Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Saturday 6 September 2014

Tundukkan Playboy Itu (TEASER 2)


MOGOK LAGI... HAHA

    --------------

Nurin lancarkan mogok dengan Harraz. Harraz ajak keluar makan pun taknak. Protes sebab Harraz tak izinkan dia pergi. Harraz pilih kasih. Mentang-mentang ni syarikat dia, mentang-mentang Nurin ni isteri dia, sesuka hati dia je nak potong-potong nama orang.

“Sayang..” panggil Harraz.

Nurin buat tak dengar. Menonong berjalan macam orang pekak.

Dah mula dah si Nurin ni ajak dia main kejar-kejar! Harraz berlari anak kejar Nurin.

“Sayang!” Tangan Nurin ditarik supaya berhenti.

Nurin berhenti. Tapi cuma diam. Sungguh takde mood nak layan Harraz.

Harraz pandang Nurin. Muka Nurin tak ceria langsung. Dari pagi tadi lagi rasanya Nurin layan dia acuh tak acuh. Marah ke? Merajuk ke? Harraz tahu Nurin merajuk dengannya pasal namanya dibuang dari senarai yang akan membuat lawatan ke Auckland.

“Sayang.. kenapa ni? Hmm?” lembut Harraz bertanya. Dagu Nurin diangkat sedikit supaya memandangnya.

“Hish.. kita kat pejabat la. Jangan nak over sangat.” Nurin tepis tangan Harraz. Kemudian jarak antara mereka ditambah. Dia taknak ada orang nampak dia dan Harraz berdrama kat tengah-tengah laluan ke tandas ni.

Kali ni, drama episod 2.

“Kalau macam tu, jom kita masuk bilik abang.”

“Taknak la. Buat apa? Rin banyak kerja.” Nurin enggan. Hati tak berapa nak rela untuk bersemuka dengan Harraz sekarang ni. Nak merajuk!

Come with me, sayang. Amaran abang sama macam dulu, Rin. Come, or else a passionate kiss on your lips?”

Gulp! Déjà vu yang tak berapa nak déjà vu.

“Abang takkan berani. Kita kat pejabat.”

Who cares? Let them see how much I love my wife. Kat pejabat pun boleh. Kita dah halal. Jangan ingat abang tak berani.” Harraz merapatkan jarak mereka.

Huh.. I hate you!”

Laju kaki Nurin berpatah balik. Pergi bilik Harraz.

Harraz turut senyum sebelum turut berlari mengejar langkah Nurin. Nurin ni memanglah. Kalau dah marah tu, jalan macam pakai bateri turbo kat kaki.

    ---------------

Masam muka Nurin bila dia duduk berdua dengan Harraz dalam bilik tu.

Don’t show me that face, Nurin. Tak baik tahu tunjuk muka macam tu kat suami. Berdosa,” tegur Harraz lembut.

Kena atas batang hidung! Sentap juga Nurin. Tapi apa yang dikatakan Harraz memang betul. Cepat-cepat Nurin beristighfar. Berdosa dia buat macam tu kat Harraz.

Nurin tarik nafas dalam-dalam. Istighfar banyak-banyak untuk mengelakkan hati dari terus dihasut syaitan. Muka Nurin berubah tenang beberapa saat selepas itu.

“Rin tahu tak bila kita senyum, kita cuma guna 17 otot muka. Tapi kalau muka berkerut, kita memerlukan 43 otot muka. Penat tahu otot muka kalau kerja banyak-banyak. Nanti cepat tua. Abang taknak isteri abang cepat tua. So, smile, okay?”

Entah apa-apa suami dia ni. Sempat turunkan petua awet muda pulak tu. Kemudian Nurin senyum tak berapa ikhlas kat Harraz.

See.. I’m smiling.”

Harraz senyum sendiri dengan karenah Nurin. Tahu Nurin tak ikhlas. Satu perkara yang dia suka tentang Nurin. Nurin cepat terima teguran daripadanya. Nurin pasti akan cepat-cepat betulkan bila apa yang dikatanya betul.

