Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday 12 October 2014

Hero Seorang Cinderella (BAB 2)

BAB 2

Pagi-pagi lagi Tengku Ian dah lesap. Bosan sebab tak tahu nak buat apa, Tengku Ian keluar rumah. Cadangnya nak jogging sambil jalan-jalan hirup udara pagi yang segar. Belum pukul tujuh pagi lagi Tengku Ian dah keluar. Malas nak menganggu tuan rumah yang mungkin masih tidur, Tengku Ian cuma menampal satu sticky note di depan pintu bilik tidurnya, mengatakan dia keluar jogging. Takut pulak semua ingat dia lari rumah.

Malaysia. Bagaikan tak percaya hari ni dia dah dapat sedut oksigen bumi Malaysia. Oksigen tetap oksigen, tapi bila hati dah kat Malaysia, kelainan pasti ada. Sama la macam nasi goreng. Nasi goreng tetap nasi goreng. Tapi kat kedai tak boleh nak lawan dengan masakan bonda dia. Amboi, belum apa-apa dah fikir nasi? Simptom awal lapar la tu. Haha.

Ini la kut yang orang cakap, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Baik hujan batu di negeri sendiri. Ecewah… nasib baiklah ingat lagi peribahasa melayu tu.

Rindu Malaysia. Serius! Walaupun boleh dikira dengan jari berapa hayatnya kat Malaysia ni. Biarpun jauh, tapi budaya melayu tak pernah dia lupakan. Bonda dan ayahnya sangat titikberatkan budaya melayu di sana.

Penat berjogging, Tengku Ian berjalan pula. Pagi-pagi jogging memang dah jadi kebiasaannya. Dari dulu lagi. Nak jaga kesihatan la katakan. Kemudian peluh yang membanjiri dahi dilap dengan tuala putih di tangannya.

Jam di tangan dikerling sekilas. Dah pukul sembilan pagi. Macam tak percaya lebih dua jam dia jogging hari ni. Takdelah dua jam sangat sebenarnya. Jogging-jogging, penat. Lepas tu jalan-jalan tengok sekeliling yang memang tak pernah dia kenal sebelum ni. Explore tempat baru memang seronok.

Sedar tak sedar, dah jauh Tengku Ian berjalan. Dia berhenti melangkah sebelum pandang sekeliling. Baru perasan sesuatu. Taman perumahan. Yang pasti bukan kawasan rumah Farizzam. Entah kawasan perumahan mana dia dah redah. Dan yang paling kelakarnya adalah, dia tak ingat jalan balik rumah. Haha.

Sesat! Sah dah sesat entah kat mana ni. Tengku Ian garu kepala sendiri. Tu la.. kaki tak ingat dunia melangkah. Sekarang ni, nak balik macam mana?  

Malas nak fikir panjang, iPhone 6 yang terletak dalam armband di lengan kanannya ditarik. Nasib baiklah tangan sempat sambar tadi. Biasanya dia memang jarang bawak telefon masa jogging. Tapi hari ni, terdetik pulak hati nak bawak. Mungkin sebab benda ni nak jadi kut.

Jari bermain-main di skrin besar telefon itu. Semestinya nama Farizzam yang dicarinya. Telefon dilekapkan di telinga. Tak lama selepas itu, dengar suara garau Farizzam menyambut panggilannya.

“Aku sesat.” Kemudian Tengku Ian gelak. Rasa kelakar yang amat bila dah besar gajah macam ni pun boleh sesat. Kalau dia budak lima tahun ni, mungkin dah meleleh-leleh hingus keluar sebab menangis.

“Dah tahu tempat baru, bukannya reti nak mintak aku temankan. Baru balik, dah jalankan misi Ian in Wonderland dia tu.” Sempat Farizzam membebel.

Makin Tengku Ian kuat gelak. Lama tak dengar Farizzam membebel sayang kat dia. Rindu.

“Taknak kacau kau. Aku bukannya kecik nak kena orang temankan.”

Menjawab pulak tu! Farizzam geleng-geleng kepala.

“Kau kat mana sekarang ni?”

Sekali lagi Tengku Ian garu-garu kepala. Entah.

No idea. Kiri, rumah, kanan, rumah. Taman perumahan la kut. Nampak rumah semuanya boleh tahan besarnya. Macam kawasan elit je.” Tengku Ian mula meneliti sekeliling.

