Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Tuesday 14 March 2017

Dr. Alpha Male (BAB 21)


BAB 21

Sunyi-sepi sepanjang perjalanan. Aku lebih selesa memalingkan wajah ke arah tingkap. Selesa dengan kebisuan antara aku dan Dr. Hilman. Dia juga khusyuk memandu di sisiku. Hari ini, aku pulang ke rumah sewaku. Dr. Hilman dengan rela hati mahu menghantar aku pulang. Dan aku juga rela mengikut. Sebab aku nak cepat-cepat keluar dari rumah itu.

Aku sandarkan kepala pada kerusi. Tubuhku agak penat. Bukan.. tubuh, fikiran dan jiwa semuanya penat lepas apa yang dah jadi. Semalam aku tak dapat tidur. Terbayang-bayang oleh bayangan lelaki misteri itu. Takut meskipun ada umi yang temankan aku semalam.

Mata dipejam. Nak fikir masa depan. Semua baru terjadi semalam. Aku tak tahu macam mana perasaanku sekarang ni. Bercelaru. Aku tak tahu mampukah aku lawan rasa takutku. Umi cadangkan supaya aku cuti beberapa hari lagi. Supaya aku tenang. Tapi aku tak nak. Aku tak boleh cuti. Aku kena sibukkan diri supaya aku dapat lupakan semuanya.

Iwan. Tiba-tiba teringatkan bekas tunang aku itu. Dan sakit hati muncul balik. Perasaanku naik turun. Kejap aku okey dan tak rasa apa-apa, kejap lagi aku rasa nak menangis dan murung. Dan sekarang, itu yang aku rasa. Sedih dan murung.

Dahlah kena curang dengan tunang, rumah pulak kena pecah masuk dengan perogol sesat. Kenapa semua jadi kat aku? Aku rasa nak menangis. Sedaya upaya aku cuba tahan. Sampai tegang seluruh tubuhku. Penumbuk digenggam kemas. Rasa geram yang amat. Aku rasa macam nak tumbuk, terajang orang. Biar segala rasa hati aku dapat diluahkan.

“Hazel.” Suara garau itu memecahkan keheningan.

Ketegangan yang aku rasa tadi sedikit berkurangan. Aku buka mata. Sekilas Dr. Hilman yang kacak dengan Ray Bannya itu dipandang.

Do you trust me?” soalnya.

Aku diam dulu. Percayakah aku kepadanya? Kalau aku tak percaya, aku takkan berada di dalam kereta dengannya sekarang. Berdua dengan lelaki lepas apa yang dah jadi padaku semalam. Panggil aku gila, tapi aku rasa selamat dengannya. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab dari semalam lagi dia ada denganku.

“Kenapa?” tanyaku balik tanpa menjawab soalannya. Pasti dia ada sebab kenapa dia tanya macam tu, kan?

“Saya nak bawak awak pergi satu tempat.” Berhati-hati dia sudahkan kata. Tengok reaksi aku agaknya. Mesti dia risau aku masih trauma.

Aku berfikir sejenak. Jam di skrin radio sempat dikerling. Pukul sepuluh pagi. Masih awal lagi. Kalau sampai rumah, aku mesti terkurung dalam bilik. Layan perasaan sendiri. Tak kena gaya, menangis lagi. Mesti rakan sebilikku pelik nanti. Aku belum bersedia untuk berkongsi dengan orang lain.

“Okey,” jawabku. Setuju. Tak pula aku tanya ke mana.

Aku yakin Dr. Hilman takkan buat apa-apa padaku. Aku percayakan dia. Dan aku harap dia tak musnahkan kepercayaanku itu.

    -------------

Lebih kurang sepuluh minit kemudian, Dr. Hilman memarkirkan keretanya di depan bangunan kedai. Kalau nak lebih spesifik, di depan sebuah farmasi. Bertaut keningku. Apa yang dia nak buat di farmasi? Mata hampir terbeliak apabila sesuatu bermain dalam fikiran.

Takkanlah dia pun berfikiran sama macam orang lain. Takkanlah dia pun ingat aku ni…

“Hazel?” Lamunanku entah ke mana. Aku pandang sebelah dengan muka keliru. Wajahnya sedikit berkerut. Nampak macam risau.

“Jom. Tak nak turun ke? Kita dah sampai.”

