BAB
18
“Hish..
mana si Luke ni? Orang suruh ambik ais, bukan pergi buat ais. Korek ais kat
kutub utara ke apa?” Tengku Ian membebel sendiri. Pergelangan kaki kanan
disentuh. Auchh… baru terasa bahana jatuh lubang tadi.
Gara-gara
mencari Medina tadi, kakinya dah terseliuh. Lepas jatuh tadi, takdelah sakit
sangat. Ni dah berjam-jam berlalu, makin menyengat pulak. Pergelangan kaki
kanannya pun dah bengkak dan berwarna kebiruaan. Dia pun tak sangka dia mampu
berjalan dengan kaki yang bengkak macam ni. Huh.. buat malu je la jantan terseliuh
kaki!
Kepala
kembali teringatkan Medina. Lega dia melihat Medina selamat tadi. Allah saja
yang tahu betapa bersyukurnya dia bila nampak Medina pulang dengan selamat.
Terlalu bersyukur sampai-sampai dia marahkan Medina yang dah buatkan dia rasa
risau macam ni. Gilakan?
Dia
bukannya apa. Geram! Semua orang di sini risaukan Medina, tapi budak tu seriang
kanak-kanak ribena berseronok. Ada orang ajak pergi jalan-jalan tengah laut?
Huh!
Bunyi
orang berjalan buatkan Tengku Ian berpaling ke belakang. Niat untuk memarahi
Luke yang lambat terbantut bila nampak orang lain depan mata. Medina. Pegun
berdiri di depannya.
Tengku
Ian diam. Tiba-tiba rasa canggung semacam. Medina juga selesa senyap. Cuma mata
melihat pergelangan kaki Tengku Ian yang sedikit kebiruan dan bengkak itu. Lagi
rasa bersalah Medina dibuatnya.
Medina
duduk di depan Tengku Ian. Lelaki itu memandangnya pelik.
“Awak
nak buat apa ni?” soal Tengku Ian.
“Your ankle.. let me treat.”
Tengku
Ian cuma diam. Teragak-agak dia melunjurkan kaki kanannya ke arah Medina.
Medina mengambil seketul ais yang agak besar. Dengan berhati-hati Medina
melakukan urutan ais di tempat yang bengkak itu supaya cepat surut.
“Sakit
ke? I’m sorry.” Medina bertanya
apabila sesekali ada tindakan refleks pada kaki Tengku Ian.
Tengku
Ian tak memberi apa-apa jawapan. Jatuh ego dia kalau mengiakan walaupun memang
kenyataannya sakit. Berdiam itu lebih baik. Hanya mata memandang tindakan
Medina pada kakinya itu. Sekali pun Medina tak pernah mengalihkan pandangan
daripada kakinya. Malukah gadis itu? Atau segan dengannya?
“Saya
nak minta maaf. Sebab saya, kaki awak jadi macam ni.” Medina minta maaf.
Tengku
Ian diam lagi. Tak tahu nak bagi jawapan apa. Malu sebenarnya sebab kaki
terseliuh. Dan malu bila dia terlebih emosi memarahi Medina macam budak
perempuan nak datang bulan tadi.
Dia
marah lagi ke? Kebisuan Tengku Ian mengundang persoalan. Medina tak tahu apa
dalam fikiran Tengku Ian. Tapi dia sedih kalau Tengku Ian masih marahkan dia.
“Saya
tak tahu awak risaukan saya. Maaf sebab dah menyusahkan awak hari ni.”
“Awak
memang tak patut buat macam tu. Perangai awak yang suka merayau-rayau seorang
diri tu dah menyusahkan semua orang. Awak tahu tak kami kat sini macam orang
gila risaukan awak lepas Zuyyin cakap awak kena culik?” marah Tengku Ian.
Medina
diam. Tertunduk dia. Hati terkesan dengan amarah Tengku Ian itu. Sedih. Terasa
kedua-dua mata mula berair. Makin lama, makin banyak. Bila mata dikerdipkan,
laju turun hingga ke dagu. Tak tahu kenapa dia rasa sensitif sekarang ni.
Eh,
dah lama sangat bisu ni! Kebisuan Medina buatkan Tengku Ian tunduk memandang
gadis itu. Tergamam Tengku Ian melihatnya. Walaupun Medina menundukkan
wajahnya, matanya cekap menangkap ada air jernih mengalir di pipi gadis itu.
