BAB
16
Seawal
pukul tujuh pagi lagi semua pelajar berkumpul di lapangan kolej kediaman, baik
pelajar diploma mahupun pelajar ijazah bagi jurusanku. Hari ini merupakan
sambutan hari keluarga. Semua dikehendaki untuk berpakaian sukan yang sopan.
Objektif Hari Keluarga adalah untuk mengeratkan
silaturrahim sesama pelajar dan juga pensyarah. Mahu utuhkan ukhwah dan
mengelakkan sifat berpuak-puak sesama pelajar. Ketika inilah semua orang mahu
berkawan tanpa mengira semester, baik program ijazah mahupun diploma. Dan ketika
ini jugalah nak bersosial dengan pensyarah-pensyarah yang sebelum ini serius
maut di dalam kelas.
Semua pelajar dibahagikan secara rawak oleh ahli
jawatankuasa program Hari Keluarga ini. Ada lima belas kumpulan yang diketuai
oleh seorang pensyarah. Setiap kumpulan kebiasaannya terdiri daripada sepuluh
atau sebelas orang pelajar.
Aku berada di bawah kumpulan Encik Zaidi, Kumpulan 7.
Encik Zaidi memang seorang yang mesra pelajar. Dia pernah mengajarku semasa
semester satu, subjek Physics I. Kelas dia memang tak stres. Asyik gelak je
dengan lawak-lawaknya. Sebab tu ramai yang suka dengan kelasnya. Lega juga aku
satu kumpulan dengan Encik Zaidi. Tapi
yang menyedihkan, aku tak sekumpulan dengan Sabiha. Dia kumpulan 1, di bawah
kumpulan Dr. Hilman.
“Hazelnut
butter.” Termengah-mengah Sabiha berdiri di sebelahku. Baru sampai.
Sukaneka tak mula lagi, Sabiha dah semput. Haha.
“Haa.. lambat!” sergahku.
Dia sengih.
“Overslept
la. Nasib baik tak start lagi. Mati
aku kalau tak sempat nak bagi speech
nanti.”
Aku mencebik. Untunglah asrama sekangkang kera je.
Lambat bangun pun masih sempat nak pecut ke sini.
Memandangkan kami masih bebas berkumpul tanpa
mengira kumpulan, aku dan Sabiha beratur bersama kawan-kawan sekelasku yang
lain. Berkawan sebelum kami menjadi musuh sebentar lagi.
“Kau tengok Dr. Hilman, handsome gila!”
Of
course.. kalau sehari aku tak dengar nama Dr. Hilman
memang tak lengkap hidup aku.
Aku tayang muka menyampah. Terus kupandang ke arah
punca suara itu. Datangnya dari kumpulan juniorku. Semester tiga kalau tak
silap aku.
“Weh.. hot
gila kut Dr. Hilman hari ni. Lawa betul body
dia. Cuba kau tengok,” bisik orang sebelahku pula. Kali ini bukan juniorku. Ini
kawan baikku. Pantas aku menoleh ke arah Sabiha.
“Biha.. aku dengar benda tu sejak bukak semester
lagi. Tiap-tiap hari. Kau ingat aku tak tahu ke?” Menyampah bertingkek-tingkek.
Bukan menyampah dengan Dr. Hilman. Tapi menyampah dengan orang yang
terlebih-lebih memujanya. Padahal dia tak buat apa-apa pun untuk menarik
perhatian khalayak.
Huh.. alpha male!
“Hari ni lainlah. Hari ni dia pakai sport attire. Cuba kau cakap lelaki mana
yang nampak hot dalam tracksuit merah?”
Aku menoleh ke arah Dr. Hilman. Macam mana aku boleh
tahu? Senang saja jawapannya. Semestinya aku menoleh ke arah arah yang
diteleng-teleng oleh kebanyakan kepala anak gadis tika ini. Aku faham yang Dr.
Hilman cuma mengajar pelajar ijazah. Dia pula baru masuk semester ini. Jadi
ramai yang belum betul-betul kenal dengannya. Ketika acara macam inilah, semua
boleh tatap dia puas-puas.
Tepat sangkaanku. Dr. Hilman segak berdiri sambil
berbual-bual dengan Dr. Rahim dan Encik Faizul. Sedikit pun tak peduli dengan
perhatian yang diperolehnya. Perhatianku sudah tentu pada susuk tubuhnya. Dalam
hati mengiakan kata-kata Sabiha. Dr. Hilman memakai baju t-shirt berwarna hitam
yang mengikut bentuk tubuhnya.
Dada bidang. Biceps cantik terbentuk. Hmm.. patutlah Sabiha cakap lawa.
Berseluar sukan berwarna merah dan berkasut sukan. Tapi, aku tak nampak pula apa
masalahnya dengan merah walaupun cuma Dr. Hilman satu-satunya lelaki berseluar
merah?
“Kenapalah aku tak sekumpulan dengan Dr. Hilman? Jealousnya aku dengan orang yang berada
dalam kumpulan dia.” Suara itu buatkan aku kembali ke alam nyata. Juniorku yang
tadi.
Mulut gatal nak membidas ‘Gatal!’, tapi nasib baik akal
sempat brek. Hanya mampu geleng-geleng kepala. Kemudian terfikir. Cuma aku ke
yang tertelan anti-virus T.I ni? Sebab sungguh aku tak rasa teruja bila
berjumpa Dr. Hilman. Mungkin sebab aku dah selalu jumpa dia? Atau sebab aku ni
dah bertunang?
Huh.. sebut pasal tunang ni, rasa macam nak kembali
meraung. Terasa luka yang belum nak kering kembali berdarah.
Hazel, jangan fikir! Aku ingatkan diri sendiri.
Taknak rosakkan mood baikku hari ini.
Hari ini adalah hari untuk aku hilangkan stres. Hari untukku lupakan Iwan.
------------
Selepas
makan pagi, semua pelajar dikehendaki untuk beratur mengikut kumpulan. Maka,
bermulalah Hari Keluarga secara rasmi.
“Ee.. macam mana la aku boleh sekumpulan dengan
Dahlia tu? Siapa yang agih nama ni? Memang nak kena sekeh agaknya!” bebel
Sabiha. Masam mukanya.
Aku sendiri hampir terguling-guling gelak apabila
tahu Sabiha sekumpulan dengan Dahlia. Yang bahagikan nama tu memang tak tahu
kronologi sejarah perang mereka berdua.
Siapa Dahlia ni? Sabiha memang alergik tahap dewa
dengan Dahlia. Senang cerita, diorang memang tak ngam sejak semester satu lagi.
Sebab itulah bila Sabiha jadi presiden persatuan, Dahlia and the gang terus berhaluan kiri.
Sabiha panggil Dahlia The Gediks Berdoohs. Kata Sabiha, berdooh tu dialek Kelantan. Maksudnya sangat-sangat atau
keterlaluan. Aku sebut bunyinya sangat aneh. Tapi kalau Sabiha sebut, aku akan
gelak sebab gabungan nickname yang
diberi Sabiha itu aku rasa sangat kelakar.
Macam mana mereka boleh bertahan duduk sekelas
sampai sekarang? Senang cerita, masing-masing buat tak tahu. Kalau dibahagikan
mengikut kelas tutorial, kalau Dahlia kumpulan A, Sabiha akan masuk kumpulan B.
Dia tak punya masalah denganku. Tapi sebab aku ni kawan baik Sabiha, maka
kebenciannya turut terbias kepadaku.
“Good luck!”
Hanya itu yang mampu aku ucapkan. Bahu Sabiha ditepuk beberapa kali. Beri
semangat. Aku haraplah di akhir Hari Keluarga ini, tiada paramedik yang datang
selamatkan salah seorang.
“Nasib baik sekumpulan dengan Dr. Hottie. Sejuk
sikit hati aku.” Sabiha gelak gatal. Aku hanya mampu geleng kepala.
Kemudian aku dan Sabiha berpisah haluan. Aku beratur
bersama dengan Anisa dan Muiz, rakan sekelasku yang satu kumpulan denganku.
Kami beratur paling belakang. Maklumlah, senior.
“Tak sangka
kita satu kumpulan, Hazel. Kuat betul jodoh kita, kan?” tegur Muiz.
Aku senyum yang dibuat-buat. Aku kenal dengan si
Muiz ni. Dari semester tiga lagi selalu dia tunjukkan dia sukakan aku walaupun
dia dah tahu aku ni tunang orang. Cuma aku yang buat-buat dungu. Malas nak
melayan.
“Kau pun satu kumpulan dengan Anisa. Kuat juga jodoh
kau dengan Nisa, Muiz,” balasku. Contoh macam mana aku buat-buat dungu.
“Ee.. tolonglah! Aku dengan mamat ni?” Anisa buat
muka geli. Aku tahan gelak. Aku memang tahu Muiz dan Anisa ni Tom and Jerry
Malaysia. Bergaduh tak pandang kiri kanan. Nasib akulah tersepit di
tengah-tengah.
“Aku pun taknak kat kau la. Aku suka Hazel, bukan
kau,” balas Muiz. Terkedu juga aku dengan pengakuan berani mati Muiz itu. Muiz
memang macam tu. Terlalu berterus-terang sampai-sampai aku pun jadi risau.
“Kau ni gila la, Muiz. Hazel ni tunang orang dah,
tahu?” Anisa bercekak pinggang. Tak puas hati.
“Alah.. baru tunang. Bila-bila masa boleh putus.
Lepas dia jadi bini orang nanti, lainlah.”
Aku teguk liur. Bila-bila masa boleh putus? Memang
kenalah pula. Beberapa hari nanti, memang aku bakal putus tunang.
“Oo.. kau doa dia putus tunang?”
“Weh.. weh.. dahlah. Malulah, adik-adik kau orang
tengah tengok tu.” Aku jadi penyelamat. Dahlah kami senior. Bikin malu aje
bergaduh macam budak-budak hingus tak kering ni.
Nasib baik setelah itu mereka berdua berdiam diri.
Aku mengeluh. Kenapalah aku tersepit di tengah-tengah Tom and Jerry ni? Tapi..
lebih baik tersepit macam ni daripada aku kena layan si Muiz ni sendirian.
Bukan aku tak suka dia. Dia baik. Tapi.. aku jadi
tak selesa bila dia terlalu tunjukkan yang dia sukakan aku. Aku taknak
timbulkan cerita yang tidak enak didengar. Fitnah jadinya. Dahlah aku dah
bertunang. Tapi, andaikata aku putus dengan Iwan, belum tentu aku akan bersama
Muiz.
Entahlah.. aku rasa kami tiada chemistry. Tambah-tambah lagi hatiku dah tawar gara-gara si Iwan
tak guna tu. Serik untuk berhubungan kerana risau diduakan lagi. Inilah orang
panggil, gara-gara nila setitik, dengan belanga-belanga aku rasa nak baling ke
dinding.
----------------
Pelbagai
aktiviti sukan dan permainan yang disediakan oleh penganjur program ini.
Sewaktu sukaneka tadi, aku menyertai permainan lari berganti dalam guni dan
tapak gajah. Selebihnya, cuma jadi tukang sorak untuk kumpulanku. Mahu rabak
anak tekakku gara-gara menjerit. Dahlah cuaca boleh tahan panas.
Kumpulan 1 atau kumpulan Dr. Hilman yang banyak memonopoli
permainan. Agaknya memang tuah Dr. Hilman hari ini, nama-nama yang terpilih di
bawah kumpulan Dr. Hilman memang hebat-hebat belaka. Kena dengan nombor ‘Satu’,
memang sekarang kumpulan Dr. Hilman yang menggungguli carta.
Dan sekarang, kami beralih ke aktiviti sukan. Aku
menyertai sukan futsal lima sebelah untuk kategori perempuan. Disebabkan banyak
kumpulan, teknik sudden death
digunakan. Memang bergantung kepada nasib dan lawan ketika undian dicabut.
Ternyata nasib kumpulanku agak baik juga. Sehingga sekarang, kami berjaya ke
peringkat akhir.
Lawannya? Haruslah Kumpulan 1. Teguk liur aku
melihat lawan-lawanku itu. Dahlah tinggi macam galah semuanya. Badan pun
mengalahkan atlet. Ni mesti kaki futsal semua ni. Kalau tengok mereka semua
bermain tadi, boleh tahan agresif. Gerun pula aku rasa.
Undian duit syiling digunakan untuk menentukan
giliran sepak bola. Kumpulanku menang. Kedengaran wisel ditiupkan menandakan
permainan dimulakan secara rasmi. Masa permainan cuma lima belas minit.
Kedengaran juga suara para pelajar yang bersorak menyokong pasukan pilihan
masing-masing.
Lima minit permainan, kedua-dua kumpulan masih seri
tanpa jaringan. Aku rasa semput gila. Macam manalah aku boleh terlepas masuk
main benda ni pun aku tak tahu. Aku ni bukan kaki main futsal. Atlet jauh
sekali. Bersenam bila rajin. Pendek kata bukan seorang yang cergaslah.
“Kak Hazel!” Aku dengar orang panggil aku. Bersama
itu, aku nampak bola dihantar ke arahku.
“Hazel, shoot!
Shoot!” Aku dengar suara dari luar
gelanggang. Salah sorang kawanku. Otak tak sempat nak analisa suara siapa
gara-gara kaki sibuk berlari ke arah gawang gol pihak lawan. Hanya satu
objektifku. Mesti gol!
Bila punya peluang, aku tendang bola sekuat hati.
Dan gol! Aku terus melompat suka. Gembira sebab dah berjaya sumbangkan mata
kepada kumpulanku. Kedengaran ahli-ahli kumpulanku juga bersorak riang.
Permainan diteruskan. Misi kumpulanku ketika ini
adalah cuba untuk melengahkan masa hingga ke penamat. Supaya pihak lawan tak
berpeluang untuk menjaringkan gol persamaan. Bahagian pertahanan diperkuatkan.
Sembilan minit permainan. Tinggal lebih kurang
seminit lagi. Permainan makin sengit dan agresif. Betul-betul competitive pihak lawanku. Bola dihantar
kepadaku. Aku kini cuma perlu menendangnya supaya menjauhi gawang gol pasukanku
dan kemenangan secara mutlak menjadi hak milik Kumpulan 7.
Tapi aku tak sedar Dahlia datang ke arahku. Cuba
untuk mencuri bola dari kakiku. Dan aku cuba menghalang menggunakan tubuhku.
Terasa dia memegang bajuku. Berlaku adegan tarik-menarik. Dan kemudiannya aku
rasa tubuhku ditolak kuat.
Zrapp!
Tiba-tiba, aku terjatuh ke tanah. Cepat-cepat aku menoleh ke arah belakangku.
Koyak. Nasib baik posisi tubuhku sekarang membuatkan tempat terkoyak itu
terlindung dari mata orang ramai.
Preettt..
Bunyi wisel menandakan tamat sudah permainan.
Aku angkat muka pandang Dahlia. Dia senyum jahat.
“Ops, sorry!
Aku tak sengaja. Kau okey, Hazel?” soalnya. Aku tahu dia cuma berpura-pura.
Tajam-tajam aku pandang dia. Nasib baik baju aku
terkoyak. Kalau tak, mahu aku bergusti dengan dia sekarang ni. Kurang ajar! Aku
memang tahu dia sengaja tolak aku tadi. Semua pemain futsal mula
mengelilingiku.
Aku masih terkaku. Kalau aku bangun, memang
habislah. Macam mana ni? Malulah aku kalau orang nampak bajuku terkoyak. Dahlah
aku tak pakai inner baju hari ni. Rasa
nak menangis. Orang sekeliling semua berbisik-bisik. Keadaan tiba-tiba jadi
tegang.
“Kau memang sengaja, kan?” Sabiha marah. Entah bila
dia muncul. Muka Sabiha marah. Satu hal yang jangan dicabar Sabiha. Sabiha
memang pantang kalau orang cari pasal dengan kawan-kawannya.
“Mana ada. Dia yang lembik, jatuh.” Dahlia
menafikannya dengan suara yang minta kena sepak.
“Dah.. dah.. tak payah gaduh. Cepat cari benda nak
tutup Kak Hazel.” Salah seorang juniorku menjadi pendamai.
Dan setelah itu, ahli-ahli kumpulanku berlari-lari
untuk mencari sesuatu. Bertanyakan sesiapa yang punya baju lebih ataupun jaket.
Ahli-ahli pasukan lawanku pula mengelilingiku, menjadi pelindung daripada
mata-mata yang tak patut. Semua bertanya sama ada aku okey atau tidak.
“Seriously,
baju dia cuma koyak. What’s the big deal?”
Suara menyampah dari Dahlia.
Semua yang berada di situ pandang semacam ke arah
Dahlia. Apa yang boleh aku putuskan, orang yang tak pernah kenal Dahlia sebelum
ni automatik akan tak suka dengan Dahlia.
Dan ketika itulah tiba-tiba Dr. Hilman berlari masuk
ke dalam gelanggang, menuju ke arah kami. Pasti dia pelik melihat keadaan sekeliling
yang tiba-tiba berubah huru-hara itu. Pasti juga pelik melihat aku yang tidak
berganjak dari atas tanah, malah dipagari bak puteri pula.
“Kenapa ni? What
happened?” tanya Dr. Hilman. Sekilas aku dijeling.
“Kak Hazel jatuh.”
“What? Are you
okay, Hazel? Are you hurt?” Suara cemas yang bagaikan dikawal. Mesti dia
takut anak-anak buahnya cederakan aku. Hakikatnya memang sorang anak buahnya
yang tak tahu adab dah sebabkan aku jadi sebegini.
“Saya okey, Dr.,” jawabku. Baru jumpa suara.
“Habis, kenapa awak tak bangun?”
Aku gigit bibir bawah. Malunya nak cakap.
“Baju dia koyak, Dr. Dahlia tolak dia.” Sabiha
tolong jawab. Dahlia dijeling benci.
“Mana ada, Dr. Saya tak sengaja. Betul-betul tak
sengaja. Hazel, aku minta maaf.” Wajah Dahlia betul-betul menjadi dengan reaksi
muka bersalahnya. Dah mula dah bakat berlakon zaman tadika Dahlia terserlah.
Dr. Hilman cuma diam. Begilir-gilir memandang Sabiha
dan Dahlia.
“I don’t know
who to trust but Hazel, you shouldn’t sit here.” Dr. Hilman bersuara.
Habis.. dia nak aku free show? Jadi model untuk kira tulang belakang lumbar aku ada
berapa? Kalau aku ni boleh berdiri, aku pun taknak duduk di sini. Dahlah panas
terik.
Tiba-tiba Dr.
Hilman menanggalkan baju di tubuh tegapnya itu. Ketika itu, macam-macam bunyi
kedengaran. Aku sendiri turut ternganga apabila melihat Dr. Hilman kini cuma
berseluar merahnya. T-shirt hitamnya itu dihulurkan kepadaku.
“Nah. Tutup dengan baju ni buat sementara waktu.”
Aku pandang Dr. Hilman. Ragu-ragu. Habis dia nanti
macam mana? Apabila melihat Dr. Hilman mula mengangkat sebelah keningnya, aku
akhirnya menyambutnya. Setelah itu Dr. Hilman terus berjalan meninggalkan kami
semua macam tiada apa-apa yang berlaku.
Baju Dr. Hilman itu diikat pada pinggangku. Cukup
untuk melindungi tempat koyakku itu. Aku ucapkan terima kasih kepada semua yang
menolongku.
------------
“Aww…
kau tengok tak abs Dr. Hilman tadi?
Berketul-ketul.”
Aku menjulingkan mataku ke atas. Dia dah mula dah. Aku
tengah sengsara atas tanah tadi, dia boleh jadi tukang kira abs Dr. Hilman ada berapa ketul?
Sabiha ketawa melihat reaksiku. Aku kini mengikut
Sabiha untuk ke bilik asramanya. Nak pinjam baju Sabiha. Nasib baik Hari
Keluarga dibuat di lapangan asrama. Dekat dengan bilik Sabiha. Kalau tak? Mana
aku nak cekau baju lain? Culik baju Dr. Hilman ni la gamaknya. Kesian Dr.
Hilman.
“Mana baju yang kau nak pinjamkan aku ni?” pintaku.
“Ala.. rilekslah. Buat apa nak cepat-cepat.
Sekarangkan tengah rehat.”
“Aku ni nak pulangkan baju Dr. Hilman. Kau tak
tengok dia pun takde baju tadi? Kesian dia.”
Sabiha sengih nakal.
“Bagilah can kat perempuan-perempuan lain mengagumi
keindahan ciptaan Tuhan di bawah sana. Bila lagi nak dapat peluang lunch dengan six pack Dr. Hilman? Aku kena berterima kasih pada kau, Hazel.
Sebab kau la, semua boleh tengok body
lawa Dr. Hilman hari ni. Tak sangka Dr. Hilman buat free show.”
Ya Allah.. kalaulah ada ubat untuk merawat gatalitis atau vaksin anti-miang, dah
lama aku suntik si Sabiha ni. Makin kronik pula penyakit miang kawan aku ni.
“Hei.. kau ingat aku nak semua ni jadi kat aku aku
ke? Malu aku, tahu tak? Kalau Dr. Hilman tak bagi baju dia tadi, tak tahulah
nasib aku macam mana,” marahku.
“Ala.. janganlah marah hazelnut butter.”
“Macam mana aku tak marah? Semua bergembira atas
penderitaan aku. Sebak hati aku, tahu? Dahlah kena aniaya orang.” Okey.. itu
cuma drama semata. Jujur.. aku takdelah rasa teruk sangat.
“Okey.. sorry!
Aku bersimpati dengan kau. Nah, baju!”
Sabiha hulurkan satu baju t-shirt lengan pendek
berwarna hitam kepadaku. Aku menyambutnya sebelum menanggalkan tudung bawal dan
baju koyakku itu. Baju Sabiha itu disarung ke tubuhku. Pakai baju Sabiha, faham-fahamlah.
Besar. Aku S, dia L.
Kemudian berdiri di depan cermin. Pantulan diri
sendiri diperhati. Lebar bahu terlebih dua inci. Labuh baju sampai tengah paha.
Bolehlah.
Tudung coklatku kembali disarung. Macam biasa,
hujung tudung dipin pada kiri dan kanan bahuku. Aku betul-betulkan sedikit
supaya cukup labuh menutup dada. Kembali berpusing ke arah Sabiha.
“Edward Scissorhands ke apa minah tu? Boleh tahan
kuat jugak dia tarik baju kau kalau sampai boleh koyak.”
Aku mengeluh. Kalau dah nasib malang nak menimpa,
yang nampak mustahil pun boleh terjadi. Boleh pula baju aku koyak tengah-tengah
main futsal? Memalukan! Aku rasa mahu semua orang kenal aku selepas ini.
“Malas aku nak fikir pasal minah tu. Aku rasa dia
sengaja nak malukan aku. Nasib baik baju tengah koyak. Merudum mood aku nak sekolahkan minah tu.” Aku
kembali marah.
“Masa aku pilih
nak pakai handsocks la semua nak
jadi, kan?” Mengeluh lagi. Kemudian tutup muka dengan kedua-dua tapak tangan.
Tak sanggup aku bayangkan. Alhamdulillah Allah masih jaga aib aku.
“Nasib baik juga ada Dr. Hilman yang jadi hero kau
hari ni.”
Terus aku angkat kepala. Nampak Sabiha sengih
mengusik. Okey.. aku sangat tak suka kalau dia sengih macam tu. Sebab aku
memang dah boleh baca apa yang ada dalam kepalanya.
“Kau tengok tak tadi? Nasib baik dia tak terbang
masuk gelanggang je tadi. Muka si Dahlia tu macam dah tertelan ubat gegat lepas
Dr. Hilman bagi baju dia kat kau. Padan muka dia. Mesti dia tak sangka Dr.
Hilman akan buat macam tu. Lepas tu aku rasa semua perempuan nak berada di
tempat kau. Kau nampak tak betapa concernnya
dia dengan kau.”
Dr. Hilman? Nak concern
dengan aku?
Aku mencebik. Kalau cakap pada perempuan lain,
mungkin malam ni tak boleh tidur. Tak pun terlena macam baru terlepas ambil pil
khayal. Tersengih-sengih seminggu gara-gara perasan Dr. Hilman suka dengannya.
Gila bayang sendiri. Tapi sayangnya, aku ni Tristin Hazel.
“Tu semua atas dasar simpati seorang pensyarah yang
baik untuk pelajarnya yang malang. Kalau kena kat student lain pun aku rasa dia tetap benda buat yang sama. Jangan
cakap terbang, entah-entah terbelah tiga macam Boboiboy kuasa tiga tu.” Aku
menyatakan fakta. Tak rasa aku istimewa pun.
“Alah.. kalau nak concern lebih dari seorang pensyarah pun apa salahnya, kan? Kau pun
bakal putus tunang. Kau dengan dia okey, apa? Dr. Hilman kut! Macam yang aku
cakap hari tu. Super duper handsome. Hot.
Sexy. Hun..”
Aku terus tutup telinga dengan tapak tangan.
“Ahh… An.. an..
an.. totemo daisuki, Doraemon,” nyanyiku untuk menghalang Sabiha daripada
terus mengarut. Lagu doraemon pun lagu doraemon la.
Sabiha ketawa.
“Kau ni abnormallah,
Hazel.”
“Dah, jom kita turun. Makin mengarut-ngarut kau ni.
Kalau orang dengar nanti, tak pasal-pasal timbul fitnah.” Aku tarik tangan
Sabiha.
Sempat capai baju Dr. Hilman sebelum kami berjalan
keluar.
alah.....x sbarnye nk tunggu next n3.....mereput.....hehe..btw....sy sentiasa meminati karya kak anjell....dont gibab k.anjell....bkal novelis tersohor niii....;):):)
ReplyDelete😍😍😍 haihh.. dr alpha male nih.. xpsl2 senyum sorg2 baca.. 😂😂 terbaik anjel.. 😘😘
ReplyDeleteAdoi...jantung kita pulak yg jatuh tergolek-golek hari ni...kipidap dear...terbaek😙😙😙
ReplyDeleteMakin menarik part ni. Heheh
ReplyDeleteSo protective ♡♡♡ utk hazel, hilman snggop aje free show. Muahaha
ReplyDeleteNext entry bils
ReplyDeleteBest gilerrr
ReplyDeletethank you untuk entry ni😍😍..alpha male makin keluarkan taring😂
ReplyDeletetak sabo nk tunggu next entry...best bangat ni...
ReplyDeleteSuper duper best
ReplyDeleteVery Nice And Interesting Post, thank you for sharing
ReplyDeleteInspirational Quotes - Gym Quotes
Best Quotes - Success Quotes
Positive Life Quotes - Image Bank
Future Quotes - Excellence Quotes
كلام جميل - حكمة اليوم