BAB
14
“Saya
dah agak dah. Mesti dua orang tu lebih daripada kawan.”
Ketika itu, aku dan Dr. Hilman sedang duduk di dalam
Magnum Cafe yang terletak di tingkat tiga pusat beli-belah itu. Dr. Hilman ugut
nak dukung aku kalau aku tak ikut dia ke sini. Katanya, dia mahu aku tenangkan
fikiran. Teringat kembali apa yang baru dikhabarkan oleh Dr. Hilman sebentar
tadi.
“Mereka berdua cakap mereka sedang cari cincin untuk
bertunang.”
Cuma satu baris ayat. Tapi kesannya mendalam. Hancur
luluh perasaanku. Tak kuat iman, mahu aku terjun Mid Valley ni. Aku tak tahulah
macam mana Dr. Hilman boleh tahu. Tapi aku percayakan dia.
Cari cincin betunang? Berapa kali mamat tu nak
bertunang? Belum kahwin lagi dah ada niat nak madukan aku?
“Perempuan tu.. Dia sepupu saya.” Perlahan suaraku.
Kenyataan perit. Wajah Dr. Hilman jelas kaget sebelum pandangannya berubah
lembut. Aku kenal pandangan itu. Simpati.
Makin nak menangis aku rasa. Aku taknak orang
bersimpati denganku. Mesti dia ingat aku bodoh. Dikhianati oleh dua orang yang
paling dekat denganku.
“Salah siapa? Siapa mula dulu? Iwan atau Safura?”
Aku bingung sendiri.
“Well.. it
takes two idiots to do something stupider than stupid. And if none of them being stupid, that doesn’t occur. ” Hmm..
sekali status keluar dari mulut Dr. Alpha Male, berbisa. Jawapan versi, ‘Tepuk
sebelah tangan takkan berbunyi’ dan ‘Kalau tiada angin, masakan pokok
bergoyang?’
“Apa saya nak buat ni? Apa saya nak cakap kat semua
orang?” Rasa frust sampai aku rasa
nak aje bagi dahi high five dengan
meja beberapa kali. Rasa nak menangis.
Aku mengeluh berat. Hilang keseronokanku keluar
berhibur di hujung minggu ini. Mood
untuk menonton wayang pun dah merudum jatuh. Baru sebentar tadi Dr. Hilman
menelefon Hariz untuk memberitahu supaya dia dan Sabiha masuk panggung dulu
tanpa menunggu kami berdua.
“Kesian umi dan abi nanti. Mesti malu.” Mengenangkan
kedua-dua orang tuaku, dadaku terus rasa sebak. Lantas terasa hujung mata mula
panas. Sekali berkelip, luruh setitik air jernih. Dah tak mampu untuk menahan
benteng air mata.
“Kenapa Iwan buat saya macam ni? Saya tak cukup
bagus ke?” Makin lebat air mataku.
Aku dah tak peduli dengan Dr. Hilman yang sekali
lagi menjadi saksi tumpahnya air mataku. Dah hilang semua malu selepas Dr.
Hilman turut jadi saksi kecurangan Iwan tadi.
“Eh, Hazel! Awak janganlah menangis.” Suara Dr.
Hilman berbaur panik.
Aku angkat muka pandang Dr. Hilman. Muka selambanya
sebelum ini agak tergugat. Nampak serba-salah dan agak cemas. Mungkin tak tahu
nak buat apa bila ada perempuan menangis di depan dia. Kedua-dua tangan yang
berada di atas meja dikepal erat sehingga menampakkan beberapa vena darah di
balik kulit lengannya itu.
“Awak tak tahu. Hati saya sakit, tahu tak?” Sumpah aku
tak bermaksud untuk berkata dengan kuat. Selepas beberapa kepala menoleh ke
kami, aku baru tahu yang suaraku dah naik satu oktaf tadi.
Tapi aku peduli apa?
“Hei.. jangan nangislah. Nak menangis, pergilah
masuk tandas.”
Apa daa? Macam tu ke cara nak pujuk perempuan
menangis? Yang taknak menangis pun boleh berjurai-jurai air mata!
Tanpa menghiraukan Dr. Hilman, aku kesat air mata
yang tak putus-putus itu dengan belakang tapak tangan. Dah tak peduli kalau
muka aku hodoh sebab mencebik-cebik menangis. Tak tahu kenapa hari ni boleh
jadi minah leleh pula.
“Eh, Hazel! Jangan nangis la. Malulah orang tengok.”
Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Aku terus
menangis.
“Please… don’t
cry, sayang.. darling..”
Mati terus sedu-sedan aku lepas dengar dia cakap
macam tu. Terkejut. Dia panggil aku apa? Aku angkat muka.
“Haa.. berhenti pun!”
Mencerun mata pandang Dr. Hilman.
“Dr. tak patut panggil saya macam tu!” Bengang.
Dr. Hilman angkat sebelah bahu.
“I don’t care.
Janji awak berhenti menangis,” jawabnya selamba.
Aku mendengus. Berhenti terus kilang air mataku
gara-gara melayan perangai ‘aku peduli apa’ Dr. Hilman ini. Berani dia
bersayang, berdarling dengan aku?
Tunang aku baru buat hal kut!
“Awak patut tengok sekeliling. Tak malu ke menangis
depan khalayak umum?” Dr. Hilman bagaikan sedang menahan suaranya.
Aku pandang sekeliling. Banyak juga mata yang
tertumpu ke arah mejaku. Muka tiba-tiba rasa berbahang. Kali ini bukan sebab
mahu menangis. Tapi sebab malu.
Ada sekumpulan gadis memandang Dr. Hilman dengan
penuh sinis. Kemudian geleng-geleng kepala. Macam nak cakap, ‘tak guna handsome kalau hati awek sendiri pun tak
reti nak jaga’. Bila aku pandang Dr. Hilman, nampak rahangnya diketap kuat.
“See..
semua ingat saya dah buat awak menangis.” Dr. Hilman macam tak puas hati. Tak
pasal-pasal dia jadi mangsa keadaan.
“Sorry,”
gumamku perlahan. Aku tunduk pandang meja.
Kedengaran keluhan dilepaskan oleh insan di depanku
itu.
“Save your
tears, Hazel. He is not worth it. You’re better than anyone he could have. He
cheats on you. Then it’s his big loss. Don’t
cry for something that’s not yours. At least, not yet.” Kali ini lembut
suara Dr. Hilman berbiacara.
Aku angkat muka. Mata tepat berlaga dengannya.
Panahan matanya ikhlas. Aku terkedu. Ulang kembali apa yang dia cakap dalam
kepala.
Don’t
cry for something that’s not yours.
Sentap. Dia betul. Kenapa aku perlu bazirkan air
mata menangisi sesuatu yang belum pasti menjadi hak aku? Iwan cuma tunang.
Bukan suami aku. Mungkin ini semua petunjuk yang Allah tunjukkan yang Iwan bukan
jodohku?
“Bersyukurlah yang dia buat perangai sebelum kahwin.
Baik sakit sekarang daripada sakit selepas awak dah terikat dengan dia.”
Dalam hati mengiakan. Aku tak boleh bayang kalau
Iwan buat perangai selepas aku bergelar isterinya. Mahu terbang mesin basuh. Silap-silap
tempah keranda si Iwan tu gara-gara aku naik angin. Jangan harap aku akan sudi
bermadu. A big NO! Bukan menolak,
tapi nak bermadu perlu keikhlasan. Bermadu itu satu pilihan.
“Apa saya nak buat sekarang ni?” soalku lemah.
“Not my
problem.”
Huh.. sedih pun tak hilang lagi, bertambah pulak
dengan sakit hati pada manusia di depan aku ni! Mental aku bercakap dengan Dr.
Hilman ni. Tiga patah perkataan dari bibirnya itu mampu bikin aku hentak kepala
ke meja makan.
Kemudian aku dengar Dr. Hilman mengeluh. Memang
perangai mamat ini agaknya. Selepas bercakap ikut sedap kotak suara dia, mesti
mengeluh dan baru keluarkan hujah bernasnya.
“Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.
Macam masalah Algebra. Mungkin simple
macam Linear Equation. Nak kompleks
macam Polinomial Equation. Consider x is the main source of problem,
find x. By using the same formula, x is still the same value. The only difference is how long you take
time to solve it.”
Macam yang aku cakap tadi, dia pasti keluarkan hujah
bernasnya. Tapi.. Mentang-mentang pensyarah Matematik, Algebra dia aplikasi
dalam masalah aku.
“Dalam Matematik, soalan kadang-kadang bukan mahu
cari jawapan. Dia dah bagi jawapan. Apa yang soalan tu sebenarnya nak adalah, Prove it!”
“Tapi proof
dah ada. Sekarang ni saya tak rasa saya nak kahwin dengan dia. Hati saya dah
hancur. Saya dah tak percayakan dia.” Aku meluah rasa.
Kalau ikutkan lebih kurang lapan bulan lagi, aku dan
Iwan bakal disatukan. Dr. Hilman betul. Aku bersyukur tembelang Iwan pecah
sekarang. Aku akan cuba berbincang dengan Iwan, tapi bukan sekarang. Selepas semuanya terjadi, aku tak tahu mampukah aku bertenang untuk menghadap lelaki
itu.
“Kenapa tak batalkan semuanya?” Dengan kening
berkerut Dr. Hilman bertanya. Pasti dia pelik sebab aku nampak macam taknak
lepaskan Iwan walaupun hakikatnya aku dah macam diperbodoh-bodohkan oleh lelaki
itu.
“Dr. tak faham.” Aku mengeluh lemah.
“Enlighten me.”
Mengeluh lagi.
“Majlis tu tinggal beberapa bulan je lagi.
Macam-macam persiapan dah saya lakukan. Semua orang kampung dah tahu. Kalau tak
jadi, malulah keluarga saya nanti. Dahlah umi saya rapat dengan mama Iwan. Saya
takut nak kecewakan mereka berdua. Tapi bila dah jadi macam ni, saya taknak
kahwin dengan Iwan.” Aku meluah rasa.
“Need my
advice? Perhaps for once in your
life, you need to think of your own happiness. Be selfish,” nasihat Dr.
Hilman.
Aku terdiam. Pentingkan diri sendiri dulu?
“And to be selfish, you need courage.”
Huh.. stresnya rasa! Mukaku mula berkedut menahan
segala rasa.
“Hei.. relaks, Hazel. Jangan terlalu banyak berfikir.
Ini bukan macam masalah Fermet’s Last Theorem yang memerlukan tiga ratus lima
puluh lapan tahun untuk diselesaikan.” Lembut suara Dr. Hilman bagaikan sedang
memujukku. Mungkin perasan dengan perubahan air mukaku.
“Apa kata untuk hari ni, awak lupakan segala-galanya
dan enjoy?” cadang orang di depanku
lagi.
Mampukah aku? Aku mengeluh. Aku juga mahu cuba
lupakan segalanya. Walaupun cuma untuk hari ini. Walaupun besok mungkin air
mataku kembali mengalir.
“Okey.”
“Okey?”
“Ya.. okey. Lupakan segalanya untuk hari ni dan enjoy.” Aku cuba ukir senyuman semanis
mungkin untuk Dr. Hilman.
“Betul ni?” Jelas nampak riak curiga di balik wajah
kacak Dr. Hilman itu. Mesti pelik dengan perubahan mood aku yang macam berubah dengan sekali petik jari.
Beria-ia kepala angguk dengan senyuman. Cara untuk
menutup segala ombak badai yang melanda perasaanku ketika ini. Aku terpaksa
pagar perasaan sendiri. Aku taknak Dr. Hilman simpati denganku.
Aku teguk Ice Lemon Tea. Dahagalah pulak lepas menangis
tadi. Hanya itu dan Cuchara Fries yang dipesanku. Masih kenyang lepas makan di
Secret Recipe tadi. Dan Dr. Hilman… semestinya Espresso. Espresso dan Mushroom
Salad.
Aku ambil satu ubi kentang dan disuakan ke dalam
mulut. Boleh tahanlah rasa dia. Kemudian pandang sekeliling. Ini kali pertama
aku masuk ke Magnum Café. Tertanya-tanya juga aku kenapa Dr. Hilman ajak aku ke
sini.
“Suka kacang Almond, kan?” soal Dr. Hilman
tiba-tiba.
Teragak-agak kepala dianggukkan. Kenapa tiba-tiba
tanya?
“Hazelnut? Pistachio? Oreo? Marshmallow? Chocolate chips? Dried fruits?”
Okey.. makin pelik.
“Kurang suka marshmallow dan dried fruits.” Aku tetap jawab.
“Do you prefer
white chocolate or dark chocolate?”
“Dark.”
Sebaik sahaja aku habis jawab, dia terus bangun.
“Eh, nak pergi mana pulak ni?” soalku. Rasa aneh
dengan soalannya sebelum ini pun tak hilang lagi, dia buatkan aku
tercengang-cengang sekali lagi dengan perangainya.
“Tunggu kat sini. Jangan menangis pula.” Tanpa
menjawab soalanku, dia melangkah turun.
Aku abaikannya. Tak faham aku dengan perangai Dr.
Hilman Ukasyah ni. Baik aku habiskan makanan di depan mata.
Beberapa minit selepas itu, Dr. Hilman muncul. Dia
letakkan satu bekas kertas yang terisi aiskrim Magnum. Bezanya, Magnum di depan
mataku itu dihiasi dengan pelbagai jenis kacang dan juga biskut hancur.
Laa.. soalan dia tadi pasal benda ni ke?
“Untuk saya ke?” Lagi nak tanya soalan. Padahal dah
sah-sah di depan hidung aku dia letak.
Dia cuma angguk. Aku ternganga. Tak tahu nak balas
apa. Terharu ada. Terkejut pun ada.
“Well.. thanks,”
ucapku ikhlas.
Aiskrim Magnum yang terhias cantik itu kutenung.
Telan liur. Cantik sangat sampai nak makan pun tak sampai hati. Mesti mahal ni.
Aku tak berani nak tanya harga. Kurang sopan tak kalau aku nak bayar semuanya?
Sebab serius aku rasa segan dan bersalah. Dahlah segala bil di Secret Recipe
tadi atas namanya.
“Kenapa tak makan?” Suaranya memecahkan lamunanku.
Aku pandang dia.
“Err.. berapa ringgit semua ni, Dr.?” soalku sambil
menunjukkan menuku.
“It’s my treat.”
“Tapi..”
“Bila lelaki cakap dia belanja, maka jangan pernah
pertikaikan keikhlasannya.”
Keras terus lidah untuk menjawab. Suara cuma
biasa-biasa, tapi aura ketegasannya tetap terbias.
Masalahnya.. kalau lelaki tu orang yang tak berapa
rapat dengan perempuan tu, perempuan tu pun reti rasa segan.
Aku dengar Dr. Hilman ketawa. Mukaku blur.
“Seriously
that bothers you? Then kita boleh
buat-buat rapat.”
Dari blur
terus muka rasa macam kena panggang. Hangat. Bila dia cakap macam tu, aku tahu
yang aku dah suarakan apa yang aku fikir tadi.
“Saya belanja, Hazel. Lagipun saya dah kerja. Anggaplah
ni belanja dari seorang pensyarah untuk pelajarnya yang baik. Ataupun dari
seorang jiran untuk jirannya. Dah.. Jangan fikir pelik-pelik lagi,” katanya.
Suara Dr. Hilman itu cuma biasa-biasa. Tapi aku dapat rasakan itu bagaikan satu
pujukan.
“Then..
terima kasih sekali lagi, Dr.”
Perasaan seganku dibuang jauh-jauh. Mungkin hari ini
rezekiku murah.
“Dengan student
lain Dr. layan macam ni ke?” soalku ingin tahu.
“Tak. Cuma awak seorang.”
Speechless!
Melihat kebisuanku, Hilman terus tersenyum senget.
“Oh, jangan perasan special pulak. Cuma awak yang suka cari pasal dengan saya,”
sambungnya lagi.
Hai.. sabar je la! Nasib baik dia belanja magnum.
Sejuk jugak hati aku.
“Dr. selalu ke datang sini?” Tukar soalan.
“No. This is
my first time. I hate ice-cream and I hate sweet stuffs.”
Wah.. memang betul-betul benci ni! Habis tu.. kenapa
seret aku ke sini? Tak faham.
“Habis, macam mana Dr. boleh tahu topping untuk aiskrim ni?” tanyaku
pelik. Teringat balik soalan-soalan aneh dia tadi.
“Kan tertulis dalam menu tadi?”
Aku ternganga. Menu yang sama-sama kami belek
sebelum oder tadi ke? Sekali belek, dia dah boleh ingat apa yang tertulis? Dan
ini merupakan kali pertama dia datang sini. Wow!
“Kenapa buat muka macam tu?” soal Dr. Hilman.
Espressonya dihirup seteguk.
“Muka macam mana?”
“Muka macam… baru lepas tengok hero atau artis
pujaan hati lalu kat sebelah. Stunned.
Yes.. that’s the word. You look stunned,” katanya berhati-hati. Mungkin
juga pelik.
Cepat-cepat aku kawal ekspresi muka. Air diteguk
untuk basahkan tekak. Tertangkap pula. Aku terpegun kerananya. Tapi.. Mana
mungkin aku puji dia.
“Takde apa-apa. Saya cuma suka sangat-sangat dengan
aiskrim Magnum.”
“Tahu. Saya harap awak makanlah aiskrim tu walaupun
tu bukan Magnum Almond.”
Sekali lagi aku terkejut.
“Macam mana Dr. tahu saya suka Magnum Almond?”
“Kerana Magnum kita boleh kenal. Takkan dah lupa
kut? Hari pertama kita jumpa dulu, bukan ke awak sedang makan aiskrim Magnum
Almond? Kalau tengok muka kecewa awak lepas aiskrim tu jatuh, saya tahu awak
memang suka aiskrim tu.”
Tiba-tiba teringat kembali peristiwa kali pertama
kami bertemu dulu. Dia betul. Gara-gara Magnum kami berjumpa. Bila dia cakap
dia genius dan boleh siap ingat jenama kasut Iwan pakai sebelum ni, aku ingat
dia cuma nak berhiperbola dan bersarkastikus
denganku.
Tapi, lepas dia siap boleh ingat perisa aiskrim apa
yang kupilih ketika kami berlanggar dulu dan boleh hafal nama-nama toppings dalam menu tadi dengan sekali
belek, aku akui dia memang ‘sesuatu’.
Orang putih cakap…. Gifted!
“A’aa.. lupa pulak,” kataku malu-malu. Malu sebab
aku lebih muda daripadanya tapi ingatanku tak sebagus dia.
Kami sama-sama senyap. Dia hirup espresso. Aku pula
gigit aiskrim Magnumku. Mula rakus. Dah tak peduli Dr. Hilman di depan mata.
Segan aku dah hilang. Bukan aku la kalau nak control ayu di depan lelaki. Aku ni jenis aci redah. Bukan jenis
yang makan sikit, lepas tu lap-lap bibir. Buat apa nak kawal semuanya? Aku
bukannya nak tarik perhatian Dr. Hilman. Jadi.. jangan hipokrit dengan diri
sendiri.
“Kenapa perempuan suka benda-benda manis?” Dr.
Hilman melihatku makan aiskrim. Keningnya berkerut. Macam betul-betul pelik.
“Sebab sedaplah. Jauh lebih sedap daripada espresso
Dr. yang pahit tu.” Aku mencebik. Aku dengan dia memang kontra. Dia suka apa
yang aku tak suka. Aku suka apa yang dia tak suka.
Tapi.. bukan ke orang kata, opposites attract? Haa.. Hazel, dah… jangan nak mengarut! Kita
sekarang bukan bercakap pasal medan magnet ya.
“Dr. jangan minum espresso banyak sangat. Kafien tak
baik untuk kesihatan.”
“Kata orang yang bakal kena diabetes dua tiga tahun
lagi,” bidas Dr. Hilman balik.
Amboi… seenak aiskrim Magnum dia cakap aku bakal
kena diabetes. Siapa yang belikan aku Magnum ni?
“Mana ada. Saya bukannya selalu makan benda-benda
manis macam ni.” Aku tak puas hati.
Kami terus habiskan makanan kami.
Sekurang-kurangnya, aku lupa masalahku seketika sebaik sahaja Magnum masuk
mulut. Betullah orang cakap makan aiskrim boleh buat kita tenang. Walaupun
sekejap.
Rasanya.. aku kena berterima kasih kepada Dr. Hilman
untuk hari ini.
Yeayyy tk sabor nk bce drama iwan nnti����
ReplyDeleteWaaa.ibarat anjing dan kucing dah mula nak berbaik. Mungkinkah akan jadi seperti kapur dengan kunyit!
ReplyDeleteWaaa....bunga2 dah ada
ReplyDeleteMakin berdebar nak tunggu next entry ni
ReplyDeleteMakin menarik...
ReplyDeleteNak lagi, nak lagi, nak lagi... 😍😍😍
ReplyDeleteMakin menarik....nak lagi....give more....
ReplyDeleteWaa . Iwan memang minta kaki . Hahaha . Sabar laa Hazel ,hang punya Nut ada dekat sebelah hang ja . Jangan risau . Hahah
ReplyDeleteYehaaaaa...dreams come true, Hazel milik Hilman...
ReplyDeletetak sabarnya nak tunggu next entry....
Hoping for happy ending ya cik writer
Very Nice And Interesting Post, thank you for sharing
ReplyDeleteInspirational Quotes - Gym Quotes
Best Quotes - Success Quotes
Positive Life Quotes - Image Bank
Future Quotes - Excellence Quotes
كلام جميل - حكمة اليوم