Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Wednesday, 27 February 2013

Suamiku Paling Sweet (BAB 27)

BAB 27

Balik Shah Alam. Tapi kali ni balik rumah ibu dan papa Izz. Bila Izz ajak aku balik rumah orang tua dia, takut jugak aku. Sebabnya, aku pernah nak terajang Izz pada malam sejarah hitam tu depan mereka. Dan yang keduanya, sejak aku kahwin dengan Izz, mana pernah aku balik rumah mereka. Aku tak tahu persepsi dorang kat aku macam mana. Buatnya jadi drama Ibu Mertuaku depan pintu rumah, macam mana? Tak ke haru? Kalau dorang tak terima aku, apa aku nak buat?

Tapi, keluarga Izz terlalu baik denganku. Aunty Fatmah dan layaknya aku panggil ibu sekarang ni masih sama macam yang pernah aku kenal dulu. Lembut dan baik orangnya. Papa jugak macam tu. Bila aku sampai je depan rumah, ibu menyambutku macam aku ni dah lama jadi sebahagian daripada keluarga mereka. Papa pun sama. Senyum menyambut kepulangan kami. Dan takde seorang pun pernah membangkitkan peristiwa malam tu. Makin aku rasa bersalah sebab tak pernah pulang ke rumah mereka sepanjang aku bergelar menantu mereka. Kali ni pun, kalau bukan sebab Hafiy berada di rumah mereka, mungkin aku tak akan balik rumah mereka.

Tapi, kalau rumah orang tu, rumah orang jugaklah. Serius aku janggal gila. Rasa macam aku sorang-sorang je kat rumah ni. Izz entah ke mana. Hafiy pun seronok main dengan pak su dia kat luar. Aku tercengang-cengang kat dalam rumah ni tak tahu nak buat apa. Nak tidur dalam bilik, dah petang sangat. Tak bagus (mentang-mentang kat rumah orang. Kalau rumah sendiri, memang membuta jugak. Hehe). Dahlah dalam bilik Izz. Memang tak la. Meskipun aku dah biasa dengan rumah ni, tapi sekarang ni semuanya berbeza. Aku sekarang ni dah jadi menantu rumah ni. Bukan lagi bibik separuh masa.

Akhirnya aku keluar ke taman rumah. Taman kesayangan ibu. Aku tengok bunga-bunga kat sini makin bertambah. Baru je beberapa bulan aku aku tinggalkan rumah ni, dah macam-macam berubah. Kalau dulu, rajin je aku tolong ibu siram pokok bunga.

Aku berjalan pulak ke kerusi batu yang berada dekat dengan taman tu. Aku duduk di atas salah satu kerusi batu. Kat sini aku selalu tunggu abang petang-petang macam ni. Aku terpandang pokok jambu. Terus teringat kembali kenangan lama. Bila ingat-ingat balik, kelakar. Aku yang otai ni boleh jatuh pokok? Adoyai

“Apa yang senyum sorang-sorang ni?” Entah dari mana, Izz menyampuk. Terus mati senyum aku. Potong stim betul!

“Teringat kenangan lama. Saya jatuh pokok sebab awak.” Izz turut senyum.

“Dan abang jugaklah yang selamatkan Sya daripada jatuh.” Ya.. dia nak sambut aku yang jatuh. Tapi, tersalah timing, akhirnya dua-dua sembah bumi.

“Selamatkan apa? Berbalut kaki saya tak pasal-pasal. Awak tahu, teruk saya kena bebel dengan mama malam tu. Memang tadah je telinga,” ungkitku sambil cebikkan bibir. Macam salah Izz sorang je aku jatuh pokok.

“Abang pun kena teruk tahu? Bahu abang habis lebam sebab Sya jatuh atas abang. Mahu seminggu abang menderita kat pejabat.” Dia turut mengungkit. Siap tumbuk-tumbuk bahu kanan dia lagi. Nak tunjuk kat situ la lebamnya sebelum ni.

“Awak pun sakit jugak ke?” Aku terkejut. Kenyataan yang tak pernah aku tahu sebelum ni. Prihatin.

“Dah.. ingat abang ni robot ke apa kalau berat tong gas jatuh atas abang, tak rasa sakit?”

“Apa? Tong gas?” Terbang terus rasa prihatin aku. Cis! Kurang asam betul! Samakan aku dengan tong gas? Sangat tak patut!

“Tong gas pun empat belas kilo je tahu? Sya lebih berat daripada tong gas.” Dia bukak mulut lagi. Bukannya makin memyenangkan hati. Sengaja nak cari gaduh dengan aku.

“Yala… saya minta maaf. Sebab saya yang lebih berat daripada tong gas ni jatuh atas awak, badan kesayangan awak tu sakit,” sindirku geram. Nak merajuk!

“Takpe.. Sakit yang berbaloi sebab abang boleh kenal Sya.” Dia senyum. Grr.. Apa ni? Tadi cakap lain, sekarang cakap lain? Dia bagi penyakit, dia jugak yang bagi penawarnya?

Mummy.. daddy..” Terus aku dan Izz keluar daripada memori semalam. Dari kejauhan Hafiy menjerit memanggil aku dan Izz. Tangan melambai-lambai ke arah kami. Aku turut membalasnya.

