BAB
19
Aku
hanya berdiri di balik penjuru. Cik Ita dan suami sedang bersanding di atas
pelamin. Nenek dan mak cik-mak cik aku semua sibuk nak menepung tawar pasangan
pengantin. Tapi aku lebih selesa memerhati dari jauh.
Lebih spesifik, perhatikan Iwan dan Safura yang
berada beberapa meter dariku. Mereka tak perasan mata aku ni dah macam laser melekat
pada mereka. Cuba bersabar. Orang lain tak perasan sebab semua tengah khusyuk
tengok raja sehari.
Iwan berbisik sesuatu kepada Safura. Safura gelak
manja. Panas jugak hati tengok dua orang tu. Ewah-ewah.. dah lupa tunang nampak
gayanya si Iwan ni. Bila dengan Safura, dia lupa aku. Buatkan aku tersedar
sesuatu. Itulah penyebab dia curang. Bila dia dekat dengan Safura, dia dah tak
ingatkan aku.
“They
definitely have something.” Orang sebelahku berbunyi. Berbisik tapi kesat
bunyinya. Sedari tadi, dah macam bodyguard
tak bergaji dia berdiri di tepiku. Siapa lagi kalau bukan Dr. Hilman.
Aku panggung kepala ke sebelah.
“Oh, ya ke? Saya ingat mereka berkawan je,” sinisku
balik. Aku pun belum buta.
Dia cuma diam. Tapi mata tajam pandang ke arah merpati
dua sejoli tu. Rahangnya diketap. Dia nampak marah. Pelik aku. Macam dia pulak
yang tangkap makwe tengah dating
dengan lelaki lain. Rileks sudah. Aku yang kena curang ni pun chill je. Makan hati dari jauh je la.
“Awak kena buat sesuatu. Jangan nampak lemah,”
katanya lagi.
Jangan nampak lemah? Sebab aku tak lemah la aku
mampu berdiri dengan gagahnya di depan dua ekor manusia tu. Mampu senyum. Mampu
bergelak ketawa.
“Saya tahu apa yang saya buat, Dr.,” jawabku mudah.
“But he likes
throwing the jealous card. Hypochrite,” ujarnya lagi. Nada suara penuh jelik.
Aku setuju.
“Awak tahu, Hazel. Kadang-kadangkan, kalau nak ajar
lelaki curang, kita kena tunjukkan apa yang dia rugi kalau lepaskan seorang
perempuan.”
Sekali lagi aku panggung kepala pandang Dr. Hilman.
“Apa maksud Dr.?”
“Make him
insecure.”
Hah? Lagi aku blur.
Belum sempat aku nak tanya, Dr. Hilman ketawa macho tiba-tiba.
Haa.. dah kenapa pulak tiba-tiba mengekek mamat ni?
Ketawa Dr. Hilman tak kuat. Tak cukup untuk
mengganggu majlis persandingan, tapi cukup untuk membuat kepala Iwan menoleh ke
arah sini.
Tiba-tiba Dr. Hilman berdiri di depanku. Bau minyak
wanginya yang kuat mula cecah rongga hidung. Maskulin. Dada tiba-tiba berdebar
melihat dia yang berdiri betul-betul di depanku. Bagai sedang mendominasiku
dengan ketinggiannya.
“Apa awak buat ni?”Aku bersyukur suaraku tak
bergetar bila bertanya.
Bila aku faham, terus meluas mataku. Dia nak buat
Iwan cemburu. Acah-acah nak aku flirt
dengan dia. Orang putih cakap apa? An eye
for an eye, a tooth for a tooth. Kalau Iwan cari perempuan lain, aku kena
cari lelaki lain.
Memang tak la!
“Dr. ingat saya ni apa? Saya ni masih tunang dia.
Mana boleh menggatal dengan lelaki lain.” Perlahan tapi keras suaraku. Bukan
nak berlagak tunang setia, baik, naif atau seangkatan dengannya. Tapi,
masalahnya orang lain tak tahu yang Iwan curang. Kalau orang lain tengok, mesti
cakap salah aku. Mesti mengata yang aku ni gatal dengan lelaki lain.