Hmm.. nanti aku cari nama taman ni. Aku call balik lepas ni.”

Tengku Ian melangkah lagi. Cuba mencari apa-apa petunjuk yang menunjukkan nama tempat dia berdiri sekarang ni. Nak tanya orang pun, tak nampak sesiapa. Rasanya matahari dah naik beberapa darjah dah. Tapi masih tak nampak sesiapa. Orang Malaysia memang suka berkurung dalam rumah agaknya.

Pap!

Terkejut Tengku Ian bila nampak macam satu beg warna merah jatuh beberapa meter dari kakinya berdiri. Kepala dongak ke atas. Takde sesiapa. Apa tu? Jatuh dari langit ke? Tiba-tiba je.

Belum pun Tengku Ian hilang dari rasa terkejut, tak sampai seminit, tiba-tiba ada manusia muncul di balik tembok  batu yang menjadi pagar di tepinya. Dah ala-ala pelakon stunt, dia mendarat lepas terjun dari pagar itu. Perempuan! Bertudung pulak tu.

Terkebil-kebil mata Tengku Ian tengok perempuan depan dia sekarang ni dengan selamba je capai beg merah itu dan silangkan ke tubuhnya. Jatuh dari planet mana budak ni? Peliknya!

Kalau tarzan terjun dari pokok, tarzania depan dia ni pulak terjun dari pagar. Tengku Ian pandang pagar di tepinya itu. Boleh tahan tingginya, tapi perempuan itu dengan selambanya bangun dan berjalan macam tak ada apa-apa berlaku.

Kenapa lompat pagar? Lari rumah ke budak ni? Tapi dia nampak perempuan tu rileks je mukanya. Macam dah selalu buat.

Bila perempuan itu jalan untuk melintasinya, sempat Tengku Ian pandang muka perempuan itu. Boleh tahan cantik. Tapi, muka perempuan tu nampak macam beku. Selamba tapi tak senyum. Mereka bertentang mata.

“Apa tengok-tengok?” marah perempuan itu selamba sebelum berjalan pergi.

Eh, tak pasal-pasal aku yang tak bersalah ni kena marah. Tengku Ian cuma pandang langkah perempuan itu. Kepala digeleng-geleng beberapa kali. Kalau mata tak salah nilai, dia agak perempuan tu masih belajar. Sekolah lagi ke?

Orang Malaysia ni memang pelik-pelik!

   -----------

“Ibu.” Tengku Ian menegur bila nampak Ayana yang sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah. Ketika itu, dia dan Farizzam baru lepas keluar dari kereta. Special betul sampai-sampai balik jogging pun nak kena berjemput dengan kereta. Sesat punya pasal. Haha.

Ayana cuma senyum bila nampak dua jejaka tinggi lampai itu melangkah ke arahnya.

“Risau betul ibu bila Izzam cakap kamu sesat tadi. Kamu tu baru balik. Tak tahu sangat pasal tempat ni. Lain kali mintak Izzam temankan.”

Tengku Ian cuma tersengih-sengih bila kena tegur macam tu. Dalam kereta tadi, berbakul-bakul dia kena bebel dengan Farizzam. Sampai rumah, Ayana pula. Memang mak borek, anak rintik betullah. Tapi dia tahu, mereka membebel sebab mereka sayangkannya.

“Bukannya apa. Ian taknak susahkan Izzam. Ingat nak jogging dekat-dekat je. Tapi tak sangka pulak sampai sesat.” Tengku Ian membela diri. Sengih lagi.

Kalau ikutkan jalan yang dibawa Farizzam dengan kereta tadi, memang jauh juga. Farizzam sendiri kagum macam mana dia boleh jogging sejauh itu. Kagum dengan fitness tubuh badannya. Masuk marathon, confirm menang. 

Dia sendiri tak sangka sebenarnya. Sebab tak terasa bila kaki seronok melangkah. Entah kampung orang mana dia menjelajah tadi. Dia memang suka explore tempat-tempat baru.

“Lain kali jangan buat macam tu lagi. Kalau ayah dengan bonda kamu tahu ni, mesti dorang risau.”

“Ya.. ya.. tak buat dah. Apalah ibu ni. Ian bukannya budak lima tahun la.” Tengku Ian masih menjawab.