“Abang tahu Rin marah abang sebab remove nama Rin dari list yang nak ke Auckland tu kan?” teka Harraz.

“Memang pun. Kecewa tahu tak? Rin dah lama nak pergi sana. Bila lagi nak pergi kalau bukan sebab kerja? Dulu abang juga yang cadangkan nama Rin untuk pergi. Tapi sekarang, kenapa abang tiba-tiba berubah fikiran?”

“Abang taknak Rin tinggalkan abang sorang-sorang. Nanti abang rindu.”

Huh! Alasan tak logik! Tak matang langsung. Sebab peribadi, Harraz buat semua ni? Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab dah ni memang syarikat dia. Suka hati dialah.

“Tak patut campurkan hal peribadi masa kerja. Tak professional langsung!” bidas Nurin geram.

Harraz ketawa. Ya, dia mengaku kali ni dia terikutkan hal peribadi. Yang dia tahu, dia memang taknak Nurin berjauhan dengannya. Dia akan rindukan Nurin nanti.

“Kita baru je kahwin, Nurin. Macam mana abang nak lepaskan Rin pergi sana? Sah-sahlah abang akan rindu Rin nanti. Siapa nak jaga abang? Siapa yang nak siapkan makan minum abang? Siapa nak siapkan pakaian abang? Rin tak kesiankan abang ke?” Harraz dah mula karang ayat sedih.

Terdiam Nurin. Hati terus sejuk. Dia pun nanti mesti akan rindukan Harraz juga. Sedikit-sebanyak apa yang dikatakan Harraz itu ada benarnya.

“Rin pun nanti, takkan tak rindukan abang kut? Siapa Rin nak peluk masa tidur? Siapa nak peluk Rin kalau ada kilat atau guruh? Tak pasal-pasal Rin demam sebab rindukan abang,” usik Harraz.

Kembang rasa muka Nurin. Harraz macam tahu apa dalam kepalanya.

Sorry, sayang. Sebab abang terpaksa remove nama Rin walaupun abang tahu Rin nak sangat ke sana.” Harraz minta maaf.

“Dahlah, abang. Rin dah tak marah dah. Serius. See.. I’m smiling.” Nurin senyum lebar. Kali ni memang ikhlas. Harraz ketawa.

“Dah takde rezeki kut. Nak buat macam mana? Lain kali boleh pergi. Kalau ada rezeki.” Terkilan tapi taknak menyesal.

“Rin sambung buat kerja dulu, bang. Terima kasih sebab dah selamatkan Rin dari penyakit rindukan Harraz Naufal yang kronik.” Sempat Nurin bergurau.

Harraz geleng-geleng kepala dengan kerenah Nurin. Ada je idea si Nurin ni. Yang membuatkannya tercuit hati dan yang pasti dia sangat bahagia.

     ---------------------

Pagi itu, pukul sembilan pagi baru Nurin bangun dari tidur. Lepas solat subuh tadi, Nurin terus sambung tidur. Bila lagi nak sambung tidur kalau bukan hujung minggu macam ni?

Nurin pandang sekeliling bilik tidurnya itu. Tiada sesiapa melainkan dia seorang. Mana Harraz? Kat dapur? Atau dah keluar dah? Harraz ni memang. Pantang hujung minggu, tak pernah nak lekat kat rumah. Keluar main golf dengan Datuk la, pergi gim la dan macam-macam lagi la agenda hujung minggunya. Tapi Nurin faham orang sibuk macam Harraz ni hidupnya macam mana.

Baru perasan ada sesuatu atas meja soleknya. Nampak warna merah. Apa tu? Bunga? Terus Nurin bangkit dari katil. Kaki berjalan menuju ke arah meja soleknya itu.

Ada sejambak bunga ros merah yang entah berapa kuntum. Boleh tahan besarnya. Di tengah kumpulan bunga itu, ada satu satu anak patung beruang yang comel. Haha. Macam yang dia dapat masa konvo dulu.

Kelakar pun ada rasanya. Tak payah tanya siapa yang bagi, sebab dia tahu semua ni mesti akal suami tersayang dia tu. Kenapa ni? Kenapa tiba-tiba bagi bunga? Sungguhlah si Harraz ni! Tak pernah dia boleh faham perangai Harraz yang tak terduga itu.

Baru Nurin perasan. Di tangan anak patung beruang yang bagaikan memeluk sesuatu tu, nampak macam ada kertas. Apa ni? Nurin capai kertas itu. Ada dua keping.

Ternganga Nurin lepas baca. Dua keping tiket penerbangan MAS dari Kuala Lumpur ke Auckland.

Nurin capai kad sederhana besar yang diselitkan di celah-celah bunga ros itu. Mesti ada nota yang disampaikan Harraz untuknya.

To: my lovely wife. 

Impian Nurin- honeymoon di New Zealand
Impian Harraz- honeymoon dengan Nurin.
Therefore, let’s go to New Zealand. Okay, sayang? 

                                                                          With love,
                                                                    Harraz Naufal

p/s: oh.. anyway, in case someone zealously wants to hug me,
        I’m now in the mini gym…

Honeymoon ke New Zealand? Bagaikan tak percaya. Tapi, itulah yang dinyatakan Harraz. Harraz buat semua ni sebab dia ke? Terharu yang amat sangat. Sekali lagi isi kad itu dibaca. Mana tahu ada maklumat yang terlepas.

Tersenyum lagi Nurin lepas baca isi kad itu. Lebih-lebih lagi nota kaki Harraz. Harraz macam tahu-tahu betapa sekarang ni dia nak peluk lelaki itu.

Oh, abang!

Nurin terus berlari mencari Harraz.

54 comments:

  1. Yeayyy...thanks anjell..patut kuat firasat nk buka ur blog..xsaba tunggu tpi siap..

    ReplyDelete
  2. Such a sweet couple....suka sgt harraz versi dah bertaubat ni....

    ReplyDelete
  3. So sweeeetttt....tup tup dah kawen..how they get marrief? X saba tunggu dibukukan..

    ReplyDelete
  4. Semoga rate manuscript ini disiapkan bertambah dan kami dapat baca versi cetak secepat mungkin... Aamiin :)

    ReplyDelete
  5. Sweetnya Harraz!! Ermm, takpe Anjel.. Saya tanak tanya bila TPI akan keluar sbb saya tau awak dah cukup stress dah.. Thanks sbb bg teaser ni. Sama mcm Suha, saya pn doakan smoga manuskrip novel ni berjalan lancar dan bakal menyusul ke versi cetak. All the best dear! :')

    ReplyDelete
  6. ala sweet sgt thp x igt... haha.... luv u anjel.... haraz mmg romntik

    ReplyDelete
  7. Perghhhh sweet sweet pulak teaser nih.kihkihhh maceh anjelll muah ciked ^.^

    ReplyDelete
  8. Miss them..fuuuhh..setia menanti sps n tpi

    ReplyDelete
  9. yaaauww.... you're so sweet harraz. >_<

    ps: xsbr mnnti SPS ^^

    ReplyDelete
  10. Love you akak <3 this teaser cant make me stop smilling. sweet<3<3

    ReplyDelete
  11. kak anjell !! BESTNYER . Saya silent reader><

    ReplyDelete
  12. WOW..TK SABAR NAK TUNGGU HASILNYA..

    ReplyDelete
  13. ahahahahahahahahahahahahahaha hakhakhak sweetness overdose! Okay sekarang naik gila tunggu nak baca full novel! Macam mana 2 orang ni oleh kahwin? Macam mana nurin fall in love dengan si harazz? Macam mana? macam mana????
    Thank you cik writer bagi teaser sweet sweet! terubat rindu! Kalau baik kasilah lagi! hewhewhew

    ReplyDelete
  14. Baru kahwin dah berchentaa? Haa~

    ReplyDelete
  15. Tq Anjell...
    Wah nurin nak g honeymoon...nasib baik harraz pandai pujuk...

    ReplyDelete
  16. Aww.. Nk harraz yg sekarang satu .. Yg dulu tk nk >< haha

    ReplyDelete
  17. Hah sudah buat sy tak sabar nak pelut TPI. tetap sabar menanti dan syabas anjell,,sis memang berbakat n jangan sia2kan bakat sis dlm penulisan. Semoga sis berjaya dlm apa bidang pun....

    ReplyDelete
  18. Yuhuuu..saya dah senyum sampai ke telinga..x sangka derang dah kahwin..kerja satu office..elfira gigit jari..

    ReplyDelete
  19. Waa!!! Harraz n Nurin dah kawenlah!
    Ni rasa nak lompat ni!
    Papepun, trimas anjell, coz masokkan new n3 tuk we all

    ReplyDelete
  20. arghhhhhhhhhhh kak anjell, pipi dah kebas ni asyik duk renyeh ja dari tadi. thank you sebab update new teaser, semangat nak baca TPI kalau dah publish. :D

    ReplyDelete
  21. Awwww.. so sweet laa couple ni.

    ReplyDelete
  22. Wah.. best. Hari-hari saya bukak blog anjell untuk tengok teaser ke2 ni. X rugi menunggu sebab dapat yg best. Bila nak keluar? Tak sabar nak tunggu.

    ReplyDelete
  23. Best gilerr, Anjelll...
    Thank u so much :)

    ReplyDelete
  24. Wah,such a sweet c0uple,romantik sgt k0t harraz,hahaha,g0od j0b kak anjell,sm0ga manuskrip brjalan dgn lancar,ptutlar rasa nk bukak blog,hehe

    ReplyDelete
  25. OHHH my GUCCIIIIIIII...WOWWWWWWWWW..Sayang Kak Anjell ketat2 laa...teaser paling happening seentero dunia..
    Finally Harraz kawin gak ngan NUrin..aduhhh..siap nak g honeymoon tempat impian kita jugak..Thumbs up for you sis.. next teaser puh~leaze..

    ReplyDelete
  26. OMG!!sweet giler you..wow x sabar nak beli..hehe jgn buat konflik besar sgt ye...good job kak ^^

    ReplyDelete
  27. ohmyyyyy!! cant wait to buy your this novel. btw, thumbs up. love you kak anjell :)

    ReplyDelete
  28. Soo sweetttt.... trsenyum2 kita baca teaser ni...

    ReplyDelete
  29. Sukenyer.....thumbs up... Good Luck enjell ;-)

    ReplyDelete
  30. tq Anjell terubat hati yg rindu ni sama nurin,wou....dah kawin dah so sweetttttt....

    ReplyDelete
  31. Tq sgt2 kak anjell...sweet sgt teaser nii...x sbr nk tgg versi cetak..but anyway good luck akak

    ReplyDelete
  32. Best....semua novel anjel best

    ReplyDelete
  33. Bila keluar sps n tpi ni anjel

    ReplyDelete
  34. anjell thanks so much the teaser....tahniah...novel you smua best...saya doakan you succes...tak sabar nak tunggu novel ni ...:)

    ReplyDelete
  35. I'm waiting for this TPI and SPS :) goodluck sis! :*

    -Syira-

    ReplyDelete
  36. ohhh myyyyyyy sooooo sweet...x sabar nk peluk tpi ni...
    p/s:still waiting and waiting for tpi to come outt

    ReplyDelete
  37. sooo sweettt..x sabar nak tggu versi cetak..terbaik la..mmg anjell x pernah menghampakan..salute...

    ReplyDelete
  38. Its seriously or zealously? It looks like jealously. O.o
    Anyway, keep it up ur story.

    ReplyDelete
  39. thank you kak anjell..hasil tulisan kak anjell ni buat sye kera sumbang sepanjang harini. xsia2 bace..boley release tension bljar. Gud luck sbb novel ni bakal ditayangkan kat tv.Boley la layan mase sem break nanti huhu

    ReplyDelete
  40. Ahh,,so sweet,,bab26 xde ke dlm online ni??😭😭😭

    ReplyDelete
  41. Saya aulia asli indonesia, mau tanya gimana beli novel TPI soalnya diindonesia belum ada, saya pengen skali baca novelnya, trims

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )