Tempat itu agak gelap tanpa cahaya. Sedikit
berangin kerana itu adalah tempat terbuka. Aku kira kami kini berada di puncak
tertinggi kapal ini.
Aku
pandang ke arah kawasan yang agak bercahaya itu. Aku dapat melihat bagaikan sesuatu
di situ. Mata dikecilkan untuk melihatnya. Apa tu?
Menyedari
aku yang sedang memandang, Eskandar juga turut menoleh ke arah itu.
“Kau
mesti belum makan lagi, kan?” soal Eskandar. Aku pandang Eskandar kembali.
Dan
perutku, bagaikan teruja mendengar perkataan ‘makan’ itu lantas melancarkan
mogok. Berlagu-lagu dia bersenandung. Tangan terus melekap pada perut yang dah
derhaka denganku itu. Gara-gara apa yang dah terjadi malam ini, makan terus
lesap dalam kepalaku.
Eskandar
ketawa kecil mendengarnya. Tak peduli dengan wajahku yang memerah sebab malu. Sama
ada dia buat-buat tak nampak. Atau memang pencahayaan suram ini menyebelahiku.
“Dah,
jom!” ajak Eskandar lembut.
Semakin
kami mendekati, semakin aku dapat melihat dengan jelas. Cahaya yang aku nampak
tadi datangnya dari empat batang lilin yang dilindungi oleh bekas kaca yang
ramping. Mengelak daripada mati ditiup angin. Ada satu bakul sederhana besar
dan di atasnya ada picnic blanket
yang masih terlipat cantik.
“Seriously, berkelah di atas bumbung command bridge ni?” Aku ketawa. Entah
kenapa rasa kelakar. Tak pernah dibuat orang.
“We call it monkey island, sunshine. This is an off-limits area, crews only,”
balas Eskandar pula. Bibirnya senyum sedikit.
Eskandar
capai picnic blanket itu sebelum dibentangkan
di atas kawasan lapang itu. Setiap penjuru dipastikan berlapik untuk
mengelakkan daripada terbang ditiup angin. Setelah itu, kami melabuhkan
punggung di atas kain alas itu. Aku bergerak sedikit untuk duduk bersila
berhadapan dengan Eskandar. Dia pula mula mencapai bakul itu.
“Tak
pernah dibuat orang berkelah malam-malam ni.” Aku geleng-geleng kepala. Geli
hati tak hilang-hilang lagi. Buat kerja gila malam ini dengan Eskandar.
“There is always first time in everything. Who
says this is a picnic? This is a candle light dinner, sunshine.” Eskandar
senyum senget.
Aku
ketawa lagi. Memang betul apa yang dikatakannya itu. Memang makan malam kami
ini bertemankan beberapa batang lilin walaupun bukan berkonsepkan romantik.
“Makan
meatball Bolognese spaghetti?” soal
Eskandar lalu membocorkan tentang menu makan malam kami.
“My favourite,” jujurku. Kalau dah
spageti Bolognese, satu periuk pun aku boleh habiskan.
“Good.”
Mata
melihat Eskandar mengeluarkan dua pinggan putih dan dua gelas tinggi. Aku
menolong Eskandar mengeluarkan beberapa makanan lain dari bakul itu sementara
dia mempersiapkan pinggan kami itu dengan spageti. Ada french fries, nudgets dan hotdogs.
Setelah
itu, aku mengasingkan sudu dan garfu yang bakal digunakan sebelum menuangkan
jus jambu batu ke dalam gelas-gelas itu. Satu diletakkan di depan Eskandar,
satu lagi aku sua ke mulut. Teguk sekali. Sedap.
“Mana
awak dapat ni?” soalku pelik. Siapa yang sediakan semua menu ini? Mana dia
rembat bakul di atas kapal ni?
Eskandar
senyum misteri.
“Ada
pari-pari tolong aku,” jawab Eskandar mudah.
Eskandar
mula membaca doa makan. Setelah mengaminkan, laju aku putarkan spageti itu
dengan garfu sebelum disua ke mulut.
“Hmm.. sedap!” pujiku ikhlas.
Kami
meneruskan makan. Sesekali bercerita itu dan ini. Sesekali kami gelak bersama. Seolah-olah
kami dah kenal lama.
Usai
makan, kami tak terus berlalu. Kami duduk bersahaja sambil melihat pekatnya
malam. Beberapa butir bintang menghiasi langit. Bulan juga purnama penuh.
Cantik.
“Awak
tahu tak kita ada kat kawasan mana sekarang ni?” soalku. Pandang sekeliling
yang hanya dikelilingi air laut. Hitam pekat.
“Kalau
aku cakap Wakanda, kau percaya tak?” jawabnya selamba.
Grr..
ada jugak aku cekik mamat ni!
“Manalah
aku tahu. Aku bukannya ECDIS,” sambung Eskandar lagi. Suara malas.
“Tapi kalau ada depan ECDIS, mesti awak pandai
baca, kan? Awak boleh explain
macam-macam kat saya tadi. Macam dah familiar,” balasku.
Eskandar
hanya diam. Dongak kepala merenung langit dengan bertongkatkan kedua-dua tapak
tangannya di belakang.
“Macam
mana awak boleh tahu? Siapa awak sebenarnya, Eskandar?” soalku ingin tahu.
“Aku
hanyalah tukang kayu, Dara. Tak kurang, tak lebih,” jawabnya dengan mata masih
menatap langit.
Tak
habis-habis dengan tukang kayu dia tu!
“Habis
tu, macam mana awak tahu semuanya?”
“Well.. anggaplah aku berlagak macho
dengan kau. Aku study dulu dengan Uncle Abraham sebab nak tunjuk pandai
depan kau.” Selamba jawapannya.
Kecil
mataku memandangnya. Tak percaya! Dia ingat aku ni bebal ke apa?
“You’re so mysterious,” komenku.
Dia
pandang sekilas ke arahku bersama satu senyuman yakin di bibirnya.
“Mysterious is a charm. It can lure people to
you. The less you reveal, the more people will wonder,” balas Eskandar.
Sangat
betul. Dia buatkan aku tertanya-tanya siapakah dia yang sebenarnya. Sepanjang
perkenalan kami, selain nama dia, dia adalah seorang tukang kayu dan dia tiada
kekasih, tiada lagi maklumat yang aku tahu tentangnya. Umur dia pun aku tak
tahu berapa.
“Betul.
Saya jadi tertanya-tanya. Saya tak tahu apa-apa pun pasal awak. Awak tak nak
ceritakan apa-apa pasal awak pada saya? Macam.. umur awak berapa? Tinggal kat
mana? Hobi awak apa?”
“Untuk
apa? Pagi besok, aku dah bukan siapa-siapa lagi untuk kau. Our business deal is over. Everything
returns to normal. Semua yang jadi atas kapal ni bagaikan satu ilusi sahaja.
Ilusi yang kau akan lupakan satu hari nanti,” jawab Eskandar pula.
Aku
terdiam. Entah kenapa hati rasa sesuatu selepas dia berkata sebegitu. Berat
hati. Dan sedih.
Kenapa
aku perlu rasa macam itu?
“Dah
lewat malam ni. Kau pun mesti penat. Jom aku hantarkan kau ke kabin kau.
Alang-alang tu, bolehlah aku ambil kot aku juga.” Eskandar memecahkan kesunyian
antara kami.
Dia
mula bangun sebelum mengemas tempat itu. Semua pinggan dan gelas kotor
dimasukkan balik ke dalam bakul. Picnic
blanket dilipat lalu diletakkan di atas bakul itu. Kemudian semua lilin
yang masih separuh batang bernyala itu ditiupnya.
Kami
mula bangun dan berjalan turun ke command
bridge dulu sebelum melangkah keluar meninggalkan tempat itu. Kali ini kami
hanya selesa diam ketika berjalan beriringan. Sesekali aku angkat kepala ke
sebelah untuk melihat Eskandar. Tapi dia hanya pandang depan. Dan sesekali dari
hujung mataku, aku dapat rasakan dia
turut juga mencuri pandang ke arahku.
Beberapa
minit berlalu, akhirnya kami tiba di depan kabin aku. Aku lantas mencari kad
kunci untuk membuka pintu kabinku itu. Sebaik sahaja masuk, ruangan itu masih
gelap. Menandakan Suria masih belum balik lagi. Terusku letakkan kad kunci itu
pada sumber kuasa supaya kawasan itu menjadi terang.
Setelah
jumpa apa yang aku cari, aku melangkah ke arah pintu. Pintu dikuak dan aku
berdiri betul-betul di muka pintu. Eskandar masih menunggu di luar. Sebaik
sahaja aku buka pintu, kepalanya juga turut dipanggung ke arahku. Dia betulkan
kedudukannya supaya tegak berdiri di depanku.
Kepala
kudongakkan untuk melihat Eskandar yang tinggi itu.
“Nah,
kot awak,” kataku. Dengan berat hati, aku serahkan kot biru gelap itu kepada
tuannya.
Eskandar
tenung kot itu beberapa saat sebelum mencapainya.
Senyap.
“Guess this is our final goodbye,” kata
Eskandar.
Aku
paksa senyum lebar. Biar nampak ikhlas.
“Yup. Thank you for tonight,” balasku
pula.
Thank you for everything.
Eskandar
angguk sekali. Senyumnya juga nampak tawar.
“Bye.”
“Bye.”
Hanya
sepatah kami bertukar ucapan. Kemudian Eskandar pusingkan tubuhnya sebelum
melangkah pergi.
“Eskandar,”
panggilku. Dia pusingkan tubuhnya.
Tiba-tiba
lidah kelu untuk meneruskan kata. Eskandar hanya sabar menunggu.
Dan
aku luahkan perkara pertama yang berada dalam kepalaku tika itu.
“If only we meet again under different
circumstances, what is going to happen to us?”
Diam.
Kelip-kelip aku menanti jawapannya.
Akhirnya
bibir Eskandar terukir satu senyum. Agak misteri.
“It’s for you to find out, sunhine,”
jawabnya mudah. Setelah itu dia sambung berjalan. Tanpa menoleh ke belakang
lagi.
Meninggalkan
aku yang agak kebingungan di muka pintu.
----
Dan
tepat jam sepuluh pagi waktu Malaysia keesokan harinya, kapal besar itu selamat
berlabuh di Pelabuhan Klang. Hampir setengah jam masa diambil untuk check out. Dengan itu, berakhirlah
percutianku di atas kapal mewah itu.
Aku
turut sama menarik bagasiku itu. Beriringan berjalan dengan Suria yang dari
tadi diam. Tapi kelihatan jarinya laju menekan-nekan skrin telefon pintarnya itu.
Baru berpeluang untuk berkomunikasi dengan dunia luar. Business baru masuk la tu.
Orang
ramai berpusu-pusu untuk keluar dari kapal itu. Kawasan itu agak hiruk-pikuk
dengan suara asing yang bercerita itu dan ini. Macam-macam bahasa yang aku
dengar. Apabila terdengar suara seakan-akan familiar, terus saja kepala
berpusing. Tapi hampa bila bukan orang yang aku harapkan.
Sesekali
juga ternampak susuk yang macam kukenal, laju saja mata mengecam. Tapi juga
hampa. Masih bukan orang yang aku cari.
Bukan
Eskandar.
Aku
rasa sepanjang-panjang aku berjalan keluar dari jeti itu, rasanya kalau tak
teleng, mesti hampir whiplash tengkukku
sebab mencari. Kepalaku bagaikan terpasang alat pengesan auto-Eskandar. Laju
berpusing apabila nampak bayang seakan dia walaupun semuanya hanyalah hampa.
Hari
ini, dia bagaikan lesap. Bagaikan tak pernah wujud. Masa makan pagi pun dia
tiada. Aku dapat jumpa ramai kawanku ketika kami check out tadi. Sempat bertukar nombor telefon dan selamat tinggal.
Raina dan Safwan pun aku sempat lihat ketika berjalan keluar dari jeti tadi. Boleh
dikatakan banyak wajah familiar pelancong lain yang aku jumpa.
Kecuali
Eskandar.
Dan
bila kaki tiba di luar jeti, pemandu Suria sudah sedia menjemput kami. Sekali
lagi aku pandang sekeliling kawasan itu. Kapal besar itu juga aku tenung
beberapa saat. Untuk kali terakhir.
Mungkin
Eskandar betul. Semua yang terjadi di atas kapal itu bagaikan satu ilusi sahaja.
Aku
tak tahu sama ada kami akan berjumpa lagi atau tidak selepas ini. Sebab aku
tidak tahu apa-apa pun tentang Eskandar. Semua yang jadi di atas kapal itu
mungkin bagaikan sebuah ilusi. Tapi satu hal Eskandar silap.
Ilusi
ini terlalu indah dan tak mungkin untuk aku lupakan.
Sweet
ReplyDeletesad ending ilution
ReplyDelete")
ReplyDelete