“Ada je jawapan kamu, Ian. Dari dulu sampai sekarang tak berubah-ubah. Dah.. masuk, mandi. Lepas tu kita sarapan sama-sama. Ibu ada buatkan nasi lemak.”

“Nasi lemak? Yes.. sedapnya!” Tengku Ian dah gembira. Dah lama tak makan air tangan Ayana.

Beria-ia jogging tadi, balik tibai nasi lemak? Haha.. Pedulilah! Sekarang dia lapar. Kira  neutral la sebab dia jogging lebih dua jam kut! Kalori masuk sama dengan kalori yang dah terbakar tadi.

   ----------

Lepas mandi, terus meja makan dicarinya. Makan dengan Ayana dan Farizzam. Sungguh dia sangat rindu. Masa mereka semua di LA dulu, mereka selalu makan bersama. Campur dengan bonda dan ayahnya. Rasa sangat lengkap keluarganya. Rindunya. Bilalah mereka semua akan berkumpul sama-sama lagi?

“Ibu, pedas tak?” soal Tengku Ian. Bauan nasi lemak sambal kerang depan mata boleh bikin air liur macam air terjun Niagara. Menggoda iman sungguh.

“Tak. Ibu dah faham dah kamu tu, Ian. Sebab tu ibu tak buat pedas-pedas.”

Tersengih-sengih Tengku Ian bila Ayana berkata sebegitu. Dia memang alah dengan pedas. Tak suka pedas. Entahlah. Agaknya sebab tekak dah terbiasa dengan masakan tanpa pedas kut.

Farizzam membaca doa makan dulu sebelum mereka bertiga mula makan.

“Macam mana semalam? Dapat tidur tak?” soal Farizzam. Dah dua hari. Hari pertama Tengku Ian, dia mengadu tak dapat tidur langsung.

Still jet lag. Dapat tidur, tapi kejap-kejap jaga. Kejap-kejap tersedar.” Tengku Ian pandang jam. Dah lebih pukul sepuluh pagi. Kalau ikutkan waktu Los Angeles, sekarang baru pukul tujuh malam, tarikh semalam.

“Beberapa hari lagi, boleh adapt la tu. Biasalah, mula-mula ni.” Ayana pula bersuara. Jet lag perkara biasa kalau bertukar bumi ni.

Nak menunggu nak adapt tu la parah. Jadi spesis vampire dia nanti untuk entah beberapa hari. Tengah malam, mata meliar. Tengah hari, cari katil. Macam malam tadi. Jam dah tiga pagi, tapi mata masih segar. Bosan tak tahu nak buat apa, dia siap bergayut dengan bonda dia lagi. Kat sana baru tengah hari. Lama dia berbual dengan bondanya. Siap kena bebel lagi sebab balik Malaysia tak bagitahu.

Tunggulah petang nanti, mesti dia rasa mengantuk yang amat. Sekarang ni pun badan terasa penat. Padahal dia baru lepas jogging tadi.

“Ibu, malam ni Ian nak kidnap Izzam. Temankan pergi dinner. Boleh ya, ibu?” Tengku Ian meminta izin Ayana. Macam mintak izin nak keluar anak dara orang pun ada. Haha.

“Pergilah. Jangan balik lambat sangat sudah.”

    -------------

Ketika Medina pulang ke rumah agamnya, dia nampak banyak meja bulat yang dihias cantik di tepi kolam renang. Beberapa orang tengah sibuk dalam kerja hias-menghias itu. Ada apa lagi ni? Medina mengeluh bosan.

Kepala cuba mengingat sesuatu. Rasanya hari ni bukan hari jadi si Mom-ster dia kut ya pun hiasan semewah dan secantik ini. Hari jadi Puteri, si nenek sihir aka kakak tiri jadian dia pun bukan. Hari jadi dia memang tak la. Seumur hidup, mana pernah dia sambut hari jadi dia. Tak suka dan menyampah!

Takkan nak sambut papa dia yang baru balik kut? Tak mungkin la. Tengok gaya hiasan mewah dan cantik ni, nampak macam besar beno majlis ni. Macam orang penting nak datang je? Siapa? Perdana menteri? Sultan negeri?

Medina merapati meja yang tengah digubah oleh seorang perempuan. Salah seorang pekerja papanya.

“Ni ada apa ni?” Medina menegur.

