BAB 5
Mata bertentang mata. Orang kata, dari mata turun ke
hati. Tapi dalam situasi mereka berdua ni, nampaknya kena ditukar menjadi, dari
mata rasa nak ditonyoh-tonyoh orang depan muka sekarang ni.
Harraz tak membalas apa-apa dengan
pertanyaan Nurin. What she needs to do on her first day, ya? Persoalan
tu terus bermain dalam kepala. Hidup ni terlalu bosan kalau everything is
running smoothly, kan? Jadi.. Harraz tahu apa yang dia nak lakukan.
Hari pertama kerja ya? Apa budak ni nak
buat, ya?
Harraz senyum misteri sambil pandang
muka tenang Nurin. Hmm.. perempuan ni terlalu tenang dan dia akan cuba
goyahkan ketenangan itu.
Harraz bangun dari kerusi empuknya.
Menapak beberapa langkah dan tegak betul-betul di hadapan Nurin. Kedua-dua
tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar slack hitamnya lagak macam bos. Err..
memang bos pun!
Wei.. wei.. apahal pulak mamat ni tetiba
je datang dekat aku ni? Hati Nurin sedikit gundah bila tubuh tinggi macam pokok
kelapa tu tegak di depannya. Tapi wajah tenang masih cuba ditayang. Kononnya
dia tak terkesan langsung dengan Harraz yang dah jadi pak pacak di hadapannya.
“Hmm.. kau betul-betul nak tahu
apa yang staff baru akan lakukan on first day?” soal Harraz. Dan
tak berniat untuk dengar jawapan Nurin.
Nurin diam. Geleng tak, angguk jauh
sekali. Cuma pandang sekelilingnya. Mencari senjata kalau-kalau mamat depannya
ni berani nak berkurang ajar dengannya. Haa.. dah nampak replika bola golf emas
atas meja kerja mamat tu. Dan dah tahu jugak siapa yang bakal masuk operation
theatre tengah hari ni gara-gara bola golf tu tak lepas esoagus kalau berani nak macam-macam dengannya!
“Apa dia?” Nurin memberanikan diri
bertanya. Taknak kelihatan penakut di depan Harraz. Nasib baik suara dia merdu
tak bergetar. Tepat anak mata Harraz ditenung berani.
Harraz senyum lagi. Kemudian jarak yang dekat
didekatkan lagi dengan Nurin sehinggakan Nurin terpaksa mengundur ke belakang. Terlanggar
meja. Dah tak ada ruang nak mengundur lagi.
“Biasanya kitorang ice breaking. Hmm..
Kitorang keluar makan-makan..” Harraz letak kedua-dua tanganya di kiri dan kanan
Nurin. Sengaja memerangkap Nurin di antaranya dan meja kerjanya. Suka hatinya
melihat wajah anak gadis itu yang dah mula bertukar riak. Macam nak bukak
bunga-bunga silat pun ada.
“Kitorang keluar jalan-jalan..” Tubuh
yang tinggi pula mula dibongkokkan. Buatkan Nurin rasa nak menyorok je bawah meja
sekarang ni.
Nurin telan liur. Wei.. kalau kau dekat
lagi, memang menyesal kau! Nurin dah tak kira. Kalau Harraz rapat lagi
dengannya, memang dia akan naikkan lututnya. Kalau dah naik tu, faham-fahamlah dia
aim kat mana! Dia tak kira dah! Pedulilah kalau mamat tu tak dapat tidur
sekali pun malam ni.
“Lepas tu kitorang akan…”
Satu.. dua.. Ahh.. gasaklah!
“Har..” Bunyi pintu terbuka dari luar
dan Harraz terus tegakkan tubuhnya. Lagak macam takde apa-apa berlaku.
Nurin tarik nafas lega bila Harraz menjauhkan
diri darinya. Jantungnya yang berdegup laju cuba ditenangkan. Nasib baik tak
berhenti kerja jantungnya. Kalau tak, tak pasal-pasal wassalam dia hari ni.
Nasib baik kau, Harraz. Nasib baik jugak
lutut sempat dibrek. Baik punya timing. Terima kasih pada tukang bukak
pintu tu. Kalau tak memang merana Harraz gara-gara penangannya.
Farhan hanya pandang mereka berdua silih
berganti. Apa dah jadi? Err.. dia tersalah masuk ke? Pandang perempuan
depan Harraz sekali lagi. Eh, Cik Arkitek la! Senyuman manis diberi. Dibalas
juga oleh perempuan tu walaupun nampak agak terpaksa. Hai.. apa la sepupu aku
dah buat kat Cik Arkitek ni sampai muka nampak macam lepas kena kejar zombi je?
Kalau toreh muka Cik Arkitek pun agaknya darah pun bagi salam dulu baru nak
keluar.
“Haa.. kau! Nak apa?” Macam takde
apa-apa berlaku, Harraz bertanya kepada Farhan.
“Err.. sorry, bos! Kejap
lagi aku masuk.” Farhan terus keluar.
Berkerut dahi Harraz sekejap. Sewel ke
demam sepupu aku hari ni? Bos? Entah apa-apa la Farhan ni!
Tinggal Harraz berdua dengan Nurin.
Senyum sinis dihadiahkan kepada Nurin. Nak tergelak dia melihat muka Nurin yang
dah tak tahu nak cakap warna apa tu. Huh.. kalau dah perempuan tu, perempuan la
jugak. Pantang lelaki goda sikit, mulalah nak gelabah.
“Tapi, kau jangan bimbang. Kes kau ni
dikecualikan. Aku pun takde hati nak ice breaking dengan kau.
Buat patah selera aku je..”
Nurin mencebik dalam hati. Blah la kau..
ingat aku nak sangat? Kalau pun ada, aku rasa probality nak jadi head
breaking tu dah 99.9% kalau berani nak kurang ajar dengan aku. Ingat aku ni
perempuan macam apa? Tadi tu pun nyaris-nyaris tahu? Nasib baik Allah
selamatkan kau!
“Pandai-pandailah kau hidup dalam
syarikat aku ni.” Harraz berkata lagi sebelum tekan interkom. Seru PAnya untuk
masuk menghadap.
-----------
Tak lama lepas Nurin keluar, Farhan kembali masuk ke
dalam pejabat Harraz. Ketika itu Harraz sedang duduk di atas kerusi empuknya.
Harraz angkat kepala bila dengar pintu biliknya dibuka. Macam yang diagak,
Farhan. Entah apa mimpi mamat tu datang pejabatnya hari ni.
“Ada apa kau datang jumpa aku?” soal
Harraz. Farhan cuma sengih. Kemudian tarik kerusi di hadapan Harraz.
“Weh.. Cik Arkitek tu datang buat apa?”
Farhan tak jawab soalan Harraz. Dia pula yang bertanya.
“Hah? Cik Arkitek?” Harraz blur.
“Maksud aku Nurin.” Farhan betulkan
ayatnya.
“Oo.. budak tu ke? Dia kerja sini
mulai hari ni.”
“Eh? Bukan ke kau cakap dia flunk
ke semalam?”
“Memang.. tapi terus lulus lepas daddy
aku masuk campur.” Huh! Sakit pulak hari Harraz bila ingat balik.
Farhan tergelak. Buat Harraz rasa macam
nak lastik je mulut mamat tu.
“Haha.. patutlah kaki aku macam gatal je
nak datang sini, nak tunjukkan Nurin rupanya.” Farhan sengih lagi. Entah apa
yang ada dalam kepalanya.
“Yang kau happy sangat ni
kenapa?” Harraz pelik.
“Wei.. mestilah happy. Ada awek
baru masuk kut. Takdelah bosan aku nak mengadap orang sama je tiap kali datang office
kau.”
“Suka hati kau la. Yang kau datang sini
kenapa?” Harraz kembali bertanya soalan yang belum dijawab Farhan.
“Biasalah. Aku bosan dok rumah. Takde
orang. Mama aku macam biasalah entah fashion show mana entah dia involve
hari ni. Papa aku pergi office. Tinggal bibik aku je. Dahlah berdua
dengan dia. Pandang aku pun dah lain macam. Ee.. seram aku!”
Harraz ketawa bila dengar cerita Farhan.
Kelakar betul sepupu aku ni! Kata layan je semua perempuan? Haha..
“Takpelah.. aku taknak kacau kau. Aku
nak pergi kacau staff baru kau.” Farhan sengih lagi. Harraz malas nak
komen apa-apa. Dah maklum perangai Farhan. Bila dah bosan, tahulah sepupu dia
tu nak berhenti. Hanya mata memandang Farhan yang menutup pintu biliknya dari
luar.
--------------
Arghhh…
stresnya Nurin rasa sekarang ni! Rasa macam nak terjun bangunan. Eh.. tak
boleh. Tak boleh.. tu bunuh diri namanya! Dosa besar.
Tapi.. huh.. Nurin mengeluh lagi. Baru
dua jam dia masuk pejabat ni, rasa macam nak lari balik rumah sekarang. Rasa
macam nak pergi hantar surat letak jawatan pun ada.
Nak tahu kenapa dia boleh rasa stress
sampai macam ni? Sebab utamanya adalah sudah tentu la CEO syarikat ni yang tak
pernah mengalu-alukan kedatangannya. Kalau dah big boss tunjuk taring
macam tu, anak buahnya pun turutlah asah taring jadi macam tu. Apa omputih
cakap? Like boss like staffs.
“Err.. toilet kat mana
ya?” Lembut je Nurin bertanya kepada salah seorang staff perempuan yang
kebetulan lalu ketika dia tengah merayau-rayau mencari tandas. Tapi dibalas
pulak macam ni!
“Hei.. you ingat I ni tukang cuci toilet
ke you nak tanya macam tu?” Dan minah tu terus blah.
Ternganga jugak Nurin dua saat. Waa.. apa
salah aku? Tanya toilet kat mana pun kena marah ke? Haish..
syarikat besar ni payah jugak! Cari toilet pun sesat.
Tak cukup dengan yang tu..
“You staff baru tu, kan?” Baru je
Nurin angkat muka, sehelai kertas diletakkan di atas meja kerjanya. “Taipkan
untuk I. Sejam lagi I datang ambik.” Dan minah tu blah.
Dan Nurin ternganga lagi. Memang
perangai staff kat sini ek, lepas cakap dengan orang terus blah?
Wei.. aku bukan kerani la! Huh.. nak taknak Nurin siapkan jugak. Memang staff
baru kena buli macam dia ke? Nak menangis Nurin rasa.
Pap! Rasa macam ada benda berat terhentak kat meja
kerjanya. Nurin pandang muka perempuan yang tengah berdiri di depan meja
kerjanya. Siapa pulak minah ni? Nak apa pulak ni? Nurin dah dapat rasa bala
yang bakal menimpanya bila pandang kertas yang bertingkat-tingkat tu.
“You takde kerja, kan? Nah.. ambik
kertas ni, fotostat satu copy. Lepas lunch, bos nak,” arah
perempuan itu lagi. Macam perempuan-perempuan sebelum ni, lepas tu terus blah.
Waa.. bala dah datang. Huh.. baru je nak
rehat kejap. Dah sampai bala baru. Nurin pandang kertas yang boleh tahan
tingginya. Ni dah bukan duit den bertingkek-tingkek.. ni dah jadi kertas
den bertingkek-tingkek. Nurin bangun. Patuh juga meskipun hati separuh
ikhlas.
Nurin perasan satu perkara. Mesin
fotostat kat mana letaknya? Adoi.. rasa nak tepuk dahi mengenangkan kebodohan
diri. Bukannya reti nak tanya orang. Main jalan je aku ni. Adoyai..
“Adoi..” Nurin terkejut bila dia
terlanggar seseorang. Habis berterabur kertas di tangannya.
“Sorry.. sorry..” ucap
Nurin cepat-cepat. Sedar kesalahan diri. Tambah pulak dengan pearangai staff
sini yang sorang pun dia masih tak jumpa punya adab yang betul. Silap-silap
hari bulan kena maki.
Tapi, lain pulak kali ni.
“Eh.. saya yang patut minta maaf sebab
main jalan je tadi,” balas si pemilik
suara itu. Kemudian dia turut duduk menolong Nurin menyusun kertas yang
berterabur.
Nurin pandang pemilik suara itu. Lelaki
itu senyum buatkan Nurin sedikit tergamam. Terus terhenti tangan Nurin yang
tengah susun kertas. Eh.. dia ni? Mamat dalam lif. Nama apa ya? Farhan kalau
tak silap.
Farhan cuma selamba. Macam takde apa-apa
yang berlaku. Kesudahannya kertas yang dikutipnya lebih banyak daripada Nurin.
“Kertas ni nak dibawa ke mana?” soal
Farhan.
“Mesin fotostat. Err.. awak tahu
tak mana letaknya mesin fotostat tu?”
“Oo..” Cuma itu dibalas Farhan
sebelum dia bukak langkah.
“Eh.. eh.. nak ke mana tu?” Farhan
berhenti melangkah.
“Laa.. kata nak ke mesin fotostat.”
“Tapi.. biar saya bawa kertas tu,” kata
Nurin enggan menyusahkan Farhan.
“Alah.. setakat nak angkat kertas ni,
tak dislocate bahu saya punya.” Farhan sambung jalan.
Nurin cuma mengikut dari belakang.
Farhan pusing kanan, dia pusing kanan. Farhan pusing kiri, dia pusing kiri.
Kalau Farhan terjun lombong agaknya dia pun turut terjun lombong. Jauh betul
letaknya mesin fotostat ni!
Dan bila sampai depan mesin fotostat,
kedua-duanya diam. Nurin garu-garu kepalanya. Dia pandang Farhan.
“Err.. awak tahu tak cara nak
guna mesin ni?” soal Nurin.
Farhan turut garu kepalanya yang tak
gatal. Memang tak la dia nak tahu cara-cara nak guna benda alah ni. Tahu
kedudukan mesin ni pun kebetulan je sebab dia pernah mengayat kerani yang
pernah jaga mesin ni dulu.
Farhan geleng kepala.
“Hmm.. kalau macam tu, takpelah.
Awak sambunglah kerja awak. Saya taknak ganggu.” Nurin kembali tenung mesin tu.
Sekarang ni siapa boleh tolong dia guna benda ni? Patut google ke cara-cara
menggunakan mesin fotostat?
Tak sampai hati pula Farhan melihat
Nurin. Bukannya dia tak nampak betapa kesiannya Nurin hari ni. Dari jauh dia
memerhati dan ingin menegur Nurin tapi masa tak mengizinkan. Sampai-sampai
boleh terlintas dalam kepalanya, nak buat ala-ala drama TV. Sebab tu la dia
sengaja langgar Nurin sampai-sampai semua kertas berterabur. Lepas tu buat-buat
tolong and then berkawan. Dan tak sangka semuanya berjalan macam
dirancang. Bila dah dapat peluang, takkanlah semudah tu je dia nak buang?
“Takpe, Cik Nurin. Biar saya tolong
apa-apa yang patut.”
“Awak takde kerja ke?” soal Nurin pelik.
“Saya memang tak kerja.”
“Habis.. awak kat sini buat apa?”
“Err.. maksud saya, saya memang
takde kerja sekarang ni.”
“Awak kerja apa kat sini?” Nurin pandang
pakaian Farhan yang begitu santai ala-ala nak pergi jumpa member ajak lepak. Macam
apa yang dipakai Farhan semalam. Macam bukan staff office ni je yang
berkemeje berslack dan bertie bagai.
“Oo.. saya driver Harraz.”
Selamba Farhan berbohong.
“Driver?” Nurin tak percaya. Mak
ai.. driver bukan main handsome kut! Adoi.. kenapa? Driver
tak boleh handsome ke? Apa daa kau ni, Nurin. Lagipun, bukan ke Farhan panggil
Harraz bos ke tadi?
“Kenapa? Tak sudi nak berkawan dengan
saya ke?” Farhan buat ayat kesian.
“Eh, takdelah. Saya macam tak percaya.”
“Sebab saya handsome sangat nak
jadi driver ke?” Farhan seolah-olah membaca hati Nurin. Terkejut juga Nurin
bila Farhan cakap macam tu.
“Haish.. mengarut! Saya ingat
awak kenalan rapat Encik Harraz..” Farhan cuma sengih tak bersalah.
“Kami memang rapat. Sebab dari kecik
lagi kami membesar bersama.” Tak pula dia nak mengaku dia sepupu Harraz.
“Saya bersyukur. Sekurang-kurangnya ada
jugak yang baik dengan saya.” Nurin senyum. Selain Eves, si PA Harraz, Farhan
la orang kedua yang sudi bercakap baik-baik dengannya.
“Kenapa? Orang lain layan awak macam
mana?” Farhan buat-buat tanya.
“Semua macam tak suka saya.” Muka Nurin
agak masam. Tak boleh dibayangkan hari-hari mendatang macam mana.
“Biasalah tu. Awakkan masih baru. Masa
ni la nak buli awak. Awak tak payah kisah la. Sayakan ada.” Farhan berlawak.
Nurin juga ketawa. Senang dengan Farhan yang peramah dengannya.
“Sekarang ni, kita cari cara macam mana
nak guna mesin ni,” sambung Farhan lagi.
-------------
“Tekan butang ni, lepas tu tekan butang hijau.”
Selepas itu, Nurin mendengar mesin besar di depannya sekarang ni berfungsi.
“Yes..” Nurin gembira sebab dah
tahu cara-cara untuk mengoperasikan mesin fotostat itu. Yes.. dah tak
sakit kepala kalau orang nak buli dia suruh fotostat banyak-banyak lepas ni. Hehe..
Farhan di sebelahnya turut tersenyum
melihat tingkah Nurin. Hai.. dapat tahu cara nak guna benda ni pun gembiranya
macam nak kena kahwin dengan anak raja ke? Tak faham aku! Bagi Farhan, Nurin pelik.
Tapi menarik.
“Terima kasih kat awak, Farhan. Kalau awak
tak tolong tanyakan, saya rasa payah saya,” ucap Nurin. Memang dia sangat
berterima kasih kepada Farhan.
Tadi.. disebabkan Farhan la dia dapat
tahu cara-cara nak gunakan mesin ni. Farhan yang baik hati untuk bertanya
kepada kerani syarikat ni, dan dia tengok bukan main lembut si kerani tu
menjawab pertanyaan Farhan. Berbeza betul layanan kepada Farhan. Nurin rasa
sebab Farhan ni handsome kut. Sebab tu la kena control ayu. Adoi..
dunia ni tak adil betullah!
“Alah.. no hal la. Setakat tanyakan
tu je. Saya pun bosan tak tahu nak buat apa. Lagipun, kitakan kawan. Kalau Nurin
nak saya tolong teman dan hiburkan Nurin satu hari ni pun sanggup.” Farhan tergelak.
Nurin cuma sengih. Boleh tahan mengayat
mamat ni. Macam semalam jugak perangainya. Nurin buat tak layan. Taknak bidas
balik sebab Farhan dah banyak tolong dia hari ni.
-------
Mana pulak mamat ni menghilang? Harraz pandang kiri
kanan. Bayang sepupunya pun tak nampak. Batang hidungnya lagilah tak nampak. Harraz
jeling pula jam di tangannya. Dah nak dekat lunch hour. Takkan dah balik
kut? Biasanya Farhan akan cari dia sebelum balik. Paling tak pun pasti
menelefonnya.
“Ada nampak Farhan tak?” soal Harraz kepada
Eves. Eves geleng kepala.
“Hih.. si Farhan ni pun satu. Pakai telefon
bukan main canggih. Aku call bukannya reti nak angkat.” Harraz membebel
sendiri sambil tangan ligat menekan nombor telefon Farhan.
Harraz terpandangkan meja Nurin. Kosong.
Haa.. budak ni pun sorang. Mana perginya? Takkan dah lari balik rumah kut? Oo..
baru teringat sesuatu. Farhan cakap dia nak kacau Nurin tadi. Memang dia kacau Nurin
betul-betul ke sekarang ni?
Kalau betul, apalah si Farhan buat
dengan Nurin? Tiba-tiba Harraz jadi bimbang. Jangan pulak la Farhan lakukan
apa-apa kat Nurin. Bukannya boleh percaya sangat dengan Farhan. Kalau jadi
apa-apa kat budak tu, apa aku nak jawab kat daddy nanti?
“Nurin mana?” soal Harraz kepada Najie,
pekerjanya yang duduk di sebelah meja kerja Nurin.
“Kalau tak salah, dia pergi fotostat
kertas tadi.”
Harraz terus berlalu. Dari jauh lagi dia
mendengar suara lelaki dan perempuan yang cukup dikenalinya tengah bergelak
ketawa. Harraz berhenti beberapa meter di belakang mereka berdua.
Ewah-ewah.. sempat si Farhan jual minyak
ya? Dan si Nurin ni pulak, amboi-amboi.. melayan nampak? Sakit pulak mata dan
hatinya melihat gelak ketawa yang bahagia di depannya sekarang. Amboi-amboi..
sampai tak perasan derap kasutnya yang dah beberapa minit bertapa kat belakang
mereka.
“Ehemm..” Harraz sengaja berdehem
kuat. Diabiarkan lagi, agaknya sampai malam dua orang manusia ni ketawa.
Nurin dan Farhan segera menoleh ke
belakang bila mendengar suara itu. Terkejut juga Nurin bila melihat wajah
tegang Harraz yang tengah berdiri di belakang mereka. Err.. dah lama ke
dia kat situ? Nurin tertanya-tanya sendiri.
“Haa.. kau, Farhan! Kat sini rupanya
menghilang. Puas aku cari, tahu tak? Aku ingat sesat kat mana tadi. Aku call
bukannya reti nak angkat. Lepas ni, balik rumah kau telan handphone kau
tu. Perut pun kenyang.” Harraz membebel sambil mata pandang Farhan.
Nurin rasa bersalah bila melihat muka Harraz
yang marah tu. Kesian pula Farhan kena marah. Dahlah sebabnya Farhan berada di
sini.
Tapi dilihatnya Farhan hanya senyum je
bila kena marah. Macam dah immune je lagaknya.
“Ada apa cari aku?” soal Farhan.
“Dah lunch hour. Jom teman aku
makan.”
“Orait, bos!” Farhan tabik Harraz.
Mata Harraz beralih pada Nurin.
“Haa.. kau! Jangan nak menggatal. First
day pun dah nak layan jantan ke? Aku ambik kau kerja untuk kerja. Bukan untuk
mengayat. Faham tak?” bidas Harraz.
Ayat tu.. ayat tu… Sesungguhnya sekarang
ni Nurin rasa macam nak je sumbat muka Harraz dalam tempat letak kertas mesin
fotostat ni. Geramnya! Ingat aku ni apa? Nurin rasa semua darahnya naik ke
muka. Menggelegak sampai ke kepala. Nak je dia bidas balik sampai terbisu mamat
tu! Tapi, mengenangkan Harraz adalah bosnya, dia terpaksa menahan semuanya. Selagi
dia boleh tahan, dia akan cuba bertahan!
“Bos.. jomlah! Kita nak makan kat mana
hari ni?” Farhan cuba menenangkan suasana. Kesian Nurin kena marah.
Harraz pandang Farhan. Haa.. mamat ni
sorang yang aku tak faham.
“Bos? Kau ni kenapa hari ni? Dari tadi
lagi…” Belum sempat Harraz habis berkata, Farhan tutup mulut Harraz dengan
tangannya.
“Shh… jangan banyak bercakap,
bos. Nanti makin lapar. Rasa macam nak makan lamb chop la hari ni. Jom..”
Sempat sengih kat Nurin. “Nurin, kami
pergi dulu. Bos kita ni kalau perut lapar, memang macam ni. Chipp.. chipp..
chipp.. kuat membebel. Bye.” Terus Harraz ditarik sebelum semuanya
terburai. Tak tahu kenapa, tapi dia taknak Nurin tahu dia adalah sepupu Harraz.
Nurin yang melihat situsasi itu agak
tergamam. Err.. dorang memang nampak rapat!
==========
ASSALAMUALAIKUM...
Firstly nak minta maaf sebab dah lama tak up entry..
EKSPERIMEN CINTA pun dah publish. Anjell dah tunaikan janji meskipun agak lambat. Then i think i need some rest for a while. Cewahh.. hehe.. Hmm... tak tahu keputusan ni betul ke tak. Cuma nak cakap, Anjell sekarang ni rasa macam nak pause or berhenti or hibernate kejap dari dunia penulisan.
Janganlah ditanya mengapa dan kenapa ya sebab memang rasa nak berhenti kejap. Kalau yang bertanya berapa lama, saya akan cakap maybe ONE to TWO YEARS. Rasanya tak lama kut..
Jadi.. JANGANLAH TANYA SAYA LAGI BILA NAK UPDATE SPS, TPI or 7 LELAKI.. Or luahkan kekecewaan bila saya lambat update entry.
Maaf kalau ramai yang tak berpuas hati. Saya susun sepuluh jari untuk pohon kemaafan..
Tapi.. bila mood menulis nak datang, insyaAllah saya akan sambung. Tapi.. jangan berharap pulak. Sebab probabilitynya sangat sikit..
Pasal novel SPS?? Dont worry.. Anjell akan penuhi janji. I promise you to publish SPS but, I dont promise you when.. So maybe in one year or two years coming.. InsyaAllah.. selagi masih dipinjamkan nyawa oleh Allah SWT.
Akhir sekali, SALAM AIDIL ADHA... AND SELAMAT MEMBACA..
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG SUDI MEMBELI DAN MEMBACA NOVEL EKSPERIMEN CINTA SAYA... :)
waalaikumussalam.. Thanks untk entri kli ini..mmg best..thumbs up!! :) ...sy doakn yg terbaik untk kak anjell..salam aidil adha..^^
ReplyDeleteAssalamualaikum, alahai.. jenuh la berindu dendam dengan SPS and segala mak nenek lagy karya Anjel. Em, tapi tak pa la. lagipun saya SPM tahun depan soo mb xda masa nak check update akk. Salam Aidil adha juga. ~ Mizszz Peace
ReplyDeletesalam..mmg terkejut dan agak kecewa bila adik kata nak berehat buat seketika...apa apa pun akak hormat akan keputusan adik...tapi jgnlah tinggalkan dunia penulisan ini..kerana adik mmg berbakat...
ReplyDeleteAkan merindui sps badly....
ReplyDeleteAlahai Lindulah kalau rehat lame lame ning. Nanti penuh sarang labah labah. Hmmmm macamana ning ramai juga penulis nak rest ning.
ReplyDeletealahai lindulah gua.
Ya la. Betul kata awak. Ramai penulis yg nk berehat. Sy pon susa ati jugak :-( :-( :-(
DeleteCerita tengah sedap dilayan. Habiskan dulu ye adik sayang.
ReplyDeleteSaya dah beli EC. Saya suka semua citer Anjell. Walaupun sedey, saya hormati keputusan Anjell. Awak antara penulis yg berbakat. Namun kalau Anjell tetiba rasa nk bg kami update baru jgn teragak agak. Kami sudi jer baca. Semoga mencapai apa yg dihajati. Sob..... sob......sob. (Dah mula jd pembaca tegar ) kejap kejap lawat blog
ReplyDeletetahniah dik...novel u EC superbbbbbb....semuga sukses wat u dlm berkarya....pasti rinduuuuuuu...
ReplyDeleteTak pa la kalu niat d hati sudah begitu. Kami ni tumpang baca saja. Ada n3 baharu, alhamdulillah. Moga diberi kelapangan hati utk menulis lg.
ReplyDeleteTahun 2015 nanti baru saya buka blog ni lagi. Tq menceriakan hidup saya selama ni.
Tahniah EC memang best.
ReplyDeleteLama tunggu, dapat baca entri baru TPI thanks, tapi sedih sebab Anjel nak rehat. Jangan lama-lama sangat. Kalau boleh SPS dihabiskan dan terbit baru lah rehat. Anyhow, will always support Anjel dan akan menjadi pembeli terawal SPS..
Rehat dan cari idea for your next novels....
Semoga berjaya...
ReplyDeleteSalam Cik Anjell, terima kasih atas n3 baru TPI.... memang layan ... best... but badly sad sbb bila anjell kata nk rest "hibernate" untuk jangka waktu yang x tau lagi... huhuhu... serius badly sad..... karya anjell mmg best.... EC sy dh dakap ..... nk tgu SPS.... hailaaaa..... taun bila pula dpt yer????? hehehe.... anyway... x nk bubling byk2.... nnt anjelll boring sbb sume dh ckp kt sini.... so wish u luck for ur life n future.... moga selama anjell "hibernate"... idea n kreativiti di asah dengan lebih UMMMP lagi ... moga berjumpa lagi........ study hard... work smart....... Salam Aidil Adha..........
ReplyDeleteBEST....
ReplyDeleteAssalaamu`alaikum...
ReplyDeletesis anjell!! thanks a bunch for this awesome entry...
pengubat rindu di kala sendu *apekahh??*
esoagus tu mesti tertinggal f kan... it's ok... understandable... ble menaip laju sgt mmg mcm tu...
selamat beristirehat sis... andai itu keputusan yang sis buat, kami semua akur walau hati bakal dilanda taufan kerinduan buat karya sis... will always support you...
we will be patiently waiting for SPS to be in hardcopy edition.. and for your comeback, of course... sis rehat, kumpul banyak2 energy dan idea for your next great masterpieces...
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA juga!! :)
Warghh kenyataan yg agak sedih tapi xpe arghh klaw kak anjell dah ckp camtu:( Kena tunggu 2015 la gamaknya :(
ReplyDeleteBestnya entry kali ni .. Thanks kak anjel .. Berehat2 puas2 ya .. Tapi kalau rasa nak update, jangan tahan, update je tau ! :)) Anytime je boleh baca ...
ReplyDeletex pa lah kalau rasa nak rehat buat sementara x pa lah... kalau ada mood untuk menulis sekali-sekali untuk hiburkan hati kami ok ja... tapi cerita dalam blog ni memang bestttt...
ReplyDeletetakperlah kalau anjel nak rehat ..
ReplyDeletetapi jangan lama-lama tau ..
nanti bersawang pulak blog ni ..
nanti mesti rindu nak baca novel anjel ..
love it sooo much <3
sedih nye sis...bru je layan TPI niii..huhu..its okeyy ! tapi jgn lah lame sngttt..:,( jgn lah tgglkan dunia penulisan nii...semoga bjaya kak!! oh ya sy dh beli eksperimen cinta.mmg mantoppp!!gud luck!!
ReplyDeleteRindu.... X da n3 baru ker.. Cian la kat kitaorang yg sabar menanti ni...
ReplyDeleteAssalam..mmg perasaan kecewa dan terkejut tu ada bila dpt tahu keputusan kakak utk berhenti skjp..apa2 pun sy hormat keputusan tu..tp tlg jgn berhenti sbb kakak seorang penulis yg sgt berbakat dan sy dh mula follow up your story..saya doakan yg terbaik utk kakak..
ReplyDeleteassalam .. ape pulak xbest .. ur novel [eksperimen cinta] superb ! :) teruskan b'karya ...
ReplyDeleteassalamalaikum. sya dh baca pun EC, superb... sedih bila anjel nk rest tetapi SPS akn tetap ku tunggu. dah ulangbaca kat blog x terkira...BESTTTTTT
ReplyDeleteakak , kalau dh ok nnty update lg yea crta ni sbb best sngt , xpnh lg bca novel best mcm ni .. rasa mcm tngk drama pon ada , tak sabar nk tnggu episode akan datang .
ReplyDeleteAssalam akak . Sya bru je tau blog nie , ble nak update lgi x sabar la .sorry kalau mcm mendesak tp novel ni best dan kalau akak nk berenti pun please habiskan novel "tundukkan playboy itu" dulu sbb sye mmg dh minat gileŕr dkt novel tu .soŕry skali lg ye. Apa2 pun tahniah sbb dh berjaya menulis banyk novel yg meletopp.sya pon dh beli eksperimen cinta tu best sngat2 ...
ReplyDelete