MOGOK LAGI... HAHA
--------------
Nurin lancarkan mogok dengan Harraz. Harraz
ajak keluar makan pun taknak. Protes sebab Harraz tak izinkan dia pergi. Harraz
pilih kasih. Mentang-mentang ni syarikat dia, mentang-mentang Nurin ni isteri
dia, sesuka hati dia je nak potong-potong nama orang.
“Sayang..” panggil Harraz.
Nurin buat tak dengar. Menonong berjalan
macam orang pekak.
Dah mula dah si Nurin ni ajak dia main
kejar-kejar! Harraz berlari anak kejar Nurin.
“Sayang!” Tangan Nurin ditarik supaya
berhenti.
Nurin berhenti. Tapi cuma diam. Sungguh
takde mood nak layan Harraz.
Harraz pandang Nurin. Muka Nurin tak
ceria langsung. Dari pagi tadi lagi rasanya Nurin layan dia acuh tak acuh.
Marah ke? Merajuk ke? Harraz tahu Nurin merajuk dengannya pasal namanya dibuang
dari senarai yang akan membuat lawatan ke Auckland.
“Sayang.. kenapa ni? Hmm?” lembut Harraz bertanya. Dagu Nurin
diangkat sedikit supaya memandangnya.
“Hish.. kita kat pejabat la. Jangan nak over sangat.” Nurin tepis tangan Harraz.
Kemudian jarak antara mereka ditambah. Dia taknak ada orang nampak dia dan
Harraz berdrama kat tengah-tengah laluan ke tandas ni.
Kali ni, drama episod 2.
“Kalau macam tu, jom kita masuk bilik
abang.”
“Taknak la. Buat apa? Rin banyak kerja.”
Nurin enggan. Hati tak berapa nak rela untuk bersemuka dengan Harraz sekarang
ni. Nak merajuk!
“Come
with me, sayang. Amaran abang sama macam dulu, Rin. Come, or else a passionate kiss on your lips?”
Gulp! Déjà vu yang tak berapa nak déjà vu.
“Abang takkan berani. Kita kat pejabat.”
“Who cares? Let them see how much I love my wife. Kat pejabat pun boleh. Kita dah halal. Jangan ingat abang tak berani.” Harraz merapatkan jarak mereka.
“Huh..
I hate you!”
Laju kaki Nurin berpatah balik. Pergi
bilik Harraz.
Harraz turut senyum sebelum turut berlari
mengejar langkah Nurin. Nurin ni memanglah. Kalau dah marah tu, jalan macam pakai
bateri turbo kat kaki.
---------------
Masam muka Nurin bila dia duduk berdua
dengan Harraz dalam bilik tu.
“Don’t
show me that face, Nurin. Tak baik tahu tunjuk muka macam tu kat suami.
Berdosa,” tegur Harraz lembut.
Kena atas batang hidung! Sentap juga
Nurin. Tapi apa yang dikatakan Harraz memang betul. Cepat-cepat Nurin
beristighfar. Berdosa dia buat macam tu kat Harraz.
Nurin tarik nafas dalam-dalam. Istighfar
banyak-banyak untuk mengelakkan hati dari terus dihasut syaitan. Muka Nurin
berubah tenang beberapa saat selepas itu.
“Rin tahu tak bila kita senyum, kita
cuma guna 17 otot muka. Tapi kalau muka berkerut, kita memerlukan 43 otot muka.
Penat tahu otot muka kalau kerja banyak-banyak. Nanti cepat tua. Abang taknak
isteri abang cepat tua. So, smile, okay?”
Entah apa-apa suami dia ni. Sempat turunkan
petua awet muda pulak tu. Kemudian Nurin senyum tak berapa ikhlas kat Harraz.
“See..
I’m smiling.”
Harraz senyum sendiri dengan karenah
Nurin. Tahu Nurin tak ikhlas. Satu perkara yang dia suka tentang Nurin. Nurin
cepat terima teguran daripadanya. Nurin pasti akan cepat-cepat betulkan bila
apa yang dikatanya betul.
“Abang tahu Rin marah abang sebab remove nama Rin dari list yang nak ke Auckland tu kan?” teka
Harraz.
“Memang pun. Kecewa tahu tak? Rin dah
lama nak pergi sana. Bila lagi nak pergi kalau bukan sebab kerja? Dulu abang
juga yang cadangkan nama Rin untuk pergi. Tapi sekarang, kenapa abang tiba-tiba
berubah fikiran?”
“Abang taknak Rin tinggalkan abang
sorang-sorang. Nanti abang rindu.”
Huh! Alasan tak logik! Tak matang langsung.
Sebab peribadi, Harraz buat semua ni? Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab
dah ni memang syarikat dia. Suka hati dialah.
“Tak patut campurkan hal peribadi masa
kerja. Tak professional langsung!” bidas Nurin geram.
Harraz ketawa. Ya, dia mengaku kali ni
dia terikutkan hal peribadi. Yang dia tahu, dia memang taknak Nurin berjauhan
dengannya. Dia akan rindukan Nurin nanti.
“Kita baru je kahwin, Nurin. Macam mana
abang nak lepaskan Rin pergi sana? Sah-sahlah abang akan rindu Rin nanti. Siapa
nak jaga abang? Siapa yang nak siapkan makan minum abang? Siapa nak siapkan pakaian abang? Rin tak kesiankan abang ke?”
Harraz dah mula karang ayat sedih.
Terdiam Nurin. Hati terus sejuk. Dia pun
nanti mesti akan rindukan Harraz juga. Sedikit-sebanyak apa yang dikatakan
Harraz itu ada benarnya.
“Rin pun nanti, takkan tak rindukan
abang kut? Siapa Rin nak peluk masa tidur? Siapa nak peluk Rin kalau ada kilat
atau guruh? Tak pasal-pasal Rin demam sebab rindukan abang,” usik Harraz.
Kembang rasa muka Nurin. Harraz macam
tahu apa dalam kepalanya.
“Sorry,
sayang. Sebab abang terpaksa remove
nama Rin walaupun abang tahu Rin nak sangat ke sana.” Harraz minta maaf.
“Dahlah, abang. Rin dah tak marah dah.
Serius. See.. I’m smiling.” Nurin
senyum lebar. Kali ni memang ikhlas. Harraz ketawa.
“Dah takde rezeki kut. Nak buat macam
mana? Lain kali boleh pergi. Kalau ada rezeki.” Terkilan tapi taknak menyesal.
“Rin sambung buat kerja dulu, bang.
Terima kasih sebab dah selamatkan Rin dari penyakit rindukan Harraz Naufal yang
kronik.” Sempat Nurin bergurau.
Harraz geleng-geleng kepala dengan
kerenah Nurin. Ada je idea si Nurin ni. Yang membuatkannya tercuit hati dan
yang pasti dia sangat bahagia.
---------------------
Pagi itu, pukul sembilan pagi baru Nurin
bangun dari tidur. Lepas solat subuh tadi, Nurin terus sambung tidur. Bila lagi
nak sambung tidur kalau bukan hujung minggu macam ni?
Nurin pandang sekeliling bilik tidurnya
itu. Tiada sesiapa melainkan dia seorang. Mana Harraz? Kat dapur? Atau dah
keluar dah? Harraz ni memang. Pantang hujung minggu, tak pernah nak lekat kat
rumah. Keluar main golf dengan Datuk la, pergi gim la dan macam-macam lagi la
agenda hujung minggunya. Tapi Nurin faham orang sibuk macam Harraz ni hidupnya
macam mana.
Baru perasan ada sesuatu atas meja
soleknya. Nampak warna merah. Apa tu? Bunga? Terus Nurin bangkit dari katil.
Kaki berjalan menuju ke arah meja soleknya itu.
Ada sejambak bunga ros merah yang entah
berapa kuntum. Boleh tahan besarnya. Di tengah kumpulan bunga itu, ada satu
satu anak patung beruang yang comel. Haha. Macam yang dia dapat masa konvo
dulu.
Kelakar pun ada rasanya. Tak payah tanya
siapa yang bagi, sebab dia tahu semua ni mesti akal suami tersayang dia tu.
Kenapa ni? Kenapa tiba-tiba bagi bunga? Sungguhlah si Harraz ni! Tak pernah dia
boleh faham perangai Harraz yang tak terduga itu.
Baru Nurin perasan. Di tangan anak
patung beruang yang bagaikan memeluk sesuatu tu, nampak macam ada kertas. Apa
ni? Nurin capai kertas itu. Ada dua keping.
