BAB
13
Eskandar
hanya diam. Seminit dia masih membisu, aku menoleh ke sisi. Ingin melihat sama
ada dia mendengar atau tidak dengan ceritaku itu. Tapi melihat matanya yang sudah
bersedia menyambut anak mataku, aku kira Eskandar dengar dengan jelas semuanya.
“Sedihkan
kisah hidup saya? Kali pertama, dipermainkan. Kali kedua, dicurangkan. Melancholy sungguh. Dah boleh kut jadi
heroin sendu untuk drama bajet.” Aku ketawa perlahan.
“Sebab
tu saya tanya. Setia tu, susah sangat ke?” sambungku lagi.
“Setia
itu limited edition. Hanya ada pada
golongan limited edition juga. Everyone can claim of having it. But not all
can afford. Tapi bagi aku, orang yang tak reti setia ni disgusting,” komen Eskandar.
“Awak
mesti seorang yang setia, kan? Untung perempuan yang dapat awak,” kataku pula.
Aku nampak tubuh Eskandar sedikit mengeras sebelum dia kembali tenang.
Kenapa
tiap kali aku bercakap pasal hubungannya dengan perempuan lain, dia kelihatan
sedikit tegang? Adakah dia juga punya kisah sadis macam aku?
Tertanya-tanya.
“Aku
tak janji, tapi aku cuba.” Bibirnya senyum senget.
Grr..
tak romantik langsung! Elok ada girlfriend,
girlfriend pun boleh lari kalau
dengar macam tu. Tapi.. paling tidak Eskandar berterus-terang. Tanpa menabur
janji-janji palsu yang cumalah manis di bibir sahaja.
“Kau
masih sayangkan dia?” Dia serius tiba-tiba.
“Saya
dah move on. Perasaan yang wujud
sekarang ni hanyalah like a dull ache.
Itu aje,” jujurku.
Dan
selepas aku ceritakan kepada Eskandar, aku rasa sangat lega. Rasa beban yang
dipikul sebelum ini bagaikan dibuang jauh-jauh. Bagaikan aku bermula dari hari
ini, Adri hanyalah satu kisah silam yang penuh tauladan. Mungkin sebab dah lama
aku pendamkan sendirian cerita ini.
“Kalau
macam tu, baguslah. You deserve better,
sunshine.” Ayat Eskandar itu bagaikan petanda untuk permulaan baru.
Aku
angguk.
“Jadi,
sunshine! Kau jangan bersedih. Kalau
kau sedih, dah tak jadi sunshine tapi
gerhana matahari.”
Aku
ketawa mendengarnya. Melihat aku ketawa, bibir Eskandar turut sama tersenyum
manis.
“Kenapa
awak selalu panggil saya sunshine?”
Soalan yang dah lama kupendam. Baru berpeluang untuk bertanya.
“Suka
hati aku la nak panggil apa.” Dia senyum sinis. Maksudnya, dia malas nak jawab
soalan aku.
Aku
terus julingkan mata ke atas. Jerk!
Kemudian
teringatkan kenapa dia boleh berada denganku.
“Kenapa
awak datang ke kabin saya?”
“Aku
dah cakap semalam, sunshine. Hari ini
aku nak ambil kot aku.” Dia ingatkan aku.
“Tapi
tak sangka pula boleh tonton drama sebabak. Kiranya aku memang ala-ala hero
yang on time selamatkan heroinnya
tadi, kan?” Teringat kembali apa yang dah jadi tadi. Terutama sekali sebelum
kami angkat kaki tadi.
Aku
tiba-tiba gelak.
“Kelakar
bila ingat balik muka Sofea tadi. Mesti dia ingat awak ada kuasa nak tendang
dia dari kapal ni, kan?”
Gaya
Eskandar bercakap tadi pun, convincing
sungguh.
Eskandar
senyum senget.
“Well.. lucky dia tak tahu!”
Aku
sambung ketawa. Geli hati entah kenapa.
“Terima
kasih,” ucapku ikhlas. Sebab dah selamatkan aku daripada Adri dan Sofea. Juga
sebab dah jadi kaunselor tak bertauliah aku malam ini.
Eskandar
kini memusingkan sepenuhnya tubuhnya lalu belakangnya bersandar pada balkoni
itu. Tangannya disilang ke dada.
“Small matter. Akukan boyfriend kau.” Sexy smirk.
Hanya
sepanjang pelayaran ini!
“Memandangkan
kau dah sedih malam ni, izinkan aku menjadi penghibur kau. Biar aku jadi
peneman kau malam ni.”
“Awak
tiada apa-apa nak dibuat ke?” Aku tak mahu mencuri masa berharganya.
Eskandar
hanya senyum senget. Geleng.
“After all, until the cruise ends, I’m all
yours, sunshine.”
Dup
dap. Dup dap. Jantung mula berdendang sayang.
Kemudian,
Eskandar bongkokkan sedikit tubuhnya, gaya hats
off yang bikin senyuman lucu terukir di bibirku.
“So my lady, shall we?”
---------
“Kita
nak ke mana ni?” soalku sambil memandang kiri dan kanan. Laluan makin sunyi
tanpa homosapien lain. Senang cerita, laluan ni aku tak pernah tahu pun wujud. Laluan
rahsia Alice in Wonderland ke apa?
Eskandar
hanya diam. Tiba-tiba rasa seram. Tapi kaki masih percaya untuk terus mengikutinya.
“Kenapa?
Takut?” Suara Eskandar kedengaran mengejek. Dan sedikit mengusik.
Aku
diam. Julingkan mata ke atas. Aku tak tahu kenapa, tapi aku percaya Eskandar
tak akan apa-apakan aku.
Kami
berjalan lagi. Sehinggalah tiba di hadapan sebuah pintu besi, kaki bagaikan
digam. Melihat sticker besar yang tertampal pada pintu itu, mataku hampir terbeliak.
Eskandar turut berhenti bila aku berhenti.
RESTRICTED AREA
AUTHORIZED PERSONNEL ONLY
Itu
yang terpampang besar. Warna merah siap. Cukup untuk memberi amaran. Yang
membaca pun rasa gerun. Apatah lagi setelah membaca hukuman dan denda yang
bakal dikenakan jika bersalah.
“Eh,
awak nak pergi mana ni, Eskandar? Kita tak boleh masuk,” kataku seolah-olah
Eskandar tak reti membaca. Enggan melangkah lagi. Kali ini betul-betul takut.
Takut dicap penceroboh. Tak pasal-pasal jadi perasmi lokap yang terletak di basement kapal ini.
“Aku
tahu la apa yang aku buat. Kau tak payahlah takut,” balas Eskandar.
“Jadi apa-apa nanti macam mana?”
“Aku
bertanggungjawab. Jom,” jawabnya yakin.
“Tapi..”
“Jangan
sampai aku dukung kau.” Dia mula mengugut.
Aku
mula nak keluarkan bunga-bunga silat selepas dia berkata sebegitu. Jangan ingat
dia dah dukung aku dulu, kali ini pun aku akan izinkan juga. Rasa penangan side kick aku dulu!
“Yalah.
Yalah. Tapi kena apa-apa nanti, awak bertanggungjawab.”
“Anything for you, sunshine,” perli
Eskandar. Mata cantiknya dijulingkan ke atas. Mengejek aku.
Tapi..
seksi la pula dia buat macam tu!
“Dah,
jom!”
Kami
mula berjalan sehingga kami berdiri betul-betul di depan pintu itu. Aku nampak
Eskandar swipe kad ditangannya pada
alat eletronik di sebelah pintu itu.
Mana
dia dapat? Aku tertanya-tanya. Kemudian, lampu bertukar warna hijau sebelum
Eskandar menarik tombol pintu besi itu. Dibuka luas-luas.
“After you, my lady,” kata Eskandar
dengan lagak gentlemannya.
Hati
masih ragu. Teragak-agak kaki melangkah masuk. Eskandar mengikut langkahku
setelah itu.
“Kita
kat mana ni?” soalku. Ada kaki lima lebih kurang sepuluh meter sebelum berakhir
dengan sebuah pintu.
“Malam
ni aku nak bawa kau explore kapal ni.
Aku nak bawa kau ke command bridge.”
“Command bridge?” Aku tak faham.
“Pusat
kawalan kapal ni. You know.. where the
captain is navigating this ship,” jelas Eskandar.
Mataku
automatik meluas.
“Seriously?” Aku mula teruja. Sengih.
Eskandar
senyum sekali. Angguk.
“Jom,”
ajak Eskandar sebelum kembali melangkah.
Aku
hanya mengikutnya. Dalam hati, rasa keterujaan cuba ditahan. Selalu aku tertanya-tanya
macam mana pusat kawalan kapal besar ini. Siapakah insan hebat yang mengendali
dan bertanggungjawab ke atas beribu-ribu keselamatan manusia di atas kapal ini?
Dan
aku pernah menceritakan impianku untuk melihat bagaimana kapal ini dikendali
kepada Eskandar semalam. Ketika itu kami sedang makan tengah hari di salah satu
kedai makan di Phuket. Siapa sangka malam ini impian aku bakal menjadi nyata?
Tak sangka Eskandar masih ingat.
Eskandar
membuka pintu yang menghubungkan terus dengan pusat kawalan kapal ini.
Tindakannya itu menarik beberapa perhatian lelaki beruniform putih-hitam yang
berada di pusat kawalan itu. Tapi bagaikan tiada apa yang belaku, aku melihat
mereka meneruskan kerja mereka.
Eskandar
menapak masuk bagaikan tempat itu dia yang punya. Aku pula hanya memandang
sekeliling. Sangat asing bagiku tapi aku tetap teruja melihatnya. Ada beberapa
orang lelaki di beberapa sudut. Ada pelbagai alat yang aku sendiri tak tahu
nama apa. Kawasan itu sangat besar seperti sebuah pejabat. Ada beberapa tingkap
lut sinar berserta wiper yang
menghadap laut malam. Kalau siang, pasti dapat kulihat lautan biru.
“Eskandar.”
Aku kembali ke dunia nyata apabila mendengar sebaris nama itu diseru. Aku turut
memandang ke arah suara itu walaupun aku bukan Eskandar.
Aku
melihat ada seorang lelaki separuh abad sedang berdiri di depan Eskandar kini. Wajahnya
pan-asian. Murah dengan senyuman.
Melihatkan dia cuma berpakaian santai, aku tertanya-tanya siapakah dia.
Wajahnya
bagaikan pernah kulihat, tapi di mana ya?
“Uncle, apa khabar?” Eskandar bersalam
dengan lelaki itu.
“Alhamdulillah,
sihat.”
Dia
bagaikan baru sedar aku berdiri di sebelah Eskandar. Senyuman ramah dihulurkan
kepadaku sebelum perhatiannya beralih pada Eskandar. Senyuman bertukar nakal.
“Siapa
ni, Es? Girlfriend baru ke?”
Wajah
Eskandar macam tak punya perasaan.
“Uncle, my friend, Dara. Dara, ni Uncle Abraham. He’s the captain.” Eskandar memperkenalkan kami.
Haa..
aku dah ingat! Pernah terserempak beberapa kali dengan Uncle Abraham di atas kapal ini. Kebiasaannya ketika di restoran.
Selalu nampak dia berjalan-jalan sekeliling sambil ramah menyapa para
tetamu dengan uniform hitam putihnya
itu.
Kapten
rupanya.
“Hai, takkan kawan? Tak pernah-pernah minta
izin untuk masuk bridge sebelum ni.” Uncle Abraham mengusik lagi.
Eskandar
senyum sikit. Tapi tetap memilih untuk diam. Aku pula yang rasa canggung.
“Hai,
kapten!” tegurku. Tak tahu untuk memberi reaksi apa lagi.
Uncle
Abraham ketawa kecil.
“Just call me uncle, Dara.” Ramah dia
membetulkan nama panggilannya itu.
“Baik,
uncle.”
“Okay, kids! Enjoy your tour. This ship is yours tonight.”
“Thank you, uncle,” ucap Eskandar pula.
“And Eskandar, happy reminiscing.” Uncle Abraham menepuk bahu kanan
Eskandar beberapa kali sebelum meninggalkan kami.
Apa
maksud Uncle Abraham ni? Aku tak
faham. Bila aku pandang wajah Eskandar, wajahnya hanya selamba. Bagaikan tak terkesan
dengan kata-kata Uncle Abraham itu.
“Let’s go!” ajak Eskandar. Aku hanya
mengikut.
Ketika
melintasi seorang staf di situ, sempat aku melihat dia sedang terbongkok-bongkok
menanda sesuatu di atas satu peta besar yang terbentang di depannya. Ada set
sesiku dan jangka tolok yang kali terakhir aku pernah jumpa adalah ketika aku
belajar subjek Kemahiran Hidup sepuluh tahun yang lepas.
“Dia
buat apa tu?” Aku soal Eskandar. Mana tahu dia tahu.
Eskandar
menoleh ke arah yang aku tunjuk itu. Tanpa mempedulikan soalanku, dia
menghampiri sebuah meja yang mempunyai beberapa skrin besar. Salah satunya
terpampang carta eletronik.
“Kau
tahu ni apa?” soal Eskandar.
Aku
geleng kepala. Mestilah aku tak tahu.
“This is Electronic Chart Display &
Information System (ECDIS). Cruise
ships akan guna ECDIS. ECDIS ni adalah sistem yang digunakan untuk navigate kapal ni. Provide the continuous positions of the ship along the cruise from port to port so that the ship can
aboard safely. Biasanya kapten akan
guna ECDIS ni untuk plot laluan yang selamat,” terang Eskandar sambil
menunjukkan ke arah mesin berkomputer pelbagai jenis itu.
“Ni
adalah Navigator Charts. It shows electronic charts.” Ada peta
besar yang aku memang tak faham langsung. Maklumlah, subjek geografi dulu pun
belajar sebab nak dapat A.
“Di bridge
ni, ada dua department. Pertama, deck department dan kedua, engineer department. Semua staf kat sini
adalah deck officers. Tugas mereka
adalah untuk navigate kapal ni dibawah arahan kapten.”
Eskandar
sebelum dia menunjukkan ke satu arah.
“Engineer department terletak di bahagian
sana. Tapi tak sebesar tempat ni. Sebab engineer
department juga berada di engine room.
Yang berada kat sini biasanya Chief
Engineer, First Officers dan Second
Officers aje.”
“Disebabkan
sekarang ni malam, semua staf yang kau nampak tadi sebenarnya tak sampai
separuh. Mereka semua tu adalah yang bertugas untuk shif malam.”
Dia
toleh sekilas ke arah lelaki yang aku tunjukkan tadi.
“Yang
kau tengok tadi, dia adalah second
officer. Masa ni shif dia untuk jaga kawasan. Dia sedang tanda pada paper chart. Walaupun dah ada electronic charts, biasanya krew kapal
akan bawa paper charts as a backup. Just in
case anything happens to the electronic charts system,” sambung Eskandar
lagi.
Eskandar
bergerak ke sebelah.
“Ni
nama dia Automated Identification System
atau AIS. AIS ni tugas dia untuk mengecam identiti sesebuah kapal lain dalam jarak
yang berdekatan. Boleh access jenis
kapal, kelajuan, course dan posisi
kapal tu. Dia lebih kurang macam bluetooth.”
“Yang
ni pula namanya Automatic Radar Plotting
Aids (ARPA). ARPA ni boleh mengesan kapal lain atau apa-apa jenis objek
yang terapung di sekeliling kapal ni, yang boleh memberi risiko bahaya. It has the ability to create the ship track
to avoid any collision.”
“Pendek
kata ARPA ni macam sediakan payung sebelum hujan. Awal-awal lagi sebelum
berlaku kemalangan, dia dah bagi warning.
So kapten nanti boleh ubah laluan
kepada yang lebih selamat.”
Aku
hanya mendengar. Walaupun kali pertama dengar, tapi aku tetap faham. Apatah
lagi wajah kacak Eskandar begitu serius menjelaskan semuanya. Buatkan aku
bertambah semangat nak dengar dia bercerita lagi. Bukan senang Eskandar ini nak
buka mulut apatah lagi bersyarah denganku.
“Ini
apa?” soalku ingin tahu selepas melihat ke arah bahagian tengah kawasan itu.
Ada beberapa alat semacam gearbox.
Aku kira itu adalah alat untuk mengemudi kapal ini.
“Ini
pilot control or wheelhouse. Macam cockpit kapal terbang, ada manual pilot and autopilot. Sekarang ni kapal tengah dalam mod autopilot. Kalau manual pilot,
kapten akan control menggunakan ni.”
“Yang ni membolehkan kapal untuk berpusing
sehingga tiga ratus enam puluh darjah.” Eskandar tunjukkan yang paling atas.
“Yang
ni pula untuk adjust RPM, kelajuan
kapal ni. Yang ni pula untuk adjust the pull of water.” Eskandar tunjukkan
pula pada bahagian kiri dan kanan.
“Ni
pula untuk gerak side to side.
Penting masa nak docking kapal
nanti,” sambung Eskandar lagi.
Eskandar
berlalu ke bahagian kanan.
“Ni
pula stabilizer. Stabilizer pastikan kapal ni dalam keadaan stabil untuk mengelakkan
dari kapal ni terbalik.”
Aku
hanya mendengar dengan teliti.
Kemudian,
kami berjalan sekeliling kawasan itu. Tiap kali kaki berhenti, pasti aku akan
bertanyakan Eskandar. Dan Eskandar tanpa gagal memberikan penerangan yang
berinfomasi kepadaku. Macam-macam istilah dapat kutahu hari ini. Water tight system, Fire control system, Rudder
Angle Indicator, gyro compass dan macam-macam lagi la.
Kami
berjalan ke bahagian left bridge
kapal. Bahagian itu terasing dari pusat kawalan utama kapal. Pendek kata
terletak di bahagian luar. Di situ, ada satu alat yang sederhana besar. Aku tak
tahu itu apa.
“Ini
apa?”
“Pilot control. Sama macam yang aku
tunjukkan pada main bridge, semuanya
ada di sini tapi versi yang lebih ringkas. Biasanya kapten gunakan yang
bahagian left bride control ni masa docking kapal. View lagi besar. Otherwise,
boleh juga guna yang main control
dengan berpandukan dari CCTV,” jawab Eskandar.
Aku
hanya angguk beberapa kali. Makin Eskandar terangkan, makin aku kagum dengan
pengetahuan Eskandar. Pengetahuannya bukan sikit. Dia seolah-olah familiar
dengan semua istilah asing itu. Buatkan aku tertanya-tanya. Macam mana dia
boleh tahu?
Atau yang lebih
penting, siapa Eskandar Arasyah sebenarnya?
Hebat laa anjell tentang kapal ni semua 😍
ReplyDeleteeskandar misteri sgt la
ReplyDeleteHmmm sape agaknye ye
ReplyDelete