BAB
13
Jam
di tangan menunjukkan pukul 5.30 petang. Cuaca yang sangat sesuai untuk orang
ramai berjalan-jalan di tepi pantai yang cantik itu. Hanya bealaskan selipar jepunnya,
Medina duduk bersendirian menghadap pantai. Zuyyin entah ke mana perginya.
Puteri? Malas dia nak ambil tahu.
“Eh,
Medina?” Ada suara menegur Medina. Medina terus berpaling.
Beberapa meter dari tempatnya duduk, nampak
Farizzam tengah tersenyum manis memandangnya. Wajah lelaki itu pun nampak macam
terkejut bila terserempak dengan dia. Alah.. apa nak pelik? Tempat kecik.
Pusing-pusing, jumpa muka sama jugak.
Tak
lama lepas tu, lelaki itu turut menghampiri Medina. Dia duduk di sebelah Medina
tanpa dipelawa. Sama macam Medina, seliparnya turut dijadikan alas punggung.
“Sorang
je? Mana yang lain?” ramah Farizzam bertanya. Dia perasan juga yang Medina ni
suka sangat bersendirian. Tengku Ian pun selalu cakap benda yang sama.
“Saja
nak bercinta dengan alam petang ni. Taknak orang lain kacau,” jawab Medina.
“Alamak..
saya dah jadi orang ketiga dalam percintaan Medina dengan alam ke?”
“Eh,
mana adalah! Tak kacau pun,” jawab Medina sambil cuba menahan gelak. Entah
kenapa dia rasa lucu dengan kata-kata Farizzam itu.
“Ku
Zam pun sorang ke?” soal Medina pula. Mana lagi dua orang dayang? Selalunya
nampak mereka selalu bersama. Pagi tadi pun sempat nampak mereka di kaunter
depan. Bila ditanya, kata mereka mahu mencuba scuba diving.
Dia
pun dipelawa. Cuma Medina yang malas nak pergi. Pergi buat apa? Bukannya dia
ada lesen menyelam. Kalau pergi setakat tukang jaga bot atau hai-hai bai-bai
dengan air laut, baik dia bercinta dengan katil dalam bilik.
“Yup, cuma sorang. Dua lagi dah ke dunia
lain. Penat sangat agaknya,” cerita Farizzam pula. Memang Tengku Ian dan Luke
awal-awal lagi dah cari katil. Stamina mereka dah habis selepas aktiviti
menyelam pagi tadi.
“Ku
Zam tak penat ke?” soal Medina lagi.
Farizzam
senyum dulu.
“Saya
tak menyelam pun tadi. Takde lesen. Cuma temankan Ian dan Luke menyelam. Medina
pagi tadi buat apa?”
“Takde
buat apa-apa. Berehat dalam bilik. Malas nak keluar. Buat apa nak cepat-cepat
cuba semua? Masih ada banyak masa lagi,” balas Medina.
Betul
tu. Terkurung di pulau ni selama sebulan lagi. Kalau dah cuba semuanya
sekarang, silap-silap bercakap dengan bot dia nanti sebab bosan.
“Ku
Zam dah beberapa hari kat sini. Macam mana? Rasa seronok tak?” tanya Medina
pula. Nak juga tahu pandangan orang hebat macam Ku Zam tentang pulau ni.
“Seronok.
Boleh buat itu, boleh buat ini. Macam-macam boleh cuba. Rasanya kalau ikut
pakej yang dah ditetapkan memang tak cukup nak buat semua. Pantai pun cantik.
Tempat snorkeling pun cantik,” jawab
Farizzam. Itu yang dia rasa.
Sebut
pasal bersnorkel, terus Medina ingat sesuatu.
“Ku
Zam, pasal snorkeling tu, saya nak
minta maaf bagi pihak Puteri. Saya tahu Puteri agak melampau hari tu.” Medina
minta maaf. Sebab dia tahu perangai Puteri hari tu macam mintak nak cium kaki.
Mengada tahap tak ingat. Rasa nak selam laut je kepala Puteri lama-lama tiap
kali dengar suara merengek Puteri dekat Ku Zam. Entah apalah Ku Zam fikir
nanti.
Farizzam
cuma senyum.
“It’s okay. Saya faham kalau Puteri takut
masa nak cuba snorkeling. Itukan kali
pertama dia.”
Saya
faham kalau Puteri takut masa nak cuba snorkeling?
Alahai.. Ku Zam ni memang ingat Puteri menggedik tu sebab takut? Atau
sebenarnya dia pun suka Puteri mengada-ngada kat dia? Maklumlah… lelaki! Lagi
perempuan bagi, lagi dia suka.
Tapi
bila melihat wajah Farizzam yang nampak jujur itu, rasanya dia memang maksudkan
kata-katanya. Kenapa suci sangat hati mamat ni? Wahai Ku Zam yang baik hati,
Puteri gedik bukan sebab takut. Tapi tu perangai semula jadi dia.
“Tak
rasa nak bagi kaki ke bila dia peluk-peluk macam tu?” selamba Medina tanya.
Geram! Bila nampak Farizzam agak terkejut dengan soalannya, Medina tahu yang
dia dah terlepas cakap. Ah, lantaklah!
“Saya
pun tak suka dia peluk saya. Tapi, kalau nak bagi kaki tu, belum rasa lagi
rasanya. Saya anggap je la dia tak sengaja hari tu.,” jawab Farizzam sebelum ketawa.
Sempat bergurau dalam ayatnya. Medina cuma selamba.
Tak
sengaja? Huh! Medina mencebik. Sempat mata Farizzam menangkap cebikan Medina
itu.
“Medina
memang tak suka Puteri ke?”
Erk!
Soalan apakah itu? Medina terkejut. Kalau dengan Tengku Ian rasanya dia memang
iakan je. Tapi dengan Farizzam, rasanya tak mungkin dia jaja cerita
macam-macam. Sekali sampai ke telinga papa dia, mahu kena sula dia. Lagipun dia
memang tak tahu Ku Zam ni macam mana orangnya.
“Biasalah..
adik-beradik tiri. Tak berapa nak ngam.” Hanya itu yang Medina jawab. Nak-nak
lagi memang takde ikatan darah langsung.
“Hai..
lain macam je bunyi ayatnya. Selalu kena marah ke?” teka Farizzam.
“Biasalah.
Saya memang budak nakal. Suka melawan.” Medina seakan mengiakan.
“Saya
tanya ni, Medina jangan marah ya?”
“Apa
dia?”
“Ibu
kandung Medina kat mana sekarang?”
“Mama
saya dah lama meninggal dunia.”
“Oh,
sorry. Saya tak tahu.” Farizzam minta
maaf.
Medina
senyum pahit. “It’s okay. Dah
kenyataannya,” balas Medina lagi.
“Medina
takde adik-beradik lain ke? Abang ke, kakak ke?” korek Farizzam lagi. Medina
geleng kepala.
“Saya
memang tak punya sesiapa pun lagi kecuali papa,” cerita Medina lagi. Aneh. Hati
melarang, tapi kenapa mulutnya tetap terus bercerita tentang perkara sebenar?
Seolah-olah selesa dengan lelaki itu.
Entah
kenapa bila melihat wajah sedih Medina, Farizzam turut rasa sedih. Mungkin
sebab dia pun macam Medina. Kalau Medina tak punya ibu, dia pula tak punya
ayah. Ayah kandung yang sampai sekarang dia tak tahu siapa. Samar-samar
ingatannya tentang ayah kandungnya. Tapi dia ingat dengan jelas apa yang dah
berlaku beberapa tahun dulu.
“Saya
faham perasaan Medina. Macam mana rasa bila kita tak punya orang tua.”
“Eh,
bukan mak dan ayah Ku Zam ada lagi ke?” soal Medina pelik. Farizzam tersedar sesuatu.
Kau, Ku Zam! Nasib baik dia tak terlepas cerita tadi.
“Saya
maksudkan anak angkat Ku Is.”
“Ian?”
Farizzam
cuma senyum. Tak mengiakan, tak menidakkan. Sekurang-kurangnya dia tak menipu.
“Berbeza
macam Medina, dia tak punya ayah. Dia cuma ada ibu yang besarkan dia. Sebab tu
dia selalu rasa terhutang budi dengan ayah sekeluarga yang banyak tolong
mereka. Sebab tu dia sangat sayangkan keluarga angkatnya itu,” cerita Farizzam.
Pelik betul bila dia berkongsi cerita sedih itu dengan Medina sedangkan ni pertama
kali mereka berbual berdua.
Medina
cuba mendengar. Ian pun sama macam dia? Tapi muka dia tak nampak macam ada
masalah. Selalu ketawa dan senyum. Atau semua tu sebab nak tutup kesedihan
sendiri?
Macam
yang selalu kau buat, Dee. Bezanya kau tutup semua dengan keras hati kau dan
dia tutup semua dengan wajah gembiranya.
“Takpe
ke Ku Zam cerita semua ni kat saya?” soal Medina. Takut juga kalau Tengku Ian
marah nanti. Farizzam cuma senyum. Kisah diri sendiri yang dah terkongsi dengan
Medina.
“Dia
tak kisah pun. Tapi, kalau boleh jangan cerita kat orang lain apa yang saya
cerita kat Medina ni. Dia tak suka orang lain tahu pasal hidup dia. Tapi dengan
Medina, saya rasa dia tak kisah.”
“Ya,
saya janji saya tak cerita kat orang lain.” Medina berjanji. Dia memang boleh
diharap kalau bab menjaga rahsia.
Kemudian
senyap antara mereka. Kedua-duanya lebih selesa pandang air laut yang cantik
depan mata.
“Oh,
ya! Malam ni apa aktiviti Medina?” Farizzam tukar topik.
“Entahlah.
Tak tahu apa yang seronok untuk dibuat waktu malam. Ku Zam tahu ke apa-apa yang
seronok malam ni?”
“Saya
ada dengar yang ada pertunjukan api kat pulau kecil. Dekat Long Beach. Cuma tak
pernah ada peluang lagi nak pergi sebab penat. Kalau Medina nak pergi, boleh
naik water taxy ke sana. Biasanya memang
ramai yang suka pergi sana,” cerita Farizzam.
“Oh,
ya ke? Macam menarik.” Suara Medina seakan-akan berminat.
“Nak
pergi sana berapa ringgit?”
“RM15
untuk sehala. Rasanya la.” Farizzam sendiri tidak pasti. Bila pandang muka
Medina, perempuan itu nampak macam berminat.
“Medina
nak pergi ke malam ni?”
Medina
cuma senyum.
“Tengoklah.
Ikut mood.”
------------
“Seronok
dating?”
Farizzam
terkejut bila dengar suara tu. Tak payah tanya siapa. Macam manalah mamat tu
boleh menceroboh bilik dia, dia pun tak tahu.
“Kau
ni.. terkejut aku!”
Tengku
Ian yang tengah baring di atas katil Farizzam ketawa. Kemudian dia bangkit dari
pembaringannya.
“Amboi,
kau! Bukan main sekarang ni. Sejak bila mendaftar jadi ahli baru persatuan
kasanova antarabangsa ni?”
“Kau
cakap apa ni?” Farizzam tak faham.
“Hari
tu mengayat kakak. Hari ni mengurat adik. Tamak betul.”
Baru
Farizzam dapat tangkap maksud kata-kata Tengku Ian. La.. pasal anak dara Datuk
Azizan ke? Tamak betul? Haha. Farizzam ketawa. Ada-ada je la abang angkatnya
tu. Malas nak tanya macam mana dia boleh tahu. Sah-sah la Tengku Ian sendiri
yang nampak tadi.
“Kau
nampak kitorang ke tadi? Kenapa tak join?
Lepas tu sengaja nak fitnah aku yang suci ni.”
Tengku
Ian ketawa lagi. Ya.. dia nampak Farizzam di tepi pantai tadi. Kedua-duanya
tengah duduk walaupun jarak mareka tak terlalu rapat. Sekali tengok macam orang
tengah bercinta.
Dia
cuma selesa memerhati dari jauh. Kenapa dia tak ikut serta? Sebab dia malas nak
kacau daun. Mungkin dia kena mula biarkan dua orang tu berbual mesra. Cuma
mereka berdua. Dan sebab itulah Tengku Ian terus balik bilik.
“Saja,
malas. Takut pulak aku jadi perosak ketenangan korang berdua.”
“Hai,
jealous ke?” Farizzam gelak.
Tengku
Ian tak jawab apa-apa. Dia tak cemburu kalau dengan Farizzam. Dia tak nampak
atas alasan apa dia kena cemburu.
“Aku
layan dia level adik-adik je. So, Ku Zam jangan risau ya?” Farizzam
ketawa lagi.
“Adik?
Hmm.. Zam, kau teringin nak ada adik
macam dia ke?” duga Tengku Ian.
“Medina?”
Tengku
Ian angguk. Kemudian nampak Farizzam macam berfikir sekejap.
“Kalau
ikutkan umur, memang layaklah dia jadi adik aku. Aku pun teringin ada adik
perempuan. Dapat adik perempuan cantik macam tu, siapa taknak weh?” Sempat
Farizzam bergurau di hujung ayatnya.
Tiba-tiba
terfikir benda yang sama. Cuba membayangkan dia punya seorang adik. Pasti
seronok. Tapi.. jadikan anak Datuk Azizan tu jadi adik dia memang benda
mustahil. Takde istilah adik angkat, abang angkat. Tak pasal-pasal terangkat
pulak.
“Kalau
aku ada adik, mesti dia dah besar, kan?”
“Kau
tanyalah ibu. Entah-entah kau memang ada adik sebenarnya.” Berhati-hati Tengku
Ian berkata. Takut Farizzam sensitif.
Farizzam
senyum tawar.
“Aku
kalau boleh taknak ingatkan ibu pasal benda tu. Kau pun tahu macam mana ibu
dulu, kan? Aku takut dia trauma lagi walaupun dah lebih dua puluh tahun
lamanya.”
Tengku
Ian senyap. Faham. Dia pun masih ingat walaupun ketika itu dia masih kecil.
Sebaya dengan Farizzam. Walaupun dia tahu apa-apa dulu, tapi dia masih ingat
macam mana keadaan ibu dan Farizzam sebelum ayahnya membawa mereka pulang ke
villa mereka.
“Nak
mandilah. Panas betul.” Farizzam tukar topik. Tuala yang berada di penyidai
disambar. Maghrib pun dah nak masuk. Badan pula rasa melekit-lekit. Langkah
mula diatur ke bilik mandi.
“Oh,
ya! Malam ni ada pertunjukan api kat Long Beach. Aku rasa jiran kita tu macam
berminat nak pergi. Aku dah pesan kat dia kalau nak pergi malam ni jangan pergi
sorang-sorang. Tapi kalau tengok gaya dia, aku tak rasa jiran kita tu jenis
yang dengar cakap.” Farizzam buka mulut. Rasanya Tengku Ian dah maklum siapa
‘jiran kita’ tu.
“Arghh..
badan aku pulak penat semacam. Kalau tak penat, memang aku dah temankan dia
malam ni. Aku haraplah sangat ada orang lain yang sudi temankan dia. Risau
pulak kalau ada apa-apa jadi kat dia. Maklumlah.. diakan perempuan,” tambah
Farizzam lagi sebelum mengeluh. Kononnya berharap sangat ada yang sudi temankan
‘jiran kita’ tu malam ni.
Kemudian
pandang Tengku Ian di depannya. “Kan?”
Tengku
Ian senyap. Cuma mata melihat Farizzam yang selamba menutup pintu bilik air.
-------------
Gara-gara
kata-kata Farizzam petang tadi, Tengku Ian tak senang duduk bila mengenangkan
malam ni mungkin Medina akan ke pulau kecil untuk melihat pertunjukan api.
Ikutkan hati, memang malas nak keluar malam ni sebab badan penat. Tapi, dia
takkan rasa senang hati kalau Medina ke sana sendirian.
Haish..
si Zam ni sengaja nak buat aku serba-salah. Sengaja nak berkias-kias dengan aku
pulak. Macam la aku tak tahu niat dia tu apa! Tengku Ian membebel dalam hati. Dia
tahu Farizzam sengaja cakap macam tu kat dia petang tadi.
Tak
pasal-pasal tak tenang hidup dia. Dia risau Medina pergi sendirian. Macam yang
Farizzam cakap petang tadi. “Kalau tengok gaya dia, aku tak rasa jiran kita tu
jenis yang dengar cakap.” Ya.. memang Medina budak degil. Tak mustahil dia
pergi sendirian.
Dari
tadi lagi Tengku Ian berdiri di depan pintu biliknya. Menunggu bunyi pintu dari
jirannya, dan Tengku Ian akan turut sama buka pintu dari dalam. Dia cuma nak
pastikan Medina pergi berteman. Sekurang-kurangnya dengan Zuyyin. Tapi, kalau
Medina pergi sendirian, memang dia putuskan untuk mengikut.
Bila
dengar pintu bilik dibuka, Tengku Ian terus buka pintu biliknya. Macam yang dia
agak, Medina baru lepas keluar dari biliknya. Tergamam juga Medina bila nampak
dia. Tengku Ian cuma senyum. Berlagak selamba.
“Eh,
kebetulan pulak kita keluar sama-sama malam ni.” Tengku Ian sengih. Medina buat
tak tahu. Malas nak layan. Terus berjalan meninggalkan biliknya. Tengku Ian
mengikutnya.
“Awak
nak ke mana?” Tengku Ian menyibuk.
“Cari
marka.”
“Marka
dah di sini. Buat apa cari jauh-jauh?” Tengku Ian ketawa.
Grrr…
serius Medina rasa nak cekik lelaki tu!
“Nak
pergi tengok pertunjukan api,” jawab Medina.
“Dengan
siapa?”
Dengan
siapa? Sepatutnya dengan Zuyyin. Tapi boleh pulak si Zuyyin ni sakit perut
malam ni. Tak mungkinlah nak diajak Puteri. Nak taknak memang pergi sorang la
dia. Dia bukannya takut nak pergi sorang. Cuma takut bosan sebab takde teman
berbual. Dia pula bukan jenis yang cepat mesra dengan orang lain.
“Dengan
bayang-bayang,” jawab Medina selamba. Dia ada nampak orang lain ke dengan aku
sekarang ni?
Ketawa
Tengku Ian terus lepas.
“Daripada
pergi dengan bayang-bayang, baik pergi dengan saya. Saya pun nak ke sana.
Lagipun bayang-bayang akan tinggalkan awak masa gelap. Tapi saya tetap ada.”
Medina
pandang pelik kat Tengku Ian. Mamat ni baru lepas tersalah baca buku sastera ke
apa ni? Agaknya lepas scuba diving
pagi tadi, otak pun tenggelam ke dasar laut kut!
“Bahaya
tahu pergi sorang-sorang? Awak tu perempuan.”
“Apa
ingat perempuan tu lemah ke? Tahu tak tangan wanita yang menghayun buaian tu,
mampu untuk menggoncang dunia?” Tak suka betul kalau orang perkecilkan kuasa
wanita.
Hah..
tu dia! Goncang dunia pulak dah. Tengku Ian ukir sengih.
“Bukan
tu maksud saya. Sekurang-kurangnya kalau pergi dengan lelaki, rasa selamat
sikit.”
Medina
senyum sinis.
“Tak
lagi bahaya ke? Orang kata kuasa lelaki sepuluh kali ganda kuasa perempuan. Kalau
lelaki tu cuba nak buat apa-apa macam mana? Sekurang-kurangnya kalau pergi
sendirian dah tak perlu lawan kuasa lelaki kuasa sepuluh tu,” bidas Medina
balik.
Jangan
sampai tangan yang boleh goncang dunia ni naik laju-laju kat pipi lelaki
berkuasa sepuluh kali ganda tu!
“Tapi
saya tak macam tu la. Pernah ke saya
ambil kesempatan tiap kali kita berdua?” balas Tengku Ian balik. Medina diam.
Memanglah takde.
“Sekurang-kurangnya
kalau ada apa-apa jadi kat awak, saya boleh lindungi awak.”
Medina
pandang Tengku Ian. Terharu? Tak langsung! Menyampah adalah! Penat nak layan.
“Bercakap
dengan awak ni, entah-entah boleh terlepas water
taxy malam ni. Tak pasal-pasal kena berenang pergi Long Beach.” Medina
malas nak berdebat dengan Tengku Ian.
Buat
apa nak dihalang? Destinasi mereka pun sama. Long Beach tu bukan milik dia
sorang. Tapi bagus juga ada Tengku Ian. Adalah juga modal nak dibuat gaduh
sepanjang perjalanan nanti.
-------------------
THIS
IS THE LAST ENTRY. Rasanya rakan-rakan di facebook saya dah tahu kenapa. Kalau
tak tahu, entry ni adalah entry last sebelum saya berhenti menulis untuk
seketika. Seketika saya tu tak tahu bila. Huhu.. maklumlah.. saya tengah nak
pay full concentration on study. Maklumlah.. dah final year. Jangan risau..
saya bukan berhenti terus. Bila ada masa nak menulis, saya akan menulis juga.
Sebelum
ada yang salah sangka, HERO SEORANG CINDERELLA belum tamat di blog lagi. Saya
cuma berhenti seketika. Lepas tamat rehat, saya akan sambung di blog. Kalau
ramai yang request hard copies, then entry last di blog macam TPI kut, Bab 25.
Perhaps..
Saya ucapkan HAPPY
READING n maafkan segala kekurangan karya ini dan karya2 saya sebelum ni.
Assalamualaikum.. J
thanks....rasa dah nampak plot camner HSC ni...cuma nak tau je camner izam n medina n ian nanti...thanks again
ReplyDeleteAll the best to you😁😁😁
ReplyDeleteGood luck study..
ReplyDeleteakak doakan adik berjaya..
jangan cepat putus asa..
Good luck for your study...akk tggu lps tamat rehat adk
ReplyDeleteTq Kak Anjell..wishing you good luck for your study.. Don't forget us....sis!!
ReplyDeleteThanks...izam n medina ni mgkn adik bradik kan???....ngeee...gud luck for ur study hokey..
ReplyDeleteSelamat berjaya....
ReplyDeleteTqvm sis Anjell..semoga terus succes!!!
ReplyDeleteWaaa... lepas ni mesti rindu cerita dengan orang yang buat cerita... BTW... All da best kak! \(n_n)/
ReplyDeleteGood luck for your study...dik... sabar menanti n3 seterusnya.
ReplyDeletebest.... nanti mesti rindu dgn Tengku Ian dan Medina...apa2 pun good luck....
ReplyDeleteGud lak sis..stadi smart..in shaa allah berjaya..akn ku tunggu n3 tbaru ..
ReplyDeletebest..
ReplyDeleteRasanya Ian tahu pertalian Medina dan Farizzam, cuma nak menjelaskan sangat payah. Kalau ibu Farizzam itu ibu kandung bermaksud ibu Merdina juga masih hidup.
ReplyDeletenice n3.I like it!study smart n gud luck for your study.x sbr rasenye nak tggu n3 baru...
ReplyDeleteThx dear!! All the best & gud luck. Smoga Allah memudahkan perjalanan hidupmu..amiinnn
ReplyDeleteSemoga berjays.
ReplyDeletesmoga bjaya kak anjel ;)
ReplyDeleteGud lux writer....best story....
ReplyDeletecant wait for next n3. exciteddd nk nggu next n3
ReplyDeleteGud luck dear....x sabar nk tggu entry seterusnya,.,
ReplyDeleteGud luck dear....x sabar nk tggu entry seterusnya,.,
ReplyDeleteGud luck dear....x sabar nk tggu entry seterusnya,.,
ReplyDelete