Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday 1 January 2012

Eksperimen Cinta (BAB 11)

BAB 11

Ketika Damia parking kereta di garaj rumah sewanya, dia melihat sebuah kereta BMW berwarna hitam berkilat berhenti betul-betul depan rumahnya. Siapa? Takkan Suraya kot? Taula nak beli kereta, tapi takkan dah terus sambar BMW kot? BMW M6 pulak tu! Mahu sejuta lebih harganya. Perghh!! Gila kaya! Lelaki ke perempuan? Kalau lelaki ni, ada can nak ngorat seround. Dahlah kaya, hidup pun senang nanti.

     Pintu bahagian pemandu terbuka dan kemudian kelihatan seorang lelaki bercermin mata hitam turun menuju ke arahnya. Laa.. Tengku Aaron rupa-rupanya? Tak pelik la kalau kereta mamat ni! Warghh… Tarik balik semua yang dia kata tadi! Tak jadi nak ngorat. Dia rupa-rupanya? Tapi.. Dia nak apa? Belum sempat Damia bertanya, tangannya terus ditarik.Terus mendidih dia.

     “Hey..” Damia menarik tangannya. Salam takde, hello pun tak cakap, tiba-tiba dia ditarik. Macam nak culik orang pun ada. Macam perogol bersiri pun ada.

     “Masuk!” terus ditolak tubuh Damia masuk ke dalam perut kereta. Tak tunggu banyak masa, keretanya terus dipecut laju.

     “Awak nak bawak saya ke mana ni?” tanya Damia. Entah.. main heret-heret orang pulak! Kau bukan suami aku lagi, okey? Suka hati dia je. Entah mazhab mana yang dia ikut. Suka hati dia je nak peganng perempuan.

     Tengku Aaron tak menjawab. Buat bodoh pulak dia? Geram Damia dengan lelaki itu. Semacam dia transparent je. Dah tu, siap bernyanyi lagu The Time yang tengah terpasang kat radio Fly.fm lagi! Memang macam dia tak wujud.

     “Saya tanya ni.. awak heret saya macam lembu ni, nak ke mana?”

     “Kau diam, boleh tak? Ikut je la. Heret lembu pun, tak dela banyak tanya macam kau ni. Bukan nak bawak kau jumpa Tok Kadi pun,” jawab Tengku Aaron.

      Bengang Damia. Rasa nak pelangkung je kepala mamat ni, biar tinggal tengkorak je!

     “Jawab je la!” Damia dah mula naik suara. Dia paling geram kalau kena tanya satu soalan banyak kali. Tak korek telinga ke dia ni! Aku korek guna batang penyapu baru tau!

     “Aku nak bawak kau jumpa mummy ngan daddy aku. Kita dinner kat sana.”

     “Apa?” Damia inginkan kepastian. Kut-kut dia ada sound trouble kejap tadi.

     “Aku cakap malam ni kita dinner rumah aku, pekak!” Kali ini Tengku Aaron mengulang dengan nada naik tiga pitching. Boleh bebetul pekak dibuatnya!

     Damia terkejut. Apa? Macam mana aku tak tau ni? Suka hati nenek dia je nak buat keputusan. Lagi, suka hati nenek tiri ayah dia je nak panggil aku pekak!

     “Kenapa tak cakap awal-awal ni?” marah Damia. Sejak kenal spesis bernama Tengku Aaron ni, memang suhu marahnya asyik melepasi paras bahaya je! Nak jumpa keluarga Tengku Aaron tu.. Ketahanan fizikal dan mental terd=angatlah perlu.

     “Sebab dah termaktub dalam sejarah yang kau tu memang pekak. Dah berjuta kali aku call kau, tapi asyik masuk voicemail je..” Tengku Aaron mengerling sekilas ke tempat duduk sebelah kiri. “Aku bagi amaran ya. Kau jangan berani-berani nak lari dari aku. kalau tak, tahula macam mana aku nak ajar kau nanti!” ugut Tengku Aaron. Sememangnya ugut-mengugut ni hobi Tengku Aaron.

     Terasa berbahang je kereta ni. Seorang dah macam gunung berapi yang akan meletus bila-bila masa. Seorang lagi pula macam bom jangka. Salah jangkaan, memang meledak habisla!

     Damia memeriksa telefonnya. Betulla Tengku Aaron call dia. Adoi.. macam mana boleh tersilent ni? Lima puluh miscalls. Eleh.. tak sampai berjuta pun? Hiperbola je lebih. Ni mesti minat gila dengan Komsas masa sekolah menengah sampai-sampai dah guna aplikasi hiperbola dalam hidupnya ni.

     “Okey.. Saya salah. I’m sorry,” ucap Damia. Kalau betul dia yang salah, memang dia takkan segan nak minta maaf. Bukan macam orang sebelah ni!

     “Tau pun.”

     “Kot ya pun tak boleh tunggu ke kejap tadi? Biar saya tukar baju dulu.”

     Damia tak puas hati. Dipandang baju pada tubuhnya. Bapak selekeh! Baju kurung Raya tiga tahun lepas. Tu tak kisah. Yang penting, dah seharian dia pakai baju ni. Entah berapa liter peluh yang dah keluar. Busuk ke dia sekarang? Nampak gayanya memang kena sembur separuh botol minyak wangi kat badan. Lagipun, buat apa tergesa-gesa? Kata nak dinner. Sekarang pun baru pukul enam lebih. Nasib baikla dah solat Asar kat pejabat tadi.

     “Tak payah pakai cantik-cantik. Sebab kau memang tak cantik pun.” Baru je suhu Damia nak menjunam satu darjah Celcius, dah naik balik lima belas kali ganda. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Laju je mulutnya nak berus directly proportional Tengku Aaron. Tapi, tiba-tiba terlintas sesuatu dalam fikirannya. Alamak.. kereta!

     “Saya tak sempat nak kunci kereta tadi. Kalau hilang macam mana?” Bimbang juga Damia. Dahla tu kereta achik. Achik ada kursus kat oversea. Macam biasala dia jadi tukang jaga.

     “Alah.. kereta je pun. Kalau hilang, sepuluh buah pun aku boleh ganti,” dangan berlagaknya Tengku Aaron menjawab.

     Damia buat muka. Huh! Berlagak nak mampus. Sepuluh buah aku boleh ganti konon! Kalau aku mintak sepuluh-sepuluh buah BMW M6 tu barula gulung habis segala tikar, permaidani dengan karpet. Damia dah mula sebal. Sebab dia memang paling tak suka orang yang berlagak. Mentang-mentang dia kaya... orang kaya memang macam ni ke?

     Jumpa mummy dan daddy Tengku Aaron? Sedikit sebanyak dia berasa cuak. Macam mana kalau mereka tak terima dia? Dia bukan setaraf dengan Tengku Aaron. Kang tak pasal-pasal jadi The Making Of Kassim Selamat moden pulak.

     Haish, Damia! Kau merepek apa ni? Kalau mummy dan daddy dia tak bersetuju, kau tak payah dah nak kahwin dengan dia. Sepatutnya kau bersyukur. Boleh nak bergumbira menari tarian inang dah. Tapi, kau dah bimbang kalau dorang tak restu ni, apa kes? Ingat kau Juliet, dia Romeo ke?

     A’a.. ya tak ya jugak! Dalam hati sempat Damia berdoa biar rancangan Tengku Aaron gagal. Heh!
--------------
Damia terpegun melihat banglo yang tersergam mewah itu. Kagum! Gila besar rumah Tengku Aaron! Rasanya kecik sikit daripada istana sultan. Banglo yang diberi nama, ‘Kediaman Shah’. Sempat Damia mengusha halaman rumah yang besar tu. Rasanya sempit sikit daripada padang bola sepak Stadium Bukit Jalil. Ternampak beberapa buah kereta mewah di bawah porch. Bermacam-macam jenama kereta. Bukak kedai kereta ke?

     Taman bunga yang cantik. Memang impiannya ingin mempunyai taman bunga yang indah macam tu. Laman rumah yang besar. Tapi, dia yakin. Tak mungkin semuanya dimiliki sekarang. Tunggula nanti lima tahun akan datang. Ketika ekonominya dah agak kukuh. Tapi, nak memang takkan sampai tahap rumah Tengku Aaron la.

     “Jom masuk.” Terbang segala impian Damia dek suara Tengku Aaron yang macho tu.

     “Lepaslah! Tak belajar agama ke yang lelaki pegang tangan perempuan bukan muhrim tu haram?” Tangan Tengku Aaron yang menggenggam tangannya, terus dirungkai. Kali ini Tengku Aaron tak menjawab bila Damia dah keluarkan ceramahnya.

     Setapak masuk ke dalam rumah Tengku Aaron buat dia rasa seram sejuk. Dada dah berdebar tapi muka tetap cool. Macam nak pergi jumpa mak mentua. Haiyaaa.. bukanke dia memang nak jumpa mentua ke?

     “Mummy, daddy.. ni la calon isteri Aaron.”

     “Assalamualaikum, Tan Sri.. Puan Sri..” Tangan mummy Tengku Aaron disalami. Janganla sejuk sangat tangannya.

     “Waalaikumussalam.. Tak payah la nak panggil Tan Sri, Puan Sri. Kitakan dah nak jadi satu family nanti. Pangil uncle ngan aunty dah cukup. Kalau nak panggil daddy ngan mummy pun lagi elok,” ramah Tan Sri Tengku Ahmad menjawab berbaur gurauan.

      Sempat Damia sengih. Sedikit sebanyak Damia berasa agak selesa dengan keramahan daddy Tengku Aaron tu. Damia hanya tertunduk malu.. kenapa jauh benar berbeza perangai ayah dengan anak ni? Baik je dia nampak Tan Sri Tengku Ahmad. Tayang muka berlagak oun tak. Damia dah buat tafsiran sendiri. Teringat kutukan yang diberikan ketika pertama kali dia bertemu Tengku Aaron. Yang dia selamba menuduh Tan Sri. Adoi.. free je dosa dia buat hari tu. Maaf bebanyak, ya Tan Sri.

     Kemudian, Damia berpaling ke kanan. Mummy Tengku Aaron. Bila terpandang mummy Tengku Aaron, mak oi… seriusnya! Langsung tiada senyuman! Taula dia dari mana gene serius Tengku Aaron datang. Tengok je muka serius maut Puan Sri Raja Haryati, rasa dah longgar habis segala jenis skru kat lutut ni. Hatinya berdebar. Dia tak suka aku ke?

     “Dinner belum siap lagi ke, mummy?” soal Tengku Aaron. Dia perasan Damia sudah tak senang duduk dengan sikap mummynya.

     “Belum.. kamu Aaron, dah sembahyang asar?” soal Puan Sri Raja Haryati.

     “Dah, mummy. Kat office tadi,” jawab Tengku Aaron.

     “Sekarang pergi naik mandi..” arah Puan Sri Raja Haryati. Tengku Aaron angguk.

      “…Damia, boleh kamu bantu mummy kat dapur?” soal Puan Sri Raja Haryati lagi.

     Damia teguk liur. Nak interview aku ke? Matila aku? Nak adaptasi dari novel mana pulak la pasal kisah cinta kitorang ni? Bicara hati? Ke patut je dia reka novel sendiri? Adoi.. dahla dia bukannya berbakat besar macam Tengku Aaron. Tengku Aaron pula takde nak tolong dia.

     “Boleh ke tak?” tekan mummy lagi. Damia pandang Tengku Aaron. Minta pandangan. Tapi, lelaki itu tayang muka bodoh. Damia senyum geram. Rasa nak luku je kepalanya!

     “Err.. boleh, mummy.” Hmm.. terpaksalah dia tempuh tanpa Tengku Aaron.

     “Mummy tunggu kat dapur.” Damia angguk.

     Tengku Aaron dah tak senang duduk dalam diamnya. Apala mummy nak buat dengan Damia ni? Bukan dia tak kenal mummy. Kalau tak suka, cakap tak suka. Kalau tak puas hati, terus dilepaskan. Boleh ke Damia tahan? Kang tak pasal-pasal ada yang sendu bermelodi lagu Datuk Siti Nurhaliza pulak!

     Tapi, rasanya mummy boleh terima kot. Sebab dia dah bahasakan diri dengan ‘mummy’ kat Damia. Tengku Aaron cuba sedapkan hati sendiri.

     “Mummy aku ni jenis yang cerewet. Aku nak kau tahan je kalau mummy berus kau. Aku warning kau. Jangan cuba nak ambik kesempatan ni untuk tak nak kahwin dengan aku. Aku nak kau ambik hati mummy aku macam aku ambik hati keluarga kau. Kalau kau gagal, taula macam mana aku nak buat,” bisik Tengku Aaron perlahan. Sempat pula diselitkan ayat ugutan pada akhir ayat.

     “Taula..”

     “Good girl… anyway, all the best,” ucap Tengku Aaron sebelum naik tangga.
--------------------
Damia kumpulkan semangat untuk melangkah ke dapur. Dibaca-baca sikit ayat pelembut hati. Biar dia tidak gerun nak berdepan dengan Pun Sri Raja Haryati. Barulah dia tahu kenapa ada orang kata yang saat yang paling mendebarkan adalah ketika berjumpa dengan mak mentua.

     “Assalamuailaikum,” ucap Damia sesopan mungkin. Gadis Melayu terakhir gitu!

     “Waalaikumussalam. Ooo.. ni ya Cik Damia yang Tengku cerita?” ramah Kak Rini menegur. Damia senyum. Sedikit sebanyak dia lega. Tapi hati tetap berdebar bila melihat Puan Sri Raja Haryati yang leka memotong sayur.

     “Rini, kamu tinggalkan kerja-kerja dapur ni. Saya nak berdua dengan Damia,” serius suara Puan Sri Raja Haryati memberi arahan. Semakin berdebar dada Damia.

     “Baik, Puan Sri,” akur Kak Rini seraya mengelap tangan yang baru dibasuh pada tuala yang digantung di tepi sinki.

     Kini mereka hanya berdua. Dan kedua-duanya hanya senyap. Serius Damia kelu untuk berbicara. Tidak tahu apa yang harus dibualkan. Tentang kesukaan Puan Sri Raja Haryati pun dia tak tahu.

     “Err..kita nak masak apa, mummy?” Damia memulakan perbualan.

     Kita? Ah.. bedalla!

     “Kamu reti masak ke?” soalan cepu mas untuk hari ni.

      Dia reti masak ke? Bolehla.. Kalau nak sesedap masakan hotel lima bintang tu memang kirim salam awal-awal la.

     “Bolehla.. saya pun dalam proses nak belajar,” jujur Damia. Yala.. nak kahwin, kan?

     “Umur kamu berapa?” mummy Tengku Aaron dah start mengorek rahsia.

     “Saya baru 24 tahun.”

     “Hmm… tak rasa terlalu muda ke nak kahwin?” selidik Puan Sri Raja Haryati.

     Damia terkelu. Muda ke? Muda tak muda, saya nak buat macam mana Puan Sri. Anak Puan Sri yang beria-ia nak kahwin. Ikutkan hati saya memang saya tak nak kahwin. Tambah-tambah lagi dapat suami yang tertanggal skru macam anak Puan Sri tu. Anak Puan Sri tu dah gatal sangat nak berbini. Saya pun heran kenapa. Kalau Puan Sri tak nak saya jadi menantu Puan Sri, saya no hal. Kalau Puan Sri nak jodohkan Aaron dengan perempuan lain pun, lagilah saya bersyukur. Namun semuanya hanya bergema dalam hati. Keluar di mulut memang tamat la hidupnya hari ni.

     “Muda? Entahla.. mungkin dah ditakdirkan jodoh saya dah nak sampai. InsyaAllah saya dah bersedia nak jalankan tugas sebagai seorang isteri,” hanya itu yang mampu dijawab Damia.

    “Dah lama kenal Aaron?” korek mummy lagi.

     “Cukup untuk saya mengenali hatinya,” jawab Damia. Kiranya dia tidak perlu berbohong. Ya.. cukup untuk dia kenal perangai iblis Tengku Aaron tu.

     “Kamu kahwin dengan dia bukan sebab harta?”
------------
Tengku Aaron tampil santai dengan seluar track bottom hitam bersama baju t-shirt Levi’s merah setelah siap mandi. Tengku Aaron turun ingin mencari Damia. Bimbang pula mummy terlalu bijak mengorek rahsia dan Damia pula terlalu senang untuk memecahkan semua. Prevention is better than cure. Baik dia selidik.

     “Kak Rini.. Mummy ngan Mia kat dapur lagi ke?” soal Tengku Aaron kebetulan berselisih dengan Kak Rini yang tengah menyusun pinggan di atas meja. Bayang daddynya langsung tak kelihatan.

     “Agaknya, Tengku. Puan Sri nak berdua dengan Cik Damia tadi.”

     “Terima kasih ya, Kak Rini.”

     Apa ya yang mummy dengan Damia bincangkan? Sudah tentulah pasal hubungannya dan Damia. Minta-mintala semua berjalan dengan lancar. Janganla pulak lidah Damia tersasul menjawab nanti. Tengku Aaron berjalan ke dapur. Kot-kot dia boleh mencuri dengar.

     “Langsung saya tak pandang harta bila nak kahwin dengan anak mummy. Saya datang dari keluarga sederhana je. Abah saya tak pernah ajar kami adik-beradik untuk kejar harta dunia. Lagipun, hidup saya sebelum ni tetap bahagia walaupun tak hidup mewah,” jujur Damia. Tegas!

     Kenapala bila seseorang yang ingin berkahwin dengan orang kaya akan dianggap kahwin atas dasar harta? Adoii.. ingatkan dalam filem je menda ni. Rupa-rupanya ada jugak dalam dunia sebenar.

     “Mummy tanya sebab semua perempuan yang dekat dengan Aaron semuanya macam tu. Jangan terkejut kalau mummy cakap boleh dikatakan tiap-tiap minggu Aaron tukar kekasih dia.” Damia hampir ternganga. Tiap-tiap minggu? Gila! Orang ke apa ni!

     Tengku Aaron yang mendengar menelan liur. Apa pasal la mummy bukak sejarah zaman jahiliyyah aku ni? Karang Damia nekad lari, susah pulak aku nak ugut kali kedua!

     “Mungkin tu Aaron yang dulu, mummy.” Damia sendiri tidak tahu kesahihan kata-katanya itu.

     “Macam mana Aaron boleh bercinta dengan kamu ni? Mummy pelik macam mana Aaron boleh bercinta padahal kami semua tak pernah tau. Jangan cakap yang kamu terpaksa sebab Aaron upah kamu dahla!” Damia telan liur. Tekaan yang hampir-hampir tepat. Memang dia terpaksa dan bezanya dia tidak diupah untuk menjadi isteri lelaki itu.

     Tengku Aaron yang mendengar pulak yang berdebar. Alamak.. Mummy dah curiga la! Dia terus mendengar. Tabik spring dengan Damia yang bijak menjawab.

     “Suatu hubungan yang tak pasti tak payahlah dihebahkan sehinggalah muncul satu masa kami mahu mengakhirinya dengan perkahwinan. Saya patut rasa bertuah sebab Aaron dah sudi melamar saya. Menandakan yang dia betul-betul serius terhadap saya,” separuh ikhlas Damia menjawab. Auta betul! Ni kalau Rashid Sibir dengar ayat dia ni, grenti ikat kontrak jadi penulis skrip.

     “Mia tahu yang Aaron ni jenis yang mudah bosan dengan seorang perempuan? Mia tak takut ke?”

     Hish.. apa mummy ni? Macam tak nak bagi aku kahwin je! Rungut Tengku Aaron belakang dinding. Pelipisnya yang tak gatal pula digaru-garu.

     Damia pula tak tahu nak jawab apa dengan soalan membunuh daripada mummy. Takut ke dia? Serius.. dia takde perasaan langsung.

     “Bukan mummy nak burukkan anak mummy, tapi mummy tak nak nanti Mia menyesal kahwin dengan Aaron. Mummy nak menantu yang sanggup menerima kekurangan anak mummy bukan kahwin sebab rupa dan harta..”

     Dan Damia hanya mendengar. Aku yang kahwin bukan sebab kedua-duanya ni macam mana pulak?

     “InsyaAllah saya akan jalankan tugas isteri dengan baik selagi saya mampu..” Ya.. selagi Tengku Aaron bergelar suaminya nanti.

     “Amboi.. kuat betul mengumpat Aaron ya?” Tengku Aaron mencelah. Baik dia menyibuk sebelum mummy bersoal lebih banyak lagi. Damia lega apabila Tengku Aaron muncul. Sekurang-kurangnya dia tak perlu lagi cari skema jawapan untuk menjawab soalan Puan Sri Raja Haryati.

     “Curi dengar la tu,” tuduh mummy. Tengku Aaron sengih.

     “Bukan curi la, mummy. Terdengar.” Kerusi di sebelah Damia ditarik.

     “Wow.. bestnya lauk. Sayang masak ke semua ni?” mendatar tanpa perasaan Tengku Aaron bertanya. Terkejut Damia dibuatnya. Nasib baikla pinggan yang dibasuhnya sudah selamat disimpan dalam almari. Kalau tak, memang free je la mendarat atas lantai marmar jawabnya dek ‘sayang’ Tengku Aaron.

     “Taklah.. I’m just helping. Kan mummy?” soal Damia buat-buat ceria. Geli la tekaknya dek panggilan sayang Tengku Aaron tu. Eee.. yeww! Puan Sri Raja Haryati menggeleng kepala. Yakin kali ini pilihan Tengku Aaron memang tepat.

     “Haa.. daripada awak menyibuk kat sini, ada baiknya awak tolong saya ngan mummy keluarkan pinggan dan mangkuk dari rak atas tu. Barula ada guna tinggi awak yang macam KLCC tu.” Damia sengih.

4 comments:

  1. nak jgk dpt bkl suami mcm tgku aaron tuh.. bole than sweet wlawpown ego. sk cgt2.

    ReplyDelete
  2. bila nak publish cite nie..intresting! congrate la anjell

    ReplyDelete
  3. Cheryel Charissah12 November 2013 at 11:05

    hahaha, hebat

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )