Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Monday 7 May 2012

Eksperimen Cinta (BAB 39)

BAB 39

2 tahun lepas..

Bunyi loceng serta alarm telefon bimbit membuatkan tidur Tengku Aaron terganggu. Naik pekak telinganya gara-gara bunyi yang terlalu dekat dengan cuping telinganya. Letih gara-gara menari sakan di disko bersama Emily masih lagi terasa. Lepas sembahyang Subuh tadi, terus dia syahid.

     Pukul berapa ni? Tengku Aaron meraba-raba telefonnnya. Saat melihat angka 10:00 AM, terus meluas matanya. Alamak! Dah lambat. Kelam-kabut dia bangun.

     “Kurang asam kau, Rean. Dah keluar rupanya! Bukannya reti nak kejutkan aku dulu,” bebelnya sambil mencari-cari kembarnya yang tiada di situ. Memang kebiasaannya Tengku Andrean yang jadi tukang kejutnya.

     Cepat-cepat Tengku Aaron mandi. Rambut hitam perangnya dibasah-basahkan sedikit. Biar nampak macam baru lepas mandi sikit. Arghh.. mesti dah lama dia menunggu.

     ------

“Sorry.. I’m late.”

Tengku Aaron sengih. Dipandangnya wajah gadis didepannya. Selamba dan tenang tanpa ada riak marah. Dah immune agaknya dengan Tengku Aaron yang jarang tepat masa kalau berjanji.

     “Tuanku dah sampai rupa-rupanya. Dah lama patik menunggu,” sempat gadis itu menyindir. Makin lebar sengih Tengku Aaron.

     “Sorryla sayang. I tak sengajala, darling.” Tengku Aaron sengih lagi.

     “Pergi clubbing la tu semalam. Dengan mangsa yang ke berapa kali ni?”

     “Ala… rilekslah, Anith. Hari ni pun bukannya ada kelas. Emily ajak aku. Aku on je kalau orang dah offer. Tak pasal-pasal mengigau dia kalau aku tak temankan,” jawab Tengku Aaron sebelum ketawa.

     “Bilala kau nak berubah ni? Kesian Seri,” bebel Anith.

     Anith geleng kepala. Apa pasal la Seri boleh sangkut dengan mamat tiga suku ni? Dahlah kaki perempuan business class. Hidup nak enjoy je aku tengok. Harap muka je bukan main handsome. Handsome sangat ni pun susah.

     “Ala.. clubbing je pun. Release tension.”

     “Kau pun reti tension jugak ke? Hidup nak enjoy je aku tengok,” sindir Anith.

     “Haish.. saper cakap aku tak tension? Jadi rebutan orang ni penat wei. Asyik full je jadual aku. Kesian awek baru yang nak cuba nasib. Kena queue up dulu.” Tengku Aaron gelak lagi.

     “Perempuan tiga suku setengah mana yang boleh gila dengan kau tu. Huh.” Anith dah tayang muka menyampah.

     “Ewah, mulut.. Nasib baik la kau ni awek Rean. Kalau tak, dengan kau-kau sekali aku sapu.” Tengku Aaron kenyit mata.

     Langsung Anith tak gerun dengan ayat Tengku Aaron. Sebab dia memang kenal siapa insan Tengku Aaron Shah ni. Hubungan dia dan Tengku Aaron memang rapat. Dah macam adik-beradik dah tambah lagi dia adalah kekasih Tengku Andrean, kembar lelaki itu.

     “Aku sayang Seri la. Only Seri. Walaupun dah ramai perempuan yang aku layan, aku tetap takkan lepaskan Seri. Sebab aku sayang dia,” kata Tengku Aaron lagi.

     Anith tahu ucapan itu ikhlas. Memang lelaki itu terlalu cintakan Seri. Peluk perempuan lain. Pegang perempuan lain. Tapi hati hanya ada Seri. Tapi satu je kelemahan Tengku Aaron. Pantang tengok perempuan cantik, mulalah nak main peranan. Nasib baiklah Tengku Andrean tak macam ni.

     “Kalau kau terus macam ni, tak mustahil kau hilang Seri suatu hari nanti,” kata Anith. Sengaja nak bagi mamat tu peringatan.

     “Ala.. apa susah? Kaukan ada. Kaukan tahu aku sayang kau. Kaulah yang jadi pengganti,” senang Tengku Aaron jawab sebelum tersenyum gula.

     Anith geleng kepala. Aku memang tak pernah menang kalau bercakap dengan mamat ni. Cakap main sedap mulut. Kalau dia tak kenal siapa Tengku Aaron ni, memang dah terkejut keras dengan kata-kata lelaki itu. Tapi, sebab kenal sangatlah dia malas nak layan.

     “Eleh.. Blahla kau.” Anith dah malas nak panjang bicara.

     Dia pun sayangkan Tengku Aaron. Sayang sebagai seorang sahabat. Tengku Aaron adalah satu-satunya bestfriend lelakinya. Atas alasan apa dia boleh melekat dengan mamat tu pun dia tak tahu. Sepanjang dia kenal dengan mamat tu, tak pernah pun sekali pun Tengku Aaron ambil kesempatan. Tengku Aaron memang hormat dia sebagai seorang perempuan.

     “Kau kena reda andai kata satu hari nanti kau hilang Seri. Manala tau kot-kot jodoh dia sampai awal dengan orang lain,” tiba-tiba Anith berkata.

     Tengku Aaron menjeling tajam gadis di depannya itu. Muka Anith tetap selamba tapi kenapa dia rasa macam ada sesuatu di balik kata-kata Anith?

     ------

Dan beberapa bulan selepas itu, kata-kata Anith menjadi kenyataan. Tengku Aaron kehilangan Seri. Realiti tak mungkin diterima Tengku Aaron. Marah, geram, dendam dan benci makin menggunung dalam dirinya. Begitu cetek pemikirannya pada masa itu. Kerana ingin merawat patah hati dan kecewa, tiap-tiap malam dia keluar. Menjelang pagi baru dia balik. Betapa lemahnya iman pada masa itu. Hampir sahaja dia mencuba arak. Betul-betul tak disangka Anith mencarinya. Tanpa sedar, gadis itulah yang menyelamatkannya daripada terlibat dengan arak.

     Pada masa tu, Tengku Aaron menghadiri parti hari jadi salah seorang kawannya, Shane.

     “Aaron, take your drink. You’ll enjoy it,” pelawa Fiona sambil menghulurkan satu gelas tinggi. Pinggang Tengku Aaron dipeluk manja.

     “A pleasure. For your sake, baby.” Tengku Aaron menyambutnya. Pipi Fiona dicium sekali.

     “Aaron!!”

     Pang! Tamparan Anith pada pipi kirinya masih berbekas dihati sehingga kini. Tamparan yang menyedarkannya. Ketika itu, arak jenama Ecco Domani hampir sahaja mencecah mulutnya. Pecah gelas itu gara-gara ditepis Anith.

     “Apa ni tampar-tampar orang?” marah Tengku Aaron lantang. Tapi muzik yang bingit dan rakan-rakannya yang dah mabuk menenggelamkan suara Tengku Aaron.

     Anith tak pedulikannya.

     “Let go of him!” tegas suara Anith sambil merungkaikan pelukan Fiona pada tubuh Tengku Aaron. Hampir tersungkur Fiona gara-gara ditolak Anith. Tangan Tengku Aaron ditarik keluar daripada tempat maksiat itu.

     Bila keluar daripada rumah Shane, Tengku Aaron menarik tangannya yang berada dalam genggaman Anith.

     “Apa kau ni? Kacau aku nak enjoy je la.” Tengku Aaron marah lagi. Anith yang tak bersalah itu dijerkahnya. Tapi, Anith sikitpun tak beriak.

     Anith.. adakah kau tahu semuanya? Kau tak sedih macam aku ke? Tengku Aaron pandang Anith.

     “Kenapa kau macam ni, Aaron? Kenapa kau makin liar? Kau tak takut dosa ke?” suara Anith penuh kesal. Digoncang-goncang bahu Tengku Aaron biar lelaki itu sedar. Tengku Aaron menepis.

     “Kau jangan kacau hidup aku boleh tak? Perempuan tu dah tinggalkan aku la. Lepas aku rela untuk tinggalkan semua, dia mainkan cinta aku. Dia curang dengan aku.” Tengku Aaron melepaskan rasa terbuku di hati.

     “Kan aku dah cakap dulu, kau kena reda. Tu maksudnya jodoh kau bukan dengan Seri,” nasihat Anith.

     Tengku Aaron senyum sinis.

     “Kau taknak tahu ke dia curang dengan jantan mana?” soal Tengku Aaron. Anith diam. Membiarkan Tengku Aaron menyambung kata.

     “Dia dalam diam bermadu kasih denagn adik aku yang tak guna. Kekasih yang kau sayang tu la.”

     Tidak semena-mena air mata Anith menitis.

     “Baru tahu ke? Si Rean tak guna tu tak cakap? Baru kau tahu sakit hati aku macam mana.” Anith terus menangis.

     “Huh.. perempuan. Modalnya cuma air mata,” sinis Tengku Aaron.

     “Aku menangis bukan sebab hilang Rean. Tapi aku sedih tengok kau macam ni. Aku nak Aaron yang dulu. Aku nak Aaron yang asyik gelak dan suka sakat aku. Aku nak Aaron yang suka tengok aku sakit hati dengan kata-kata dia yang suka sangat mengusik orang tu,” luah Anith. Sungguh Anith merindui Tengku Aaron yang lama.

     Tengku Aaron yang lama suka tersenyum. Selalu ketawa menampakkan lesung pipitnya itu. Kerana sifat itulah ramai perempuan boleh rebah kalau dia tersenyum. Malah, dia masih ingat lagi jawapan Tengku Aaron bila dia kutuk yang lelaki tu suka sangat ketawa.

     “Nak tahu kenapa kenapa aku suka gelak? Sebab aku ada satu lesung pipit yang comel. Ni senjata kedua aku nak tackle perempuan selain muka handsome aku, tau? Lesung pipit ni untuk orang lain tengok. So, kalau nak orang lain nampak, aku kena la selalu gelak.” Tengku Aaron ketawa lagi bila lihat Anith tayang muka menyampah.

     Tapi, semua tu dah berlalu. Tengku Aaron depannya tak lagi sama. Semuanya berubah kerana Seri dan Tengku Andrean. Ya.. dia memang tahu semuanya. Bila dulu dia pernah melihat Tengku Andrean dan Seri keluar dari bilik hotel yang sama, dia sudah belajar untuk terima kehilangan Tengku Andrean. Satu-satunya yang membimbangkannya ialah penerimaan Tengku Aaron. Dan betul jangkaannya. Tengku Aaron tak semudah itu menerimanya. Sebab lelaki itu sangat cintakan Seri.

     “Jangan nak pujuk akulah perempuan,” keras suara Tengku Aaron. Dia benci semua perempuan!

     Anith hanya menelan kata-kata pahit itu. Tengku Aaron tak pernah sekasar itu dengannya.

     “Bukan kau sorang rasa kehilangan, Aaron. Tapi aku jugak sama. Kau sekurang-kurangnya Sei berterus-terang. Tapi aku.. Rean sampai sekarang masih senyap. Aku hanya menunggu dia berterus terang,” luah Anith.

     “Rean tak pernah cakap. Habis, macam mana kau tahu?”

     “Dua bulan lepas, aku tengok dorang keluar hotel bersama.”

     “Dah dua bulan! Baru sekarang kau nak cerita?” marah Tengku Aaron lagi. Terasa semua orang mengkhianatinya.

     “Aaron..”

     “Kau pun sama. Penipu. Pendusta, pengkhianat. Dasar perempuan.. Aku benci semua.” Tengku Aaron bagaikan hilang akal.

     Tengku Aaron benci dengan orang sekelilingnya yang tak pernah jujur dengannya. Anith, kawan kesayangannya juga menipunya. Kalaulah Anith cakap awal-awal pasal perkara ni, takdelah dia macam orang bodoh mencintai isteri orang tu!

     “Aku sayang kau, Aaron. Kau kawan aku. Aku taknak kau sedih,” kata Anith lagi.

     “Habis kau tak sedih ke?” tajam mata Tengku Aaron memandang Anith.

     “Sedih. Tapi apa aku boleh buat? Jodoh diorang dah sampai. Nak taknak, aku kena ikhlaskan semuanya.”

     “Tapi, Rean tipu kau. Kau tak rasa dikhianati ke?”

     “Tak.”

     Arghh.. Tengku Aaron genggam rambut perangnya yang makin kusut itu. Betul-betul tak faham dengan Anith. Anith ni orang ke bukan? Kenapa kau polos sangat, Anith?

     “Kau tahu.. dalam dunia ni, aku paling benci pengkhianat. Maruah aku macam dicabar. Sanggup dua-dua tikam aku dari belakang. Buatkan aku nampak lelaki paling dayus. Ikutkan hati, memang tak tengok dunia dua orang tu, rasa benci dan sakit hati yang takkan padam.”

