**These are combination of several parts in random chapters. so jangan pelik kalau takde kesinambungannya..
TEASER 3 (LAST TEASERRR)
“Abang!”
Harraz yang tengah lakukan chin up terus lompat turun. Pandang ke
belakang. Baru je dia berpusing, terkejut dia bila Nurin tiba-tiba peluk dia.
Nasib baik dia tak jatuh sebab Nurin main lompat ke arahnya.
“Thanks,”
ucap Nurin. Makin tangan melingkar erat pada pinggang Harraz.
Harraz cuma senyum. Tahu kenapa Nurin
datang sini. Pasti baru lepas baca apa yang ditinggalkannya atas meja solek
bilik tidur mereka itu.
“Sayang, badan abang tengah berpeluh
ni.” Harraz bersuara. Sekarang ni tubuhnya memang lencun dengan peluh. Baju
kelabu sleeveless dia pun dah habis
basah dengan peluh.
“Takpe. Peluh abang wangi. Sekarang ni, I just want to hug you,” balas Nurin di
balik dada bidang Harraz. Tak peduli kalau Harraz busuk sekali pun. Yang pasti
dia nak sangat peluk Harraz sekarang ni.
Tiada apa-apa yang harus dikatakan,
Harraz cuma turut memeluk Nurin erat. Lama mereka pegun sebelum Nurin
merenggangkan jarak antara mereka. Kepala diangkat untuk memandang wajah
Harraz.
Harraz sangat kacak sekarang ni. Dengan
baju kelabu sleeveless yang
mendedahkan lengan berototnya. Dengan peluh yang masih mengalir di dahinya. Dia
tahu Harraz memang suka menjaga badannya sehinggakan dalam rumah mereka pun ada
mini gim yang dikhaskan untuk Harraz kalau suaminya itu malas keluar. Takdelah
segah gim-gim di luar, tapi cukuplah sekadar untuk membuat senaman kardiorespiratori
dan menjaga kesihatan.
“Abang, terima kasih lagi sekali. Rin
tak sangka abang akan buat semua ni,” ucap Nurin. Sekarang ni rasa terharu
sangat.
Harraz senyum lagi.
“Apa yang abang dah buat? Abang cuma
buat sesuatu yang akan membahagiakan isteri abang.” Pandai sungguh Harraz
menjawab.
“Kenapa tiba-tiba?”
Harraz senyum manis dulu.
“Maafkan abang sebab dah hancurkan
impian Rin dulu. Dan abang rasa abang kena tebus kesilapan tu. Since you love New Zealand wholeheartedly, I
guess I should bring you there..”
“I
do this because I love you, Nurin. Let’s go honeymoon in New Zealand. Only both
of us. In our own world. Abang nak kita cipta memori di tempat yang paling
Rin suka.”
Waa.. lagi rasa terharu!
“Terima kasih, abang. Rin tak tahu nak
cakap apa lagi. I love you.” Serius
tak tahu nak cakap apa lagi.
Mereka berdua berpelukan lagi.
------
Buat pertama kali dalam hidup Nurin dia
lakukan bungy jump. Tak pernah
terfikir dia akan lakukannya pada bulan madu dia dan Harraz. Dan memang tak
pernah terlintas langsung nak terjun dari tempat yang tinggi itu sepanjang dia
bernafas atas muka bumi ni.
Ini semua Harraz punya pasal. Kali ni
mereka berdua berjalan-jalan keliling Queenstown. Bandar Quenstown sememangnya
banyak tempat menarik. Dan bila melalui jambatan Kawarau, boleh pula idea gila
Harraz datang.
“Sayang, jom kita bungy jumping.” Selamba Harraz ajak macam nak ajak dia makan nasi.
Bukan main Harraz pujuk dia, akhirnya
dia mengalah. Dah nama pun jaguh pencair hati, setiap patah perkataan yang lalu
bibir Harraz tu dah macam kena virus. Virus pencair sendi tulang. Pantang rayu
sikit mulalah lutut Nurin nak cair. Akhirnya, kaki melangkah mengikut Harraz,
bertemu dengan pengurus yang menguruskan perihal terjun bungy jump ini. Khusyuk Harraz mendengar apa yang diterangkan oleh
pengurus itu dan Nurin pula rasa macam masuk telinga kanan, keluar telinga
kiri.
“..You’ll
be jumping from a height of 43 meters off this bridge…”
Sempat yang itu masuk telinga Nurin.
Nurin telan liur. 43 meter weh! Tinggi kut! Kalau jatuh, boleh mati. Konfem!
“Can
we jump together?” Lagi nak tercekik bila Harraz selamba bertanya.
Err.. we
tu, dia dan Harraz atau Harraz ajak pengurus tu?
Weh.. Mestilah dia dengan kau, Nurin! Dalam
situasi macam ni, otak Nurin rasa weng sikit. Gulp! Nurin telan liur.
Lelaki itu pandang Harraz dan dia
bergilir-gilir. Nurin cuma sengih. Kaku gila.
“Of
course. We call it as tandem bungy jump. You can try if you want to.”
“We
want to try,” putus Harraz.
Harraz tarik tangan Nurin ke platform
untuk mulakan terjunan. Nurin rasa muka dia dah takde darah sekarang ni. Kalau toreh pun, rasanya mahu dekat dua jam baru
darah merah bagi salam nak lalu. Nasib baiklah dia ni takde penyakit jantung.
Kalau tak memang dah mati keras dah dia rasa sekarang ni.
“Abang, abang pernah terjun ke sebelum
ni?” soal Nurin. Konfiden sungguh muka Harraz sekarang ni. Nampak seronok.
“Nope.
This is my first time. Abang dah lama teringin nak buat bungy jump.”
Nurin macam tak percaya. Sikit pun tak
nampak muka cuak pada muka Harraz. Macam dah tak sabar-sabar nak lompat turun.
“Abang tak takut ke?”
“Takut kenapa? Ni exercise tahu? Adrenaline
pumping and blood draining exercises.”
Nurin tak tahu nak cakap apa lagi.
Banyaklah exercise dia! Ni exercise
nak mati cepat!
Pekerja di situ mempersiapkan Harraz dan
Nurin. Nurin turut memperkemaskan tudungnya. Diikat ketat-ketat supaya tak
terbang nanti. Karang tak pasal-pasal melayang tudung entah ke mana.
Ada satu tali panjang diikatkan pada
pinggang dan kaki mereka. Kemudian, Harraz dan Nurin dirapatkan bersama.
“Abang, Rin takut!” Serius Nurin rasa
takut sekarang ni. Rasa sejuk kaki dan tangan.
“Don’t
worry, I’m here with you.” Harraz cuba tenangkan Nurin.
Nurin pandang ke bawah. Ya Allah..
tingginya! Nampak biru air sungai kat bawah mereka.
“I
advise you not to look below. It’s better,” nasihat salah seorang pekerja
di situ. Kemudian dia senyum pada Nurin.
“Don’t
worry. Just hug your husband very tightly.” Dia bagi tips free lagi. Nurin cuma senyum cuak.
“Abang, kalau kita mati macam mana?”
Nurin dah tak boleh fikir terus tanya soalan tu pada Harraz.
“Hish.. ada ke fikir macam tu?
InsyaAllah kita akan selamat. And if we
die, then we both die together,” kata Harraz.
Terharu? Sikitlah. Tapi dia taknak mati
sebab terjun benda alah ni!
“Newly
wed, are you both ready?” soal pekerja yang berada dekat dengan mereka.
“Yup.
We’re ready,” jawab Harraz.
Masanya dah tiba. Terasa tangan Harraz
melingkar di pinggang dan bahunya. Nurin pun terus peluk Harraz.
“Countdown..”
Dada Nurin makin berdebar.
“Three..”
Nurin pejam mata erat-erat.
“Two..”
Makin dia kejapkan pelukannya pada tubuh
Harraz.
“One..”
Dan mereka terjun!
“Arghh!!”
Suara Harraz dan Nurin bergabung.
Rasa macam nak luruh jantung Nurin rasa
sekarang ni. Terasa Harraz makin eratkan pelukan di tubuhnya. Bagaikan takut
dia terlepas jatuh. Sungguh, dia rasa Harraz sangat ingin melindunginya
sekarang ni.
Cuma sekejap. Mereka dah di bawah.
Beberapa kali melantun gara-gara keanjalan tali yang mengikat mereka.
“Open
your eyes, Nurin. Rugi kalau tak tengok keindahan ciptaan Allah ni.” Nurin
dengar Harraz berkata.
Nurin takut-takut buka mata. Walaupun
kedudukan mereka terbalik, tapi Nurin dapat melihat air biru di bawah mereka.
Cantik! Nurin terpaku seketika. Hilang semua gundah bila melihat ciptaan Yang
Maha Esa itu. Dia dapat melihat dengan luas.
Di awangan itu, mereka bebas. Perasaan
apakah ini?
“I
love you, Nurin!” jerit Harraz kuat. Terkejut Nurin.
“Malu la abang ni!”
Harraz ketawa.
“Rasa macam dunia ni sangat luas. Sebab
tu abang nak cakap kat dunia ni abang sayang sangat isteri abang ni,” jawab
Harraz.
Cuma beberapa saat mereka di awangan.
Kemudian, mereka disambut oleh pekerja yang sedang menunggu di bawah. Semua
peralatan di badan mereka dibuka.
“Having
fun?” soal pekerja itu ramah.
“So
much fun.”
Ya.. sangat seronok. Takut tapi seronok.
Terima kasih pada Harraz sebab memaksa dia. Kalau tak, mesti dia terlepas
peluang indah ini.
“Seronokkan, sayang?” soal Harraz pula.
Nurin angguk. Harraz bantu dia bangun.
“Ada ke pasangan gila macam kita, bang? Honeymoon, datang buat bungy jump,” soal Nurin.
Harraz ketawa. Entahlah. Mungkin mereka
je kut yang gila nak melompat terjun dari tempat tinggi masa honeymoon. Perasaan yang tak dapat
digambarkan. Dia takut juga tadi. Takut Nurin terlepas walaupun mereka dah
diikat kemas. Yang pasti, dia belajar sesuatu. Hargai orang di depan mata.
Betapa dia sangat sayangkan Nurin sekarang ni.
--------
Majlis tari-menari bermula. Apa nak
hairan kalau majlis tari-menari di sini? Dah memang rata-rata bukan Islam. Apa
nak pelik? Suasana dewan itu makin malap dan musik sentimental mula dimainkan.
Dan sepasang demi sepasang pasangan kekasih ke tengah dewan untuk menari.
Nurin mengeluh. Ni yang aku lemah kalau
bab-bab menari ni. Lemah nak menunggu sampai majlis ni habis. Hmm.. jadi
pokoklah dia kat kerusi tepi dewan ni sampai habis majlis. Macam yang dia
pernah jadi dulu.
“Wanna dance with me?”
ajak Harraz.
“Hah?” Belum sempat Nurin terlopong,
Harraz dah tarik tangan dia ke tengah dewan. Menyertai pasangan-pasangan
bercinta yang lain.
Kini dia dan Harraz di tengah dewan.
Kedua-dua masih pegun.
“Abang, tak payahlah..”
“Kenapa? Haram ke kalau kita menari?
Kita buat dosa ke?” soal Harraz.
Terus terdiam Nurin. Betul juga. Mereka
suami isteri. Tak salah apa pun sebab mereka sudah sah. Tapi..
“Rin mana reti menari. Kan dah cakap
dulu!” kata Nurin lagi. Takkan Harraz tak ingat kut?
Harraz ketawa.
“Nak ajar la ni. Kan dulu abang dah
janji nak ajar Rin. Lupa ke?”
Erk.. memang la Harraz ada cakap. Tapi
dia ingat Harraz cuma melawak tak lucu masa tu. Yalah.. mana mungkin Harraz
akan ajar dia melainkan mereka dah kahwin. Dan sekarang mereka dah kahwin.
Belum pun Nurin menjawab pertanyaan
Harraz, terasa tubuhnya ditarik erat ke tubuh Harraz. Terjerit kecil Nurin.
Nasib baik dia tak jatuh. Rasa tangan Harraz di belakang pinggangnya.
“And
now, please embrace my neck or put your hands on my shoulders. I’ll teach you
the simplest slow dance. Okay, sayang?” Harraz bersuara.
Nurin cuma mengikut. Perlahan-lahan kedua-dua
tangannya diletakkan di atas bahu Harraz. Tak bersuara lagi.
Harraz senyum puas hati. Perlahan-lahan
kaki mula bergerak. Nurin nampak runsing betul. Dari tadi lagi tunduk ke bawah.
“Sayang, tengok kaki buat apa. Tengok
muka abang yang handsome ni,” tegur Harraz. Rasa nak tergelak dengan keletah Nurin
yang macam berjaga-jaga itu. Macam takut sangat kut-kut ada katak nak masuk
dalam kain dia.
“Rin takut tersalah pijak. Tak
pasal-pasal jatuh. Buat malu je.”
Haruslah tengok kaki. Tak pernah menari
tiba-tiba gedik nak menari. Pakai kasut tumit tinggi tiga inci pula tu. Memang
sengaja cari nahas namanya!
“Takpe, kita jatuh sama-sama. Kita malu
sama-sama. Okey?”
Baru Nurin pandang wajah Harraz. Rasanya
sekarang ni kaki banyak mengikut arahnya ditarik Harraz.
Harraz senyum manis bila matanya berlaga
dengan Nurin. Nurin malu-malu tapi masih berani menatap matanya.
“I
think I’m the happiest prince in the world since I have my most gorgeous
princess in my embrace now.” Penuh macho dan bergaya.
Arghh.. Harraz memang pandai bermain
kata! Nurin boleh terbang ke dunia lain kalau dengan Harraz ni.
Makin lama mereka di bawah alunan musik
itu, makin mereka berdua ke dunia mereka sendiri. Rasa hanya dia dan Harraz je
sekarang ni. Dada dah berdebar laju. Dah lama dia tak rasa macam ni.
Apa ni? Blood draining exercise lagi ke?
Kenapa sekarang ni rasa makin sunyi?
Semua bagaikan tengah hanyut dalam dunia masing-masing. Nurin pandang kiri. Tergamam Nurin yang tengok.
Pandang sebelah kanan pula, pun sama. Muka meruap sebab malu. Rata-rata semua
pasangan tengah bercium. Kemuncak bagi cinta pada malam ni.
“Kenapa, Rin?” soal Harraz bila nampak
wajah Nurin tiba-tiba merah yang amat dan kemudian tunduk.
Harraz pandang ke arah yang dipandang
Nurin tadi. Baru tahu kenapa Nurin jadi macam tu. Perkara ni memang biasa sebab
ni luar Malaysia. Gadis suci macam Nurin mesti tak pernah tengok
perkara-perkara macam ni. Depan mata.
“Apa nak pelik? Sini bukan Malaysia,”
kata Harraz selamba. Macam memang selalu dilihatnya.
Nurin tahu. Tapi dia tetap malu.
“And..
may we?”
Harraz terus tundukkan wajahnya. Sasarannya
adalah bibir basah Nurin. Tergamam Nurin dengan tindakan berani Harraz. Terus
terhenti rentak kakinya. Membiarkan Harraz terus mengucupnya.
Hampir dua minit rasanya bibir mereka
bersatu, barulah Harraz merenggangkan jarak mereka. Dia senyum pandang Nurin.
Muka Nurin sekarang usah dicakap merahnya. Dah macam warna baju dia agaknya.
Tapi muka malu-malu Nurin itu sangat menarik di matanya.
“To
be continued,” bisik Harraz perlahan di telinga Nurin.
Gulp!
SEKIAN DULU TEASER.. TO BE CONTINUED?? HEHE.. TUNGGULAH IN PRINTED VERSION YAA....
kak anjellll !!!! thank you soooo much for this.. i love you sis... can"t wait for the book in hard copy..
ReplyDeleteAmboiii...huhuuu bahagia betei...hhihii thanz anjell
ReplyDeleteOhh no...penantian satu penyeksaan
ReplyDeleteYa Allah! Sumpah rasa tak sabar gila nak peluk TPI compare dgn novel lain.. Saya berharap sangat2 Anjel dapat publishkan novel ni next year.. ;)
ReplyDeleteSweetnya halal couple ni...
ReplyDeletewah bungy jumping kat queenstown....boleh try nanti
ReplyDeleteI love u anakanda anjell....meltinggggggg. ..tq 4 d n3...muahhhhhhhhh. ..can't wait for the printed version
ReplyDeleteBestnye anjell syg anjell ketat2... Thks dear
ReplyDeleteRockheart
Sgt best....tumpang bhagia dngn harraz n nurin...buat sy tersenyum sorg2...huhuhuhu sgt sweet la dorg...
ReplyDeletenow turn HSC plak..daa lme tunguuu...nak taamak jgk ...
ReplyDeletethis~
Tq so much anjell for this teaserrr. Ohmyyyy so sweet to max
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteomaigod!!!!!!Sweetnyeer...
ReplyDeletesaya doakan TPI akan dipublish ke versi cetak!!
Tq so much Anjell . Feel like I'm doing bungy jumping 😃
ReplyDeleteOh myyyy harraz is super duper sweet! 😍😍😍
ReplyDeletethank so much for the new teaser!
Asyik2 dok baca entri lama je!
Wow......sweet....
ReplyDeletePeerrghh... lama tak lepas gian nak baca cerita lovebirds ni...:-D
ReplyDeletehahaaha...semua watak heroin garang...damia garang, qisya garang, nuri pun garang.....hahaha lawak but sweet sangat
ReplyDeleteWeee!! So sweet both of them. Btw, Harraz ni dah macam Tengku Aaron pulak. Ingat lagi part yg Tengku Aaron ice skating dengan Damia tu.
ReplyDeleteGood luck akak! N congrate utk 'anak kedua' Hehe. #muahciked!
2 minit kiss..lma tu..
ReplyDelete>>k<<
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletei went to new zealand last july for my winter break. serius seronok even though just pergi north island je. next time nak pergi south island and of course queenstown one of the place in south island yang i really want to go. Coming home this end of year, surely i will grab your new novel. Hopefully you can publish your new novel before i go back to Australia.
ReplyDeleteSo sweet..
ReplyDeleteSoooo sweet. Harap harap publish very very soon.
ReplyDeleteMmg sweet... sesngt...hehe busyuk2 pn hubby...ttp rela jer peluk...
ReplyDeletesoooo sweeetttt...
ReplyDeleteim melting....
xpe...saya akan sabar menanti...
tq Anjell
so sweet...
ReplyDeleteNurin memang pandai tundukkan playboy tu...
hihihi...
Alahaiiii.. Sps pon sy x blh peluk lg.. Dan skrg sy sgt x sabar nk TPI .!!! Huwaaaa
ReplyDeletesweet nyeee... hehe... melting kjp..
ReplyDeleteThe best word is....TO BE CONTINUE he he
ReplyDeleteSesuai dgn tajuk novel..tundukkan plauboy itu..well done nurin..congrats..
ReplyDeleteKenapa I yg neves...arghhh..cpt2 laa keluar novel nh..xsabaunya..
ReplyDeleteNovel ini nanti nak publish dengan publisher mana?
ReplyDeleteBEST!!!! for sure beli once sudah publish nanti.
ReplyDeleteDarling Anjell..sooooo sweeeettt..cepat2...cepat2..we are waiting for the novel☺
ReplyDeleteBila nk publish...x sabar
ReplyDeletewaaa!!!!knp sume novel ANjell best and sweet sgt!!!bestnyee ble nk publish???
ReplyDeleteSenak perut. Tak lama kena potong kakiii!!!! Huahuahua
ReplyDeleteNovel nie , bila publish ??
ReplyDeleteBantai gelak sorang sorang dekat ruang tamu sekangkang anak gajah ni. Seriously novells novells and cerpens cerpens kaq anjell semua best best . =)
ReplyDeleteAssalamualaikum...dear miss talented novelis
ReplyDeleteI enjoyed reading this soon-to-be published novel of yours....Harraz character is really dynamic ....from a true casanova to a lovable and caring husband that every wife wants.... Congrats...Semoga terus menghasilkan karya yang di gemari semua...
sis bile sis nak publish kan novel ni. ta sabaq rasanya nak tnggu novel.
ReplyDeletei'm in love....
ReplyDeleteBest.....dh ada novel ke??
ReplyDeleteAnjell... all your novels best! Mmg boleh baca byk kali. Just idea if your next novel kisahkan anak2 izz haikal dgn harraz yg bercinta.... mmg sumer tuggu novel ni.
ReplyDeleteNak peluk versi cetak
ReplyDeleteNak peluk ketat2
Setuju! x sabar nk tunggu Anjell publish yr baru utk next generation...
DeleteI'm really hoping that you will update part 26. Really hoping. Pleaseee. I'm begging you.
ReplyDeletehaiiii...novel ni still masi dikeluarkankah...sebab saya nak beli dan saya tidak jumpa..
ReplyDeletedekat Popular bookstore masih ada stok.
Deleteadmin bleh hntar kn all of the story dri mule smpai akhir.. bleh?? please...
ReplyDeletesweet gila harraz dan nurin ni.suka sgt...:)
ReplyDeletesweet gila harraz dan nurin ni.suka sgt...:)
ReplyDeleteSaya aulia asli indonesia, mau tanya gimana beli novel TPI soalnya diindonesia belum ada, saya pengen skali baca novelnya, trims
ReplyDeleteTak sabar nak baca teaser seterusnyaaàa👍👍👍👍👍👍
ReplyDelete