BAB
20
“Assalamualaikum.”
Sayup-sayup aku mendengar orang memberi salam. Bersama itu, pintu rumah diketuk
berkali-kali.
Aku terkaku di tempatku. Tak mampu bersuara. Aku
mahu melaung, berteriak untuk minta tolong, tapi semua suaraku tersekat dalam
esak tangisku.
Aku mendengar pintu rumah dibuka. Tiba-tiba aku rasa
takut. Lelaki itu datang lagi! Dia mahu ulang lagi apa yang dia dah buat padaku.
Tubuhku menggigil ketakutan. Lantas aku duduk sambil membawa kedua-dua lututku ke
dada di balik almari. Mahu kecilkan diri supaya lenyap dari mata semua orang.
Aku takut!
Dari jauh aku nampak susuknya perlahan-lahan masuk
ke dalam rumahku. Seakan berjaga-jaga. Ada lampu suluh di tangannya, menyuluh
ke dalam rumahku. Tolong.. jangan datang sini! Tolong.. pergi jauh-jauh!
Tolong.. Aku merayu dalam hati.
Namun esakanku tiba-tiba terlepas, buatkan dia
memandang ke arahku. Aku makin mengecilkan diri. Takut diapa-apakan lagi.
“Hazel?” Suara yang sangat kukenal. Tapi otak
bagaikan hilang fungsi seketika. Aku keliru itu siapa.
Bersama itu lampu disuluh ke arahku. Aku makin
takut. Tubuh makin menggigil.
“Ya Allah,
Hazel! Apa jadi dengan awak ni?” Suaranya terkejut.
Pandangan penuh ketakutan dihalakan ke arahnya.
“To.. tolong.. ja.. jangan apa-apakan aku lagi!” Aku
merayu lemah.
“Damn it! Who
did this to you?!” Kali ini suaranya sangat keras. Aku tersentak. Bahuku
automatik terangkat dengan nada suaranya itu.
“God, I’m
sorry,” ucapnya lembut. Mungkin sedar aku yang takut dengannya.
Kemudian dia berlalu pergi. Aku tak tahu dia ke mana
sehinggalah ruang tamu yang gelap tadi tiba-tiba jadi terang-benderang. Buatkan
aku dapat melihat dengan jelas tubuhku yang terdedah. Pakaianku koyak-rabak. Aku
rasa tak selamat. Lantas tangan dibawa untuk memeluk tubuhku. Tapi terhalang
kerana tanganku masih terikat. Air mata kembali jatuh.
Dia kembali kepadaku. Dia nampak tersentak apabila
melihat keadaanku sebelum cepat-cepat tubuhku dibalut dengan satu comforter. Bila aku tengok dia dekat
denganku, aku terus mengelak. Dibayangi oleh lelaki tadi. Aku takut dia pun
sama, punya niat yang tak baik denganku.
“Ya Allah, Hazel! Siapa yang buat awak macam ni?” Dia
duduk mencangkung di depanku.
Ikatan di tanganku dibuka. Sakit. Tapi aku hanya
mampu melihat kesan merah di pergelangan tanganku. Kesan daripada cubaanku
untuk meronta. Bila tangannya mengusap lembut kesan itu, aku mendesis
kesakitan.
Aku terus menangis. Menggigil bibir cuba mengawal
bunyi esakan yang keluar. Tiba-tiba terasa tubuhku dipeluk. Aku cemas. Nafas
tiba-tiba rasa tersekat.
“Tolong.. lepaskan aku!” Aku cuba meronta. Takut
perkara yang sama kembali berulang.
“Shh.. saya takkan apa-apakan awak. You’re safe with me.” Suaranya bagaikan
memujuk. Tapi aku tak percaya.
Makin aku meronta, makin dia eratkan pelukannya. Tenagaku
dah habis gara-gara berperang dengan lelaki tadi. Akhirnya aku mengalah. Anehnya,
aku turut rasa selamat dengannya. Sekurang-kurangnya kalau dengannya, lelaki
tadi takkan datang balik.
“I’m sorry.
I’m sorry. If only I came earlier.
I’m sorry. So sorry.” Nada suaranya
penuh kesal. Tapi hanya bagaikan angin lalu di telingaku. Terasa lengan di
sekeliling tubuhku juga makin kejap. Tapi aku hanya diam.
Aku keliru. Sungguh otak tak mampu mencerna apa-apa
sekarang ni. Aku penat.
----------
Beberapa
orang kampung yang berkumpul tadi beransur-ansur pulang, meninggalkan cuma ahli
keluarga terdekatku. Tapi aku tahu semua orang dah tahu. Berita pasti pantas
tersebar mengalahkan angin yang bawa virus.
Hazel diperkosa. Hazel kena rogol.
Tapi aku tak rasa apa-apa. Hanya telinga mendengar
mereka semua berdebat. Mulut selesa diam. Mata pula dah tak lalu nak menangis.
Aku bagaikan patung.
“Kita kena report
pada polis benda ni!” Keras suara abi. Abi marah besar selepas melihat
keadaanku. Siapa yang tak marah kalau anak gadisnya diperlakukan sebegini?
“Abang, Hazel masih trauma! Abang pun bertenanglah.”
Suara umi memujuk abi. Mata umi merah. Menangis untukku. Menangisi takdir
hidupku. Dia peluk aku erat-erat selepas semuanya jadi.
“Macam mana nak bertenang? Siapa yang berani buat
anak kita macam ni?” Abi marah lagi.
“Qif rasa kita kena bawa Hazel pergi hospital. Check dengan doktor.” Suara abang Thaqif
di sebelahku. Dari tadi lagi dia peluk bahuku. Beri semangat.
“Abi setuju.”
Aku terus geleng kepala laju-laju. Tak nak! Pergi
hospital bukannya boleh ubah apa-apa pun.
“Kakak.. kita pergi hospital ya?” pujuk umi.
Aku geleng lagi.
“Tak nak. Kakak okey.” Serak suaraku menunjukkan
betapa lama aku berdiam diri.
“Kakak.. kita kena buat medical check up. Tengok kalau-kalau kakak..”
“Kakak apa? Mengandung?” tuduhku lancang. Aku tahu
pasti itu yang difikirkan oleh semua orang walaupun semuanya baru terjadi.
Terdiam semuanya.
“Bukan. Maksud abi kalau ada tempat lain yang
cedera.” Lembut suara abi. Memujuk.
Aku menangis lagi. Aku benci bila semua orang layan
aku macam ni. Semua buat aku macam aku ni lemah sangat. Semua nampak macam
kesiankan aku. Aku tak nak simpati orang!
“Tak nak. Kakak tak nak pergi hospital.” Aku masih
berdegil.
“Kakak.. kalau kita pergi hospital, mana tahu kita
boleh kenal pasti DNA siapa yang dah buat kakak macam ni.”
Laju aku geleng kepala. Aku faham apa yang cuba
disampaikan oleh abi.
“No! Tak
nak!” kataku kuat. Aku tak nak teringat balik gerangan lelaki tadi. Air mata
dilap kasar dengan tapak tangan. Menggigil tubuhku kerana cuba menahan marah.
Marah bila orang paksa aku buat sesuatu yang aku tak mahu.
“Kan dia cakap dia tak nak pergi hospital. Janganlah
paksa dia. Jangan tambah stres dia!” Keras suara dari sebelahku yang lagi satu.
Aku angkat muka. Dr. Hilman. Dia yang jumpa aku
tadi. Aku mula sedar semuanya semasa dalam pelukannya. Sedari tadi dia setia
bersamaku. Aku terhutang budi dengannya. Dia.. tanpa sedar menjadi
penyelamatku.
“Lagipun dia dah mandi. Memang tak boleh nak buat
apa dah,” tambah Dr. Hilman lagi. Ada kekesalan di balik suaranya.
Memang sepantas kilat aku berlari dan berkurung di
dalam bilik air sebaik sahaja Dr. Hilman melonggarkan pelukannya tadi. Aku mahu
bersihkan diri yang rasa sangat jijik. Bertalu-talu pintu diketuk oleh Dr.
Hilman selepas itu sebelum dia membuat keputusan untuk menelefon umi dan abiku.
Semua terdiam lagi. Pasti bersetuju dengannya. Aku
lihat lagi wajahnya. Dr. Hilman mengepal penumbuknya. Wajahnya turut ketat. Aku
tahu dia sangat marah dengan lelaki tadi. Sesiapa pun pasti akan marah dengan
lelaki tadi.
Sekali lagi aku berterima kasih kepada Dr. Hilman.
Sebab setelah itu, tiada lagi yang memaksaku pergi hospital.
“Ya Allah.. macam mana semua ni boleh jadi? Macam
mana penceroboh tu boleh terlepas masuk?” Abi raup muka.
“Kakak.. ingat dia siapa?” soal abi lagi. Penuh
berhati-hati.
Aku geleng kepala lagi. Memang aku tiada klu siapa
lelaki tu. Tiada langsung! Aku tak nampak muka. Aku tak tahu tinggi dia. Tak
tahu tua atau muda. Aku tak pernah dengar suara dia. Aku pun tak tahu sama ada
dia orang kampung ini atau bukan. Dan aku masih lagi tertanya-tanya. Kenapa aku
yang dia pilih?
“Kakak tak nak ingat dia!” rengekku. Kepala digelengkan
beberapa kali. Memang aku tak nak ingat langsung apa yang dah jadi malam ni.
Tapi persoalannya, mampukah aku?
“Dah jadi macam ni, macam mana majlis kahwin nanti?”
Suara umi perlahan.
Aku terdiam bila sebut pasal kahwin. Apabila maruah
perempuan tergadai, pasti jadi masalah besar. Sanggupkah pengantin lelaki
terima perempuan yang dah hilang kesucian diri? Itu selalu menjadi isu. Dan
Iwan.. sanggupkah dia terima aku lagi?
Semua pandang Iwan lepas umi cakap macam tu. Iwan
dari tadi cuma senyap. Jauh dia berdiri dari aku. Seolah-olah sedang terima
kenyataan tentang apa yang dah jadi padaku. Tapi mukanya jelas menunjukkan yang
dia tak boleh terima semuanya.
Dengan pandangan penuh kosong kuhalakan ke arah
Iwan. Menunggu kata putus darinya.
“Maaf, Iwan tak boleh terima Hazel. Iwan tak nak
buah yang ditebuk tupai.” Semua terkejut mendengar jawapan Iwan. Aku cuma
tenang. Jawapan yang memang kuagak. Aneh.. aku tak rasa apa-apa. Tiada kecewa.
Tiada sedih. Cuma kosong.
Aku nampak abi cuba bersabar. Seolah-olah sedang
berkata kepada diri sendiri, bukan salah Iwan kalau cakap macam tu, Iwan berhak
cakap macam tu. Tapi berbeza pulak dengan abang Thaqif. Laju berdiri dan
mencengkam erat kolar baju Iwan. Muka merah!
“Semuanya bukan salah adik aku. Kau cakap macam adik
aku ni kaki tidur dengan lelaki!” marah abang Thaqif.
“Saya cuma jujur. Saya tak boleh terima kalau bakal
isteri saya dah disentuh orang. Kalau abang, abang sendiri nak ke isteri yang
dah tak suci?” Soalan Iwan memang mintak penumbuk. Abang Thaqif memang bermurah
hati nak bagi sebijik kalau bukan sepupu lelakiku yang tarik dia.
“Aku akan terima sebab aku cintakan dia. Bukan salah
dia kalau semua ni jadi. Kalau kau betul-betul cintakan dia, kau akan lindungi
dia. Tapi kau, Iwan. Nampaknya cinta kau belum cukup besar untuk adik aku. Kau
memang tak layak untuk dia,” kata Abang Thaqif lagi.
“Dia.. tak layak untuk kau!” Terngiang-ngiang suara
lelaki tadi. Terus tegak berdiri bulu romaku. Masih tertanya-tanya. Apa yang
lelaki itu maksudkan? Kenapa dia cakap macam tu?
“Mungkin ada lelaki lain yang sanggup terima Hazel.
Tapi maaf, lelaki tu bukan saya. Saya tak boleh terima Hazel. Saya mahu
batalkan perkahwinan kami.” Suara Iwan nekad.
Wow… semuanya dah seratus lapan puluh darjah
jadinya! Sepatutnya ayat terakhir dia tu datang daripada mulutku. Tapi,
mana-manalah. Jalan terakhirnya memang putus tunang. Memang itu yang aku cuba
capai malam ni.
Aku nampak Safura cuba menenangkan Iwan. Orang lain
yang tengok mesti cakap kawan sedang tenangkan kawannya. Tapi tidak di mataku.
Hanya pandangan kosong dihalakan ke arah mereka.
Kemudian aku mengalih pandang. Mak Su Halijah sedang
pandang ke arah Safura dan Iwan. Bagaikan tahu dirinya diperhatikan, Mak Su
Halijah menoleh ke arahku. Tak sampai dua saat, pandangan teralih ke arah
lantai. Kemudian, sekali lagi dia mengangkat wajah. Aku masih setia menyambut
panahan matanya. Macam tadi, tak sampai dua saat, dia larikan pandangannya.
Dan aku tahu sesuatu. Mak Su Halijah dah lama tahu!
Rahsia Safura dan Iwan tersimpan rapi dalam poket Mak Su Halijah. Selama ini
lelaki yang dimaksudkan Mak Su Halijah memang Iwan. Sekarang aku rasa nak
menangis. Rasa sangat dikhianati. Sampai hati Mak Su bersubahat. Khianat anak
kakaknya sendiri. Kalaulah umi tahu…
“Are you sure
that is your reason?” Suara penuh authority
Dr. Hilman itu mencuri tumpuan semua orang.
“Apa maksud you?” Iwan bertanya balik.
“Apa maksud I?” Dr. Hilman senyum sinis.
Bulu romaku dah sembilan puluh darjah. Mata Dr.
Hilman mengalahkan helang. Tajam mencerun ke arah Iwan. Dia tegakkan tubuhnya. Aku
boleh baca apa tindakan Dr. Hilman seterusnya. Lantas aku cepat bertindak.
Tangan Dr. Hilman kugenggam. Mencuri perhatiannya ke arahku.
Dia pandang aku. Cepat-cepat aku geleng kepala.
Tolong jangan pecahkan semuanya! Aku tak tahu kenapa, tapi ini bukan masa yang
sesuai. Benda ini akan melibatkan keluargaku dan keluarga Safura. Hubungan
kekeluargaan yang dipertaruhkan. Silap-silap perang saudara. Sekarang bukan
masanya untuk tambah masalah. Semuanya sepatutnya dibincangkan secara tertutup.
Dr. Hilman faham. Dia mengeluh berat. Bila terasa
ibu jarinya mengusap belakang tapak tanganku, aku baru sedar yang aku tengah
pegang tangannya. Terus aku lepaskannya.
“Just because
you are stupid enough to let go of Hazel, doesn’t mean other man would do so. So
Mr. Perfection-is-my-friend, back off! Perhaps that is your wisest action of
tonight. Let someone who is worth it to treasure her. You.. don’t deserve her!”
Tegas suara Dr. Hilman.
Aku dah agak bait kata dari mulut Dr. Hilman pasti
mendiamkan seluruh isi rumah. Diam sama ada sebab terkelu dengan kata-kata Dr.
Hilman ataupun sebab tak faham.
Terkebil-kebil mata Iwan pandang Dr. Hilman. Kotak
suaranya terus hilang fungsi.
“Hazel setuju kami putus tunang,” putusku. Akhirnya
aku putus tunang. Sayangnya semua tak macam yang dirancang. Sekarang ni, akulah
yang jadi punca kami putus tunang.
----------------
“Mak
Su dah lama tahu, kan?” Dengan suara bawah takat beku aku berkata. Pandangan
dingin turut sama diberikan kepada Mak Su Halijah. Kini kami tinggal berdua.
“Apa maksud Hazel?” Lagi nak buat bodoh mak saudara
aku ni.
Aku cuba bersabar. Ketawa hambar dilepaskan.
“Mak Su nak saya cakap ke? Atau patut saya panggil
umi, tumpang tadah telinga sekali?” Sinis suaraku.
“Jangan!” Cepat Mak Su Halijah menjawab. Panik.
Aku tunggu dia sambung kata.
“Mak Su dah lama tahu.” Dia mengaku.
Aku mengeluh.
“Sejak bila, Mak Su?” soalku. Suaraku tak bernada.
Kosong. Sekosong rasa hatiku.
“Enam bulan.”
Enam bulan hubungan mereka bermula atau enam bulan
Mak Su baru tahu? Tak pula aku bertanya. Mana-manalah. Apa-apa pun, enam bulan!
Aku jadi pak pandir selama enam bulan. Mungkin lebih lama.
“Kenapa Mak Su tak bagitahu Hazel, Mak Su? Saya rasa
macam orang bodoh. Dua orang yang paling dekat dengan saya, tikam belakang saya.”
Keras suaraku. Masih cuba menahan diri daripada berkurang ajar dengan ibu
saudaraku.
“Oh,
pembetulan! Tiga. Dua ahli keluarga. Inilah agaknya orang panggil, erti kasih
sayang hubungan kekeluargaan, sampai tunang sorang pun nak kongsi sesama
sepupu. Kan, Mak Su?” sinisku lagi.
Terdiam Mak Su Halijah. Kalau tak kenangkan dia adik
umi aku, memang pedas berapi lagi sindiran aku tembak. Aku, kalau bab pulangkan
paku buah keras memang kelas satu.
“Mak Su minta maaf bagi pihak Safura dan Iwan. Mak
Su tahu mereka berdua dah salah dengan Hazel. Tapi, Mak Su mohon pada Hazel.
Tolong rahsiakan perkara ni dari pengetahuan orang lain.”
Aku rasa nak ketawa. Apa barang orang lain buat
salah, orang lain mintak maaf ni? Ada hati lagi mintak tolong dari aku pulak
tu!
“Apa yang buatkan Mak Su rasa yang saya takkan
bagitahu orang lain? Mak Su ingat saya ni baik sangat ke, Mak Su? Dalam hal ni,
saya yang teraniaya, tahu?” cabarku.
“Tolonglah, Hazel. Ini melibatkan maruah keluarga
kita. Silap-silap nanti keluarga Mak Su dan keluarga Hazel bermusuhan. Kalau
nenek tahu, parah kita nanti.”
“Pembetulan, Mak Su. Parah keluarga Mak Su. Bukan
‘kita’. Wah.. masa anak Mak Su cari pasal dengan Iwan, tak fikir semua tu?”
Terdiam Mak Su Halijah. Mukanya muram. Serba-salah
aku jadinya. Rasa nak marah dengan diri sendiri. Kenapalah aku ni mudah sangat
lembut hati?
Kemudian aku mengeluh. Semua bukan salah Mak Su
Halijah. Dia cuma jalankan tanggungjawab sebagai ibu yang lindungi anak dia.
Kalau jadi dekat aku pun, umi mesti buat benda yang sama. Agaknya.
“Baiklah, Mak Su. Saya takkan cerita pasal Iwan dan
Safura. Lagipun, apa gunanya lagi? Kami pun dah tak jadi kahwin. Saya dah
nampak dah itu semua jalan jodoh antara mereka. Apa yang jadi malam ni, mungkin
bukan bala semata. Mungkin Allah nak tunjukkan yang Iwan bukan jodoh saya. Siapalah
saya nak halang?”
Aku nampak Mak Su Halijah tarik nafas lega. Jangan
nak lega dulu!
“Tapi, saya ada syarat!” Dengan itu, muka Mak Su
Halijah sekali lagi tegang. Risau aku letak syarat pelik-pelik la tu.
“Kalau Mak Su nak saya rahsiakan daripada orang
lain, Mak Su kena janji yang Mak Su takkan cakap kat Iwan atau Safura yang saya
dah lama tahu affair mereka berdua.”
Aku nak tengok sejauh mana mereka berdrama sehingga terbongkarnya perkara
sebenar. Sebab aku yakin, cepat atau lambat, saatnya akan tiba juga.
Berkerut kening Mak Su Halijah pandang aku. Pelik
dengan syarat mudah aku agaknya. Apa? Ingat aku ni nak minta duit atau barang
kemas dia ke?
“Setuju ke tak, Mak Su?” soalku.
“Baik. Mak Su setuju.”
“Mak Su jangan risau. Saya ni bukan jenis yang
mungkir janji. Saya tak rasa nak balas dendam ke apa. Saya yakin satu hari
nanti, mesti Allah akan balas apa yang dia orang dah buat kat saya. Doa orang
teraniaya memang mudah dimakbulkan. Kita tengok aje la sejauh mana kebahagian
seseorang yang terbina atas kesengsaraan orang lain,” kataku mendatar.
Nampak tubuh Mak Su Halijah mengeras. Aku rasa aku
cuma cakap benda betul. Kenapa? Lupa yang kita punya Tuhan yang membalas?
Undang-undang Allah selalu ada.
“Anggaplah saya buat semua ni demi menjaga hubungan
keluarga kita. Saya tak nak umi dan Mak Su bergaduh. Tapi, saya tak janji saya
boleh bersemuka dengan Safura. Jujur, saya benci dia sekarang ni. Apa yang saya
boleh cakap, kami takkan jadi macam dulu,” jujurku. Aku ni bukan malaikat
sangat. Kadang-kadang perangai setan lebih dominan. Sebab tu Allah ciptakan aku
jadi manusia!
“Tak apa, Hazel. Mak Su faham. Mak Su ucapkan
banyak-banyak terima kasih pada Hazel. Mak Su berdoa kepada Allah supaya Hazel
hidup bahagia lepas ni.”
Aku senyum.
“Terima kasih sudi doakan saya. Tapi, sebelum doakan
kebahagian saya, ada baiknya doakan anak dan bakal menantu Mak Su tu. Saya cakap
yang saya akan rahsiakan perkara ni, tapi tak bermakna orang lain tak tahu.
Kita tak tahu siapa lagi yang tahu pasal dia orang. So, good luck untuk terus
mennyimpan rahsia, Mak Su. Tapi Mak Su, sepandai-pandai tupai melompat,
akhirnya jatuh ke tanah jua. Kita tak boleh tutup mulut orang lain. Kita tunggu
aje nanti.”
Yeayyyy... love you so much anjell sayang.. yuhuuu.. 1st reader.. 😘😘😘
ReplyDeleteYessss second reader 💐💐💐💐
ReplyDeleteMmg yang ditunghu-tunggu.. terbaik karya anjell memag tidak pernah mengecewakan
ReplyDeleteWhy............ sighhh
ReplyDeleteTqvm Anjell for the update...
ReplyDeleteHarap2 Hazel la bkn dirogol...nehi...hehi...x mau..x mau...😢😢😢
Nak lagiiiiii
ReplyDeleteSiapa yg perkosa hazel? Kesian.. Iwan lak nmpk sgt da xsyg hazel.. Boleh katakan babak ini sedih sgt bg sya.. Hurmm, cuma nak tau siapakah yang perkosa hazel?? Tgh geram plus nak cekik je org tuu ��
ReplyDeleteNmpak muiz ataupun org yg gatal tgn sentuh tgn hazel masa kat kedai runcit.. 2org tu je yg nmpak ni.. tapi, lebih nmpak muiz pelakunya.. erghhh..
Deletewhy muiz?? muiz satu kmpg dgn hazel skali kaa? atoii, sighhh
DeleteAlhamdullilah akhirnya menjelma jua...lama ku tunggu...terubat rindu di hati...kak fadz tak rasa Hazel di perkosa, ni semua perangkap iwan ni..pandainya kak fadz jump into conclusion. ? Ha..ha..haa
ReplyDeleteFinally. Thank you Anjell. Love you soooo much! Kesian dkat Hazel. :(
ReplyDeleteAdeh...update macam tggu drama korea.xsuka iwan...next chapter mst kantoi dia dgn safura..
ReplyDeleteTerima kasih. Lama sangat menunggu dan akhirnya dapat cerita sedih. Anyway itu lah hidup tak sunyi dr ujian.
ReplyDeleteHarap lepas ni dapat sambbing cepat2
Ohhh my! Xsukanya...... Kesian hazel. Nk berharap dia xkena rogol sebolehnya.. hukhuk. Dah la baru lps tgk cerekarama Trauma td.. trauma pulak baca bab ni.. T_T
ReplyDeleteKesian hazel....���������� ...
ReplyDeleteRasanya smua ni rncngan iwan utk putus dgn hazel😠😠😠😡
ReplyDeleteEeii geramnyaa baca part ni... Iwan x guna pegi la kau dgn tempura tu.. Hazel layak ngan dr. Hilman jaa
ReplyDeleteCepat2 lah kluarkan bab 21 kak anjell�� kmi dri brunei memohon�� hahahaha����
ReplyDeleteLama menunggu, akhirnya dapat jugak baca :)
ReplyDeleteCant wait for the next chapter
Yeayy! Akhirnya, setelah sekian lama menunggu. X sabar nak tunggu bab 21 plak. Pi blah lah ngan si Iwan tu. Hazel pun mmg awal2 lg dah x nak dgn dia.. caiyokk kak anjell!!!
ReplyDeleteWahhh rse nk nangis bile tgk bab 20 dh ade...tiap2 hari i bkk tau...skrng baru ade...serius rse cam nk nanges😂😂😂
ReplyDeleteSamalah kita. Rasa terharu sbb akhirna bab 20 yg ditunggu2 dah keluar. Huhu...
DeleteHuwaaaaa! Sian Hazel...confirm lepas ni Dr. Hilman tawar diri nk kahwin dgn Hazel TT^TT
ReplyDeleteHarapnya org tu xsmpt rogol hazel..sian dia..biar lah iwan tu dgn safura tu..bengong..dia yg xlayak dgn hazel, bkn hazel xlyk utk dia, hazel layaak dpt yg lbh baik dr iwan
ReplyDeleteAngel.. Cepat2 lah keluarkan buku.. Tak sabar dah nak beli..:'(
ReplyDeleteTikah rasa hazel x kena rape pon..mesti laki tu acah je sbb nk hazel putus ngan iwan..btw..dr.hilman is the best..thumbs up
ReplyDeleteWah novel kak anjell memang terbaiklahhhhh
ReplyDeleteMakin best jln ceritanya. Tahniah anjel... cerita anjel tak pernah mengecewakan.
ReplyDeletecepat sambung ya Anjell .... x sabar ni
ReplyDeletetidakkkkkkkkk! Serius lah??? Ke hazel tipu sebab nak tgk reaksi iwan????? nak sambungannyaa... Ei, geram pulak dengan mak cik halijah tu heh.
ReplyDeleteKENAPA!!!!!!! huhuk....harap sngat hazel xdirogol...ape2pun bab 20 ni terbaik ahhh!!! #thumbsup can't wait the next chapter....harap2 kluar lebih awal....
ReplyDeleteSad for what happen to Hazel.. But fortunately Hazel dpt lepas dr Iwan.. I've been thinking how Hazel and Dr.Hilman will become a thing. This is the start I guess.. I love it how Hazel wants to keep the fact hidden for now.. Lagi best bila le familia got to know the scandal from other people.. Anticipating for the next chapter soon.. Good luck Anjell. 💪😊
ReplyDeleteWahhh...finally. Tapi kenapa terasa pendek bab 20 ni? Dr hilaman nanti mesti tawar diri nak kawin dengan hazel.. Sebab dalam cerita hero seorang cinderella ada part hazel dengan dr hilman ajak hazel kawin... Anjelll please nak bab 21!!!!!!
ReplyDeleteWHY?????HAZELL????OWH NOOO!!!!SO PITY....mmg berharap anjell x diperkosa,tp ape boleh buat....by the way....kipidap k.anjell...x sabar tnggu bab 21....
ReplyDeleteTq cik penulis...tak sabar utk seterusnya...
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu bab 21
ReplyDeleteI dun think Hazel kena rogol. First, Hazel lengkap berpakaian wlaupun terkoyak rabak. Cuma mesti penjahat tu sempat well....Second, rasanya penjahat tu lari masa Hilman bg salam. Then rasanya penjahat tu org yg pgg tangan Hazel kat kedai tu kot. Apa² pon tunggu next bab dr akak Anjel laa. Ta sabar nak pegang bukunyaaa ��
ReplyDeletehuwaaa.....anjell kenapa buat heroin awak macam nie
ReplyDeletethank you anjell😘
ReplyDeleteSaya baru kat bab nie n rasa debar sgt, x sabar nak baca sampai habis taw. Saya dah beli buku. Best n kelakar sgt. Terkekeh saya ketawa taw. Haha..
ReplyDelete