BAB
12
Destinasi
untuk hari ketiga ini adalah Pulau Langkawi. Baru sebentar tadi aku, Suria dan tiga
kawan perempuanku yang lain baru pulang dari keluar berhibur. Girl’s Day Out kononnya. Tapi,
memandangkan kami hanya mempunyai lebih kurang lima jam, tak banyak tempat yang
kami lawati di Pulau Langkawi ini.
Hanya
pergi ke beberapa tempat bersejarah dan tempat untuk membeli-belah. Dapat pula
geng kaki shopping. Memang nak naik
kebaslah kaki aku berjalan dengan mereka. Nasib baik berbaloi.
Lebih
kurang pukul lima setengah petang, kapal kembali berlayar menuju ke Pelabuhan
Klang. Badan terasa agak penat. Tapi masih terlalu awal untuk berehat memandangkan
hari ini merupakan hari terakhir kami semua berada di atas laut. Sebab itulah
peluang ini harus digunakan sebaik mungkin. Entah bila lagi nak merasa naik
kapal besar.
Suria
sedang duduk di hadapan cermin. Sedang kenakan lipstik warna nude dia. Bukan main dia melawa. Bukan
nak keluar dating tapi dia mahu
bertemu dengan kliennya. Ya.. klien. Di atas kapal ini, sempat lagi Suria
berbisnes. Ada pelancong yang mengenali Suria dan mahu menggunakan khidmat MUA Suria.
Untuk majlis apa entah. Pandai betul kawan aku ini cari duit. Murah rezeki dia.
“Kau
nanti hati-hati bila keluar, Dara. Jaga diri elok-elok.” Sempat Suria memberi pesanan. Ketika itu, dia sedang
melihat pantulan dirinya di balik cermin. Sengih lebar menampakkan gigi.
Maklumlah, takut gincu terbabas.
Aku
terus julingkan mata ke atas. Sejak aku jatuh kolam, macam-macam amanat
diturunkan bila aku keluar merayau-rayau. Macamlah aku budak-budak hingus tak
kering. Aku syak dia ini dah berjangkit dengan Eskandar. Selalu fikir aku ini trouble magnet.
Cakap
pasal Eskandar ini, rasanya aku tak nampak langsung dia hari ini. Masa makan
pagi tadi pun, nak teleng kepala aku mencari susuk tubuhnya. Katanya kami bakal
bertemu lagi pada hari ini. Tapi, mana? Hidung mancung dia, suku pun aku tak
nampak. Huh!
“Dara,
kau dengar tak Mama Su cakap ni?” Suara Suria menyedarkan aku ke alam nyata. Terbang
Eskandar. Yang ada di depan mata sekarang ni, Suria yang sedang bercekak
pinggang.
“Ya..
aku dengarlah! Baik, mama!” jawabku. Sempat menyindir.
Suria
senyum puas hati. Kemudian tarik beg mekapnya. Maksudnya dia sedia untuk melakukan
tugasnya.
“Aku
pergi dulu.” Dia minta diri.
“Kau
balik pukul berapa, Su?”
“Tak
pasti lagi. Mungkin lewat kut,” jawab Suria sebelum keluar dari kabin kami itu.
Sendiri.
Aku
membelek-belek brochure yang
disediakan oleh pihak pengurusan kapal ini. Tersenarai beberapa pertunjukan menarik
yang bakal berlangsung malam nanti. Ada juga senarai filem yang boleh ditonton
di pawagam. Kepala mula mengatur rancangan untuk mengisi masa.
Usai
solat jamak maghrib dan isyak, aku bersiap untuk keluar. Perkara pertama?
Haruslah puaskan perut buas aku ini. Kali terakhir makan adalah waktu tengah
hari tadi, di tepi pantai. Terpaksalah aku berlone
ranger untuk memburu makanan malam ini.
Setelah
memastikan tiada apa yang tertinggal, aku menarik kad kunci daripada punca
kuasa sebelum menapak keluar.
“Dara!”
Tubuhku mengeras sebaik sahaja mendengar suara itu. Tangan turut terkaku pada
tombol pintu.
Dada
berdebar laju. Enggan memusingkan tubuhku. Kaki rasa ingin kembali masuk ke
dalam kabin. Atau pecut seribu. Apa-apalah janji aku tak berada dalam situasi
seperti sekarang.
Tapi,
sudahnya tiada apa yang aku lakukan. Aku masih pegun sehinggalah terasa susuk
seseorang mula mendekati.
“Dara
Nailufar binti Saleh.” Dia bersuara lagi. Lebih lembut.
Aku
pejam mata erat-erat. Tangan melepaskan tombol pintu yang tanpa kusedari
digenggam erat itu. Perlahan-lahan pusingkan tubuhku.
“Adri.”
Suaraku tanpa emosi. Aku kira wajahku pun sama.
“Dara.
Akhirnya saya dapat jumpa awak.” Kali ini suaranya bagaikan sarat dengan rindu.
Aku
telan liur. Emosi rasa bercelaru. Tapi aku cuba bertenang.
“Kenapa
awak kat sini, Adri?” soalku.
Kiri
kanan kupandang. Mana tahu ada mata-mata yang memerhati. Aku tak mahu berdua
dengannya. Dan aku tak mahu timbul kekecohan gara-gara kami. Sedaya-upaya aku
berusaha untuk tidak bersemuka dengannya di atas kapal ini, namun usahaku
ternyata gagal.
“Ke
mana awak menghilang, Dara? Saya dah lama cari awak,” soal Adri balik tanpa
menghiraukan soalanku.
“Kenapa
awak cari saya? Kita dah tak ada apa-apa, kan?”
Wajah
putih Adri bertukar merah.
“Kata
siapa? Saya tak pernah putuskan apa-apa,” balasnya keras.
“Saya.
Saya yang putuskan semuanya. Kita… dah tak ada apa-apa, Adri.” Suaraku naik
sedikit.
“But, why, Dara? Everything is great between
us. Kenapa awak tiba-tiba hilang? Right
before our first anniversary. Saya ada buat salah ke?” Suaranya berubah
kendur di penghujung ayatnya.
“Was great. That was one year ago, Adri. You don’t have to pretend anymore.”
“Pretend apa? Saya betul-betul cintakan awak,
Dara. Awak seorang aje. Sumpah. Saya dan Mel tiada apa-apa.” Adri cuba
menjelaskan.
Aku
ketawa mengejek. Lucu entah kenapa.
“You think that was all about Mel?”
Sungguh sinis suaraku. Adakah Tengku Melisa juga dijadikan kambing hitam untuk
menutup hubungannya dan Sofea?
“Habis
tu? Sofea cakap macam tu.” Dia seakan-akan tak faham.
Tergelak
sinis lagi aku mendengar sebaris nama itu. Kata-kata keluar dari mulut nenek
sihir Sofea itu rupanya. Tiada apa yang pelik.
“Habis
tu, segala-galanya habis. The end,”
jawabku mudah.
“Awak
kena jelaskan kepada saya, Dara. Saya tak faham. Saya nak jernihkan
segala-galanya. Setahun saya cari awak, Dara.”
Aku
picit dahiku dengan sebelah tangan. Pening tiba-tiba. Perlu ke perbincangan
kami di depan kabin aku, di ruangan kaki lima berkarpet ini?
“I’m no longer your priority, Mr. Famous.”
Nampak
mukanya blur. Pandai sungguh dia berlakon. Argh.. lelaki! Kalau bab nak tutup
kesalahan sendiri, lakonan memang tahap menang Oscar.
Baru
sahaja dia ingin membalas, kedengaran ada suara menyampuk.
“Adri, your performance is in thirthy minute.
You should get ready.” Aku hanya tahan rasa setelah mendengar suara itu.
Adri
turut memandang ke arah suara itu. Sofea. Entah dari celah mana dia muncul, aku
pun tak tahu. Tapi, apa yang aku nak pelik? Di mana ada Adri, di situ ada
Sofea. Sempat aku tangkap mata tajam Sofea ke arahku. Tapi bila Adri
memandangnya, terus senyuman plastiknya terukir. Wajah polos.
Fake!
Aku
terus julingkan mata ke atas. Memang tahap menyampah aku pada Sofea aku tak
tutup lagi. Kalau dulu, aku selalu bertoleransi demi Adri. Sekali pun aku tak
suka, tapi aku tak pernah tunjuk di depan Adri. Panggil ia sebagai firasat
wanita, aku tak sukakan Sofea. Dapatku rasakan bagaikan ada yang tak kena
dengannya.
“A second. I ada benda nak bincang dengan
Dara.” Serius suara Adri. Sikit pun dia tak pandang Sofea ketika berbicara.
Seratus peratus tumpuannya pada wajahku.
Buatkan
aku dapat lihat dengan jelas reaksi Sofea ketika itu. Bagaikan mahu disulanya
aku. Penuh dengan benci.
“Apa
maksud awak, Dara? Kenapa awak cakap macam tu?” soal Adri kepadaku. Dia nekad
untuk teruskan perbincangan ini.
“I make it easier for all of us. I hate her.
No.. I loathe her. It’s annoying to see her with you,” jawabku mudah.
Jujur. Kepala didongakkan sedikit ke arah Sofea. Alang-alang jahat, biar
betul-betul jadi jahat.
Adri
dan Sofea, masing-masing terkejut mendengarnya. Adri mungkin tak pernah menyangka.
Dan Sofea juga mungkin tak percaya aku berani berkata sebegitu di depan Adri.
“But she’s my bestfriend, Dara. She’s with me longer than us being together.
Please don’t make me choose,” tegas Adri.
Auch!
Sakitnya tuh di sini. Rasa hujung mata mula berair. Aku tahu akan hakikat itu,
tapi bila dia sendiri yang mengaku, hati degil aku ini nak juga terkesan.
Sofea
senyum sinis. Puas hati bila Adri tetap pilih dia. Bukan.. Adri selalu pilih
dia. Dari dulu lagi. Aku bukan yang pertama untuk Adri kalau bab pilihan. Aku
kekasih Adri. Adri sayang dan cintakan aku. Aku adalah perempuan istimewa dalam
hidupnya. Tapi, apa gunanya semua itu kalau aku tewas di tangan kawan baiknya
itu?
Aku
pula sedaya-upaya tayang muka tenang. Aku tak akan tunjuk yang aku terkesan. Aku
tak selemah itu.
Aku
kemudiannya ketawa. Sinis.
“Of course I know. That’s why I choose for you. I
end things. Easy. You don’t have to keep her as your dirty
little secret anymore, Adri.” Dingin suaraku.
“So, kita dah jumpa jalan
penyelasaiannya, kan? Kita dah tak ada apa-apa,” sambungku dengan penuh
ketenangan. Senyum yakin ke arah mereka.
“Our business is over. So, buddies, may I go
now?” Aku minta diri. Tanpa mempedulikan mereka, aku kuatkan kaki untuk
melangkah.
Tapi
pergerakanku terhenti bila tangan kiriku disambar Adri.
“Apa
ni? Lepaslah.” Aku mula berang. Tangan kucuba rentap daripada genggaman Adri,
tapi dia makin mengeratkannya.
“Kita
belum habis lagi, Dara. Masih ada banyak benda yang kita perlu bincangkan. Apa
maksud awak dirty little secret? Saya
dan Sofea cuma kawan baik. Itu aje.”
“No. Kita dah tak ada apa-apa dah. Tak
faham ke?” Sekali lagi aku rentap.
Gagal.
Terasa
genggaman Adri makin kuat gara-gara rontaanku. Sehingga satu tahap, bibirku
hampir mengaduh kesakitan sebelum tiba-tiba ada tangan asing menyambar tangan
Adri yang memegangku itu. Digenggamnya erat, sebelum dikilas sehingga Adri
menjerit kesakitan lalu melepaskan tanganku.
Adri
terundur dua langkah ke belakang sambil memegang tangannya.
“Hey, superstar! A gentleman’s little advice.
When ladies say no, it means no. Understood?”
Eskandar
dengan wajah seriusnya berdiri di depanku.
“Are you okay, sunshine?” soalnya
prihatin. Matanya tepat ke arah tangan kiriku itu yang dah memerah itu.
“Saya
okey,” jawabku. Pijar masih terasa, tapi masih boleh ditahan.
Aku
angkat wajah. Mata coklat cair Eskandar sudah sedia untuk menyambutku. Tanpa
emosi dan sangat dingin. Bagaikan sedang menahan marah.
Lama
kami berpandangan sehinggalah suara Sofea mengalihkan perhatian kami.
“Adri,
you okey tak?” Sofea memeriksa keadaan Adri. Wajah Adri masih berkerut. Bukan
sakit aku rasa. Tapi tahan marah. Mencerlung matanya memandang Eskandar.
Melihat
Adri membisu, Sofea menoleh ke arah kami.
“You
ni siapa? Tak tahu ke you dah cederakan Adri? Dia kena perform lepas ni. Kalau jadi apa-apa kat Adri, I’ll sue you!” marah Sofea kepada Eskandar. Jari telunjuk dihalakan
beberapa kali ke dada Eskandar.
“Careful, lady. I’m someone you wish you
never mess with. I can ship you both off
before you know it,” balas
Eskandar balik.
Walaupun
aku masih terkejut, tapi aku berpuas hati melihat wajah Sofea yang macam lepas
tertelan cicak itu. Nampak dia telan liur sekali.
Eskandar
kini menjeling ke arah Adri pula. Wajah dingin.
“He’s lucky he has performance tonight. Next
time, I’m going for his throat. Perhaps
he can retire from singing for good.” Serius suara Eskandar. Aku yang
dengar pun boleh rasa gerun. Padahal kata-kata itu bukannya untuk aku.
“Kau siapa? Apa hubungan kau dengan Dara?” Adri
bertanya.
Eskandar
kini pandang aku.
“Aku
Eskandar. And she’s my sunshine,”
jawab Eskandar.
“Come on, sunshine! Let’s go,” ajaknya
lagi.
Aku
tanpa membuang masa, terus mengikut Eskandar. Apa-apalah. Janji bukan menghadap
dua manusia itu.
------
Beberapa
minit kami berjalan tanpa tujuan sehinggalah kami tiba di dek terbuka. Berada
di tempat tinggi kapal itu, dapatku lihat gelagat manusia lain walaupun dah
malam. Agaknya semua macam aku. Memanfaatkan malam terakhir di atas kapal ini
dengan sepenuhnya. Esok dah sampai di Pelabuhan Klang.
Aku
dan Eskandar berdiri sebelah-menyebelah di hadapan balkoni besi itu.
Masing-masing selesa diam. Eskandar membongkokkan sedikit tubuh tingginya
dengan kedua-dua tangan menggenggam besi balkoni itu. Hanya membuang pandang ke
arah laut gelap itu, bagaikan memberi ruang untukku bertenang.
“Siapa
dia?” Eskandar akhirnya memecahkan kesunyian antara kami.
“Dia
bekas kekasih saya,” jawabku.
“Bekas?
Dah putus?” Dia meminta kepastian.
Aku
angguk.
“Apa
yang dah jadi? Kenapa macam ada urusan yang belum selesai antara kau dan dia?” Eskandar
bertanya lagi.
Aku
hanya jongket bahu.
“Entah
dia. Saya dah putuskan semuanya,” jawabku mudah.
“Kenapa?”
Dia mahu tahu lagi.
“Saya
kut puncanya. Mungkin saya tak sempurna.” Mengeluh sekali.
Bila
difikirkan balik, ada betulnya juga kata-kataku itu. Mungkin semuanya berpunca
daripadaku. Kalau aku jenis kaki manipulasi macam Sofea atau pentingkan diri
sendiri, mungkin aku masih bersama Adri. Pasti ada kekurangan padaku yang
membuatkan Adri mencari yang lain.
“Kenapa
kau cakap macam tu? Kenapa nak salahkan diri sendiri pula?” Eskandar kini dah
tegakkan tubuhnya. Dia pusingkan sedikit tubuhnya untuk menghadapku.
“Entah.
Saya tak tahu apa lelaki nak. Saya selalu menjadi pilihan kedua.” Sedih ayatku.
“Well, they’re all stupid and don’t deserve
you. It’s not your fault they are all
douchebags. You just meet the wrong persons. One day, you’ll meet someone who makes you his priority, not his choice.”
Ada
betulnya juga. Mungkin putera kayangan yang ditakdirkan untukku tengah transit
kat mana-mana. Dalam perjalanan untuk bertemu denganku. Kalau sabar, mungkin
satu hari nanti? Dan lepas itu, aku bakal ditatang bagaikan minyak yang penuh.
Huh..
ayat nak pujuk diri sendiri bolehlah!
“Setia.
Susah sangat ke?”
Aku
pandang Eskandar. Dia lelaki. Aku mahu mendengar pandangan daripadanya. Apa
yang lelaki mahukan sebenarnya?
“Dia
curang dengan kau.” Eskandar menyatakan fakta.
“Saya
bercinta dengan Adri dulu. Dan dia punya kawan baik bernama Sofea. Yang awak
jumpa tadi tu la. Mereka dah berkawan dari kecil lagi. Adri selalu cakap
hubungan mereka tak lebih daripada kawan baik. Sebab itu saya faham dan terima
persahabatan mereka. Lagipun, kalau saya ikhlas dengan Adri, saya kena terima
semua orang di sekelilingnya.” Aku tak tahu apa yang merasukku, aku mula
bercerita kepada Eskandar.
“Tapi,
firasat saya selalu mengatakan yang Sofea ada simpan perasaan pada Adri.
Biasalah.. perempuan akan faham hati perempuan. Apa yang dia tunjukkan pada
Adri bukan atas dasar kawan. Tapi lebih dari itu. Saya ada juga cakap pada
Adri. Tapi macam biasalah, Adri selalu tegaskan yang mereka hanya berkawan dan
berpesan supaya saya jangan terlalu cemburu.”
Aku
tarik nafas dulu. Sebelum kembali bercerita. Eskandar pula hanya khusyuk
mendengar.
“Mula-mula
saya yakin. Tapi lama-lama saya mula curiga. Saya nampak mereka macam mesra
semacam. Kadang-kadang Sofea siap masak dan kemaskan rumah Adri. Dan bila ada
apa-apa perselisihan faham antara kami, mesti Adri menangkan Sofea. Selalu saya
rasa saya yang jahat dalam cerita ni.”
Aku
mengeluh bila ingatkan semuanya.
“Your relationship was unhealthy. Toxic,”
komennya. Setuju!
“Biasalah
kalau dah sayang. Cuba bertoleransi walaupun orang lain cakap bodoh. Bagi saya,
hubungan mana tiada pasang surut? Tapi, kalau sayang, pertahankan selagi mampu.
Saya boleh cuba untuk toleransi semuanya. Cuma satu yang saya tak akan
bertoleransi.”
“Curang.
It kills every trust I have on him. A relationship without trust is like a cell
phone with no service. All you do is playing games. Sekali buat hal, saya
memang tak akan percaya dah.”
“Macam
mana kau tahu dia curang? Betul ke dia curang?”
Aku
diam dulu. Macam mana aku tahu?
Terbayang
kembali apa yang dah jadi dulu. Ketika itu, Adri punya penggambaran drama di
London selama sebulan. Dan Adri selalu memberi kepercayaan kepadaku untuk menjaga
rumahnya. Bersihkan sekali-sekala.
Mungkin
Allah nak tunjuk. Aku terserempak dengan Adri dan Sofea di Pavillion. Mereka
berjalan berdua. Walaupun mereka cuba yang terbaik untuk menutup identiti
mereka, tapi aku tetap mengecam mereka. Ketika itu, kata Adri dia masih punya
masa seminggu lagi sebelum balik ke Malaysia.
Bayangkanlah
apa yang aku rasa ketika itu. Aku rasa dikhianati. Tapi aku tak cepat melatah.
Suatu hari, aku terdetik hati untuk melawat rumah Adri. Dan apa yang aku
takutkan akhirnya terjadi bila aku melihat mereka sedang tidur di atas katil
yang sama. Aku dah tak mampu bersangka baik lagi selepas itu.
Namun,
sehingga kini tiada siapa yang tahu aku melihatnya. Dan aku pula selepas itu
memang nekad habis. Aku tinggalkan Adri tanpa jejak. Sedikit terkilan kerana
beberapa hari selepas itu adalah ulangtahun hubungan kami yang pertama. Tapi
demi maruah diri dan hati yang berkecai, aku nekad.
And the rest is history.
Jadi,
perlu tanya aku lagi ke, betul ke Adri curang?
Erat
kedua-dua mataku dipejam. Rasa sakit di hatiku masih terasa, tapi tak seteruk
dulu. Aku kira itu adalah proses untuk move
on.
“Saya
nampak. Cukuplah saya cakap, saya nampak.” Hanya itu yang mampu aku berkata
kepada Eskandar. Aku tak mahu membuka aib sesiapa.
dara hurt
ReplyDelete