BAB
2
Pagi-pagi
lagi Tengku Ian dah lesap. Bosan sebab tak tahu nak buat apa, Tengku Ian keluar
rumah. Cadangnya nak jogging sambil
jalan-jalan hirup udara pagi yang segar. Belum pukul tujuh pagi lagi Tengku Ian
dah keluar. Malas nak menganggu tuan rumah yang mungkin masih tidur, Tengku Ian
cuma menampal satu sticky note di
depan pintu bilik tidurnya, mengatakan dia keluar jogging. Takut pulak semua ingat dia lari rumah.
Malaysia.
Bagaikan tak percaya hari ni dia dah dapat sedut oksigen bumi Malaysia. Oksigen
tetap oksigen, tapi bila hati dah kat Malaysia, kelainan pasti ada. Sama la
macam nasi goreng. Nasi goreng tetap nasi goreng. Tapi kat kedai tak boleh nak
lawan dengan masakan bonda dia. Amboi, belum apa-apa dah fikir nasi? Simptom
awal lapar la tu. Haha.
Ini
la kut yang orang cakap, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri
sendiri. Baik hujan batu di negeri sendiri. Ecewah… nasib baiklah ingat lagi
peribahasa melayu tu.
Rindu
Malaysia. Serius! Walaupun boleh dikira dengan jari berapa hayatnya kat
Malaysia ni. Biarpun jauh, tapi budaya melayu tak pernah dia lupakan. Bonda dan
ayahnya sangat titikberatkan budaya melayu di sana.
Penat
berjogging, Tengku Ian berjalan pula.
Pagi-pagi jogging memang dah jadi kebiasaannya.
Dari dulu lagi. Nak jaga kesihatan la katakan. Kemudian peluh yang membanjiri
dahi dilap dengan tuala putih di tangannya.
Jam
di tangan dikerling sekilas. Dah pukul sembilan pagi. Macam tak percaya lebih
dua jam dia jogging hari ni. Takdelah
dua jam sangat sebenarnya. Jogging-jogging,
penat. Lepas tu jalan-jalan tengok sekeliling yang memang tak pernah dia kenal
sebelum ni. Explore tempat baru
memang seronok.
Sedar
tak sedar, dah jauh Tengku Ian berjalan. Dia berhenti melangkah sebelum pandang
sekeliling. Baru perasan sesuatu. Taman perumahan. Yang pasti bukan kawasan
rumah Farizzam. Entah kawasan perumahan mana dia dah redah. Dan yang paling
kelakarnya adalah, dia tak ingat jalan balik rumah. Haha.
Sesat!
Sah dah sesat entah kat mana ni. Tengku Ian garu kepala sendiri. Tu la.. kaki
tak ingat dunia melangkah. Sekarang ni, nak balik macam mana?
Malas
nak fikir panjang, iPhone 6 yang terletak dalam armband di lengan kanannya ditarik. Nasib baiklah
tangan sempat sambar tadi. Biasanya dia memang jarang bawak telefon masa jogging. Tapi hari ni, terdetik pulak
hati nak bawak. Mungkin sebab benda ni nak jadi kut.
Jari
bermain-main di skrin besar telefon itu. Semestinya nama Farizzam yang
dicarinya. Telefon dilekapkan di telinga. Tak lama selepas itu, dengar suara
garau Farizzam menyambut panggilannya.
“Aku
sesat.” Kemudian Tengku Ian gelak. Rasa kelakar yang amat bila dah besar gajah
macam ni pun boleh sesat. Kalau dia budak lima tahun ni, mungkin dah
meleleh-leleh hingus keluar sebab menangis.
“Dah
tahu tempat baru, bukannya reti nak mintak aku temankan. Baru balik, dah
jalankan misi Ian in Wonderland dia
tu.” Sempat Farizzam membebel.
Makin
Tengku Ian kuat gelak. Lama tak dengar Farizzam membebel sayang kat dia. Rindu.
“Taknak
kacau kau. Aku bukannya kecik nak kena orang temankan.”
Menjawab
pulak tu! Farizzam geleng-geleng kepala.
“Kau
kat mana sekarang ni?”
Sekali
lagi Tengku Ian garu-garu kepala. Entah.
“No idea. Kiri, rumah, kanan, rumah.
Taman perumahan la kut. Nampak rumah semuanya boleh tahan besarnya. Macam
kawasan elit je.” Tengku Ian mula meneliti sekeliling.
“Hmm.. nanti aku cari nama taman ni. Aku call balik lepas ni.”
Tengku
Ian melangkah lagi. Cuba mencari apa-apa petunjuk yang menunjukkan nama tempat
dia berdiri sekarang ni. Nak tanya orang pun, tak nampak sesiapa. Rasanya
matahari dah naik beberapa darjah dah. Tapi masih tak nampak sesiapa. Orang
Malaysia memang suka berkurung dalam rumah agaknya.
Pap!
Terkejut
Tengku Ian bila nampak macam satu beg warna merah jatuh beberapa meter dari kakinya
berdiri. Kepala dongak ke atas. Takde sesiapa. Apa tu? Jatuh dari langit ke?
Tiba-tiba je.
Belum
pun Tengku Ian hilang dari rasa terkejut, tak sampai seminit, tiba-tiba ada
manusia muncul di balik tembok batu yang
menjadi pagar di tepinya. Dah ala-ala pelakon stunt, dia mendarat lepas terjun dari pagar itu. Perempuan!
Bertudung pulak tu.
Terkebil-kebil
mata Tengku Ian tengok perempuan depan dia sekarang ni dengan selamba je capai
beg merah itu dan silangkan ke tubuhnya. Jatuh dari planet mana budak ni?
Peliknya!
Kalau
tarzan terjun dari pokok, tarzania depan dia ni pulak terjun dari pagar. Tengku
Ian pandang pagar di tepinya itu. Boleh tahan tingginya, tapi perempuan itu
dengan selambanya bangun dan berjalan macam tak ada apa-apa berlaku.
Kenapa
lompat pagar? Lari rumah ke budak ni? Tapi dia nampak perempuan tu rileks je
mukanya. Macam dah selalu buat.
Bila
perempuan itu jalan untuk melintasinya, sempat Tengku Ian pandang muka
perempuan itu. Boleh tahan cantik. Tapi, muka perempuan tu nampak macam beku.
Selamba tapi tak senyum. Mereka bertentang mata.
“Apa
tengok-tengok?” marah perempuan itu selamba sebelum berjalan pergi.
Eh,
tak pasal-pasal aku yang tak bersalah ni kena marah. Tengku Ian cuma pandang
langkah perempuan itu. Kepala digeleng-geleng beberapa kali. Kalau mata tak
salah nilai, dia agak perempuan tu masih belajar. Sekolah lagi ke?
Orang
Malaysia ni memang pelik-pelik!
-----------
“Ibu.”
Tengku Ian menegur bila nampak Ayana yang sedang menyiram pokok bunga di
halaman rumah. Ketika itu, dia dan Farizzam baru lepas keluar dari kereta. Special betul sampai-sampai balik jogging pun nak kena berjemput dengan
kereta. Sesat punya pasal. Haha.
Ayana
cuma senyum bila nampak dua jejaka tinggi lampai itu melangkah ke arahnya.
“Risau
betul ibu bila Izzam cakap kamu sesat tadi. Kamu tu baru balik. Tak tahu sangat
pasal tempat ni. Lain kali mintak Izzam temankan.”
Tengku
Ian cuma tersengih-sengih bila kena tegur macam tu. Dalam kereta tadi,
berbakul-bakul dia kena bebel dengan Farizzam. Sampai rumah, Ayana pula. Memang
mak borek, anak rintik betullah. Tapi dia tahu, mereka membebel sebab mereka
sayangkannya.
“Bukannya
apa. Ian taknak susahkan Izzam. Ingat nak jogging
dekat-dekat je. Tapi tak sangka pulak sampai sesat.” Tengku Ian membela diri.
Sengih lagi.
Kalau
ikutkan jalan yang dibawa Farizzam dengan kereta tadi, memang jauh juga.
Farizzam sendiri kagum macam mana dia boleh jogging
sejauh itu. Kagum dengan fitness
tubuh badannya. Masuk marathon, confirm menang.
Dia
sendiri tak sangka sebenarnya. Sebab tak terasa bila kaki seronok melangkah.
Entah kampung orang mana dia menjelajah tadi. Dia memang suka explore tempat-tempat baru.
“Lain
kali jangan buat macam tu lagi. Kalau ayah dengan bonda kamu tahu ni, mesti dorang
risau.”
“Ya..
ya.. tak buat dah. Apalah ibu ni. Ian bukannya budak lima tahun la.” Tengku Ian
masih menjawab.
“Ada
je jawapan kamu, Ian. Dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah. Dah.. masuk,
mandi. Lepas tu kita sarapan sama-sama. Ibu ada buatkan nasi lemak.”
“Nasi
lemak? Yes.. sedapnya!” Tengku Ian
dah gembira. Dah lama tak makan air tangan Ayana.
Beria-ia
jogging tadi, balik tibai nasi lemak?
Haha.. Pedulilah! Sekarang dia lapar. Kira
neutral la sebab dia jogging
lebih dua jam kut! Kalori masuk sama dengan kalori yang dah terbakar tadi.
----------
Lepas
mandi, terus meja makan dicarinya. Makan dengan Ayana dan Farizzam. Sungguh dia
sangat rindu. Masa mereka semua di LA dulu, mereka selalu makan bersama. Campur
dengan bonda dan ayahnya. Rasa sangat lengkap keluarganya. Rindunya. Bilalah
mereka semua akan berkumpul sama-sama lagi?
“Ibu,
pedas tak?” soal Tengku Ian. Bauan nasi lemak sambal kerang depan mata boleh
bikin air liur macam air terjun Niagara. Menggoda iman sungguh.
“Tak.
Ibu dah faham dah kamu tu, Ian. Sebab tu ibu tak buat pedas-pedas.”
Tersengih-sengih
Tengku Ian bila Ayana berkata sebegitu. Dia memang alah dengan pedas. Tak suka
pedas. Entahlah. Agaknya sebab tekak dah terbiasa dengan masakan tanpa pedas
kut.
Farizzam
membaca doa makan dulu sebelum mereka bertiga mula makan.
“Macam
mana semalam? Dapat tidur tak?” soal Farizzam. Dah dua hari. Hari pertama
Tengku Ian, dia mengadu tak dapat tidur langsung.
“Still jet lag. Dapat tidur, tapi kejap-kejap jaga. Kejap-kejap tersedar.”
Tengku Ian pandang jam. Dah lebih pukul sepuluh pagi. Kalau ikutkan waktu Los
Angeles, sekarang baru pukul tujuh malam, tarikh semalam.
“Beberapa
hari lagi, boleh adapt la tu.
Biasalah, mula-mula ni.” Ayana pula bersuara. Jet lag perkara biasa kalau bertukar bumi ni.
Nak
menunggu nak adapt tu la parah. Jadi
spesis vampire dia nanti untuk entah
beberapa hari. Tengah malam, mata meliar. Tengah hari, cari katil. Macam malam
tadi. Jam dah tiga pagi, tapi mata masih segar. Bosan tak tahu nak buat apa,
dia siap bergayut dengan bonda dia lagi. Kat sana baru tengah hari. Lama dia
berbual dengan bondanya. Siap kena bebel lagi sebab balik Malaysia tak
bagitahu.
Tunggulah
petang nanti, mesti dia rasa mengantuk yang amat. Sekarang ni pun badan terasa
penat. Padahal dia baru lepas jogging
tadi.
“Ibu,
malam ni Ian nak kidnap Izzam.
Temankan pergi dinner. Boleh ya,
ibu?” Tengku Ian meminta izin Ayana. Macam mintak izin nak keluar anak dara
orang pun ada. Haha.
“Pergilah.
Jangan balik lambat sangat sudah.”
-------------
Ketika
Medina pulang ke rumah agamnya, dia nampak banyak meja bulat yang dihias cantik
di tepi kolam renang. Beberapa orang tengah sibuk dalam kerja hias-menghias
itu. Ada apa lagi ni? Medina mengeluh bosan.
Kepala
cuba mengingat sesuatu. Rasanya hari ni bukan hari jadi si Mom-ster dia kut ya pun hiasan semewah dan secantik ini. Hari jadi
Puteri, si nenek sihir aka kakak tiri
jadian dia pun bukan. Hari jadi dia memang tak la. Seumur hidup, mana pernah
dia sambut hari jadi dia. Tak suka dan menyampah!
Takkan
nak sambut papa dia yang baru balik kut? Tak mungkin la. Tengok gaya hiasan
mewah dan cantik ni, nampak macam besar beno
majlis ni. Macam orang penting nak datang je? Siapa? Perdana menteri? Sultan negeri?
Medina
merapati meja yang tengah digubah oleh seorang perempuan. Salah seorang pekerja
papanya.
“Ni
ada apa ni?” Medina menegur.
Donna
terkejut bila kena tegur macam tu. Nasib baik tak melayang pasu bunga di
tangan.
“Hish,
Medina ni! Terkejut akak, tahu!” Donna urut dada. Nyaris-nyaris kena sakit
jantung gara-gara si puteri Datuk Azizan ni.
Medina
cuma tersengih-sengih bila kena tegur macam tu.
“Ada
apa ni, Kak Donna? Sampai hias-hias bagai ni. Macam majlis kahwin je. Papa nak
kahwin lagi sorang ke?” selamba Medina bertanya.
“Haish..” Donna bagi amaran. Cepat je
kepala pandang kiri kanan. Kalaulah kepala tu fleksibel, agaknya 360 darjah
pusingan sebab nak tengok line clear
ke tak. Medina tahu kenapa.
“Mulut
tu.. tak reti nak jaga. Nasib baik datin takde, tahu?” Dah agak dah. Mesti cari
ibu tirinya itu.
Medina
tayang muka tak tahu. Kalau ada pun, dia peduli apa. Bukannya dia takut. Paling
tak, kena marah. Kena sumpah. Telinga dah imun dah. Tapi, ada Kak Donna ni,
mesti takkan jadi apa-apa. Tunggulah dia berdua dengan ibu tiri dia, memang
kena macam-macam la dia.
“Nak
mak tiri lagi ke?”
“Why not? Kalau lagi muda, lagi cantik.
Siapa taknak?” Kemudian Medina ketawa. Dengar dek orang tua tu, sumpah mati dia
malam ni.
“Ada-ada
je la budak ni. Dee tak tahu ke malam ni ada dinner kat sini?” soal Donna. Pelik bila tuan rumah tak tahu.
Medina
geleng kepala. Macam mana nak tahu kalau dia tak pernah balik rumah ni. Baru
semalam dia balik. Tu pun sebab papa dia dah balik. Biasanya dia lebih suka
lepak rumah Zuyyin kat sebelah. Dan, memang geng kacip Fatimah Orang Kampung la
kan dia dengan mak tiri dan kakak tiri dia sampai-sampai nak bercerita pasal
majlis ni?
“Dinner
kat tepi kolam? Kenapa tak dalam kolam terus? Takde tempat lain ke?” Medina
buat muka. Mentang-mentang kawasan tepi kolam rumahnya memang luas.
“Datin
yang nakkan konsep tepi kolam ni. Nak ala-ala western party katanya. Dengar-dengar tetamu penting malam ni. Baru
balik dari L.A katanya.”
Huh!
Dah agak dah. Mesti mak tirinya punya akal la ni. Malas la nak komen apa-apa.
Tetamu dari LA ke, Pluto ke, galaksi lain ke, tapi KENAPA RUMAH DIA? Tak suka
betul ada majlis-majlis macam ni!
“Oo..
bikini party la ni? Alamak.. Dee takde
bikini. Turun pakai bra dengan underware
je boleh tak nanti?” sinis Medina.
“Gila
budak ni!” Tinggi suara Donna.
Medina
cuma ketawa.
--------------
“Hoi..
buat apa?” sergah Medina. Masa tu Zuyyin berada di dapur rumahnya. Zuyyin yang
tengah mengelap pinggan putih dengan tuala itu terkejut.
Medina
ketawa lepas tu. Macam seronok sangat lepas jayakan misi sergah Zuyyin tu.
Lepas ni mesti kena marah. Medina tayang sengih.
“Kau
nak bagi aku mati kering ke apa?” marah Zuyyin. Kemudian pandang Medina yang
tengah tersengih-sengih sebelahnya.
Kadang-kadang
dia rasa Medina ni complicated. Bila
dia gembira, senyum je sampai malam. Tapi, bila datang musim beku dia tu, muka
mengalahkan takat beku iceberg kat
kutub utara. Mood swing overdose. Ada
penyakit Huntington ke apa budak ni? Setahu dia orang penyakit tu memang mood swing. Haish.. naauzubillah!
“Balik
dari mana? Dan yang penting, macam mana kau keluar?” siasat Zuyyin.
Kereta
Medina ada. Rasanya ibu tiri Medina tak bagi Medina keluar tadi.
“Dah
Momster tu tak bagi aku keluar ikut
pagar, aku lalulah atas pagar. Macam biasa. Aku bukannya nak merayap-rayap
macam anak dia tu. Aku cuma nak jumpa kawan. Ada discussion penting.”
Zuyyin
geleng-geleng kepala. Panjat pagar lagi la ni? Dia rasa, dia kena cadangkan kat
Datuk Azizan supaya letak kawat berduri atas pagar rumah ni. Tak pun letak current eletrik. Biar insaf sikit budak
ni. Pagar dah la boleh tahan tinggi. Nasib baiklah Medina takde lagi kes cedera
sebab jatuh pagar.
“Kau
tengah lap pinggan ke? Aku nak tolong boleh?” Tak tunggu jawapan Zuyyin, Medina
terlebih dahulu letak beg silangnya atas kerusi meja makan. Kemudian satu kain
bersih dicapai sebelum dia mencapai satu pinggan besar yang bersusun tinggi
depan Zuyyin.
Zuyyin
hanya membiarkannya. Kalau mak dia tengok ni, mesti dia marah. Tapi Zuyyin
cukup kenal perangai Medina ni. Mana reti nak faham bahasa manusia lain kalau
kepala dah set apa yang diinginkannya.
Seorang
lagi orang gaji rumah Medina pun tak mampu nak cakap apa bila tengok Medina dah
pegang kain itu.
“Taknak
tahu ke siapa yang datang malam ni?” soal Zuyyin.
“Siapa?
Cucu cicit ciak Putera Gunung Tahan ke? Beria-ia semua nak sambut. Macam majlis
nak kahwin pun ada,” cebik Medina. Dia sangat benci benda-benda macam ni.
Berlebih-lebihan! Terlalu menyanjungi manusia.
“Aku
tak tahu la dia siapa. Tapi dengar-dengar tetamu penting datuk. Nama dia kalau
aku tak salah dengar, Ku Zam. Baru balik dari LA. Ada business besar kat sana. Mesti handsome,
kan?” Zuyyin dah teruja. Tak sabar nak tengok sendiri Ku Zam itu.
Medina
yang dengar cuma tayang muka bosan. Menyampah pulak dah tengok muka kawannya
kat sebelah ni tengah tayang muka kagum kat entah siapa-siapa tu.
“It’s not about how handsome he is. It’s
about how opulent he is. The way people treat, it depends on how thick the
bucks are.”
“Hai..
semacam je ayat kau?”
“Reality. Money. The best personality killer.
Tak payah nak cakap banyak kalau bukti dah depan mata.” Makan dalam sungguh
ayat Medina. Zuyyin pun faham maksud Medina.
Kemudian
teringat sesuatu.
“Aku
belum solat asar lagilah. Aku solat dululah.” Medina letak kain di tepi.
Kemudian capai begnya sebelum berlalu ke biliknya.
akan tgu n3 seterusnya..
ReplyDelete-siti aminah-
Wuuuu..makin menarik
ReplyDeleteooooww laju keudara :v <3 ;)
ReplyDeleteBest
ReplyDeleteYeeaayy!!! New n3..like it
ReplyDeleteWahhh tak sabar nak tunggu dinner mlm karang.
ReplyDeleteMedina yg beku....huhuuu suke... ^.^
ReplyDelete👍👍
ReplyDeleteMedina and lan...
ReplyDeleteHeh... sengal la Tengku Ian ni...
ReplyDeleteaha lol sesat ek .. aha best la
ReplyDeletebest laa.... sian Ian sesat hahah.....x boleh blah nye panjat tembok.. kikikiki....
ReplyDeleteSape heroin die?? Zuyyin ke medina?
ReplyDeleteLike this story....next entry please..
ReplyDeleteNext en3 pls3
ReplyDeleteSangat best....hehhehee
ReplyDeletealaaaaa. cepat la sikit hero jumpa heroin.. tak sabar pulak. heeee. ape pun, memang best. waiting for the next entry !
ReplyDeletewah anjell ada citer baru...
ReplyDeletewah brutal sungguh awek ni...siap panjat pagar tu..
hehehe...
thumbs up sis. nice story
Salam. Dah lama nak tanye anjell, biasanye kalau anjell tulis cerita, anjell dah bayangkan keseluruhan cerita, atau just tulis je ape yg terlintas kat kepala and then ideas will come out sendiri?
ReplyDeleteHehe sori panjang. Love all your stories. Semoga dipermudahkan urusan :D
Tak sabar nk tnggu next n3 !~ Keep it up . :3
ReplyDeletebest..
ReplyDeleteSemakin menarik
ReplyDeleteMakin menarik..makin best ni
ReplyDeletehaha... dah agak mest dee yg pnjat tembok td.
ReplyDeletedee aka fazura..nice story..
ReplyDelete