Aku pandang kiri kanan. Tiada yang tengok kami
berdua. Nasib baik.
Dr. Hilman ketawa lagi. Tapi agak perlahan.
“Saya tahu. Awak memang tak boleh tertarik dengan
lelaki lain. Tapi tak bermaksud lelaki lain tak boleh tertarik dengan awak,
kan? So, let’s test the waters, how would
he react when other man is attracted to you?”
Terkelu. Kelip-kelip mataku pandang dia.
“Hipotesis saya mengatakan yang dia sedang datang ke
sini?” Selamba suara Dr. Hilman. Sebelah kening terangkat seakan-akan mahu
mencabarku untuk berkata tidak.
Dan hipotesisnya betul. Dari hujung mata aku nampak
Iwan berjalan ke arah kami.
“But you look
natural. You should at least be flushed.” Dia seolah-olah membebel
seorang-seorang.
Kemudian, dalam-dalam anak mata gelapnya menusuk
mataku. Kepalanya ditundukkan sehingga wajahnya betul-betul di depanku. Kalau
orang tengok, mesti cakap dia nak cium aku. Terus rasa tersekat nafasku. Cik jantung
pun faham, mula berdenyut laju.
“You outshine
the bride today, Hazel.” Perlahan suaranya. Menggoda. Tangannya diangkat. Terhenti
beberapa inci dari kepalaku. Dia tak sentuh aku. Tapi, kalau orang lain nampak,
memang akan cakap dia usap kepalaku.
Aku teguk liur. Terskru di tempat kuberdiri. Tak
mampu nak berganjak. Tak mampu nak tendang dia. Tak mampu bersuara. Dan aku
tahu sekarang ni mukaku dah panas. Kembang. Merah.
Dr. Hilman senyum menang. Kenapa senyum dia lawa
sangat ni?
“Hazel?” Suara Iwan itu buatkan tangan Dr. Hilman
yang terhenti beberapa inci dari kepalaku tadi terus dilarikan.
Dr. Hilman terus tegakkan tubuhnya. Selamba pusing pandang
Iwan. Muka Iwan nampak ketat. Muka Dr. Hilman pula, well.. macam muka biasa seorang Dr. Hilman. Tak berperasaan. Macam
takde apa-apa berlaku.
“Kenapa ni?” Suara Iwan bertanya. Tapi tetap
terselit curiga. Bergilir-gilir pandang aku dan Dr. Hilman.
Geram rasa hati apabila melihat riak curiga dan
menuduh Iwan itu. Tengok siapa bercakap. Kuali kalau hitam jangan panggil
periuk legam!
“Oh, ada tahi cicak jatuh atas tudung Hazel. I
tolong dia buangkan.” Suara Dr. Hilman seselamba mukanya.
Kalau tadi darah berkumpul ke muka, sekarang dah
berkumpul ke kaki. Ringan untuk diangkat ke muka orang! Seriously dalam banyak-banyak alasan, tahi cicak jugak yang dia
berkenan di hati? Huh.. cuma Dr. Hilman yang mampu buatkan mood aku teralih macam lepas tukar channel TV!
Aku jeling Dr. Hilman. Dia senyum sinis, tak bersalah.
“Hazel, saya laparlah. Jom temankan saya makan.” Suara
Iwan seakan-akan merengek mengalih perhatianku kepadanya.
Dari hujung mata, dapatku lihat senyum sinis terukir
di bibir Dr. Hilman. Macam nak cakap dia dah buatkan Iwan rasa insecure. Aku mengeluh dalam diam. Kena
selalu macam ni ke? Nak dapat perhatian Iwan, aku kena buat dia cemburu.
“Okeylah. Saya pun belum makan juga. Man, jomlah
makan sekali,” pelawaku. Aku pun tak tahu kenapa kalau depan Iwan, laju je
tekak gugurkan pangkat Dr. itu.
Dr. Hilman sekali lagi senyum mengejek.
“It’s okay.
Awak pergilah makan dengan tunang awak tu. Saya belum lapar lagi. Lagipun, saya
taknak kacau privasi awak berdua.”
Aku tak bertanya lagi. Beriringan turun dengan Iwan ke
luar rumah untuk ke khemah makanan.
“Awak dengan dia ada apa-apa ke?” soal Iwan.
“Mana adalah. Dia cuma kawan saya,” jawabku. Jujur.
“Tapi dia macam suka awak.” Kali ini aku rasa nak
gelak pulak dengan ayat Iwan itu. Kalaulah dia tahu macam mana Dr. Hilman tu..
“Iwan pun dengar tadi, kan? Dia tahu kita dah
bertunang. Lagipun, kalau dia suka saya, saya takde hak nak halang perasaan
dia. Saya tak boleh nak sekat kalau ada lelaki lain tertarik dengan saya.” Aku
tiru ayat Dr. Hilman. Berlagak hot
pulak dah aku hari ni.
“Yang penting, perasaan saya, Iwan. Awak pun tahu
saya setia. Kalau ni boleh senangkan hati awak, Hilman tu dah ada kekasih,”
terangku. Kenyataan.
Iwan ni pun satu hal. Tak tahu ke kita ni tengah
bercakap pasal Dr. Hilman kut! Baru tunjuk remos
orang dah tahu dah jadi milik orang. Tu baru remos. Kalau tunjuk muka, cakap bercinta dengan tiga perempuan pun,
gerenti takde orang yang pelik.
“Saya tunang awak, Iwan. Takkanlah saya nak curang
dengan awak. Selagi saya bergelar tunang, saya takkan mencemarkan tali
pertunangan tu.” Di hujung ayatku punya maksud tersirat. Dalam-dalam aku
pandang anak matanya. Sesuatu bergetar di balik anak matanya. Oh, adakah aku
tertembak sesuatu?
Aku senyum manis. Macam biasa, buat-buat tak perasan
dengan wajahnya yang sedikit tergugat itu.
“Jomlah, kata lapar tadi, kan?” ajakku.
Dia diam.
“Iwan? Kenapa?” Buat-buat prihatin bertanya. Oh..
sukanya hati aku berlagak tak tahu apa-apa ni. Orang Indonesia cakap apa? Sok-sok suci gitu! Haa.. baru orang tahu
the power of silence!
“Takde apa-apa. Jom, sayang. Kita makan.”
--------------
Sehingga
ke malam aku duduk di rumah nenekku. Mengemas apa-apa yang patut. Aku cuma
berada di dapur, membasuh pinggan-mangkuk yang dah digunakan. Geng-geng mak cik
pulak sibuk berkumpul tepi periuk lauk. Nak bungkus untuk dibawa balik. Banyak
juga yang lebih.
“Kamu berdua balik bila?” Soalan nenekku itu buatkan
aku turut tertarik. Sebab soalan itu bukan untukku. Tapi untuk Iwan dan Safura.
Semua orang dah tahu mereka berdua memang satu tempat kerja.
“Besok, nek. Lusa kami dah kerja.” Iwan menjawab.
“Kejap betul baliknya. Kenapa tak cuti lama? Kamu tu
dahlah lama dah tak balik.” Nenek sempat membebel.
“Banyak kerja la, nek. Ni pun terpaksa balik.” Kali
ini Safura pula menjawab.
Terpaksa ya? Minggu lepas jumpa di Mid Valley, kalau
dia tak balik sini, dia tidur di mana? Aku tertanya-tanya. Maksudnya mungkin
tiada siapa yang tahu mereka berdua turun KL minggu lepas. Nak sorok hubungan
dengan Iwan punya pasal, keluarga sendiri sanggup dibelakangkan.
“Kamu Hazel, bila balik U?” Nenek beralih soalan
kepadaku.
Aku mengelap-ngelap tangan yang basah pada tuala
kecil yang tersangkut di tepi singki. Kemudian berjalan ke arah mereka. Duduk
di atas satu kerusi.
“Besok jugak, nek. Lusa ada kelas pagi.”
“Balik dengan siapa nanti? Dengan budak handsome tadi tu ke?”
Amboi, nenek aku! Budak handsome dia panggil Dr. Hilman? Bukan main aura Dr. Hilman. Nenek
aku pun boleh cair. Nenek, okey!
“Entahlah. Minta tolong abang Qif kut,” jawabku
lagi. Seganlah nak balik dengan ‘budak handsome’
tu. Budak handsome tu pun aku tak
tahulah dah balik rumah mummy dia
atau dah balik rumah sendiri.
“Amboi, nek! Bukan main budak handsome. Berkenan nak jadikan datuk kami ke,” usikku. Aku gelak.
Tak boleh bayang Dr. Hilman jadi datuk aku. Haha.
“Mana adalah. Baik bagi kat Safura. Kamu Safura
takde calon lagi, kan?”
Gelak aku mati. Terus aku pandang Safura. Dia
berpandangan dengan Iwan sebelum pandang nenek balik. Sakit hatiku. Iwan dia
dah ambik, Dr. Hilman aku pun dia nak ambik?
Whoa..
dari mana pemikiran itu datang? Sejak bila Dr. Hilman jadi hak kau ni, Hazel?
“Eh, hari tu
Mak Su cakap kau dah ada calon. Siapa?” Aku mencelah.
“Mana ada la.” Safura menafikan lagi.
“Mak Su cakap kau tengah tarik tali dengan dia.
Eleh.. mengaku je la, kau dah ada. Siapa nama dia?” usikku.
Hokey..
sekarang aku rasa nak dabik dada. Kagum aku dengan diri sendiri sebab selamba
badak bercakap pasal benda ni depan Iwan dan Safura.
Aku nampak Iwan dan Safura berpandangan.
“Iwan!” Saja nak kacau daun.
Iwan nampak terkejut. Muka pucat macam baru lepas nampak
pocong golek-golek depan dia. Dia pandang aku.
“Iwan mesti tahu siapa, kan? Iwankan satu tempat
kerja dengan Safura. Siapa? Siapa yang berjaya curi hati sepupu kesayangan saya
ni? Mesti untung dia. Safura dah la cantik, siapa tak senang nak jatuh hati
dengan dia?” Suara kubuat-buat teruja.
Kedua-dua homo sapiens di depanku itu macam lepas
terlekat tulang ikan.
“Err.. tak tahulah pulak,” jawab Iwan.
“Laa.. ya ke? Fura.. kamu kalau dah ada calon,
jangan dilambat-lambatkan. Bawak jumpa mak abah. Bawak jumpa nenek.” Nenek aku
pun dah teruja.
Tak payah bawak, nek. Depan mata nenek dah ada.
Kalau nenek tahu, nenek nak kejar Iwan pakai penyapu ke gergaji, nek? Hazel prefer gergaji! Bila lagi nak cipta
sejarah sunatkan orang untuk kali kedua pakai gergaji? Silap-silap masuk
Malaysia’s Book of Records.
Bukan aku tak tahu nenek pantang kalau rampas tunang
atau suami orang. Sebab kata nenek, hak orang jangan diambil. Ni sekarang ni,
cucu dia ambil hak cucu dia yang lagi sorang. Agak-agaknya, apalah yang nenek
akan cakap ya?
“Tengoklah nanti, nek.” Mudah jawapan Safura.
Kemudian nenek berlalu tinggalkan kami bertiga. Aku
turut bangun dari kerusi. Kalau bertiga, aku malas nak beramah-mesra. Tak lalu!
“Hazel, awak nak pergi mana?” soal Iwan.
“Nak balik dululah. Penatlah. Nak mandi, nak rehat,”
jawabku. Pandang tubuh sendiri. Baju sama dari pagi lagi. Serius rasa badan
berpeluh dan penat.
“Jom, Iwan teman Hazel balik.” Iwan dah bangun dari
kerusi. Bersedia jalankan tugasnya sebagai tunang.
“No, it’s okay.
Hazel boleh balik sendiri.” Awas! Status itu adalah untuk menguji niat sebenar
lelaki. Dia betul-betul mahu temankanku atau sekadar mahu berbudi? Lelaki..
kalau dia betul-betul mahu lakukan sesuatu, dia pasti akan bertegas dan
berdegil.
Macam Dr. Hilman. Hai.. dah kenapa tiba-tiba banding
dengan Dr. Hilman ni?
“Okey.”
Walaupun dah macam boleh agak jawapan Iwan, tapi
bila Iwan sahkan, bersepai jugak rasa hati. Dalam hati mengejek diri sendiri. What do you expect, Hazel?
“Okey.. jumpa besok, Iwan, Safura.” Aku minta diri.
Dan sungguh sekarang ni, aku mengalah! Aku dah tawar
hati untuk Iwan. Besok aku akan cuba jelaskan perkara sebenar kepada umi dan abi.
Kumpul keberanian untuk putuskan segalanya.
Bak kata Dr. Hilman dulu…
To
be selfish, you need courage!
--------------
Dari
jauh, aku nampak rumahku gelap-gelita. Cuma lampu putih tangga yang terpasang.
Maksudnya mungkin semua orang belum balik lagi. Adoi.. kena patah balik la ni?
Sebab aku mana ada kunci rumah. Penat aku bercatwalk
sepanjang-panjang tujuh minit tadi. Itulah Hazel! Lain kali sebelum balik,
tanya dulu!
Tiba-tiba aku perasan yang gril rumah tak bermangga.
Bila tombol pintu ditarik, terbuka. Eh, tak kunci? Pelik. Lupa agaknya. Aku
sedapkan hati sendiri. Aku menapak masuk ke dalam rumah selepas memberi salam.
Mata belum sempat nak adapt dengan
keadaan gelap, jadi aku terpaksa meraba-raba semasa berjalan ke arah suis
lampu.
Haish..
kalau dah gelap macam ni, perjalanan ke suis lampu dah macam dari Malaysia ke
Korea. Rasa jauh gila!
Bila duduk sorang-sorang kat rumah ni, gelap pulak
tu, agak takut juga. Tambah-tambah lagi dalam kromosom XX aku ni memang dominan
gene penakutnya. Dua tapak melangkah, aku terlanggar meja kopi. Jatuh sesuatu.
Nak melompat aku sebab terkejut.
Adoi.. sakit siot
tibia aku! Nasib baik mulut tak
sempat sumpah-seranah. Cepat-cepat aku gosok tempat yang sakit. Apalah yang
jatuh tu? Tangan mula meraba-raba. Takut benda tajam nanti, tak pasal-pasal
arwah kaki aku! Sakit kuasa dua jadinya.
Kemudian teringat sesuatu. Dalam dunia yang cukup
moden ni, manusia telah mencipta sesuatu yang bernama telefon pintar. Kat smartphone kau tu ada lampu suluh,
Hazel! Bijak kau. Kenapa kau tak fikir sebelum ni? Aku menyumpah diri sendiri
sebelum tangan mula meraba dalam beg tanganku. Cari telefon.
Pencarianku terhenti apabila telinga menangkap bunyi
sesuatu terjatuh. Dan bulu roma terus tegak berdiri. Apa yang jatuh? Sedangkan
aku cuma pegun di sini. Dada mula berdebar laju. Hati rasa tak sedap.
Aku perlahan-lahan berdiri. Pusing belakang dan cari
punca bunyi tu atau lari keluar rumah? Hazel.. sekarang bukan masanya nak jadi
Sherlock Holmes atau Detective Conan. Pernah dengar curiousity kills the cat? Walaupun orang cakap rasa ingin tahu tu bunuh
kucing tapi bukan manusia, kau jangan cipta sejarah jadi manusia pertama yang
terbunuh, Hazel! Baik lari keluar.
Tapi, kalau tu cuma Baby langgar dinding macam mana?
Atau entah-entah abang atau adikku nak berlawak tak lucu denganku? Hatiku mula
berperang. Cuba berfikiran positif.
Aku ikut naluri hati yang paling kuat. Lari keluar.
Sebab sumpah hati rasa sangat tak sedap. Rasa macam sesuatu yang buruk bakal
terjadi. Apatah lagi apabila teringat balik yang rumahku yang tak berkunci
tadi. Aku tak patut masuk ke dalam rumah!
Aku berlari ke arah pintu. Belum sempat aku membuka
pintu rumah, terasa tubuhku dipeluk dari belakang. Aku mahu menjerit. Tapi
terasa ada tangan besar ditekap ke mulutku. Suaraku terkumpul di situ.
Aku mula meronta. Tapi orang yang tengah pegang aku
itu heret aku menjauhi pintu rumah. Aku makin takut. Tiba-tiba rasa tubuh
ditolak kasar. Bahu terlanggar bucu almari sebelum aku jatuh terjelopok. Sakit!
Tapi rasa takut sekarang mengatasi rasa sakitku.
Dengan keadaan yang gelap, aku memang tak nampak
apa-apa. Cuma susuk tubuh yang aku yakini seorang lelaki sedang berdiri di
depanku. Aku cuba bangun tapi tak semena-mena tubuhku ditindih kasar. Bila aku
menjerit, sekali lagi dia menekup kasar mulutku. Tangan cuba memukul tapi
senang saja dia satukan kedua-dua tanganku dan ditekan erat ke atas kepalaku.
Kaki mula menendang tapi dia makin menambahkan berat badannya ke atas tubuhku.
Hampir sesak nafasku.
Aku belum mengalah. Kudrat yang ada masih digunakan
untuk meronta di bawah tubuhnya. Siapa dia ni? Apa dia nak? Bila aku masih
terus meronta, aku terasa ada benda diletakkan di sisi leherku. Dan tubuhku
terus mengeras. Terhenti segala rontaanku.
“Good girl.”
Suara garau yang sangat asing.
Terasa tudungku ditanggalkan dan digunakan untuk
mengikat kedua-dua tanganku. Air mata mula mengalir. Apa yang bakal terjadi
denganku?
“Kau ambil je la semua yang ada dalam rumah ni tapi
tolong.. tolong jangan apa-apakan aku.” Aku merayu.
“Aku taknak semua tu.” Sama macam tadi, nada
suaranya perlahan tapi keras.
“Hab.. habis kau nak apa?” Takut-takut aku tanya.
Lagi menakutkan sebab aku tak nampak wajahnya. Tiba-tiba terasa pisau di
leherku ditekan rapat ke kulit. Aku pejam mata. Sungguh aku takut sekarang ini.
Dalam hati tak putus-putus berdoa supaya Allah lindungi aku.
Rasa nafas hangatnya mencecah kulit muka. Dada makin
berdebar hebat. Nak tarik nafas pun tak berani. Takut tiba-tiba pisau di
leherku itu diseret secara melintang. Memang tamat riwayatku.
“Kau!” Serentak itu terasa pakaianku direntap kasar.
Aku kaku. Takut untuk bergerak. Tak mampu untuk
bergerak. Antara nyawa dan maruah diri, yang mana harus aku korbankan?
Bila terasa tangannya mula bermain-main di kulit
tubuhku, aku pejam mata. Cuba menahan rasa jijik disentuh lelaki itu. Hanya
mampu menangisi nasib diri. Aku tahu malam ini bakal menjadi malam hitam
bagiku.
“Dia.. tak layak untuk kau!” bisiknya rapat ke
telingaku.
Aku pasrah. Aku terpaksa relakan semuanya. Sungguh..
aku tak tahu apa yang bakal terjadi pada masa depanku. Teresak-esak aku
menangis, merayu supaya aku dilepaskan walaupun aku tahu usahaku itu hanya
sia-sia.
Hilmannn!!! Janganlaa smpai lmbatt sngat. Sapelaa yg jhat sngt nk apa2kn Hazel nihh
ReplyDeleteAaaaaa...saspennya! Takut nak baca bab seterusnya..
ReplyDeleteBtw, Hazel x patut masuk dlm rumah tu bila dh nampak pintu x berkunci. Anddd awat mcm jauh sgt je suis lampu dgn pintu?? Huu
What happened....hilman tolong...!!!
ReplyDeleteYa Allah....jgn la benda buruk terjadi kat Hazel...Harap2 Dr Alpha dtg la jadi superhero
ReplyDeleteBerdebar pulak nak tunggu next entry
What happened....hilman tolong...!!!
ReplyDeleteMcm kenal je lelaki tu ngan hazel...
DeleteMcm kenal je lelaki tu ngan hazel...
Deletewei scary la pulak... apahal ni..
ReplyDeleteHILMAN !!!! Cepatlah datang selamatkan Hazel. Huaaaaaa nebes gila wei !
ReplyDeleteSuspensss 😣😣😣 kak anjell sambungla cepat ye hehe
ReplyDeleteSambunglah cepat😢😢😢😢😢😢😢😢😰😰😰😰😰😥😥😥
ReplyDeletesuspen nyeeee!!! spe yg jahat sgt tu?
ReplyDeletemalunya kalau nnt hilman smpai tgok hazel dlm x sempurna....tp who that guy....hishhh...nervous gilerr nk tnggu next n3 nii...btw mmg gmpakk
ReplyDeleteselute....
Muiz.. 😑😑 kau nak buat apa dkat hazel hah?😤
ReplyDeleteAlamak..terlupalah pulak..siapa Muiz?
DeleteAlaaa.. yg kwn satu course dgn hazel tu.. bab 17 ada psl muiz tu.. org yg gila2kan hazel smpai xleh nak terima hakikat bahawa hazel ni tunang org..
DeleteIwan ke? Jealous sebab Hilman beri perhatian..Dr. Alpha Male mana awak?
ReplyDeleteTak sabarnya nak tunggu putus tunang..bila ni dah selesai tenang sikit hati..apa nak jadi dgn Iwan dia punya pasallah..nak tengok Drm Alpha Male je..😁😁😁
ReplyDeleteAgaknya tu lelaki yang jumpe hazel kt kedai pastu usap usap tgn dia kott euww obsesss
ReplyDeleteYap!! Pun terfikirkan dia.. sebab Muiz tak nampak gatal sgt~~ hahahaha
Deletewaaaaa...suspen!!!! Hilman cepat datang tolong.. tapi nanti kalau datang tolong takut kena tangkap basah plak
ReplyDeleteBuat macam tu pun ok, kena tangkap basah (hopefully nope la~~ buat cliche sikit konon2 Hilman nak bertanggungjwab, :D), then get married.. and develop the feelings afterwards~
DeleteKenapa mesti stop Kat sini huhuhuhu
ReplyDeleteX saba nak tgu bab seterusnya
ReplyDeletekesiannya hazel..... apalah nasib dia tu. where are you dr. alpha male?????
ReplyDeleteAaaaa .... suspennyaaa!!!
ReplyDeleteMana dr Hilman ni? Cepatlah datang.
Harap sangat tidak ada apa2 yg berlaku kt Hazel.
Tkut nk bca next entry.
tolong jangan jadi ape2 kat hazel.....
ReplyDeleteDr hilman....where are you???
Jgn lah tetiba dr hilman dtg.... Pastu jais ke org kampung ke dtg pastu tangkap diorg dlm keadaan yg mencurigakan... Lps tu semua org salah kn hazel...diorg terpaksa putus tunang dan hazel terpaksa kawin ngan hilman....TOLONG LAH JGN JADI MCM ni😱😱😱😱😱
ReplyDeleteCraving for the new chap... Alamakkk Hazel😩😩
ReplyDeleteapakata anjell kasik semua orang meroyan? jadikan ni entri terakhir!!!
ReplyDeletehahaha (gelak jahat lagi kejam)
Muiz tu kwn satu course dgn hazel.. yg tergila2kan hazel walaupun dah tahu hazel ni tunang org.. org yg xleh terima hakikat bahawa hazel dah tunang.. ceit sngguh.. 😒
ReplyDeleteSuspennyaaaa. Mohon sambung cepat :D
ReplyDeletelove the storyline.. tp maaf anjell.. saya sedikit tidak senang dengan scene almost being rape... sometimes scene begini blh menganggu someone who still have been traumatize with that... sorry anjell darlings..
ReplyDeletesukanya bila dah ada sambungan..... nexttt anjell....
ReplyDeleteHi Anjell,
ReplyDeleteWhat happened to your FB and FB page?knapa semua macam hilang jejak???atau sesuatu yg telah tertinggal ketapi?hahhaha
btw,good luck utk karya2 seterusnya.xsabar nk peluk baby baru msa PBAKL..kan?kan?kan?
lots of love,
NasmaN
Want more..can't wait to know next chap ☺
ReplyDeleteapa ni hazel lembik sangat... takkan nk bserah ja... ak pilih maruah lg dr nyawa... biar lawan sampai mati pun xpe... janji maruah tpelihara... fight back... I hate looser...
ReplyDeleteKak anjell.. ni dah kali ke 101 dah saya bukak page ni.. x sabar nk baca sambungannya.. sambung laa cpt, hehe...
ReplyDeleteBile nk klr bab 20 ni?? Xsbrnye nk bace!!!😩😩😩😩😩pnt tunggu tiap2 ari...
ReplyDeleteNew reader here ������ and from brunei
ReplyDeleteMinat sangattt dengan penulisan anjell, seronok baca, sampai golek golek kat katil. Nak tahu sangat bila novel ni publish pasal nak sangat belinya. Huhuhu.
Ni hah, tak sabar nak baca bab20
ala..cptla episod 20...dr hilman..cepat selamatkan hazel...
ReplyDeletescarynyaaa . please la selamatkan hazel cecepat!!! huwaaa nak eps seterusnya!
ReplyDeleteAdakah hnya smpai bab 19 shj? Jika bnr, adoi matilah beta. 😂😂🤣🤣
ReplyDeleteAdakah hnya smpai bab 19 shj? Jika bnr, adoi matilah beta. 😂😂🤣🤣
ReplyDeleteUpdate lah plssss.. This is killin me 💆💆💆💆
ReplyDeleteomaigad...can't wait next chap....
ReplyDeleteAnjell next n3 plzzzz .... hilman nak dtg tlg hazel tu
ReplyDeleteTak senang dduk memikirkn apa babak seterusnya.anjell continue pless
ReplyDeleteI'm dying waiting for the next chapter. T_T
ReplyDeleteAnjell, hopefully you're doing good so that you can keep continue this story and make it into novel maybe. Pray the best for you.
From,
Kipas susah mati Anjell (*¯︶¯*)
Aduhhh.. mati kering jgk duk tnggu next n3.. 😭😭😭😭
ReplyDeleteanjell jgn la seksa kami huhu
ReplyDeletehari2 tunggu update dari anjell 😭😭😭
ReplyDeletekak anjell please sngt2. dah ke brapa kali dohh duk check blog kak anjell takut2 ada bab 20 punya. berduyun dah peminat2 dr alpha male ni menunggu next entry...huhu. x sabar nak thu apa jadi. hrp2 xder jais mahupun family dia buat kemuncuan mengejut tika Hilman mai nak tlng! Berhuhu lah gamaknya nanti... sorry klu pnjg sngt komen. Excited sngt ni!!
ReplyDeletesis... bile nk update... tertunggu tunggu ni tiap hari buka blog ingat dah ade update
ReplyDeleteOMG!!!!!Ni mesti budak yg pkai hoodie ni.. Yg msa Hazel terlanggar dia time nk kluar kdai n dia sentuh tangan Hazel... Confirm pnya,sbb kt kampung...
ReplyDeleteCan't wait for the novel because I want know the ending...