Ternganga Nurin lepas baca. Dua keping
tiket penerbangan MAS dari Kuala Lumpur ke Auckland.
Nurin capai kad sederhana besar yang
diselitkan di celah-celah bunga ros itu. Mesti ada nota yang disampaikan Harraz
untuknya.
To: my lovely wife.
Impian Nurin- honeymoon di New Zealand
Impian Harraz- honeymoon dengan Nurin.
Therefore, let’s go to New Zealand. Okay, sayang?
With love,
Harraz Naufal
p/s: oh.. anyway, in case someone zealously wants to hug me,
I’m now in the mini gym…
Honeymoon ke New Zealand? Bagaikan tak percaya. Tapi, itulah yang dinyatakan Harraz. Harraz buat semua ni sebab dia ke? Terharu yang amat sangat. Sekali lagi isi kad itu dibaca. Mana tahu ada maklumat yang terlepas.
Tersenyum lagi Nurin lepas baca isi kad itu. Lebih-lebih lagi nota kaki Harraz. Harraz macam tahu-tahu betapa sekarang ni dia nak peluk lelaki itu.
Oh, abang!
Nurin terus berlari mencari Harraz.
To: my lovely wife.
Impian Nurin- honeymoon di New Zealand
Impian Harraz- honeymoon dengan Nurin.
Therefore, let’s go to New Zealand. Okay, sayang?
With love,
Harraz Naufal
p/s: oh.. anyway, in case someone zealously wants to hug me,
I’m now in the mini gym…
Honeymoon ke New Zealand? Bagaikan tak percaya. Tapi, itulah yang dinyatakan Harraz. Harraz buat semua ni sebab dia ke? Terharu yang amat sangat. Sekali lagi isi kad itu dibaca. Mana tahu ada maklumat yang terlepas.
Tersenyum lagi Nurin lepas baca isi kad itu. Lebih-lebih lagi nota kaki Harraz. Harraz macam tahu-tahu betapa sekarang ni dia nak peluk lelaki itu.
Oh, abang!
Nurin terus berlari mencari Harraz.
Yeayyy...thanks anjell..patut kuat firasat nk buka ur blog..xsaba tunggu tpi siap..
ReplyDeleteSuch a sweet couple....suka sgt harraz versi dah bertaubat ni....
ReplyDeleteSo sweeeetttt....tup tup dah kawen..how they get marrief? X saba tunggu dibukukan..
ReplyDeleteSemoga rate manuscript ini disiapkan bertambah dan kami dapat baca versi cetak secepat mungkin... Aamiin :)
ReplyDeleteSweetnya Harraz!! Ermm, takpe Anjel.. Saya tanak tanya bila TPI akan keluar sbb saya tau awak dah cukup stress dah.. Thanks sbb bg teaser ni. Sama mcm Suha, saya pn doakan smoga manuskrip novel ni berjalan lancar dan bakal menyusul ke versi cetak. All the best dear! :')
ReplyDeleteWah sweet
ReplyDeleteala sweet sgt thp x igt... haha.... luv u anjel.... haraz mmg romntik
ReplyDeletethank you, best!!!
ReplyDeletePerghhhh sweet sweet pulak teaser nih.kihkihhh maceh anjelll muah ciked ^.^
ReplyDeleteBest.... #^_^
ReplyDeletethanks anjellll…a good one
ReplyDeleteMiss them..fuuuhh..setia menanti sps n tpi
ReplyDeleteTq Anjell. Menarik
ReplyDeleteyaaauww.... you're so sweet harraz. >_<
ReplyDeleteps: xsbr mnnti SPS ^^
Thankss >_<
ReplyDeleteLove you akak <3 this teaser cant make me stop smilling. sweet<3<3
ReplyDeletebila la boleh pegang .
ReplyDeletekak anjell !! BESTNYER . Saya silent reader><
ReplyDeleteso sweet..tq anjell..
ReplyDeleteWOW..TK SABAR NAK TUNGGU HASILNYA..
ReplyDeleteahahahahahahahahahahahahahaha hakhakhak sweetness overdose! Okay sekarang naik gila tunggu nak baca full novel! Macam mana 2 orang ni oleh kahwin? Macam mana nurin fall in love dengan si harazz? Macam mana? macam mana????
ReplyDeleteThank you cik writer bagi teaser sweet sweet! terubat rindu! Kalau baik kasilah lagi! hewhewhew
Baru kahwin dah berchentaa? Haa~
ReplyDeleteTq Anjell...
ReplyDeleteWah nurin nak g honeymoon...nasib baik harraz pandai pujuk...
Aww.. Nk harraz yg sekarang satu .. Yg dulu tk nk >< haha
ReplyDeleteHah sudah buat sy tak sabar nak pelut TPI. tetap sabar menanti dan syabas anjell,,sis memang berbakat n jangan sia2kan bakat sis dlm penulisan. Semoga sis berjaya dlm apa bidang pun....
ReplyDeleteYuhuuu..saya dah senyum sampai ke telinga..x sangka derang dah kahwin..kerja satu office..elfira gigit jari..
ReplyDeleteWaa!!! Harraz n Nurin dah kawenlah!
ReplyDeleteNi rasa nak lompat ni!
Papepun, trimas anjell, coz masokkan new n3 tuk we all
Sweet !!!!
ReplyDeletearghhhhhhhhhhh kak anjell, pipi dah kebas ni asyik duk renyeh ja dari tadi. thank you sebab update new teaser, semangat nak baca TPI kalau dah publish. :D
ReplyDeleteAwwww.. so sweet laa couple ni.
ReplyDeleteWah.. best. Hari-hari saya bukak blog anjell untuk tengok teaser ke2 ni. X rugi menunggu sebab dapat yg best. Bila nak keluar? Tak sabar nak tunggu.
ReplyDeleteBest gilerr, Anjelll...
ReplyDeleteThank u so much :)
Wah,such a sweet c0uple,romantik sgt k0t harraz,hahaha,g0od j0b kak anjell,sm0ga manuskrip brjalan dgn lancar,ptutlar rasa nk bukak blog,hehe
ReplyDeleteOHHH my GUCCIIIIIIII...WOWWWWWWWWW..Sayang Kak Anjell ketat2 laa...teaser paling happening seentero dunia..
ReplyDeleteFinally Harraz kawin gak ngan NUrin..aduhhh..siap nak g honeymoon tempat impian kita jugak..Thumbs up for you sis.. next teaser puh~leaze..
OMG!!sweet giler you..wow x sabar nak beli..hehe jgn buat konflik besar sgt ye...good job kak ^^
ReplyDeleteohmyyyyy!! cant wait to buy your this novel. btw, thumbs up. love you kak anjell :)
ReplyDeleteSoo sweetttt.... trsenyum2 kita baca teaser ni...
ReplyDeleteSukenyer.....thumbs up... Good Luck enjell ;-)
ReplyDeletetq Anjell terubat hati yg rindu ni sama nurin,wou....dah kawin dah so sweetttttt....
ReplyDeleteTq sgt2 kak anjell...sweet sgt teaser nii...x sbr nk tgg versi cetak..but anyway good luck akak
ReplyDeleteHi. Nak nak novel
ReplyDeleteBest....semua novel anjel best
ReplyDeleteBila keluar sps n tpi ni anjel
ReplyDeletethe best.....tahniah
ReplyDeleteanjell thanks so much the teaser....tahniah...novel you smua best...saya doakan you succes...tak sabar nak tunggu novel ni ...:)
ReplyDeleteI'm waiting for this TPI and SPS :) goodluck sis! :*
ReplyDelete-Syira-
ohhh myyyyyyy sooooo sweet...x sabar nk peluk tpi ni...
ReplyDeletep/s:still waiting and waiting for tpi to come outt
sooo sweettt..x sabar nak tggu versi cetak..terbaik la..mmg anjell x pernah menghampakan..salute...
ReplyDeleteIts seriously or zealously? It looks like jealously. O.o
ReplyDeleteAnyway, keep it up ur story.
Zealously = eagerly
DeleteCik Zeal
Ohh.. Now i know.. :O.thanks.
Deletethank you kak anjell..hasil tulisan kak anjell ni buat sye kera sumbang sepanjang harini. xsia2 bace..boley release tension bljar. Gud luck sbb novel ni bakal ditayangkan kat tv.Boley la layan mase sem break nanti huhu
ReplyDeleteAhh,,so sweet,,bab26 xde ke dlm online ni??😭😭😭
ReplyDeleteSaya aulia asli indonesia, mau tanya gimana beli novel TPI soalnya diindonesia belum ada, saya pengen skali baca novelnya, trims
ReplyDelete