Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Friday 4 May 2012

Eksperimen Cinta (BAB 37)



BAB 37

Petang yang hening. Tenang je rasanya tinggal di rumah. Damia berdiri di taman mini rumahnya. Baru dia perasan taman ini sagat cantik. Kemas je tanpa banyak daun-daun kering berguguran. Ros juga pelbagai warna kembang mewangi. Ada juga bunga-bunga kertas yang bermacam-macam warna. Malah yang menjadi pintu gerbang ke taman mini ini juga merupakan lilitan pokok bunga kertas ungu-putih.

     Ada hikmahnya juga Tengku Aaron jatuh sakit hari ni. Dia juga turut sama boleh merehatkan fikiran daripada kekusutan di tempat kerja. Kalau kebiasaannya, tentu sekarang ni dia tengah lesu menekan brek sebab terperangkap dalam jam pulang dari kerja. Mesti tengah tension dengan kereta yang bergerak lagi perlahan daripada kura-kura. Mesti asyik nak menyumpah-seranah je orang yang suka potong kereta sebelah kiri semata-mata nak cepat.

     Damia mencapai hos paip yang berada dekat dengannya. Sekali-sekala siram bunga ni pun best jugak. Senang hati Damia bila dia menyiram pokok-pokok bunga itu. Tak kisahlah kalaupun tukang kebun rumahnya dah siram. Biar pokok-pokok bunganya semuanya kembung dengan air. Bunga pun kembung ke? Yalah.. Kalau tak, takdelah pulak namanya bunga kembung. Ya tak?

     Ketika Damia menyiram bunga, dia melihat sebuah kereta Porsche Cayenne berwarna hitam berhenti betul-betul depan rumahnya. Siapa? Nampak macam kereta Abang Rean. Damia menutup pili air. Dia berjalan ke arah pintu pagar besar rumahnya itu. Betullah tanggapannya. Tengku Aandrean dan Seri. Damia tersenyum gembira melihat mereka yang sudi menjejakkan kaki ke rumahnya. Damia mengarahkan salah seorang pengawalnya supaya membuka pintu pagar.

     “Kak Seri. Abang Rean. Assalamualaikum,” sapa Damia dengan gembira. Tubuh Seri yang sarat mengandung itu dipeluknya. Tengku Andrean hanya senyum melihat gelagat mereka sebelum menjawab salam yang diberi.

     “Apa hajat datang sini?” soal Damia pelik. Tak pernah-pernah pasangan suami isteri itu datang ke rumahnya.

     “Mummy cakap Aaron sakit. Betul ke?” tanya Seri.

     Sememangnya Puan Sri Raja Haryati sudah maklum dengan keadaan anak sulungnya itu. Bukan Damia yang memberitahu tapi ibu mentuanya sendiri yang menelefonnya. Naluri seorang ibu. Pastinya ada hubungan batin antara mereka. Pastinya dapat merasa kalau anaknya sakit.

     “A’a.. Dia demam sikit. Sekarang dah okey dah. Tengah berehat kat bilik. Nak jumpa Aaron ke? Jemputlah masuk.”

     Seri dan Tengku Andrean berpandangan sesama sendiri.

     “Siapa izinkan kau jejak kaki ke rumah aku, hah?!” Dari jauh lagi sudah dilihat Tengku Aaron melangkah ke arah mereka. Terkejut Damia mendengar tengkingan lantang suaminya itu. Kecut segala organ dalaman. Damia telan liur. Petanda tak bagus ni. Apatah lagi melihat wajah merah Tengku Aaron yang amat menggerunkan itu. Mohon jangan terjadi apa-apa yang tak diingini.

     “Aaron, kau apa khabar? Mummy cakap kau sakit,” soal Tengku Andrean tenang. Bagaikan tak memberi kesan dengan kata-kata abang kembarnya itu.

     “Kau apa peduli? Aku nak hidup ke, mati ke aku tak susahkan kau la. Apa yang kau tengok sekarang? Aku hidup lagi walaupun tanpa perempuan tak guna ni,” balas Tengku Aaron kasar sambil menunjukkan jari telunjuknya pada Seri. Kecil saja Tengku Andrean dan Seri pada matanya. Kalaulah membunuh itu bukan satu jenayah di Malaysia, memang dah lama dah dua orang manusia itu dipancungnya.

     Damia yang melihatnya telan liur. Gerun yang amat. Ni versi Tengku Aaron yang paling menakutkan yang dia pernah lihat. Damia betul-betul terkejut dengan kata-kata Tengku Aaron yang kasar itu. Pertama kali melihat kedua-dua kembar itu berdepan.

     “Aaron.. kami datang nak minta maaf.” Seri berkata lembut. Namun disambut dengan jelingan tajam Tengku Aaron.

     “Perempuan macam kau tu tak layak dimaafkan. Tak guna,” pedas sekali kata-kata Tengku Aaron.

     “Dah hampir dua tahun kita gaduh, Aaron. Sampai bila kau nak berdendam dengan kami? Kami dah tak tahu nak buat apa lagi untuk kau maafkan kami,” sampuk Tengku Andrean pula. Dia mengeluh lemah.

     “Lenyap dari mata aku. Jangan pernah bagi aku tengok muka korang berdua. Sebab aku sangat benci!” keras suara Tengku Aaron.

     “Maafkan Seri, Aaron. Seri takkan tenang kalau Aaron tak maafkan Seri.” Seri merayu Tengku Aaron. Sejak akhir-akhir ni, keinginannya untuk meminta maaf daripada Tengku Aaron makin menjadi-jadi. Rasa sangat tak tenang tanpa kemaafan lelaki itu. Sebab itulah dia sanggup merayu pada suaminya untuk datang ke rumah Tengku Aaron walaupun dia dah tahu apa penerimaan Tengku Aaron. Kedegilannya menyebabkan suaminya akhirnya mengalah.

     Tengku Aaron tersenyum sinis.

     “Kau memang tak layak hidup tenang. Memang tu pun yang aku nak kau rasa.”

     Damia yang mendengarnya turut terkejut. Tiba-tiba meremang bulu romanya. Seram dia mendengar kata-kata Tengku Aaron. Begitu pendendamkah suaminya itu? Damia takut.

     “Kau siapa, Aaron? Kau Tuhan ke? Kau tak layak cakap macam tu. Ya.. memang silap kami kalau kami bersalah pada kau. Tapi, kami berhak untuk dimaafkan.” Tengku Andrean sudah bengang namun cepat ditenangkan oleh Seri.

     “Abang, jangan buat Aaron lagi marah. Lagi susah untuk dia maafkan kita,” pujuk Seri. Tengku Andrean cepat-cepat beristighfar. Isterinya betul. Tapi, kadangkala sikap kembarnya itu buatkan dia rasa boleh hilang sabar.

     “Kau tak layak dimaafkan. Sebab kalau bukan sebab kau, Anith takkan mati,” lantang suara Tengku Aaron melepaskan amarahnya.

     Anith! Damia angkat muka. Lagi sekali dia mendengar nama itu. Siapa Anith ni? Kekasih Tengku Aaron selepas Seri ke? Dia dah meninggal? Innalillah.. Kenapa Kak Seri tak pernah sebut pasal Anith ni? Rasa ingin tahu berkobar-kobar. Damia hanya melihat pertelingkahan mereka. Dia tidak tahu apa-apa. Menyampuk, sudah pasti dijerkah Tengku Aaron.

     “Anith mati bukan sebab aku. Tapi Anith mati sebab takdir yang menentukannya. Kau tak boleh tuduh aku,” balas Tengku Andrean.

     “Anith pergi tanpa dengar penjelasan kau. Kau dah menipu Anith. Sampai mati pun Anith mati dengan perasaan sedih.” Tengku Aaron dah emosional bila teringatkan kenangan lama. Teringat juga mimpi pagi tadi.