Medina…
menangis?
“Dee..
awak menangis ke?” Tengku Ian bertanya.
Senyap!
Kau
pun bodoh, Ian. Dah tahu budak tu menangis, lagi nak tanya? Tak pernah lagi
rasanya dengar ada orang mengiakan kalau dia menangis. Jawapan klise pasti
menidakkan walaupun air mata dah mengalahkan air terjun Niagara. Tak pun salahkan
habuk. Kesian habuk kena fitnah.
“Dee..
aw.. awak jangan menangis pulak.” Gabra Tengku Ian dibuatnya. Sampai
tergagap-gagap suara. Haa.. tahu pun kau takut, Ian! Tak payah cakap jangan.
Benda dah jadilah!
Tengku
Ian pandang sekeliling. Takut jugak kalau ada orang lain yang nampak Medina
menangis. Nampak takpe lagi. Takut orang fitnah dia yang buat Medina menangis.
Err.. tapi memang kau pun yang buat dia menangis, Ian!
“Tak..
saya takde niat pun nak marahkan awak. Awak janganlah menangis.” Tengku Ian
cuba memujuk. Tangan mula menggaru kepala yang tak gatal. Kemudian belakang
leher. Kemudian dagu. Haa.. garu, Ian, garu! Kat mana lagi kau nak garu?
Senyap
lagi. Mati kutu Tengku Ian dibuatnya. Nak buat apa lagi? Lap air mata dia?
Gosok bahu dia? Peluk dia? Huh.. itu namanya mintak sepakan percuma. Kut sampai
Pulau Redang free tak bertiket!
“Medina, sit in front of me. Let’s talk heart
to heart,” pujuk Tengku Ian.
Lega
Tengku Ian bila Medina mengikut arahannya. Wajah muram gadis itu direnung
dalam-dalam. Macam tak percaya perempuan hati batu macam Medina pun tahu
menangis. Tapi, kalau dah perempuan tu, perempuan juga. Berjiwa lembut.
Medina
yang perasan dengan renungan Tengku Ian terus mengelap air matanya. Damn! Malunya! Kenapa boleh sampai
menangis ni? Tak berapa stabil pulak hormon dia malam ni. Tak pernah ada
seorang pun yang pernah melihat air matanya. Tapi depan Tengku Ian, begitu
senang ia tumpah.
“Dah
habis menangis dah?”
Rasa
darah naik sampai ke muka. Malu usah nak cakap! Medina cuma berlagak selamba.
“Saya
minta maaf sebab dah buat awak menangis, Medina. Saya tak berniat nak buat awak
sedih. Saya betul-betul risaukan awak,” kata Tengku Ian ikhlas.
Medina
terdiam. Sebab Tengku Ian betul-betul risaukan dialah, dia rasa bersalah.
Selama ini, dia suka buat hal sendiri. Tiada yang ambil berat pasal dia
melainkan Zuyyin. Papa dia sendiri pun kadang-kadang terlalu sibuk untuk
fikirkan dia. Nak harapkan mak tiri dan kakak tiri dia tu? Huh.. babun dah
bertanduk pun, belum tentu benda tu jadi!
“Saya
tak sangka orang luar macam awak pun risaukan saya,” luah Medina. Dia tak suka
orang lain risaukan dia. Tapi, apa yang dia boleh buat kalau ada orang risaukan
dia? Perasaan bersalah tu pasti wujud, seakan-akan dia telah mengecewakan orang
lain yang mengambil berat tentang dia. Tak suka, tapi terharu.
“Saya
bukan orang luar, Dee. Saya kawan awak. Sayakan selalu kata saya ikhlas
berkawan dengan awak. Dah tentu saya risau kalau apa-apa jadi kat awak. Apa
awak ingat saya ni main-main ke? Bila dengar Zuyyin cerita awak kena culik,
awak tahu tak perasaan saya masa tu? Saya takut. Takut kalau awak kena apa-apa.”
“Saya
dulu pernah kena culik, Dee. Masa tu saya baru balik dari tadika. Ada orang
tarik saya masuk ke dalam van. Kemudian saya dibawak ke tempat yang saya
sendiri tak tahu kat mana. Penculik-penculik tu mintak tebusan satu juta. Saya
masih dapat ingat lagi kata-kata penculik tu. Bunuh saya lepas mereka dapat
duit.” Tengku Ian mula bercerita.
“Allah
panjangkan nyawa saya, Dee. Saya diselamatkan oleh polis. Pegawai polis yang
cuba lindungi saya cedera parah sebab kena tikam. Penculik-penculik tu kena
tangkap. Ada yang mati kena tembak depan mata saya. Awak tahu tak perasaan bila
saksikan orang kena bunuh depan mata? Darah merata-rata.”
Walaupun
peristiwa itu dah lama berlalu, Tengku Ian masih ingat dengan jelas. Rasa
seperti baru semalam semuanya terjadi. Kerana peristiwa itulah dia berubah
menjadi sangat pendiam dan fobia dengan dunia luar. Sehinggakan kedua-dua orang
tuanya memutuskan untuk berhijrah ke luar negara untuk mencari persekitaran
baru.
Kemudian
muncul Farizzam dan Ayana dalam hidupnya. Kehadiran mereka berdua sedikit
sebanyak mengembalikan diri Tengku Ian yang lama. Perlahan-lahan dia lupakan
peristiwa itu. Perlahan-lahan dia mula bergaul dengan dunia. Ketika itu, cuma
Farizzam kawannya. Cuma Farizzam yang dia percaya.
Dia
hampir-hampir lupakannya, sehinggalah hari ini. Peristiwa Medina diculik
mengembalikan ingatannya. Semuanya ada hikmahnya. Dia gerun bila ingatkan
semuanya, tapi sekurang-kurangnya dia tahu dia dah mampu untuk menanggani
trauma itu.
“Macam
drama, kan? Tapi itulah yang saya alami. Saya cuma taknak awak rasa apa yang
saya rasa, Dee. Ni bukan drama. Bila kena culik, ada hero nak datang selamat.
Sekelip mata, nyawa di hujung pedang,” bicara Tengku Ian lagi.
Medina
cuma mendengar. Tak sangka lelaki di depannya itu punya zaman kanak-kanak yang
menakutkan. Dia bersyukur dia selamat. Dia bersyukur kerana tidak merasai apa
yang Tengku Ian pernah rasai dulu.
“Sekali
lagi saya minta maaf.” Tiada apa yang Medina boleh katakan selain maaf.
“Saya
harap ni kali pertama dan terakhir awak buat macam ni. Jangan buat orang yang
kisahkan awak risau, Medina. Lepas ni, awak kena janji yang awak akan ke
mana-mana berteman. Sekurang-kurangnya dengan Zuyyin.” Lembut suara Tengku Ian.
“Saya
janji.” Macam tak percaya, Medina berjanji dengan Tengku Ian.
“I’m just deeply grateful that you are safe.
And now, confide in me, Medina. What
happened? Tell me the whole story,” pinta Tengku Ian.
Medina
agak keberatan. Perlu ke dia panjangkan isu ini?
“Itu
pun kalau awak anggap saya sebagai kawan awak. Atau memang awak sengaja
suka-suka buatkan kami kat sini risaukan awak?” duga Tengku Ian pula.
“Darius.
Dia yang bawak saya ke tengah laut. Mungkin dia tahu saya takkan setuju kalau
dia ajak saya, sebab tu dia guna cara aneh sikit nak ajak saya. Ya.. memang
bukan keinginan saya untuk ikut dia. Apa yang Zuyyin nampak tu memang betul,”
cerita Medina.
“Darius?”
Tengku Ian sedikit terkejut. Naluri lelakinya tak pernah silap. Lelaki itu
mempunyai minat pada Medina. Tapi, kenapa Medina? Dah makan penumbuk pun masih
tak serik-serik lagi ke?
“Awak
patut laporkan pada polis.”
------------
Laporkan
pada polis? Terngiang-ngiang lagi cerita Darius petang tadi.
“Puteri.
Puteri yang cadangkan supaya saya culik awak. Sebab dia cakap awak budak degil.
Cara biasa tak boleh tundukkan awak, sebab tu saya kena bawak awak ke tengah
laut.”
Sebab
tu dia tak boleh laporkan kepada polis. Sebab nanti akan libatkan keluarga dia
juga kalau Darius bukak mulut. Semuanya idea Puteri tak guna tu! Oh, jangan
risau! Dia awal-awal lagi dah buat perhitungan dengan Puteri. Sebaik sahaja dia
tinggal berdua dengan Puteri, terus saja dia heret Puteri. Tangan dah
hampir-hampir nak cekik minah tu tadi.
“Berani
kau ajar Darius benda-benda mengarut macam ni? Kalau kau tu bukan anak tiri
papa, memang aku dah lapor kau kat polis, tahu? Biar kau busuk dalam penjara.”
“A..aku
tak sengaja. Dia asyik tanya aku macam mana nak rapat dengan kau, aku suruh je
la dia culik kau. Aku tak maksudkannya pun. Aku sendiri tak sangka dia
betul-betul culik kau.” Tergagap-gagap Puteri menjawab. Muka pun dah pucat.
“Ni
nasib baik aku hidup, tahu? Kalau aku mati, memang suka la kau, kan? Aku bagi
amaran kat kau, Puteri. Sekali lagi kau racun fikiran budak tu, kau jangan
ingat aku nak duduk diam!” Medina bagi amaran. Ikutkan hati, nak je cekik
sampai biru!
“Hei,
lepaslah!” Medina tolak tangan Medina. Pura-pura tak gerun dengan pandangan
Medina yang macam hujung pedang tu. Tajam menusuk ke jantung!
“Bersyukurlah
kau sebab kau anak tiri papa aku!”
----------------
“Medina!”
Tengku Ian petik jari untuk menyedarkan Medina yang nampak mengelamun itu. Ke
mana dah budak ni pergi? Takkan ke tengah laut lagi kut?
Medina
yang tersedar terus pandang Tengku Ian. Hilang Darius, hilang Puteri. Hanya raut
tampan Tengku Ian di depan mata. Medina geleng kepala.
“Saya
taknak panjangkan hal ni. Nanti semuanya lebih complicated. Saya selamat. Lagipun Darius tak buat apa-apa pun
tadi. Macam yang saya cakap sebelum ni, dia cuma nak ajak saya jalan-jalan.
Saya tak rasa dia ada niat jahat sebenarnya,” kata Medina sekadar untuk menutup
cerita. Apa yang dah berlaku antara dia dan Darius petang tadi, biarlah rahsia.
“Are you sure?” Tengku Ian meminta
kepastian.
Medina
angguk.
“Pasal
cerita zaman kanak-kanak saya tu, saya harap awak rahsiakan daripada orang
lain,” kata Tengku Ian.
Medina
pelik tapi cuma akur. Mungkin Tengku Ian tak mahu orang lain tahu tentang
peristiwa hitam itu. Mungkin risau ada yang mengambil kesempatan.
“Dan
saya pun berharap awak tak cerita kat siapa-siapa pasal apa yang saya cerita tadi,”
pinta Medina pula. Tiada siapa yang tahu melainkan Tengku Ian. Pada Zuyyin pun
dia tak cerita. Apatah lagi papa.
“Saya
takde hak nak cerita kat orang lain. Cuma.. sekarang ni, awak okey?” Prihatin Tengku
Ian bertanya. Naik angin punya pasal, dia lupa nak tanya keadaan Medina setelah
balik dari menghilang tadi.
Sekali
lagi Medina angguk. Dia okey. Cuma penat sikit. Lama berjuang kat tengah laut
tanpa makan dan minum.
“Kesian
awak seharian terperangkap kat tengah laut tu. Awak dah makan?” soal Tengku Ian
lagi.
Kali
ni Medina menggeleng. Rasa lapar tengah laut tadi terus hilang lepas Tengku Ian
marahkan dia. Apatah lagi melihat kaki Tengku Ian yang cedera. Dia risau.
Selepas
membersihkan diri dan solat tadi, dia terus cari Tengku Ian. Kebetulan dia
terjumpa dengan Luke dan Lukelah yang memberitahu tempat ni kepadanya. Bila dia
cakap dia nak rawat Tengku Ian, Luke pandang dia semacam sebelum bersetuju. Sempat
nampak senyum nakal lelaki itu sebelum dia berlalu tadi. Malas Medina nak
layan.
“Jom..
saya temankan awak makan.”
“Eh..
eh.. tak payahlah. Kaki awak..” Medina cuba menghalang.
“Alah..
ni sikit je la. Jomlah, kita makan, ya? Saya pun sebenarnya lapar jugak. Tadi tak
rasa nak makan. Sekarang baru ada selera nak makan,” ajak Tengku Ian. Ya.. hipotalamus
kembali berfungsi lepas nampak Medina selamat. Sejujurnya dia pun tak makan sejak
Medina hilang tadi.
“Kalau
macam tu, biar saya balut kaki awak dulu.”
“Eh,
takde luka, buat apa nak balut?” Tengku Ian pelik.
“Amboi..
ingat balut ni untuk luka je ke? Saya nak balut sebab nak bantu bengkak kat
kaki awak tu supaya cepat surut. Ini namanya compression bandage,” jawab Medina.
Macam
tu ke? Tengku Ian cuma diam. Cuma mata melihat tangan Medina yang ligat membalut
kaki kanannya itu. Setelah siap, Tengku Ian membelek-belek kakinya itu. Lawa balutan
Medina. Selesa pun selesa. Tak ketat sangat, tak longgar sangat.
“Cantik
awak balut. Ada seni,” puji Tengku Ian.
“Tengok
kakilah.” Medina ketawa. Tangan buat kerja, kaki yang dapat nama? Haish!
“Nanti
kalau saya nak solat, macam mana saya nak balut balik?” soal Tengku Ian.
Medina
baru terfikir. Ya tak ya jugak.
“Hmm.. awak boleh panggil saya untuk bandage kaki awak. Kita jumpa kat sini,”
putus Medina.
“Atau
awak nak saya ajarkan pada Luke atau Ku Zam?” soal Medina lagi. Manalah tahu Tengku
Ian tak selesa dengannya. Lagipun senang. Dalam bilik pun boleh buat.
“Awak
lagi better kut,” jawab Tengku Ian. Bila
lagi nak ambil kesempatan kalau bukan dalam kesempitan? Iya dak? Haha. Kira berbaloilah.
Kaki dapat sakit, tapi dia dapat dekat dengan Medina.
“Hmm.. okey.” Medina bersetuju tanpa
mengesyaki apa-apa.
“Nanti
setiap dua jam, awak boleh letakkan ais lima belas minit kat kaki awak. Sebelum
tidur lepas ni, kalau boleh awak letak la kaki kanan awak ni tinggi sikit. Nak bagi
bengkak cepat surut. Lepas tu makan Panadol untuk ubat tahan sakit.” Medina memberi
nasihat.
“Okey.”
Apa-apa saja asalkan dia tak payah jumpa doktor. Malas!
“Kaki
awak sekarang ni sepatutnya kena berehat.” Medina mahu Tengku Ian berfikir sekali
lagi.
“Takpe..
awakkan ada. Nanti awak boleh treat
kaki saya lagi, kan?” Tengku Ian sengih.
Malas
Medina nak layan! Kalau tak, elok kaki mamat tu tak bertongkat, tak pasal-pasal
kena tempah tongkat besok.
“Kita
nak makan kat mana ni?” soal Medina sambil mengemaskan barang-barangnya.
“Haa..
saya ada tempat baru yang kita boleh try.”
Medina
bulatkan matanya. Lagi? Hmm.. ayuh
jalankan misi jalan-jalan cari makan!
“Jomlah..
saya lapar gila sekarang ni!” Tengku Ian bangun.
Haish..
mamat ni! Tak padan dengan kaki sakit. Perut tetap nombor satu!
Yeayyyyyy patutlah harini rasa mcm nak bukak blog ni je. Tak sia sia habiskan masa baca cerpen tadi ekekeke
ReplyDeletewaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhh
ReplyDeleteIsskk..pendek plak entry nih..hihii
ReplyDeleteYesss..rasa mcm pendek jer..best sgt2ventry ni Anjell!! Akak sukaa!!
ReplyDeletebest sgt..
ReplyDeleteThanks anjell best sgt part ni....
ReplyDeletewahhh......harap2 aman lah dua org nie...
ReplyDeleteThank u best sgt
ReplyDeleteharap part selepas ni ada ayat2 cinta utk medina
n3 yg sentiasa ditunggu…semoga dipermudahkan segala usaha anakanda anjel untuk menyiapkan mss ni.
ReplyDeleteEven entry ni pendek sikit, but srsly kelakar gila ayat sarkastik sis :'''')
ReplyDeleteError..Medina tolak tangan Medina..?
ReplyDelete