Donna terkejut bila kena tegur macam tu. Nasib baik tak melayang pasu bunga di tangan.

“Hish, Medina ni! Terkejut akak, tahu!” Donna urut dada. Nyaris-nyaris kena sakit jantung gara-gara si puteri Datuk Azizan ni.

Medina cuma tersengih-sengih bila kena tegur macam tu.

“Ada apa ni, Kak Donna? Sampai hias-hias bagai ni. Macam majlis kahwin je. Papa nak kahwin lagi sorang ke?” selamba Medina bertanya.

Haish..” Donna bagi amaran. Cepat je kepala pandang kiri kanan. Kalaulah kepala tu fleksibel, agaknya 360 darjah pusingan sebab nak tengok line clear ke tak. Medina tahu kenapa.

“Mulut tu.. tak reti nak jaga. Nasib baik datin takde, tahu?” Dah agak dah. Mesti cari ibu tirinya itu.

Medina tayang muka tak tahu. Kalau ada pun, dia peduli apa. Bukannya dia takut. Paling tak, kena marah. Kena sumpah. Telinga dah imun dah. Tapi, ada Kak Donna ni, mesti takkan jadi apa-apa. Tunggulah dia berdua dengan ibu tiri dia, memang kena macam-macam la dia.

“Nak mak tiri lagi ke?”

Why not? Kalau lagi muda, lagi cantik. Siapa taknak?” Kemudian Medina ketawa. Dengar dek orang tua tu, sumpah mati dia malam ni.

“Ada-ada je la budak ni. Dee tak tahu ke malam ni ada dinner kat sini?” soal Donna. Pelik bila tuan rumah tak tahu.

Medina geleng kepala. Macam mana nak tahu kalau dia tak pernah balik rumah ni. Baru semalam dia balik. Tu pun sebab papa dia dah balik. Biasanya dia lebih suka lepak rumah Zuyyin kat sebelah. Dan, memang geng kacip Fatimah Orang Kampung la kan dia dengan mak tiri dan kakak tiri dia sampai-sampai nak bercerita pasal majlis ni?

 “Dinner kat tepi kolam? Kenapa tak dalam kolam terus? Takde tempat lain ke?” Medina buat muka. Mentang-mentang kawasan tepi kolam rumahnya memang luas.

“Datin yang nakkan konsep tepi kolam ni. Nak ala-ala western party katanya. Dengar-dengar tetamu penting malam ni. Baru balik dari L.A katanya.”

Huh! Dah agak dah. Mesti mak tirinya punya akal la ni. Malas la nak komen apa-apa. Tetamu dari LA ke, Pluto ke, galaksi lain ke, tapi KENAPA RUMAH DIA? Tak suka betul ada majlis-majlis macam ni!

“Oo.. bikini party la ni? Alamak.. Dee takde bikini. Turun pakai bra dengan underware je boleh tak nanti?” sinis Medina.

“Gila budak ni!” Tinggi suara Donna.

Medina cuma ketawa.

    --------------

“Hoi.. buat apa?” sergah Medina. Masa tu Zuyyin berada di dapur rumahnya. Zuyyin yang tengah mengelap pinggan putih dengan tuala itu terkejut.

Medina ketawa lepas tu. Macam seronok sangat lepas jayakan misi sergah Zuyyin tu. Lepas ni mesti kena marah. Medina tayang sengih.

“Kau nak bagi aku mati kering ke apa?” marah Zuyyin. Kemudian pandang Medina yang tengah tersengih-sengih sebelahnya.

Kadang-kadang dia rasa Medina ni complicated. Bila dia gembira, senyum je sampai malam. Tapi, bila datang musim beku dia tu, muka mengalahkan takat beku iceberg kat kutub utara. Mood swing overdose. Ada penyakit Huntington ke apa budak ni? Setahu dia orang penyakit tu memang mood swing. Haish.. naauzubillah!

“Balik dari mana? Dan yang penting, macam mana kau keluar?” siasat Zuyyin.

Kereta Medina ada. Rasanya ibu tiri Medina tak bagi Medina keluar tadi.

“Dah Momster tu tak bagi aku keluar ikut pagar, aku lalulah atas pagar. Macam biasa. Aku bukannya nak merayap-rayap macam anak dia tu. Aku cuma nak jumpa kawan. Ada discussion penting.”

Zuyyin geleng-geleng kepala. Panjat pagar lagi la ni? Dia rasa, dia kena cadangkan kat Datuk Azizan supaya letak kawat berduri atas pagar rumah ni. Tak pun letak current eletrik. Biar insaf sikit budak ni. Pagar dah la boleh tahan tinggi. Nasib baiklah Medina takde lagi kes cedera sebab jatuh pagar.

“Kau tengah lap pinggan ke? Aku nak tolong boleh?” Tak tunggu jawapan Zuyyin, Medina terlebih dahulu letak beg silangnya atas kerusi meja makan. Kemudian satu kain bersih dicapai sebelum dia mencapai satu pinggan besar yang bersusun tinggi depan Zuyyin.

Zuyyin hanya membiarkannya. Kalau mak dia tengok ni, mesti dia marah. Tapi Zuyyin cukup kenal perangai Medina ni. Mana reti nak faham bahasa manusia lain kalau kepala dah set apa yang diinginkannya.

Seorang lagi orang gaji rumah Medina pun tak mampu nak cakap apa bila tengok Medina dah pegang kain itu.

“Taknak tahu ke siapa yang datang malam ni?” soal Zuyyin.

“Siapa? Cucu cicit ciak Putera Gunung Tahan ke? Beria-ia semua nak sambut. Macam majlis nak kahwin pun ada,” cebik Medina. Dia sangat benci benda-benda macam ni. Berlebih-lebihan! Terlalu menyanjungi manusia.

“Aku tak tahu la dia siapa. Tapi dengar-dengar tetamu penting datuk. Nama dia kalau aku tak salah dengar, Ku Zam. Baru balik dari LA. Ada business besar kat sana. Mesti handsome, kan?” Zuyyin dah teruja. Tak sabar nak tengok sendiri Ku Zam itu.

Medina yang dengar cuma tayang muka bosan. Menyampah pulak dah tengok muka kawannya kat sebelah ni tengah tayang muka kagum kat entah siapa-siapa tu.

It’s not about how handsome he is. It’s about how opulent he is. The way people treat, it depends on how thick the bucks are.”

“Hai.. semacam je ayat kau?”

Reality. Money. The best personality killer. Tak payah nak cakap banyak kalau bukti dah depan mata.” Makan dalam sungguh ayat Medina. Zuyyin pun faham maksud Medina.

Kemudian teringat sesuatu.

“Aku belum solat asar lagilah. Aku solat dululah.” Medina letak kain di tepi. Kemudian capai begnya sebelum berlalu ke biliknya.

25 comments:

  1. akan tgu n3 seterusnya..
    -siti aminah-

    ReplyDelete
  2. ooooww laju keudara :v <3 ;)

    ReplyDelete
  3. Wahhh tak sabar nak tunggu dinner mlm karang.

    ReplyDelete
  4. Medina yg beku....huhuuu suke... ^.^

    ReplyDelete
  5. Heh... sengal la Tengku Ian ni...

    ReplyDelete
  6. aha lol sesat ek .. aha best la

    ReplyDelete
  7. best laa.... sian Ian sesat hahah.....x boleh blah nye panjat tembok.. kikikiki....

    ReplyDelete
  8. Sape heroin die?? Zuyyin ke medina?

    ReplyDelete
  9. Like this story....next entry please..

    ReplyDelete
  10. alaaaaa. cepat la sikit hero jumpa heroin.. tak sabar pulak. heeee. ape pun, memang best. waiting for the next entry !

    ReplyDelete
  11. wah anjell ada citer baru...
    wah brutal sungguh awek ni...siap panjat pagar tu..
    hehehe...
    thumbs up sis. nice story

    ReplyDelete
  12. Salam. Dah lama nak tanye anjell, biasanye kalau anjell tulis cerita, anjell dah bayangkan keseluruhan cerita, atau just tulis je ape yg terlintas kat kepala and then ideas will come out sendiri?
    Hehe sori panjang. Love all your stories. Semoga dipermudahkan urusan :D

    ReplyDelete
  13. Tak sabar nk tnggu next n3 !~ Keep it up . :3

    ReplyDelete
  14. Makin menarik..makin best ni

    ReplyDelete
  15. haha... dah agak mest dee yg pnjat tembok td.

    ReplyDelete
  16. dee aka fazura..nice story..

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )