BAB
8
Bunyi
kerusi ditarik di depannya buatkan Medina panggung kepala. Nampak seorang
lelaki berkaca mata hitam duduk didepannya. Tak sampai tiga saat, nampak bibir
merah lelaki itu tersenyum manis kepadanya. Siapa gerangan lelaki itu, tak
dapat diagak Medina.
Lelaki
itu menanggalkan cermin mata hitamnya sebelum diletakkan di atas meja.
“Awak,”
sebut Medina. Bukan soalan dan bukan juga ayat seru. Hanya pandang wajah kacak
Tengku Ian yang tengah senyum lawa ke arahnya.
Medina
pandang belakang Tengku Ian. Manalah tahu ada orang lain yang bakal menyertai
mereka. Tapi takde pula nampak orang lain yang masuk restoran Nando’s ni datang
meluru ke arah meja mereka.
“Sorry, I’m late. Sesat.” Tengku Ian
minta maaf.
Tanpa
Farizzam yang jadi Encik Driver dia, payah juga Tengku Ian. Nak ke sini pun
kena pakai khidmat adinda GPS. Padahal datang ke Mid Valley Megamall je pun.
Siapa je tak tahu ke sini kalau duduk di Kuala Lumpur ni?
Nak
cari Mid Valley ni satu hal. Nak cari restoran Nando’s yang cik adik depan dia
ni tentukan pun satu hal juga. Adalah dua kali tawaf sebelum jumpa. And at last, I’m here. Tengku Ian puas
hati.
“Sesat?”
Medina pandang pelik pada Tengku Ian.
Tak
tahu nak percaya ke tak alasan Tengku Ian tu. Huh.. lelaki kalau dah lambat,
memang banyak je alasannya. Takkan sesat kut padahal dia yang beria-ia nak
jumpa di Mid Valley ni. Medina cuma cadangkan restoran Nando’s bila Tengku Ian
bertanya di mana mereka boleh berjumpa.
“Well.. I’m not that familiar with this place.”
Tengku Ian senyum lagi. Tak tahu Medina percaya kata-kata dia ke tak. Tapi,
memang itulah kenyataannya.
Hidup
kat Pluto ke apa mamat ni? Mid Valley pun tak biasa. Ke sebab dia pilot, dia jarang keluar? Yalah.. dalam
sebulan, agaknya berapa kali sangat la dia duduk kat Malaysia ni. Atau mamat ni
bukan kaki jalan? Tapi, melihat gaya Tengku Ian, macam tipu je kalau tak suka
berjalan.
“Kenapa
awak nak jumpa saya?” Medina terus tanya. Sebab soalan tu la, Medina gigihkan
hati jumpa Tengku Ian. Ikutkan hati memang malas. Tak pernah dibuatnya, keluar
dengan lelaki yang baru dikenali tak sampai sebulan. Berdua pulak tu!
“Kalau
ya pun cik adik, kita makanlah dulu. Saya lapar sangat. Okey?”
Tak
tahu dah Medina nak cakap apa.
------------------
“Awak
ke yang call papa saya semalam?” soal
Medina lagi. Selagi tak dapat jawapan, jangan haraplah ayam depan mata tu boleh
masuk mulut.
“Papa
awak cakap siapa?” Tengku Ian tak terus menjawab tapi siap berteka-teki dengan
Medina. Dah lama tak main teka-teki jawapan mudah ni. Haha.
“Ku
Zam.”
“Then, it was Ku Zam,” jawab Tengku Ian
mudah.
“Tapi
mana dia hari ni? Kenapa awak yang jumpa saya?”
“Kecewa
ke awak jumpa saya, bukan Ku Zam?” uji Tengku Ian.
“Kenapa
saya nak kecewa? Saya cuma tanya sebab papa sebut pasal Ku Zam.”
Tengku
Ian cuma senyum.
“Well, Ku Zam atau saya, we are one. Zam takde. Dia overseas,” jawab Tengku Ian. Rasanya
dalam ayatnya tu, takde satu pun kenyataan menipu.
“So, yang call semalam?” Medina tanya balik. Macam jadi isu dunia kalau tak
tahu siapa.
“Ku
Zam. ”
“Yang
nak jumpa saya hari ni?”
“Ian.”
Huh!
Mendengus sekejap Medina dengar jawapan Tengku Ian. Dia ditipu ke? Ke cuma dia yang
rasa tertipu? Ke ada yang sengaja menipu? Haish..
apa ni? Bina ayat guna imbuhan untuk ‘tipu’ ke apa?
“Awak
tahu apa yang Ku Zam cakapkan dekat papa saya semalam?”
Tengku
Ian jongket bahu.
“Business matter, perhaps.” Tengku Ian
malas nak mengulas panjang.
Dalam
hati dia senyum. Tak payahlah Medina tahu macam mana dia mengubah mood Datuk Azizan dengan hanya bercerita
pasal business. Pasal kerjasama
mereka yang bakal terikat beberapa bulan lagi. Sempat juga bercerita betapa
gembiranya dia kerana dapat berbual dengan Medina semalam. Menyatakan Medina
adalah kawan pertama dia di Malaysia ni dan berharap Medina akan terus berkawan
dengannya.
Dan
Datuk Azizan hanya tergelak mendengar ceritanya. Daripada telinganya semalam,
dia dapat rasakan Datuk Azizan begitu senang hati dengannya. Well.. itu adalah kemahiran Tengku Ian.
Siapa je yang tak sukakan Tengku Ian?
“Awak
ikut tak tips saya semalam?” soal Tengku Ian pula.
Medina
cuma diam. Oh.. tips tak berapa cerdik tu ke? Tapi tips tak berapa cerdik tu la
yang dia ikut. Angguk walaupun dia pun tak tahu kenapa dia teringatkan
kata-kata Tengku Ian semalam? Itu nak mampus namanya. Akhirnya Medina
membiarkan persoalan Tengku Ian sepi.
Melihat
Medina membisu, Tengku Ian dah dapat agak jawapannya. Kemudian Tengku Ian ketawa.
“Mesti
awak ikut apa yang saya cakap semalam kan? That
when you thought of me, then I’d come to save you. Then, awak tak kena marah, kan?” Makin seronok Tengku Ian ketawa.
“Haha..
tak kelakar ke?” soal Tengku Ian bila nampak muka tak berperasaan Medina depan
matanya.
“Kelakar..
kelakar sangat sampai chicken wings
yang dengar ni rasa nak berjoget kuda kepang satu round,” balas Medina geram.
Okey..
itu kelakar! Tengku Ian gelak lagi lepas Medina habis bercakap.
Panas
je hati yang tengok gelak ikhlas Tengku Ian yang tak tahu gelakkan apa itu.
Entah bahagian mana yang kelakar, Medina pun tak tahu.
“So, kenapa awak nak jumpa saya?”
“Temankan
saya makan. Saya bosan. Dah beberapa hari saya makan sorang-sorang.”
Serius
jawapan tu buat Medina rasa nak lancar pisau masuk kerongkong mamat tu. Seru
nak jumpa aku sebab dia bosan? Kau ingat aku dayang, kau Parameswara?
“Saya
takde masa kalau setakat nak temankan awak makan. Ingat saya ni apa? Girlfriend awak?” sinis Medina. Masam
mukanya.
Tengku
Ian senyum segaris. Cik adik kita ni, kalau tak tayang muka ketul ais dia tu,
mesti muka jeruk. Alahai.. mesti lawa muka dia kalau dia senyum. Cuba senyum
sikit. Mahu rebah abang yang tengah lap meja sebelah ni. Payah betul nak tengok
seorang Medina ni senyum manis.
“Anyway, berminat ke nak jadi salah
seorang?” Tengku Ian sengaja memancing. Berani potong jari la kalau perempuan
depan dia ni jawab ya.
Medina
gelak sinis. Salah seorang? Nampak bebeno
kaki pelayar kaki sepanar mamat ni. Tapi, tengok muka kacak maut Tengku Ian,
yang taknak jadi kaki perempuan pun boleh tumbuh satu kaki.
“Saya
ni tak cukup umur lagi. Mana layak nak jadi salah seorang kekasih lelaki tua
macam awak ni.” Disebutkan jelas tanpa dengung masa sebut perkataan ‘salah
seorang’ tadi.
Lelaki
tua macam awak ni? Haha. Serius Tengku Ian gelak bebas. Bagi orang lain,
mungkin agak menyakitkan hati. Tapi yang anehnya, dia rasa kelakar.
