Pages

Terima Kasih Anda Semua..

Kata-kata Anjell

ASSALAMUALAIKUM..

Blog ini adalah hasil nurkilan seorang budak science yang perasan nak jadi novelis...

Maaf bila tertypo.. Budak ini masih junior..

Significance of this simple blog to me : 'A PLACE TO EASE TENSION, DIFFERENT WORLD FROM THE ACTUAL ONE'

Sunday 1 January 2012

Eksperimen Cinta (BAB 8)

BAB 8

Sejak peristiwa itu, Damia makin tak senang duduk. Sudahlah dia sering disakat kat pejabat. Suraya la yang jadi kepalanya. Kalau tak kenangkan Suraya tu kawan baiknya sejak dari university lagi, memang dah lama agaknya dibenam dalam tasik Titiwangsa. Dua kali lima jer menyakatnya.

     Hari yang ke tujuh. Lagi la dia tak senang duduk. Hari dia akan berikan jawapan. Semalam, sekali lagi dia lakukan solat Istikharah. Tapi, dia hanya nampak bayangan seorang lelaki. Wajahnya tak nampak dan susuk tubuhnya samar-samar. Tengku Aaron ke?

     “Wei, kau nampak macam tak cukup tidur jer?” tegur Nana.

     “Banyak kerja.” Pendek dia jawab. Ya.. Memang dia tak cukup tidur gara-gara Tengku Aaron.
--------
“Bunga lagi?” Aliza dan Nana dah tersengih mengusik.

     Damia sign sebagai tanda bunga telah diterima.

     “Terima kasih.” Damia senyum kepada penghantar bunga itu. Rasanya dia pun dah kenal muka Damia kerana hari-hari mereka berjumpa. Bermaksud tiap-tiap hari juga la Tengku Aaron menghantar bunga kepadanya. Dah puas dah dia kena sakat. Buat bodoh adalah jalan terbaik.

     “Wow, romantik la Tengku Aaron.” Noren dah buat muka dreamy. Bertuahnya badan. Dicintai anak raja.

      Damia tetap selamba. Tak kembangnya hati dia walaupun suku sentimeter.

     “Baca kad wei..”

     “Jangan..”

     Damia cepat-cepat halang. Ditarik kad dari tangan Nana. Fuh.. nasib baik sempat!

     “Ceh…” mereka dah mula nak sakat Damia.

     Ada sebab dia halang. Sebab kad yang dihantar Tengku Aaron bukan sembarangan kad. Semua kad berbaur ugutan nak paksa dia supaya bersetuju. Kalau kawan-kawannya tau, memang hancus la.. Pelik juga kenapa dia menghalang. Sebab tak nak kasi imej Tengku Aaron tercalar? Pelik juga.

     “Korang ni tak de kerja ke?” bebel Damia. Dia berjalan ke biliknya bersama sejambak bunga ros merah.

     Bunga itu diletak atas meja. Nak dijadikan makanan tong sampah, tak sampai hati pula. Bunga tu tak bersalah. Kalau bunga tu Tengku Aaron sendiri, memang tanpa segan-silu dia lakukan.
------
“Oit.. tengah buat apa?” tegur Damia. Jarang sekali dia melepak di bilik Suraya. Kerjanya dah habis.

    “Oh, Cik Damia. Saya tengah berkaroke ni.”

     Damia gelak . Bukan tak nampak tangan Suraya tengah memegang tetikus. Takpe la. Sekali-sekala mengganggu.

     “Muka aku tension ke?”soal Damia.

     Suraya angkat muka. Wajah di depannya ditilik.

     “Hmm.. sikit la. Tapi, aku bersyukur jugak la. At least kau nampak jugak macam orang yang ada berperasaan. Ni tak. Sampai aku pun naik tension tengok muka selamba kau tu.” Dia sengih.

     “Ni semua dia tu punya pasal la!” bebel Damia. Tengok.. sampai nak sebut nama pun tak sanggup. Dah macam trauma dah!

     “Haha.. kena berterima kasih kat dia la ni. Sebab dah berjaya jadikan kau seorang homo sapien.” Suraya ketawa tengok muka jeruk Damia.

     Tiba-tiba terlintas satu idea nakal dalam kepalanya. Ah, ni pun dikira salah satu cara nak lepaskan tension. Damia capai pensel kayu atas meja Suraya dan sekeping kertas A4 putih.

     “Nak buat apa? Tulis surat cinta kat Tengku Aaron ke?” usik Suraya.

     “Haish.. surat cinta.. surat cinta jangan main ya!” member dah terangkat. Suraya gelak.

     Seketika suasana senyap dalam bilik Suraya. Hanya dengar bunyi tetikus atau keyboard ditekan. Dan juga bunyi pensel dilakar-lakar pada kertas.

     “Kau tengah buat apa tu? Khusyuk je aku tengok,” tegur Suraya

     “Shhh.. nanti aku tunjuk.” Suraya angkat bahu. Malas nak kacau dah.

     Tangan Damia ligat melukis. Suraya dah masak benar kalau Damia sedang melukis, maka janganlah anda berani mengganggunya.

     “Ha.. dah siap pun!” Damia senyum puas. Kertas di tangan diangkat tinggi.

     “Hish, kau ni! Terkejut aku,” marah Suraya. Dadanya diurut. Terkejut dia! Nasib baik tak keluar buah silat.

     “Sorry.. sorry..” Damia sengih.

     “Tadaa..” Kertas di tangan ditunjukkan pada Suraya.

     “Siapa ni?” soal Suraya. Muka macam pernah tengok. Macam…

     “Ni la ‘tunang’ aku. Handsome tak?”

     Suraya bulat mata. Tergelak dia melihat lukisan Damia. Serius lawak.

     Damia sengih. Puas hatinya lihat lukisan itu. Gambar Tengku Aaron yang sengaja dihodohkan wajahnya. Dengan beberapa gigi depan yang sengaja dihitamkan, dengan jerawat di muka dan rambut yang berserabai macam penagih dadah betul-betul memuaskan hati. Hasil seni yang halus! Tengku Aaron pun yang kacak maut tu pun boleh jadi buruk giler.

     Damia tergamam bila kertas di tangannya ditarik orang. Dipandang wajah Suraya yang dah pucat. Kalu ditoreh agaknya darah putih yang keluar. Dan ketika itu, tahu lah dia yang riwayatnya mungkin hanya setakat ini. Liur diteguk berliter-liter.

     Perlahan-lahan dia berpaling.

     “Hmm.. boleh tahan. Handsome jugak. Kalau pakai penutup mata gaya lanun rasanya lagi handsome,” komen suara itu. Dingin nadanya.

     Damia telan liur melihat tuan empunya diri dalam lukisannya sedang memegang lukisan itu. Betul-betul Damia tak boleh bayangkan bila melihat riak wajah Tengku Aaron. Tak dapat dibaca. Sehinggalah Tengku Aaron angkat kaki keluar.

     “Sodium Chloride kau, Su. Pesal tak cakap kat aku dia ada kat belakang?” Suraya pula dipersalahkan. Suraya juga bisu terkedu.

     “Allah.. mati aku!”

     Damia tepuk dahi. Masuk hari ni dah genap tujuh hari. Gila! Alang-alang dah ada kat sini, jangan cakap Tengku Aaron nak bebetul tarik sponsor kot?

     “Game over!” suara Damia seakan pasrah.

     “Kenapa?” pertanyaan Suraya hanya mencecah telinga tanpa sempat dicerna maksudnya. Damia tak sempat nak fikir dah. Apa-apa boleh terjadi. Tambah pulak dengan perkara yang baru terjadi tadi. Sedar-sedar Damia dah buka langkah. Sempat pula dia berpesan kepada Suraya.

     “Doakan kebahagiaan aku dan Tengku Aaron.”
-------------
Macam tengah berlumba lari pecut dengan Tengku Aaron. Tak cukup oksigen je rasanya. Ketika itu, betul-betul di depan pintu bilik Encik Raffi.

     “Aaron!” panggil Damia. Dah hilang dah mandat nama ‘Tengku’. Aci hentam guna nama yang dah macam kamcing sepuluh tahun je gayanya. Tercungap-cungap nafas Damia. Nasib baik Tengku Aaron berpaling.

     “Saya nak mintak maaf,” ucap Damia.

     “Kau memang dah melampau,” marah Tengku Aaron. Damia hanya tahan. Betul la dia marah. Bahasa dah hilang semuanya. Muka pun dah merah macam ayam tercekik cili padi.

     Kali ini Damia betul-betul tak peduli Tengku Aaron nak marah ke, nak tumbuk dia ke, janji bukan tarik RM300 juta tu.

     “Awak tak boleh masuk..” Damia dah mendepa tangannya di hadapan bilik Encik Raffi.

     Damia yang menghalang laluannya betul-betul buat Tengku Aaron bengang.

     “Wei.. tepilah! Aku nak masuk.”

     Baru je Tengku Aaron berura-ura nak tolak Damia, pintu bilik Encik Raffi terbuka. Terus terdiam kedua-duanya.

     “Eh, Tengku Aaron. Masuklah. Damia, awak buat apa kat sini?” tegur Encik Raffi.

     Damia betul-betul mati akal. Apatah lagi bila Tengku Aaron dah masuk ke dalam bilik Encik Raffi.

     “Encik Raffi, I rasa I nak..”

     Damia dah berdebar-debar di muka pintu. Hanya satu menda dalam kepalanya. Tapi, dia sanggup ke? Ah.. redah la!

     Tawakal kepada Allah..

     “Saya setuju. Saya sanggup lakukan apa saja demi awak. Saya sayang awak.”


5 comments:

  1. best la miss writer... buat jantung sy brdebar2 nk thu apa yg bkl brlaku seterusnya... <3

    ReplyDelete
  2. semua novel U best2...make me smile... Nur

    ReplyDelete
  3. I love u anjel. Buat ku senyum senyumm... Manjang

    ReplyDelete
  4. ketawa sampai tersedak...part saya sayang awak tu

    ReplyDelete
  5. awak mmg de humor girlzzzz..xsbar nk bc lg..lg..lg..
    llg

    ReplyDelete

Assalamualaikum..
Habis baca jangan lupa komen..
Terima kasih n sudilah jenguk lagi.. : )