Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Saturday 5 May 2012

Eksperimen Cinta (BAB 38)

BAB 38

Pukul lapan malam, Damia mendengar pintu biliknya yang diketuk dari luar. Bila dibuka, Tengku Aaron berdiri tegak di hadapannya bagaikan ada sesuatu untuk disampaikan.

     “Ada apa?” soal Damia pelik. Kebisuaan Tengku Aaron yang dah tiga puluh saat berlalu membuatkan Damia sendiri yang membuka mulut. Tak pernah-pernah lelaki itu disampuk bisu seperti itu.

     “Mummy call tadi..” Damia masih menunggu. Mummy call, then?

     “Then?” soal Damia.

     “Mummy cakap Rean dengan Seri accident..” sambung Tengku Aaron.

     Damia yang mendengarnya bagaikan nak putus nyawa. Kak Seri dan Abang Rean accident? Ya Allah, selamatkanlah mereka! Damia bagaikan tak percaya. Baru petang tadi mereka datang. Baru beberapa jam berlalu. Macam mana keadaan mereka? Teruk ke?

     “Macam mana boleh accident?” Damia yang masih terkejut bertanya.

     “Mummy tak cakap apa-apa tadi. Aku pun tak tahu. Seakarang ni kau cepat bersiap. Kita pergi hospital.” Tengku Aaron menyudahkan kata. Damia angguk sebelum pandang wajah Tengku Aaron sesudah menyampaikan berita itu. Kaku.. Beku.. Macam orang tiada jiwa.

     -------

“Mummy.. macam mana keadaan Abang Rean dan Kak Seri?” soal Damia sebaik sahaja dia dan suaminya tiba di hospital. Sedia menunggu, kedua-dua mentuanya dan juga adik iparnya, Tengku Ammelisa yang sedang bercuti. Semuanya berwajah sugul menanti khabar.

     “Eh, rahang kamu tu kenapa? Kamu gaduh dengan Aaron ke?” Dalam kesedihannya, sempat Puan Sri Raja Haryati bertanya. Pelik melihat lebam pada rahang kanan Damia.

     Err.. Damia terkelu tak tahu nak jawab apa. Kalau mummy nak tahu, ni hadiah anak kesayangan mummy la. Tekaan mummy hampir tepat. Cuma bukan sebab dia bergaduh dengan Tengku Aaron. Apa mummy akan cakap kalau dia tahu kedua-dua kembar itu hampir bertumbuk sebelum Tengku Andrean kemalangan? Mummy akan salahkan Tengku Aaron ke?

     “Takde apa-apa mummy. Mia jatuh tadi.” Damia berbohong. Sempat dia pandang muka Tengku Aaron. Coolnya.. sampai rasa nak sepak je muka tu. Geram betul. Boleh dia buat muka tak bersalah macam tu.

     “Macam mana Abang Rean dan Kak Seri?” lagi sekali Damia bertanya.

     “Doktor tak keluar lagi, Mia. Mummy bimbang anak mummy. Mummy taknak hilang Rean. Mummy taknak hilang Seri.” Puan Sri Raja Haryati menangis lagi. Damia memeluk ibu mentuanya itu untuk menenangkannya.

     “Sabar, mummy. Kita berdoa agar kedua-duanya selamat.”

     “Macam mana semua ni boleh terjadi, daddy? Polis cakap apa?” selidik Tengku Aaron pula. Sekejam-kejamnya dia masih mengambil tahu perihal kembarnya. Dia bukannya sekejam manusia yang bersorak bila musuhnya mati. Dia tak pernah mendoakan kejadian buruk menimpa pasangan suami isteri itu.

     “Polis cakap Rean accident dengan lori minyak. Kereta terpelosok bawah lori. Pemandu lori maut di tempat kejadian. Ya Allah.. Macam mana semua ni terjadi pada Rean?” Tan Sri Tengku Ahmad cuba kuatkan hati. Berharap anak kedua dan menantu serta cucunya baik-baik sahaja.

     “Rean accident pukul berapa?” soal Tengku Aaron lagi.

     “Polis cakap dalam pukul 6.15 petang tadi.”

     Tengku Aaron tersandar ke dinding hospital. Ternyata firasatnya betul. Sesuatu sudah terjadi pada kembarnya. Memang sejak dulu lagi, jika apa-apa terjadi pada Tengku Andrean, dia pasti akan turut sama rasa kesannya. Begitu juga sebaliknya. Tengku Andrean juga akan rasa benda yang sama jika dia sakit. Itulah ikatan batin antara kembar. Patutlah jiwanya tak tenteram selepas Tengku Andrean dan Seri keluar dari rumahnya. Patutlah tangan dan tubuhnya terasa sakit semuanya.

     Bila mummy mengkhabarkan berita duka itu, nyaris sahaja telefonnya terlepas daripada genggaman. Ternyata ketidaksedapan hatinya berasas. Dia cuba kumpulkan kekuatan untuk mengkhabarkan pada Damia pula. Telah dia cuba untuk mengawal wajahnya agar tidak terkesan dengan berita itu.

     Dalam hati, Tengku Aaron berdoa. Ya Allah.. Selamatkanlah mereka!

     -------

“Lepaslah! Saya nak tengok isteri saya!”

     “Sabar, Tengku. Tengku kena berehat sekarang ni!”

     Kedengaran suara orang bergaduh di ruang menunggu itu. Suara yang tak asing lagi. Tengku Andrean! Baru sebentar tadi doctor membawa berita baik. Tengku Andrean hanya cedera ringan dan masih tak sedarkan diri di wad kecemasan. Semua yang mendengar mengucap syukur. Termasuk Tengku Aaron sendiri walaupun dia hanya diam mendengar berita itu.

     “Lepaslah! Saya tak sakitlah. Saya nak isteri dan anak saya. Mana mereka?” Tengku Andrean cuba melepaskan diri daripada cengkaman jururawat wanita itu. Tubuhnya yang masih lemah membuatnya gagal melepaskan diri daripada jururawat itu.

     “Ya Allah, Rean!” Puan Sri Raja Haryati menuju ke arah puteranya itu.

     “Lepaslah.. Mummy!” Tengku Andrean berjaya melepaskan diri. Badan mummynya terus dipeluk.

     Doctor yang bertugas merawat Tengku Andrean memberi isyarat pada jururawat itu agar membiarkan Tengku Andrean. Jururawat itu mengangguk sebelum berlalu pergi.

     “Mummy, mana isteri Rean? Mana Seri? Macam mana dengan baby?” bertalu-talu soalan Tengku Andrean untuk mummynya. Hiba hati seorang ibu melihat keadaan anaknya seperti itu.

     “Sabar, Rean. Doctor belum keluar. InsyaAllah mereka selamat,” pujuk Puan Sri Raja Haryati.

     “Mummy.. Rean takut Seri tinggalkan Rean.” Tengku Andrean sudah merengek seperti anak kecil.

     “Jangan cakap macam tu. Kita duduk dulu, sayang. Reankan sakit,” pujuk Puan Sri Raja Haryati sebelum mengheret puteranya ke bangku berdekatan.

     “Rean duduk dulu. Rean kena berehat. Adik, pergi beli makanan untuk Angah,” Tan Sri Tengku Ahmad pula mengarahkan puteri bongsunya. Tengku Ammelisa mengangguk.

     Damia yang melihat keadaan Tengku Andrean turut sebak. Sebak melihat keadaan Tengku Andrean yang berbalut kepala dan tangan kanannya. Kesiannya, Abang Rean. Damia mengelap air matanya yang tumpah.

     Lampu bilik pembedahan terpadam menandakan pembedahan sudah pun selesai. Hanya menunggu pintu terbuka dan doktor yang merawat memberi penjelasan. Semua menyerbu apabila doktor keluar daripada bilik pembedahan.

     “Puan Seri Husna dah selamat melahirkan bayi perempuan walaupun tak cukup bulan..”

     “Alhamdulillah,” semua mengucap syukur.

     “Tapi..”

     “Tapi apa doktor? Kenapa dengan isteri saya?” Tengku Andrean cepat bertanya.

     “Keadaan isteri Tengku masih kritikal. Puan Seri masih tak sedarkan diri. Kalau dalam masa 24 jam dia tak sedarkan diri, saya tak jamin Puan Seri boleh selamat.” Semua yang mendengar terdiam. Tengku Andrean juga hampir terduduk.

     “Selamatkan isteri saya, doktor,” rayu Tengku Andrean.

     “Kami akan cuba yang terbaik. Semuanya bergantung pada kuasa Allah. Apa yang saya boleh katakan sekarang, keadaan 50-50.”

     ------

“Seri.. maafkan abang. Abang cuai. Semuanya salah abang. Abang yang sepatutnya ada kat sini, bukan Seri.” Air mata Tengku Andrean menitik. Pilu melihat keadaan isteri tersayang yang bergantung sepenuhnya dengan alat bantuan pernafasan.

     Terasa dia adalah manusia yang paling tidak berguna. Dialah punca isterinya seperti itu. Kalaulah dia pandu kereta dengan hati-hati tadi, mesti semua ni takkan berlaku. Dahlah sekarang ni dia hanya mampu melihat isterinya melalui cermin pemisah. Tiada siapa dibenarkan melihat isterinya dengan dekat melainkan doktor. Sedangkan pada masa ini, dia teringin sekali mencium tangan isterinya dan memberi semangat agar terus hidup.

     “Seri.. jangan tinggalkan abang. Abang ada Seri je yang selalu susah senang bersama abang. Siapa yang nak jaga anak kita nanti kalau Seri pergi? Apa abang nak cakap pada anak kita kalau dia tanya mana mama dia? Seri mesti tengok anak kita membesar.”

     “Rean.. dengar cakap mummy. Rean berehat dulu. Rean pun sakit.”

     “Taknak. Rean taknak tinggalkan isteri Rean. Nanti dia tinggalkan Rean. Rean tak sanggup.” Tengku Andrean geleng kepala.

      Tengku Aaron tertunduk mendengar semua luahan hati kembarnya. Malah, seluruh ahli keluarganya. Semuanya tertunduk pilu. Semuanya bersimpati dengan Tengku Andrean. Bohonglah kalau dia sendiri tidak tersentuh. Memang dia tak layak bergelar manusia.

     Damia melihat suaminya yang hanya diam. Dia sedih ke? Walaupun Tengku Aaron cuba menutup rasa hatinya, tapi dia masih dapat rasakan yang suaminya sedang bersedih. Tapi, sedih atas dasar apa Damia tak tahu. Sedih sebab wanita yang dicintainya sedang bertarung dengan maut ataupun sebab mendengar rintihan adik kembarnya? Atau mungkin kedua-duanya sekali?

     Tengku Aaron tak sedar dirinya sedang diperhatikan oleh Damia. Dia meraup muka. Entah kenapa, kenangan lalu kembali terbayang.

     --------

Kali pertama melihat Seri Husna telah membuat Tengku Aaron terpikat. Dengan wajah yang cantik serta mata bulat yang bersinar, Tengku Aaron terpanah. Bukan kali pertama dia bertemu dengan wanita cantik, tapi Seri mempunyai daya penarik yang tersendiri. Tak pernah dia berpersasaan sebegitu pada mana-mana perempuan. Keinginannya untuk mengenali Seri dengan lebih dekat bagaikan dikabul Allah. Tak sangka mereka berdua mengambil jurusan Management of Projects yang sama di university of Manchester.

     “I’m Aaron. Tengku Aaron Shah.”

     “Seri. Seri Husna.”

     Mereka berdua berjabat tangan. Ketika itu pensyarah mereka, Professor Andrew memberikan tugas kumpulan kepada mereka. Ketika itulah kali pertama mereka bertemu. Daripada teman sekelas, akhirnya menjadi kawan baik dan akhirnya bertukar status menjadi kekasih selepas Tengku Aaron bertindak berani melamar Seri menjadi kekasihnya. Dan Seri pun bersetuju.

     Hubungan mereka berjalan dengan normal. Tapi, meskipun Seri sudah sah menjadi kekasih Tengku Aaron, perangai Tengku Aaron yang pantang melihat perempuan itu tak pernah berubah. Seri sering bersabar. Sehinggalah satu hari, Seri melihat dengan matanya sendiri yang Tengku Aaron sedang berpelukan mesra dengan Alexa.

     Seri menghilangkan diri hampir dua bulan. Tengku Aaron betul-betul hilang punca dengan kehilangan Seri. Seri menghukumnya tanpa mendengar alasannya. Kehilangan Seri betul-betul membuatkan Tengku Aaron bagaikan nak gila. Tak pernah Seri menjauhkan diri darinya walaupun mereka bergaduh. Kenapa Seri berubah?

     Sehinggalah suatu hari, Seri mengajaknya berjumpa. Gembira bukan kepalang rasanya. Sesungguhnya Tengku Aaron sangat-sangat rindukan Seri. Sangkanya, itu adalah petanda hubungan mereka akan baik seperti biasaa. Tapi semuanya meleset sama sekali.

     “Seri, I minta maaf. I sayang you. Youkan tahu I macam mana. I sayang you sorang je. Please jangan buat I macam ni. I janji I akan berubah. No more flirting,” janji Tengku Aaron.

     “Sorry, Aaron. I tak boleh terima you. I tak layak untuk you. Maaf,” kata Seri pula.

     “You.. dah ada orang lain?” tajam mata Tengku Aaron merenung Seri. Seri diam. Setiap masa bersama Tengku Aaron bagaikan menjerut lehernya sendiri.

     “I dah tak boleh lari lagi, Aaron. You terlalu sempurna untuk i. I rasa bersalah kalau terus besama you.”

     “Apa maksud you ni, Seri? You cakap apa ni?” Tengku Aaron tak faham.

     “I dah kahwin, Aaron.” Terus terbangun Tengku Aaron dari duduknya. Tajam matanya memandang Seri.

     “I dah kahwin. I dah jadi isteri orang!” Seri menjelaskan segalanya.

     “Siapa suami you?” Tengku Aaron masih tak percaya.

     “Aku.” Tengku Aaron berpaling. Lagi dia rasa terpukul.

     “Kau, Rean?” Tengku Aaron berasa lututnya lemah. Tak sanggup menghadapi situasi ini.

     “Ya.. aku suami Seri. Kami dah kahwin tiga bulan.”

     Tengku Aaron meraup wajahnya. Tiga bulan.. bermakna sebelum peristiwa dia memeluk Alexa, mereka sudah menjadi suami isteri? Perempuan yang selama ini dipeluk, disentuh tangannya dan diungkapkan kata-kata cinta itu ialah adik iparnya sendiri? Dia benar-benar rasa terpukul. Rasa terhina. Rasa dikhianati. Sangkanya Seri hilangkan diri kerana patah hati. Tapi semuanya hanya helah agar dia melepaskan Seri.

     Tengku Aaron menggenggam penumbuk. Laju sahaja penumbuk sulungnya dilepaskan pada Tengku Andrean. Kali pertama dia menumbuk kembarnya sendiri. Sikitpun Tengku Andrean tak balas. Orang ramai yang melihat tak dipedulikan lagi. Rasa marah dan benci!

     “Kami minta maaf Aaron. Kami kahwin sebab kami dah terlanjur,” dalam kesakitan Tengku Andrean menjelaskan segala-galanya. Mengucap panjang Tengku Aaron mendengarnya. Terkejut yang amat! Rasa tak percaya kembarnya sendiri boleh melakukan benda dilaknat Tuhan itu.

     “Kau memang adik tak guna, Rean. Aku tak sangka orang yang paling dekat dengan aku yang khianati aku. Kau, Seri.. Kau permainkan cinta aku. Aku benci kau berdua. Seteruk-teruk aku, sebuaya-buaya aku, aku tak pernah tidur dengan perempuan lain. Aku tahu betapa besarya dosa zina tu. Kau berdua memang lebih hina daripada aku!”

     “Mualai hari ni, aku taknak tengok kau berdua. Sampai mati aku takkan maafkan korang. Dan kau Tengku Andrean Shah, mulai hari ni aku bukan lagi abang kembar kau.”

     -------

Bunyi bising di kawasan itu menerbangkan segala kenangan Tengku Aaron. Doktor berlari masuk ke bilik Seri seperti keadaan Seri bertambah parah. Semua berdebar melihat situasi itu.

     “Mummy.. Seri, mummy..” Tengku Andrean sudah bimbang. Semua orang di luar hanya mampu berdoa agar Seri selamat. Semua dapat melihat doktor yang merawat Seri daripada cermin pemisah. Seketika kemudian, doktor itu kembali keluar.

     “Puan Seri makin kritikal sekarang. Selagi Puan Seri belum melepasi tahap kritikal, tiada apa yang doktor mampu lakukan. Apa yang saya boleh cakap sekarang, bersedialah dengan apa-apa kemungkinan.”

     Semua yang mendengar kata-kata doktor itu terkedu. Bermakna apa-apa sahaja boleh berlaku pada Seri sekarang ni. Yang baik ataupun yang tak baik. Tak sanggup mereka menghadapi kehilangan Seri.

     “Tak.. Doktor mesti selamatkan isteri saya. Buat apa jadi doktor kalau tak boleh rawat orang sakit?” Tengku Andrean dah marah.

     Doktor itu hanya senyap. Sememangnya dia sudah lali dengan amarah keluarga pesakit. Apa yang dia hanya mampu lakukan ialah berdiam diri dan membiarkan Tengku Andrean melepaskan amarah. Sebab itu adalah salah satu fasa dalam menerima hakikat.

     “Berapa juta pun saya sanggup bayar, doktor.”

     “Sabar, Rean. Sabar.” Tan Sri Ahmad Shah memujuk Tengku Andrean.

     “Tapi, daddy..”

     “Istighfar, Rean. Ingat Allah. Ikhlaskan hati kalau Allah mengambil haknya,” nasihat Tan Sri Ahmad Shah sambil menepuk bahu puteranya.

     “Seri..” tangis Tengku Andrean lemah. Dia sedang menerima kenyataan untuk kehilangan Seri. Kuat ke dia nanti? Tak sanggup rasanya. Masih terlalu awal rasanya untuk dia kehilangan Seri. Dia belum puas hidup bersama Seri. Dia masih belum cukup mencurahkan cintanya pada Seri. Astagfirullahalazim.. kuatkan hatiku!

      Tengku Andrean raup muka. Bila terpandang bucu ruang itu, dia bangun menuju ke arah itu. Bahu Tengku Aaron dipegang.

     “Seri nazak sekarang ni. Aku rayu, Aaron, kau maafkan Seri. Kalau pun kau nak marah, lepaskan pada aku. Jangan biarkan Seri pergi tanpa kemaafan kau,” rayu Tengku Andrean.

     Tengku Aaron hanya diam. Bagaikan orang tak berperasaan, dia melangkah pergi meninggalkan semua. Fikirannya bercelaru. Tiba-tiba peristiwa dia menjadi saksi kematian Anith menjelma di fikiran. Bagaikan menghasutnya untuk terus berdendam. Tengku Aaron terus berjalan. Panggilan mummy dan daddynya yang tak berpuas hati dengan tindakannya tak dipedulikan.

     Tengku Aaron hanya mengikut kakinya melangkah. Dia sendiri tak sedar kerana fikirannya melayang entah ke mana. Sedar-sedar, dia sudah berdiri di hadapan kaca bilik bayi. Bayi-bayi yang lena itu cukup menenangkan jiwanya. Matanya tercari-cari. Akhirnya jumpa! Seri Husna binti Salman.

20 comments:

  1. huk huk ! hrp-2 Seri oke la....
    anjell nie pndai btul wat owg dalami prasaan tu

    ReplyDelete
  2. kesian dgn nasib yg menimpa andrean dan seri.
    moga seri selamat.
    aaron pon spatutnya jgn ikutkan dendam, maafkan ja la seri dgn andrean tu.
    x guna kalau berdendam lama2 bkn dpt apa pon.
    lgpon apa yg terjadi sudah ditakdirkan Allah S.W.T, siapa kita nak tolak takdir yg tertulis tu.

    ReplyDelete
  3. sedih. dh agk something akn jadi sbb seri beria ia nk mntk mf. hope sume okey and please aaron, dh2 la berdendam. tak elok!

    ReplyDelete
  4. X kan seri dah nak mati kot?cita br nak start ni.
    Anyway saya suka when writer update hari2 mcm ni..thanks

    ReplyDelete
  5. knape binti salman.. ptut nye seri husna ninti tg andrean lah.. kan3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu kan name seri.. Nama baby blom letak lg ;)

      Delete
    2. betoi tu..kalau name ank dia, mesti dah ad tengku kat dpn.kan tg andrean tu tengku..

      Delete
    3. Kalu orang yg x de pengalaman tengok baby d spital mmg akan blurrr sket pd part ni

      Delete
  6. Aduhaii.. Syahdunyaaaa!! Sian gak aaron.. Sape la yg xnaik hantu kalo kna tipu idup2.. Tp skrg ni antara idup n mati harap aaron dpt bepikir ngn tenang.. Mana tau, damia leh pujuk dia jap g.. ;) kot2 tgk baby sejuk ati ke..

    ReplyDelete
  7. sedih nye.... mesti muka baby tu sebijik muka seri kan, sebab tu aaron boleh cam muka baby tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bkan aaron cam muka baby tu la
      kan dkat every baby ada tag nama mk diorang.

      Delete
  8. Sian ye dekat Seri...nasib baik baby selamat...
    Harap Aaron bagi kemaafan pada Seri.....

    ReplyDelete
  9. lah, camne boleh jadi mcm ni? mesti seri mati nanti dan mia yang akan jaga anak seri. boleh wujud semula cinta tiga segi antara Aaron, Rean dan Mia.

    ReplyDelete
  10. aduhaiii sdihnya...huhuhu !_!
    cik writer cpt la continue..huhuhu

    ReplyDelete
  11. cik penulis,
    ada possibility tak nak sambung post lagi even after BAB 40? tiba2 teringat cik penulis nak update sampai 40 je.janganla pleaseeeee :(

    ReplyDelete
  12. kenapa smpai 40 je??? cite nii akn dibukukn ker???

    ReplyDelete
  13. Wah dah smakin sonok ni nanti klu dah dbukukn g tau tau.. X sbr nk bc

    ReplyDelete
  14. ala..., siannya seri... nanti rean plak yg jeles ngan aaron... dendam berbalas... kasi aaron jatuh cinta ngan damia dpt anak kembar..huhu...best3

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )