Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday, 11 February 2018

Dheo's (BAB 7)

BAB 7

“Apa Encik panggil saya?”

“Rose.” Dia ulang sekali lagi. Tepat mata merenungku.

Why? Is there any problem?” tanyanya lagi. Muka bosan.

Perlahan-lahan aku geleng kepala.

“Takde.. tapi semua orang panggil saya Nurissa.”

“Tapi Rose pun nama awak. Short and easy to remember. Rose.” Dia ulang balik namaku.

Tak pernah ada orang panggil aku dengan nama panggilan Rose. Hanya dalam mimpiku. Dan kini Dheo menjadi orang kedua. Kebiasaannya aku akan canggung bila ada yang memanggilku Rose. Tapi bila Dheo gulung lidahnya untuk sebut namaku, kedengaran macam sedap. Tipikal.. tapi itulah yang aku rasa.

Rose.

Ketika dia menyebut nama itu, aku bandingkan pula dengan suara dalam mimpiku. Berbeza. Suara dalam mimpiku penuh romantis dan sangat lembut. Sebutannya bagaikan satu bisikan. Jiwa rasa bergetar. Dan bila Dheo pula menyebutnya, kedengaran keras tapi lembut. Dingin tapi menyenangkan. Hati tetap rasa sesuatu yang aku tak tahu apa.

Entah kenapa, suara hati mengatakan aku pernah kenal Dheo sebelum ni. Adakah kemungkinan yang dia adalah lelaki dalam mimpiku? Tapi, kalau dia kenal aku, takkanlah dia buat-buat tak kenal aku, kan? Mustahillah! Siapalah aku pada Dheo?

“Sebelum ni, kita pernah kenal ke?” Tak salah aku tanya dia, kan? Untuk menjawab segala keraguan hatiku. Jawapannya cukup mudah.

Ya. Atau tidak. Angguk. Atau geleng.

Tapi Dheo cuma diam. Mata tak lepas dari wajahku. Seakan-akan sedang mencari sesuatu. Tak senang duduk aku dibuatnya. Gelisah di balik renungan sejuk bekunya itu.

Do I look like I know you before?”

Okey.. cukup itu membuktikan yang Dheo tak kenal aku sebelum ni. Tapi kenapa hatiku rasa sedikit kecewa mendengarnya?

Sorry. Cuma tanya. Manalah tahu kita pernah kenal. Saya hilang ingatan lepas kemalangan teruk empat tahun lepas. Jadi saya tak dapat ingat apa-apa lepas tu.” Aku pun tak tahu kenapa aku cerita padanya.

Aku nampak Dheo telan liur. Halkumnya bergerak seakan menahan rasa. Tapi wajahnya sikit pun tak menunjukkan gelodak di hatinya. Hanya maintain tahap sejuk bekunya.

Kenapa? Dia tak percaya dengan ceritaku ke? Memang kisah aku macam klise, tapi itulah yang terjadi. Kemalangan. Koma. Hilang ingatan.

“Saya turut bersimpati. Glad you are here now. Alive and healthy.” Skema jawapan untuk diberikan kepada orang asing lepas kita dengar dia dah kena musibah.

Thank you.” Apa lagi yang boleh aku balas?

Aku rasa keadaan mula jadi canggung. Nasib baik Dheo cepat berdehem.

“Kak Tina ada mention sesuatu sebelum awak masuk ke sini?” siasat Dheo dengan suara profesionalnya.

Hmm.. ada. Dia cakap saya bakal jadi personal housekeeper Encik Han.”

Yeah.. she’s right. Tapi selain jadi personal housekeeper saya, awak akan bekerja di bawah Puan Rasyidah. Dia adalah floor supervisor untuk aras 50 hingga 55. Puan Rasyidah akan tunjukkan awak kerja-kerja yang perlu dilakukan. Cleaning my property and to attend me are your priorities but other than that, you just have to follow her instructions. Understood?”

Aku angguk.

Being my personal housekeeper means that you have to follow every command and demand of mine, wherever, whenever and whatever I want. No say no.”

Aku ni.. personal housekeeper dia atau personal assistant dia? Kalau aku buat semua kerja dia, habis si Nancy tu nak buat apa?

Tapi aku tetap angguk. Setuju je la. Dia bos.

Before that, few rules you have to abide. Memandangkan awak masih belajar, awak dikira kerja separuh masa. Kalau takde kuliah, awak boleh kerja penuh. Kalau kelas awak sampai tengah hari, awak kerja shif petang. Kalau kelas awak petang atau penuh, awak dikecualikan kerja. Hari ahad adalah hari cuti awak,” jelasnya.

“Semua ni sementara sampai awak habis belajar. Cuma sebulan je lagi. Dan bila dah dekat dengan final examination, I’ll be giving you one week off for you to study. Dan tak perlu datang kerja sampailah awak tamat exam.”

Alhamdulillah.. berperikemanusiaan juga dia! Takdelah aku rasa macam bangla sangat, kerja sepanjang masa. Kan aku dah cakap, iceberg-iceberg dia pun, hati dia baik.

I’m doing that because I don’t want to be blamed if you fail your examination. So any disruption in your CGPA got nothing to do with me.”

Kali ini aku tahan bibir dari mencebik. Jerk! Buat sesuatu mesti sebab kepentingan dia sendiri. Betullah dia cakap yang dia lelaki businessman yang hanya fikirkan keuntungan.

“Untuk mengelakkan awak daripada mengambil kesempatan, saya nak awak bagi saya jadual kuliah awak. Kalau kelas batal, awak kena masuk kerja. Dan sebarang perubahan jadual, awak kena maklumkan kepada saya dulu. Faham?”

Aku angguk. Tiada masalah!

“Aras ni terbahagi kepada dua wing. East wing adalah tempat management. And west wing is my personal territory. Personal means only invited guests of mine are allowed to access in. West wing adalah tempat larangan untuk semua pekerja. Tapi memandangkan awak personal housekeeper saya, awak dikecualikan,” sambungnya lagi.

Khusyuk aku tadah telinga.

“Dan di west wing, ada dua tempat dilarang masuk. Pertama Galeri The Dheo’s dan kedua, White Room. Dua tempat ni, dilarang masuk sama sekali. Semua orang di sini dah tahu. No one. I repeat, no one is allowed to go into these places. Let’s just say, I won’t tolerate disobedience. Rule breaker will face severe consequences.”

Amaran itu boleh bikin bulu roma berdiri sembilan puluh darjah. Kalaulah aku tak pakai tudung, mesti dia nampak berapa kali liur dah lalu tekak. Kalaulah dia tahu sebelum dia dah bagi amaran, aku dah terbuat jenayah in advance, apa dia buat agaknya?  Ngeri aku nak ingat.

And you must comply with my Two Don’ts Regulation.”

Apa lagi ni? Banyak betul pantang larangnya.

Don’t.. Wander around alone.”

Okey.. siapa suka merayau-rayau seorang diri?

And don’t.. Be curious.”

Erk? Nak curious pun tak boleh ke? Kalau tak curious, macam mana nak belajar?

Especially regarding someone else’s business. Because curiosity kills the cat. Saya tahu awak bukan kucing. But if you don’t listen to me, you’ll be living with consequences. Curiousity doesn’t kill you. But it can kill your freedom. Ingat tu.” Kata-katanya bergetar amaran.

Serius meremang bulu roma mendengarnya. Nak-nak lagi, matanya betul-betul menikam anak mataku. Seolah-olah mencabarku untuk melanggarnya. Gulp!

“Faham?”

“Faham,” jawabku.

Good. I’m a very busy person. And now, get out.” Dia halau aku.

    -----------

“Ini bilik rehat staf housekeeper perempuan. Staf boleh rehat kat sini bila tengah rehat ataupun tengah tunggu untuk masuk shif,” terang Puan Rasyidah.

Aku kini berada di bilik rehat staf housekeeper perempuan yang berada di tingkat G. Terletak agak tersorok, berdekatan dengan dapur besar hotel ini. Sekeliling bilik itu dipandang. Boleh tahan luasnya. Dah macam bilik hotel pun ada. Ada pantri. Ada TV. Ada bilik persalinan. Terlalu selesa.

“Bilik rehat ni memang nampak sangat selesa. Sebab Encik Han memang jaga kebajikan pekerja-pekerjanya. Jadi jangan ambil kesempatan pula. Encik Han memang pantang kalau orang curi tulang dan ambil kesempatan atas kebaikan yang dia tunjukkan.” Bagaikan tahu apa dalam kepalaku, Puan Rasyidah menyambung kata.

“Ini pula locker Nurissa. Barang-barang semua atau uniform boleh letak di dalam locker ni,” terang Puan Rasyidah sambil menunjukkan ke arah locker yang tersusun di bahagian tepi dinding.

Dari tadi lagi, Puan Rasyidah menerangkan kepadaku tentang skop kerjaku. Menunjukkan aku tempat-tempat penting yang perlu aku tahu. Tempat ini terlalu besar untukku. Kalau kerja seharian pun, belum tentu aku dapat ingat dengan sepenuhnya.

Kemudian muncul seorang perempuan yang kelihatan seperti seusia denganku. Berpakaian uniform berwarna coklat keperangan. Sama macam uniform yang diberikan Puan Rasyidah kepadaku tadi. Maksudnya perempuan ini pun salah seorang staf hotel ini.

“Ini Arin. Untuk beberapa hari ni, Rissa kena tag along dengan Arin sampailah Rissa dah boleh buat kerja sendirian,” kata Puan Rasyidah. Diperkenalkan aku dengan Arin.

Kami berbalas senyuman. Aku harap aku senang bekerjasama dengannya. Dia pun nampak baik.

“Rissa ada apa-apa soalan nak ditanya?” soal Puan Rasyidah.

“Buat masa sekarang, belum lagi kut.”

“Okey. Kalau Rissa ada apa-apa soalan, Rissa boleh tanya saya, Arin atau pun staf lain. Lepas ni Rissa akan jumpa ramai lagi housekeeper yang lain. Kalau dah tiada apa-apa, Rissa boleh tukar uniform. Lepas tu boleh ikut Arin.”

Aku cuma angguk.

“Arin, awak nanti bagi tunjuk ajar betul-betul pada Rissa. Dia nanti akan jadi personal housekeeper Encik Han.” Diturunkan pesanan kepada Arin pula.

“Baik, Puan.”

Puan Rasyidah tinggalkan kami berdua. Aku berlalu ke tempat persalinan untuk menukar pakaian. Kalau melihat uniform Arin, boleh tahan besar juga. Maksud aku takdelah mengikut potongan badan sangat. Tapi masih cantik dipandang mata. Berseluar panjang. Nasib baik. Buatnya skirt pendek? Memang balik ni, ade je la langsir hilang jadi penyambung skirt tu.

Kemudian aku mengikut Arin ke arah lif. Kali ini lif pengguna, bukan lif bos. Tingkat lima puluh empat ditekan.

“Bahagian tingkat 50 hingga 54 ni, semuanya adalah suite. Jadi penat kita lebih sikitlah berbanding dengan staf housekeeper lain. Arin jaga tingkat lima puluh empat, West Wing. Semuanya royal suite. Biasanya royal suite ni perlukan dua hingga tiga orang staf. Hari ni kita berdua je la. Sebab Mazni cuti.” Arin bersuara.

Aku cuma mendengarnya. Cuba memerhati kerja-kerja yang Arin lakukan.

   ---------

Usai menyelesaikan tugas Arin, kami kini naik ke tingkat lima puluh lima. Kali ini mahu pergi mengemas penthouse Dheo Han yang terletak di West Wing. Aku masih cuba mengingat jalan. Sebab aku tahu akan tiba masanya aku kena kerja sendirian nanti.

“Arin pun personal housekeeper Encik Han ke?” soalku.

“Eh, mana ada! Arin cuma housekeeper biasa. Cuma Nurissa yang jadi personal housekeeper Encik Han.”

“Habis, sebelum ni siapa yang jadi personal housekeeper Encik Han?” soalku.

“Encik Han sebelum ni tak pernah ada personal housekeeper. Biasanya sesiapa je dia akan pilih untuk kemas rumah dia. Arin pun baru sekali pernah kemas rumah dia,” cerita Arin.

Aku sedikit terkejut mendengarnya.

“Habis.. kenapa Rissa kena jadi personal housekeeper dia?”

“Itu Arin tak tahu. Kitorang pun agak pelik bila Puan Rasyidah cakap Encik Han ambil personal housekeeper. Mungkin Encik Han nak memudahkan dia. Bila dia perlukan housekeeping, dia hanya perlu cari Rissa.”

Tapi.. itu tak menjawab persoalan, kenapa aku yang betuah terpilih?

Arin tiba-tiba berhenti. Kakiku juga turut berhenti. Sekeliling dipandang. Kawasan agak jauh dari tempat lain. Penuh privasi. Baru perasan kami sedang berdiri di depan satu pintu kayu besar. Tertera gah tulisan emas D.T.H di pintu besar itu. Dan aku tahu kami kini dah tiba di depan penthouse Dheo Han.

Ketika kami tiba, ada Lucca yang tengah bersandar pada dinding di sebelah pintu itu. Seakan-akan sedang menunggu seseorang. Bila dia nampak kami, Lucca terus tegakkan tubuhnya.

“Nurissa. Arin.” Dia angguk sekali. Sebagai sapaan untuk kami. Muka tak beremosi.

Aku hampir ternganga melihatnya. Lucca macam bertukar identiti. Seratus lapan puluh darjah berbeza dengan Lucca pagi tadi yang senyum lebar, ketawa macho dan berwajah ceria. Sekali tengok dah macam kena tempias Dheo Han.

Aku nampak Lucca menekan-nekan passwords rumah Dheo Han sebelum kunci eletronik dimasukkan. Kedengaran isyarat menandakan pintu rumah sudah dibuka. Baru aku tahu kenapa Lucca berada di sini. Sememangnya Lucca orang kepercayaan Dheo.

Lucca tolak daun pintu lebar-lebar. Bagi ruang untuk aku dan Arin untuk masuk dahulu. Aku bagi Arin masuk dulu sebelum aku mengikut di belakangnya. Bila aku dah berada di dalam rumah itu, kawasan rumah itu dipandang.

Elegen dan ringkas. Itu komen pertamaku saat melihat susun atur perabot rumah Dheo. Rumah yang cukup ringkas tapi sangat kemas. Susunan rumahnya menunjukkan tiada sentuhan perempuan. Maksudnya, bila orang masuk rumah ni, orang akan automatik tahu penghuninya adalah lelaki bujang.

“Rissa, jom!” Cuitan dari Arin itu sedarkan aku daripada terus mengusyar rumah cantik Dheo itu.

Aku mengikut langkah kaki Arin.

“Ini bilik tidur Encik Han. Dan sebelah sana bilik kerja Encik Han. Biasanya, kalau Encik Han arahkan untuk kemas dua bilik ni, baru kita kemaskan. Kalau dia tak arahkan, maksudnya kita kena kemas kawasan selain dua tempat tu,” jelas Arin sambil menunjukkan ke arah dua bilik.

“Biasanya Encik Han akan suruh kemas kalau dia tak balik rumah dia yang lagi satu. Maksudnya bila dia tidur sini, barulah kita kena kemaskan untuk dia. Lagi satu, Encik Han akan pesan jangan usik barang dia. Dia cukup pantang kalau orang usik barang dia,” sambung Arin lagi. Aku angguk faham.

Kami memulakan tugas. Mengemas yang mana perlu. Rumah ini takdelah bersepah sangat. Jadi kalau aku sorang yang buat kerja nanti, aku rasa takdelah penat sangat. Lagipun kemas rumah, bukannya selalu. Paling banyak pun, tiap-tiap pagi. Arin pun cakap perlu kemas bila dia tidur di sini. Maksudnya bukan selalu Dheo akan tidur di sini, kan? Alhamdulillah.. senang kerja aku!

Aku dan Arin berpisah haluan. Arin pergi untuk mengemas bahagian ruang tamu rumah, dan aku pula berlalu ke dalam bilik tidur Dheo. Macam di ruang tamu rumah, bilik Dheo juga kemas susun aturnya. Katil besar di tengah-tengah ruang. Bercadar warna biru gelap.

Katil kemas tersusun. Bantal terletak cantik. Selimut pun cun terletak. Lantai pun nampak takde sampah sesat. Dah kemas sangat. Nak kemas apa lagi? Aku mati kutu. Mungkin sapu-sapu atau lap-lap sikit la kut.

Lantas aku berlalu ke arah meja di sebelah katil itu. Nasib baik ada bulu ayam di tangan. Boleh la juga aku sapu habuk. Habuk yang hidup segan, mati tak mahu. Habuk yang wujudnya cuma dalam inaginasi seorang Nurissa. Sebab aku tengok macam tak berhabuk pun kawasan itu. Sapu je la. Nampaklah ada kerja sikit.

Penuh hati-hati aku menyapu meja kecil itu. Takut ada barang jatuh. Karang tak pasal-pasal hutang masuk buku tiga lima lagi. Aku dah taknak punya hutang dengan Dheo Han. Elok-elok jadi personal housekeeper, tak pasal-pasal dia ikat aku jadi hamba abdi seumur hidup. Tak berlaki la aku nanti.

Tangan berhenti menyapu. Mata terpaku pada sesuatu. Hour glass kecil itu menarik perhatianku. Comelnya! Tangan mengambilnya. Venice. Itu yang tertulis di atas permukaannya. Mungkin hour glass ini ole-ole dari Venice.

Aku terbalikkan kedudukan hour glass itu. Kelihatan seakan-akan serbuk emas mula turun ke bawah. Tak sampai beberapa saat, semua terkumpul di bawah. Lalu aku terbalikkan sekali lagi. Suka melihat particle halus itu jatuh ke bawah. Gara-gara berwarna emas, nampak berkilauan. Nampak macam emas betul.

“Itu emas original.” Nasib baik hour glass itu dah cun mendarat di atas meja itu. Kalau tak, sah hutang masuk buku tiga lima.

Aku berpaling ke belakang. Nampak Lucca sedang bersandar di muka pintu bilik. Arin aku tak tahu kat mana sekarang ni. Kemudian aku nampak Lucca melangkah mendekatiku. Berdiri di sebelahku.

Err.. awak jangan cakap kat Encik Han saya dah usik barang dia, please!” Itu yang terlintas dalam kepala. Tiap kali ada perkataan ‘jangan’, yang tu la yang aku akan langgar, kan? Walaupun tanpa sengaja. Arin dah pesan supaya jangan sentuh barang Encik Han. Tapi ada aku dengar?

Mata Lucca fokus pada hour glass yang aku dah letak balik di atas meja itu. Seakan-akan sedang menilik kalau ada apa-apa yang rosak.

“Awak cuma lap sebab ada debu, kan? Easy.” Mudah jawapan Lucca.

“Adakah itu maksudnya awak takkan cakap kat Encik Han?” soalku lagi. Dada berdebar entah kenapa. Aku taknak kena marah dengan Dheo.

“Cakap apa? Awak buat kerja awak. Bersihkan barang-barang dia.” Lucca jongket sebelah bahu. Kemudian senyum manis.

Aku tarik nafas lega. Aku tahu macam semalam, dia takkan bagitahu Dheo Han. Itu dah cukup buatkan aku sengih. Kadang-kadang aku rasa aku dan dia ni macam partner in crime. Haha.

Thank you. Janji lepas ni saya tak usik dah barang-barang Encik Han.”

Dia tenung aku. Muka macam tak percaya.

“Betul. Tak tipu.” Aku angkat sebelah tangan. Aku janji la kononnya.

Bibir Lucca terangkat sikit.

Anything you please, signora. Anything.” Suara tak percaya dan malas layan aku.

Signora lagi. Melihat Lucca, dia kini berubah seperti Lucca yang aku kenal semalam dan pagi tadi. Hanya bila kami berdua dia macam ni. Tapi kenapa bila depan Arin dia pun macam lepas masuk peti sejuk macam Dheo Han?

Aku dah keliru dengan orang-orang sekelilingku sekarang ni.

19 comments:

  1. alamak.... x thu nk respon mcm mane sbab excited giler...

    ReplyDelete
  2. Funny nurissa.. ntah ape lagi dia nak usik nnti..

    ReplyDelete
  3. best...! keepitup!!!
    sy rse kn... hubungn nurissa n dheo sblum nurissa hilang igtan x direstui oleh ayah nurissa n sbb tu ayah nurissa x knalkan dheo pd nurissa... n sbb tu dheo said that nurissa's father has a dept with dheo...(because he has take something precious of mine for a long time...) hehe... just my instinct....

    ReplyDelete
  4. bila nak publish ni... tak sabarnya, nak simpan duit lagi

    ReplyDelete
  5. best nye😍😍😍
    x sabar nak tunggu entry2 yg seterusnya

    ReplyDelete
  6. Anjell.. kamu bikin aku jadi penunggu lagi... penunggu next entry.. penunggu naskah tebal di tangan... arghhh. biarkan aku jd penunggumu...

    ReplyDelete
  7. Gile😲😲😲😲😲😲😲😲😲😲😲😲 huahua dh gile dan mereput tunggu dheo saya....lagi kak anjel lagi..!!!!!!

    ReplyDelete
  8. OH MY GOSH... tak sabar tunggu novel.. cepat lah keluarkan.. jangan siksa batin saya mcm ni...

    ReplyDelete
  9. Gile😲😲😲😲😲😲😲😲😲😲😲😲 huahua dh gile dan mereput tunggu dheo saya....lagi kak anjel lagi..!!!!!!

    ReplyDelete
  10. Rasa mcm dejavu lak. Dulu tertunggu2 'alpha male'. Skrg 'Dheo' lak. Semoga novel 'Dheo' akan muncul kat pesta buku 2018. Aminnn...

    ReplyDelete
  11. Cuma nak ckp xsbr tggu next update 😍

    ReplyDelete
  12. Feel like a crazy person sebab senyum2 sendiri baca this post. I love Nurissa character. Can't wait for more. 😁

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )