Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday 19 April 2015

NOVEL TUNDUKKAN PLAYBOY ITU DAH PUBLISH!!!

ASSALAMUALAIKUM.....

ALHAMDULILLAH syukur ke hadrat Ilahi..

Despite my hectic and productive life, i am trying so hard to manage some time to update this blog. Of cozz update baru ni berkenaan dengan status terbaru novel TPI aka Tundukkan Playboy Itu.. (TENGOK TAJUK LERR)..

Perhaps ada yang dah tahu, tapi macam biasalah.. Sebagai penulis yang disayangi ramai (BERLAGAKNYA), saya tetap nak announce kuat-kuat kat sini yang adik EKSPERIMEN CINTA dan SUAMIKU PALING SWEET dah selamat dilahirkan. Alhamdulillah... Cepat pula adik mereka berdua lahir kan? Hehe.. Itu namanya rezeki. Alhamdulillah...


TUNDUKKAN PLAYBOY ITU dah officially published!! By which publisher? Sama macam kekanda-kekandanya, di bawah syarikat penerbitan KARYASENI. Macam kekanda-kekandanya juga, saya tak ambil order online dan tak terlibat langsung dengan jual beli novel ini. Segala urusan jual beli online, silalah berurusan dengan KARYASENI & PENULISAN2U. Jadi saya susun sepuluh jari minta maaf ya..





Macam biasalah, tiap kali novelku dipublish, pasti ada pesanan penaja.

Pesanan penaja:


To be honest, it was the hardest piece to produce. Perhaps it was due to big responsibility to change Harraz. It's not just a story. Susah oii.. nak tundukkan Harraz ni. Saya nak tunjukkan insaf bukan sekadar insaf. Besarnya dosa yang perlukan taubat yang serius. Err... berjaya ke? Hmmm. I dont know whether it's a success or flunk, you readers to judge it.. Haraplah berjaya.. Huhu


PESANAN PENAJA DARI PENULIS DENGAN RASA MASIH PUNYA BANYAK KELEMAHAN INI:

++ Minta maaf kalau novel ni tak macam di blog

++ Minta maaf kalau apa yang korang expect dari novel ni tak kesampaian..

++ Minta maaf kalau  novel ni buatkan korang rasa rugi sebab dah belinya

++ Minta maaf kalau korang rasa novel ni tak berbaloi dengan masa yang ditunggu..

++ Minta maaf kalau novel ni tak seronok langsung dan membosankan.

++ Maaf atas segala cacat cela novel ini, sesungguhnya Cik Penulis ini masih punya banyak kelemahan dan kekurangan

++Minta maaf n minta maaf in everything...

Kalau rasa nak beli, belilah. Kalau rasa taknak, siapalah saya untuk memaksa. Ya dak?? HUHU..

Setiap karya saya saya rasa punya aura tersendiri. Punya banyak cara di hati pembaca. Well.. taste orang lain-lain. Ada yang suka yang tu, ada yang lebih suka yang ni. So, kalau korang expect semua novel saya tu nak SAMA je... baik saya tak payah publish novel-novel lain. Ya dak?? Maka.. dengan itu, saya tak tahulah penerimaan TPI ni macam mana.


TERIMA KASIH SEBAB SUDI MENGUNGGU NOVEL NI DIBUKUKAN DAN JUGA SOKONGAN YANG TAK BERBELAH BAHAGI... HARAP SEMUA AKAN TERHIBUR DENGAN KARENAH HARRAZ DAN NURIN. SEMOGA APA YANG SAYA NAK SAMPAIKAN SAMPAI KE HATI SEMUA PEMBACA..

LOVE U ALLSS.....




Terima kasih kerana dah ambil masa membaca apa yang saya bebelkan ini, dan di sini saya sertakan cover dan sinopsis TPI. 

Ini cover TPI...


"Hanya dari panahan mata, kisah cinta pun bermula"

Kali ni dah takde pink. Ahaks! Hitam aje, yet simple. Maafla lau tak berapa cantik iya..






SINOPSIS TUNDUKKAN PLAYBOY ITU:


Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.

“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL

Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!

“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA

Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.

Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.

“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL

Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?

Tajuk: Tundukkan Playboy Itu
Penulis: Anjell
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-97-0
Harga: RM29(Semenanjung) // RM32(Sabah & Sarawak)

    ++++

Sebenarnya novel ni terbitan MEI 2015. Tapi atas sebab tertentu, publisher awaLkan penerbitannya SPECIAL untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2015).. Jadi, kalau anda tak dapatkan masa pesta buku, maka kena tunggu lepas bulan MEI atau JUN la baru dapat baca ya..

Harapan saya, semoga semua orang berpuas hati dengan garapan cerita ini. Mungkin masih ada banyak kekurangan, saya minta maaf. Sebelum apa-apa, saya minta maaf atas segala cacat cela novel ini...

Hari tu dah janji kat FB nak up entry HERO SEORANG CINDERELLA lepas TPI publish. Sekarang ni kena gigih siapkan entry tu. Janji harus ditepati. Tunggulah ya. Hehe...



    +++++++++++++++++

FOURTH NOVEL TO GO: HERO SEORANG CINDERELLA. 
Current status: slow progression.

Disebabkan jarak novel TPI keluar ni dekat dengan kakanda SPSnya, jadi kena buat family planning. Next novel lama sikitla kut. Haha! 


SEKIAN, TERIMA KASIH.. :)

Okeh.. balik kepada dunia yang penuh pancaroba ni. Cehh... Haha... Assalamualaikum...

18 comments:

  1. Terima kasih di atas usaha gigih Anjell utk hasilkan novel yang kami tunggu-tunggu ni. Tak perlu minta maaf atas apa2 pun sbb kapembaca novel anda takkan pernah menyesal memiliki hasil nukilan kretiviti Anjell. Good job girl !!

    ReplyDelete
  2. Aduhai lari budget lagi huhuhuhu byk pulak buku LE keluar harap2 sempat la grab

    ReplyDelete
  3. I love your writing Anjell 😘😘

    ReplyDelete
  4. So very happy to hear the news of ur newborn! Excited to have it as ur previous masterpieces. Really hope to know u in person, as u remind me of someone even i know it will never happen...

    ReplyDelete
  5. Another must-buy novel... Hehe~
    Congrats sis anjell...
    Will always support you...

    ReplyDelete
  6. Tahniah Anjel.. Rasa macam baru je komen pasal TPI ni tengok2 dah terbit (bakal). Dah masuk dalam list senarai wajib beli masa Pesta Buku minggu depan ;)

    ReplyDelete
  7. Cantik covernya... i LIke BLACK....hehe..tahniah dear!

    ReplyDelete
  8. Taniah sis...akhir nya lahir juga anak yg ke3.
    Taniah sekali lagi..!!!

    ReplyDelete
  9. best woooooooo!!i'm so excited!!!hahhahaahahah........wajib i beli!!

    ReplyDelete
  10. Eksperimen cinta nk diadaptasi ke sis ? Woooo, congratzzzz !

    ReplyDelete
  11. congratss,writer! I'll always support you.good job n good luck!

    ReplyDelete
  12. saya dah beli dan bace .... alhamdulillah seperti novel2 sis yang terdahulu tak pernah menghampakan ... tambahan pula dengan suprise dari izz sekeluarga dlm novel ini it make me melt so sweet ..

    ReplyDelete
  13. br je abiskan baca...haha, no wonder la jadi bestseller kt mph..nasib baik sempat beli 1..good job n kipidap sis..

    ReplyDelete
  14. x perlu merendah diri sis sbb among de others cover ni paling lawa!! Terbaek la sis Anjell.. x sabar nak beli.. tgh gigihkan diri nk mengumpul duit nk beli kat kdai popular.. Apapun i really like de cover sbb nmpk cantik & mewah mcm ala² The Wedding Breakernye cover.. Nukilan n cover both of that 're beautiful.. :') Salam kenal Sis..

    ReplyDelete
  15. Anjellll...kenape alpha male xdpt nak baca?? Sedeh sgt ;( igtkan nk baca lagi tp xdpt pulak... anjelll nak update next chapter utk alpha male >< rindu laa dgn hazel n dr. Hilman... anjel jgn lupa update yaa...novel tu serius memang best! Truskan berkarya okay! ;)

    ReplyDelete
  16. kak anjell bila nk buat cerpen baru..?

    ReplyDelete
  17. anjell blog ini tak aktif lagi kah?

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )