BAB 3
Nurin menarik pintu lut sinar yang tulis pull itu. Kaki pegun saat melihat apa
yang ada depan matanya sekarang ni. Pertama kagum sebab kawasan pejabat yang
serba mewah tu, kedua tergamam bila melihat staf-staf yang tengah bekerja tu. Musykil!
Uih.. rasanya dah dok Malaysia. Ke pintu masuk tadi
jadi sempadan Malaysia-Thailand? Kenapa lain benar? Tak percaya bila melihat
pemakaian para staf perempuan yang dia rasa sangat keterlaluan tu. Bukan
seorang. Tapi boleh dikatakan semua staf perempuan. Ni staf ke? Nurin agak
musykil. Ke dia tersalah masuk pejabat? Kalau ikutkan, hanya dia yang
bertudung. Seorang.
“Ya.. cari siapa ya?” Ada seorang lelaki
yang datang tegur Nurin.
“Err…
pejabat Encik Harraz Naufal kat sini, kan?” Teragak-agak Nurin bertanya.
Manalah tahu terlepas masuk syarikat permodelan ke apa. Sebab Nurin tengok
ramai perempuan yang cantik-cantik. Kaki pun panjang ala-ala American Top Models.
“Ya.. betullah tu. You ni siapa?” soal
lelaki itu lagi sebelum atas bawah tenung Nurin. Tak pernah nampak pulak minah
bertudung ni.
“Saya, Nurin. Hari ni saya ada interview dengan Encik Harraz.” Nurin
menyatakan niat sebenarnya.
“Oo..
macam tu ke? Kalau macam tu, I bawak you jumpa Eves dulu,” kata lelaki tu lagi.
Nurin teragak-agak. Nak ikut ke, nak
cabut? Kenapa dia rasa semacam je syarikat ni? Seriously pejabat Harraz Naufal kat sini? Lain macam. Rasa macam
ada menda buruk yang akan terjadi je? Bulu roma pun dah cantik berdiri sembilan
puluh darjah. Nurin cepat-cepat baca doa dalam hati. Hapuskanlah ragu-ragu dari
syaitan ni!
Nurin hanya mengikut lelaki tu menuju ke
satu bilik. Bila dia melintas meja para pekerja kat situ, semua tayang muka
pelik macam dia makhluk dari Zuhal yang baru kena berhijrah ke bumi. Rasa
sangat janggal sekali buatkan Nurin rasa nak je cabut.
“Eves.. ni ada budak nak interview dengan Encik Harraz.” Nurin
tersedar dari lamunannya. Dah berdiri tegak depan sebuah bilik yang boleh tahan
besarnya. Dalam bilik tu ada seorang perempuan cina yang cantik.
“Oo..
you ni Nurin, kan?” soal Eves. Nurin cuma senyum seraya angguk. Nasib baiklah
perempuan cina tu nampak agak peramah orangnya. Senyum je bila pandang Nurin.
Senyum yang ramah.
“Seriously
Encik Harraz nak interview dia?”
Lelaki tu nampak terkejut. Nurin tak faham. Kenapa?
“Well..
Harraz dah setuju nak interview dia.
Jadi betullah. Nurin, you isi form ni
dulu, then I hantar you masuk jumpa
Harraz,” kata Eves sebelum serahkan satu borang kepada Nurin.
-------------
“Okay..
Eves. Thanks. Nanti bawa dia masuk bilik
meeting.”
Harraz senyum sendiri. Be prepared, kiddo. Akhirnya.. sampai
jugak budak kesayangan daddy tu. Tak
perlu ramai-ramai nak interview budak tu. Cukup dia sorang. Kira terlebih special la kan sampai-sampai CEO sendiri yang sudi turun padang? Dan dia suruh Eves
bawa budak tu masuk bilik mesyuarat sebab dia taknak jalankan interview dalam biliknya. Semuanya sebab
kedatangan sepupunya yang dah buat syarikat ni macam bapak dia yang punya. Tapi
memang Harraz dah maklum dengan perangai sepupunya tu. Bila datang bulan, maka
nampaklah muka dia kat bilik Harraz ni. Harraz taknak halau sepupunya dan pada
masa yang sama dia taknak sepupunya tu dengar apa yang bakal diucapkan kepada
budak tu nanti.
“Farhan.. aku keluar kejap.” Harraz
beritahu Farhan yang tengah selak surat khabar di atas sofa.
“Pergi mana?” soal Farhan. Harraz
pandang Farhan. Amboi.. rileksnya kau!
“Aku ni ada kerja. Bukan macam kau.”
Sedas Harraz sindir sepupunya. Ketawa Farhan mendengarnya. Sekelumit hati kuman
pun dia tak makan hati. Tak heran.
Si Farhan ni memang la. Lebih senang
goyang kaki tanpa buat apa-apa. Dia cakap dia tak suka bekerja sebab hidup dia
hanya untuk enjoy. Sebab Farhan
memang tak suka stres. Maka, tersadai kat dindinglah sijil ijazah lulusan
Dublin School of Business tu. Mak bapak hantar belajar sampai luar negara, tapi
bila dah habis anaknya pula yang pilih untuk menganggur.
Dah puas dah Pak Su dan Mak Su Harraz
sekolahkan anaknya tu, tapi tak pernah nak jalan dengan Farhan. Pernah la
sekali dua Farhan masuk pejabat. Tu pun lepas Pak Sunya ugut Farhan. Lepas tu
kembali ke perangai lama. Macam ni la contohnya. Bila rasa bosan, datang kacau
dia kat pejabat. Adoyai… bermasalah
la sepupu aku sorang ni. Nasib baik la mak bapak kau kaya! Kerja tak kerja,
duit bulan tetap masuk.
Dan sebab tu la Harraz dan sepupunya
sangat berbeza. Harraz lebih suka berusaha. Dia lebih suka bersaing dan mesti
harus menang. Sebab dengan cara macam tu barulah Harraz rasa dia sayangkan
sesuatu. Sesuatu yang kita dapat dengan payahnya, biasanya tu la yang kita akan
paling sayang.
Meskipun banyak perbezaan yang ketara
antara kedua-dua sepupu itu, tapi mereka punya satu perangai yang sama. Suka
perempuan dan suka enjoy.
“Nak sindir aku pulak. Keluar pergi
mana? Lama tak?” soal Farhan lepas habis ketawa.
“Aku nak interview sorang budak ni. Beria-ia daddy aku nak aku interview
dia. Kau tunggu la kat sini. Lepas ni aku datang balik. Kejap je.”
Farhan tersenyum mendengarnya. Mesti Cik
Arkitek dalam lif tadi. Pak Long yang rekomenkan rupanya. Patutlah lain
daripada yang lain. Kalau tak, kategori macam tu memang dah disilang pangkah
oleh Harraz kalau nak kerja kat syarikat ni.
“Oo..
arkitek, kan?”
“Mana tahu?” terangkat kening Harraz
bertanya. Farhan sengih.
“Terserempak dalam lif tadi. Hmm.. not bad. Tapi aku tak tahu la
pandangan kau macam mana.”
“Macam mana orangnya?” Harraz berminat
nak tahu. Biasanya citarasa Farhan sama dengannya.
“Nak tahu… pergilah tengok sendiri.
Jangan terkejut pulak.” Farhan sengih lagi. Tak thrill la kalau cakap awal-awal. Nak tahu jugak reaksi pertama
kalau Harraz tengok Cik Arkitek tu.
“Damn
damn gorgeous.” Farhan buat gaya thumbs
up dengan kedua-dua ibu jari.
“Apa-apalah kau ni. Aku pergi dulu.”
Malas layan sepupu sorang ni.
Satu je Farhan yakin. Kena heart attack la kau Harraz nanti. Farhan
gelak jahat dalam hati.
------------
Nurin tarik nafas dalam-dalam. Dada berdebar bukan
main hebat. Kaki pun dah rasa sejuk. Agaknya salur darah kat kaki pun dah
tersumbat sebab tu la kurang darah sampai ke kaki. Ni dah mengalahkan masa nak
tahu result exam dulu. Bertenang Nurin. InsyaAllah semuanya akan baik-baik
belaka. Nurin cuba sedapkan hati sendiri.
Nurin ketuk pintu kayu besar itu sebelum
menolak masuk. Langkah diatur supaya tak nampak sangat yang dia nervous habis. Bila dia melangkah masuk,
nampak seorang lelaki yang sedang duduk di atas sebuah kerusi empuk. Segak dan
kemas perwatakannya.
Kepala Harraz dipanggung pandang Nurin. Nurin
yang sedari tadi pandang Harraz dah bersedia menyambut panahan mata Harraz. Kedua-duanya
saling bertatapan.
Terangkat kening Harraz bila pandang
Nurin. Atas bawah, tak cukup dengan tu, sekali lagi atas bawah Nurin
dipandangnya. Haish.. macam mana
spesis macam ni boleh terlepas masuk pejabatnya ni? Serba hijau dari atas
sampai bawah. Kepala hijau. Badan hijau. Kaki hijau. Apa ni? Pokok pisang
bergerak ke apa?
Nurin pulak hanya tayang muka tenang. Ni
rupanya Harraz Naufal? Hmm.. dia
faham apa yang Farhan cuba cakapkan tadi. Okay..
dia mengaku mamat depan mata dia sekarang ni sangat sempurna sekali
ketampanannya. Macam mana nak cakap ek?
Kalau nak guna perkataan, memang rasanya takde perkataan yang sesuai. Kalau nak
bandingkan dengan orang, hmm.. tak
boleh nak cakap siapa yang boleh lawan mamat tu. Pendek kata, spesis depan
matanya sekarang ni adalah spesis yang bila kenyit mata kat perempuan, seminggu
perempuan mengigau dan kalau lalu depan perempuan, pakwe depan mata pun boleh
lupa kejap.
Err.. hiperbola sangat ke cara dia describe mamat tu?
“Nurin Areesa bt Ahmad Sufian.” Harraz
menyebut nama Nurin.
Hmm.. suara pun sedap!
Pertama kali berjumpa perempuan, perkara
yang dilakukan mestilah menganalisis dari hujung rambut ke hujung kaki. Oo.. dia pakai tudung. Pakai kasut
bertutup pula. Jadi, kena tukar, dari hujung tudung ke hujung kasut.
Atas bawah atas bawah Harraz pandang
Nurin. So, ni la Nurin yang daddy cakap tu? Huh.. bukannya cantik
pun. Nampak kolot je minah ni. Bagi Harraz, semua perempuan yang pakai tudung
memang tak ikut peredaran masa. Macam ni daddy
cakap cantik? Kena operate mata
agaknya daddy tu! Dan si Farhan ni
pun sama. Nak kenakan aku la tu. Damn
damn gorgeous la sangat! Ni patutnya kena tukar jadi, gorgeous? Damn.. damn.. Baru betul!
Tapi.. umur budak ni berapa ya? Nampak macam
budak, so tak salah la kan kalau dia
panggil budak tu, budak?
Apahal pulak la mamat ni pandang aku
macam tu? Dahlah muka tu serius nak mati. Tak mesra langsung. Cuba la muka yang
handsome kacak dan tampan tu bagi
senyum seulas. Aku yang tengah nervous
pun boleh melayang ke dunia lain kejap. Memang macam ni ke perangai anak uncle Mukhriz? Sebal rasa tiba-tiba. Daripada
pemerhatiannya, Nurin tak tahu kenapa tapi dapat dirasakan yang Harraz semacam
sombong dan berlagak orangnya. Dah rasa macam cas-cas elektrik. Negatif bertemu
negatif, positif bertemu positif. Saling tolak-menolak.
“Daddy
I cakap you tengah cari kerja sekarang ni.”
Nurin hanya tahan rasa bila dengar suara
dingin Harraz. Memanglah tengah cari kerja. Kalau tak, takkanlah aku mengadap
kau sekarang ni! Ada nampak muka aku ni tengah nak uji bakat Akademi Fantasia
ke-17 ke? Tahulah suara aku ni sedap. Kalau tengah hujan tu, katak yang tengah ongg kedek-kedek,
ongg kedek-kedek pun boleh senyap
kalau aku dah start nyanyi. Tapi tak
terbukak hati lagi la nak pergi audition.
Tak baik tutup rezeki orang lain.
“Betul tu, Encik Harraz. Saya memang
tengah cari kerja sekarang ni. Sebab saya sangat berharap dapat bekerja.”
Jawapan skema jugak yang Nurin bagi.
“Berapa gaji yang you nak?” Hai.. belum
apa-apa dah tanya pasal gaji? Petanda baik ke buruk ni?
“Saya tak kisah pasal gaji. Sebab saya
sedar saya takde pengalaman lagi. Semuanya bergantung kepada Encik Harraz.”
Nurin membalas yakin. Siapa la saya nak tentukan gaji encik? Karang terlebih
mintak, cakap saya tamak pulak.
“Tapi I tak rasa I boleh terima you
kerja kat company ni.” Kali ni rasa sentap
Nurin yang dengar. Amboi.. senangnya dia bagi keputusan tanpa nilai terlebih
dahulu. Resume pun tak sempat nak hulurkan lagi. Kureng!!
“Sebab.. untuk pengetahuaan you, kat company I ni, pakaian macam you ni tak
dibenarkan pakai. You nampakkan apa yang staf
I pakai? Macam tu la yang I izinkan.”
Ternganga Nurin yang dengar. What the.. Ada ke syarat gila macam ni
kat Malaysia? Pakaian rasmi bukannya baju kurung atau apa-apa baju yang menutup
aurat, tetapi pakaian yang singkat dan jelas-jelas terdedah sana-sini? Nurin
baru faham. No wonderlah pakaian
staf-staf perempuan kat sini macam tu. Ikut syarat ‘etika’ berpakaian rupanya. No wonderlah semua orang pandang pelik
padanya. Dia dah menyalahi ‘etika’
berpakaian rupanya.
“Tapi… kalau you bukak tudung you, I
akan terima you kerja.” Selamba Harraz berkata tanpa rasa bersalah. Seolah-olah
tudung yang dia tengah mintak nak buka tu adalah tudung saji.
Nurin terkejut. Geramnya rasa hati. Tegang
kejap rasa kulit muka. Tapi, mengenangkan homo sapien depannya sekarang ni anak
kawan ayahnya, Nurin tahan mulutnya daripada menyumpah-seranah. Kalau ikutkan
hatinya, bukan setakat sumpah-seranah dia nak hamburkan. Tapi, rasa nak
terajang sekali mulut biar jongang gigi mamat tu!
Nurin baru perasan sesuatu. Bila Harraz
senyum sinis macam tu, dia tahu yang Harraz tak pernah ikhlas nak adakan sesi
temu duga ni. Kena paksa dengan uncle
Mukhriz mungkin? Tapi kenapa?
Huh.. mengeluh dulu satu round.
“Nampaknya dah bukan rezeki saya nak
kerja bawah encik.” Tenang Nurin berkata. Tu pun dah lepas tayang muka tegang
seminit.
Harraz senyum dalam hati. Misi nampaknya
menuju kejayaan. Suruh bukak tudung pun dah muka macam lembu tersedak sambal
belacan. Kalau dia mintak tidur sekali, agaknya tak tunggu banyak masa dah
angkat kaki blah dari pejabat ni. Tu pun rasanya lepas satu das tumbukan lepas
kat perut atau muka handsome dia ni.
“Why?
Marah sebab I mintak you bukak tudung? Bukak tudung je pun.”
“Encik.. Bukak tudung jepun ke, korea
ke, tapi tak patut la encik cakap macam tu. Sebab encik kena hormatkan hak saya
sebagai seorang perempuan muslim.” Nurin dah geram. Yang penting kena balas
kata-kata encik di depannya sekarang ni. Tak patut langsung! Kalau suruh yang
tak bertudung, bertudung ada betulnya jugak. Mazhab mana la yang mamat ni
pakai?
“Apa ada pada tudung? Tudungkan trend je?” soal Harraz balik.
Entah.. ada je staf dia yang datang
bertudung bila dia minta buka, tak banyak kerenah terus je buka. Okay je? Bila ajak pergi clubbing ke, disko ke, selalu on je. Yang mabuk pun ada. Bukan ke tu
dah cukup buktikan yang bertudung ke tak sama je?
Trend kepala hotak kau! Tudung is just a trend for him? Bukannya nak cakap tudung tu
tuntutan agama? Serius.. dari benua mana datangnya mamat depannya sekarang ni?
Kenapa dia ni sangat tak sebulu dengan perempuan bertudung?
“Boleh saya tahu kenapa saya kena buka
tudung kalau nak kerja kat sini?” soal Nurin balik dengan suara bernada biasa. Langsung
tak marah.
Wah.. respond macam ni? Adakah ni bermaksud yang pokok pisang bergerak
depannya sekarang ni berura-ura nak pertimbangkan cadangannya supaya bukak
tudung? Huh.. kan dah cakap perempuan bertudung ni sama je? Sinis sekali Harraz
pandang Nurin.
“Sebabnya.. syarikat I ni taraf international. I nak semua staf I nampak
modern and educated…”
Oo.. bertudung tu tak nampak modern and educated la? Serius Nurin rasa macam dia akan buka
pentas debat dengan Harraz. Berdebat tentang isu tudung.
“Dan yang paling penting, I tak suka
perempuan bertudung.”
Huh.. yang tu sebenarnya alasan paling
konkrit kenapa dia tak suka perempuan bertudung. Semua yang sebelum kenyataan
tu keluar hanyalah bunga-bunga nak sedapkan cerita je. Yang sebenarnya adalah,
dia benci perempuan bertudung.
Bermasalah la mamat ni. Tak jiwa,
mental. Tak mental, jiwa. Tak pun kedua-duanya sekali. Tapi kenapa dia tak suka
sangat dengan perempuan bertudung?
“So,
Nurin. You nak pertimbangkan tawaran I ke?” Harraz tawar-menawar. Nurin senyum
sumbing. Jawapan dia dah ada. Lepas Harraz minta dia buka tudung lagi dia dah putuskan.
“Awak boleh suruh saya jogging dari sini sampai Singapura. Awak
boleh suruh saya berenang rentas Laut China Selatan pergi Sabah. Tapi, jangan
pernah suruh saya langgar hukum Allah. Jangan pernah suruh saya ingkar ajaran
orang tua saya!”
“So..
I consider it as no.” Akhirnya.. senang kerja aku! Harraz rasa nak melompat
dalam hati.
“Kalau macam tu, we can end this peacefully.” Saat yang dinantikan Harraz. Dan Nurin
pun dah tak sabar-sabar nak balik baling bola tenis kat dinding. Dan dia dah
punya modal muka siapa yang harus diletakkan kat dinding tu nanti!
“Okay..
end it peacefully.”
Nurin letakkan beg kertas yang
mengandungi beberapa pelan cadangan Nature
City yang kononnya diminta encik big bos depannya ni. Penat semalaman dia
bersengkang mata, berhempas pulas, haa.. 'ber’ apa lagi nak cakap untuk
membayangkan betapa dia inginkan kesempurnaan pada lukisan-lukisan itu. Rasa sangat
tak sia-sia usahanya. Kalau tahu jadi macam ni, baik dia layan Running Man
sampai pagi. Boleh jugak buat gelak!
Harraz tak faham bila Nurin nak berlalu
lepas tinggalkan bag kertas-kertas tu.
“Apa ni?”
“Hadiah perkenalan kita, Encik Harraz. Sudilah
terima daripada gadis bertudung ni,” sinis Nurin.
“Manalah tahu satu hari nanti berguna
jugak hadiah saya tu. Kalau Encik Harraz taknak, buanglah. Saya keluar dulu.
Assalamualaikum. Terima kasih atas pengalaman interview kali pertama saya yang sangat bermakna ni.”
“Saya berdoa semoga encik kahwin dengan
perempuan bertudung nanti.” Senyum sinis sebab nak sakitkan hati Harraz dulu. Bila
nampak muka Harraz dah mula tegang, Nurin terus angkat kaki tanpa toleh
belakang.
Huh.. patutnya kakinya memang diharamkan
daripada cecah lantai pejabat ni. Dekat seratus meter pun jangan!
Oo.. kata nak end peacefully. Tapi, berani kau lancarkan perang, ya budak? Nasib baiklah aku dah tak jumpa kau lepas ni! Harraz pandang beg kertas yang baru ditinggalkan tuannya.
------------
Hmm.. settle.
Harraz pandang jam. Tak sampai setengah jam. Puas hati. Takdelah susah sangat
nak singkirkan pokok pisang bergerak tu. Lepas ni, daddy dah tak boleh cakap apa dah sebab semuanya dah dibuat
mengikut procedure dah.
Tapi..
“Saya berdoa semoga encik kahwin dengan
perempuan bertudung nanti.”
Haish.. sempat pulak minah tu tinggalkan pesanan penaja. Jangan
makbul pulak doa budak tu! Tak mungkin la. Dia bukannya nak dengan perempuan
bertudung. Perempuan bertudung pun bukannya nak dengan dia. Harraz, jangan
fikir! That girl is just nothing! Like
this thing. Harraz pandang tangan kanannya yang tengah genggam beg kertas yang Nurin
tinggalkan.
Harraz berjalan ke bilik Personal Assistantnya dengan perasaan
sebal. Huh.. dahlah doa aku macam tu, tinggalkan khazanah alam pulak tu! Sesuka
Suki One In A Million je dia nak
tinggalkan barang kat syarikat ni. Ingat syarikat aku ni Majlis Pembandaran ke
apa? Tinggalkan emas, boleh jugak aku jual dapat duit!
Tengok gulungan kertas tu, rasanya Harraz
dah boleh agak isinya. Mesti ikut apa yang dia nak iaitu design Nature City. Patuh
juga ya budak tu?
“Eves..
Throw this away.” Selamba Harraz mengarah sambil mencampakkan beg kertas yang
berisi gulungan kertas tu ke atas meja Eves. Sampai terkeluar isi-isinya bila
kena campak macam tu.
“Apa ni, Harraz?”
“Budak tu tinggalkan dalam bilik meeting..”
Budak?
Ada budak datang ke tadi?
“Marah agaknya bila kena reject kerja.”
Oo.. Eves baru faham. Nurin ke?
“Orait,
bos.” Eves patuh.
“Encik.. saya dah siapkan benda yang
Encik mintak tu.” Entah dari mana pula datangnya Eriq, salah seorang arkitek
syarikat Harraz.
“Good..
nanti saya tengok. Leave it to Eves.”
“Ai’ai.. bos.” Eriq letakkan jari
telunjuk ke dahi.
Harraz terus melangkah masuk ke dalam
biliknya. Lupa pula sepupunya dalam bilik. Hmm..
tahu la mamat tu nak hidup taknak bagi bosan. Macam tak biasa pulak. Kalau dah
bosan tu, mesti keluar menyakat staf-staf perempuan.
Tapi bila masuk bilik, si Farhan masih
lagi belek surat khabar. Hai, tak habis-habis lagi? Baca guna mata hati ke apa
mamat ni?
“Macam mana interview?” Bersemangat si sepupu nak tahu.
“Gone
well..” Tiba-tiba teringat sesuatu.
“Banyaklah kau punya damn damn gorgeous tu. Macam pokok
pisang bergerak je aku tengok!”
“Pokok what?” Gelak Farhan pecah dengan kata-kata sepupunya tu. Pokok pisang
bergerak. Minah punya cun boleh dia kata macam tu? Kenapa dalam banyak-banyak
pokok, pokok pisang yang Harraz pilih?
“Hei.. lawa apa? Aku yang first time jumpa dia tadi pun tak puas
nak pandang sekali, tahu?”
“Lawa apa kejadahnya? Bertudung..”
“Kau tu yang rabun..” Buat pertama kali,
Harraz dan Farhan tak sependapat tentang perempuan. Biasanya, kalau Harraz kata
cantik, maka cantiklah pada mata Farhan. Kalau Farhan kata tak cantik, maka tak
cantik jugalah pada mata Harraz.
“Tak faham betul aku. Kau dengan daddy sama je. Cakap budak tu cantik.” Harraz
geleng kepala. Farhan ketawa.
“See..
Pak Long pun sekapal dengan aku.”
“Aku rasa korang kena operate tukar kornea baru.”
“Tapi aku rasa kau yang kena operate.” Kemudian senyum.
“Jangan nanti, satu hari nanti seratus
lapan puluh darjah pulak kenyataan kau tu. Yalah.. berubah sebab asyik tenung
pokok pisang bergerak kau tu.”
Harraz senyum sinis. “Tak mungkin..
sebab aku dah takkan jumpa dia lagi. Unfortunately
she failed the interview.”
Dah agak dah! Takde rezeki la dia nak
jumpa Cik Arkitek tu lagi. Oh, ya! Teringat sesuatu.
“Nama dia apa wei?”
“Nurin Areesa.”
Hmm.. Nurin Areesa rupanya. Cantik namanya, secantik
orangnya.
Best.... #^_^
ReplyDeleteTeruk betul Haraz tu....!!! :(
Hadoila haraz the bad boy!
ReplyDeleteLagi. Nak tau kisah gift dr nurin. Cantik tak ?? Pls cpthuhu. Try tundukkan play boy itu
ReplyDeleteGila slumber harraz ni...suke2 je suruh org tu buka tudung...to mujur tudung..klu harraz suruh pakai skirt mae kena pelempanf muka tu.....aura bad boy betul......
ReplyDeleteOngg keedekkedek adalah sifat sebenar haraz. . .hihihi
ReplyDeleteLama tggu..hehe..nk tau cmne haraz klu tgok hasil krja nurin
ReplyDeletehehe...pasti nyer kata2 makan diri!mata dn hati akn terjerat dgn rase yg akn hadir disaat diri di reject...olih si pokok pisang bergerak...mase tuh bersaing ngan sepupu lu sndri harraz... so org mkn nasik lu makan hati lh harraz...smbg cepat2 dek makin bertambah keterujaan akk...hehe
ReplyDeletenak lagi!!!
ReplyDeletetak cukup panjang...lama dh tunggu sambungannya.
ReplyDeletebest..keep it up..blagak gler harraz tu^^
ReplyDeletelagi.. lagi... ^_^
ReplyDeletemany more.......
ReplyDeleteBest betul sumpahan Nurin 'semoga encik berkahwin dgn perempuan bertudung'. Nak n3 lagi plizzz.....
ReplyDeleteEee.. Knape buruk benar perangai si harraz tu..
ReplyDeleteBagos nurin. Doa mcm tu hari2 ye..
Begitu la kalau jantan buta agama.
ReplyDeletenice giler harraz.!memang makbul le doa orang dizalimi..haha..mendapat ler ang..
ReplyDeleteamboi..sukati je kata pokok pisang bergerak...
ReplyDeletenegatif btul pd wanita bertudung yer..
salam. cik anjell, thanks for this update... lighten up my mood for today ;P
ReplyDelete- suha
betul tu jangan sampai asyik nak tenung pokok pisang bergerak ja... hehehe
ReplyDeletebest...
ReplyDeletecomelnya..tak sabar nak tunggu entry ni ;)
ReplyDeleteAmboi Amboi Amboi.... sombong benor dia.
ReplyDeleteAda ke patot panggey Nurin pokok pisang.
Rasa dah boleh bayangkan spesis pompuan yang
keja dgn si Harraz.
harraz.... jahat betul mulut tu...... tak agak2 nak yg seksi je.... ha... kan dah kena doa nurin tu.... kahwin dgn perempuan bertudung......
ReplyDeleteCepat la sambung.... X sbar sudah
ReplyDeletesombongnye inche harraz kita ni . haha . nak taknak nnti dia kena amik nurin kerja jugakkan . :)pokok pisang bergerak tuu jugaklah dia terkejar-kejarkan nnt :D
ReplyDeleteCepat lah sambung... tak sabar dah nie...
ReplyDeleteSalam Anjell,
ReplyDeleteTahniah sempena kelahiran novel awak Eksperimen Cinta. Tak sabra-2 sy nak dapatkannya. Ada buka jualan kat blog tak? nk minta tandatangan seklai leh tak?..
interesting story....tak sabar nak baca the rest.....dpt ke tak nureen keje kat situ? ada jadi dgn design dia tu?
ReplyDeleteMenarik.....nak lagi.....lagi...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNext n3 plss..best gile..keep it up!
ReplyDeleteTudung je pun, tudung korea...
ReplyDeleteHahaha lawak sangat.. :-)
X sabar nak tunggu episode seterusnya..
nexttttt plezzz
ReplyDeletebestt2...kawan-kawan semua jempuT bace ke blog sy, "nelayan vs ce0" :-)
ReplyDeleteNnti buat novel ke ni ? Best nye cite ni .. pstt..pstt
ReplyDeleteHarraz pandang atas bwh2...ad ke pokok pisang bergrak..haha...
ReplyDelete