BAB
25
Medina
ingatkan Tengku Ian cuma bergurau. Namun betul-betul tepat dua puluh minit
selepas panggilan mereka dimatikan, Tengku Ian berdiri di depan rumahnya
bersama Farizzam. Manis senyuman kedua-dua lelaki itu kepada tuan rumah.
“Eh,
ada apa hajat datang sini, Ian, Zam?” Datuk Azizan juga turut terkejut apabila
melihat tetamu yang tak diundang itu.
Tengku
Ian senyum dulu.
“Saya
nak jemput Medina.” Selamba Tengku Ian menjawab.
Medina
yang dengar terus luaskan matanya. Memanglah Tengku Ian dah cakap sebelum ini.
Tapi, gaya mamat itu cakap tadi macam dia yang minta dijemput. Kalau Tengku Ian
tak pekak, rasanya dia ada juga cakap papanya tak izinkan dia keluar.
Datuk
Azizan kematian kata. Dipandangnya Tengku Ian dan Medina silih berganti.
“Saya
nak minta izin daripada uncle untuk
keluar dengan Medina. Saya dengar uncle
tak bagi Medina keluar sebab takut Medina keluar dengan lelaki pelik,” jelas
Tengku Ian lagi.
Medina
dari jauh rasa nak baling je pasu bunga ke muka mamat tu. Tak pasal-pasal papa
ingat aku mengadu kat dia! Bila bertentang mata dengan Tengku Ian, lelaki itu
cuma selamba. Buat tak tahu bila Medina dah macam nak gigit dia hidup-hidup.
“Ehemm..”
Datuk Azizan berdehem dulu untuk mencari ayat. Nampaknya anaknya tak berbohong
tadi. Memang betul mahu bertemu dengan Tengku Ian. Dia dan isterinya dah salah
sangka rupanya.
“Uncle izinkan saya keluar dengan Medina?
Medina anak gadis yang baik-baik dan saya takkan sesekali buat apa-apa yang tak
patut pada Medina. Saya juga berjanji akan jaga Medina sepanjang dia keluar
dengan saya dan saya akan lindungi dia seperti saya lindungi nyawa saya. Uncle boleh percayakan saya.”
Semua
yang mendengar terus terkelu. Medina apatah lagi. Ternganga. Banyak betul janji
ditabur. Weh.. nak ajak keluar ke, nak ajak kahwin ni?
“Kalau
itu yang Ian cakap, uncle nak cakap
apa lagi? Uncle izinkan Medina keluar
dengan Ian,” jawab Datuk Azizan akhirnya.
Datin
Mawar di sebelah dah masam mukanya. Sakit betul hatinya. Bukan main tadi dia
gagalkan rancangan Medina dan Tengku Ian untuk keluar bersama. Tapi tak sangka
pula Tengku Ian sanggup datang ke rumah mereka senata-mata untuk meminta izin.
Sangat-sangat sakit hati! Tapi depan suaminya dan semua orang, mana mungkin
ditunjuknya.
“Terima
kasih, uncle. Saya janji saya akan
bawa pulang Medina dengan selamat,” janji Tengku Ian lagi. Datuk Azizan cuma
angguk.
“Apa
lagi, Dee? Pergilah ikut Ian. Kata nak keluar tadi, kan?” Datuk Azizan pandang
pula anak daranya itu. Rasa bersalah sebab tak percayakan Medina tadi.
“Err.. Dee pergi ambil beg Dee dalam
bilik dulu.” Teragak-agak Medina menapak ke arah tangga untuk ke biliknya.
Kenapa rasa macam baru lepas buat jahat ni? Serba-salah.
“Medina,
kami tunggu dalam kereta. Uncle, aunty,
kami pergi dulu.” Tengku Ian dan Farizzam bersalam dengan Datuk Azizan.
---------
“Amboi,
kau! Bukan main. Gatal anak tekak.” Farizzam memerli Tengku Ian. Ketika itu
mereka dalam perjalanan menuju ke kereta Tengku Ian.
Tengku
Ian yang dengar terus ketawa. Gatal anak tekak? Mampu ke nak garu? Haha. Itu
baru sikit ayat dramatisnya, tahu?
“Aku
ingat ada apalah kau heret aku tadi. Nak datang culik anak dara orang rupanya,”
bebel Farizzam lagi. Sekali lagi Tengku Ian gelak.
“Mana
ada culik? Aku mintak izin bapak dia. Kau pun nampak tadi, kan?” Tengku Ian
menjawab.
“Bapak
dia izin. Mak dia aku nampak macam tak ikhlas je tadi,” kata Farizzam pula.
Tengku
Ian terdiam. Dia perasan juga. Muka Datin Mawar masam mengalahkan segala jenis
asid. Ukur dengan skala pH mahu cecah kosong. Tapi.. Farizzam perasan?
“Kenapa
cakap macam tu?” uji Tengku Ian.
“Yalah..
aku nampak muka aunty tadi macam tak
suka je Medina keluar dengan kau.”
“Sebelum
ni okey je Medina keluar dengan aku. Muka aunty
pun ceria je aku tengok. Tapi, semuanya berubah lepas aku dah jadi Ku Zam. Kau agak-agak
sebab apa?” Tengku Ian berteka-teki.
“Mesti
sebab dia nak bermenantukan kau la tu. Tapi kecewa sebab Medina cuma anak tiri
dia. Dia mungkin nak kau dengan anak dia.” Farizzam bijak meneka.
Tengku
Ian tak beri apa-apa komen. Mungkin. Malas nak bersangka buruk dengan orang.
“Ian,
boleh aku tanya satu soalan?”
Tengku
Ian pelik. Sopan pulak si Zam ni. Musykil.
“Apa
dia?” Tengku Ian tetap menjawab.
“Kau
dah lama kenal Medina, kan? Mesti kau dah tahu macam-macam pasal Medina. Medina..
mesti dia ada sebab kenapa dia tak sukakan keluarga tiri dia, kan?”
Tengku
Ian senyap.
“Hmm.. apa kata kau tanya dia sendiri?
Lepas ni kan kita nak spend masa
bersama. Kau tanyalah soalan banyak-banyak kat dia.” Tengku Ian sengih.
Dia
ada motif sendiri kenapa dia mahu Medina keluar hari ini juga. Sebab dia dah
ajak Farizzam sekali. Susah nak bawa Farizzam dan Medina keluar bersama. Kalau
Medina tak cuti, Farizzam pula yang kerja. Kalau dah kerja tu, faham-fahamlah.
Bukan sehari dua. Jadi, dia akan pastikan apa yang dirancangkan terlaksana hari
ni.
“Kau
ni, macam la dia nak jawab kalau aku tanya. Aku ni bukan mulut manis macam
kau.” Sempat Tengku Ian disindirnya.
“Mana
tahu mulut aku manis? Kau pernah cium aku ke?”
“Cium-cium
jangan sebut. Geli la!”
Tengku
Ian ketawa. Nasib baik tak ada orang yang dengar. Kalau tak mesti kena tuduh lelaki
berhaluan kiri. Haha.
Farizzam
diam bersandar pada pintu kereta sambil menghadap rumah agam itu. Senyap.
“Kenapa,
Zam?” Tengku Ian pelik. Dia ada perasan juga. Kali pertama Farizzam datang
rumah ni dulu pun Farizzam buat benda yang sama. Berdiri sambil menatap rumah
keluarga Datuk Farizzam itu untuk beberapa saat.
“Rumah
ni cantik, kan?”
Tengku
Ian tak angguk, tak juga geleng. Menanti Farizzam teruskan kata-katanya.
“Kenapa
aku rasa aku macam pernah datang rumah ni, Ian? Bila aku tengok pintu pagar,
kenapa aku rasa sedih?” luah Farizzam. Dua kali dia datang rumah Datuk Azizan,
dua kali dia rasa benda yang sama. Perasaan apakah ini?
Tengku
Ian pula terdiam. Farizzam ada ingat sesuatu ke? Mungkin Farizzam pernah
tinggal di rumah ini sebelum mereka keluar. Entahlah.. dia pun tak tahu.
“Mungkin..
rumah ni, ada apa-apa ikatan dengan aku ke, Ian?” Farizzam pandang Tengku Ian.
Terkedu
Tengku Ian. Langkah Medina yang mendekati mereka itu menyelamatkan suasana.
Senyum mereka berdua menyambut kedatangan Medina. Hati Tengku Ian tiba-tiba
rasa gundah.
Farizzam..
dia mula ingat sesuatu ke?
----------------
“Kita
nak ke mana ni?” soal Tengku Ian ketika mereka mulakan perjalanan.
“Kenapa
tanya saya pulak? Awaklah nak ke mana? Kan saya cakap hari ni saya nak belanja
awak.”
Tengku
Ian berfikir sekejap. Farizzam di kerusi penumpang hadapan cuma senyap.
“Hmm.. makan dululah. Laparlah. Lepas ni
kita fikir balik apa ya saya nak awak belanja saya,” jawab Tengku Ian.
“Kalau
macam tu, saya belanja makan je la. Biar saya belanja awak dengan Farizzam sekali.”
“Taknak.
Saya nak awak belanja benda lain. Hari ni Zam cakap dia nak belanja makan. Kan,
Zam?” Selamba dipetiknya nama si kawan sebelah.
“A’aa..
iya.” Farizzam iya kan aje apa yang dicakap abang angkatnya itu. Malas nak
bertanya banyak.
Medina
terus terdiam. Pulak dah.
“Kalau
macam tu, let’s go. Teringin nak
makan tom yam la. Jom kita makan tom yam,” ajak Tengku Ian. Kereta dipandu ke
sebuah restoran yang terkenal dengan kesedapan tom yamnya.
------------
Suasana
restoran itu agak meriah dengan ramai pelanggan. Mungkin kerana kesedapan
masakannya, restoran itu selalu penuh. Nasib baik ada meja kosong. Tercapai
juga hasrat Tengku Ian untuk makan tom yam hari ni.
Bila
pelayan datang menghidangkan semua oder yang ditempah mereka, Tengku Ian mula
menadah tangan. Bersedia untuk membacakan doa makan untuk mereka bertiga.
Setelah diaminkan, terus Tengku Ian mula makan.
Baru
beberapa suap, Tengku Ian berhenti. Mak oi.. pedasnya! Rasa lidah macam kena
salai. Terus dia cari air.
“Itulah..
dah tahu tak boleh makan pedas, gatal jugak nak makan. Aku rasa betullah kau ni
gatal anak tekak.” Farizzam menyindir. Sengih pandang Tengku Ian yang dah merah
mukanya.
Tengku
Ian berhenti sekejap. Rehatkan lidah. Memang dia tahu pedas. Tapi dia suka. Medina
di depannya dipandang. Sibuk menguis-nguis mangkuk tom yam. Macam Farizzam.
“Kenapa
tak makan lagi?” soal Tengku Ian.
Medina
angkat muka. Terbantut rutin biasa tiap kali nak makan tom yam.
“Buang
bawang. Saya tak makan bawang,” jawab Medina.
Farizzam
nampak terkejut.
“Eh,
sama la kita. Saya pun tak makan bawang. Tak suka,” sampuk Farizzam.
“Kan..
tak sedap langsung. Kenapalah letak bawang banyak-banyak?” Medina teruja.
Gembira jumpa geng. Belia benci bawang.
“Wah,
tak sangka korang berdua tak suka benda yang sama.” Tengku Ian pula teruja.
“Alah..
ramailah yang tak suka bawang. Papa saya pun tak suka bawang. Kalau Mak Jah
masak, kalau boleh jangan bagi nampak rupa bawang tu. Sebab tu la kut saya pun
tak suka bawang. Ikut papa,” cerita Medina.
“Kau
pulak Zam, ikut siapa?” uji Tengku Ian.
Farizzam
angkat bahu. Bukan ibu. Ayah dia? Sah-sah tak tahu. Mungkin dia tak ikut
sesiapa kut.
“Macam
mana kau tahu kedai ni, Ian? Boleh tahan sedap juga masakan dia,” puji
Farizzam.
“Haa..
sedap, kan? Inikan Ian. Mestilah tahu kat mana tempat makan yang sedap-sedap.”
Tengku Ian puji diri sendiri. Sememangnya dia suka makan. Pasti dia tahu di
mana tempat makan yang sedap. Murah tak semestinya tak sedap. Mahal tak
semestinya sedap. Janji kena dengan tekaknya, Tengku Ian tak kisah.
“Inilah
kerjanya bila kau kena kerja dulu. Aku kat sini sorang-sorang. So, bila bosan, aku carilah tempat makan
yang best-best,” tambah Tengku Ian
lagi.
“Lepas
ni kita nak pergi mana?” tanya Farizzam lagi.
Tengku
Ian berfikir sekejap. Beberapa perkara terlintas dalam kepalanya.
“Hmm… memandangkan aku stres sangat-sangat,
apa kata kita main bowling? Dah lama
aku tak main bowling. Dee, awak
belanja saya main bowling. Boleh?”
“Saya
tak kisah.” Medina menjawab. Dia dah janji. Lagipun main bowling bukannya mahal sangat. Nak pergi pun senang. Mana-mana
pusat beli-belah pasti ada tempat bermain bowling.
Cuma masalahnya, dia bukannya pandai sangat main bowling.
“Kau,
Zam?” Tanya pula pendapat Farizzam.
“Aku
okey je.”
-------------
Mereka
bertiga mengatur langkah ke dalam pusat bowling
yang terletak di dalam Berjaya Times Square. Sengaja mereka memilih pusat
beli-belah itu kerana tempat itu yang paling dekat. Ramai juga anak muda yang
datang secara berkumpulan. Yang datang sekeluarga pun ada. Mungkin sebab hujung
minggu, sebab itulah ramai agaknya.
“Siapa
lagi yang nak main?” soal Tengku Ian. Mata bergilir-gilir memandang Medina dan
Farizzam.
“Kau
mainlah, Ian. Aku tak reti la. Aku tengok je,” jawab Farizzam.
“Saya
pun taknak main. Dah lama tak main. Awak main sorang-sorang je la kalau macam
tu. Ambil satu lane je,” jawab Medina
pula.
“Haish.. tak seronoklah main
sorang-sorang. Tak kira, korang berdua kena main jugak!” arah Tengku Ian.
“Kita
lawan.” Tengku Ian senyum lebar.
“Hoi,
tahulah kau tu dah star. Nak lawan,
sah-sah la kau menang. Dua orang main pun belum tentu dapat kalahkan kau, tahu?”
Farizzam tak puas hati. Bukan dia tak tahu kepakaran Tengku Ian tu bawah sikit
je daripada pemain profesional.
Tengku
Ian ketawa. Bangga la jugak.
“Kalau
macam tu, kau dua orang bergabunglah. Cuba kalahkan aku,” cadang Tengku Ian.
Keningnya diangkat beberapa kali. Mencabar.
Farizzam
dan Medina saling berpandangan. Kalahkan Tengku Ian?
“Aku
cabar ni. Takkan takut kalah kut?” Tengku Ian sengaja memprovok.
“Berlagak
betul.” Medina mencebik.
“Berlagak-berlagak
pun, hakikatnya memang saya hebat daripada awak.” Tengku Ian senyum macho. Panas hati Medina.
“Eleh,
saya boleh kalahkan awak la. Kalau awak kalah, nak buat apa?” tanya Medina.
Kalah takde denda ni tak best!
“Kalau
saya kalah, apa-apa yang awak nak di mall
ni, saya akan belikan.”
“Sekali
pun rantai berlian sejuta ringgit?” Sengaja menguji.
“Ya.
Apa-apa je.” Tengku Ian menjawab yakin.
Medina
mencebik. Huh.. mentang-mentang kaya, berlagak. Berkobar-kobar semangat nak
kalahkan Tengku Ian.
“Okey..
saya akan main. Zam, awak?” Medina pandang Farizzam. Berharap Farizzam
bersetuju. Kalau dua tak pakar bergabung, manalah tahu tiba-tiba jadi pakar?
Betul tak?
“Okey.
Saya join.” Farizzam bersetuju. “Kita
kena menang, Medina. Kena kasi mamat ni ingat daratan balik,” tambah Farizzam
lagi. Dijelingnya Tengku Ian yang tersengih-sengih tu.
“Betul..
betul.. saya dah nampak dah rantai sejuta ringgit yang bakal dibawa balik lepas
ni,” jawab Medina. Turut dijelingnya Tengku Ian.
Tengku
Ian terus ketawa. Bukan main semangat dua beradik ni nak kalahkan dia.
“Jangan
yakin sangat. We’ll see, friends.”
Tengku
Ian terus meninggalkan mereka berdua yang tengah mengatur strategi untuk
mengalahkannya itu.
-------------
“Ya..
ya.. saya dah kalah.” Tengku Ian bersuara bila Medina datang ke tempat duduk
mereka dengan senyuman lebarnya. Secara rasminya permainan dah tamat bila
Medina mendapat strike untuk pusingan
itu. Dia kalah.
“Itulah..
berlagak lagi. Kan Allah dah tunjuk.” Sempat Medina membebel pada Tengku Ian. Tengku
Ian cuma selamba.
“Tapi..
kami dah menang. Yes.. kita dah
menang, Zam.” Medina berkongsi kegembiraannya dengan Farizzam, rakan
seperjuangannya. Lelaki itu cuma senyum. Turut gembira.
“Saya
harap awak ingat janji. Jangan nak mungkir pulak!” Medina senyum jahat. Puas
hati betul dapat kalahkan Tengku Ian. Tak sangka kombinasi dia dan Farizzam
menjadi. Siapa kata Farizzam tak hebat main bowling?
Tadi rasanya Farizzam yang banyak dapat strike.
“Saya
ingatlah. Jangan risau.”
Tengku
Ian turut senyum. Gembira melihat Medina yang bersinar-sinar wajahnya.
Betul-betul puas hati dapat kalahkan dia nampaknya.
“Rasa
dahagalah. Saya nak pergi cari air kejap.” Medina minta diri sebelum dia
berlalu. Mata Tengku Ian mengekor langkah Medina. Tak sedar Farizzam yang
sedang memerhatikannya itu.
“Kau
sengaja kalah tadi, kan?” soal Farizzam bila Medina dah jauh dari mereka.
Tengku Ian pandang Farizzam.
“Mana
adalah. Kau dengan Dee yang hebat.” Tengku Ian beralasan.
“Alah..
aku tahulah kau sengaja main-main je tadi. Kalau kau main betul-betul, aku rasa
mahu semua strike, kan?” selidik
Farizzam lagi.
“Aku
serius la tadi. Dah lama tak main kut sebab tu jadi macam tu,” jawab Tengku Ian
mudah.
Farizzam
mencebik. Tak percaya. Bukan dia tak kenal Tengku Ian. Sengaja buat-buat kalah
sebab Medina la tu. Saja nak Medina gembira. Berlagak macho! Tapi.. bila tengok Medina gembira tadi, dia pun rasa
gembira. Tak sampai hati nak matikan kegembiraan itu.
Dari
jauh, mereka berdua melihat Medina datang ke arah mereka dengan tiga botol air
mineral. Senyuman manis masih tak lekang di bibir. Tengku Ian mahupun Farizzam,
kedua-duanya memandang ke arah Medina.
“Dia
cantikkan bila dia senyum?” soal Tengku Ian.
“A’aa..
senyum dia cantik.” Farizzam turut mengakuinya. Mengingatkan dia kepada
seseorang. “Macam ibu.”
Tengku
Ian pandang wajah Farizzam.
“Dia
senyum macam ibu, kan? Kau tak perasan ke?” soal Farizzam pula.
“A’aa..
memang sama pun.” Tengku Ian mengiakan. Memang senyuman Medina persis Ayana.
Wajah lebih kepada Datuk Azizan, tapi senyumannya milik Ayana.
“Tengok
apa?” Medina yang baru sampai bertanya sambil menghulurkan air kepada Tengku
Ian dan Farizzam. Kemudian turut berpusing ke belakangnya. Nak tahu juga apa
yang dilihat oleh dua jejaka itu sampai tak berkelip mata. Kutlah tengah usha perempuan seksi ke, memang
ringan jari nak cucuk mata dua orang tu.
“Takde
apa-apa la. Jom la keluar,” ajak Tengku Ian.
------------------
Puteri
menghempaskan badannya ke atas tilam. Terus disambarnya anak patung teddy bear sebelum ditekupkan ke
mukanya. Terbayang kembali adegan-adegan yang menyakitkan mata yang disaksikan
tadi.
Tak
sangka hari ini dia ternampak Medina keluar bersama Tengku Ian dan Farizzam.
Itu dia tak kisah lagi. Apa yang menyakitkan hati adalah apabila melihat senyum
Medina bersama Farizzam ketika mereka bermain bowling tadi. Bukan main lagi mereka berdua bergelak ketawa.
Farizzam
pun nampak ceria. Tak pernah Farizzam tunjuk wajah seceria itu dengannya dulu.
Mereka bagaikan sudah kenal lama. Nampak sangat mesra. Gara-gara itulah patah moodnya untuk berhibur bersama
kawan-kawannya. Terus dia pulang ke rumah. Anak tak sedar diri tu betul-betul
menyusahkan oranglah! Benci betul rasanya sekarang ni.
Puteri
menukar posisi kepada duduk. Dendamnya pada Medina kini meruap-ruap. Sakit hati
yang tak payah diukur. Kalau di depan mata, nak je tampar laju-laju. Dia masih
boleh terima kalau Medina dapat Tengku Ian. Dia masih tak kisah kalau Tengku
Ian rapat dengan Medina.
Tapi,
dia tak boleh terima kalau Medina dekat dengan Farizzam. Dia tak rela kalau
perasaan Farizzam mula berputik pada Medina. Farizzam hak dia. Tiba-tiba rasa
cemburu datang meluap-luap. Apa lebihnya Medina sampai semua orang sukakan dia?
Kalau
semua orang suka Medina, dia akan buat semua orang bencikan budak tak guna tu.
Dia akan buatkan semua orang jijik dengan Medina. Malah Tengku Ian yang
percayakan Medina pun mungkin akan tinggalkan Medina.
Ini
Puteri la. Kau ingat kau dah menang ke, Dee? Dia tahu dia takkan dapat Tengku
Ian. Tapi jangan ingat dia akan biarkan Medina bersama Tengku Ian. Dan dia akan
pastikan Medina juga takkan dapatkan Farizzam. Medina tak berhak memiliki salah
satu pun. Tak layak.
Puteri
senyum jahat. Bermacam-macam rancangan jahat dalam kepala. Kau tunggu je, Dee.
-------
SEKIAN DULU.. SETAKAT INI SAJA ENTRY UNTUK HSC. TENGAH GIGIH SIAPKAN FULL MSS.. ADA REZEKI INSYAALLAH PUBLISH TAHUN DEPAN.
SEKALI LAGI PEMBERITAHUAN. SAYA DAH TAK GUNA FACEBOOK ANJELL HOMOSAPIEN. KEPADA KAWAN2 FACEBOOK INI YANG TERCARI-CARI SAYA, DAN MAHU TAHU SEBARANG UPDATE, PERKEMBANGAN ATAU CERITA2 BARU SAYA, BOLEHLAH ADD DI FACEBOOK BARU ANJELL HOMOSAPIEN II ATAU LIKE PAGE ANJELL NOVELIS.
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA SEMUA...
Keluar time PBAKL ke
ReplyDeleteRindu Kat medina
Harap yg terbaik utk anjell.
ReplyDeleteCan't wait for that HSC soon. *excited* Keep it up anjell.
saya akan tunggu HSC sampai publish.
ReplyDeleteTq anjell..akak tumggu HSC
ReplyDeleteKena tunggu versi cetak..
ReplyDeletegambar ian tu gambar sapa ek? hehe, robert pattinson ke?
ReplyDeleteWaahhh ! Cant wait ! Tak sabaaaarrr nak tggu bab seterusnya !. Nak nangis rasa sbb best sgttt ..
ReplyDeleteDeborrr . Uhuhu . hope publish time pbakl cm tpi. Gdluck !!
ReplyDeletehebat...cepat cepat siapkan HSC ye ...tak sabar nak tunggu ni
ReplyDeleteTerima kasih Ajell.
ReplyDeleteThanks anjell.....x sabar nak tunngu publish
ReplyDeleteCaiyokkkk sis
ReplyDeletebest..xsabar nk tggu..
ReplyDeleteUpdate cerpen pls huhu dptlerr hilangkan bosan sbb dah takleh baca HSC huhu
ReplyDeletetk sabar nk pegang HSC. Kak Anjell cepat2 siapkan tau.. hehe. aja.. aja.. fighting!
ReplyDeleteok buat baik2. pastikan buat yang tbaik. jgn tension2.
ReplyDeleteBuat yg terbaik! Goodluck! Hope cpt publish.. wink2.. hehe.. Papepun smoga berjaya!
ReplyDeleteHi Anjell,bila nk keluar buku ni... x sabar nk tahu citer Tengku Ian dgn Medina.
ReplyDeleteDa publish?
ReplyDeleteTak sabar nak tau ending... huwaaa
ReplyDeleteIan ni btul2 wujud ke ?
ReplyDeleteHehe just nk tahu
cerita ni sampai sini jer ker? sambungan dia...apa kesudahan cerita Medina? dia dpt jumpa ibu dia tak? apa reaksi farizam bila dpt tahu Medina adik kandung dia? aduhai.... :( tak sabar nak tunggu ending ni
ReplyDeleteTak sabar nak tahu kesudahan cerita ini
ReplyDeletetak sabar nak tegok episot baru malam ni
ReplyDeleteSalam. Saya telahpuna miliki novel ini 3 tahun lepas. lepas habis saya khatam saya pun sumbangkan kepada pusat sumber Jabatan saya. Tetapi malangnya novel ini telah dipinjam oleh orang lain dan dia telah buatnya macam harta sendiri. Salam :)
ReplyDelete