Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday 21 December 2014

Hero Seorang Cinderella (BAB 8)

BAB 8

Bunyi kerusi ditarik di depannya buatkan Medina panggung kepala. Nampak seorang lelaki berkaca mata hitam duduk didepannya. Tak sampai tiga saat, nampak bibir merah lelaki itu tersenyum manis kepadanya. Siapa gerangan lelaki itu, tak dapat diagak Medina.

Lelaki itu menanggalkan cermin mata hitamnya sebelum diletakkan di atas meja.

“Awak,” sebut Medina. Bukan soalan dan bukan juga ayat seru. Hanya pandang wajah kacak Tengku Ian yang tengah senyum lawa ke arahnya.

Medina pandang belakang Tengku Ian. Manalah tahu ada orang lain yang bakal menyertai mereka. Tapi takde pula nampak orang lain yang masuk restoran Nando’s ni datang meluru ke arah meja mereka.

Sorry, I’m late. Sesat.” Tengku Ian minta maaf.

Tanpa Farizzam yang jadi Encik Driver dia, payah juga Tengku Ian. Nak ke sini pun kena pakai khidmat adinda GPS. Padahal datang ke Mid Valley Megamall je pun. Siapa je tak tahu ke sini kalau duduk di Kuala Lumpur ni?

Nak cari Mid Valley ni satu hal. Nak cari restoran Nando’s yang cik adik depan dia ni tentukan pun satu hal juga. Adalah dua kali tawaf sebelum jumpa. And at last, I’m here. Tengku Ian puas hati.

“Sesat?” Medina pandang pelik pada Tengku Ian.

Tak tahu nak percaya ke tak alasan Tengku Ian tu. Huh.. lelaki kalau dah lambat, memang banyak je alasannya. Takkan sesat kut padahal dia yang beria-ia nak jumpa di Mid Valley ni. Medina cuma cadangkan restoran Nando’s bila Tengku Ian bertanya di mana mereka boleh berjumpa.

Well.. I’m not that familiar with this place.” Tengku Ian senyum lagi. Tak tahu Medina percaya kata-kata dia ke tak. Tapi, memang itulah kenyataannya.

Hidup kat Pluto ke apa mamat ni? Mid Valley pun tak biasa. Ke sebab dia pilot, dia jarang keluar? Yalah.. dalam sebulan, agaknya berapa kali sangat la dia duduk kat Malaysia ni. Atau mamat ni bukan kaki jalan? Tapi, melihat gaya Tengku Ian, macam tipu je kalau tak suka berjalan.

“Kenapa awak nak jumpa saya?” Medina terus tanya. Sebab soalan tu la, Medina gigihkan hati jumpa Tengku Ian. Ikutkan hati memang malas. Tak pernah dibuatnya, keluar dengan lelaki yang baru dikenali tak sampai sebulan. Berdua pulak tu!

“Kalau ya pun cik adik, kita makanlah dulu. Saya lapar sangat. Okey?”

Tak tahu dah Medina nak cakap apa.

   ------------------

“Awak ke yang call papa saya semalam?” soal Medina lagi. Selagi tak dapat jawapan, jangan haraplah ayam depan mata tu boleh masuk mulut.

“Papa awak cakap siapa?” Tengku Ian tak terus menjawab tapi siap berteka-teki dengan Medina. Dah lama tak main teka-teki jawapan mudah ni. Haha.

“Ku Zam.”

Then, it was Ku Zam,” jawab Tengku Ian mudah.

“Tapi mana dia hari ni? Kenapa awak yang jumpa saya?”

“Kecewa ke awak jumpa saya, bukan Ku Zam?” uji Tengku Ian.

“Kenapa saya nak kecewa? Saya cuma tanya sebab papa sebut pasal Ku Zam.”

Tengku Ian cuma senyum.

Well, Ku Zam atau saya, we are one. Zam takde. Dia overseas,” jawab Tengku Ian. Rasanya dalam ayatnya tu, takde satu pun kenyataan menipu.

So, yang call semalam?” Medina tanya balik. Macam jadi isu dunia kalau tak tahu siapa.

“Ku Zam. ”

“Yang nak jumpa saya hari ni?”

“Ian.”

Huh! Mendengus sekejap Medina dengar jawapan Tengku Ian. Dia ditipu ke? Ke cuma dia yang rasa tertipu? Ke ada yang sengaja menipu? Haish.. apa ni? Bina ayat guna imbuhan untuk ‘tipu’ ke apa?

“Awak tahu apa yang Ku Zam cakapkan dekat papa saya semalam?”

Tengku Ian jongket bahu.

Business matter, perhaps.” Tengku Ian malas nak mengulas panjang.

Dalam hati dia senyum. Tak payahlah Medina tahu macam mana dia mengubah mood Datuk Azizan dengan hanya bercerita pasal business. Pasal kerjasama mereka yang bakal terikat beberapa bulan lagi. Sempat juga bercerita betapa gembiranya dia kerana dapat berbual dengan Medina semalam. Menyatakan Medina adalah kawan pertama dia di Malaysia ni dan berharap Medina akan terus berkawan dengannya.

Dan Datuk Azizan hanya tergelak mendengar ceritanya. Daripada telinganya semalam, dia dapat rasakan Datuk Azizan begitu senang hati dengannya. Well.. itu adalah kemahiran Tengku Ian. Siapa je yang tak sukakan Tengku Ian?