Haish..
mamat ni, gelak lagi! Tak gelak, senyum. Tak senyum, sengih. Terlebih endorphin
ke apa dia ni? Sakit je hati tengok muka ceria Tengku Ian. Macam takde masalah
langsung.
“Kalau
adik? Awak nak jadi adik saya? Saya takde adik perempuan.”
Kali
ni Medina pula yang ketawa. Entah kenapa dia rasa sangat lucu.
Tengku
Ian pula cuma senyum bila melihat ketawa Medina. Entah kenapa dia rasa gembira
melihat Medina ketawa.
Haa..
kan baru cakap tadi. Mesti Medina nampak cantik kalau senyum. Itu senyum. Ni
ketawa, lagilah. Betullah apa yang dia cakap tadi. Budak lelaki sebelah yang
tengah lap meja pun dah jeling lain macam dah kat Medina.
“Saya
tak teringin pun nak ada abang.”
Dalam
mimpi pun tak! Cukuplah ada kakak yang tak cukup sifat sekor kat rumah. Jangan
nak sesakkan neuron fikirkan pasal abang. Abang? Dalam hidup dia, mana pernah
panggil lelaki abang. Geli je!
Tengku
Ian turut senyum mendengar jawapan Medina. Dia pun memang tak berniat nak
jadikan Medina adik. Daripada jadi adik, baik dia jadikan…
Tengku
Ian senyum lagi.
“Then kita kawan.”
“Siapa
nak kawan dengan awak?”
Tak
malu betul lelaki ni. Nak kawan dengan orang tak sudi. Bila fikirkan balik,
macam manalah dia boleh terjebak dengan Tengku Ian ni? Huh.. Medina mengeluh
lagi.
“Hai,
susahlah. Girlfriend taknak, adik
taknak, kawan pun taknak. Habis nak jadi apa?”
“Tak
payah jadi apa-apa. Tak payah jumpa dah lepas ni. Tak payah kenal dah,” kata
Medina.
Memang
dia nak putuskan semuanya. Buat-buat tak kenal Tengku Ian. Entah kenapa dia
rasa Tengku Ian bakal bagi masalah besar padanya kalau dia makin mengenali
lelaki itu.
Tengku
Ian tak jawab apa. Cuma senyum sambil geleng-geleng kepala. Never happen, lady. Suka atau tak, kita
dah terikat dalam banyak cara. Balik-balik, muka handsome saya ni juga yang akan awak jumpa.
“Senyum
kenapa?” Medina dah pandang lain macam. Musykil betul!
Haila..
nak senyum pun dah macam satu jenayah kalau dengan budak ni. Tengku Ian pandang
Medina yang masih belum menyentuh makanannya.
“Saya
tahu kita jadi apa. Awak Cinderella, dan saya Prince Charming.” Dan kemudian
Tengku Ian gelak.
Terus
masam muka Medina. Prince Charming hotak hang! Nak tahu tak, yang ada satu
babak dalam cerita Cinderella yang penulis atau pengarah cerita tak pernah
ceritakan? Nak tahu babak apa? Babak Prince Charming mandi Iced Americano.
Tangan
terus capai Iced Americano depan mata. Daripada dengar gelak ikhlas Tengku Ian,
baik dia basahkan tekak.
Huh..
makan lagi bagus!
-----------------
“Medina,”
panggil Tengku Ian kuat.
“Medina!”
Kali ni lagi kuat. Sampaikan orang yang tak bernama Medina pun turut berpaling.
Laju kaki Tengku Ian menyaingi langkah Medina.
Haish…
Medina ni, boleh pulak ajak aku marathon tengah-tengah Mid Valley ni? Tengku
Ian mengatur nafas bila dia berjaya menyaingi langkah Medina. Semput paru-paru
dibuat Medina ni. Mana taknya, pusing je tadi, terus lesap bayang Medina.
“Nak
apa lagi? Kan patik dah temankan Tuanku santap tadi. Apa lagi yang Tuanku nak
ni?” sinis Medina.
“Jom.
Temankan saya shopping.”
Ewah..
selambanya dia. Macam aku dengan dia ni dah kamceng empat belas tahun gayanya!
“Why should I?”
Tengku
Ian senyum.
“Because you have to do me a favor since I’ve
saved you.”
“Yang
selamatkan saya, bukan awak. Tapi Ku Zam. Bajet Captain Avenger ni, apa kes?”
bidas Medina geram. Tak sedar yang dia sedang mengakui yang Tengku Ian
selamatkan dia.
Captain
Avenger? Gelak lagi Tengku Ian bila dengar lawak Medina.
“Well.. since Ku Zam takde, saya wakil
dia. Jom, temankan saya shopping. Please?”
pinta Tengku Ian lagi sekali. Kali ni pandang Medina dengan muka kesian.
“Awak
nak ke mana?”
Arghh…
macam tak percaya dia tanya soalan tu pada Tengku Ian. Medina.. mengalah?
Dan
Tengku Ian senyum lebar bila mendengar soalan itu.
-------------
Betul-betul
azan maghrib berkumandang, Medina tiba di rumahnya. Masuk je satu kaki ke dalam
rumah, dah nampak susuk ibu dan kakak tiri yang tengah duduk di atas sofa mahal
rumah mereka. Dan bila nampak dia, kedua-duanya serius memandangnya.
“Hai,
baru balik, ma. Macam ni la kalau perempuan baru jumpa jantan. Maghrib baru
ingat rumah.” Baru je balik, telinga Medina dah pedih kena sindir.
Huh..
dia tak patut balik lagi. Patutnya dia dan Tengku Ian habiskan masa sampai
malam. Tak pun besok baru balik rumah. Dia rela layan Tengku Ian yang selalu
naikkan darah dia dengan usikan daripada duduk kat rumah ni melayan dua orang
manusia yang tak boleh tengok dia senang. Ada hikmahnya rupanya dia temankan
Tengku Ian tadi. Dalam diam, dia berterima kasih dengan Tengku Ian. Sedar tak
sedar, Tengku Ian selamatkan dia lagi.
Tapi,
bila kena sindir depan-depan ni, bukan Medina la kalau tak menjawab.
“Mesti
la. Jantan hot kut! Ikutkan hati,
memang Ku Zam nak habiskan masa sampai malam dengan aku. Aku baru cadang nak
ajak dia pergi clubbing. Nampak kau
seronok keluar clubbing malam-malam. Aku
pun nak try jugak. Mana la tahu,
kut-kut ada peluang nak menari tiang,” jawab Medina selamba. Keluar dengan Ian,
petik nama Ku Zam pun boleh, Medina. Huh.. peduli apa aku! Janji lepas!
Menggelegak
darah Puteri yang mendengar. Baru nak sakitkan hati Medina, balik-balik dia
yang sakit hati. Lagi menyakitkan hati bila Medina keluar dengan Ku Zam. Lelaki
baru pujaan dia.
“Tapi,
aku je yang malas. Well.. lain kali
masih ada,” sambung Medina.
“Kau
ingat ada lain kali ke?” sinis Puteri. Jangan haraplah dia nak kasi can pada
Medina lagi. Kali ni, kalau bukan sebab papa, jangan haraplah nak jumpa Ku Zam.
Lain kali, dia akan pastikan dia yang berpeluang jumpa Ku Zam.
“Kenapa
takde lain kali pulak? Kalau kau nak tahu, Ku Zam baru je pasang niat nak
dating kali kedua dengan aku. Aku, faham?” ejek Medina pula. Puas hati bila
nampak muka singa Puteri.
“Ma..
tengok dia ma..” Si anak mula mengadu.
“Arghh.. penatnya badan. Letih betul
jalan dengan orang hot ni.” Sebelum
dua singa bergabung, baik dia cabut. Medina mula melangkah ke arah tangga.
“Malam
ni, mesti mimpi muka handsome dia.
Indahnya dunia ni!” kata Medina lantang ketika naik tangga. Sengaja nak suruh
orang tingkat bawah dengar.
Puas
hati tak terhingga bila dengar suara Puteri mengadu macam-macam kat mama dia.
Tak puas hati dan dengki dengan Medina. Lepas ni, mesti ada je yang diatur oleh
dua tukang planner terhebat tu. Sama
ada strategi nak pikat Ku Zam. Ataupun strategi nak kenakan dia.
Haha.
Ada aku kisah? Lantaklah. Bukannya dia dan Ku Zam ada apa-apa. Tapi, seronok
juga kenakan minah tu. Jual nama Ku Zam semata-mata nak Puteri naik angin.
Alah.. bukannya dia tahu pun!
--------------
“Amboi,
baru nampak muka. Seronok dating dengan Ku Zam?” tegur Zuyyin bila Medina
datang melepak di biliknya malam tu. Nampak muka Medina dengan pajama dia ni,
memang petanda budak tu tidur sini la tu.
Soalan
Zuyyin buatkan Medina cebikkan bibirnya. Dating? Banyak macam nak berperang je
tadi sebenarnya. Tapi, layan Tengku Ian kadang-kadang boleh buat dia gembira.
Mula-mula memang rasa nak balik kasut kat mamat tu. Tapi lama-lama, dia rasa
memang Tengku Ian suka mengusik orangnya. Sikit-sikit gelak. Sikit-sikit
senyum. Sikit-sikit sengih. Manis.
Haish…
apa aku ni? Dah terpuji mamat terlebih endorphin tu kenapa? Ni Zuyyin tahu,
mahu sampai subuh dia gelak. Selalu Zuyyin kutuk dia muka takde perasaan. Dia
bukan takde perasaan. Tapi kadang-kadang perasaan tu kena tutup supaya orang
tak nampak apa yang dia rasa. Sebab dia lalui banyak benda. Dan dia tak rasa
nak cakap kat semua orang apa yang dia lalui melalui air mukanya.
“Mana
ada aku jumpa Ku Zam la. Aku jumpa abang angkat dia,” jawab Medina mendatar.
“That hot guy? Yang semalam tu kan?”
Zuyyin dah teruja.
“Yang
kau terlebih excited ni kenapa?”
Medina pelik.
“Dia
handsome wei. Mana aku tak excited? Duduk sepuluh batu semalam pun
aku boleh rasa aura dia.”
“Ya..
sebab rasa aura dia dari sepuluh batu tu la, seminit baru kau perasan dia wujud
lepas kau dah cerita macam-macam semalam, kan?” sindir Medina.
Tersengih-sengih
Zuyyin bila Medina mengungkit.
“Sorry la weh.” Zuyyin minta maaf.
“Cerita
la lagi. Apa jadi tadi?” Zuyyin betul-betul berminat nak tahu apa yang Medina
dan Tengku Ian lakukan tadi.
Apa
yang jadi tadi?
“Jalan
jauh-jauh dari saya boleh tak?” marah Medina bila Tengku Ian menempel dekat
dengannya. Geram betul Medina.
“Kenapa
saya kena jalan jauh-jauh pulak?” Soalan dari Tengku Ian.
“Sebab
saya tak suka. Awak tu lelaki, saya ni perempuan. Kalau nak jalan dekat-dekat,
letak kayu kat tengah-tengah.”
“Mana
ada dekat. Kita jalan je la. Bukannya pegang tangan.” Menjawab pula Tengku Ian.
Sebab
jalan la aku cakap macam ni. Kalau dah pegang tangan, memang dah sampai basement aku terajang!
“Tetap
tak suka. Saya tak pernah keluar berdua dengan lelaki. Ni kali pertama,” akui
Medina. Dan dia nampak muka terkejut Tengku Ian. Tak percaya agaknya. Tapi tu
la kenyataannya. Kalau keluar dengan lelaki biasanya dalam kumpulan.
Dan
lepas tu, Tengku Ian dah jalan agak jauh darinya.
“Jadi
apa?” soal Medina buat-buat tak faham dengan soalan Zuyyin.
“Apa-apalah.
Takkan kau senyap je kut sepanjang keluar dengan dia. Dari pagi sampai
maghrib.”
Senyap?
Bukan senyap, tapi sampai tahap malas nak melayan Tengku Ian.
“Tak
jadi apa-apalah. Keluar makan, temankan dia shopping.
Ikut dia ke kedai tu, ke kedai ni. Dia ingat aku ni dayang dia agaknya,” bebel
Medina.
Lepas
tu, boleh dikatakan semua mata perempuan nak tenung mamat tu. Orang macho la
katakan. Artis pun kalah. Mamat tu pulak pemurah dengan senyum. Semua orang dia
nak senyum. Macam kutub utara kutub selatan dia dengan Tengku Ian tadi.
“Daripada
aku layan kau, baik aku tidur. Penat.” Medina baring atas katil Zuyyin.
“Amboi..
datang sini sebab nak tidur je? Memang la dia ingat ni hotel bajet,” sinis
Zuyyin. Tapi Medina buat derk je. Dah
imun dengar ayat Zuyyin. Tak berbekas pun dalam hatinya.
“Tidur
la dulu. Aku nak buat benda kat luar. Bagi space
kat aku sikit. Ni katil aku, bukan kau. Dahlah tidur ganas nak mampus. Hari tu,
kau tendang aku jatuh katil tahu tak?”
Medina
ketawa. Yala.. yala..
Tak
lama lepas tu, Zuyyin keluar.
Tet..
tet.. bunyi mesej. Daripada siapa? Medina capai telefonnya. Mesej dibuka. Ian?
Nice company. Thanks for today. Night.
Sweet dream.
Medina
senyum lepas baca. Kemudian tersedar. Haish..
aku senyum? Kenapa dia rasa dah tak betul ni? Medina geleng-geleng kepala. Kemudian
telefon ditolak ke tepi. Tak berminat pun nak balas balik. Tidur lagi seronok!
lama mummy tunggu n3 ni anakanda anjel…muahhhh
ReplyDeletehaiyaaaaaaaa. Ian ni nak main2 pulakkkkkkkkk. haha.
ReplyDeleteAaand... a friendship was made! Boleh tido lena lepas ni...
ReplyDeleteYehhh.... medina n ian g dating.... mungkinkah cinta sudah berputik...
ReplyDeleteAduhhh so sweeet.....hahaha
ReplyDeleteIf only Tengku Ian is exist,I'm willing to look for him. And propose him to be my Cinderella -man. Hohoho. Thanks anjell, can't wait for the next chapter!! Keep it up!!
ReplyDeletebestnya nak lagiiiiiii. Oh Tengku Ian yg sweeeet.... penyelamat Medina.....
ReplyDeleteMedina dah boleh tersenyum dah tu...
ReplyDeleteMedina yg senyum aku yg baca je ni pun turut tersenyum....adoiii kuat nar penangan tengku ian
ReplyDelete*senyummmmmm*
ReplyDelete😍😍😍
ReplyDeleteIni yg tak boleh buat nak tido mlm ni, asyik nak tunggu update cta ni..!!!
Best sangat..!!!
Next bab writer...pls..!!!
😉😊😊
woaaaaaaaaaaaa medina ikut je ckp Ian..hihi nk lg and good job kak ^^
ReplyDeletesedih bila seorg anak tidak pernah nak peduli akan nasib anak darah daging sendiri..asyik mengikut telunjuk mama tiri dan anak tiri.. kenapa ek.. akak rasa seperti ada jurang yg memisahkan medina ngan ayahnya... dan kenapa mak tirinya berlaku begitu pada medina... dah lama nak tanya..brp umur medina ni dan dia dah tahun berapa ek..dan apa course dia ambil kat U tu..
ReplyDeletebest 3x.
ReplyDeleteWaaaaaaaaa daebak ah medina sound kakak tiri dia tu
ReplyDeleteWah kak anjell....nak lagi. Best <3
ReplyDeletedaebak !! anjell daisuki !! <3 ^^
ReplyDeletehai... kian bc kian xsbar tggu y seterusnya..mga cepat2 dpt pegg edisi novelnya..huhu
ReplyDeleteBest3× ^_^
ReplyDeletemarveles !!!!..anjell best sangat tq
ReplyDeletesweet..... :-)
ReplyDeleteBest sgt cite ni...sweet je Ian ngan Medina ...aisshh x sabar nk tnggu next en3...
ReplyDelete-zeisha-
best n sweet..
ReplyDeletenak bab seterusnyeee!!!harap cpt dipublishkn!!best n sweet...
ReplyDeleteSweet :)
ReplyDeletecant wait ler u to continued this entry anjell
ReplyDeletePergh terbaik. X sbr nk tggu next n3. Bile bace cm kite plak ade kt situasi tu...
ReplyDeletetak sabar den nak baca entry seterusnya ! i love it
ReplyDeleteBest..
ReplyDeleteManer sambungannye
ReplyDelete