BAB
12
Aku
ikut Aunty Fatmah sekeluarga ke KLIA. Hari ni merupakan hari kepulangan anak
bongsu Aunty Fatmah. Anak bongsu Aunty Fatmah akhirnya berjaya pulang dengan
segulung ijazah ke Malaysia. Semestinya yang paling gembira adalah Aunty
Fatmah. Yalah.. anak bongsunya dah pulang ke tanah air. Pasti lepas ni Aunty
Fatmah berasa tenang sebab anak-anaknya semuanya berada dekat dengannya. Lupa
pulak nama anak bongsu Aunty Fatmah ni apa. Rasanya dulu Izz pernah sebut. Apa
ek? Aku tepuk dahi. Adoyai.. pelupa tahap gaban betullah. Aku ni memnag faillah
kalau ingatkan nama orang ni. Huhu..
“Flight Kimi pukul berapa, bu?” Aku dengar
Izz bertanya.
Ya.. Kimi. Izz ni macam tahu-tahu je aku
tengah perah otak fikirkan nama adiknya. Nama budak tu Kimi. Hakimi. Ilham Hakimi
kalau tak salah aku. Budak ke? Ahaks.. suka hati je nak panggil budak. Padahal
lebih tua daripada aku.
“Sepatutnya dah sampai.” Aunty Fatmah
menjawab sambil melihat jam di tangan.
Semua sabar menanti. Aku pun cuma diam.
Boring menunggu, sempat pulak aku pergi beli komik Lawak Kampus. Tersengih
sorang aku baca. Kalau dah dapat komik, terus lupakan keadaan sekeliling.
“Mummy..” Hafiy datang duduk di tepiku. Dia
merengek sambil menarik blouse yang aku pakai.
“Apa dia?” Aku pandang wajah comel Hafiy
yang pakai cap itu.
“Hafiy dahagalah!” Hafiy mengurut tekaknya
yang dahaga.
“Jom kita beli air.” Aku bangun.
Aku memimpin tangan Hafiy ke kedai runcit
berdekatan. Ni sebabnya aku malas beli dalam airport. Harga sekotak air soya berganda-ganda
harganya. Aku heranlah. Kalau airport ke atau R&R mesti mahal. Nasib
baiklah Hafiy tak mengamuk nak beli mainan yang terhias cantik depan pintu
masuk kedai tu. Kami berjalan keluar selepas selesai membeli air.
“Mummy.. cepatlah jalan. Hafiy nak jumpa
Pak Su.” Hafiy tarik tanganku supaya aku jalan cepat.
Aku nampak beberapa orang manusia pandang
pelik padaku. Pasti pelik bila aku seorang mummy untuk kanak-kanak sebesar
Hafiy. Aku cuma senyum. Malu jugaklah. Jatuh saham aku bila Hafiy panggil aku
mummy.
Mesti pelik bila Hafiy panggil aku mummy,
kan? Jangan pulak nak ucapkan tahniah atau selamat pengantin baru sebab aku dah
kahwin dengan daddy Hafiy. Hakikatnya bukan macam tu, okay? Panggilan ni baru
je sebenarnya. Tak sampai seminggu pun lagi. Mengingatkan macam mana Hafiy
boleh panggil aku mummy buatkan aku mengeluh sendiri. Huhu.. semuanya salah
aku. Kata orang, terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata-kata? Macam yang
aku rasa sekarang ni lah. Huhu..
-----
Sedar
tak sedar dah lebih sebulan aku menjadi orang gaji merangkap babysitter si
Hafiy. Banyak benda yang terjadi sebulan ni. Yang paling mengejutkan adalah
Hafiy dah mula bersekolah. Bila ditanya kenapa, dia jawab dia nak berjaya dan
jadi macam daddy dia. Semestinya semua lega bila Hafiy mula bersekolah.
Aku datang ke rumah Aunty Fatmah macam
biasa. Cuma kali ni agak lain sikit sebab rumah tu dah sunyi tanpa Hafiy. Hafiy
dah pergi sekolah la. Serius aku cakap yang aku sangat bosan tanpa Hafiy.
Huhu.. tulah. Ada budak tu, dibuat gaduh. Dia takde, aku pulak yang kebosanan.
Hanya laptop je jadi peneman aku dikala aku takde apa-apa untuk dibuat. Aku mengaku
yang hari-hari kerja aku tunggu Hafiy balik dari sekolah. Hafiy balik sekolah
dalam pukul 12.30 tengah hari.
Kali ni Aunty Fatmah kena demam teruk.
Agak penat kerja aku sebab semua benda aku kena lakukan tanpa Aunty Fatmah.
Kesian Aunty Fatmah kena demam. Musim demam agaknya sekarang ni. Aunty Fatmah buat
permintaan padaku. Dia minta tolong aku untuk gantikan tempatnya ke sekolah
Hafiy. Tak tahu pulak aku yang hari tu merupakan hari sukan sekolahnya. Kata
Aunty Fatmah, kesian Hafiy kalau tiada siapa yang datang sebab Izz takkan
datang sebab sibuk.
Aku terus setuju. Aku pun memang tengah
bosan kuasa infinity dah ni. Driver Aunty Fatmah yang hantar aku ke sekolah
Hafiy. Sampai saja di sekolah Hafiy, mestilah si comel tu dulu yang aku cari.
Sekolah Hafiy memang cantik. Maklumlah, sekolah untuk anak orang kaya, tempat
belajar mestilah setimpal dengan yuran yang dibayar. Aku nampak ramai ibu bapa
yang datang. Akhirnya aku nampak Hafiy bersama tiga orang budak. Comel betul
dia dengan baju sukannya. Alah.. budak comel. Pakai apa pun mesti comel.
Aku nampak muka comel Hafiy macam nak
nangis. Kenapa? Aku merapati Hafiy yang sedang membelakangi aku. Mesti sedih
sebab takde orang datang hari ni. Don’t worry, Hafiy. Kakak yang cun dah
datang. Haha..
“Mama ngan papa Hafiy tak sayang dia.
Sebab tu takde orang datang tengok dia main. Haha.. padan muka.”
Aku dengar budak yang takde gigi tu
mengejek Hafiy. Dua orang kawannya bertepuk tangan menyokong.
“Hafiy takde mama. Hafiy takde mama.” Mereka
ejek Hafiy lagi.
“Hafiy ada mummylah!” Hafiy marah mereka. Silap-silap
hari bulan, memang makan penyepak Hafiy aku rasa budak bertiga tu.
“Tipu… tak pernah nampak pun mama kau?
Hafiy memang takde mama. Kitorang ada mama.”
Aku yang mendengar mengeluh. Bukan yang
macam aku fikirkan rupa-rupanya. Hafiy sedih bukan sebab tiada siapa yang
datang tapi Hafiy sedih sebab kena ejek dengan kawan-kawannya sebab takde
mummy. Haish.. budak-budak zaman sekarang. Asyik membuli je kerjanya.
Jaga korang. Nak kena dengan aku ni.
Berani betul buat adik kesayangan aku sedih ya? Hehe.. tanduk dah mula tumbuh.
Tahulah aku macam mana nak ajar budak-budak hingus tak kering tu macam mana.
Jangan risau. Takkanlah aku nak bagi penumbuk sebijik sorang. Tak pasal-pasal
free je makan penampar dengan mak budak-budak tu. Aku ada cara aku sendiri
macam mana nak ajar. Budak-budak ni tak perlukan cara kasar nak ajar mereka. Cukup
hanya dengan kata-kata je. Percayalah.
Sebelum kaki Hafiy singgah kat muka
budak-budak tu, aku merapati Hafiy.
“Ehem.. ehem..” aku berdehem. Budak-budak
yang seronok membuli Hafiy terhenti. Semua pandang aku.
“Hafiy, kenapa nangis ni?” Aku peluk
Hafiy. Aku jeling budak tiga orang depan aku. Muka serius ditayang.
“Apa kamu semua dah buat dengan anak
aunty, hah?” Aku bersuara serius. Sengaja bagi jelingan maut pada mereka. Biar
longgar skru lutut. Aku ni kalau dah tayang muka garang, yang melihat nak
kencing pun tak jadi.