“Kita nak pergi mana?” Aku bertanya. Kalau setakat turun nak beli pregnancy test baik balik sekarang! Orang normal mana yang periksa kehamilan lepas semuanya berlaku tak sampai dua puluh empat jam?

“Nanti saya tunjuk tempat tu. Jom ikut saya.”

Tempat tu? Maksudnya bukan farmasi. Aku sedikit lega. Kemudian rasa nak hantuk kepala sendiri. Aku dah berprasangka dengan Dr. Hilman.

Aku cuma mengikut. Diam buka pintu kereta dan ikut Dr. Hilman berjalan. Dia naik ke tingkat atas menggunakan tangga kecil di tepi kedai farmasi itu. Tempat apa la yang dia nak bawak aku ni?

Seketika kemudian, Dr. Hilman menarik satu pintu kaca yang agak besar. Dikuak luas-luas sebelum bagi isyarat supaya aku masuk dulu. Sekali lagi aku cuma ikut walaupun kaki agak teragak-agak. Kasut ditanggalkan dulu.

Sebaik sahaja aku jejak kaki ke dalam, terpampang satu lambang besar pada dinding. Tertulis W MMA. Mixed Martial Arts? Kenapa dia bawa aku ke sini? Tertanya-tanya. Tapi aku tetap ikut Dr. Hilman. Kali ini ke tingkat atas pula.

Dari tempatku berdiri, aku boleh dengar suara lelaki dan perempuan tengah bergelak-ketawa. Makin lama, makin dekat sehinggalah Dr. Hilman berhenti berjalan. Aku turut berhenti.

Aku angkat kepala. Ramai orang tengah berkumpul di depan kami. Tak pula aku kira, tapi aku rasa dalam lebih kurang sepuluh orang. Ramai lelaki dan hanya ada tiga perempuan. Tu pun nampak macam jantan. Semua kepala pandang kami.

“Eh, Sir Hilman! Sir datang? Hari ni ada training ke?” Ada suara lelaki yang sangat asing bagiku menegur. Dia macam terkejut. Aku nampak muka dia macam budak sekolah menengah. Mungkin tujuh belas tahun.

No. Hari ni tak ada training. You all buat apa?”

“Saja. Bosan duduk kat rumah, kami datang panaskan badan, release stres.” Jawab lelaki sebelah budak tu.

Good. Maksudnya tak jadi masalah la kalau saya halau awak semua practice kat bawah, kan? I need the whole second floor today.” Macam biasa, suara Dr. Hilman penuh authority.

Kedengaran suara tak puas hati. Tapi tak ada yang membangkang.

Sir, siapa yang cun kat sebelah? Awek sir ke?” Suara itu aku datang daripada lelaki yang berbaju merah.

Semua mata tertumpu ke arahku. Mulutku tiba-tiba macam lepas kena strok. Senget nak senyum. Rasa kekok lepas semua ingat aku kekasih Dr. Hilman.

Dr. Hilman pula cuma selamba.

“Adalah. Ambil semua barang yang nak kat sini, pergi practice kat bawah. Cuma tinggalkan satu boxing glove. Now, get out. Dan jangan naik ke sini tanpa izin saya. Faham?” Suara Dr. Hilman tegas. Selamba menghalau remaja-remaja itu.

“Yalah.. yalah.. Kami turun. Sir nak dating dengan kakak mata cantik la tu!” Aku sempat dengar  budak-budak tu merungut. Tapi tetap mengikut.

Suara yang bising tadi sayup-sayup makin hilang. Menunjukkan akhirnya aku cuma tinggal berdua dengan Dr. Hilman. Dr. Hilman pula tiba-tiba lenyap di balik satu pintu. Aku guna kesempatan itu untuk melihat ruang latihan itu.

Luas. Lantai dilapik dengan sparring mat hitam yang tertulis lambang W MMA. Satu sudut punya satu gelanggang tinju. Satu sudut pula tergantung beberapa jenis punching bag dari bermacam saiz dan warna. Ada juga beberapa peralatan gim seperti treadmill, dumbbell dan abs bench.

Aku sedikit tersentak apabila dengar bunyi pintu terkuak. Dr. Hilman kembali muncul. Dia mendekatiku. Aku masih tak faham. Kenapa dia bawak aku ke sini?

“Dr. trainer kat sini ke?” soalku. Ingin tahu.

“Tak juga.” Dia geleng.

“Habis, kenapa budak-budak tu panggil Dr., sir?” tanyaku lagi. Lagi.. dia halau budak-budak tu macam tempat ini dia yang punya.

“Sebab saya salah seorang founder tempat ni. Tempat ni ditubuhkan bersama dengan kawan saya. Nama dia Umar. Nama tempat ni pun sebenarnya gabungan dari nama kami. Ukasyah dan Umar. Double U. Jadilah W MMA.” Dr. Hilman mula bercerita.

“Umar yang uruskan tempat ni. Dia salah seorang trainer tetap kat sini. Saya datang kadang-kadang aje. Bila rasa nak panaskan badan tak pun kalau cuti. Maklumlah, sayakan kerja. Dulu masa study pun, bila balik Malaysia mesti datang sini. Bila datang tu, kadang-kadang tolong train budak-budak tu sekali.”

Hari ni aku tahu sesuatu yang baru tentang Dr. Hilman. Jadi dia memang tak bergurau masa cakap kat Iwan yang dia tu MMA fighter. Jadi, Hazel.. lain kali dalam kelas dia, sila jaga kelakuan kau kalau tak nak kena libas sampai berpusing tiga kali, ya?

“Kiranya Dr. pun MMA practitioner la ni?” soalku teruja.

Yup. Kickboxing, Muay Thai and Judo,” jawabnya. Dan sekarang aku tahu macam mana dia dapat otot-otot berketul yang lawa tu.

Berbalik kepada persoalan asal tadi…

“Tapi kenapa Dr. bawa saya ke sini?” Aku tak rasa dia bawa aku ke sini semata-mata nak berbangga yang tempat ini dia yang punya. Dr. Hilman bukan jenis yang perasan bagus. Dan aku juga tak cakap yang aku ni nak belajar MMA.

Dr. Hilman diam sebentar. Kemudian dia ke satu arah.

Come, Hazel,” serunya. Kaki cepat patuh. Aku tegak berdiri di depannya. Tangannya sebelah peluk punching bag yang tergantung pada siling.

“Tahu tak kalau saya marah, stres atau fikiran berserabut, saya selalu datang sini. Saya akan lepaskan perasaan pada punching bag. Well.. better punching bag daripada muka orang, kan? Lepas tu, saya selalu akan rasa tenang. Otak akan jadi relaks bila dah lepaskan semuanya,” katanya.

Dia pandang aku. Wajahnya serius.

You look so tense, Hazel. You look like you are ready to punch someone but you resist yourself. It’s not good to keep it yourself.” Dia ketuk punching bag yang dipeluknya itu.

This. Hit it as hard as you want. Ease your tension.” Itu bukan satu permintaan. Tapi satu arahan.

“Tangan.”

Teragak-agak aku hulurkan tangan kananku. Dia tanpa banyak suara sarungkan sarung tangan peninju berwarna merah. Seakan-akan faham, aku turut angkat tangan kiriku. Macam tadi, dia sarungkan pula pada tangan kiriku. Ralit aku melihat wajahnya yang khusyuk pakaikan aku sarung tangan itu. Serius tapi tetap kacak. Sehinggalah dia angkat muka, mata kami bertentangan. Baru perasan aku dah kantoi mengusyar dia.

Aku buat-buat selamba sebelum berdiri betul-betul di depan punching bag itu. Cuma berdiri sambil tenung benda tu. Teragak-agak aku pandang Dr. Hilman. Aku tak tahu macam mana nak mula. Aku tak pernah berlajar apa-apa seni pertahankan diri.

Just punch, Hazel!” Serentak itu, laju buku lima kanannya bertemu dengan permukaan rata hitam itu. Bergema ruangan itu gara-gara tumbukan padu itu. Cukuplah tengok urat-urat lengannya yang timbul gara-gara genggamannya itu, memang dah tahu tenaganya berapa ratus Joules. Cuba bayangkan kalau singgah kat muka orang? Mahu terbang ke Korea buat pembedahan plastik! Aku teguk liur.

Easy,” kata Dr. Hilman balik. Dia tarik balik tangan kanannya macam tak ada apa-apa berlaku.

If you want to cry, then cry. If you want to shout, then shout. Pour your feelings, everything today, Hazel. After all, I’m just another wall.”

Dia tinggalkan aku sendirian. Sepi. Cuma aku yang ada di tingkat atas ni. Dia nak aku lepaskan semua rasa dalam hati aku ni. Perasaan yang bercelaru dengan bermacam rasa. Sedih, sakit hati, takut, marah, rasa dikhianati dan dendam. Aku mahu buang semua tu!

Lantas tangan kanan yang bersarung itu dihayun kuat ke kantung hitam itu. Tangan kiri pula. Kemudian bergilir-gilir kiri dan kanan bertemu dengan kantung itu. Rasa mula-mula yang agak kekok tadi kini makin hilang. Beransur pula dengan rasa kepuasan.

Aku puas hati bila tumbukanku makin padu. Cuba bayangkan muka orang-orang yang dah menyakitiku yang menggantikan punching bag itu. Pasti puas hati!

Bukk! Muka Iwan.

“Apa kurangnya aku sampai kau sanggup curang? Kenapa sepupu aku? Aku benci kau. Aku benci diri sendiri. Huh.. jantan tak guna!”

Bukk! Muka Safura.

“Tak guna punya sepupu. Perampas! Aku harap satu hari nanti ada orang rampas balik Iwan tu. Biar padan dengan muka kau. Biar kau tahu macam mana sakit dikhianati!” Biarpun orang cakap tak baik doakan yang buruk-buruk, tapi hari ni aku peduli apa?

Bukk! Muka lelaki semalam. Walaupun aku tak tahu rupa asalnya.

“Kenapa aku? Apa salah aku? Kenapa buat aku macam ni?” Perlahan suaraku.

Bermacam-macam lagi luahan tak puas hati, marah dan benci aku hamburkan kepada punching bag malang itu.

Dan tanpa sedar, aku menangis! Air mata yang dari semalam aku tahan laju mengalir. Tapi aku rasa sesuatu. Aku rasa puas! Lega. Bagai terangkat separuh beban yang aku tanggung selama ini. Dada rasa ringan. Fikiran lebih lapang.

Aku berhenti menumbuk. Dada berombak kasar. Bagi peluang pada paru-paru sedut oksigen secukupnya. Tangan mula rasa sakit meskipun aku menumbuk menggunakan boxing gloves. Mungkin sebab ini kali pertamaku, kulit masih manja.

Akhirnya aku terduduk. Penat. Penat tapi puas. Bibir menguntum senyum. Aku masih punya kehidupan yang perlu diteruskan. Duniaku tidak berakhir di sini.

   ------------

Are you done?” Suara Dr. Hilman itu buatkan aku sedikit tersentak. Laju kepala pusing belakang. Nampak Dr. Hilman dengan langkah machonya berjalan ke arahku.

Yes. And you are right. I feel better. Thank you.” Aku terhutang budi dengan Dr. Hilman.

Dr. Hilman senyum. Bukan sinis macam selalu tapi senyuman kecil yang cukup ikhlas. Dia duduk bersila di tepiku.

“Berapa lama masa Dr. tinggalkan saya tadi?” soalku.

“Setengah jam.”

Lama juga. Patutlah tubuhku hampir lencun. Peluh merinik keluar membasahi dahi. Patutlah tangan pun rasa nak tertanggal. Habislah.. DOMS la otot aku besok. Dah la tak stretching tadi.

“Dr. ada dengar apa-apa ke?” soalku. Malu juga kalau dia dengar aku meluah rasa dan menangis. Aku tahu kalau dia tengok aku tadi, dia akan cakap aku pathetic, rapuh dan lemah.

I was a wall, remember?”

Aku ketawa. Aku sendiri terkejut bila aku mampu ketawa ikhlas. Sebab sungguh aku rasa kelakar dengan kata-kata Dr. Hilman itu.

Thank you,” ucapku ikhlas kepadanya. Aku tahu sekalipun dia dengar atau saksikan aku tadi, dia akan buat-buat tak tahu.

You’re welcome. Tangan.”

Aku baru perasan yang tanganku masih bersalutkan sarung tangan peninju. Aku hulurkan kepadanya. Dah macam nak buang rambut dalam tepung pulak aku tengok dia tanggalkan sarung tangan tu. Hati-hati. Mungkin tahu yang tanganku mungkin sakit.

Dan bila sarung tangan ditanggalkan, macam yang aku agak, buku limaku agak merah. Bila digosok, rasa sakit. Kesan merah di pergelangan tanganku semalam pun belum hilang, dah tambah penyakit baru.

“Nanti letak ais. Tak pun rendam tangan dalam air sejuk. Boleh hilangkan sakit dan kurangkan muscle soreness nanti.” Dia turunkan tips.

Aku cuma angguk.

“Kalau semua dah okey, bolehlah kita keluar makan dulu. Lepas tu saya hantar awak balik.”

Aku pandang tubuhku. Berpeluh-peluh. Tak sampai hati nak tunduk cium ketiak sendiri. Macam mana ni?

I think you should take a shower first. No offense, but you stink!” Dia yang macam boleh baca fikiranku berkata.

Laju mulutku mendengus. Cet! Suka hati aje nak cakap aku busuk! Kalau keluar dari mulut lelaki lain, aku memang dah rasa nak masuk almari, menyorok sebab malu dan kecewa. Yang anehnya, aku tak makan hati pun dengan kata-katanya itu. Cuma Dr. Hilman aje yang mampu cakap macam tu.

“Kat sini ada shower ke?” Aku memang teruja kalau boleh bersihkan diri dulu. Kemudian teringat sesuatu. “Tapi saya tak ada baju lain.”

Memang aku selalu balik kampung berlenggang kangkung. Cuma bawa yang dalam-dalam dan alat dandan diri. Semua baju dah ada di kampung. Buat apa nak tambah beban kereta? Buat habis minyak kereta aje nanti.

Tapi ni la jadinya. Tak ada baju untuk ditukar. Tak sanggup aku nak sarung balik blouse biru yang sedang menjadi penternak kuman berjaya gara-gara peluhku itu. Ya.. aku belasah punching bag tadi dengan seluar jeans dan baju blouse.

“Oh, ya ke? Actually saya ada baju lebih, tapi itu pun kalau awak nak pakai la,” cadang Dr. Hilman. Teragak-agak dia memandangku. Pasti dia cuba melihat reaksiku.

Aku pakai baju Dr. Hilman? Kalau orang tengok, apa aku nak jawab? Sejak bila kau mula fikir pasal orang ni, Hazel? Dah-dahlah sesakkan neuron dengan apa persepsi orang terhadap kau! Orang tak pernah fikir pasal kau. Belajarlah dari kesilapan.

Don’t worry. Saya ada hoodie. Boleh sarung kat luar. Jadi tak adalah obvious sangat awak pakai t-shirt lelaki.” Dr. Hilman yang seakan faham berkata.

“Kalau macam tu, okeylah.”

     --------------

Aku pandang tubuh sendiri sebelum pandang cermin besar di depanku. Lengkap bertudung, berseluar geans dan berbaju T-shirt putih Dr. Hilman. Tertulis I’M A BAD BOY di perutku. Sepatutnya di dada kalau Dr. Hilman yang pakai.

Katanya, “This is the smallest I can get.” Tapi.. smallest dia tu XXL aku. Bapak besar gila! Macam bagi Smurf pakai baju Hulk. Lengan baju sampai ke bawah siku. Hujung baju betul-betul atas lutut. Dah jadi macam baju muslimah dah. Kenapalah aku ni pendek sangat? Huh!

Kemudian aku sarungkan hoodie hitam Dr. Hilman di luar tubuhku. Besar juga. Panjang sikit, memang dah jadi long coat. Tapi hoodie dia sumpah lawa. Tengok jenama. Brunello Cucinelli. Tak pernah dengar. Tapi aku yakin mesti mahal.

Aku lipat hujung lengan sampai pergelangan tangan. Sekali lagi aku pandang cermin. Tak ada yang pelik kalau pakai hoodie besar. Tapi orang akan pelik kalau pakai hoodie tengah-tengah panas ni. Ah, aku peduli apa cakap orang? Fashion is about confidence! Selepas puas tilik diri sendiri, akhirnya aku keluar.

Hati dah agak tenang. Fikiran dah agak lapang. Badan pun dah wangi. Tambah pulak dengan bau minyak wangi yang selalu dipakai Dr. Hilman melekat pada hoodienya itu. Membuak-buak. Kalau orang sedut bau, memang cakap  aku curi pakai minyak wangi dia.

Aku mendekati Dr. Hilman yang sedang duduk membaca majalah di atas sebuah kerusi. Bila rasa ada orang dekat dengannya, dia angkat kepala. Aku nampak dia analisis aku dari atas sampai bawah. Kemudian dia macam cuba tahan senyum. Kelakar agaknya bila tengok aku pakai baju besar dia itu.

Tapi dia cuma diam tanpa komen apa-apa. Keputusan yang bagus!

“Jom.” Majalah ditutup lalu diletakkan di atas rak buku yang memang ada kat situ.

Kemudian kami berdua berjalan keluar. Budak-budak tadi masih belum balik lagi. Bila nampak kami berdua melintas, mereka tegur Dr. Hilman. Kemudian sibuk mengusik aku dan Dr. Hilman. Dr. Hilman macam biasa, buat tak endah. Cuma sempat turunkan pesan supaya kemas balik tempat tu bila dah nak balik nanti.

Macam yang Dr. Hilman cakap tadi, dia bawa aku pergi makan dulu. Semua karbohidrat tersimpan tadi agaknya dah digunakan jadi tenaga. Tak peliklah kalau aku lapar gila sekarang ni. Macam-macam aku pesan.

“Awak kena banyak makan, Hazel.”

Aku cuma angguk. Tak payah cakap, memang aku bersedia untuk melahap sekarang ini. Dari semalam lagi aku tak makan apa-apa. Selera putus lepas apa yang dah jadi. Dan sekarang sumpah lapar gila!

29 comments:

  1. Terapi tu hazel... lepaskan perasaan geram... dr hilman mmg baik...

    ReplyDelete
  2. X sabar la nak tunggu dlm bentuk novel

    ReplyDelete
  3. Wow!!! Makin interesting^o^.... Cayalah kak anjell... Trbaik!

    ReplyDelete
  4. mmg terbaik Dr Hilman... x sabar nak tggu dalam bentuk novel.. tahniah k.Anjelll

    ReplyDelete
  5. Maaf kalau akak bertanya.. kenapa bukan parent Hazel yang hantar dia balik? Lepas apa yang jadi, if I were in Hazel place, I won't go out from my room I guess. Tak mustahil akak akan berkurung dlm bilik dan menangis non stop. And semestinya akak akan rasa trauma kot. Ni akak cakap if akak jadi Hazel la.. I don't think I can face anyone else dlm masa terdekat tu. Unless perkara tu dah sebulan berlalu... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe nk tunjuk yg hazel ni kuat semangat.menerima takdir n cpt move on.. Maybe la kan?

      Delete
    2. Yup. Maybe jugak. Atau rasanya dia tak sempat kena rogol pn.. that's why dia tanak pegi hospital. Only her knows the truth. hehe

      Delete
  6. wow! bgus la dr hilman ni..... jenis yg memahami

    ReplyDelete
  7. Just still can't accept hazel was raped

    ReplyDelete
  8. TAK SABAR NAK TUNGGU NEXT CHAPTER

    ReplyDelete
  9. Yeyyy alpha male dah up tak sabar nak tunggu chapter berikutnya

    ReplyDelete
  10. Wowwwwww!!so so bestttt😙😙😙

    ReplyDelete
  11. I punch the bag too kalau frust..kalau tak rasa macam nak pukul org je..hehehe

    ReplyDelete
  12. Waaaa!!! Cayalah kak anjell. Bukak blog akak jer, terus nampak bab 21. Dr. Hilman so cooollll!!! X sbar nak beli novel ni lps ni. Next chapter pleasseee...

    ReplyDelete
  13. karya kak anjell x pernah mengecewakan....
    memang terbaik

    ReplyDelete
  14. terbaik.....best....gilerr2....sy ttp menyanjung karya k.anjell...next n3 plezz

    ReplyDelete
  15. I rasa hazel tak kene rogol pon. Rase je hekhek

    ReplyDelete
  16. Cant wait for the next chapter.

    Hrp2 dr hilman dh start to make a move dgn hazel.

    ReplyDelete
  17. Rasanya hazel tak sempat kena rogol.. Waaaaaa cant wait for next entry. Dr Hilaman please make a move.. Hazel sangat kuat orangnya..

    ReplyDelete
  18. Sis bukukan cepat2 tau sy >^< heheheh.... x sabar nak tambah koleksi buku Anjell

    ReplyDelete
  19. Novel anjell the best 👍👍💕
    Bila nak publish novel ni...

    ReplyDelete
  20. Oh tidaakk bila boleh baca full versoin punyaa ♥♥♥♥♥

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )