BAB
8
Aku
hanya mengikut langkah kaki yang membawaku. Sedar-sedar aje, aku dah berdiri di
tepi sebuah kolam renang tertutup yang luas dan panjang. Ada beberapa papan
anjal dari beberapa ketinggian terletak di hujung kolam. Aku hanya diam. Air tenang
beralun menghiasi pandangan buatkan otakku kembali berfungsi. Mula menganalis
apa yang jadi.
Adri
ada di sini. Adri tahu aku pun di sini. Kenapa sekarang, ya Allah? Kenapa kami
perlu bertemu lagi. Setahun aku berjaya melarikan diri darinya. Aku tak mahu
berdepan dengannya selepas apa yang dah jadi.
Klik.
Klik. Klik.
Telinga
menangkap bunyi tumit runcing kasut melangkah. Aku menoleh ke belakang. Ingin
melihat siapa gerangannya.
Raina.
Aduh!
Apa lagi dia nak ni? Tahu aje mana aku pergi, kan?
“Aku
ni idola kau ke sampai kau asyik nak stalk
aku? Kau nak apa?” soalku. Tangan kusilang ke dada.
Hanya
kami berdua. Pertempuran empat mata.
“Kau
suka Safwan lagi, kan?”
Aku
pun, hah?
“Walaupun
dah bertahun berlalu, tapi kau masih sayangkan Safwan, kan? Sebab tu kau lari
ke sini lepas dengar pengumuman kami bakal bertunang. Kan?”
Aku
pun lagi sekali, hah?
“Apa
kau merepek ni?” soalku. Serius rasa macam baru lepas mendarat dari Marikh. Tak
faham bahasa yang dia guna.
“Mengaku
aje la kau masih nakkan Safwan tapi Safwan pilih aku.” Suara dia seakan-akan
mengejek dan bangga.
Aku
ketawa mendengarnya. Lucu entah kenapa. Minah ni koma di bawah tempurung ke
apa? Tak tahu ke lapan tahun dah berlalu? Lapan weh!
“Kau
ni lupa kut aku datang sini dengan kekasih aku. Bukan aku nak berlagak tapi
kekasih aku tu jauh lebih sempurna dari segala segi kalau nak dibandingkan
dengan Safwan kau tu. Kalau kaulah jadi aku, kau rasa bodoh tak aku kalau masih
sukakan Safwan?” Aku berhujah.
“Kita
dah sama-sama dewasa, Raina. Kalau kau nak tahu, lapan tahun yang berlalu dulu,
aku tak habiskan masa aku dengan ingat Safwan dan kau. Kau berdua tak sepenting
itu dalam hidup aku, tahu? Banyak lagi kerja berfaedah yang aku dah buat,”
sambungku lagi.
Tangan
dibawa untuk mengurut dahi. Tiba-tiba aku rasa penat. Penat nak mengahadap
perempuan ini.
“Dahlah,
Raina. Malaslah aku nak gaduh dengan kau. Kau pun dah nak bertunang dengan
Safwan. Tahniahlah.”
Aku
mahu berlalu. Malas dah nak berperang mulut. Baru sahaja kaki ingin melangkah,
lenganku dipaut Raina.
“Nanti.
Aku belum habis cakap lagilah!” Raina tak puas hati.
Hati
mula berang. Terus merentap kasar lenganku daripadanya. Sampai terundur aku
gara-gara tenaga kuat yang kugunakan itu. Aku tak perasan kakiku yang dah
berada betul-betul di tepi kolam. Dan ketika aku cuba mengimbangkan badan, kaki
kananku terpelecok sedikit. Kedengaran bunyi kuat air berkocak menyambut
tubuhku.
“Dara!”
Aku dengar suara kuat Raina. Matanya jelas terbuntang gara-gara terkejut yang
amat.
“Tolong
aku, Raina. Aku.. aku tak pandai berenang!”
Aku
mula cemas bila terasa kaki tak cecah lantai dan bagaikan graviti menarik-narik
kakiku ke bawah. Apatah lagi dengan pakaianku yang makin memberat gara-gara
terserap air. Kedua-dua tanganku terkapai-kapai di udara, cuba untuk
menimbulkan diriku. Beberapa kali aku tertelan air dan hidungku terasa kian
pedih bila aku cuba menarik nafas.
Raina
pusingkan badan dan terus berlari meninggalkan aku. Aku hanya mampu melihat. Sesaat
rasa bagaikan seminit. Entah berapa lama aku cuba bertahan, tanganku mula
terasa lemah. Air kolam yang kian memenuhi rongga hidung dan mulut buatkan
pandanganku kian kabur. Tubuh mula longlai.
Mungkin
tersurat hari ini adalah hari terakhir hidupku. Lemas di dalam kolam. Dapatku
rasakan segala pergerakanku sudah terhenti. Mata perlahan-lahan mula terkatup.
Splash!
Telinga
sempat menangkap bunyi sesuatu. Tapi aku terlalu letih untuk mengambil tahu.
Seketika kemudian, gelap duniaku.
-----------
Sayup-sayup
aku mendengar bagaikan ada orang sedang bercakap. Tapi, satu patah haram pun
aku tak dapat tangkap. Aku bagaikan berada dalam duniaku sendiri.
“Come on. Don’t die on me, please!” Kali
ini aku dapat menangkap kata-katanya walaupun kedengaran agak jauh.
Terasa
dadaku ditekan kuat beberapa kali. Sedikit demi sedikit, rasa segala deriaku
mula berfungsi. Mata masih berat, tapi aku cuba membukanya. Rambut. Itu yang
aku nampak. Dan bibirku sedang ditindih sesuatu buatkan mataku terus meluas.
Pada masa yang sama, rasa bagaikan ada sesuatu yang ingin melonjak keluar dari
tekakku.
Terus
aku muntahkan air sebelum terbatuk-batuk. Aku terduduk sembilan puluh darjah.
Terasa paru-paru mula dipenuhkan dengan oksigen balik. Perit hidung masih
terasa.
Aku
nampak Eskandar juga terduduk. Wajahnya penuh kelegaan sebelum rambut basahnya
diraup ke belakang sekali. Bibir merahnya mengeluh perlahan. Buatkan aku
teringat balik apa yang dah dilakukan oleh bibir itu saat aku membuka mata
tadi.
“Kenapa
cium saya? Ingat ni apa? Kissing booth?”
marahku.
Eskandar
hanya memandangku. Pandangan yang membawa maksud, ‘What the hell?’
“Itu
namanya CPR, cerdik. Sebab kau tu nyaris-nyaris nak ke alam barzakh depan aku.
Kalau tak nak aku selamatkan kau, jangan terjun kolam, tapi terjun kapal ni
terus. Aku tak susah, jerung pun kenyang,” balasnya.
Terdiam
terus aku. Malu pun ada. Dari hujung mata aku jeling dia. Kameja putihnya dah
basah kuyup sehingga melekap dan menampakkan warna kulit tubuh tegapnya itu. Bukti
yang nyata dia dah terjun kolam untuk menyelamatkanku. Kalau dia tiada tadi,
rasanya aku dah jadi arwah.
“Terima
kasih sebab dah selamatkan saya,” ucapku ikhlas. Macam mana dia boleh ada di
sini, aku pun tak tahu. Tapi aku tetap bersyukur.
Dia
tak berkata apa-apa. Hanya pandang wajahku. Yang aku rasa mesti buruk gila.
Mesti segala jenis mekap dah cair selepas berendam di dalam kolam tadi. Arghh.. peduli apa aku! Janji aku
selamat.
“Kau
okey?” soalnya. Bernada biasa tapi terselit keprihatinan.
Aku
hanya angguk.
Dia
pandang aku lagi. Agak lama sebelum dia bangun. Aku nampak dia ambil kot biru
gelapnya yang tersadai di atas lantai tepi kolam sebelum disarungkan ke
tubuhku.
“Kau
sejuk.”
Buatkan
aku terus perasan yang tubuhku menggigil dan bibirku terketar-ketar. Ya.. aku
sejuk. Kot biru yang meruap-ruap dengan bauannya itu kutarik rapat ke tubuh.
“Te..
terima kasih,” ucapku lagi. Gagap! Kali ini degupan jantung berubah rentak. Aku
rasa kesan air kolam yang aku telan tadi tak hilang-hilang lagi.
Diam.
Tiba-tiba
aku lihat Raina muncul kembali bersama beberapa orang. Termasuklah staf kapal
ini. Saat melihat aku dan Eskandar, semua berhenti melangkah. Suria menapak
laju ke arahku. Tubuhku terus dipeluk kemas tanpa mempedulikan diriku yang
basah itu.
“Dara?
Alhamdulillah kau selamat.” Suara Suria penuh rasa syukur.
Aku
tak tahu ingin memberi reaksi apa. Apatah lagi dengan pandangan semua orang di
situ. Segan. Dara dan drama berpisah tiada. Alahai!
Mataku
mencerun saat terpandangkan Raina.
“Kau!”
Aku nampak Raina dah telan liur. Menyorok sedikit di balik tubuh tinggi Safwan.
“Aku..
aku tak sengaja, Dara! Sumpah.” Raina siap angkat tangan kanannya sebagai
angkat sumpah.
“Kalau
aku jadi arwah tadi, kau yang aku cari dulu, tahu? Aku sumpah kau jadi andartu
sampai ke tua,” marahku.
“Kau
jatuh kolam sebab dia ke, Dara?” soal Suria. Dia pun turut jeling tajam ke arah
Raina. Amaran. Bagaikan kalau aku menjawab ‘Ya’, Raina pula akan dibenam Suria ke
dalam kolam nanti.
Jangankan
Suria, semua orang di situ pun pandang semacam ke arah Raina. Ada yang
berbisik-bisik, mula membuat spekulasi sendiri. Sampai nak menangis aku tengok muka
Raina tu.
Kalaulah
aku jahat, memang aku iakan aje. Secara teknikalnya, memang aku jatuh kolam
disebabkan Raina. Inilah masa yang terbaik untuk dia lunaskan hutang tak
berbayarnya dengan aku itu.
Tapi
malangnya, aku tak sejahat itu lagi.
“Aku
terjatuh sendiri. Kaki terpelecok.” Aku menjelaskan perkara sebenar.
Lagipun,
aku tahu Raina memang betul-betul tak sengaja. Sejahat-jahat dia, tak akan
sampai membunuh. Buktinya dia terus mencari pertolongan walaupun mungkin
terlambat kalau tiada Eskandar tadi. Sekali lagi, aku bersyukur sebab ada
Eskandar.
“Awak
patut jumpa doktor.”
Nafasku
bagaikan terhenti sebaik sahaja mendengar suara itu. Lantas kepala diangkat
untuk melihatnya yang turut berdiri dalam kumpulan itu. Macam mana aku boleh
tak nampak dia? Jangankan aku, orang lain turut memandangnya.
Tapi,
matanya hanya tepat pada wajahku. Tersirat pelbagai jenis emosi yang aku tak
rasa aku mahu tahu sekarang ini. Yang paling nyata, dia risaukan aku. Aku terus
tundukkan balik pandanganku.
Bekas
kekasih nombor satu, bekas kekasih nombor dua dan kekasih jadian. Semua berada
di bawah satu bumbung. Tiba-tiba rasa sangat letih.
“This is too much. I want to rest. Sejuk,”
gumamku perlahan sambil menahan gigil. Langsung tidak memandang ke arah Adri.
Aku dapat rasakan semua bagaikan tertanya-tanya tapi aku tak endahkan semua
itu.
Aku
cuba berdiri. Dibantu oleh Suria. Aku cuba melangkah, tapi terasa lutut
bagaikan hilang fungsi. Hampir sahaja aku tumbang, namun terasa ada tangan
kasar yang menahan di bahagian belakangku.
“Boleh
jalan tak?” soal Eskandar lembut.
Belum
sempat aku memberi jawapan, terasa kot birunya itu diketatkan ke tubuhku
sebelum aku dicempungnya. Terbuntang mataku dan hampir tersekat nafasku
gara-gara tindakan tak terduganya itu.
Eskandar
mula berjalan meninggalkan tempat itu. Tanpa mempedulikan mata-mata yang
memerhati. Aku mahu protes, tapi badan rasa terlalu penat. Mungkin sebab baru
lepas berperang dengan maut, letih dia lain macam.
Rasa
mataku kian memberat pula. Rasa nak lelap. Pejam mata sekejap pun jadilah!
Kepala terus melentok ke dada kiri Eskandar.
“Jangan
cium dada aku pulak!” bisiknya perlahan. Amaran atau mengejek, aku pun tak
tahu.
Nak
hempuk dia, tapi tangan rasa terlalu penat. Sudahnya aku hanya membiarkannya.
----------
Suria
membuka pintu kabin kami menggunakan kad kuncinya. Sebaik sahaja melangkah
masuk ke dalam bilik kecil kami itu, Eskandar meletakkan aku di atas katilku.
Penuh hati-hati. Kemudian dia berdiri.
Aku
nampak Eskandar memerhatikan sekeliling kabin kecil kami itu. Kehadirannya
membuatkan kabin kecil ini menjadi makin kecil.
“Macam
penjara, kan? Apa boleh buat dah nasib dapat inside room cabin ni. Tak best
langsung.” Dengan penuh dramatis, aku mengeluh.
Eskandar
memandangku dengan sebelah kening terangkat. Seolah-olah berkata, ‘Aku tak
cakap apa-apa pun.’
“Terima
kasih ya, Eskandar,” kata Suria pula.
Perhatian
Eskandar kini berubah kepada kawan baikku itu. Dia angguk sekali.
“Sama-sama.
Tapi, jaga kawan awak ni. Jangan biarkan dia merayau seorang-seorang. Suka
sangat cari penyakit.” Selamba Eskandar berkata.
“Baiklah,”
jawab Suria. Suara dia macam tengah tahan gelak.
Masam
mukaku. Geram! Kut ya pun dua orang ini nak mengumpat aku, gunalah bahasa Jepun
supaya aku tak faham.
Eskandar
pusing ke arahku.
“Betul
kau tak nak pergi jumpa doktor?” Kali kedua Eskandar bertanya.
“Ya.
Saya rasa saya okey. Besok kalau saya rasa saya tak okey, saya jumpa doktor.”
Jawapanku tetap sama. Aku malas nak jumpa doktor walaupun aku tahu medical wing hanya berada di dek atas
kami. Penat nak berjalan.
“Tapi
aku rasa kau perlu jumpa doktor. Periksa yang mana patut. Takut nanti kau demam
atau selsema,” balasnya pula.
“Tak
perlu kut. Saya rasa saya okey sekarang ni,” jawabku yakin.
Dia
pandang aku. Aku pula kelip-kelip pandang dia. Lama.
“Degil,”
katanya sepatah.
Kemudian
Eskandar meminta diri untuk keluar. Aku mula menanggalkan pakaian basahku
selepas Eskandar berlalu. Rasa penat gila. Rasa nak tidur aje sekarang ini.
“Apa
hubungan kau dengan Adri?” Suria memulakan tugasnya sebagai polis pencen. Aku
dah agak dah. Interaksi aku dan Adri yang semacam pasti mengundang spekulasi
orang lain.
Aku
mengeluh perlahan. Memang tiada siapa yang tahu akan kisahku dan Adri.
“Besoklah,
Su. Aku penatlah. Sekarang ni, aku nak tidur. Aku janji aku cerita besok.”
“Okey..
aku tunggu.” Suara bergetar amaran. Seolah-olah mengatakan aku tidak akan
terlepas lagi.
Usai
membersihkan diri, aku terus berbungkus dengan selimut. Tubuhku tiba-tiba rasa
semacam. Seram-sejuk. Janganlah apa yang dikata Eskandar tadi bakal menjadi nyata.
Rasa macam nak demam pula. Menyesal pula aku tidak mengikut kata-kata Eskandar
tadi. Tapi, kalau nak pergi sekarang memang taklah! Kemalasan tahap maksima.
Besok ajelah.
Aku
pejam mata. Hampir sahaja aku terlelap, kedengaran bunyi loceng ditekan. Aku
dan Suria berpandangan seketika. Tertanya-tanya siapakah gerangannya. Suria
bangun dari katil sebelum menutup kepalanya dengan tuala.
Entah
apa yang dibual mereka, aku malas ambil pusing.
“Dara,
ni ada doktor nak periksa kau.” Suria muncul di sebelahku. Selendangku
dihulurkan.
“Doktor?”
Aku sedikit terkejut. Suria hanya angguk.
Lantas
aku duduk di atas katil sebelum menutup kepalaku dengan selendang yang diberi
Suria itu. Bila aku dah bersedia, Suria kembali kuakkan pintu. Aku melihat
seorang lelaki dalam lingkungan empat puluhan masuk. Senyum lembut dilemparkan
ke arahku.
“Cik
Dara?” Dia meminta kepastian.
Aku
angguk.
“Saya
Doktor Asmadi. Saya mendapat laporan yang Cik Dara hampir lemas tadi dan
meminta saya untuk melakukan pemeriksaan kesihatan atas Cik Dara,” jelas doktor
itu.
Aku
dan Suria berpandangan lagi. Sebab aku enggan berjumpa doktor, maka doktor
dibawa untuk berjumpa denganku? Begitukah?
eskandar always be the hero
ReplyDeleteOmaigad!!!😋
ReplyDelete