“Kakak ni saper?” Budak botak sebelah
budak takde gigi tu bertanya.
“Aunty ni mummy Hafiy. Apa yang korang
buat sampai-sampai Hafiy nangis ni?” soalku lagi.
Selamba je aku mengaku sebagai mummy
Hafiy. Haha.. lantak kaulah budak nak percaya ke tak. Sebab, kenyataannya aku
memang muda. Saja je berlagak tua hari ni. Ni je la cara-caranya nak bagi
pengajaran kat budak-budak tu. Jangan berani nak buli Hafiy lagi lepas ni.
Lagipun, bukannya Izz ada sekarang ni. Kalau ada dia, memang haramlah aku nak
mengaku sebagai mummy Hafiy. Malu kot kalau dia tahu. Nanti dituduhnya aku
gilakan dia. Huhu.. tak sanggup den. Nasib baiklah Aunty Fatmah cakap Izz
takkan datang hari ni. Fuh..
“Tipu.. Hafiy mana ada mummy.”
“Saper cakap? Aunty ni memang mummy Hafiy.
Aunty yang lahirkan Hafiy.” Aku cuba tahan gelak. Mantap sungguh drama aku hari
ni. Siap lahirkan Hafiy, ya? Haha..
“Tak pernah nampak pun mummy Hafiy?” Budak
tu tak puas hati. Tak percaya agaknya Hafiy ada mummy muda macam aku.
“Selalunya daddy Hafiy yang hantar,
memanglah tak nampak Aunty. Hari ni dah nampak Aunty, kan? Kenapa anak Aunty
nangis? Korang buli dia ya?” gertakku.
“Kita.. kitorang bukannya buli. Kitorang
ingatkan Hafiy takde mummy.” Sampai tergagap-gagap budak tu dibuatnya. Aku
nampak budak botak tu ketakutan. Haha.. nak tergelak aku tengok. Macam nilah
budak. Pantang gertak sikit. Mesti nak terkencing dalam seluar.
“Tak baik buat macam ni dekat Hafiy. Kalau
Allah tahu, mesti DIA marah. Kalau Allah marah, nanti dapat dosa. Bila dapat
dosa, nanti masuk neraka. Semua nak masuk syurga ke neraka?” Aku berlagak macam
ustazah bagi kuliah free pada mereka.
“Taknak.. Ustazah cakap neraka ada api.
Neraka untuk orang jahat. Amin taknak masuk neraka.” Budak botak yang bernama
Amin geleng kepala. Haa.. tahu pun takut.
“Kalau macam tu, jangan gaduh-gaduh lagi. Minta
maaf sekarang. Salam dengan Hafiy. Datang sekolah nak belajar. Bukan nak
gaduh-gaduh.” Aku membebel macam mak nenek.
“Amin, Ijat ngan Aus mintak maaf. Kita janji
tak buli Hafiy lagi.” Mereka salam Hafiy.
“Ha.. macam tu la. Sekarang dah jadi
kawan.” Aku berpuas hati. Sengih melebar aku. Berjaya jugak aku baikkan mereka.
Bangga.. bangga..
“Mummy Hafiy ni muda dan cantiklah,” puji
Amin lagi. Aku sengih lagi. Cantik ke? Hafiy ada mummy cantik, kau ada? Timer
kasih, dik. Haha.. boleh kembang hidung lepak dengan budak-budak bawah umur ni.
“Aunty, daddy Hafiy tak datang ke?”
Aku sengih lagi. Mestilah tak datang dik oi.. Kalau datang, memang tak
mungkinlah korang semua jumpa mummy Hafiy sebab memang kakak tak mungkin nak
ngaku jadi mummy Hafiy hari ni. Hehe.. tua pulak rasanya bila dia panggil aku
Aunty.
Baru je aku berura-ura nak jawab
pertanyaan budak tu, aku dengar satu suara menyampuk dari belakang.
“Mestilah daddy Hafiy datang hari ni. Hari
ni kan Hafiy ada main sukan. Takkanlah uncle taknak tengok anak uncle main.”
Izz!!
“Daddy!” Hafiy gembira bukan main. Terus
dia meluru pada Izz yang berjalan menghampiri kami. Hafiy melompat ke dalam
dukungan Izz. Izz berdiri tepi aku. Aku pulak rasa macam nak lompat terjun je
dalam kolam ikan depan kami. Aku rasa malu yang amat sangat. Oh, tidak!! Bila
masa pulak dia muncul? Izz memakai kameja ungu muda bersama seluar slack hitam.
Lengannya dilipat hingga ke siku dan tali lehernya sudah ditanggal entah ke mana.
Pastinya dia datang dari tempat kerjanya. Dan mungkin dia takkan balik ke
pejabatnya.
“Hoorey… Daddy Hafiy datang. Mummy Hafiy
pun datang.” Kawan Amin bersorak. Aku rasa macam tercekik guli bila dengar
‘mummy’ daripada mulut budak tu. Tak berani aku pandang Izz. Malunya aku.
Manalah aku nak sorok muka aku. Rasa nak letak dalam handbag je kalau muat.
“Jom, Hafiy. Main kejar-kejar..”
Kawan-kawan Hafiy kemudiannya lari
meninggalkan kami. Maka tinggallah kami bertiga. Rasa canggung giler. Aku
pandang muka Izz. Dia tetap tenang macam tiada apa-apa yang berlaku. Bila
bertentang mata, dia senyum. Aku cuba sengih. Tapi rasa macam kena gam gajah je
mulutku.
“Betul kakak nak jadi mummy Hafiy? Hafiy
boleh panggil kakak, mummy?”
Aku ingat isu mummy dah tamat. Rupanya baru
nak bermula! Hafiy bangkitkan isu itu, buatkan aku rasa serius nak terjun dalam
kolam. Ya Allah.. ghaiblah aku ke Namibia sekarang ni! Malunya aku tak terkata.
Kalau diluahkan melalui tulisan rasanya nak dekat sepuluh kajang kertas. Soalan
bertubi-tubi Hafiy membuatkan aku terkelu habis.
“Hafiy, pergi main dengan kawan-kawan.”
Izz turunkan Hafiy daripada dukungan.
“Boleh Hafiy panggil kakak, mummy?” Hafiy
desak lagi. Aku tak tahu nak jawab apa.
“Hafiy..” Suara Izz seakan memaksa Hafiy
untuk pergi.
“Okay, mummy, daddy. Hafiy pergi main
dulu..”
Suara Hafiy riang meninggalkan kami berdua.
Tak perlu persetujuan aku, Hafiy dah memanggilku mummy. Begitu cepat status
diriku berubah. Daripada kakak jadi mummy. Kaku. Beku. Itulah yang aku rasa
sekarang ni bila berdua dengan Izz. Kenapa tinggalkan aku dengan dia berdua ni?
“Maafkan Hafiy, ya?” Izz minta maaf. Aku senyum.
“Pasal mummy tu, saya..”
“Don’t worry. Saya faham. Saya dengar apa
yang awak cakap kat budak-budak tu..”
Aku rasa makin malu. Apatah lagi
mengenangkan ayat aku yang mengatakan akulah yang lahirkan Hafiy. Tak pernah
aku rasa malu macam ni seumur hidupku. Macam nilah padah kalau lakukan sesuatu
sesuka hati.
“Saya faham niat awak. Saya mintak maaf
sebab Hafiy dah terlanjur panggil awak mummy. Tak pasal-pasal orang ingat awak
betul-betul mummy Hafiy,” sambung Izz lagi.
--------
Maka
sampai sekaranglah panggilan itu melekat padaku. Nak dihalang Hafiy, semuanya
dah terlanjur. Sekarang semua orang dah tahu Hafiy panggil aku mummy. Yang paling
sakan gelakkan aku tak lain dan tak bukan. Kekanda aku tu la. Seronok betul
dia. Katanya, baru kena bila Hafiy panggil dia Pak Long. Aku macam biasa la. Hanya
mampu tadah telinga.
“Nek.. tu Pak Su.” Kata-kata Hafiy
menyedarkan aku daripada lamunanku. Aku tutup komik yang terhenti separuh
pembacaannya sebelum sumbatkan dalam handbag. Nasib baik muat. Aku berdiri
daripada dudukku. Sampai jugak akhirnya orang yang ditunggu-tunggu.
Aku nampak seorang lelaki berjaket kulit, memakai
cermin mata hitam dan tinggi macam model sedang menolak troli bagasi. Tangannya
melambai-lambai ke arah kami. Lebar senyumannya. Agaknya itulah putera bongsu
Aunty Fatmah. Aku nampak banyak mata memandang ke arah lelaki itu. Yalah..
bergaya dan kacak. Siapa yang taknak tengok?
“Home sweet home. Welcome Malaysia..”
jeritnya sebaik sahaja sampai di hadapan kami.
“Assalamualaikum, ibu,” sapa lelaki itu.
“Waalaikumussalam. Ya Allah.. rindunya ibu
dekat Hakimi.” Aunty Fatmah peluk anak terunanya itu. Terlerai sudah rindu dua
beranak itu.
“Kimi pun rindu ibu. Rindu nak makan
masakan ibu.” Dia meleraikan pelukan.
“Papa.. Papa sihat?” Kali ini Hakimi
beralih pada Uncle Manaf. Mereka berpelukan.
“Alhamdulillah, sihat. Kimi sekarang papa
nampak makin matang. Baguslah. Ada hikmah rupanya campak budak ni study
oversea.” Hakimi sengih.
“I’ll take it as a compliment, papa.” Dia pandang
Izz.
“Bro.. lama tak jumpa. Kau sihat? Hafiy macam
mana?” Dia dan Izz berpelukan.
“Alhamdulillah. Macam yang kau nampak
sekarang ni la. Tu Hafiy,” jawab Izz.
“Hafiy.. my beloved nephew. How are you?
Dah besar rupanya anak saudara Pak Su ni. Rindu Pak Su tak?”
Kimi dukung dan cium pipi Hafiy.
Menggeliat Hafiy cuba menolak ciuman bertubi-tubi Pak Sunya itu.
“Hafiy pun rindu Pak Su. Pak Su, apa
hadiah yang Pak Su janji nak kasi Hafiy?”
“Tunggu sampai rumah la Hafiy oi. Apa da
claim hadiah tengah-tengah KLIA ni.” Hakimi ketawa sendiri dengan keletah anak
saudaranya itu. Semua turut tergelak.
Hakimi pandang aku.
“Ngah, ni saper? Takkan kakak ipar aku kot?”
soalnya pada Izz. Dia ketawa sendiri.
“Pak Su, ni la mummy Hafiy.” Hafiy menyampuk.
“Seriously? Bila kahwin? Tak cakap kat aku
pun?” Bulat mata Hakimi. Tak percaya mungkin bila lawaknya jadi nyata.
“Hish.. mengarut habis kau ni. Ni anak
kawan ibu la. Dia sementara waktu ni gantikan Mak Mah. Hafiy panggil dia mummy,”
jelas Izz.
“Oo… Hai, Kak.” Dia sengih padaku.
Kak dia panggil aku? Tak cukup sifat
sungguh! Aku ni muda pada kau, okay? Muka aku ni tua sangat ke? Mentang-mentang
Hafiy panggil aku mummy.
“Apa kak-kak? Dia muda daripada kau, tahu
tak?”
“Oo.. ya ke? Dah agak dah sebenarnya. Sebab
cantik sangat. Sorry.. sorry.. nama apa?” Hakimi soal aku.
“Qisya. Qisya Iris.” Aku perkenalkan diri.
Dia bagi senyuman versi pencair hati.
“No wonderlah.. cantik umpama bunga Iris.
Hye, I’m Kimi. Ilham Hakimi.” Hakimi buka cermin mata hitamnya dan selitkan di
kolar baju t-shirtnya. Berlagak macho pulak dah.
Aku cuma senyum. Boleh tahan ayat mamat
ni. Ada ciri-ciri playboy berjaya ni! Nampak gaya mamat ni pun dah tahu.
Berbeza sungguh dengan Izz meskipun wajah sama kacak. Ya ke? Kenapa aku rasa Izz
lagi kacak? Hehe..
“Bak lagu Man Bai, ku ilhammu,” sambungnya
lagi buatkan aku akhirnya tergelak. Entahlah.. aku rasa kelakar.
“Jangan dilayan sangat budak ni Sya.
Pantang nampak perempuan cantik, mulalah dia nak mengayat.” Aunty Fatmah
memberi amaran padaku. Aku sengih.
“Ala.. ibu ni. Potong stim betullah. Kalau
Kimi ayat pun, melekat nanti jadi menantu ibu jugak. Ya tak, Ngah?” Hakimi angkat kening pada Izz. Semua gelak
kecuali aku dan Izz. Aku tak rasa lucu pun. Izz pun sama kot.
“Okay.. okay… just a joke. Takkanlah aku
nak ambik mummy Hafiy. Kan?” Hakimi pandang Izz. Kenapalah aku rasa dua orang
ni gunakan bahasa yang dorang je faham?
“Kimi ni.. dah bosanlah tu sampai-sampai
dia usik Abang Ngah dia pulak.” Aunty Fatmah geleng kepala.
“Kimi dah berkenan dah kalau Kak Qisya
jadi menantu kedua ibu. Ibu pulak macam mana? Tak gitu, ngah?” Hakimi kenyit
mata padaku sebelum sengih pada Izz.
Aku rasa nak siku je mamat tu. Kenapalah orang
suka sangat kenankan aku dengan Izz? Adakah semuanya sebab aku rapat dengan
Hafiy? Izz mesti dah ada buah hati sendiri la. Kecik hati buah hati dia kalau
tahu nanti. Aku nampak Izz macam nak cekik dah si Hakimi ni. Mesti dia pun tak
suka dengan lawak tak lawak Hakimi tu.
“Kimi pun dah ada pilihan hatilah.”
“Kimi ni bukannya boleh percaya sangat
kalau dah layan permpuan. Taknaklah ibu dapat menantu kalau tahu nasib dia
macam mana.”
“Ala.. ibu ni. Kecik sebelah ginjal Kimi
bila ibu cakap macam tu. Macam tak percayakan Kimi pulak. Kimi dah berubah la
ibu.” Hakimi buat muka merajuk. Nak ketawa aku melihatnya. Tak matang langsung.
“Sebenarnya, Kimi tak balik sorang. Kimi bawak
balik seseorang yang istimewa bersama Kimi.”
“Siapa?” Uncle Manaf turut teruja nak
tahu.
“Haa.. mesti suspen, kan? Hehe..”
“Eh, budak ni. Nak main-main pulak.”
“Kimi bawak balik bakal menantu ibulah.” Hakimi
sengih.
“Kalau rambut macam mandi sungai Klang,
lepas tu kuku colour pelangi, baik kita balik rumah sekarang.”
Aku ketawa dengan kata-kata Aunty Fatmah
yang nampak agak bengang tu. Aku rasa, mesti si Kimi ni pernah bawak balik
perempuan pelik-pelik jumpa Aunty Fatmah.
“Kali ni taklah, ibu. Mesti ibu suka dia.”
Hakimi berkata yakin.
“Siapa?” Semua berminat ingin tahu. Hakimi
nampaknya sedang memikirkan sesuatu.
“Haa.. tu dia!”
Semua pandang ke arah yang ditunjukkan
Hakimi. Aku turut ternganga. Keciknya dunia. Dia?
***** SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK SEMUA.. SORRY LAMBAT ENTRY KALI NI. APA=APA PUN, SELAMAT MENGEJAR PAHALA DUNIA DAN AKHIRAT..
: )
salm Ramadhan jugk & bribadah..
ReplyDeletewt suspen btl....sape ksh hilmi? nk tau jugk..hish...
dh naik pangkt jd mummy bile lg diorg nk kawin..
-ara-
Lorh...siapakah itu???
ReplyDeleteSape tu??? Hohoho... =) Saspens zazzzz
ReplyDeleteSalam Ramadhan. jeng..jeng...jeng..... Siapa ituuuuuuu
ReplyDeleteKalau Allah tahu, mesti DIA marah >>> mana boleh guna ayat macam ini..Allah itu Maha MENGETAHUI, tak perlu ber'kalau' kerana Allah Maha Mengetahui..harap diperbetulkan
ReplyDeleteterima kasih atas komennya...
Deleteya..semua orang tahu Allah maha mengetahui...tapi anda harus mengerti bhawa si Qisya sedang cakap dengan kanak-kanak brumur lima tahun.. : )
kadang-kadang ayat macam tu digunakan untuk budak2.btul tak??maaflah kalau anda tak bleh nk trima..
Salam Ramadhan...#^_^
ReplyDeleteSiapa kekasih Hakimi tu???
Qisya kenal ke???
Chumell jer hafiy panggil mummy.. ;)
ReplyDeleteSapa plak tuuuu
hahahahah bdak2 yg buli hafiy tu pown mcam taiko je.. mummy hafiy? comel le awak ne hafiy.. nak cubit2 je pipi tu.. geramm!
ReplyDeleteSiapa lg tue? Buat suspen jerr.... I have no probs with hafiy calling qisya as mummy it's just cute. Can't wait for next n3
ReplyDeletesuspen la...
ReplyDeletenk taw spa...
cpt2 smbung..hihi
x sabar ni.. sape yea???
ReplyDeletelama menanti,,, hmmm.. mummy hafiy
ReplyDeletespa 2
ooohhh tidak sape tue.....huhuhu x sbr nk tngu smbungan
ReplyDeletex sabar nk tgu sambungannya..
ReplyDeletenak lgi.....
ReplyDeletesiapa tu????? haha. kawan qisya dulukah? musuh qisya kah? adoii... haha..
ReplyDeletesiapa dia tu... Ala..suspen tul la..ni yg xsbr nk tunggu next n3 ni...
ReplyDeleteSweet lh Hafy ni...mesti musuh si Qisya ye x? he he..
ReplyDeleteBest ! Next n3 please :D
ReplyDeleteBtw , selamat berpuasa :)
aduhhhh!!!
ReplyDeletexsabar nk tau...
saper awek kimi 2??
qisya kenal ke???
cpt2 update n3 baru ek??
selamat berpuasa jgk utk cik penulis...
Waaaaaaaaa bestlah n3 kali ni,,,,,,,nk lagii,,,,,,,, Salam Ramadhan jugak :)
ReplyDeletesalam ramadhan...wah best la entry kali ni....cepat2 la sambung lagi hehehehe
ReplyDeleteKawan Qisya atau musuh Qisya.... biarlah kawan sama kepala dengan Qisya....
ReplyDeleteIzz malu nak mengaku suka kan Qisya tu..... tapi dalam hati ada taman bila orang cakap macam tu.... hehehe.....
dah follow citer ni, besst sgt. keep it up writer. suke watak qisya
ReplyDeleteDia tu si Qisyakan? Suspend..
ReplyDeletewriterrrr.cepattttttttt cepattttttttttt update pleaseeee.sy nk kne blek kmpg kamis nh!kt kmpg tade internet!!!!arggggg!!!!!plisssssssss sgt2 writer sy nk sgt bce cite nh sblom blk kmpg dh..hikssss
ReplyDeletealahai...keciannya..sy bru bca komen anda..huhu..honestly sy xsmbung pape pon lg dgn chap 13..kalau smpat sy update.tp sy xjnji tau..tp mcm xsmpt..huhu
Deletehmmmm . next pls ? apa sambungan dia . dah x sabar nak tunggu sambungan dia ,, hehe . best cita ni . tiqah suka ~
ReplyDeletenext? saspen lh.. urmm.. biar sy je yg meramalkan chapter seterusnya.. hoho. mne thu, idea sye d trima akal... sya rsa, prempuan tu, musuh sya... tu je idea sya.. hehe.. memain je..
ReplyDeleteoh..mummy..hehehe..x malunyer sya...
ReplyDeleteiktiraf diri mummy hafiy tp ye la..bdk2 lain pemikiran,...