     Tengku Aaron melangkah pergi.

     “Aaron, kau nak ke mana?”

     “Aku nak buat perhintungan dengan dua manusia tak guna tu. Biar Rean jelaskan semuanya dekat kau.” Tengku Aaron terus melangkah.

     Tengku Aaron nak mengajar kembarnya yang tak guna tu. Pengkhianatan yang tak hanya melibatkan dia. Tapi juga Anith yang tak bersalah itu. Kalau Anith tak mahu, biar dia yang tolong. Biar Tengku Andrean menjelaskan perkara yang sebenar pada kekasihnya itu supaya sahabat kesayangannya itu tak ditipu lagi.

     Anith mengejar Tengku Aaron yang nekad itu. Bukannya dia tak kenal siapa Tengku Aaron. Tak makan saman, suka mengikut kata hati.

     “Aaron, dahlah. Aku dah maafkan Rean dan Seri. Aku tak perlukan minta maaf mereka.”

     “Aku tak peduli. Rean mesti cakap dekat kau perkara sebenar.” Tengku Aaron masih berkeras.

     “Aaron. Dahlah tu. Aku tak sanggup lagi nak tengok Rean,” rayu Anith. Tangan Tengku Aaron ditarik.

     Tengku Aaron tak peduli. Ditarik tangannya daripada pegangan Anith. Kenapa dia dan Anith harus kecewa sedangkan dua orang tu bahagia? Tengku Aaron terus berjalan. Panggilan Anith tak dipedulikan. Kaki terus dihayun melintasi jalan raya yang agak kelam itu. Dalam kepalanya hanya ada Tengku Andrean dan Seri yang nak diajar cukup-cukup. Namun, apabila mendengar bunyi berdentum di belakangnya, Tengku Aaron terhenti. Dalam kesamaran lampu jalan, dilihatnya sebuah kereta jenis Ford berhenti mengejut dan seorang gadis dah terbujur kaku beberapa meter dari kereta itu.

     Tengku Aaron terkaku.

     ------

“No.. It must be a big mistake. A very big mistake, you know? Don’t you dare to say that Anith is dead. Anith won’t die. She’s alive! I know she is.” Tengku Aaron tak dapat menerima kenyataan ketika doktor mengesahkan gadis itu telah pergi buat selama-lamanya. Beberapa kali Tengku Aaron menggelengkan kepala.

     Seketika kemudian, satu stretcher berselimut putih ditarik keluar. Tengku Aaron melihat wajah pucat Anith yang terpejam matanya. Melihat dada Anith yang tak berombak, Tengku Aaron jatuh berlutut. Bukti yang nyata Anith sudah tiada.

     Semua ni salah aku. Kalau Anith tak kejar aku, mesti dia hidup lagi sekarang ni! Tengku Aaron menyalahkan diri sendiri.

     “Anith, maafkan aku!” Air mata lelakinya menitis.

     Tengku Aaron hilang arah. Terasa hidupnya sangat sunyi tanpa Anith. Dia berlari mendapatkan stretcher yang menarik tubuh Anith. Jasad kaku Anith ditarik dan dipeluk kemas. Terkejut dua jururawat yang menarik stretcher itu.

     “Sir.. please hands off,” pujuk salah seorang jururawat itu.

     “Anith, maafkan aku. Bangun dan cakap kau maafkan aku.” panggil Tengku Aaron.

     “Sir, calm down!”

     “No. please don’t take her. I want Anith.” Tengku Aaron berdegil. Tubuh Anith dipeluk kemas.

     “Anith, bangun! Jangan tinggalkan aku. Kau je kawan yang aku percaya sekarang ni.” Tengku Aaron bagaikan orang gila menggoncang-goncangkan tubuh kaku Anith.

     “Doctor, emergency. Doctor..” kedengaran seorang lagi jururawat memanggil-manggil doktor.

     Dua orang doktor bergegas ke arah Tengku Aaron. Tengku Aaron cuba ditarik agar terpisah daripada Anith. Ketika itulah munculnya Tengku Andrean dan Seri. Dengan pertolongan Tengku Andrean, barulah Anith dapat dilepaskan. Meraung-raung Tengku Aaron memanggil Anith.

     “Aaron, kau jangan meratap macam ni,” kata Tengku Andrean.

     Tengku Aaron memberi jelingan maut pada pasangan suami isteri itu. Ketika itulah terasa semua dendam begitu membara. Berani dua orang itu datang selepas apa yang mereka lakukan? Tengku Aaron bangun. Terus dilepaskan penumbuk pada wajah Tengku Andrean. Terjerit Seri yang melihatnya.

     “Sebab kau berdua, Anith mati. Kau, Rean. Kalau kau nak sangat dengan perempuan tak guna ni, jangan mainkan perasaan Anith. Anith is innocent. Kenapa kau perlu terima Anith dulu kalau dari awal lagi kau suka Seri? Kau tengok sekarang. Anith dah pergi tanpa dengar penjelasan kau yang dah menipu tu,” amuk Tengku Aaron.

     “Aku takkan maafkan kau berdua sebab dah buat macam ni pada aku dan Anith. Aku dah hilang Seri. Sekarang aku dah hilang Anith yang selalu ada untuk aku. Mulai hari ni, jangan pernah muncul di depan aku. Aku tak teragak-agak jadi pembunuh.”

     ---------

Itulah kata-kata terakhir Tengku Aaron. Sejak peristiwa itu, Tengku Aaon menjadi pendendam. Menjadikan wanita sebagai mainan. Sikap buayanya menjadi-jadi. Bila teringatkan Anith, Tengku Aaron rasa bersalah. Sampai sekarang dia rasa dialah penyebab kematian Anith. Tapi, dia sengaja salahkan Tengku Andrean dan Seri yang menjadi penyebab utama dia jadi begini.

     Dua minggu selepas peristiwa itu, dia mendapat tahu Tengku Andrean dan Seri sudah pulang ke Malaysia. Dia lebih selesa tinggal di negara orang tanpa melihat pasangan bahagia itu. Dia bebas untuk buat apa sahaja. Meskipun pengajiannya dah habis, Tengku Aaron tetap bekerja di sana.

     Sehinggalah setahun setengah berlalu, mummynya makin kerap menelefonnya. Mummynya merayu agar dia pulang ke Malaysia. Tengku Aaron selalu buat bodoh dengan permintaan mummynya itu. Semua ahli keluarganya sudah sedia maklum masalah antaranya dan Tengku Andrean. Bukan dia yang buka cerita. Dan dia yakin kembarnya juga takkan sengaja membuka aib sendiri. Macam mana semua orang tahu? Mungkin sebab Seri yang diperkenalkan sebagai bakal menantu sulung Tan Sri Tengku Ahmad Shah tiba-tiba pulang membawa status isteri kepada putera keduanya. Dia juga mendapat berita yang Seri sukar diterima sebagai menantu oleh mummynya kerana dia telah menjadi punca pergaduhan antaranya dan kembarnya.

     Bosan dengan bebelan mummynya, akhirnya Tengku Aaron bersetuju untuk pulang ke Malaysia. Sebab dia juga rindukan keluarganya. Tapi dengan syarat! Dia tak mahu serumah dengan Tengku Andrean. Jadi, atas mummynya untuk memilih dia atau Tengku Andrean. Kalau Tengku Andrean tak keluar dari rumah mummy, maka jangan pernah mengharapnya untuk pulang ke Malaysia. Akhirnya, Tengku Andrean sendiri yang ingin keluar dari rumah itu.

     Bila Tengku Aaron pulang ke Malaysia, daddynya memberi kepercayaan penuh padanya untuk mentadbir Triumph Air kerana dia putera sulung. Sememangnya Tengku Aaron pulang ke Malaysia dengan azam yang baru. Dia akan buktikan yang dia bahagia dengan hidupnya tanpa Seri. Dan beberapa bulan selepas itulah dia bertemu Damia. Ketika dia melihat gadis bertudung itu, hanya satu dalam kepala. Gadis bertudung is not bad actually.

     Kadang-kadang memori bersama Seri datang, membuatkan rasa cinta kembali muncul. Kadang-kadang benci dan cinta seiring. Melihat pasangan itu bahagia membuatnya benci pada diri sendiri yang masih menaruh cinta pada Seri. Dia rasa dia paling tak guna. Semua bagaikan mencabarnya untuk cari bahagianya sendiri.

     Dan kerana itulah dia nekad berkahwin dengan Damia. Berkahwin dengan Damia adalah bukti dia sudah lupakan Seri. Dia mahu orang melihatnya sebagai seorang yang hebat dan lebih dalam segala hal. Dia nak semua orang tahu yang kehilangan Seri tak pernah jadi kudis pun padanya. Cuma dendam yang terbuku kerana mereka berdua punca Anith meninggal dunia.

20 comments:

  1. hehehe...akhernya da juga n3 tngh2 mlm ne..nak kesian dgn spa?? smua sedih..
    mcm mna seri??selmat ke x???
    (^_^)

    ReplyDelete
  2. bnyk y dia ing kembali je.... cite sai seri ... baby... tak de....

    ReplyDelete
  3. Erm at least da tau naper si aaron ni jd pendendam sgt.. Tp aaron ni ego je lbh ni.. Tq anjell

    ReplyDelete
  4. ohh. skrg bru jelas dgn kisah lama dia. anith paling kesiann. alahai. tapi seri mcm mne?

    ReplyDelete
  5. Ssh nak ckp salah siap..semua salah.seri yg tak berterus-
    terang.adrean yg curang dgn anith..aaron yg buaya darat
    tapi setia dgn seri.anuth mmg kasihan.
    Damia pun cian juga jadi mgsa.tersepit dgn kisah cinta
    bersegi-segi ni..
    Harap aaron dpt buka mata dia untk menilai damia seadanya..

    ReplyDelete
  6. dlm hal ni seri dgn anrean yg bersalah.
    andrean sptutnya terus terang ckp yg dia cintakan seri dr awl lg.
    jd perkara mcm ni x kn berlaku.
    tp ni dinamakan takdir klau perkara mcm ni x berlaku tentu aaron x kn jumpa dgn damia.
    bila difikirkan balik yg paling ksian ialah anith sbb andrean x terus terang dgn anith psl perkahwinan dia dgn seri hingga nafas terakhir anith walaupon anith dah tau dr awl lg.

    ReplyDelete
  7. bessstttt!!! cepat2 upload yg baruuu :)

    ReplyDelete
  8. satu bab je g nak diupload..
    sedih sangt.....
    crta smakin mnarik la Anjel.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq..insyaAllah EC novel yg xmboringkan. jgn sdih2, nnti siap nov bleh bca :)..ap yg sy update bru separuh drpd novel full..huhu

      Delete
  9. Smbg lgi.....

    ReplyDelete
  10. sedihnya cerita dah x diupload lagi lepas chapter 40 :(

    ReplyDelete
  11. Stuju ngn siti.. Pity aaron n anith n damiaa.. Wlpn nmpk cm aaron ego.. Tp bila berkait ngn perasaan..manusia mmg xmampu nak brfikir ngn tenang..

    ReplyDelete
  12. best.. la upload lagi..
    sambung la cepat cikit....
    sampai bila tengku aaron nak berdendam..maafkanlah seri dan tengku andrean ... harap seri sihat dan bahagia dengan tengku andrean...
    tengku aaron cubalah pikat damia mana tau ...lepas ni tengku aaron dapat merasai kebahagian dengan damia dan dapat cahaya mata...
    terima kasih penulis sebab upload hari ni..harap esok boleh upload lagi.. tak sabar nak tgk kebahagian damia dan tengku aaron....

    ReplyDelete
  13. kesian juga dgn Damia ye suami masih lagi mencintai wanita
    lain bilalah Aaron nk jatuh cinta dgn Damia ye... cepat sambung.

    ReplyDelete
  14. anjel, adag2 lama lagi nak siapkan novel?
    tak tertanggung rindu lepas ec40. Tlng siapkan dgn sgera, rindu

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..sy akn cba rajinkn dri sy tok hbiskan ec..huhu

      Delete
  15. adreaan ngan seri ni selfish btul la.... nyampah btul.... windu damia......

    ReplyDelete
  16. oo baru paham... siankan anith... jahatnyer rean ngan seri... patut aaron marah giler. Tapi bila nak jatuh cinta ngan damia.. sian jd mangsa keadaan... mia pun nak bahgia huhu... next anjell tq.. wat sampai chpter 50... erk!...

    ReplyDelete
  17. best citer nie...mule2 ikut kt pnulisn2u.....smbng cikit lg citer...

    ReplyDelete
  18. best la cterni,,,,,, nnt klu sda bukukn jgn lupe infm,,, always waitng 4r----> Eksperimen cinta (^___^)v

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )