BAB
9
“Wow..
seriuslah!” Bersinar-sinar mata Suria. Gigi tersusun cantik dengan sengih
lebarnya. Gembira betul nampaknya.
Aku
hanya memerhatikan gelagat Suria yang seperti kanak-kanak baru mendapat
gula-gula itu. Perlahan-lahan bagasi sederhana besarku ditolak ke depan sikit
supaya tidak menghalang laluanku. Aku turut teruja.
“Ni
baru best, nampak laut. Bilik besar,”
komen Suria lagi. Dia berlari ke arah pintu lutsinar yang menghubungkan kabin
ini dengan balkoni luar.
Lantas
pintu itu ditolak agak kasar sebelum kedengaran bunyi ombak laut yang tenang.
Aku turut berjalan ke arah Suria. Berdiri di sebelahnya, di hadapan balkoni
besi itu. Rasa bayu lembut menyapa wajah ketika melihat ombak laut bergelora.
Tenang.
“Kau
cakap betul-betul, Su. Ni kerja kau, kan?” tuduhku.
“Hei,
mana ada! Kalau aku tahu boleh tukar bilik, awal-awal lagi aku dah tukar.
Serius aku tak tahu.” Suria angkat sumpah.
Aku
pandang dia lagi. Agak curiga. Macam mana aku tak curiga?
Begini
ceritanya. Pagi-pagi lagi staf hotel kapal memberitahu kami supaya berpindah
kabin. Katanya itu adalah salah satu tanda minta maaf kerana aku hampir lemas di
kolam yang tidak dijaga oleh lifeguard.
Demi menebus kecuaian pihak pengurusan kapal ini, maka kami dipindahkan ke
kabin yang baru di dek lapan.
Junior suite with balcony.
Lebih ekslusif dan selesa. Tak ke melompat si Suria bila dapat suite yang menghadap laut? Tercapai juga
cita-citanya.
“Ada
hikmahnya juga kau hampir lemas, Dara. Kalau tak, tak merasalah kita duduk
bilik besar ni.” Suria berkata dalam nada gurauan.
“Itu
pun aku pelik. Kau tak pelik ke?” Aku dah musykil.
Macam
tak logik pun ada. Kecuaian apakah yang dimaksudkan mereka kalau aku sendiri
yang cari penyakit? Kolam itu ditutup pada pukul lapan malam. Jadi wajarlah
jika tiada lifeguard yang menjaga.
Pendek kata memang salah aku yang menceroboh.
“Entahlah.
Mungkin nak jaga nama baik dia orang kut. Maklumlah, bukan calang-calang,”
komen Suria. Ada betulnya juga.
“Persetankan
semua tu. Yang penting, bilik kita besar. Dah tak semput dah. Barulah merasa bercuti
atas cruise.” Sekali lagi Suria
bersorak keriangan.
----------
Aku
dan Suria mengatur langkah ke dek dua belas yang terdapat beberapa jenis
restoran. Mahu makan pagi di Restoran De’Captain. Beberapa jam lagi kapal ini
akan berlabuh di Phuket. Destinasi untuk hari ini.
Ketika
kami tiba, suasana agak hiruk-pikuk dengan ragam segala jenis manusia. Ramai
yang sedang beratur untuk megambil hidangan yang disediakan secara bufet itu.
Suria menyuruhku mengambil makanan dulu sementara dia mencari tempat duduk.
Aku
mengambil pinggan putih yang terletak di atas meja itu. Kepala sedang mencatur
apa yang harus dimakan pagi ini. Ikutkan perut buas aku ini, mahu dikautnya
semua. Sedang aku berfikir, tiba-tiba ada bauan minyak wangi lelaki yang agak
kuat menusuk hidung.
Macam
pernah bau semalam. Lantas aku berpaling ke sisi. Tepat sangkaanku. Safwan. Kejung
sekejap tubuhku namun aku cepat-cepat berlagak selamba. Terus memilih makanan
tanpa mempedulikannya.
“Awak
okey?” Terus beku penyepit yang sedang mengambil beberapa jenis kuih-muih di
tanganku itu.
Dia
cakap dengan aku ke? Aku pandang sebelah. Matanya dah bersedia menyambutku.
Sahlah dia bercakap dengan aku.
Tapi..
sejak bila berawak-awak dengan aku ni? Janggalnya rasa.
“Okey,”
jawabku sepatah. Sambung ambil makanan.
Dalam
hati bersyukur dengan doktor yang melawat semalam. Terus aku tak jadi nak
demam. Kalau aku biarkan semalam, rasanya pagi ini aku berbungkus dengan
selimut sambil bersin berlagu.
Memang
terbaiklah servis di atas kapal ini!
“Saya
minta maaf bagi pihak Raina semalam.” Dia masih cuba memanjangkan perbualan
kami.
Mohon
ulang sekali lagi. Apa dia? Maaf? Biar papaya
Safwan minta maaf!
“It’s okay. Dah biasa,” jawabku mendatar.
Aku sempat tangkap riak wajah Safwan yang bersalah walaupun cuma sekilas. Baru
aje dia nak buka mulut, aku terus menyampuk.
“Tahniah
ya atas pertunangan kau dengan Raina. Aku doakan kau dengan dia berjaya naik
pelamin dan bahagia hingga tujuh keturunan,” ucapku ikhlas.
Senyum
sekali kemudian angkat kaki. Malas aku nak beramah-mesra dengan dia. Aku
melangkah ke arah meja yang terletak di bahagian luar yang terbuka. Di bawah
langit, sambil memerhatikan kebiruan air laut. Pandai Suria cari tempat.
“Safwan
nak apa dari kau?” Itu soalan pertama daripada Suria sebaik punggungku cecah
kerusi besi itu. Nampak aje si Suria ni kan?
Aku
jongket sebelah bahu. Sebelum garfu cucuk buah tembikai susu kegemaranku.
“Minta
maaf bagi pihak tunang tiga suku dia tu,” jawabku selamba.
“Tunang
tiga suku dia mana? Aku tak nampak pun.”
Sekali
lagi aku jongket sebelah bahu.
“Diet
kut. Maklumlah.. takut gemuk,” cebikku.
Mengilai
terus Suria mendengar jawapanku itu. Ulang tayang peristiwa semalam. Buatkan
aku teringatkan Eskandar. Kot biru dia semalam masih berada denganku. Aku tak
pulangkan semalam sebab masih basah.
Mana
aku nak cari dia ya? Dahlah aku tak tahu di mana kabin dia. Nak bertanya pun tak
tahu pada siapa.
“Boleh
kami tumpang duduk?” Kedengaran suara asing tapi agak familiar menegur.
Terus
aku dan Suria angkat kepala. Bagaikan makbul pula doaku. Berdiri di depan kami
sekarang ini adalah Eskandar dan Haidar. Eskandar dengan muka tak berperasaannya.
Haidar pula manis tersenyum. Dialah yang menegur kami tadi.
“Eh,
sila! Jangan tumpang-tumpang, duduk terus,” jawab Suria. Bercahaya terus mata
dia. Sukalah tu!
“Terima
kasih,” jawab Haidar sebelum tarik kerusi kosong berhadapan Suria. Eskandar pula
duduk di depanku.
“Awak
berdua tak makan ke?” Aku pula berbasa-basi apabila melihat tangan mereka
kosong tanpa makanan.
“Baru
nak ambil. Es, jom!”
Eskandar
geleng kepala. Haidar tanpa panjang bicara terus angkat punggung. Beriringan
dengan Suria untuk mengambil makanan. Maka, tinggallah aku dan Eskandar berdua.
Awkward!
“Kenapa awak tak makan?” soalku. Nak hilangkan
rasa canggung. Kenapalah mamat ini tak banyak cakap?
Tanpa
mempedulikan matanya yang merenung dua pinggan besar yang berada di depanku itu,
aku mula melahap. Macam-macam makanan ada. Mesti dia cakap aku kuat makan.
Untuk
seseorang yang pernah berbadan besar, nafsu makan aku memang tinggi. Orang lain
yang dah kurus mesti fobia nak makan macam-macam. Tapi bukan aku. Aku tahu aku
banyak makan jadi aku mesti neutralkan balik dengan lakukan senaman di gym atau
bersenam-robik untuk bakar kalori. Kalau rajin, keluar joging.
“Kenapa?
Kau nak suap ke?”
Uhuk!
Masa itulah aku nak tersedak. Air.. mana air? Tangan Eskandar lebih laju
mencapai jus oren di depanku itu. Lantas straw disuakan ke mulutku. Hampir
separuh gelas aku sedut.
“Kau
ni pun. Semalam aku dah CPR kau, takkan hari ni aku nak kena Heimlich Maneuver
kau pulak!” ungkit Eskandar dengan wajah serius. Suaranya sedikit marah.
“Sorry.” Aku minta maaf. Tanpa aku tahu
kenapa.
Eskandar
hanya tenung aku. Lama.
Dia
ni selalu macam ni! Suka tenung aku lama-lama. Apa yang dia fikir agaknya?
“Kenyang.”
“Hah?”
Aku blur.
Kenyang?
Kenyang apa? Kenyang tenung muka aku?
“Kau
tanya aku kenapa aku tak makan. Sebab aku kenyang. Aku dah makan awal-awal
lagi,” ceritanya.
Aku
hanya angguk. Tak tahu nak beri reaksi apa.
“Kot
awak masih ada dengan saya.”
“Nanti
aku ambik. Itu Audi punya.”
Terus
aku teringatkan kenapa dia boleh ada di sini.
“Alang-alang
kita berdua ni, saya nak tanya awak. Mana Audi?” soalku serius. Sudu dan garfu
pun sudah diletak di atas pinggan. Mahu fokus pada perbincangan ini.
“Kalau
dah aku ganti dia, maksudnya dia tak dapat datang.” Mudah jawapan Eskandar.
“Macam
mana awak kenal Audi? Macam mana Audi boleh suruh awak ganti dia?” siasatku. Tak
pernah-pernah aku dengar tentang Eskandar daripada mulut Audi.
Hati
masih geram dengan tindakan Audi. Tarik diri saat-saat akhir. Nasib baik dia
pandai cari pengganti. Kalau tak.. memang aku humban Audi dari tingkat lima
belas bilik pejabatnya nanti!
Eskandar
silang tangan ke dadanya.
“Kau
patut tanya dia sendiri,” jawab Eskandar pula. Masih berahsia.
“Memang
saya akan tanya dia nanti. Siaplah dia nanti. Berani dia tak bagitahu saya?”
Kepala tengah membayangkan macam mana aku kejar si Audi nanti.
“Kau
simpan semua marah kau tu. Tak guna kau nak marah-marah. Just enjoy the cruise.”
Betul
juga cakap Eskandar itu.
“Awak
tahukan pasal deal saya dengan Audi?”
Angguk.
“Jadi,
awak pun mestilah tahu yang awak sepatutnya jadi boyfriend saya sepanjang cruise
ni, kan?”
Okey..
itu tipu! Apa yang dipersetujui adalah Audi menjadi kekasih aku untuk majlis reunion itu sahaja. Selepas itu, dia
dengan hal dia dan aku dengan hal aku. Sebab kebarangkalian untuk bertemu dengan
kawan-kawanku yang lain di atas kapal besar ini amatlah tipis kalau bukan
dirancang.
Tapi,
Eskandar tak tahu, kan?
“Is that so?” Sebelah kening lebatnya
turut diangkat.
“Betullah.
Kalau tak, nanti orang lain syak.” Laju aku mengauta. Muka kena yakin. Apa
motif aku berbuat begitu, aku pun tak tahu.
Nampak
dia bersandar pada pada kerusinya. Jarinya diangkat untuk untuk mengurut
dagunya beberapa kali. Dalam mata coklat cairnya merenung wajahku.
“Fine. Anything for you, sayang.”
Suaranya agak sinis.
Tapi
jantung aku ni masih tak faham bahasa, tetap juga nak berdegup laju bila dengar
perkataan ‘sayang’ itu. Padahal ini bukan kali pertama. Apatah lagi dengan
pandangan daripada mata cantiknya itu.
Gelak
tawa yang aku cukup kenal itu mengalihkan pandanganku. Lega aku bila melihat
Suria dan Haidar dah kembali ke meja kami dengan beberapa pinggan yang penuh
dengan makanan. Nampaknya dua orang ini dah jadi geng.
“Di
Phuket nanti awak berdua buat apa?” soal Haidar.
“Saya
ikut pelan si Dara ni aje. Katanya nak tengok gajah. Maklumlah, Malaysiakan tak
ada gajah,” jawab Suria. Siap sindir aku pula tu.
Haidar
ketawa kecil mendengar lawak tak kelakar Suria itu.
Aku
pula jeling sebelah. Nak aje aku lancarkan garfu kat tangan ni ke kerongkong
dia! Tapi nanti tak ada orang pula nak teman aku jalan-jalan di Phuket nanti.
Dahlah ini kali pertama aku. Suria memang dah biasa ke sini. Sebab itu kali ini
dia hanya ikut kemahuanku. Pada masa yang sama jadi tour guide aku.
“Elephant Sanctuary macam seronok. Saja
nak cuba. Awak berdua pula buat apa?” Aku pula bertanya mereka.
Haidar
yang sedang mencucuk sosej menggunakan garfu itu hanya angkat bahu.
“Entah.
Tidur kut,” jawabnya bersahaja.
------------
Beberapa
jam setelah itu, kapal besar itu berlabuh di Phuket Deep Sea Port yang terletak
di Ao Makhom. Ramai penumpang sudah mula turun untuk berjalan-jalan di Phuket.
Ada masa lebih kurang sepuluh jam sebelum kapal kembali berlayar.
“Su,
kau okey ke tak ni?” soalku dengan nada penuh kerisauan. Macam mana aku tak
risau bila Suria berubah agak pucat. Berjalan pun terbongkok-bongkok. Aku tak
suka melihat Suria yang selalu ceria ini kesakitan.
Senggugut.
Ya.. tipikal sakit perempuan! Tapi, kalau orang yang tak pernah rasa cakap
perempuan yang kena senggugut ini mengada sakit, memang aku lempang sampai torticollis la. Sakit tipikal tapi
sengsara dia maha hebat.
Suria
hanya diam. Pagi tadi baru kami berhuha-huha, tiba-tiba dia datang bulan dan
senggugut pun tak tunggu banyak masa untuk menyerang. Kaw-kaw punya. Sampai
bertukar seratus lapan puluh darjah kawan baik aku ini.
“Period cramp aku ni kalau datang
faham-fahamlah. Macam nak bunuh aku. Kenapalah masa ni dia nak datang?” rungut
Suria. Sebelah tangan pegang perut. Sebelah tangan paut tanganku. Macam orang
tengah berpantang pun ada.
Kami
berdua berjalan ke medical wing untuk
bertemu dengan doktor. Kata Suria, dia sakit yang melampau. Ubat pula
tertinggal. Aku sebagai teman yang baik turut menemani Suria. Sewaktu kami
tiba, tempat itu kosong. Hanya ada seorang jururawat yang menjaga.
Suria
duduk di atas kerusi selepas mendaftar. Tunggu giliran untuk bertemu dengan
doktor. Aku pula hanya berdiri. Berjalan-jalan sekeliling klinik yang mempunyai
pelbagai kemudahan itu. Mata tertarik untuk membaca fakta tentang penyakit strok
yang tertampal di dinding itu.
“Terima
kasih.” Aku mendengar suara itu. Doktor semalam.
Aku
teruskan pembacaan.
“Sama-sama.
Terima kasih juga.” Automatik kepala berpusing ke arah itu. Suara Eskandar.
Aku
nampak Eskandar dan doktor semalam bersalam. Kedua-duanya bertukar senyuman.
Nampak agak mesra. Macam geng.
“Suria
Andreana.” Suara jururawat yang memanggil Suria itu mengalihkan pandanganku.
Terus aku berjalan ke arah Suria untuk membantunya berdiri sebelum jururawat
mengiringi Suria untuk masuk ke dalam bilik doktor.
Aku
masih pegun di ruangan menunggu itu. Sehinggalah aku nampak Eskandar keluar
dari bilik doktor itu, wajahnya sedikit terkejut apabila melihatku.
“Kau?
Kenapa kau kat sini? Sakit apa pulak kali ni? Atau kau demam balik?” tanya
Eskandar bertalu-talu. Tubuhku diteliti dari atas sampai bawah.
Sakit
apa pula kali ini? Aku mendengus. Nampak sangat pada matanya aku ini suka cari
penyakit, kan?
“Bukan
sayalah. Saya teman Suria. Dia period
cramp,” jawabku. Sedikit berang.
Kemudian
teringat balik apa dikatanya tadi. Demam balik?
“Macam
mana awak tahu saya demam?” soalku curiga.
“Aku
teka aje. Dah muka kau merah. Kalau kau bukan demam, maksudnya mungkin kau malu
berdiri depan aku yang kacak bergaya ni,” jawabnya selamba.
Muka
aku yang elok tak merah terus jadi merah. Berbahang rasanya. Kalau letak
thermometer di dahi, entah-entah aku disahkan demam panas.
“Perasan!
Tolong sikit ya.” Aku julingkan mata ke atas. Cuba berlagak selamba.
“Awak
tu buat apa kat sini?” soalku ingin tahu. Dia selalu muncul di tempat yang aku
tak sangka. Macam hantu!
Baru
aje dia ingin menjawab, pintu bilik doktor kembali terkuak. Suria kembali
keluar. Terus aku mendekatinya. Teman dia ambil ubat di kaunter farmasi sebelum
duduk di atas sebuah kerusi.
“Dara,
aku rasa aku tak dapat temankan kau jalan-jalan hari ni. Sorry weh.” Suria minta maaf.
“Laa..
tak apalah. Dah kau tak boleh, nak buat macam mana?” jawabku balik. Tak marah
pun.
Tapi
agak kecewa juga. Yalah.. apa yang aku rancang, lain pula yang jadinya. Mungkin
tiada rezeki. Tak mungkinlah aku pergi sendirian di bumi asing ini.
Kawan-kawanku yang lain dah punya rancangan sendiri juga. Ramai yang mahu ke
pantai. Aku aje yang sibuk nak jumpa gajah.
Mungkin
aku ikut-serta kawan-kawanku yang lain. Kalau sempat. Tapi rasanya semua dah
turun. Jadi, pilihan yang aku ada adalah duduk dengan Suria. Ataupun keluar berjalan
di kawasan berdekatan sahaja.
“Kesian
kau. Dahlah beria kau nak pergi Elephant
Sanctuary tu.” Suria rasa bersalah lagi.
“Apa
boleh buat? Tak ada rezeki.”
Bagaikan
terasa kewujudan orang asing, kepala Suria berpaling ke arah Eskandar.
“Oh
hai, Eskandar! Tak perasan pula. Buat apa kat sini? Sakit juga ke?” Masih
sempat Suria menegur.
Eskandar
senyum sedikit.
“Eh,
tak adalah. Ada hal sikit tadi,” jawab Eskandar.
“Awak
ada buat apa-apa lepas ni?” Suria bertanya.
Lampu
merah tanda amaran! Soalan yang hanya biasa-biasa tapi aku dapat rasakan
seperti ada yang tak kena.
Eskandar
hanya diam. Suria sambung berkata.
“Kalau
awak tiada buat apa-apa, boleh tak awak temankan Dara pergi elephant sanctuary? Auchhh!” Sempat kepala Suria bekerja sebelum lengannya aku cubit. Aku
dah agak dah!
Aku
jeling amaran pada Suria. Tapi dia buat tak tahu. Gosok-gosok lengan yang dah
jadi mangsa ketam tangan aku itu sambil perhatiannya masih pada Eskandar.
“Awak
boleh teman Dara?” Suria bertanya lagi. Penuh mengharap Eskandar berkata ‘Ya’.
“Eh,
awak jangan peduli cakap Suria ni! Maklumlah.. bila sakit ni, sampai ke otak dia
cramp,” kataku geram.
“Okey,”
kata Eskandar sepatah.
“Apa
dia?”
“Betul
ni?” Aku dan Suria berkata serentak. Aku minta dia ulang lagi sekali. Suria
pula penuh keterujaan.
“Saya
cakap, saya boleh aje temankan dia,” jelas Eskandar lagi.
Suria
sengih lebar.
“Tak
menyusahkan awak ke?” soalku ragu-ragu. Tak nak susahkan orang lain.
“Sunshine, akukan boyfriend kau. Hari ini, esok dan lusa, aku hak kau.” Jawapan dia
tak boleh blah!
Aku
nampak bibir Suria senget mahu mengusik. Bila aku jeling, terus dia ketap bibir
untuk menahan mulutnya. Haish budak
ni! Tak padan dengan sakit. Otak dia lebih laju bekerja.
“Betul
ni? Jangan menyesal nanti.” Aku beri amaran. Bila orang lain pilih pergi
pantai, aku pilih pergi hutan dulu. Aku tak nak dia mengungkit di tengah jalan
nanti. Memang aku tendang dia balik Malaysia nanti.
“Anything for you, sunshine,” jawabnya
lagi.
Aku
hanya setuju. Orang mengantuk disorongkan bantal. Tak bersyukur namanya kalau
menolak. Betul tak?
“Tapi
Su, kau macam mana? Takkan duduk seorang-seorang?” Aku agak risau.
“Small matter la, Dara. Aku rehat aje la
dalam bilik. Aku pun bukannya nazak. Entah-entah lepas makan ubat ni aku dah
elok sikit. Aku jalan-jalanlah kat luar sana. Lagipun aku dah biasa dengan
kawasan Phuket ni. No worries la.
Yang penting, kau enjoy.” Suria
meyakinkan aku.
“Aku
boleh suruh Haidar tengok-tengokkan Suria ni. Kalau itu boleh senangkan hati
kau sikit,” sampuk Eskandar.
“Dia
tak keluar jalan ke?” Aku ingin tahu.
“Kau
pun dengar dia cakap yang dia nak tidur tadi, kan?” Mudah jawapan Eskandar.
Kecil
mataku memandang Eskandar. Sedikit musykil. Aku ingat Haidar bergurau. Jauh
datang ke Phuket tapi tidur dipilihnya? Ada ke orang macam ni? Padahal nak ke
Phuket modalnya bukan seringgit dua. Naik cruise
pula tu. Sangat membazir kalau tak gunakan sepenuhnya.
Kenapa
aku rasa Eskandar dan kawannya ni, sepesen
aje? Dua-dua pelik!
Sweetnyaaa
ReplyDeleteBanyaknya semut! Sweet sangat~ Ala ala~
ReplyDeleteMmg sweet Eskandar.. latar belakang masih misteri
ReplyDelete