“Hafiy.. tengok depanlah. Pak Su lepas karang, baru tahu!” Aku dengar suara Hakimi menjerit.

Aku dan Izz ketawa. Kelakar bila tengok Hakimi ajar Hafiy naik basikal. Seronok sakan Hafiy bila datuknya belikan dia basikal baru.

“Tengok Kimi. Tak lama lagi, naik angin la tu,” komen Izz sambil melihat ke arah Hafiy dan Hakimi.

“Hafiy.. kan Pak Su cakap jangan berhenti kayuh. Hish.. budak ni!” Izz betul. Tak sampai sepuluh saat, suara Hakimi naik memarahi Hafiy. Aku dan Izz ketawa. Pagi tadi, bukan main bersemangat si Hakimi nak mengajar Hafiy naik basikal. Hangat-hangat tahi ayam betul. Baru je beberapa kali mengajar, dah nampak dah muka mengaku kalah Hakimi.

“Dia tu tunggu masa nak panggil abang je tu.” Izz teruskan lagi andaiannya.

“Ngah.. sini kejap!” Sejurus selepas itu, Hakimi menjerit sambil menggamit tangan ke arah kami.

“Haa.. kan abang dah cakap.”

Aku ketawa. Memang betul apa yang Izz cakap. Memang dia kenal betul dengan adiknya. Izz bangun untuk berlalu ke arah Hakimi. Aku turut mengekori Izz. Bosan pulak dok kat sini sorang-sorang. Baik aku tengok Hafiy belajar naik basikal baru.

“Mesti dia nak abang yang take over ajar Hafiy,” kata Izz lagi bila masa kami berjalan.

“Ada apa?” soal Izz kepada adiknya.

“Ajar Hafiy naik basikal. Aku dah penat dah.” Aku pandang Izz. Betullah. Aku ketawa lagi.

“Mana tak penat kalau asyik menjerit je kerjanya,” sindir Izz. Hakimi tersengih.

“Menguji kesabaran wei. Mana tak naik pitching suara? Memang tak layaklah aku jadi cikgu. Asyik nak maki budak-budak je.”

“Bukan fail cikgu je. Nak jadi bapak orang pun fail. Dah, Hafiy. Biar daddy ajar pulak.”

Yay.. daddy ajar. Pak Su garanglah, daddy. Asyik nak marah Hafiy je,” adu Hafiy sambil tarik muka masam.

“Budak ni..” Hakimi buat gaya macam nak cekik Hafiy. Aku ketawa melihat gelagat mereka.

Kemudian, basikal Hafiy bertukar tangan. Kini, Izz pulak yang ambil alih untuk ajar Hafiy cara-cara naik basikal.

“Hafiy.. Hafiy terus kayuh, tahu? Jangan berhenti. Nanti jatuh. Hafiy taknak jatuh, kan?” lembut Izz mengajar.

“Hafiy takut jatuh.”

Daddy ada kat belakang ni. Jangan takut. Nak belajar sesuatu kena berani. Nak pandai ke tak?”

Daddy jangan lepas, okay?”

“Ya.. ya.. daddy tak lepas.” Aku cuma tengok perilaku dua beranak itu. Nak gelak pun ada. Macam mana nak pandai kalau Izz tak lepas? Hafiy.. Hafiy.. penakut jugak rupanya.

“Hafiy.. all the best!” laungku. Bagi semangat.

Aku tengok Hafiy kayuh basikal. Nasib baik kawasan lapang rumah ni luas. Takdelah terhad sangat kawasan Hafiy nak belajar naik basikal. Hafiy nampaknya dah ada kemajuan. Bila Hafiy agak leka, Izz lepaskan pegangannya.

Daddy.. daddy cakap taknak lepas. Daddy tipu.” Hafiy sedar yang Izz dah lepaskan pegangannya. Hafiy hilang keseimbangan dan hampir jatuh. Nasib baik Izz sempat menahannya.

“Iya… iya.. daddy tak lepas.” Izz kembali berjanji.

Aku dan Hakimi yang melihat ketawa melihat gelagat mereka. Macam-macam si Hafiy ni.

“Sabar betul Izz ajar Hafiy,” pujiku. Sikit pun tak naik suaranya bila dia ajar Hafiy. Berbeza betul dengan Hakimi.

“Sebab tu saya dan abang Ngah berbeza.”

“Memang.. tengok pun dah tahu.” Aku mencebik.

“Abang Ngah tu terlalu baik orangnya. Mesti awak selalu buli dia, kan?” tuduh Hakimi.

“Mana adalah!” balasku geram. Suka hati je nak tuduh orang. Macam aku ni jahat sangat. Ada aku buli Izz ke?

“Haha.. saya tahu abang Ngah selalu kena buli kat rumah. Kalau tak, takde la dia nak komplain macam-macam kat pejabat.”

“Izz komplain apa?” tanyaku tak senang hati. Tajam aku tengok Hakimi yang tersengih-sengih kat sebelah. Belakang aku seronok kutuk-kutuk aku ya?

“Jangan la tengok saya macam tu, Kak Ngah. Takut saya tengok muka Kak Ngah yang garang tu.” Hakimi buat muka. Buatkan aku yang nak marah pun tak jadi. Kak Ngah.. mula-mula dia panggil dulu, terangkat jugak aku. Sebab aku tak suka. Macam tua je aku sedangkan aku lagi muda daripada Hakimi. Tapi, biasalah. Adik Izz Haikal ni memang tak makan saman macam abangnya jugak. Aku akhirnya dah lali dah dengan panggilan tu.

“Cakap.. kat pejabat, awak dengan Izz ada mengumpat saya, ya?” Aku desak Hakimi untuk buka mulut.

“Kalau saya taknak cakap, awak nak buat apa?” Dia bagaikan cuba naikkan darah aku.

“Kalau awak taknak cakap, saya letak ubat julap dalam makanan awak malam ni. Biar awak cirit-birit besok.”

Hakimi ketawa. “Bagus jugak. Tak pernah saya rasa ubat julap tu macam mana. Letak banyak-banyak, tahu?”

Haha.. dia sambung ketawa sebelum blah masuk rumah. Sengaja nak cabar aku. Aku letak karang, tak cukup tanah berkejar ke tandaslah kau. Daripada aku layan perangai tiga suku Hakimi, baik aku tengok Hafiy yang tengah gigih belajar naik basikal.

Pandanganku kembali terarah kepada Izz dan Hafiy yang tak habis-habis lagi dengan basikal. Aku jalan ke arah mereka.

“Hafiy.. bila nak pandai ni? Tak macho la lelaki tak pandai naik basikal. Mummy dulu empat tahun dah reti naik basikal, tahu?” kataku. Aku tipu yang bahagian empat tahun tu. Aku pun tak ingat bila aku pandai naik basikal. Tapi, yang pasti bukan empat tahun la.

“Hafiy takut daddy lepas.” Hafiy pandang ke arah Izz. “Daddy.. jangan la lepas.” Hafiy dah macam nak nangis.

“Mana ada daddy lepaslah. Daddy tengah pegang ni.” Izz yang baru berura-ura untuk lepaskan pegangannya terus tak jadi. Aku ketawa. Kelakar melihat situasi itu. Penyabar sungguh Izz. Kalau aku, rasanya dah lama dah naik suara. Geram!

“Dah.. tengok depan, terus kayuh laju-laju. Mummy nak tengok Hafiy pandai naik basikal. Cepat.. kayuh sampai tempat mummy berdiri ni.” Aku bagi semangat lagi.

Hafiy ikut cakapku. Dia mengayuh basikal ke arahku.

Daddy.. daddy pegang, kan?”

“Ya.. daddy peganglah ni.” Masa tu Izz dah lepaskan pegangannya.

“Cepat, Hafiy. Cuba kejar mummy.” Aku tepuk tangan sambil menambah jarak antaraku dengan Hafiy. Taknak bagi Hafiy berpaling ke belakang.

Daddy.. jangan lepas.” Tak habis-habis Hafiy menyuruh Izz supaya jangan lepaskannya. Tapi, dia tak sedar yang Izz dah lama lepaskan pegangannya.

Daddy tahulah,” jawab Izz. Kaki masih mengejar basikal Hafiy. Bersedia untuk menyambut Hafiy kalau-kalau kejadian yang tak diingini berlaku.

“Hafiy.. Hafiy dah pandai naik basikal,” jeritku sambil menepuk tangan beberapa kali. Terlebih excited la pulak aku ni.

Hoorey.. Hafiy dah boleh naik basikal sendiri.” Hafiy turut gembira bila sedar yang Izz dah lepaskan pegangannya. Izz yang dari tadi berlari mengejar Hafiy pun turut berhenti. Yakin yang Hafiy dah cukup pandai.

“Adoi.. penat daddy ajar Hafiy.” Izz turut senang melihat Hafiy meskipun rasa penat.

Hafiy bukan main seronok lagi. Dia mengayuh basikal mengelilingi kawasan itu. Tak berapa lama lepas tu, Hafiy jatuh basikal.

“Hafiy!” Aku dan Izz sama-sama jerit nama Hafiy. Sama-sama berlari ke arah Hafiy.

Izz angkat basikal yang menindih Hafiy. Hafiy jatuh tertiarap. Aku mengangkat Hafiy sebelum memeriksa keadaan Hafiy. Hafiy dah nangis.

“Hafiy, Hafiy okay?” soalku.

“Sakit..” Dalam air mata Hafiy tunjukkan lututnya yang dah berdarah. Nasib baik sikit je. Aku lap air mata Hafiy.

“Dah.. dah.. jangan nangis lagi. Buruklah Hafiy nangis. Kalau Hafiy nangis, lutut makin sakit. Lepas tu makin banyak darah keluar. Hafiy taknak sakit, kan?” pujukku sambil menakut-nakutkan dia supaya dia berhenti menangis. Entah teori daripada pakar perubatan mana yang aku ambik. Daripada doktor Qisya Iris la, daripada siapa lagi?

Daddy bawak Hafiy masuk dalam rumah ya? Kita letak ubat kat luka tu. Okay, sayang? Jangan nangis lagi. Dah… jom, masuk,” pujuk Izz pula. Tubuh kecil Hafiy yang masih duduk di atas jalan itu didukungnya.

“Sya bawak basikal tu masuk,” arah Izz. Aku cuma angguk.

  ------

“Dah.. siap.” Izz tampal plaster pada luka di lutut Hafiy. Daripada mula-mula Hafiy dibawa masuk sehinggalah Hafiy habis dirawat, kerja aku adalah sebagai pemerhati. Aku hanya memerhati tingkah laku Izz yang membawa kotak first aid, kemudiannya merawat luka Hafiy, kemudiannya memujuk Hafiy supaya menahan sakit dan jangan menangis. Semuanya Izz lakukan tanpa sikit pun rasa kekok dan canggung. Semuanya buatkan Izz terserlah dengan sifat kebapaannya.

Aku pandang muka Izz. Macam yang Hakimi cakap, Izz terlalu baik.

“Dah.. sekarang ni, jom daddy mandikan Hafiy. Hafiy busuklah.” Izz dukung Hafiy.

“Sya.. abang mandikan Hafiy dulu, ya? Tolong simpan kotak first aid, boleh?” Izz mintak tolong aku.

“Hah? Oh, okay,” jawabku gabra. Bimbang jugak dia perasan yang aku sedari tadi lagi dok usha wajahnya.

Izz senyum manis ke arahku. “Thanks.” Izz mendukung Hafiy untuk naik ke tingkat atas. Mata memandang langkah Izz yang semakin jauh.

Fuh, lega! Tak tahu kenapa boleh rasa semput tiba-tiba. Senyuman manisnya tadi, bukan kali pertama aku lihat. Tapi kenapa hatiku berdebar bila tengok senyuman versi pencair hati dia tadi? Aku pegang dadaku. Hati.. jangan kau tergugat! Aku cuba kawal perasaan.

Kembali ke alam yang nyata. Izz memang macam tu. Senyum dia untuk orang lain pun macam tu jugak. Apa ada pada senyuman? Senyuman je pun. Tapi, bukanke a smile is a curve that will bring things straight? Cewah.. mana pulak aku dapat english quote ni? Tiba-tiba je boleh terlintas dalam kepala.

Aku bawa kotak first aid tu ke tempatnya sebelum kepala berkhayal benda lain lagi.

“Ibu, nak masak apa?” Aku soal ibu yang tengah sibuk keluarkan barang dari peti sejuk. Turut membantu seorang bibik Indonesia yang tak pernah aku tengok sebelum ni. Hakimi panggil dia Bik Aini. Pengganti Mak Mah la kut sebab Mak Mahkan sekarang ni bekerja kat rumah Izz.

“Ibu nak masak mi sup untuk dinner malam nanti. Papa tu dah lama mengidam nak makan mi sup.”

“Boleh Qisya tolong?” Aku minta izin daripada ibu. Almaklumlah.. ibukan memang dah hafal dah ‘kepakaran’ aku dalam memasak ni. Sebab tu la kena tanya dulu sebelum bukak langkah. Hehe..

“Boleh.. tolonglah. Tolong potong sayur.” Ibu memberi izin.

Aku patuh. Bekas berisi sayur-sayuran itu aku capai sebelum basuh. Sebilah pisau di dalam bekas pisau aku ambik. Mula dengan sayur sawi, dan kemudiannya kobis dan kobis bunga. Aku potong ikut saiz yang sesuai. Buah tomato pulak aku potong empat.

Seronok jugak masak mi sup. Meskipun cuma jadi assistant berjaya, aku puas hati bila dapat membantu. Kagum aku tengok ibu memasak. Campak itu, campak ini dalam kuali besar. Bila rasa, perghh.. terangkat! Macam chef wo.. Memang thumbs up la.

Memasak benda ni memang kejap. Tak sampai setengah jam pun, sup dah masak. Cuma mi belum dicampurkan lagi. Kata ibu, mi akan dicampurkan bila nak makan nanti. Kalau masukkan sekarang, nanti mi jadi kembang sebab masa makan biasanya lepas maghrib ataupun isyak.

“Terima kasih, Sya,” ucap ibu. Aku senyum. Tak payah nak terima kasih sangat la. Segan aku. Macam la aku ni banyak menolong sangat.

“Setakat Sya potong sayur, tolong jadi tukang kacau, tukang basuh pinggan tu tak payahlah ibu nak berterima kasih. Bukannya berat pun.”

“Ibu berterima kasih bukan sebab tu. Ibu berterima kasih sebab Sya sudi terima Izz dan Hafiy seikhlasnya. Ibu boleh nampak yang Sya dah belajar untuk terima Izz dan Hafiy dengan sepenuh hati.”

Aku terdiam. Sedikit segan. Setakat aku sudi untuk hidup dengan Izz dan Hafiy tu, tak payahlah nak berterima kasih. Sepatutnya aku kena berterima kasih dengan Izz dan Hafiy yang sudi terima aku sedangkan aku dah banyak mengguris hati mereka.

“Sya dah ikhlas, ibu. Jujur.. Sya memang tengah belajar untuk terima Izz sebagai suami Sya sepenuhnya. Tapi, Sya perlukan masa. Soal hati dan perasaan tak boleh dipaksa. Dan sekarang, Sya masih belum cintakan Izz. Perasaan tu belum datang lagi, ibu. Sya pun tak tahu perasaan Izz pada Sya sebenarnya apa.” Aku berterus-terang dengan ibu.

Serius aku tak tahu perasaan Izz padaku apa. Dia selalu cakap dia sayangkan aku. Cintakan aku. Tapi, aku masih tak percaya. Aku takut apa yang Izz cakap semata-mata kerana Hafiy tak mahu lepaskan aku. Ataupun sebab kami dah kahwin jadi dia memang dah setkan hati dia untuk cintakan aku sedangkan sebenarnya mungkin dia cintakan orang lain. Dalam erti kata lain, sebab kami dah kahwin, dia paksa hati dia untuk cintakan aku padahal jika diberi pilihan, mungkin dia takkan memilih aku.

Atau mungkin jugak kalau aku cakap Izz paksa hati dia sebab tanggungjawab dia yang dah menikahi aku?

“Izz baik orangnya..”

Ya.. Izz sangat baik. Terlalu baik yang sebabkan aku rasa bersalah kalau aku pernah menjadi pernghalang cintanya dengan perempuan lain. Perkahwinan yang terjadi mungkin sebab terpaksa. Dan kebaikan Izz jugaklah yang buatkan aku makin lupa tentang punca macam mana kami terpaksa disatukan.

“..Dan ibu rasa yang Izz betul-betul sayangkan Sya. Apa yang naluri ibu cakap, daripada kali pertama Izz jumpa Sya lagi dia dah sukakan Sya,” kata ibu lagi.

Aku tak berani nak komen lagi. Tak mahu isu ni melarat-larat pulak.

   -----

Kali pertama makan malam dengan keluarga Izz. Aku turun awal lepas solat isyak untuk menolong ibu mengangkat pinggan ke ruang makan. Aku tolong sendukkan mi sup ke dalam mangkuk untuk setiap orang. Bau yang menusuk hidung, makin lapar aku jadinya.

Aku mengambil tempat di tepi Hafiy. Izz pulak duduk tepi Hafiy sebelah satu lagi. Maknanya, Hafiy duduk antara aku dengan Izz. Di bahagian bertentangan pulak tempat ibu dan Hakimi.

Lepas semua orang berkumpul, Hafiy baca doa makan.

“Waa.. nenek, sedapnya!” Hafiy hirup kuah sup. Hafiy ni memang. Apa-apa jenis sup dia suka.

“Makan, Qisya. Jangan malu-malu. Sedap tak ibu masak?”

“Sedap, papa,” jawabku jujur. Aku suap sesudu mi ke dalam mulut.

Nampak Hafiy terkial-kial nak kopek kulit udang guna sudu dan garfu.

“Meh mummy kopekkan kulit udang untuk Hafiy.” Aku terus ambik udang dalam mangkuk Hafiy. Macam yang selalu aku buat kat rumah bila makan udang. Tak sampai seminit, aku letakkan balik udang tanpa kulit ke dalam mangkuk Hafiy. Budak tu memang suka udang.

Mummy.. nak udang lagi.” Hafiy buat muka kesian sambil muncungkan mulutnya ke arah mangkukku. Tak cukup lagi? Hafiy.. Hafiy.. suka sangat dengan udang sampai-sampai aku punya pun nak dikautnya sekali?

Tapi tak kisah. Aku bukannya suka sangat pun udang ni. Aku kopek dulu sebelum letak dalam mangkuknya. Aku sambung makan. Ish.. banyak sangat la pulak sayur dalam mangkuk aku ni. Aku kuis-kuis ke tepi.

“Izz..” Dan macam biasalah, mestilah Izz yang aku cari tengah-tengah situasi macam ni.

“Sayur, nak?” Aku tunjukkan mangkukku. Sengih nak ambik hati.

“Tak berubah-ubah. Asyik abang je yang kena habiskan sayur,” rungut Izz. Tapi, tangan tetap sudukan sayur dalam mangkuk aku.

“Tak baik membazir,” balasku. Sengih makin lebar.

“Dah tahu tak baik membazir, bukannya nak belajar makan.” Izz membebel lagi.

“Belum dapat hidayah lagi. Ni.. kat tepi ni, ada lagi,” kataku. Habis licin mangkukku tanpa sayar. Terima kasih pada Izz.

Daddy.. Hafiy pun taknak sayur.” Hafiy pulak menunjukkan mangkuknya.

“Adoi.. sama je la dua orang ni. Kalau macam ni, memang boleh jadi vegie kut!”

Aku dan Hafiy ketawa lepas Izz cakap macam tu. Kelakar. Seronok kami berdua buli Izz. Buli? Teringat pulak kata-kata Hakimi petang tadi.

Bila bangkitkan nama Hakimi, aku bagaikan teringat sesuatu. Ni bukannya rumah kami! Aku pandang depan. Tiga pasang mata tak berkelip pandang kami. Macam tengah tengok filem kat Golden Screen Cinema pun ada.

Huk! Terus terhenti ketawaku. Diserbu perasaan malu tiba-tiba. Macam mana aku boleh lupa yang kami sekarang ada kat rumah ibu? Adoyai.. malu. Malu. Aku buat selamba sebelum suap mi ke dalam mulut.

“Amboi, mesranya! Jealous aku tengok. Bahagia rupanya abang aku sekarang ni. Tak gitu, Qisya?” Hakimi bersuara sambil tersengih.

Aku buat tak layan.
“Elele.. Kak Ngah malu la tu,” usik Hakimi lagi. Nak kena lempang dengan aku agaknya mamat ni. Aku bagi makal botol kicap malam ni baru tahu! Ke nak aku betul-betul letak ubat julap dalam mi dia?

“Dah.. dah.. jangan kacau Qisya makan, Kimi.” Ibu jadi orang tengah.

Tapi.. ibu senyum! Waa.. malunya. Aku jamin semuanya sekepala dengan Hakimi. Tak kisahlah. Sebab.. memang kemesraan tadi, serius aku cakap berlaku spontan seratus peratus. Langsung tiada niat nak berlakon ke apa. Ataupun sengaja nak menunjuk-nunjuk kemesraan depan orang.

--------

Aku masuk awal ke dalam bilik. Perkara pertama aku buat, bukak tudung. Adoi.. sebab serumah dengan Hakimi, aku terpaksa bertudung jugak dalam rumah. Rimas jugak. Tapi, apa boleh buat? Dia bukan mahramku. Kamcing tak kamcing, adik ipar tak adik ipar, aurat kena jaga.

Aku ambik laptop dan duduk bersila atas katil. Ada kerja yang harus aku siapkan. Kena hantar isnin nanti. Memang terkejar-kejarlah aku. Nasib baik kerja kumpulan. Empat orang satu kumpulan. Tugas dah dibahagi-bahagi tapi tetap jugak melambak. Nasib baik la kerja aku dah sembilan puluh peratus siap.

Izz jugak masuk awal. Bila dia bukak laptop, memang aku tahulah dia nak buat apa. Buat kerja dia la tu. Workaholic betul.

“Sya buat apa?”

Assignment. Awak buat apa?”

“Siapkan paperwork. Ada presentation isnin depan.”

Oo..” Tu je yang aku cakap. Sebenarnya aku nak tanya. Penolong pengarah pun kena buat paperwork ke? Kena buat presentation ke? Ingatkan serahkan kepada anak buah je. Tapi, sebab aku malas nak dengar dia berceramah panjang pasal kerja, baik aku jangan bukak mulut.

“Sya stay up ke?” soal Izz lagi.

“InsyaAllah. Sebab kalau boleh saya nak siapkan kerja malam ni jugak.”

“Kalau macam tu, abang pun nak stay up sekali la.”

Aku sambung buat kerja. Aku atas katil. Izz kat sofa. Ketukk.. ketakk.. Bunyi keyboard ditekan je yang kedengaran. Berselang-seli dengan Izz. Senyap antara kami. Masing-masing khusyuk dengan kerja masing-masing.

Lebih kurang dalam pukul sepuluh malam, Hafiy datang ke bilik kami.

Daddy..” panggil Hafiy.

“Kenapa tak tidur lagi ni?” soal Izz.

“Hafiy takut nak tidur sorang-sorang dalam bilik. Ada hantu. Hafiy nak tidur sini, boleh?”

“Ni mesti sebab tengok cerita hantu dengan Pak Su tadi, kan? Kan daddy dah cakap jangan tengok. Degil. Tengok.. dah takut sekarang ni,” bebel Izz.

Mummy.. Hafiy nak tidur sini dengan mummy.” Bila dengan daddy dia tak jalan, dia merengek dengan aku pulak.

Aku pandang Hafiy. Dah siap tarik selimut dengan patung arnab kesayangannya tu, memang dah nekad nak berkampung dalam bilik ni la tu. Memang dah takde harapan dah nak usir Hafiy balik bilik dia melainkan bergegar rumah ni dengan tangisan Hafiy. Percayalah apa yang aku cakap.

Mummy.. daddy.. please.. kali ni je. Hafiy tak pernah tidur sekali dengan mummy, dengan daddy,” rayu Hafiy lagi. Bila Hafiy tayang muka comel dia, ni yang aku lemah ni. Dan aku tahu ni pun kelemahan Izz jugak.

Aku dan Izz berpandangan.

Hmm.. yalah. Malam ni je, tahu?” Izz mengalah akhirnya.

“Dah.. pergi tidur atas katil dulu. Mummy dengan daddy ada kerja nak disiapkan. Don’t disturb us. Understand?” tegas Izz.

Okeh, sir. I won’t disturb both of you. Promise.” Hafiy melompat suka sebelum panjat tengah-tengah katil. Aku mengensot ke tepi sikit, memberi ruang kepada Hafiy untuk tidur. Kepala digeleng-gelengkan beberapa kali. Tak berapa yakin dengan janji Hafiy. Dan aku rasa Izz pun rasa apa yang aku rasa.

Senyap balik bilik tu. Hafiy mengiring ke kiri. Mengiring ke kanan. Kemudian pandang aku.

Mummy..” bisik Hafiy.

“Apa dia?”

“Hafiy bukan nak kacau mummy. Tapi, Hafiy nak tanya soalan.” Nak tergelak dengan Hafiy. Bukan nak kacau, tapi nak tanya soalan. Ada beza ke? Macam-macam budak ni.

“Apa dia?” Aku layan jugak Hafiy.

Mummy malam ni tidur sebelah Hafiy, kan?” soalnya. Pelik bila dia tanya macam tu.

“Kenapa tanya macam tu?”

“Sebab.. kat rumahkan mummy dengan daddy tidur bilik lain-lain. Malam ni, mummy tidur bilik lain jugak ke?”

Erk?! Rasa macam ada mentol lampu kat kerongkong. Tak sangka Hafiy cakap macam tu. Nasib baik kami bertiga je. Kalau depan ibu dengan papa? Mampus aku! Bahaya ni! Aku lupa yang Hafiy ni ada mata dan ada mulut. Aku pandang Izz. Dia pandang ke arah kami. Nampaknya dia dengar pertanyaan polos Hafiy.

Apa aku nak jawab ni?

“Ah.. tiba-tiba rasa mengantuk pulak.” Tiba-tiba Izz bersuara.

Aku pandang Izz. Izz dah tutup laptopnya sebelum atur langkah ke sisi katil. Dia duduk di sebelah Hafiy.

Daddy dah ngantuklah, Hafiy. Kita tidur, jom.” Izz baring sebelum tarik gebar menutupi separuh badannya.

“Sya.. taknak tidur lagi ke?” Izz pandang aku. Isyarat mata supaya aku turut sama tidur sebelum Hafiy jaja cerita macam-macam besok.

“Aa.. ya.. mummy pun ngantuk jugak. Nak tidur.” Aku turut tutup laptopku sebelum letak di atas meja kecil tepi katil.

Aku baring di sebelah Hafiy. Gebar turut ditarik melepasi tubuhku.

Yay.. Hafiy boleh tidur sekali dengan mummy dengan daddy.” Hafiy bersorak.

Good night kiss. Night mummy, night daddy.” Hafiy cium pipi aku dan kemudiannya pipi Izz. Kemudian kami sama-sama cium pipi Hafiy. Macam yang selalu dibuat kat rumah tiap-tiap malam.

Aku betul-betulkan gebar yang menutupi Hafiy.
Mummy dengan daddy tak kiss good night ke?” Nasib aku tak bersilat lepas dengar soalan luar syllabus Hafiy tu. Aku dan Izz saling berpandangan.

“Oh, lupa! Night, Sya,” ucap Izz. Aku tergamam bila rasa bibir Izz menyentuh pipi kiriku lembut. Naik semua darahku ke muka.

Mummy?”

“Hah?”

Aku pandang wajah Izz. Muka aku rasanya dah merah gila sekarang ni, sanggup ke aku nak bagi kononnya good night kiss kat Izz? Tak pernah-pernah aku bagi dia good night kiss sebelum ni, tapi malam ni tiba-tiba pulak kena.

Aku pandang Hafiy. Hai.. terpaksalah..

Good night, Izz.” Aku cium pipi kanan Izz.

Waaa.. aku rasa kaki aku dah takde darah sekarang ni sebab semuanya dah naik ke muka. Memang aku dah tak sanggup nak tengok wajah Izz sekarang ni. Sejarah tercipta! Malam ni merupakan kali pertama bibir Qisya Iris mendarat di pipi lelaki!

Dah, tidur! Aku terus baring dan tutup mata. Semoga salur darah kat muka aku ni cepat-cepat mengecut balik. Yang pasti, aku tak sanggup nak pandang Izz. Aku dan Izz yang kononnya nak stay up, terus syahid sampai pagi.

59 comments:

  1. terbek la.. nak lagi.. xsbr nyer...

    ReplyDelete
  2. sangat best. mau lg. hehe

    ReplyDelete
  3. Hahaha....Ketawa guling2 baca bahagian good night kiss tu. Terbaik la. Bila cerita ni nak di bukukan? Hua.. Antara buku yg mesti beli ni... Sukhe 3x

    ReplyDelete
  4. terbaik...xsaba nk tunggu next bab..:)

    ReplyDelete
  5. Awww..so sweet..sy doakn anjel dapat terbitkan novel ni

    ReplyDelete
  6. thumbs up! nak lagi.. :P

    ReplyDelete
  7. emmmmmm syoknya... **blushing utk line2 terakhir...hikhik**
    nak lagi..=))
    seriously... bca cerita ni.. mcm i pon ada kt situ la... good job.
    _aniesue_

    ReplyDelete
  8. tq sangat2 sebab cepat update n3 kali ni

    ~kak min~

    ReplyDelete
  9. i want moreeeeeee! boleh kencing manis sbb sweet sgt ni. thank you for this sweet entry :)

    ReplyDelete
  10. sweetnye family dia org.....peluk ketat2 Hafiy..hehehe..
    cpt smbng ye..

    ara

    ReplyDelete
  11. hahaha...Haify adalah penyambung kasih sayang Izz dan Sya...bestnya syahid sampai ke pagi lepas kedua-duanya kiss good night. Thanks Anjel, nak lagi.

    ReplyDelete
  12. sweetnya....sambung le lagi

    ReplyDelete
  13. Ha ha ha ...amek ko! Ni mesti Kimi ngan Hafiy punyer plan

    ReplyDelete
  14. bagus juga si hafiy selalu provoke.jgn2 si hafiy bangun tgh malam dan tinggalkan izz berdua dgn sya tak...boleh jadik juga ini idea si kimi.sorry serkap jarang aje ye anjel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xkan la budak kecik nk bgn tgh2 malam,,lau da tido mane nk ingt dunia,,huahua

      Delete
  15. nk lagi.....tak sbar tnggu sps 28.....anjell cepat ya.....

    ReplyDelete
  16. akhirnyaaaa finalllyyyyyyyyyyyyyyyyyyy update jgak.fuhh
    nanak lagiiiiii!!!!!!.aritu tggu nk meroyan jgak lh gamaknye.

    ReplyDelete
  17. sweet sngt!!!!!! nak lgX9999999ribu juta please :)
    -esya-

    ReplyDelete
  18. Go anjel go anjel ! Aja aja fighting ! Best gila , sambung lagi ! Senang cita buad novel terus boleh khatam banyak kali xD

    ReplyDelete
  19. caya la hafiy..

    baek pnya idea..

    ni mst Pak Su dye saje je pasang cite antu kan..

    huhu

    up lg ae anjel..;P

    ReplyDelete
  20. superb .. terbaaek...nak lagi..nk lagi..plisss plisss

    ReplyDelete
  21. best best best....tk thu nk ckp pe...brguling2 sbb ktwa..hahah

    ReplyDelete
  22. alolo.. kesian Hafiy Pak Su marah ye? Hafiy pandai kayuh basikal je tapi tak pandai nak berhenti. comel betul! suka tngok progress sya-izz siap bole kiss goodnight dah ni. agogo izz!!!

    ReplyDelete
  23. Sweet gilerrr.........
    suke sesangat,
    rama2mengepak dlm ati.....
    Hhahahaha.....

    ReplyDelete
  24. Mmg terbaik... Tersenyum bace.....n3 ni. Tq anja

    ReplyDelete
  25. Huaaaa...good night kiss from qisya? Mesti ingatan plg manis utk izz tu. cayalah hafiy! Thanx to hafiy & cerita hantu pak su. Hehehehe

    ReplyDelete
  26. bila cerita ni nak di novelkan..
    x sabr lgi nk tgu

    ReplyDelete
  27. wah...akhirnya ada lg smbungan cita nie.....awak...cpat2 la bwat novel cita nie...x sbar nk bli...

    ReplyDelete
  28. Good jight kiss gitu..tererr la.hafiy ni...smbung kgi kay

    ReplyDelete
  29. heeeeeeeeeee....... comel... goodnite kiss yer sya :D
    -Syira Azmi-

    ReplyDelete
  30. Kuar kn novel la trus, msti laku punye. Cte da best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1000x setuju..

      Hazalina

      Delete
    2. Setuju. Saya compom beli

      Delete
  31. Nak tnya something, and it would be a great honour if u reply me. When EC will be release? 7lelaki tu will be a novel ke cerpen? And, anjell, are u medical student? Nway, welcome back! Heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..i try to answer you n i hope my answer will satisfy you.

      1. for now, i cant promise you when will EC novel be released since i'm putting all of my hard works on finishing EC manuscript. it takes time n maybe long time since my old lappy was stolen.

      2. 7 lelaki is a novel. sekarang blom dpt hidayah lg nk smbung..huhu

      3. Am i a medical student??no comment.hehe..

      Delete
    2. Thanks anjel for make it clear. I think you are med student coz u look like one, ihikk. Ok,wishing u the best of luck!

      Delete
  32. Hafiy memang anak yang terlalu ambil berat dengan mummy dan daddy dia.... hahaha... so sweetttttt...

    ReplyDelete
  33. tolong lah siapa2 usha2kan publisher2... cepat2 kuarkan novelnye..

    ReplyDelete
  34. hafiy da xnakal cam dulu da,,haha..:)

    ReplyDelete
  35. best giler... bila nak sambung nie....
    tak sabar

    ReplyDelete
  36. i was hoping dat any publisher wanna publish dis asap.
    gilerr kau tak bukukan. best siott citer dia.
    nyway writer, itz a good job. keep it up!

    ReplyDelete
  37. anjel bila nk sambung ni.. xsabar la.. huhu

    ReplyDelete
  38. hafiy ni mata2 gelap..keh keh keh

    ReplyDelete
  39. Terbaek arr hafiy....siap afe good night kiss lgi...hehe....
    cpt laa smbg lgi....dh xsbr nie...

    ReplyDelete
  40. omg,,,dorg sgt sweet,,,ske tgk dorg..sgt2 ske...tlg la wt kuar novel nim....bst sgt!!!!!

    ReplyDelete
  41. Comelnya hafiy ><

    -Athirah -

    ReplyDelete
  42. sweet nyeee~ siap ada night kiss la~ hmm.. <3

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )