Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday 22 April 2012

Eksperimen Cinta (BAB 34)

BAB 34 

“Kita nak masak apa ni, Kak Seri?” Damia yang sedang memotong bawang merah berpaling menghadap Seri. Dipejam celikan matanya beberapa kali. Pedih, siot! Potong bawang merah kalau tak jadi drama queen ni memang tak sah! Memang pesat membangun kilang air matanya.

     Sememangnya Damia sudah berjanji untuk bertandang ke rumah Seri pada hari Ahad. Seri mengajaknya makan tengah hari bersama. Memandangkan dia memang tiada apa nak dibuat, baik dia datang melawat. Boleh eratkan silaturrahim. Ada jugak kawan nak diajak bercakap. Takkdelah dia boring dok rumah. Lagipun memang sudah lama dia tak bertemu dengan birasnya itu.

     “Kak Seri cadang nak masak tom yam. Abang Rean asyik mengidam je.” Seri menggeleng kepala.

     Damia ketawa. Dipandangnya perut Seri yang makin membesar. Semestinya itulah punca adik iparnya itu mengidam macam-macam. Agaknya mengidam memang macam tu kot. Apakah hubungannya dari sudut sains, kalau isteri mengandung, suami yang mengidam? Damia masih tertanya-tanya.

     “Kak Seri dah pregnant berapa bulan? Nampak dah sarat,” soal Damia.

     “Dah tujuh bulan.”

     “Oo.. dah tujuh bulan rupa-rupanya. Patutlah.. perempuan ke lelaki?” soal Damia lagi.

     “Girl.” Tersenyum lebar Seri bila dia tahu anaknya adalah perempuan. Sememangnya dia inginkan anak perempuan. Begitu juga dengan Tengku Andrean. Alhamdulillah.. insyaAllah doa mereka dikabulkan oleh Allah.

     “Mesti cantik macam maknya ni,” usik Damia. Tergelak Seri yang mendengarnya.

     “Cantik tak penting. Yang penting akhlaknya. Mia pulak bila nak dapat anak?” soal Seri pula.

     Nasib baik bawang merah dah habis dipotong! Kalau tak memang dah terpotong jarinya. Tak pasal-pasal ada je yang jadi raja bersiung malam nanti. Terkejut punya pasal dengan soalan luar syllabus Seri itu. Hanya mampu tersengih Damia semata-mata nak kawal keadaan.

     “Anak? Miakan baru kahwin. Nanti-nanti la dulu kot ya pun nak ada anak. Tak puas lagi la hidup berdua. Tak puas lagi abang Aaron nak bermanja dengan Mia,” kelentong Damia sebelum ketawa. Uwekk.. menggelupur rasanya isi perut. Kalau Tengku Aaron ada ni memang Damialah yang jadi Tom Yam nanti. Ee.. tak sanggup tahan dengan senyum sinis lelaki itu. Dan dia pun haramlah nak keluarkan ayat dramatis itu.

     “Ada pulak macam tu? Mia tak plan ke bila nak ada anak? Kita ni makin tua, Mia. Aaron tu lagilah. Sepatutnya dah ada tiga anak sekarang.” Seri berkata lagi.

     Naik sesak dada Damia bila isu anak diperdebatkan. Mahu reka hikayat apa lagi ni?

     “InsyaAllah kalau Allah nak bagi takkan ke mana, Kak Seri,” mendatar Damia menjawab. Ya.. kalau ada rezeki. Tapi kalau dengan Tengku Aaron tu mustahillah. Kesian le anak aku nanti. Belum tentu dapat kasih sayang ayahnya kalau dikandung oleh isteri yang tak dicintai oleh ayahnya.

     Ecehh.. jauh betul kau berangan, Damia. Memangnya nak ke kau ada anak dengan Aaron. Ee.. tak sanggup. Tak sanggup. Ngeri Damia kalau-kalau jadi kenyataan.

     Nasib baik selepas itu Tengku Andrean yang keluar membeli barang telah pulang. Terus isu anak dilupakan. Damia menarik nafas lega. Fuhh.. kalau tak jenuh jugak nak bersoal jawab menda yang takkan berlaku ni!

     “Sayur ni dah basuh, ya?”

     “Dah, bang..”

     Damia hanya melihat gelagat pasangan bahagia itu. Tengku Andrean memasukkan sayur-sayuran ke dalam periuk. Kagum Damia melihatnya. Langsung tak kekok lelaki itu turun ke dapur. Macam dah biasa je lagaknya. Rasanya memang 360 darjah kontra dengan abangnya. Harap muka je sama, tapi perangai memang jauh panggang dari api. Kalau nak up sikit, jauh teras dalam bumi dari langit ketujuh. Agaknya kalau dia menyuruh Tengku Aaron yang turun ke dapur, boleh terbelah dua dapur mereka tu.

     --------

“Aaron tahu tak Mia datang sini?” soal Seri bila dia berdua dengan Damia. Sememangnya dia ingin bertanya soalan itu dari tadi lagi. Cuma kewujudan suaminya bagaikan menghalangnya. Kenapa Damia sering saja dilihat bersendirian? Kalau ke mana-mana bukan dengan suaminya? Ke ada masalah rumah tangga mereka ni? Seri mula mengesyaki sesuatu.

     “Dia ke Ottawa, Kak Seri. Esok balik.”

     Seri yang mendengar jawapan Damia hanya mengangguk. Nampaknya anggapannya tadi meleset sama sekali. Apalah aku ni. Mungkin memang Aaron betul-betul dah bukakan hatinya untuk perempuan lain. Jadi atas alasan apakah lagi dia bermusuhan dengan aku dan Rean?

     Damia melihat Seri yang bagaikan mengelamun itu. Dia perasan sesuatu. Bila Seri bertanyakan tentang Tengku Aaron, pasti riak wajahnya seakan-akan serba-salah. Atau matanya yang salah. Adakah ini semua ada kaitan dengan masa lalu Tengku Aaron yang masih jadi misteri? Inilah masanya dia nak korek segalanya.

     “Kalau Mia tanya something, Kak Seri marah tak?” soal Damia. Ecehh!! Skema punya soalan. Dah basilah. Damia nak tergelak sendiri. Pedulilah.. nak korek rahsia punya pasal.

     “Soalan apa?”

     “Macam mana Kak Seri kenal Abang Aaron?” soal Damia. Di depan orang lain, memang dia membahasakan lelaki itu sebagai abang Aaron. Berdua dengan Tengku Aaron? Tak perlu disuruh, memang dengan hati yang rela mandat itu digugurkan. Gelilah tekak.

     Sempat ditangkap senyum tawar Seri.

     “Kak Seri, Abang Rean dengan Aaron satu university masa sambung master dekat University of Manchester. Kami kawan,” cerita Seri pendek. Damia tak puas hati. Tu je?

     “Kalau kawan, kenapa Abang Aaron selalu je marah kalau nampak Kak Seri dengan Abang Rean?” dengan berhati-hati Damia menuturkan soalan.

     Senyuman Seri bertukar kelat. Memang itulah yang orang nampak tentang hubungan antara dia, suaminya dan Tengku Aaron. Hubungan yang rasanya takkan jadi baik.

     “Aaron tak pernah cerita apa-apa ke?” selidik Seri. Damia geleng kepala. Janganlah ditanyanya aku kenapa tak tanya Aaron. Memang dah ada skema jawapan dalam kepala dah. Jawapannya, mahu aku kena sula kalau tiba-tiba je keluarkan nama Kak Seri dan Abang Rean. Sayang nyawa lagilah..

     “Kak Seri jadi serba-salah nak ceritakan atau tak.” Menceritakan segala-galanya tak mustahil akan menggugat kebahagiaan Damia dan Tengku Aaron walaupun semuanya sudah menjadi sejarah. Macam mana dengan penerimaan Damia nanti? Dia bukannya tahu perangai sebenar Damia. Buatnya jadi gelanggang gusti nanti, tak ke nanya?

     “Alah.. cerita je la, Kak Seri. Semua orang nak rahsiakan daripada Mia. Mia taknak tanya Aaron, nanti dia mesti mengelak.” Damia tayang muka simpati. Cuba memujuk Seri. Tak puas hati pun ada. Siapa yang nak cerita kalau semua nak sorokkkan daripadanya? Mati hidup semula pun rasanya tak mungkin Tengku Aaron sendiri yang nak ceritakan padanya.

     Seri mengeluh. Rasanya Damia patut tahu. Apa pun penerimaan Damia, itu adalah hak perempuan itu. Dia tidak mahu Damia salah sangka atau nanti Damia memusuhinya jika dia tahu daripada orang lain. Seri tarik nafas. Mencari mukadimah paling sesuai.

     “Ceritanya macam ni…” Seri memulakan kata. Damia setia menanti. Berdebar-debar pulak dah hati ni.

     “Kak Seri, Abang Rean, dan Aaron sebenarnya kenal masa study kat Manchester dulu. Kitorang satu university. Kitorang memang rapat,” Seri memulakan cerita.

     “Oo.. kat sanalah Kak Seri start bercinta dengan Abang Rean ya?” Damia menduga. Seri diam.

     “Kak Seri bercinta dengan Aaron dulu.”

     Terkelu Damia yang mendengarnya. Oo.. Seri dan Tengku Aaron pernah jadi kekasih dulu? Macam mana boleh kahwin dengan Tengku Andrean kalau macam tu? Damia semakin ingin tahu. Agaknya ni la kot yang boleh lancarkan perang saudara ya? Cinta tiga segi yang mambawa kekalahan pada Tengku Aaron?

     “Kak Seri bercinta dengan Abang Aaron?” Damia meminta kepastian.

     “Eh.. Mia jangan salah sangka pulak. Tu kisah lama. Sekarang Aaron dah tak cintakan Kak Seri,” cepat-cepat Seri membetulkan tanggapan Damia. Dia tak mahu Damia menaruh curiga padanya dan Tengku Aaron. Dia juga tak mahu menjadi punca pergaduhan pasangan suami isteri itu. Kalau Tengku Aaron tahu, mesti berganda benci dan marah lelaki itu padanya.

     Damia cuma tersengih. Kalau pun Tengku Aaron masih cintakan Seri, cemburu ke dia? Nak kata cemburu tu takde la tapi cuma rasa sedikit rasa sesuatu yang mengganggu hatinya. Arghh.. nak cakap pun payahlah! Memang dia kena berguru dulu dengan saper-saper yang arif.

     “Masa lalu Aaron, Kak Seri. Dah jadi sejarah. Suka tak suka, manis ke pahit, semua dah jadi kenangan. Nak tak nak memang Mia kena terima seadanya dia sekarang.” Damia berkata sekadar untuk mengawal keadaan. Wajah jujur cuba ditayang. Mintak-mintak Seri percaya.

     “Boleh Mia tahu semuanya? Macam mana abang Aaron sangat-sangat marahkan abang Rean dan Kak Seri?” desak Damia lagi. Apalah aku ni. Sekejap bantai ‘abang Aaron’. Kejap-kejap hentam nama je. Haha.. pedulilah. Nak tersegih Damia rasanya. Tapi cuba dikawal. Situasi bukan main serius ni, kalau tayang gigi mesti Kak Seri ingat aku ni tak cukup skru.

     “Kak Seri dan abang Rean dah lakukan sesuatu yang rasanya tak mungkin Aaron maafkan. Memang tak patut rasanya Kak Seri buat macam tu pada dia,” kesal Seri. Senyuman pahit diukir. Mana mungkin diceritakan pada Damia tentang perkara sebenar yang terjadi antaranya dan Tengku Andrean ketika di Manchester dulu. Sama sajalah seperti membuka aib sendiri.

     “Masa Kak Seri couple dengan Aaron, Aaron ni suka layan perempuan lain. Kadang-kadang depan Kak Seri sendiri pun boleh nak dikenyit mata pada perempuan lain. Hati perempuan mana yang tahan kalau kekasih dia buat macam tu?”

     Damia yang mendengar pulak yang panas hati. Seratus peratus sokong dengan kata-kata Seri. Memang patut pun Kak Seri tinggalkan dia tu. Padan muka. Jadi orang bukannya reti nak setia. Menggatal je lebih. Nasib akulah kalau-kalau terjumpa dia tengah peluk perempuan lain lepas ni. Kesiannya.. Huhu.. sigh!

     “Bila ditanya, katanya semua kawan. Rasanya memang semua perempuan tu kawannya. Kak Seri hanya mampu pendam rasa je. Sebab Kak Seri tiada bukti yang Aaron dah curang masa tu. Kak Seri cuma mampu ceritakan pada abang Rean. Dia pendengar yang setia. Dalam diam, Kak Seri jatuh hati pada abang Rean. Abang Rean selalu ada untuk Kak Seri. Kak Seri sendiri tak sedar bila cinta Kak Seri dah berpaling tadah.”

“Habis, macam mana Kak Seri boleh kahwin dengan abang Rean?”

“Kak Seri tak sangka dalam diam abang Rean pun cintakan Kak Seri. Sampailah satu masa, Kak Seri sendiri mengaku yang Kak Seri pun cintakan dia. Kami sama-sama ikutkan cinta kami. Kak Seri kahwin senyap-senyap dengan abang Rean, tapi Kak Seri masih lagi kekasih Aaron. Terukkan, Kak Seri?” Ya.. dia mengaku yang dia teruk.

     “Kenapa Kak Seri tak tinggalkan Aaron kalau macam tu? suara Damia sedikit naik.

     Sikit sebanyak cerita Seri membuatnya tak puas hati dengan tindakan Seri menipu Tengku Aaron. Bukannya berniat nak bela hubby ke apa, tapi pastinya perit kalau dikhianati. Siapa yang sengih sampai telinga kalau tahu dia dikhianati? Cuba cakap siapa? Meh aku hempuk ke tiang lampu biar hidup balik semua fius. Tak pun hanta je balik bulan. Mana ada seh..

     “Kak Seri tak berani sebab Aaron sangat cintakan Kak Seri. Aaron memang nampak buaya macam tu, tapi dia setia. Entahlah.. Buaya yang setia. Pelik tapi tulah yang terjadi. Kak Seri pun tak tahu nak cakap. Mungkin nanti Mia akan tahu macam mana. Sampaikan Kak Seri tak tahu macam mana nak lepaskan diri.”

     “Kenapa nak seksa perasaan Aaron kalau macam tu?”

     Tanpa sedar dia jatuh simpati dengan Tengku Aaron. Buaya yang setia.. Rasanya dia tahu. Maksudnya, Tengku Aaron memang kaki perempuan, tapi cintanya hanya pada seorang perempuan. Buaya boleh setia ke? Silap kalau cakap buaya tak reti nak setia. Sebab hakikatnya golongan ini kadang kala setianya melebihi segala-galanya. Tak percaya? Cubalah bercinta dengan kasanova. Tapi, risiko masing-masing tanggung ya.

     “Kak Seri salah masa tu. Kak Seri curang dengan adik kembarnya sendiri. Tulah sebabnya Aaron marahkan kami sampai sekarang.”

     Diam antara mereka. Damia pula tak berniat untuk menokok tambah sebarang pertanyaan. Tiba-tiba dia teringatkan Tengku Aaron. Lelaki itu pernah dikhianati rupa-rupanya. Dan kerana ego setinggi KLCC pula, hubungan persaudaraan sanggup diperdagangkan. Damia kesal. Rasa macam dia tidak berguna kerana tidak dapat lakukan sebarang usaha untuk membaik-pulihkan hubungan kekeluargaan itu. Hubungannya dengan Tengku Aaron pun tak berapa nak baik, ada hati nak jadi penyelamat? Kerdilnya rasa diri ni. Hanya mampu berdoa.

     “Satu je Kak Seri pinta. Jangan pernah sakiti Aaron macam yang Kak Seri pernah buat. Aaron baik. Jangan sampai dia tak percayakan cinta lagi. Kak Seri memang kesal sebab dah lukakan Aaron, tapi Kak Seri pun tak pernah menyesal menjadi isteri abang Rean,” tambah Seri.

     Untungnya Kak Seri. Dahlah cantik. Memang patut dia dicintai dua lelaki. Terbayang wajah kacak suaminya tiba-tiba. Tengku Aaron tak percaya cinta ke? Damia betul-betul ingin tahu.

14 comments:

  1. Erks.. Gitu kisahnyaa.. Kesian Aaron.. Kalo ai pon mmg marah gila kott.. Hrp2 damia mampu bg aaron pecayakan cinta semulaa.. :( pity aaron!
    So damian pls do somtin'

    ReplyDelete
  2. maybe damia pun kena buat eksperiment cinta dkt aaron tu, tgk apa hasilnya,hahaha masing2 nk buat eksperiment.. harap2 bjayalh. kesian aaron.... patutlh jdi mcm tu. seri ni, aisshh xbaiklh dia buat mcm tu. wahhhh windu sngt2 dkt aaron. lamanya gi canada x blik2. hmmmm xsabar nk tggu next n3. tq.

    ReplyDelete
  3. Sedihnya kisah cinta Tengku Aaron...

    ReplyDelete
  4. alkisahnya.. kesian lah pula.. hensem2 tapi kena dump. alahai, aaron2.. hahah

    ReplyDelete
  5. rinduu dgn aaron..... nak lg.. agak2x lambat lg ke nove lni kuar..

    ReplyDelete
  6. kesian nye dekat aaron. padanlah dia mrh sgt pon. smbung lah lg. pnjg lagi. tk puas bce sikit2 jek. hihi

    ReplyDelete
  7. thanks for this new entry.tapi tak puas lah baca
    nak lagi!nak lagi.best

    ReplyDelete
  8. Cpt smbg.....
    Windu laaa gan pencinta y setia.....Aaron

    ReplyDelete
  9. best...tapi pendek laa...x puas baca, cepat2 la upload lagi

    ReplyDelete
  10. Akhirnya ada n3 br.thnx anje,tp x puas ha ha (bg betis nk peha kan) harap2 nx n3 aron dah blk dr Ottawa..yey

    ReplyDelete
  11. btl tuh zawani,rse nye damia pon wat experiment cinta kt loyal crocs ni.

    dalam mksud "cuma rasa sedikit rasa sesuatu yang mengganggu hatinya"..hahahhaa :)

    ReplyDelete
  12. sapa pula Anith yg Aaron maksudkan ..?

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )