Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday 18 February 2018

Dheo's (BAB 9)


BAB 9

Macam yang diarahkan Dheo, usai menyiapkan kerjaku, aku terus ke bilik persalinan. Ingin menukar uniform sebelum pulang ke rumah. Dheo kata nanti Lucca akan hantar aku balik. Tapi persoalannya, macam mana Lucca nak cari aku? Atau macam mana aku nak cari Lucca? Baru perasan kami belum pernah bertukar-tukar nombor telefon.

Takpelah.. kalau tak jumpa Lucca, pandai-pandailah aku cari jalan balik, ya?

Beberapa meter kaki menghampiri pintu masuk bilik persalinan, tiba-tiba tanganku dipegang seseorang. Arin.

“Laa.. sini rupanya Rissa. Puan Rasyidah panggil.”

“Panggil? Kenapa?” soalku ingin tahu. Kaki berjalan menyaingi langkahnya. Haluanku kini berubah ke bilik Puan Rasyidah.

“Macam biasalah. Staf tak cukup nak attend majlis di Grand Ball Room. Mana-mana staf yang available biasanya akan pergi tolong.”

Tapi Dheo dah pesan kepadaku supaya terus balik. Supaya jangan berada di hotel selepas aku habis siapkan kerjaku di rumahnya. Nak lebih sadis lagi, dia taknak tengok pun muka aku di majlis tu.

Kami tiba di dalam bilik Puan Rasyidah. Ada lebih kurang lapan staf lain yang turut berada di situ. Puan Rasyidah memulakan bicara. Macam apa yang dikatakan Arin tadi, staf yang dah habis tugas diminta untuk mengerahkan keringat untuk menolong apa-apa yang patut untuk majlis besar yang bakal berlangsung nanti.

Sedang Puan Rasyidah rancak bercerita, tiba-tiba pintu diketuk sebelum dibuka. Muncul Nancy melangkah ke arah kami semua. Dia cuma berdiri beberapa meter di belakang kami sebelum memberi isyarat kepada Puan Rasyidah untuk menyambung kata.

“Hanan dan Auni, nanti tolong bahagian protokol majlis.”

Hanan dan Auni angguk.

“Rissa, Arin dan Ahmad, nanti tolong di bahagian service and cleaning.”

Arin dan Ahmad turut angguk.

“Puan, tadi masa saya kemas rumah Encik Han, dia suruh saya balik lepas saya habis kemas rumah dia,” kataku serba-salah. Taknak orang ingat aku curi tulang. Staf lain berpenat-lelah jayakan majlis besar itu, aku pula goyang kaki di rumah.

Tapi bukan aku yang minta. Dheo yang arahkan aku. Mengingatkan kata-katanya pagi tadi, masih terasa kesannya.

“Betul ke you ni? Entah-entah you sengaja nak ponteng.” Suara Nancy menuduh.

Aku telan liur. Kata-katanya menyebabkan semua kepala di situ terarah kepadaku. Bermacam-macam reaksi yang ditunjuk. Nak tahu? Tak percaya? Tak kurang juga yang menunggu aku menjawab balik.

“Betul, Cik Nancy. Encik Han yang cakap kat saya pagi tadi. Saya takde niat nak ponteng.” Dalam takut-takut, aku beranikan diri untuk bersuara. Aku tak menipu!

“Mr. Han tak cakap apa-apa pun kat I. So I consider dia tak maksudkan kata-katanya. Lagipun, apa specialnya you sampai you dikecualikan? Ni tak adil kalau staf lain penat tapi you tak penat. Especially bila you masih baru.” Nancy sekolahkan aku.

Aku tahan rasa. Mulut nak membidas, tapi aku tahan dan bersabar. Lagipun, aku tak punya jawapan untuk soalannya itu. Apa istimewanya aku sampai aku nak dikecualikan?

“Kalau macam tu, takpelah. Saya tolong nanti,” jawabku mudah.

Mungkin Nancy betul. Entah-entah Dheo tak maksudkan kata-katanya. Kalau tak, mesti dia dah pesan awal-awal pada Nancy, kan?

   ------------

Aku baru tahu hari ini merupakan hari pelancaran kerjasama Dheo dengan salah satu rantaian hotel giga di Itali. Hari besar untuk Dheo. Beberapa tetamu dari Itali turut hadir ke majlis itu. Aku dengar, ahli keluarga Dheo pun turut ada.

Aku dan Arin berada di bahagian belakang. Menolong pihak dapur menguruskan makanan kerana sebentar lagi makanan bakal dihidangkan di meja.

Berada di dalam majlis besar ini, entah kenapa hati rasa sesuatu. Apabila mendengar suara Dheo memberikan ucapannya, hati rasa bangga dengannya. Dari jauh dapat kulihat riak wajahnya yang berkeyakinan dan berkarisma ketika dia memberi ucapannya. Dan bila dia dah habis, tepukan yang sangat gemuruh diberikan kepadanya.

“Rissa suka dia ke?”

Aku terkejut mendengar kata-kata Arin itu. Aku pandang Arin. Dia tengah senyum.

“Eh, mana ada!” nafiku. Muka dah rasa merah. Kenapa aku nak rasa macam ni? Baru seminggu kut. Takkanlah aku dah suka dia?

Tapi.. bila tengok Dheo, aku rasa bagaikan ada satu tarikan. Entah kenapa. Aku rasa tertarik untuk melihatnya, tertarik untuk tahu siapakah dia. Normal ke aku rasa macam ni? Aku rasa ini kali pertama aku rasa tertarik dengan lelaki.

“Tak payahlah nak nafi. Arin tahu la.” Arin senyum mengusik. Sempat dia tolak bahuku perlahan. Saja nak kenakan aku.

“Takpe.. takpe.. Arin faham. Tak pelik pun. Rasanya semua staf di sini pun mana ada yang tak terpaut tengok dia. Apatah lagi Rissa pula hari-hari menghadap dia,” tambah Arin lagi.

“Tak kiralah dah kahwin ke, bujang ke, mesti ada crush dengan Encik Han. Maklumlah.. diakan kacak, kaya, berjaya. Pakej. Semua perempuan dok termimpi-mimpi berdiri di sebelah dia. Cik Nancy pun sama. Tapi.. nak buat cemana? Encik Han tak pernah layan mana-mana perempuan.”

“Dia dengan Cik Nancy takde apa-apa ke?” korekku. Berdebar. Manalah tahu mereka ada sejarah.

Aku pun tak tahu kenapa aku takut untuk mendengar jawapan Arin.

“Mana ada. Cik Nancy tu syok sendiri rasanya. Encik Han ni walaupun dia ada semua, yang buatkan semua lagi kagum dengan dia adalah dia bukan playboy. Rekod dia bersih daripada perempuan.”

Wow.. biar betul! Entah kenapa hati teruja mendengarnya. Kagum juga.

“Rissa jangan nak kagum sangat.” Arin pandang kiri kanan. Nak pastikan line clear. Dia dekatkan bibirnya ke telingaku.

“Orang cakap dia gay.”

Ternganga aku mendengarnya. Mulut terbuka, tapi satu patah perkataan pun tak keluar. Punyalah mati kata-kata aku dibuatnya.

Arin angguk-angguk. Betul meyakinkan aku yang Dheo adalah seorang yang..

Gay!

Gay?! Senak perut aku nak hadam kenyataan itu. Sayang gila lelaki sempurna macam tu tapi nafsu berhaluan kiri.

“Mana Arin tahu?” siasatku. Aku tak suka menuduh tanpa usul periksa. Fitnah nanti. Penat aku nak cari dia nak minta maaf andainya aku dah fitnah dia. Baik kita yakinkan dengan fakta.

“Semua dah heboh. Cik Nancy pernah tawarkan diri tapi Encik Han tolak. Cik Nancy cantik, seksi. Kalau ikan dah datang tawar diri kat kucing, kucing kalau bukan spesis kunyit takkan tolak. Tapi ngap! Lelaki mana nak tolak? Encik Han pun bukan Islam. Tapi dia tetap tak tergoda dengan Cik Nancy,” cerita Arin lagi.

Aku tak tahu nak cakap apa. Kehidupan peribadi Dheo pun semua dapat tahu ya? Dengan siapa dia tidur, dengan siapa dia tolak. Semua staf boleh tahu?

“Sebab apa lagi kalau dah macam tu? Bila tak tunjuk minat kat perempuan. Perempuan serah diri pun dia tolak. Padahal dia boleh je gunakan Cik Nancy tu one night stand, no strings attached dia. Kalau bukan Cik Nancy, model-model yang nak dekat dengan dia. Mana ada dia layan.” Kata-kata Arin tu ada betulnya juga.

“Lepas tu lagi, boleh dikatakan dua puluh empat jam dia berkepit dengan Lucca. Tak rasa pelik ke? Lucca tu dahlah handsome, tegap. Lucca pun dua kali lima. Tak pernah nampak dengan mana-mana perempuan juga. Tengok perempuan macam takde nafsu.”

“Sebab tu orang syak sebenarnya Encik Han dan Lucca tu tengah bercinta,” bisik Arin lagi.

Aku telan liur mendengarnya. Perit. Lucca pun sama? Haish.. biar betul ni? Aku taknak percaya, tapi apa yang Arin katakan itu masuk akal juga. Teringat balik masa kali pertama aku jumpa Dheo. Dia pun ada cakap yang dia tak minat dengan perempuan.

Tapi.. memikirkan Dheo dan Lucca? Meremang bulu roma wei! Dahlah dua-dua sado, maskulin. Dua-dua ada rupa, jejaka idaman perempuan. Tak sanggup aku bayangkan. Tak boleh nak terima!

Kenapa? Kenapa?!!

    ---------------

Kisah peribadi Dheo Han kita tolak ke tepi dulu, sekarang ni adalah untuk bekerja. Pengurus majlis memberi isyarat yang makanan dah boleh dibawa masuk. Pelayan-pelayan yang dari tadi menunggu dah pun berlalu untuk menjalankan tugas mereka.

Nasib baiklah aku dan Arin hanya bekerja di belakang tabir. Hanya sediakan makanan untuk dihidangkan oleh para pelayan. Lega. Sehinggalah pengurus majlis mengarahkan aku dan Arin untuk turut membantu di luar. Kata mereka, kaki tangan tak cukup.

Arin cuma angguk. Aku? Tak tahu nak angguk atau nak geleng. Sebab aku tak pernah layan orang dalam majlis. Arin takpelah, dah berpengalaman. Sudahnya, aku hanya melihat apa yang Arin lakukan.

Arin angkat satu dulang yang berisi beberapa gelas tinggi. Aku hanya mengikut. Nampak Arin mula meletakkan gelas demi gelas di meja para tetamu. Aku ikut lagi. Senyuman tak lekang di bibir. Lama kelamaan, rasa kekokku dah makin hilang. Kaki pun dah tak berapa menggigil.

Sehinggalah aku rasa diriku bagaikan diperhatikan. Aku tegakkan tubuh. Berpaling ke belakang.

Dheo Han! Tajam menikam pandangannya. Dia seolah-olah menahan marah. Pandangannya sangat berbahaya.

Aku telan liur. Tahu yang aku dah langgar perintahnya. Dan aku harus bersedia untuk terima akibatnya.

Tapi aku abaikannya. Masih menjalankan tugasku. Tangan rasa menggigil. Entah kenapa aku rasa mata Dheo memerhatikan tiap  tindak-tandukku dengan mata helangnya. Aku berlagak selamba walaupun dada dah macam tengah berpancaragam.

Nasib baiklah tugasku dah hampir selesai. Sebaik sahaja habis meja terakhir, aku terus masuk ke belakang. Menolong di bahagian belakang. Sekurang-kurangnya Dheo dah tak nampak aku di dalam majlis tu.

Principessa.”

Aku terkejut. Ingatkan Dheo. Nasib baik cuma Lucca. Wajahnya nampak ketat. Tapi senyuman tetap dihulurkan. Tapi itu pun nampak kaku.

“Lucca.”

Dheo ask me to escort you out.”
Kali ni aku angguk laju-laju. Aku dah taknak langgar perintah Dheo. Tengok jelingan dia tadi pun dah nak bercerai tulang lutut, kalau dia betul-betul hukum aku, apa akan jadi agaknya? Entah kenapa aku rasa dia sangat bahaya.

Dark and dangerous. Intimidating and ruthless.

Yet interesting and alluring.

Arghh… tiga suku kau Nurissa! Pasti ada virus atau kuman yang dah berjangkit di otakku sampai pemikiranku pun dah tak berapa betul.

Tanpa memikirkan pemikiran luar alamku itu, aku mengikut langkah Lucca. Kami sama-sama menuju ke bilik persalinan. Lucca tunggu di luar. Aku tak ambil banyak masa untuk menyalin pakaian. Cuma beberapa minit sebelum aku keluar cari Lucca.

Kami mula berjalan ke arah pintu keluar. Masing-masing diam. Lucca bagaikan sedang jauh berfikir. Dan aku pula kehabisan modal untuk bercerita. Sebab bila aku nampak muka Lucca, benda pertama yang laju nak keluar dari mulutku adalah ‘Are you gay?’

“Awak tunggu di sini, saya pergi ambil kereta kejap,” katanya. Aku cuma angguk.

Kemudian susuk Lucca mula menghilang. Aku hanya memerhatikan sekeliling. Perhatikan orang keluar masuk hotel. Sesekali membalas senyuman bila ada orang senyum kepadaku.

Tangan tiba-tiba meraba pergelangan kiri. Baru perasan kosong. Jam tangan yang selalu dipakai tiada. Patutlah rasa ringan semacam.

Mungkin jam tertinggal di dalam loker. Aku berfikir sekejap. Nak tunggu Lucca sampai dulu atau aku pergi ambil dulu? Kalau aku pecut pergi ambil, mesti kejap je.

Jadi aku membuat keputusan untuk pergi mengambil jam tangan tu dulu. Lantas aku berlari balik ke bilik persalinan. Lokerku dibuka. Meraba-raba tangan mula mencari. Tapi hampa. Beberapa kali aku mencari, tapi tetap tiada.

Aku mula cemas. Jam itu dihadiahkan oleh arwah ayah. Aku sangat sayangkan jam tu. Takkan terjatuh kat mana-mana kut? Fikir, Nurissa! Fikir!

Kemudian aku teringat balik ketika aku sedang mengemas rumah Dheo Han pagi tadi. Rasa nak tepuk dahi sendiri! Baru ingat. Aku ada tanggalkan sebelum aku mula mencuci pinggan mangkuk di sinki. Aku letak besebelahan dengan rak muk.

Tanpa berfikir panjang, aku terus mengatur langkah ke lif khas Dheo. Kata Lucca, aku boleh guna lif itu bila aku perlu. Itu jawapannya ketika aku bertanya kenapa dia memberitahu aku tentang passwords lif itu. Dan katanya, Dheo sendiri hanya setuju.

Cepat sahaja aku tiba di destinasiku. Langkah laju diayun ke penthouse Dheo. Aku haraplah dia tiada. Sebab senang sikit kerja aku. Sebab aku dah punya passwords dan kunci eletronik rumahnya yang diberikan oleh Lucca. Aku  tak pernah gunakannya melainkan untuk mengemas rumahnya. Itu pun baru sekali.

Tapi kali ni aku terpaksa. Niatku cuma ingin mengambil jam. Bukan niat nak menceroboh.

Langkah yang laju tadi tiba-tiba diperlahankan. Sebab aku nampak dua susuk manusia yang sedang bercakap di kaki lima itu. Salah seorangnya adalah Dheo. Majlis dah habis ke?

Sepantas kilat aku bersembunyi di balik dinding. Firasat. Aku tahu aku tak patut buat semua ni, tapi apa boleh buat? Aku ingin tahu. Rasa membuak-buak nak tahu apa yang mereka berdua cakapkan.

Aku pasang telinga. Tapi tiada apa yang kedengaran. Mereka macam berbisik. Kemudian aku dengar Dheo marah. Dalam bahasa Itali. Melihatkan wajah berang Dheo, aku tahu dia betul-betul marah.

Aku nampak bibir lelaki di depan Dheo bergerak. Buatkan muka Dheo makin bengis. Leher lelaki itu dicekup dengan sebelah tangan. Aku terus tutup mulut. Elakkan mulut daripada keluarkan bunyi.

Kaki menggigil melihat Dheo seperti itu. Tapi, kenapa kakiku masih enggan bergerak. Masih mahu berada di situ dan menyaksikannya?

 “You promise me and you better keep your promise. If you do anything stupid, you are going to speak with my gun stuck on your head. You don’t mess with a D’Ambrosio.” Keras suara Dheo. Genggamannya di leher lelaki itu dieratkan. Sampai ternganga mulut lelaki itu. Kalau dekat, mesti aku dapat lihat muka dia yang dah bertukar biru.

Aku nampak lelaki itu memegang tangan Dheo. Minta belas ihsan Dheo supaya lepaskannya. Tapi Dheo makin mengeratkan genggamannya.

Tiba-tiba aku rasa paru-paru tak cukup oksigen. Gerun! Aku tak sukakan keganasan. Entah kenapa aku rasa bagaikan déjà vu. Bagaikan aku pernah lalui semua ini. Suara kuat. Pergaduhan berlaku. Tembak-menembak. Ada pertumpahan darah.

Tanganku menggigil. Tak sanggup aku berada di sini. Lantas kakiku mula mengundur beberapa langkah. Sehinggalah aku terlanggar pasu bunga besar yang menjadi hiasan. Gara-gara kesunyian melampau, bunyi yang terhasil agak kuat juga.

Sekelip mata, tangan Dheo terungkai dari leher lelaki itu. Kedengaran lelaki itu terbatuk-batuk. Aku sempat nampak kepala Dheo terarah ke arahku.

Tanpa membuang masa, aku terus buka langkah. Selamatkan diri sendiri. Entah kenapa aku rasa aku baru melompat masuk ke sarang naga. Aku dah tahu sesuatu yang orang lain tak tahu. Aku dah nampak siapa Dheo Han di balik imej businessmannya itu.

Aku lari sekuat hati ke arah lif. Sebaik sahaja tiba di selekoh, terasa tanganku ditarik kuat. Terasa tubuhku ditolak ke dinding sebelum ada satu susuk berdiri betul-betul di depanku. Sebelah tangannya memegang leherku dan sebelah lagi menolak bahuku rapat ke dinding.

Just you think where you are going to, dolce cuore?” 

25 comments:

  1. O maaaa allah!!!!!!!
    Kak anjel who is dheo actually?????
    😣😣😣😣😣😣😣😣😣😣😣😣😣😣😣😣😣😣😣😣😣😣

    ReplyDelete
  2. Allahu... Awat cpt benor abes yer.. ��

    ReplyDelete
  3. Pls pls pls publish cepat novel ni.. tersiksa rasanyaa tunggu next bab.. Siapa Dheo yg sebenarnya?? apa yg jadi pafa nurissa sebelum ni?? arrggghhhh i'm begging u anjell update bab seterusnyaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku dheo ni kuar waktu pbakl tahun ni ke??

      Delete
    2. novel ni belum keluar lagi sis.. hopefully cepat lah keluar sbb tak sabar nak tahu cerita seterusnyaa..

      Delete
  4. Dheo ni gangster ke?? aduhhh.... so mysterious .... but i love it😘.... tpi masih xleh hadam hakikat yg dheo ni bukan islam...😣

    ReplyDelete
  5. Alahai sis cepat benor abis nya

    ReplyDelete
  6. Rasa2 hanya salah faham ni...Dheo hanya nak pertahanankan hak dia je kot

    ReplyDelete
  7. Bila novel ni nk publish? Xsabar nk tau apa yg jadi next..

    ReplyDelete
  8. rasa tak sabar utk memilikki nvl ini...cerita penuh ngan kejutan..siapa sebenarnya Dheo ini...dan siapakah lelaki itu...

    ReplyDelete
  9. Kenapa saspen sangat? Grrrr 😫😫😫

    ReplyDelete
  10. OMG......!!!yeeaayyyyyy...thank you sis...

    ReplyDelete
  11. tak sabar nak baca novel ni 😍😍

    ReplyDelete
  12. Dheo ni such a high level puzzle. 🤔 Susah lah nak solve.

    ReplyDelete
  13. Wah makin suspense cite ni Anjell..

    ReplyDelete
  14. X sabar nak tunggu next entry.

    ReplyDelete
  15. Pls kak anjell update lagi...tak sabar nak baca bab seterusnya....

    ReplyDelete
  16. Tak sabar nak tunggu bab seterusnya...

    ReplyDelete
  17. Hmmmm.. Another alpha male yg buat semua x sabo nak dptkn versi cetak ni Anjell... Suka..suka..

    ReplyDelete
  18. bila nk kluar novel nii??? tk sbar dhhh

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )