BAB
11
“Dee,
pukul berapa kita naik bot?” Zuyyin bertanya kepada Medina. Ketika itu mereka
dah tiba di Jeti Kuala Besut untuk ke Pulau Perhentian Besar.
Medina
angkat bahu. Entah. Dia pun tak tahu. Kata papa ada orang datang jemput.
“Kita
tunggu je la,” kata Medina senang.
Kemudian
pandang Zuyyin. Kesian Zuyyin. Dahlah kena paksa datang. Lepas tu jadi hamba
abdi orang pulak tu.
“Sabar
la, Ying. Kejap lagi sampai la kut,” tambah Medina lagi.
“Aku
bukannya apa, tu..” Zuyyin memuncungkan mulutnya.
Medina
pandang ke arah yang ditunjuk Zuyyin itu. Hmm..
yang tu malas aku nak ambil kisah! Biarkan dia.
Geleng
kepala Medina melihat Puteri yang sedang mengipas-ngipas mukanya dengan tangan.
Panas sangat agaknya. Macamlah tangan kau tu cap Panasonic nak kipas-kipas
bagai. Bukannya boleh hilang panas setakat kipas-kipas tak ikhlas macam tu.
“Puteri,
Cik Puteri taknak duduk ke? Rimaslah kami tengok Cik Puteri berdiri,” tegur
Zuyyin. Dengan Medina bolehlah dia beraku-kau, tapi dengan anak Datuk Azizan
yang sorang lagi, panggil macam tu memang sedas Puteri bagi hikayat antara dua darjat kat dia.
“Kau
diamlah,” marah Puteri. Dijeling tajam ke arah Zuyyin. Orang tengah panas ni, memang
cari pasal la kalau tegur dia.
“Hih..
rimas betul tempat ni. Dahlah buruk, panas pulak tu!” bebel Puteri lagi.
Giliran
Medina pula jeling tajam pada Puteri. Dasar tak reti jaga mulut. Dahlah kuat
suara dia. Nak kutuk tempat orang, tak tengok kiri kanan. Bukan Medina tak
nampak mak cik yang tengah sapu sampah kat hujung sana menoleh bila Puteri
cakap macam tu. Rasa sekarang ni macam nak je tarik Zuyyin jauh-jauh dari Puteri.
Buat tak kenal.
“Kau
cakap jangan ikut sedap tekak kau je. Aku lastik mulut kau baru tahu!” Medina
memberi amaran.
Puteri
buat muka mengejek pada Medina.
“Kenapalah
aku kena pergi tempat ni dengan kau? Benci betul.” Puteri membebel lagi.
Medina
bangun.
Hah..
ni aku lemah ni kalau orang sebelah ni dah bangun. Zuyyin garu kepalanya yang
tak gatal.
“Oo..
kau ingat aku nak sangat la pergi dengan kau? Kau tu kenapa gatal nak datang
sini? Sebab kau la papa suruh aku datang sini tahu?” Medina naik angin. Hilang
sabar. Ketidakpuasan hatinya memang kena lepas hari ni. Dah lama dia pendam
sejak papa suruh dia ke sini dengan Puteri lagi.
“Weh..
Dee! Dahlah. Jangan gaduh kat sini.” Zuyyin turut bangun untuk menghalang pergaduhan
yang bakal meletus itu. Tangan Medina dipegang. Sempatlah nak tarik kalau kaki
Medina naik nanti.
“Sabar,
Dee. Sabar. Kau macam tak biasa pulak dengan perangai dia tu,” pujuk Zuyyin
perlahan. Medina dia tak risaukan sangat. Yang dia risau adalah Puteri. Kalau
dibiarkan pergaduhan ni terjadi, rasanya ada je yang kena tendang masuk laut
lepas ni.
Medina
terus tarik nafas dalam-dalam. Stres betul! Kalau hari-hari macam ni, sakit
jiwa dia nanti. Nasib baik ada Zuyyin.
-------------------
“Cepatlah,
panas ni tahu!” marah Puteri. Kepanasan cahaya matahari di atas kepala sangat terasa.
Walaupun dah bertopi, bahangnya masih ada.
Medina
pandang Zuyyin yang sedang menarik beg roda Puteri yang boleh dikatakan besar
itu. Minah tu memang nekad taknak balik Kuala Lumpur agaknya kalau tengok dari
gaya begnya. Buat kena gelak dengan orang lain je. Biasanya orang datang sini
dengan backpack. Yalah, sebab datang
pun bukannya lama. Tapi mereka semua ni datang lama. Jadi memang layaklah beg
semua besar-besar. Tapi, beg Puteri ni macam nak duduk setahun!
Kesian
betul Medina tengok Zuyyin. Dari Kuala Lumpur, sampailah dah tiba di Pulau
Perhentian Besar ni, tak habis-habis Zuyyin ikut telunjuk Puteri. Dengan beg
besar Puteri lagi, dengan beg sendiri lagi, betul-betul jadi hamba abdi si
Puteri ni!
“Hoi,
Zuyyin! Jalan cepat sikit boleh? Terhegeh-hegeh. Lembab betul,” marah Puteri
lagi.
Kali ni Medina dah tak tahan. Berlagak diva!
Seronok arahkan orang dengan tangan kosong. Betul-betul gaya anak orang kaya
yang berlagak. Huh! Sebab orang macam kau ni la semua orang ingat anak orang
kaya ni memang spoilt. Medina
membebel dalam hati.
Medina
letakkan beg sendiri di tepi. Kemudian berjalan ke arah Zuyyin. Beg roda Puteri
disambar. Mak oi! Berat nak mampus. Agaknya satu almari baju dia bawak.
Entah-entah dengan almari diangkutnya sekali ni!
“Kau
angkat beg kau sendiri. Kau ingat Zuyyin ni apa?” Medina berkata kepada Puteri.
“Biarlah.
Diakan anak orang gaji. Memang kerja dia pun kan?” jawab Puteri pula.
“Kat
rumah ya, dia anak orang gaji. Tapi kat sini, dia kawan aku. Kau berani suruh
dia buat macam-macam, siap kau. Dan dia datang sini sebab aku suruh. Kalau dia
orang gaji sekali pun maksudnya dia orang gaji aku. Dalam erti yang lain, hanya
aku tuan dia, hanya aku yang boleh suruh dia dan dia kena patuh hanya dengan
arahan aku. Faham?” Medina tolak beg roda itu kuat ke arah Puteri. Nak terbalik
Puteri gara-gara tolakan itu.
“Jom,
Zuyyin. Kalau dia taknak angkat, biar dia mati rentung kat situ sampai tahun
depan,” ajak Medina. Tak peduli dengan muka merah Puteri. Begnya kembali
disambar sebelum beriringan dengan Zuyyin ke arah Resort Aurora Seaview.
“Balik
KL nanti, aku nak report kat mama!”
jerit Puteri.
Huh!
Ada aku kisah? Buat tak dengar dan terus jalan ke hadapan.
“A’aa
la. Kalau dia report kat mama dia
macam mana?” soal Zuyyin risau.
“Huh..
kalau dia selamat balik KL,” balas Medina selamba. Kemudian sambung jalan.
“Arghh..
aku benci kau!” jerit Puteri kuat.
Benci!
Nak taknak, begnya diangkat sendiri. Berat gila!
---------------
“Cik
Medina?”
Medina
angkat muka bila dengar ada orang sebut nama dia. Tapi soalan itu bukan
ditujukan kepadanya. Sebaliknya kepada Puteri yang sedang berdiri di tepinya.
Puteri nampak terkelu sesaat.
“I’m Medina.” Medina menyampuk sebelum
lelaki itu kena sembur dengan Puteri yang memang pantang disalahanggap sebagai
dirinya. Nak-nak lagi muka Puteri dah merah sekarang ni.
“Oh,
sorry.. sorry.. saya tak kenal Cik
Medina.” Lelaki itu minta maaf
Medina
cuma senyum. Pasti lelaki itu dah tahu dia adalah anak Datuk Azizan tapi tak
kenal rupanya macam mana. Hai.. macam manalah orang tak salah anggap Puteri tu
sebagai dia kalau dah gaya diva habis? Dengan topi ala-ala Sofea Jane dia,
tambah pulak dengan cermin mata hitam, memang sah-sah bawa watak anak orang
kaya yang angkuh.
Tak
pasal-pasal jatuh maruah aku sebab orang ingat anak Datuk Azizan ni perangai
angkuh macam budak tu.
“Dan
Cik ni pasti Cik Puteri, kan?”
Puteri
tak jawab apa-apa. Masam mukanya. Masih tak puas hati bila dipanggil Medina.
“Dan
cik ni pula?”
“Zuyyin.”
Zuyyin senyum.
“
You ni siapa?” Puteri bertanya.
“Oh,
maaf lupa perkenalkan diri. Saya, Tareq, pengurus resort ni.” Lelaki itu
perkenalkan dirinya.
“Baguslah
kalau you pengurus. Sebab I memang tak puas hati ni. You tahukan anak Datuk
Azizan nak datang hari ni, tapi kenapa takde seorang pun yang tunggu nak angkat
beg berat I ni?”
Ternganga
sekejap Tareq bila kena sembur dengan Puteri.
“Kami
semua minta maaf, Cik Puteri.” Tareq minta maaf.
Medina
jeling tajam ke arah Puteri. Dah mula dah!
“Kau ingat semua orang takde kerja ke nak
sambut kau datang. Lagi, kau ingat ni hotel sepuluh bintang ke nak ada orang
bentang karpet merah bagai?” bidas Medina.
“Biarlah.
Dah anak pemilik resort ni datang, kenalah bagi layanan istimewa.” Puteri
menjawab dengan bongkaknya.
Makin
terkebil-kebil Tareq melihat pertelingkahan dua beradik itu. Kenapa kontra
sangat perangai kedua-duanya?
Medina
tersedarkan sesuatu. Lupa mereka di tempat awam. Kalaulah mereka di rumah, mahu
je dibidas balik mulut Puteri tu. Medina senyum pahit.
“Maaf
ya, semua. Kakak saya memang macam ni perangainya.” Medina minta maaf. Sempat
bagi amaran pada Puteri dengan isyarat hujung mata. Bermaksud, “Berani kau buka
mulut lagi, aku bagi kau tidur dengan katak malam ni.” Bukannya dia tak pernah
buat!
Nasib
baik Puteri diam.
“Err.. jom saya tunjukkan bilik cik-cik
semua,” kata Tareq bila keadaan kembali okey.
----------
“Ku
Zam!”
Panggilan
Tareq buatkan Medina secara automatiknya mengangkat mukanya. Puteri pula terus
segar wajahnya bila melihat tiga susuk jejaka berjalan ke arah mereka. Yang
paling tepi itulah yang menarik minatnya. Alasan kenapa dia nekad datang ke
Pulau Perhentian ni.
“Hai,
Encik Tareq,” tegur Farizzam sambil tersenyum manis.
“Macam
mana bilik? Selesa tak?” Ramah Tareq menegur.
“Alhamdulillah,
selesa sangat. Terima kasih ya, Encik Tareq.”
“No hal. Datuk selalu pesan supaya bagi
layanan istimewa pada Ku Zam. Ini.. anak-anak Datuk Azizan dah sampai.”
Farizzam
berbalas senyuman dengan semua orang di situ. Dia sudah tahu kedatangan
anak-anak Datuk Azizan daripada Tareq sendiri. Tareq memberitahu mereka semua
ketika mereka semua tiba pagi tadi.
Bila
ditanyakan kepada Tengku Ian, Tengku Ian sendiri ternyata terkejut. Cuma
sekejap sebelum dia senyum misteri. Farizzam cuma geleng kepala. Malas nak
tanya. Mesti adalah tu perancangannya.
“Saya
minta diri dululah. Kalau ada apa-apa, Cik Medina, Cik Puteri atau Cik Zuyyin
bolehlah terus ke kaunter depan.”
“Okey.
Terima kasih ya, Encik Tareq,” kata Medina pula, mewakili mereka semua.
Bila
Tareq dah meninggalkan mereka, Medina kembali pandang depan. Mata Medina
berlaga dengan Tengku Ian yang sedari tadi memandangnya. Bila Tengku Ian
tersenyum manis, Medina balas sekadar cukup syarat.
“Hari
ni takde benda jatuh.”
Medina
buat tak tahu. Hanya dia yang faham apa yang dikatakan lelaki itu.
Luke
di sebelah pandang Tengku Ian dan wanita di depan mereka secara bergilir-gilir.
Lain macam je dua orang ni? Ada apa-apa ke?
“Siapa
ni, Ku..”
Uhukk!
Luke terbatuk bila ulu hatinya disiku Tengku Ian. Kuat pula tu! Mahu senak
rasanya. Salah sendiri juga. Sempat sengih bila melihat jelingan tajam Tengku
Ian.
Sorry, Ku Zam!
Tersasul.
“Ini
Luke. Luke, ni Medina, Zuyyin.. Eh, Puteri pun ada sekali?” Seronok tenung anak
dara Datuk Azizan yang ni, tak perasan pula dengan anak dara Datuk Azizan yang
sorang lagi itu. Hmm.. menarik! Macam
mana dua beradik ni boleh bercuti sekali ni?
“Hi.. I’m Luke.” Luke keluarkan suara
paling macho. Baru tangan diangkat separuh jalan, tangan Tengku Ian lebih
pantas menepuk tangannya. Tak jadi terus nak naik.
Bila
pandang sebelah, nampak jelingan amaran dari mata Tengku Ian. Seolah-olah
berkata, “Kau tengok tudung kat kepala dia, agak-agak tangan dia nak salam kau
ke atau naik ke pipi kau?”
Luke
cuma sengih. Manalah sempat nak kawal tangan ni. Dah terbiasa, nak buat macam
mana?
“Medina.”
“Vous etes tres belle,” kata Luke sambil
pandang tepat pada wajah Medina.
“Hah?”
Medina tak faham.
“Oo..
dia cakap selamat berkenalan.” Cepat-cepat Tengku Ian potong.
Luke
ni nak kena agaknya! Dia ingat Medina ni macam mana? Kalau puji perempuan lain
macam tu, mungkin adalah aksi ala-ala kucing yang malu atau pakai blusher kat pipi. Tapi kalau Medina
orangnya, silap-silap kena cop buaya laut si Luke ni. Nasib baiklah Medina tak
faham apa yang dikatakan Luke itu.
Luke
sengih seraya mengangguk. Iyakan aje. Selamat berkenalan pun boleh, Ku Zam!
“Oo..
selamat berkenalan juga.”
“Ku
Zam nak pergi mana?” soal Puteri pula kepada Farizzam. Tak sangka dapat jumpa
Ku Zam lagi. Kali pertama dia rasa sangat gembira bila bercakap dengan lelaki.
“Keluar
ambil angin. Bosan kalau duduk kat bilik je. Cadangnya nak jalan-jalan cari
makan,” jawab Farizzam.
“Oh,
ya ke? Mesti seronokkan?” kata Puteri. Farizzam cuma senyum.
“Awak
pun ikut sekali ke?” soal Medina pada Tengku Ian. Bodoh juga soalan dia tu.
Sah-sahlah mamat tu pun ikut sama. Bukan ke dia abang angkat Ku Zam? Nak-nak
lagi kat tangan masing-masing tengah pegang cermin mata Ray-Ban.
“Yup. Nak ikut ke?” pelawa Tengku Ian.
Memang menari tango dia kalau Medina cakap nak. Tak mungkin punya!
“Nak!”
Orang lain pula yang menjawab.
Medina
turut berpaling ke sebelah. Woi, tak malu betul!
“I
boleh ikutkan, Ku Zam?” Puteri bersuara manja sambil pandang Farizzam.
Farizzam
pula pandang Tengku Ian. Meminta pandangan Ku Zam yang sebenar. Err.. Tengku
Ian sendiri tak sangka Puteri nak ikut mereka. Tu la kau, Ian. Gatal lagi nak
mengajak. Ajak orang lain, yang setujunya orang lain.
“Boleh
je kalau nak ikut,” putus Farizzam bila Tengku Ian angguk. Ikhlas tak ikhlas.
“Tapi
tak manis kalau Puteri je yang ikut sebab nanti Puteri satu-satunya perempuan.
Ada eloknya kalau orang lain pun ikut temankan Puteri.” Berkias-kias Tengku Ian
berkata. Dituju khas untuk Medina. Haraplah orang yang khas ditujukan olehnya
tu faham.
“Zuyyin,
kau ikutlah dorang. Aku penat,” arah Medina.
Huh,
entah kenapa Tengku Ian rasa kecewa! Sekali lagi, lain yang dipancing, lain
yang dia dapat. Betul-betul jinak merpati anak Datuk Azizan sorang ni!
“Oh,
okey.” Muka Zuyyin ikhlas tak ikhlas menerima arahan itu. Memang gembira dapat
keluar jalan-jalan, tetapi kenapa dengan Puteri? Arghh.. Medina ni!
Bagus
juga kalau dia yang pergi. Kalau Medina yang pergi dengan Puteri, silap-silap
semua orang syahid dalam perang saudara mereka. Tapi, depan Ku Zam akan terjadi
ke semua tu? Zuyyin rasa tidak.
Seronok
juga kalau boleh tengok drama lentok manja Puteri lepas ni. Hati Zuyyin gelak
jahat. Nak juga dia tahu macam mana gelagat Puteri dengan Ku Zam.
“Masuk
bilik dulu.” Medina minta diri. Tak sabar nak rebahkan diri atas katil.
“Selamat
berehat,” ucap Tengku Ian.
“Awak
semua pun, hati-hati keluar,” balas Medina pula.
Kemudian
dia menghilang di balik pintu biliknya.
------------
“Ku
Zam, marka baru ke?” soal Luke. Ketika itu mereka cuma berdua dan berada agak
jauh dari semua orang.
“Siapa?”
Tengku Ian buat-buat tak faham.
“Tadilah.
Yang cun tu.”
“Banyaklah
kau punya marka. Dan berapa kali aku cakap, jangan panggil aku Ku Zam! Nak aku
siku lagi ke?”
“Alah,
bukannya ada orang dengar pun.” Luke menjawab. Tapi dia tetap berdiri agak jauh
dari Tengku Ian. Takut kalau-kalau siku Tengku Ian singgah lagi pada ulu
hatinya. Serik!
“By the way, dia cun, kan?” soal Tengku
Ian balik.
“Siapa?”
Luke bertanya.
“Kau
ni, tadi bukan main dok vous etes tres
belle bagai, kau tanya lagi siapa?”
Luke
sengih. Manalah tahu. Semua cun tadi. Haha.
“Ya,
cun. Nampak ayu, lemah-lembut je”
Ayat
terakhir Luke buatkan Tengku Ian terus tergelak. Memang cun, tapi kau tak kenal
lagi dia siapa, Luke. Ayu dan lemah-lembut? Agaknya kalau Medina ni terjun
pagar depan dia, mahu mati keras Luke. Haha.
“Tapi,
kenapa dia tak ikut kita, Ku Zam? Kalau tak, boleh I berkenal-kenalan dengan
dia.” Suara Luke seakan-akan kecewa.
Tengku
Ian angkat bahu. Manalah dia nak tahu. Kalau Luke kecewa, dia seribu kali
kecewa. Takpelah, esok masih ada.
A great entry...menarik ni..apa agaknya nanti
ReplyDeleteLuke pun nak masuk jarum ke?
ReplyDeleteYeyeh... nak tengok ape jadi lepas ni...
ReplyDeleteBest tapi pendek!
ReplyDeleteIts getting more interesting :)
ReplyDeleteWaaa,bestnye akak,excited nk tnggu next n3
ReplyDeleteKak anjell btul ke novel experiment cinta akn diadaptasikan?!
ReplyDeleteya betul
Deletewahhh menarik ni, tak sabar nak tau apa yg terjadi seterusnya... next pls.tq
ReplyDeleteMenarik... medina jinak2 merpati ni yg best lg ni
ReplyDeletebest..
ReplyDeleteBest sgt....
ReplyDeletebest.. best... suka sgt crta ni ..
ReplyDeletesambung lagi.. hehe
Dh jd makin menarik
ReplyDeleteAnjell.. tak puas hati la tengok hero heroin adaptasi eksperimen cinta tu. Nak nanges je tengok.. tak sesuai lansung. Tolonglah tolongla tolongla. Nanti nk bca EC balik tak dpt feel tengku aron dngn damia dah .Hwaa T_T
ReplyDeleteSekian luahan hati T_T
Next entry :'(
Xsbr nak tgk perangai gedik puteri tu...hahaha(gelak jahat)
ReplyDeleteTa saba na baca episod 13 plisss sambung
ReplyDelete