     Kali ini Tengku Andrean terdiam.

     “Kalau kau salahkan aku, aku juga boleh salahkan kau sebab cuai jaga Seri. Kau mainkan perassan Seri sampai-sampai cinta Seri boleh berpaling arah. Kalau Seri tak cintakan aku, mungkin sekarang ni Anith masih hidup. Jadi semuanya salah kau yang sebabkan Seri cintakan aku dan aku cintakan Seri. Kau juga penyebab Anith meninggal dunia. Tapi aku takkan salahkan kau, Aaron. Sebab semuanya ketentuan. Aku mengaku aku bersalah sebab dah menipu Anith.”

     Penjelasan Tengku Andrean membuatkan Tengku Aaron makin berapi. Benci bila mendengar dia yang menjadi punca kematian Anith. Anith meninggal bukan sebab dialah! Anith meninggal sebab mereka!

     “Kurang ajar kau, Rean. Jangan kau ungkit lagi kisah cinta aku yang tak guna tu. Benda tu dah lama berlalu. Dan benda tulah benda paling bodoh yang aku pernah alami. Aku benci ingatkan semua. Aku menyesal cintakan kau dulu, Seri. Anith mati bukan sebab aku. Kalau kau tahu apa luahan hati Anith malam sebelum dia meninggal, mesti sekarang ni kau dah melutut di tepi kubur dia sebab nakkan kemaafannya. Kau akan menangis sebab dah hilang perempuan sebaik Anith.”

      Turun naik, turun naik dada Tengku Aaron. Dia tak boleh bersabar lagi. Laju langkahnya mencengkam kolar baju Tengku Andrean.

     “Abang.. apa kata abang masuk dalam. Abangkan tak sihat.” Damia memotong. Hatinya tak sedap. Bimbang mereka berdua akan bergaduh.

     “Mia diam!” tegas suara Tengku Aaron sudah cukup melemahkah kepala lutut. Gerunnya!

     “Kau boleh pukul aku sampai mati kalau dengan cara tu kau boleh maafkan kami.” Kata-kata daripada mulut Tengku Andrean mengejutkan semua yang mendengar. Tidak pada telinga Tengku Aaron. Dia terasa bagaikan sindiran kata-kata itu.

     “Kurang ajar kau.” Tengku Aaron menggenggam penumbuk.

     “Abang!” serentak suara Damia dan Seri memanggil suami mereka.

     Damia bertindak cepat. Belum sempat penumbuk Tengku Aaron singgah di muka Tengku Andrean, Damia sempat mencelah. Akibatnya, penumbuk Tengku Aaron tersasar ke rahang kanan Damia.

     “Ya Allah.. Mia!” kata Tengku Aaron dan Tengku Andrean serentak. Tengku Aaron turut terhenti. Terkejut. Damia sudah tersungkur ke tanah gara-gara penangannya.

     “Mia,” panggil Tengku Aaron. Cengkaman pada kolar kembarnya itu dilepaskan. Dia merapati Damia.

     Damia memegang rahangnya yang sakit. Rasa berpinar matanya. Kepala turut pusing. Tak pernah rasa macam mana ditumbuk. Sakitnya! Nak berdiri pun tak larat. Rasa lembik segala otot kakinya.

     “Aduh..” Damia mengaduh kesakitan.

     “Mia, are you okay?”

     Terasa ada tangan membantu Damia untuk bangun. Tu dia.. Hero sejati yang pecah rekod menumbuk isteri sendiri! Tengku Aaron membantu Damia bangun. Damia hampir rebah kembali, namun tangan gagah Tengku Aaron sempat menyambutnya. Tengku Aaron terus mengendong Damia masuk ke dalam rumah. Tetamu yang tak diundang itu dibiarkan begitu sahaja.

     “Abang.. kita balik dulu. Kita datang lain kali. Ketika Aaron dah bersedia maafkan kita,” kata Seri. Mungkin mereka terpaksa balik tanpa kemaafan Tengku Aaron. Suaminya mengangguk lemah. Takde gunanya mereka buat perhintungan kalau hati kembarnya itu masih dipenuhi marah dan dendam.

       ------

“Aouchh..” Damia menjerit kecil bila sapu tangan suam itu terkena rahangnya.

      “Sakit?” Hendak mengamuk Damia rasa bila mendengar pertanyaan Tengku Aaron.

      Memang soalan cari maut betul. Ada ke tanya sakit? Kenapa tak ditanyanya sedap tak? Mestilah sakit. Kena tumbuk! Umi dan abahnya sendiri belum pernah menjentiknya. Dengan abang-abangya sendiri pun, paling advance pun kena cubit. Tapi hari ni, Damia ditumbuk suami sendiri. Dia ingat aku ni punchbag ke? Bebel Damia geram.

     “Tak.. rasa macam kena penumbuklah. Kena penumbukkan rasa sedap sehingga menjilat jari,” jawab Damia geram. Tersenyum Tengku Aaron dengan kata-kata Damia.

     “Kau pun salah. Yang kau pergi halang tu kenapa? Rasa nak sangat kena tumbuk?” Tengku Aaron salahkan Damia.

     Balik-balik dia jugak yang salah akhirnya. Damia malas nak layan. Dia diam. Dengan rahang yang berdenyut-denyut macam ni, nak buka mulut pun malas. Damia hanya membiarkan Tengku Aaron yang menuam rahangnya.

     Dalam kesakitannya, Damia bersyukur. Sekurang-kurangnya tiada Batista turun menentang Kane di gelanggang WWE sebentar tadi. Kalau dibiarkan Tengku Aaron dan Tengku Andrean bergaduh, tak mustahil ada kenduri arwah malam nanti.

     Tiba-tiba terasa ada tangan sedang bermain di leher Damia.

      “Eh, nak buat apa ni?” Damia cuba menepis tangan Tengku Aaron yang sedang membuka keronsang di lehernya.

     “Tudung tu halang kerja akulah.” Tengku Aaron tak peduli. Tudung Damia tetap dibuka dan dilurutkan ke bawah.

     Damia menggigit bibir geram. Aku tumbuk dia baru tahu! Dahlah tadi dukung aku tak mintak izin. Suka hati nenek angkat dia je nak peluk-peluk anak orang. Sekarang ni, suka hati je nak tanggalkan tudung orang. Nasib baik dekat ruang tamu. Kalau kat luar, memang aku dah bagi sebijik. Apa kau ni, Damia? Aaron pun tahulah nak jaga aurat kau. Takkanlah dia nak bukak tudung kau depan orang pulak? Sebab berdua dengan kaulah dia berani buat macam tu.

     “Rasa macam mana? Sama macam tadi ke?” soal Tengku Aaron.

     Kesian dia melihat Damia. Nak minta maaf tapi segan. Arghh.. nak minta maaf dengan isteri sendiri pun rasa macam berbelit lidah. Makin rasa bersalah dia melihat bengkak di rahang Damia yang dah mulai biru. Isterinya menjaganya yang demam dengan seikhlas hati, tapi balasannya sebiji penumbuk? Seikhlas hati ke? Ahh.. pedulilah! Tapi dia memang tak patut menumbuk Damia meskipun dia langsung tak berniat sebegitu.

     Tumbukan padu yang bercampur dengan marah dan sakit hati, sudah tentu kuatnya kuasa dua. Kalau lelaki yang kena pun boleh lebam, inikan pula kaum yang lemah perempuan. Nasib baik tak berterabur gigi Damia dibuatnya. Kalau tak, tak pasal-pasal rongak bini aku. Huhu..

      “Takde perubahan pun. Makin sakit adalah. Awak ni reti ke tak tuam?” bebel Damia. Mengurut reti. Tuam tak reti ke?

     “Retilah. Ingat aku ni tak reti ke?” Tengku Aaron rasa tercabar. Dikuatkan hembusan nafas pada sapu tangannya sebelum dilekapkan pada kesan bengkak itu.

     “Cukuplah. Saya dah penat sangat hari ni.” Damia menolak tangan Tengku Aaron. Betul.. rasa penat betul. Lagi, dia tak suka dengan keadaannya dan Tengku Aaron yang terlalu dekat meskipun niat Tengku Aaron adalah untuk menolongnya.

     “Arghh..”

     “Kenapa?” soal Damia pelik bila Tengku Aaron bagaikan mengerang kesakitan sambil menggoyangkan tangan kanannya.

     “Tangan aku sakit,” adu Tengku Aaron. Damia mencebik.

     “Eleh.. tuam sikit pun dah sakit ke? Dasar anak manja,” bebel Damia sebelum melangkah pergi.

     Bulat mata Tengku Aaron mendengar bebelan berani mati isterinya itu. Bukannya nak tolong! Tapi kemudian dia tersenyum. Terasa kelakar dengan kata-kata akhir Damia. Dasar anak manja..

     Daripada tangan yang sakit, kini melarat pula pada seluruh tubuhnya. Tiba-tiba terasa badannya ada yang tak kena. Bagaikan sakit seluruh urat sarafnya. Demam kembali menyerang ke? Tapi, kenapa pula dengan debaran jantungnya ni? Tiba-tiba, terasa tangan kanannya bagaikan dihimpit sesuatu. Ketika itulah Tengku Aaron memandang jam di dinding. 6.15 petang.

17 comments:

  1. fuyooo.... xpasal2 kena dera. xpaham la dgn ayat last skali tu.... huhuhuhu
    tq awak.. best bangat

    ReplyDelete
  2. erksss... xpasai2 damia yg kena.. hailaa.. xtau nak kata cmner.. aaron ni belagak sgt kott.. dedua salah laa.. yg dtg nak mtk maaf kna la byk besabau da tau yg aaron ni keturunan puting beliung.. hemm

    ReplyDelete
  3. Smbg laa lgi....
    Xpaham laa yg last 2......

    ReplyDelete
  4. aaron ada penyakit ke yang memerlukan dia makan ubat on time.
    huaaaa. spekulasi ni. hahaha
    ego benar si aaron ni. isk3.

    ReplyDelete
  5. kesian damia x pasal2 kena tumbuk..pe pun suka bab kali nii tapi pendek arr bab seterusnya tolong la panjang sikit ye ;) cepat2 la upload lagi...

    ReplyDelete
  6. Apa yang x kena dengan Aaron??????
    Aaron sakit ke??????

    ReplyDelete
  7. aaron ade pnykit ke Anjel?
    x best r....
    dua skit2.....

    ReplyDelete
  8. Rasa cam kembar dia kemalangan lak... Sebab tu aaron pun rasa sakit....lain macam je ayat seri tuh..... Harap dorang ok....

    ReplyDelete
  9. dah bertumbuk pula sikembar ni... nak lagi Anjel?

    ReplyDelete
  10. Suspend ni... tolong cepat sambung... rindu
    Nnt klu dah siap novel(insyallah).. nak sgt Angel tandatangan ye. Apa2 pun tolong cepat ye.

    ReplyDelete
  11. ala pendek sangat tak puas.. lagi... tq

    ReplyDelete
  12. ayat last 2 suspen..npe???huhu

    ReplyDelete
  13. A'ah la nape ngan aaron? Aduh betul2 x sbr nk tunggu smbgn ni cpt2 ckit smbg please......

    ReplyDelete
  14. apakah ayat yg last tu??panjang2 kan la lg ye..huhu,,x sabar2 menunggu ni...

    ReplyDelete
  15. yunk, novelnya dh kuar ke blom?????

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )