BAB
11
Hari
Khamis. Huh.. mengeluh! Mahu ponteng lagi? Tidak sama sekali. Kalau aku kena
strok pun aku memang akan seret badanku ke kelas Dr. Hilman. Taknak ulang salah
yang sama. Trauma dowh!
Takde semangat langsung bila aku masuk ke kuliah Research
and Statistics. Aku duduk di tempat biasa. Semestinya dengan Sabiha. Dewan
kuliah macam biasalah kalau tiada pensyarah. Mengalahkan pasar bisingnya.
“Dah settle
ke?” soal Sabiha.
Aku cuma angguk. Hujung minggu aku berhempas-pulas
siapkan slide pembentangan untuk
minggu ini. Aku yang gabungkan kesemuanya. Memang banyak kerja aku. Tapi aku
memang rela hati kerana mahu menebus segala kesilapanku. Harus berikan yang
terbaik kerana kumpulan kami agak ketinggalan.
Beberapa minit kemudian, hiruk-pikuk dewan kuliah
makin mereda sebelum berhenti sepenuhnya. Maksudnya cuma satu. Dr. Hilman dah
tunjuk remos dia.
“Afternoon,
class,” sapa Dr. Hilman. Mata melilau sekeliling dewan kuliah. Dia ada
kuasa magis ke? Atau mata kuasa CCTV? Dapat kesan siapa tak datang kelas dia
dengan sekali imbas?
“Okay, class! We
proceed to our today’s topic,” kata Dr. Hilman sambil menukar slaid
pembentangannya.
Semua mata tertumpu pada skrin besar di
tengah-tengah dewan. Semua khusyuk mendengar. Aku juga turut keluarkan buku
nota untuk menyalin isi-isi penting syarahan Dr. Hilman.
----------------
“Kalau
tiada sebarang persoalan, bolehlah kita mulakan pembentangan. Kumpulan siapa
dulu?” Mata Dr. Hilman pandang sekeliling dewan kuliah.
Sunyi.
Dr. Hilman capai satu kertas.
“Okey.. disebabkan tiada yang rela hati, saya
mudahkan kerja awak semua. Presentation
bermula mengikut nama ketua kumpulan. Alphabetical
order. So, first group, please come forward. Ainan Sumayyah binti Habib.
Others, please lend them your ears or do your works quietly,” seru Dr.
Hilman selamba.
Dr. Hilman berjalan dan duduk di kerusi pelajar yang
paling depan. Terkocoh-kocoh aku nampak satu kumpulan yang terdiri daripada dua
lelaki dan tiga perempuan berlalu ke depan dewan kuliah. Kumpulan pertama yang
dipanggil Dr. Hilman.
Kemudian baru perasan sesuatu. Kumpulan pembentangan
ikut nama ketua kumpulan. Ketua kumpulanku adalah aku. Namaku bermula dengan
huruf T. Aku dapat rasakan kumpulanku bakal menjadi kumpulan terakhir.
Aku mendengus perlahan. Sabiha pandang aku. Sebelum
dia tanya, aku terus bersuara.
“Nama aku T. Berjanggutlah kita nak tunggu kumpulan
kita.” Dahlah minggu lepas tak bentang. Minggu ni pula bentang di penghujung
waktu. Sabar je la.
“Nak buat macam mana. Dah Dr. Hilman tanya siapa nak
volunteer, takde yang nak. Dia
ikutlah kepala sendiri,” bahas Sabiha.
Aku mengeluh. Semua orang gerun untuk menjadi
kumpulan pertama. Tapi, semua memang taknak jadi kumpulan terakhir. Jenuh nak
menunggu. Apa nak buat? Bila aku pandang sekeliling, semua dah buat kerja masing-masing.
Sabiha sibuk dengan telefon pintarnya. Tengah sibuk
dengan tugas presidennya la tu. Adira dan Anas pun turut lakukan kerja sendiri.
Akhirnya aku turut buka komputer riba, sambung baca jurnal. Hanya itu yang
boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang.
Sedar tak sedar, lagi lima minit jam menunjukkan
pukul lima petang. Kelas dah nak habis. Aku tak tahulah berapa banyak lagi
kumpulan yang belum bentang. Bentang cuma lima minit. Kurang tak apa, tapi
jangan lebih. Nanti kena potong markah.
“Kelas dah nak habis. Kumpulan yang dah siap tu,
bolehlah balik dulu. But please keep
quiet. Do not disturb your friends here. Masih ada dua kumpulan yang belum present. Kumpulan Syarifah Fazira binti
Syed Hamidi dan kumpulan Tristin Hazel binti Tahir.”
Mendengar je kata-kata Dr. Hilman itu, semua mula
bangun dan meninggalkan dewan dengan kadar bunyi yang paling minima. Cuma
kumpulan aku dan kumpulan Syarifah Fazira tu la yang tinggal. Macam yang aku
agak, kumpulan aku memang yang terakhir.
“Lain kali, jangan letak aku jadi ketua. Letak nama
kau, Dira. Nur Adira. Tengah-tengah,” kataku.
Sungguh aku dengki tengok semua yang dah angkat kaki
meninggalkan dewan kuliah besar ini.
Selepas sepuluh minit menunggu, akhirnya tiba
giliran kami membentang. Ini yang aku malas kalau jadi kumpulan terakhir.
Semangat nak bentang dah ke laut. Dalam kepala cuma ingat rumah.
“Hmm… ni group yang absence minggu lepas, kan?” selamba Dr. Hilman bertanya. Kami
berempat dipandangnya.
Mataku melaser ke arahnya. Dah tahu, lagi nak tanya!
Sengaja nak aku rasa bersalah.
“Tak nak start
ke? You guys have a lot of things to
convince me, don’t you?”
Ahli-ahli kumpulanku saling berpandangan sesama
sendiri. Semua tayang muka sama. Blur.
“Saya rasa seronok habiskan hujung minggu saya.
Fikiran saya jadi tenang. Dan hati saya pun jadi makin lembut. Dan terima kasih
pada kegigihan seseorang, saya akhirnya bersetuju untuk memberikan awak semua
peluang lagi sekali,” kata Dr. Hilman.
Dia pandang aku. Buatkan aku turut menjadi tumpuan
kawan-kawanku. Automatik mulutku sengih.
“But! This is
your last chance. Jadikan
pengajaran. Sebab ini kali pertama, saya maafkan awak semua. Lain kali, saya
memang bagi kosong terus. I told you
before. Kelas saya jangan buat main-main. Understood?” katanya tegas.
Kami semua bersungguh-sungguh angguk.
“Plus.. I’m not a barbarian.” Sempat dijelingnya
aku sekilas. Hanya kami berdua yang faham.
Muka aku terus macam kena panggang. Panas. Teringat
balik kejadian seminggu yang lepas. Malunya!
“Terima kasih, Dr. Kami bersyukur sangat-sangat. Kami
janji kami takkan ulanginya lagi.” Sabiha mewakilkan kami semua untuk berterima
kasih.
“You’re
welcome. Don’t waste any time. Please
proceed. I want to see your title,” arahnya.
Tanpa melengahkan masa, aku membuka power point untuk pembentangan minggu
lepas. Nasib baik aku terbuka hati untuk menyimpannya. Kawan-kawanku semua
berputus asa dan buang slide
pembentangan itu. Mahu melupakan benda yang mustahil untuk terjadi. Kalau tak
memang bentang pakai kertas je la.
Kami memulakan pembentangan. Tiba-tiba rasa bersemangat
pula untuk membentangkan projek separuh jalan kami itu.
“The
interaction between mathematical rules and physic rules.” Dr. Hilman baca
tajuk projek kami.
“Tajuk awak general
and simple. Good. Tapi, saya rasa lagi proper
kalau awak buang perkataan rules tu.”
Kami mengikut
arahannya. Kami terus membentang. Dr. Hilman pula turut mendengar sambil mata
membaca slaid. Lima minit berlalu, tamat pembentangan pertama kami. Kami
menunggu komen Dr. Hilman.
“Okay.. good.
Proceed to second presentation,” arah Dr. Hilman. Tanpa melengahkan masa,
aku terus membuka power point
pembentangan yang kedua. Dr. Hilman cuma mendengar dan sesekali menegur apabila
kami membuat kesilapan.
Tamat pembentangan kedua. Dr. Hilman diam dulu.
“Tajuk, dah okey. Jurnal pun, takde masalah. Kiranya
awak dah bentang enam jurnal dan masih ada empat lagi. Untuk hari ni, jurnal
banyak pasal matematik daripada fizik. Saya harap empat jurnal lagi tu lebih
menunjukkan fizik daripada matematik. Jangan risau kalau ada clash of theories, itulah gunanya literature review. Fahamkan maksud
saya?”
Kami berempat angguk.
“Macam Laplace’s
Equation. Awak boleh describe apa
tu Laplace’s equation. Laplace’s equation is a partial differention
equation. It is a heat equation. It also corresponds to finding fluid
equiblirium. Kalau jumpa jurnal yang boleh prove macam mana terbentuknya Laplace’s
equation tu lagi bagus,” terangnya. Kami tekun mendengar dan menyalin apa
yang patut.
“Haa.. saya siap dah bagi contoh untuk awak. Lucky you. So, any questions so far?”
Kami geleng kepala.
“Okay, good
job, ladies. That’s all for today. Sorry for keeping you late. You may go now.”
“Terima kasih, Dr.,” ucap kami serentak. Dr. Hilman
cuma angguk sebelum dia pun turut berkemas.
Seorang demi seorang kawanku meninggalkan dewan
kuliah, akhirnya aku tinggal berdua dengan Dr. Hilman. Aku merapatinya.
“Saya nak ucapkan terima kasih pada Dr. sebab sudi
beri peluang sekali lagi kepada kumpulan kami,” kataku. Lebar-lebar aku sengih.
Bibir Dr. Hilman mahu menguntum senyum sebelum
dimatikan dengan segera. Muka selamba ditayang.
“I told you
before. I’m easily melted with espresso.”
Membuatkan aku terus teringat pada peristiwa hari
Jumaat yang lepas. Selepas rasa bersalah kerana meninggikan suara dengan Dr.
Hilman, aku gigih mencari Starbucks semasa rehat solat Jumaat. Niatnya cuma
satu. Mahu membeli espresso sebagai tanda kemaafan.
Dan bila aku menghantarkan espresso itu kepadanya,
dengan sebelah kening terangkat dia mempersoalkan kehadiranku yang tidak
diundang itu. Aku cuma meletakkan cawan espresso yang tertampal satu sticky note yang tertulis ‘Sorry’ itu di atas mejanya. Sebelum
sempat dia bertanya apa-apa, terus aku cabut lari. Sebab aku masih marahkannya
lagi! Pelikkan cara aku?
“Oo.. itu ke?” Kembali ke alam nyata.
Aku mula memintal-mintal hujung tudung bawalku. Awkward… Aku ingat dia takkan bangkitkan
hal itu. Maklumlah.. masa di kampung hari tu pun dia tak pernah cakap apa-apa. Malulah
pula. Kalau aku tahu sesenang itu hatinya cair dengan espresso, pasti sepuluh
cawan espresso aku beli untuknya. Kalau perlu, memang aku belajar cara-cara nak
bancuh espresso. Khas untuknya.
“Apa-apapun, terima kasih sekali lagi,” kataku lagi.
“Sama-sama.”
Dr. Hilman siap berkemas. Mula melangkah pergi.
Seakan-akan baru teringat sesuatu, Dr. Hilman berhenti dan berpusing untuk
menghadapku.
“Oh, anyway..
saya bagi peluang kedua bukan sebab awak. Tapi sebab saya taknak kawan-kawan
awak gagal sebab awak. So, jangan
rasa special sangat la ya?”
Aku melihat dia menapak pergi sesudah habis berkata.
Back to jerk self!
Tapi aku cuma senyum. Sungguh tak sangka baik juga
Dr. Hilman ya? Aku rasa aku kena balas jasa Dr. Hilman. Telefon pintar
dikeluarkan sebelum ikon WhatsApp ditekan. Skrol ke bawah mencari chat yang agak lama. Bila keluar nama
Dr. Alpha Male, aku terus tekan untuk membukanya. Chat terakhir adalah lebih kurang tiga minggu yang lepas.
Thanks
again, Dr.
Kalau
Dr. mahukan pertolongan apa-apa, saya sedia menolong Dr.
Tiga emoji sengih aku letak sebelum butang send ditekan. Tunggu sesaat, hanya ada
satu tick. Maksudnya dia masih offline. Aku turut matikan mobile data sebelum simpan balik telefonku
ke dalam beg.
Sebaik saja keluar dewan, kawan-kawanku masih
menunggu.
“Hazel, terima kasih sangat-sangat sebab kau dah
berjaya pujuk Dr. Hilman untuk bagi kita peluang kedua.” Itu daripada Adira.
“Betul tu. Tak sangka Dr. Hilman akan bagi peluang
kat kita. Aku ingat dah bye bye dah
pada presentation minggu lepas. Nasib
baik kau simpan slide tu.” Itu pula
daripada Anas.
“Alah.. tak payah berterima kasih la. Bersyukurlah
sebab Allah dah lembutkan hati Dr. Hilman tu. Lagipun memang salah aku semua ni
jadi. So, memang aku la yang kena
usaha lebih untuk betulkan segalanya,” kataku.
“Bersyukur
gila aku rasa. Weh.. kami berdua balik dululah.” Adira minta diri.
Adira dan Anas berlalu, meninggalkan aku dan Sabiha
berdua. Memang rutin aku jadi pak supir kepada mem besar kat sebelah ni kalau
dia malas nak jalan balik kolej kediaman. Aku dan Sabiha berjalan beriringan ke
tempat letak kereta.
“Minggu lepas Dr. Hilman balik kampung kau ke?” soal
Sabiha. Aku angguk.
“Mummy dia
buat majlis tahlil. Sebab tu dia balik kut.”
“Kau cakap dengan aku. Apa yang kau dah buat kat dia
sampai-sampai dia rasa seronok duduk kampung, fikiran jadi tenang dan hati dia
lembut?” Sabiha pandang aku lain macam.
“Kenapa tanya aku pula? Manalah aku tahu. Dah dia
balik jumpa mak dia, mestilah dia seronok,” jawabku. Macamlah semuanya ada
kena-mengena denganku.
“Manalah tahu kut-kut kau ikat kontrak jadi hamba
abdi dia semata-mata nak dia bagi peluang kedua kat kumpulan kita? Kalau tengok
muka dia Khamis yang lepas, orang nak kencing pun tak jadi. Ngeri seh! Memang sah-sah nekad takkan beri
peluang kedua.”
Aku ketawa.
“Daripada aku ikat kontrak jadi hamba abdi dia, baik
aku pergi bomohkan dia. Bagi minyak senyonyong ke, biar dia ikut cakap aku.”
“Weh.. khurafat kau! Tak baik. Lecturer kau tu.”
Sekali lagi aku ketawa mendengar jawapan Sabiha.
“Takdelah. Hari jumaat hari tu, aku jumpa dia. Minta
jasa baik dia untuk beri kumpulan kita satu lagi peluang. Aku minta maaf dengan
dia sebab semuanya salah aku,” ceritaku serba ringkas. Tolak bahagian drama
yang melibatkan aku menengkingnya dan aku berair mata.
“Dahlah. Yang penting, dia dah bagi peluang kat
kita. Jom, kita balik,” ajakku. Malas nak memanjangkan tentang hal ini.
Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, terlintas di
hati untuk hidupkan kembali mobile data.
Automatik dengar pelbagai bunyi notifikasi. Lampu LED telefonku pun turut
berkelip-kelip. Aku buka notifikasi WhatsApp.
Of
course.
Everything
has a price.
Just
you wait.
Dari Dr. Alpha Male. Amboi.. ayat dia! Aku boleh
bayang senyum trademarknya masa dia balas
WhatsAppku itu. Dah nampak dah beberapa hari nanti aku bakal jadi hamba abdi
Dr. Hilman. Tak pasal-pasal menjadi nyata pula apa yang dikatakan Sabiha tadi.
Haha.
“Yang kau senyum sorang-sorang ni kenapa?” Suara
Sabiha di sebelah menegur. Terlupa pula ada yang memerhati.
Aku tersedar. Eh, aku senyum ke? Dan.. kenapa pula
aku senyum? Aku cepat-cepat tayang muka selamba.
“Baca WhatsApp la.” Cuma itu jawapanku sebelum
telefon dimasukkan kembali ke dalam beg. Aku mula mengundurkan kereta.
“Dari Iwan la tu,” cebik Sabiha.
Aku tak beri apa-apa komen lagi.
Keep it up kak anjell . Tak pernah tak best
ReplyDeleteHohoho....everything has a price..
ReplyDeleteAnjell...mmg best...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBest.. . Curious nk thu hazel putus tunang or tak... klu ptus mcm mne boleh putus... huhu... sbb klu x silap bace dlm hero seorg cndrella hazel n hilman mcm tgh dating tp gaduh2.. . ����
ReplyDeleteBaru prasa,dlm HSC,ade watak diorg ni
DeleteMore k.anjell....terbaik lah...
ReplyDeleteMore k.anjell....terbaik lah...
ReplyDeleteDlm group hazel tu sume pompuan ke? Sbb dr.hilman sebut ladies... Anas tu pompuan eh?
ReplyDeleteBest..👍🏻👍🏻👍🏻😍😍😍
ReplyDeletewah..semangat i baca. i like
ReplyDeleteBest gilerrr! >^< berjanggut sy tunggu sis update alpha male....akhirnya! Omg rase sweet plk dorg ni ¥~¥....palli update tau tau tau ;)
ReplyDeleteDaripada yang saya baca dekat teaser HSC, mesti Iwan curang dengan Safura then Hilman dengan Hazel kene paksa kawin .
ReplyDeleteVery Nice And Interesting Post, thank you for sharing
ReplyDeleteInspirational Quotes - Gym Quotes
Best Quotes - Success Quotes
Positive Life Quotes - Image Bank
Future Quotes - Excellence Quotes
كلام جميل - حكمة اليوم