“Awak ikut tak tips saya semalam?” soal Tengku Ian pula.

Medina cuma diam. Oh.. tips tak berapa cerdik tu ke? Tapi tips tak berapa cerdik tu la yang dia ikut. Angguk walaupun dia pun tak tahu kenapa dia teringatkan kata-kata Tengku Ian semalam? Itu nak mampus namanya. Akhirnya Medina membiarkan persoalan Tengku Ian sepi.

Melihat Medina membisu, Tengku Ian dah dapat agak jawapannya. Kemudian Tengku Ian ketawa.

“Mesti awak ikut apa yang saya cakap semalam kan? That when you thought of me, then I’d come to save you. Then, awak tak kena marah, kan?” Makin seronok Tengku Ian ketawa.

“Haha.. tak kelakar ke?” soal Tengku Ian bila nampak muka tak berperasaan Medina depan matanya.

“Kelakar.. kelakar sangat sampai chicken wings yang dengar ni rasa nak berjoget kuda kepang satu round,” balas Medina geram.

Okey.. itu kelakar! Tengku Ian gelak lagi lepas Medina habis bercakap.

Panas je hati yang tengok gelak ikhlas Tengku Ian yang tak tahu gelakkan apa itu. Entah bahagian mana yang kelakar, Medina pun tak tahu.

So, kenapa awak nak jumpa saya?”

“Temankan saya makan. Saya bosan. Dah beberapa hari saya makan sorang-sorang.”

Serius jawapan tu buat Medina rasa nak lancar pisau masuk kerongkong mamat tu. Seru nak jumpa aku sebab dia bosan? Kau ingat aku dayang, kau Parameswara?

“Saya takde masa kalau setakat nak temankan awak makan. Ingat saya ni apa? Girlfriend awak?” sinis Medina. Masam mukanya.

Tengku Ian senyum segaris. Cik adik kita ni, kalau tak tayang muka ketul ais dia tu, mesti muka jeruk. Alahai.. mesti lawa muka dia kalau dia senyum. Cuba senyum sikit. Mahu rebah abang yang tengah lap meja sebelah ni. Payah betul nak tengok seorang Medina ni senyum manis.

Anyway, berminat ke nak jadi salah seorang?” Tengku Ian sengaja memancing. Berani potong jari la kalau perempuan depan dia ni jawab ya.

Medina gelak sinis. Salah seorang? Nampak bebeno kaki pelayar kaki sepanar mamat ni. Tapi, tengok muka kacak maut Tengku Ian, yang taknak jadi kaki perempuan pun boleh tumbuh satu kaki.

“Saya ni tak cukup umur lagi. Mana layak nak jadi salah seorang kekasih lelaki tua macam awak ni.” Disebutkan jelas tanpa dengung masa sebut perkataan ‘salah seorang’ tadi.

Lelaki tua macam awak ni? Haha. Serius Tengku Ian gelak bebas. Bagi orang lain, mungkin agak menyakitkan hati. Tapi yang anehnya, dia rasa kelakar.

Haish.. mamat ni, gelak lagi! Tak gelak, senyum. Tak senyum, sengih. Terlebih endorphin ke apa dia ni? Sakit je hati tengok muka ceria Tengku Ian. Macam takde masalah langsung.

“Kalau adik? Awak nak jadi adik saya? Saya takde adik perempuan.”

Kali ni Medina pula yang ketawa. Entah kenapa dia rasa sangat lucu.

Tengku Ian pula cuma senyum bila melihat ketawa Medina. Entah kenapa dia rasa gembira melihat Medina ketawa.

Haa.. kan baru cakap tadi. Mesti Medina nampak cantik kalau senyum. Itu senyum. Ni ketawa, lagilah. Betullah apa yang dia cakap tadi. Budak lelaki sebelah yang tengah lap meja pun dah jeling lain macam dah kat Medina.

“Saya tak teringin pun nak ada abang.”

Dalam mimpi pun tak! Cukuplah ada kakak yang tak cukup sifat sekor kat rumah. Jangan nak sesakkan neuron fikirkan pasal abang. Abang? Dalam hidup dia, mana pernah panggil lelaki abang. Geli je!

Tengku Ian turut senyum mendengar jawapan Medina. Dia pun memang tak berniat nak jadikan Medina adik. Daripada jadi adik, baik dia jadikan…

Tengku Ian senyum lagi.

Then kita kawan.”

“Siapa nak kawan dengan awak?”

Tak malu betul lelaki ni. Nak kawan dengan orang tak sudi. Bila fikirkan balik, macam manalah dia boleh terjebak dengan Tengku Ian ni? Huh.. Medina mengeluh lagi.

“Hai, susahlah. Girlfriend taknak, adik taknak, kawan pun taknak. Habis nak jadi apa?”

“Tak payah jadi apa-apa. Tak payah jumpa dah lepas ni. Tak payah kenal dah,” kata Medina.

Memang dia nak putuskan semuanya. Buat-buat tak kenal Tengku Ian. Entah kenapa dia rasa Tengku Ian bakal bagi masalah besar padanya kalau dia makin mengenali lelaki itu.

Tengku Ian tak jawab apa. Cuma senyum sambil geleng-geleng kepala. Never happen, lady. Suka atau tak, kita dah terikat dalam banyak cara. Balik-balik, muka handsome saya ni juga yang akan awak jumpa.

“Senyum kenapa?” Medina dah pandang lain macam. Musykil betul!

Haila.. nak senyum pun dah macam satu jenayah kalau dengan budak ni. Tengku Ian pandang Medina yang masih belum menyentuh makanannya.

“Saya tahu kita jadi apa. Awak Cinderella, dan saya Prince Charming.” Dan kemudian Tengku Ian gelak.

Terus masam muka Medina. Prince Charming hotak hang! Nak tahu tak, yang ada satu babak dalam cerita Cinderella yang penulis atau pengarah cerita tak pernah ceritakan? Nak tahu babak apa? Babak Prince Charming mandi Iced Americano.

Tangan terus capai Iced Americano depan mata. Daripada dengar gelak ikhlas Tengku Ian, baik dia basahkan tekak.

Huh.. makan lagi bagus!

   -----------------

“Medina,” panggil Tengku Ian kuat.

“Medina!” Kali ni lagi kuat. Sampaikan orang yang tak bernama Medina pun turut berpaling. Laju kaki Tengku Ian menyaingi langkah Medina.

Haish… Medina ni, boleh pulak ajak aku marathon tengah-tengah Mid Valley ni? Tengku Ian mengatur nafas bila dia berjaya menyaingi langkah Medina. Semput paru-paru dibuat Medina ni. Mana taknya, pusing je tadi, terus lesap bayang Medina.

“Nak apa lagi? Kan patik dah temankan Tuanku santap tadi. Apa lagi yang Tuanku nak ni?” sinis Medina.

“Jom. Temankan saya shopping.”

Ewah.. selambanya dia. Macam aku dengan dia ni dah kamceng empat belas tahun gayanya!

Why should I?”

Tengku Ian senyum.

Because you have to do me a favor since I’ve saved you.”

“Yang selamatkan saya, bukan awak. Tapi Ku Zam. Bajet Captain Avenger ni, apa kes?” bidas Medina geram. Tak sedar yang dia sedang mengakui yang Tengku Ian selamatkan dia.

Captain Avenger? Gelak lagi Tengku Ian bila dengar lawak Medina.

Well.. since Ku Zam takde, saya wakil dia. Jom, temankan saya shopping. Please?” pinta Tengku Ian lagi sekali. Kali ni pandang Medina dengan muka kesian.

“Awak nak ke mana?”

Arghh… macam tak percaya dia tanya soalan tu pada Tengku Ian. Medina.. mengalah?

Dan Tengku Ian senyum lebar bila mendengar soalan itu.

  -------------

Betul-betul azan maghrib berkumandang, Medina tiba di rumahnya. Masuk je satu kaki ke dalam rumah, dah nampak susuk ibu dan kakak tiri yang tengah duduk di atas sofa mahal rumah mereka. Dan bila nampak dia, kedua-duanya serius memandangnya.

“Hai, baru balik, ma. Macam ni la kalau perempuan baru jumpa jantan. Maghrib baru ingat rumah.” Baru je balik, telinga Medina dah pedih kena sindir.

Huh.. dia tak patut balik lagi. Patutnya dia dan Tengku Ian habiskan masa sampai malam. Tak pun besok baru balik rumah. Dia rela layan Tengku Ian yang selalu naikkan darah dia dengan usikan daripada duduk kat rumah ni melayan dua orang manusia yang tak boleh tengok dia senang. Ada hikmahnya rupanya dia temankan Tengku Ian tadi. Dalam diam, dia berterima kasih dengan Tengku Ian. Sedar tak sedar, Tengku Ian selamatkan dia lagi.

Tapi, bila kena sindir depan-depan ni, bukan Medina la kalau tak menjawab.

“Mesti la. Jantan hot kut! Ikutkan hati, memang Ku Zam nak habiskan masa sampai malam dengan aku. Aku baru cadang nak ajak dia pergi clubbing. Nampak kau seronok keluar clubbing malam-malam. Aku pun nak try jugak. Mana la tahu, kut-kut ada peluang nak menari tiang,” jawab Medina selamba. Keluar dengan Ian, petik nama Ku Zam pun boleh, Medina. Huh.. peduli apa aku! Janji lepas!

Menggelegak darah Puteri yang mendengar. Baru nak sakitkan hati Medina, balik-balik dia yang sakit hati. Lagi menyakitkan hati bila Medina keluar dengan Ku Zam. Lelaki baru pujaan dia.

“Tapi, aku je yang malas. Well.. lain kali masih ada,” sambung Medina.

“Kau ingat ada lain kali ke?” sinis Puteri. Jangan haraplah dia nak kasi can pada Medina lagi. Kali ni, kalau bukan sebab papa, jangan haraplah nak jumpa Ku Zam. Lain kali, dia akan pastikan dia yang berpeluang jumpa Ku Zam.

“Kenapa takde lain kali pulak? Kalau kau nak tahu, Ku Zam baru je pasang niat nak dating kali kedua dengan aku. Aku, faham?” ejek Medina pula. Puas hati bila nampak muka singa Puteri.

“Ma.. tengok dia ma..” Si anak mula mengadu.

Arghh.. penatnya badan. Letih betul jalan dengan orang hot ni.” Sebelum dua singa bergabung, baik dia cabut. Medina mula melangkah ke arah tangga.

“Malam ni, mesti mimpi muka handsome dia. Indahnya dunia ni!” kata Medina lantang ketika naik tangga. Sengaja nak suruh orang tingkat bawah dengar.

Puas hati tak terhingga bila dengar suara Puteri mengadu macam-macam kat mama dia. Tak puas hati dan dengki dengan Medina. Lepas ni, mesti ada je yang diatur oleh dua tukang planner terhebat tu. Sama ada strategi nak pikat Ku Zam. Ataupun strategi nak kenakan dia.

Haha. Ada aku kisah? Lantaklah. Bukannya dia dan Ku Zam ada apa-apa. Tapi, seronok juga kenakan minah tu. Jual nama Ku Zam semata-mata nak Puteri naik angin. Alah.. bukannya dia tahu pun!

   --------------

“Amboi, baru nampak muka. Seronok dating dengan Ku Zam?” tegur Zuyyin bila Medina datang melepak di biliknya malam tu. Nampak muka Medina dengan pajama dia ni, memang petanda budak tu tidur sini la tu.

Soalan Zuyyin buatkan Medina cebikkan bibirnya. Dating? Banyak macam nak berperang je tadi sebenarnya. Tapi, layan Tengku Ian kadang-kadang boleh buat dia gembira. Mula-mula memang rasa nak balik kasut kat mamat tu. Tapi lama-lama, dia rasa memang Tengku Ian suka mengusik orangnya. Sikit-sikit gelak. Sikit-sikit senyum. Sikit-sikit sengih. Manis.

Haish… apa aku ni? Dah terpuji mamat terlebih endorphin tu kenapa? Ni Zuyyin tahu, mahu sampai subuh dia gelak. Selalu Zuyyin kutuk dia muka takde perasaan. Dia bukan takde perasaan. Tapi kadang-kadang perasaan tu kena tutup supaya orang tak nampak apa yang dia rasa. Sebab dia lalui banyak benda. Dan dia tak rasa nak cakap kat semua orang apa yang dia lalui melalui air mukanya.

“Mana ada aku jumpa Ku Zam la. Aku jumpa abang angkat dia,” jawab Medina mendatar.

That hot guy? Yang semalam tu kan?” Zuyyin dah teruja.

“Yang kau terlebih excited ni kenapa?” Medina pelik.

“Dia handsome wei. Mana aku tak excited? Duduk sepuluh batu semalam pun aku boleh rasa aura dia.”

“Ya.. sebab rasa aura dia dari sepuluh batu tu la, seminit baru kau perasan dia wujud lepas kau dah cerita macam-macam semalam, kan?” sindir Medina.

Tersengih-sengih Zuyyin bila Medina mengungkit.

Sorry la weh.” Zuyyin minta maaf.

“Cerita la lagi. Apa jadi tadi?” Zuyyin betul-betul berminat nak tahu apa yang Medina dan Tengku Ian lakukan tadi.

Apa yang jadi tadi?


“Jalan jauh-jauh dari saya boleh tak?” marah Medina bila Tengku Ian menempel dekat dengannya. Geram betul Medina.

“Kenapa saya kena jalan jauh-jauh pulak?” Soalan dari Tengku Ian.

“Sebab saya tak suka. Awak tu lelaki, saya ni perempuan. Kalau nak jalan dekat-dekat, letak kayu kat tengah-tengah.”

“Mana ada dekat. Kita jalan je la. Bukannya pegang tangan.” Menjawab pula Tengku Ian.

Sebab jalan la aku cakap macam ni. Kalau dah pegang tangan, memang dah sampai basement aku terajang!

“Tetap tak suka. Saya tak pernah keluar berdua dengan lelaki. Ni kali pertama,” akui Medina. Dan dia nampak muka terkejut Tengku Ian. Tak percaya agaknya. Tapi tu la kenyataannya. Kalau keluar dengan lelaki biasanya dalam kumpulan.

Dan lepas tu, Tengku Ian dah jalan agak jauh darinya.



“Jadi apa?” soal Medina buat-buat tak faham dengan soalan Zuyyin.

“Apa-apalah. Takkan kau senyap je kut sepanjang keluar dengan dia. Dari pagi sampai maghrib.”
Senyap? Bukan senyap, tapi sampai tahap malas nak melayan Tengku Ian.

“Tak jadi apa-apalah. Keluar makan, temankan dia shopping. Ikut dia ke kedai tu, ke kedai ni. Dia ingat aku ni dayang dia agaknya,” bebel Medina.

Lepas tu, boleh dikatakan semua mata perempuan nak tenung mamat tu. Orang macho la katakan. Artis pun kalah. Mamat tu pulak pemurah dengan senyum. Semua orang dia nak senyum. Macam kutub utara kutub selatan dia dengan Tengku Ian tadi.

“Daripada aku layan kau, baik aku tidur. Penat.” Medina baring atas katil Zuyyin.

“Amboi.. datang sini sebab nak tidur je? Memang la dia ingat ni hotel bajet,” sinis Zuyyin. Tapi Medina buat derk je. Dah imun dengar ayat Zuyyin. Tak berbekas pun dalam hatinya.

“Tidur la dulu. Aku nak buat benda kat luar. Bagi space kat aku sikit. Ni katil aku, bukan kau. Dahlah tidur ganas nak mampus. Hari tu, kau tendang aku jatuh katil tahu tak?”

Medina ketawa. Yala.. yala..

Tak lama lepas tu, Zuyyin keluar.

Tet.. tet.. bunyi mesej. Daripada siapa? Medina capai telefonnya. Mesej dibuka. Ian?

Nice company. Thanks for today. Night. Sweet dream.

Medina senyum lepas baca. Kemudian tersedar. Haish.. aku senyum? Kenapa dia rasa dah tak betul ni? Medina geleng-geleng kepala. Kemudian telefon ditolak ke tepi. Tak berminat pun nak balas balik. Tidur lagi seronok!

Sunday 7 December 2014

Hero Seorang Cinderella (BAB 7)


BAB 7

Medina mencampak air kotak yang baru habis diminumnya ke dalam tong sampah yang berada beberapa meter darinya. Niat nak perasan jadi ala-ala shooter bola keranjang berjaya terus tak jadi bila air kotak tu terpesong ke tepi. Cun pulak terjatuh depan seorang lelaki yang tengah jogging. Leper kena pijak.

Mampus aku! Medina tepuk dahi. Ni kalau yang tukang pijak tu pekerja majlis bandaraya, mahu kena denda dia atas kesalahan buang sampah merata-merata.

Cepat-cepat Medina bangun dari duduknya dan menuju ke arah lelaki yang tengah tunduk untuk mengambil apa yang dah dipijaknya.

“Err.. sorry. Tak sengaja.” Medina cepat-cepat minta maaf sebelum kena caci. Nasib baik air kotak tu jatuh kat kaki dia. Buatnya kena kepala mamat tu? Apa aku nak jawab? Dahlah badan lelaki tu nampak boleh tahan sasanya. Tak pasal-pasal hari ni kena libas denan mamat tu.

Lelaki itu berpaling.

Medina terkejut. Lelaki itu pun sama. Tapi cuma sekejap sebelum dia senyum manis.

Wow.. is this what people call destiny?” soal Tengku Ian. Tak percaya bila Medina tengah bediri di depannya. Rasanya nak dekat seminggu juga mereka tak bertemu.

Medina terdiam. Tak tahu nak cakap apa. Tak sangka boleh jumpa lagi.

Yours?” soal Tengku Ian sambil menunjukkan air kotak laici di tangannya. Dah takde rupa kotak.

Medina tak angguk, tak juga geleng.

Tengku Ian campakkan kotak itu ke dalam tong sampah di sebelahnya. Kemudian pandang Medina balik.

“Tiap kali jumpa awak, kenapa mesti ada benda jatuh depan saya?” soal Tengku Ian.

Dan tiap kali saya jumpa awak, kenapa mesti awak tengah jogging?

Medina tak jawab pertanyaan Tengku Ian. Dia terus berpusing dan kembali duduk di atas kerusinya. Tengku Ian turut sama mengikut.

“Kenapa awak duduk sini?” soal Medina. Soalan macam nak cari gaduh. Tak puas hati.

Kemudian Tengku Ian bangun. Terbongkok-bongkok di sekeliling bangku itu macam tengah cari sesuatu. Medina pelik.

“Cari apa?”

“Takdelah pulak tulis hak milik Medina. So, saya boleh duduk la kan?” Tengku Ian sengih lagi.

Malas Medina nak cakap apa-apa. Apa yang Tengku Ian cakap ada betulnya. Bangku hak milik semua. Tapi…

“Kenapa tak sambung jogging?” Tak faham Medina.

“Dah habis dah.” Tengku Ian beralasan. Padahal dia berhenti jogging lepas nampak Medina tadi. Entah kenapa kaki bagaikan ditarik untuk mengikuti Medina. Sekali pandang, dah dapat diagak Medina tengah ada masalah. Wajah anak gadis itu nampak agak muram. Dan, pipi kirinya nampak agak merah.

“Kenapa datang sini?” soal Tengku Ian pula.

“Rasanya tak perlu jawab kut soalan tu.”

Then, let me guess. Something happened, right? Gaduh dengan ibu tiri dan kakak tiri lagi?”

Medina jeling tajam. Sangat tepat. Tapi dia tak suka.

Your cheek looks red. Kena tampar pulak ke?” teka Tengku Ian lagi.

Dia tak tahu la mata Tengku Ian terlebih cekap atau dia main teka je. Tapi tekaannya memang betul. Arghh… bencinya! Kenapa bila sesuatu pasal konfliknya dan keluarga tirinya terjadi, mesti terbongkar depan Tengku Ian? Bahaya betul.

“Diam tanda setuju. Betul la tu.”

“Kalau betul kenapa? Nak report Ku Zam ke? Cerita kat dia yang saya ni tengah tabur fitnah nak burukkan mak dengan kakak tiri saya.”

Sangat sinis di telinga Tengku Ian. Tapi Tengku Ian cuma senyum. Tak payah report pun Ku Zam dah tahu.

Well.. I don’t think he needs to know. And saya tak rasa awak tabur fitnah. Dulu pun dah pernah jadi depan saya kan?” Selamba Tengku Ian cakap macam perkara tu selalu dilihatnya.

Medina cuma diam.

So, betul la ni, kan?” korek Tengku Ian lagi.

“Apa yang betul?” Medina buat-buat tak faham.

“Cinderella alaf 21?”

“Siapa Cinderella?” Pantang betul Medina dengar perkataan tu.

Tengku Ian cuma senyum bila Medina pandang dia. Macam nak dicincangnya hidup-hidup. Medina cukup tak suka dengan perkataan itu. Jadi betullah hidupnya macam Cinderella?

“Nampaknya memang betul tanpa ragu-ragu lagi. Hmm.. adakah saya tahu sesuatu yang tak patut diketahui?” Tengku Ian makin yakin dengan firasatnya.

“Kali ni dorang buat apa kat awak?” Tengku Ian masih tak berputus asa. “Nampak macam awak buat salah besar sampai-sampai awak kena tampar.”

You can think that way. That I’m always a troublemaker. Ya.. ya.. hobi saya pada masa lapang memang buat masalah,” sinis Medina. Tengku Ian yang tak tahu apa-apa pun fikir dia yang salah.

“Bukan tu maksud saya. I mean, they are too much if they hit your face for small mistake.”

You know something you shouldn’t know. It ends here.” Medina malas nak layan.

Tengku Ian orang luar. Dia tak patut biarkan masalah keluarganya diketahui orang luar. Tengku Ian dah syak walaupun dia tak pernah mengaku. Apa gunanya kalau Tengku Ian tahu? Bukannya boleh selesaikan masalah.

Memang.. Tengku Ian rasa dia tahu sesuatu yang dia tak patut tahu. Dan dia tahu apa yang orang lain mungkin tak tahu. Dan itu membuatkan rasa nak tahunya makin membuak-buak. Makin dia nak tahu al-kisah hidup Medina macam mana.

“Kalau ada masalah, jangan dipendamkan. Baik luahkan.” Dah macam pakar psikologi pula Tengku Ian memberi nasihat.

Ya. Medina sedang luahkan pada tasik di depannya supaya dia pulang nanti dengan hati yang tenang. Luah pada tasik je mampu. Orang? Huh.. dia tak percayakan orang lain selain Zuyyin.

You can confide me if you want to,” tambah Tengku Ian lagi.

Kali ni pandangan Medina sinis terhadap Tengku Ian. Kelakar pun ada. Kenal lebih kurang seminggu. Jumpa tak sampai lima kali. Orang gila je rasanya yang akan ceritakan masalah pada mamat ni. Medina sendiri pun tak tahu Tengku Ian ni orang macam apa. Entah-entah balik rumah lepas ni, dia jaja kat semua orang hidup keluarga Datuk Azizan ni macam mana.

“Terima kasih je la. Tak rasa perlukan khidmat pakar sakit jiwa sekarang ni.”

Tengku Ian gelak kuat. Aku? Pakar sakit jiwa? Haha.

Maybe not now. And anyway, if you need someone to share your problem with, this pakar sakit jiwa is always there.”

Medina mencebik. Dia tak rasa semua tu akan jadi. Dia bukan jenis yang suka jaja cerita kat orang lain. Lelaki pulak tu. Dan Tengku Ian ni pulak, dah kenapa? Terlebih peramah ke sampai boleh cakap macam tu kat dia? Gaya macam mereka dah kenal sepuluh tahun.

“Oh, ya ke? Anyway, bila saya perlukan khidmat tu, hotline apa yang saya perlu hubungi? 999? Teledera?” sinis Medina lagi.

“Cuma pejamkan mata, saya pasti akan muncul.”

Phuii… Bajet hero! Kau ingat kau tu boleh teleport macam Kim Soo Hyun dalam My Love From Another Star ke? Medina buat muka.

Tengku Ian terus ketawa dengan reaksi spontan Medina. Medina tak pernah menipu kalau dia tak suka.

   -------------------

“Dee!”

Medina dan Tengku Ian sama-sama berpaling ke arah suara itu. Nampak Zuyyin tengah laju berjalan ke arahnya. Huh.. nak seru aku balik la tu!

“Kat sini rupanya. Aku dah agak dah. Kalau dah budak tu histeria kat rumah, memang aku tahu kat sinilah kau menyorok. Aku call bukannya reti nak jawab. Baik baling telefon mahal kau tu masuk tasik,” bebel Zuyyin sesudah sampai.

Ya.. bila Puteri histeria kat rumah, maksudnya mesti Medina baru habis perdajalkan kakak tirinya. Tekaan Zuyyin betul bila Datin Mawar suruh maknya buang semua baju yang ada dalam mesin basuh. Bila dia tengok, memang wassalam dah semua baju-baju tu. Takde yang terselamat. Bila ditanya kenapa, maknya cakap yang Medina tuang Clorox dalam mesin basuh. Memang patutlah Puteri menangis bagai nak gila.

Tapi yang Zuyyin geram, kenapa Medina ni buat macam tu? Dia sayangkan Medina. Kalau balik rumah lepas ni, sah-sah Medina kena marah teruk. Medina ni memang tak pernah fikir kesannya kalau dia dah ikut kepala dia tu.

“Kau tahu tak sekarang ni mak tiri kau marah gila. Kalau kau balik lepas ni, aku rasa..” Kata-kata Zuyyin terhenti bila terperasankan Tengku Ian.

Alamak.. salah cakap! Serius tak perasan Tengku Ian tadi. Errr.. Tengku Ian dengar ke apa yang dia cerita tadi?

Tengku Ian cuma senyum manis. Muka Medina pula hanya selamba.

“Kenapa datang sini?” Medina buat-buat tak tahu. Perasan Zuyyin terus diam bila nampak Tengku Ian.

Malas nak cakap apa-apa. Baru je dia dan Tengku Ian berdebat pasal benda ni, tup-tup Zuyyin datang kemukakan bukti. Dia tak tahu apa fikiran Tengku Ian sekarang ni. Nak marah pun takde guna.

“Jemput tuan puteri balik la. Dah nak maghrib ni. Tak nak balik ke?” sindir Zuyyin. Terus tak jadi nak cerita macam mana rupa singa Datin Mawar tadi bila di depan Tengku Ian.

“Papa dah balik?” soal Medina.

Papa dia keluar tadi. Sebab papa keluarlah dia boleh dapat penampar sedap sehingga menjilat ibu jari kaki ni.

“Dah. Dia suruh aku cari kau.”

Hmm.. suruh cari aku tu, tak lain tak bukan nak pastikan aku balik rumah. Kena kurung lagi la dia malam ni. Budak nakal macam dia ni, memang selalu kena perintah berkurung. Apa ingat zaman jepun je ada perintah berkurung? Dia, boleh dikatakan tiap kali balik rumah. Sebab tu la sepanjang tahun kuliah, jarang dia balik rumah.

“Tiap kali balik rumah, Medina nanti kena marah teruk ke?” Tengku Ian tiba-tiba bersuara.

Err.. err.. Zuyyin tak tahu nak cakap apa. Rasanya soalan tu untuknya sebab mata Tengku Ian pandang dia. Sah dia dah terlepas cakap! Ke Tengku Ian tahu daripada Medina? Medina yang cerita ke? Tapi tu bukan macam Medina.

“Dahlah, jom balik,” ajak Medina. Malas kisahkan Tengku Ian.

“Medina,” panggil Tengku Ian.

Telefon dalam genggaman Medina dirampas. Tekan-tekan skrin macam apa yang dia buat tu sikit pun tak salah. Bengkak juga hati Medina.

“Apa awak buat ni?” Nak rampas balik macam takde guna. Sebab Tengku Ian tinggi macam galah.

Hotline pakar sakit jiwa. 24 hours service.” Telefon dikembalikan kepada pemiliknya.

Tengku Ian senyum.

“Tips. Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.” Tengku Ian kenyit mata pada Medina.

Medina mencebik.

“Tak percaya, cubalah. Daa..” Dan dia terus berlalu.

Apa entah masalah mamat tu? Dia pandang telefonnya. Tak pula berniat nak padam nombor telefon Tengku Ian. Takde guna. Sebab bila dia buka call log, ada satu nombor telefon tak dikenalinya yang baru dihubunginya. Maksudnya, nombor telefonnya dah ada dalam telefon Tengku Ian.

Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak? Ayat tak boleh blah betul!

   ----------------

Malam itu, pintu bilik Medina diketuk beberapa kali. Bila dibuka, nampak muka kakak tirinya yang sedang tersengih-sengih depan biliknya.

“Papa panggil,” lapor Puteri.

Yang kau sengih-sengih macam tapir lepas minum todi ni dah kenapa? Malas nak tengok muka Puteri.

“Padan muka kau malam ni. Mesti kena marah teruk dengan papa lepas ni.” Puteri jelir lidah pada Medina. Tak sabar nak tengok Medina kena marah teruk dengan papa malam ni. Macam biasa.

Malas nak layan minah ni. Kalau melayan perangai separuh masak Puteri ni, rasanya dengan-dengan dia sekali boleh gila. Silap-silap kena guna khidmat pakar sakit jiwa.

“Hotline pakar sakit jiwa. 24 hours service.”

Haish.. kenapa la boleh tiba-tiba teringatkan Tengku Ian?

Medina terus turun ke ruang tamu di tingkat bawah. Beberapa tapak lagi nak sampai ruang tamu, Medina berhenti. Cuba dikuatkan hati untuk dimarahi malam ni. Papa kalau dah mengamuk memang dahsyat. Tak kena gaya, boleh gugur air mata depan semua.

Kena marah sekejap je Medina. Simpan air mata dalam bilik. Macam apa yang kau selalu buat. Ya.. dia selalu menangis sendirian. Tak sesiapa perlu tahu rasa hati. Biar orang cakap dia hati batu daripada dia lemah.

“Tips. Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.”

Merapu lagi kau, Medina. Kenapalah kata-kata tak membantu langsung Tengku Ian tu juga yang dia ingat?

Akhirnya Medina tiba di ruang tamu. Di situ ada papa yang tengah duduk di atas sofa. Di sebelah papa ada ibu tirinya. Muka bajet angel. Menyampah betul tengok.

“Papa panggil Dee ke?” Medina berbasa-basi.

“Hmm.. macam-macam papa dengar petang tadi. Apa dah jadi, Dee?” soal Datuk Azizan. Wajah anak daranya itu dipandang. Medina cuma senyap.

“Papa dengar Dee rosakkan baju-baju Puteri, betul ke?”

Medina pelik. Suara papa hari ni tak sama macam sebelum-sebelum ni. Suara papa biasa-biasa je. Tak nampak pulak macam papa marah.

“Abang, yang lepas tu biarlah lepas. Dee tak sengaja tu. Abang janganlah marah Dee.” Ibu tiri Medina dah mulakan peranannya.

Medina mencebik dalam hati. Ayat yang kononnya nak menyejukkan hati padahal dalam masa yang sama niat sebenar nak tengok dia kena marah teruk dengan papa. Taktik!

Dan itulah yang selalu terjadi. Makin ibu tirinya pujuk, makin papa rasa dia kena dihukum sepatutnya sebab dah melampau menyakiti orang baik macam ibu tiri dan kakak tirinya tu.

Oh, lupa. Tengah-tengah drama ni, rasanya tak lengkap kalau tak tengok air mata drama queen kita mengalir.

“Betul tu, papa. Puteri yang salah sebab dah suruh Dee basuhkan baju untuk Puteri. Puteri cuma minta tolong. Mungkin Dee tak perasan yang dia termasukkan Clorox tadi. Tapi Puteri sedih sebab dalam tu ada baju yang papa bagi. Tapi, Puteri tak salahkan Dee.”

Haa.. baru je cakap tadi, tu dia drama queen dah keluarkan air matanya. Gaya menangis macam nak ditadah air mata buat basuh baju besok. Amboi.. tang kau curi baju aku tak cerita pulak kat papa!

“Puteri dah maafkan Dee ke?” soal papa.

Puteri angguk.

“Ya.. Puteri dah maafkan Dee.”

Then semua dah selesai. Tak payahlah papa panjangkan lagi pasal ni.”

Terus terhenti air mata Puteri. Tak percaya. Kemudian dia pandang ibunya. Isyarat mata yang hanya mereka yang faham.

Medina turut angkat muka. Eh, macam tu je semuanya habis? Takde perintah berkurung ke malam ni? Kena marah sejam ke? Kalau ikutkan memang besar juga kesalahannya tadi. Buatkan hati anak kesayangan isteri kesayangan papa sedih. Jenayah dunia tu!

“Abang…”

“Abang ada benda lain yang lagi penting nak cakap.” Datuk Azizan potong percakapan Datin Mawar. Semua orang diam.

 “Esok Dee free?”

Bertaut kening Medina mendengar persoalan papanya itu. Pelik. Macam tak masuk je soalan tu untuk malam ni. Kenapa tiba-tiba tanya pasal agendanya esok? Nak denda dia basuh longkang ke apa?

Free. Kenapa?”

“Jumpa Ku Zam besok.”

Jumpa siapa? Ku Zam?

Dengar je nama Ku Zam, terus kepala dua beranak tu pandang Medina. Semuanya berminat nak tahu kalau pasal jutawan muda tu. Muka Puteri pun semacam tak puas hati bila papa keluarkan arahan macam tu.

“Ku Zam? Kenapa Dee kena jumpa dia?” Medina tak faham.

“Manalah papa tahu. Dia telefon papa tadi. Dia cakap dia nak sambung apa yang jadi petang tadi. Dee ada jumpa Ku Zam ke tadi?”

  Oo.. patutlah mood papanya baik semacam malam ni. Apa yang Ku Zam dah cakap kat papa dia sampai-sampai papa dia gembira macam ni?

“Dee?” panggil Datuk Azizan lagi bila Medina tak jawab persoalan dia.

“Apa dia, papa?”

“Dee ada jumpa Ku Zam ke tadi?”

Dia jumpa Ku Zam ke tadi? Dia tak jumpa Ku Zam. Tapi dia jumpa Ian.

Iyakan aje, Medina. Separuh hatinya menghasut. Medina angguk kepala. Cerita betul karang, banyak pula soalan lain.

Bulat mata Puteri dan Datin Mawar yang tengok. Tiba-tiba punggung macam kena cubit-cubit. Duduk pun tak diam. Tak senang hati bila Medina ada hubungan dengan Ku Zam.

So, esok papa nak Dee jumpa dia,” arah papanya lagi.

Medina tak bagi jawapan. Kalau tak pergi, papa mengamuk tak? Eh, kejap! Dia jumpa Ian petang tadi. Tapi kenapa Ku Zam cakap mereka berjumpa tadi? Jadi, yang call papa tadi Ku Zam atau Ian?

“Abang, kalau Dee taknak pergi, apa kata kita suruh Puteri pergi?” Datin Mawar bersuara.

Medina senyum sinis. Sempat lagi ya nak jual nama anak kau? Hebat betul penangan Ku Zam, ya. Naik je nama dia, baju kena Clorox pun boleh lupa. Kering terus air mata.

“Okey. Dee free je. Nanti Dee call dia cakap Dee jadi pergi.” Sabdu cukup harakat masa sebut perkataan call. Lantaklah semua orang nak fikir apa pun. Dia peduli apa. Walaupun dia cuma ada nombor Ian. Bukannya Ku Zam.

“Boleh Dee naik bilik sekarang?”

Dan papanya mengizinkan.

“Oh, ya! Terima kasih ya Puteri sebab maafkan aku. Aku janji aku tak buat lagi.” Sempat Medina senyum sarkastik sebelum melangkah pergi. Muka Puteri yang macam nak cekik-cekik dia dibuat tak nampak.

Berlalunya malam yang tak seperti dijangkanya.

Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.

Kerja mamat tu ke? Medina tertanya-tanya sendiri. Satu je cara nak tahu. Dia kena jumpa Ku Zam besok.