BAB
23
“Awak
nak perkenalkan saya kepada siapa?” soal Medina ketika mereka menghampiri pintu
masuk. Baru teringat apa yang dikatakan Tengku Ian tadi.
“Ayah
saya. Dia nak sangat jumpa awak.”
“Hah,
ayah? Taknaklah.” Medina terkejut. Gelabah.
“Jangan
risau la. Ayah saya okey je. Kenapa nak gelabah? Bukannya nak jumpa bakal
mentua pun.” Tengku Ian ketawa sekejap. Kelakar kalau tengok muka Medina
sekarang.
Medina
baru perasan. A’aa la.. yang aku gelabah macam nak jumpa bapak mentua ni
kenapa? Medina cuba bertenang.
Mereka
berdua melangkah masuk ke dalam dewan. Baru tiga langkah, Medina serius rasa
nak lari keluar. Segan bila semua mata bagaikan sedang tertumpu kepadanya.
Sebab dia berjalan dengan Ku Zam? Atau sebab tuksedo Ku Zam tersarung di
tubuhnya? Atau seronok cuci mata tengok Ku Zam yang macho berjalan?
Medina
pandang sebelah. Tengku Ian cuma selamba. Macam takde apa-apa yang berlaku.
“Just ignore, Medina,” nasihat Tengku Ian
perlahan.
Medina
cuba mengikut nasihat Tengku Ian itu. Pedulikan semua orang yang memandang
pelik kepadanya.
“Ayah,”
panggil Tengku Ian.
Tengku
Ismadi meminta diri daripada kelompok rakan sebayanya apabila mendengar
panggilan anaknya itu. Bergilir-gilir wajah Tengku Ian dan Medina dipandang.
Kenapa tuksedo anaknya itu dah bertuankan orang lain?
“Ayah,
inilah Medina. Dan Medina, ni ayah saya.” Tengku Ian memperkenalkan mereka
berdua.
Medina
dan Tengku Ismadi bertukar senyuman. Dada Medina tetap berdebar. Takut ayah
Tengku Ian tak sukakannya. Maklumlah sebab dia bukan jenis yang pemurah dengan
senyuman. Kalau orang tak kenal dia akan cakap dia sombong.
“Assalamuaikum..
err..” Haa.. apa aku nak panggil ni? Lagi Medina gelabah.
“Just panggil uncle Is.” Tengku Ismadi yang seakan-akan tahu menyampuk. Senyum
manis lagi.
“Kalau
nak panggil ayah pun, okey juga.” Sempat Tengku Ismadi bergurau sebelum ketawa.
Medina
turut senyum. Lega dengan keramahan Tengku Ismadi. Sangkanya Tengku Ismadi
seorang yang serius maut. Tapi melihat senyuman manis dan ketawanya, dia tahu
dari mana Tengku Ian mewarisinya.
“Cantik
kawan kamu ni, Ian,” puji Tengku Ismadi lagi. Sengaja mengusik anaknya. Tengku
Ian cuma selamba.
Tengku
Ian yang diusik, tapi muka Medina yang merah. Tengku Ismadi senyum lagi. Sejuk
hati melihat raut Medina. Bagaikan tak percaya akhirnya dia dapat juga berjumpa
dengan Medina. Selama ini dia cuba membayangkan bagaimana raut wajah anak gadis
itu berdasarkan wajah Ayana. Ternyata kenyataannya lebih cantik daripada
bayangannya. Punya senyuman seperti Ayana.
Tiba-tiba
hati rasa sedih. Sedih mengingatkan Medina yang tak sempat merasa kasih sayang
ibu kandungnya. Sedih kerana ibu kandungnya dah melupakan kewujudannya dan
abang kandungnya pula tak pernah tahu kewujudannya. Suatu hari nanti, dia akan
pastikan mereka bersatu.
“Uncle tak tipu, Medina. Medina cantik,
pasti ibu Medina juga cantik,” puji Tengku Ismadi lagi.
Medina
tertunduk. Pasti ibunya juga cantik? Sayangnya dia tak pernah tahu rupa ibu
kandungnya. Tiada foto, apatah lagi kenangan bersama arwah ibu. Hanya sebaris
nama. Itu pun sebab termaktub dalam surat beranaknya.
“Haip.. ayah! Dah.. dah.. report bonda karang!”
Ketawa
Tengku Ismadi meletus dengan kata-kata anaknya itu.
“Reportlah. Cakap kat sini ayah jumpa
ramai perempuan cantik dan muda-muda. Lepas tu cakap ada yang cuba nak mengurat
ayah. Dah lama ayah tak tengok bonda jealous.
Rindu pulak nak dengar dia membebel.” Baik punya plan ayahnya kasi. Tengku Ian ketawa.
Medina
di tengah-tengah turut tersenyum. Suka melihat kemesraan dua beranak itu.
Kelakar betul ayah Ian ni. Patutlah anak dia macam tu.
“Zam
mana, ayah?” soal Tengku Ian. Mata sedari tadi lagi mencari Farizzam. Tak
jumpa-jumpa.
“Tadi
dia cakap nak pergi toilet. Haa..
panjang umurnya. Itu pun dia. Kalau macam tu, ayah minta diri dulu la.”
Tengku
Ismadi kembali menyertai kawan-kawannya. Tak lama selepas itu, Farizzam datang
menyertai mereka pula.
“Gembira
aku sebab dah tak payah pasang lima bodyguard
bila nak pergi tandas.” Kata-kata Farizzam berbaur sindiran.
“Hiperbola
la tu. Aku pun tak pernah pasang bodyguard.”
Tengku Ian mencebik. Farizzam terus ketawa.
“Hai,
Medina,” tegur Farizzam.
“Hai,
Ku Zam. Eh..” Medina tepuk dahi. Apa aku nak panggil dia ni?
Farizzam
cuma ketawa. Pasti Medina rasa janggal tidak memanggilnya Ku Zam.
Tengku
Ian di tengah-tengah muncul idea baru.
“Hmm.. korang dua orang berborak la dulu.
Kejap lagi aku datang.”
Tengku
Ian terus berlalu. Sengaja memberi peluang kepada mereka untuk berbual.
---------
“It sounds a bit funny but I’m no longer be Ku
Zam. And, the funnier is I’m still Zam. I’m Farizzam.” Farizzam
memperkenalkan dirinya secara rasmi kepada Medina.
Medina
cuma tersenyum manis. Terlucut je pangkat Ku Zam daripada Farizzam, anehnya dia
rasa selesa dengan lelaki itu. Betullah apa yang Tengku Ian kata. Sebenarnya
pangkat Ku Zam itu adalah satu halangan kepadanya untuk berbual mesra.
“Giliran
saya pula untuk minta maaf sebab menipu selama ni. Walaupun Ian cakap semuanya
salah dia, saya pun turut bersubahat. Sekali lagi saya minta maaf,” kata
Farizzam pula.
“Takde
apa yang perlu dimaafkan. Saya tak rugi apa-apa pun.”
Amboi,
Medina.. pandainya kau bercakap. Padahal tadi rasa nak putar-putar je kepala
Ian sebab menipu.
“Keluarga
awak mesti marahkan saya, kan? Saya rasa saya kena officially minta maaf dengan mereka.”
Medina
diam. Marah ke ayah dia nanti? Ayah dia tak tahu, tapi bini ayah konfem meledak
punya. Menantu tak jadi bukan Ku Zam rupanya. Entah-entah besok meroyan
menyanyi lagu bertajuk ‘Pelamin angan anakku musnah’. Masa Tengku Ian bagi
ucapan tadi, bukan tak nampak luas mulut dia melopong. Kalau lalat masuk,
grenti sesat dalam perut.
Puteri?
Walaupun hati tengah marah tadi, sebenarnya dia puas hati tengok muka kalah
Puteri. Itulah.. kalau dah niat tak bagus, jangan ingat senang-senang nak jadi
nyata. Bukanlah nak bangga Ku Zam yang sebenar rapat dengan dia, tapi seronok
bila dia maju bertapak-tapak dari kakak tirinya itu.
“Buat
apa nak marah? Kalau marahkan awak, samalah macam marahkan Ian. Saya tak rasa
mereka berani marahkan Ian. Lagipun, awakkan anak angkat Tengku Ismadi yang
hebat.”
Dulu,
selalu Tengku Ian cerita macam mana kasih sayang Tengku Ismadi kepada anak
angkatnya. Macam mana tak percaya Ian anak angkat Tengku Ismadi kalau dia
bercerita seakan-akan dialah anak angkat itu.
“Ya..
ayah memang hebat. Tengoklah Ian sekarang ni. Muda-muda dah berjaya. Like father, like son,” puji Farizzam.
Senyum
dia memandang ke arah Tengku Ismadi dan Tengku Ian yang berada beberapa meter
dari mereka. Sedang ketawa di tengah-tengah kelompok usahawan berjaya. Beberapa
orang dia dah kenal hasil daripada menjadi Ku Zam dulu. Beberapa orang lagi
baru diperkenalkan ayahnya tadi.
“Kenapa
tak join dorang?” soal Medina yang
turut menoleh ke arah yang dipandang Farizzam.
“Saya
bukan salah seorang daripada mereka..”
Medina
pandang Farizzam.
“Oh,
ni bukan ayat melodrama atau apa ya. Maksud saya, saya kalau boleh taknak terlibat
dengan business ni.” Farizzam berkata
lagi. Takut Medina salah faham.
Menjadi
anak angkat Tengku Ismadi tak pernah buat dia rasa terpinggir. Tengku Ismadi
sangat sayangkannya. Sama seperti Tengku Ian. Sehinggakan dia rasa bersalah
kepada Tengku Ian kerana terpaksa berkongsi kasih sayang yang serupa daripada
ayah kandungnya. Tapi, Tengku Ian tak pernah kisah. Ya Allah.. sesungguhnya
mereka sangat baik.
“Saya
pun. Saya tak suka majlis-majlis macam ni sebenarnya. Baik duduk rumah, layan
cerita,” jawab Medina.
“Tapi,
kenapa awak datang juga?” soal Farizzam.
Kenapa
dia datang? Sebab Tengku Ian nak dia datang. Takkan nak cakap macam tu kut?
“Sebab..
saja.”
“Saja
atau Ian yang suruh?” Soalan menjerat daripada Farizzam.
Tengku
Ian dan Medina bagaikan punya hubungan sesuatu. Tengoklah sekarang ni. Tuksedo
Tengku Ian berada di tubuh Medina. Dan lelaki itu selamba cuma dengan baju
kameja putihnya. Nak tanya, tapi macam bukan urusan dia. Pasti sesuatu dah
berlaku pada Medina.
Medina
tak tahu nak jawab apa. Farizzam pun tahu ke?
“Dalam
ucapan Ian tadi, kawan yang dia maksudkan tu, mesti awak, kan?”
Medina
angkat bahu.
“Entah.
Tanyalah Ian.” Medina taknak mengulas. Bunyi soalan Farizzam dah lain macam.
Macam syak dia dan Tengku Ian punya hubungan lain atau kalau nak lebih
spesifik, tengah bercinta.
“Dan
gadis yang dia maksudkan yang tersepit dalam dunia yang penuh ketidakadilan tu
pun awak ke?” tanya Farizzam lagi.
Wajah
Medina dipandang. Dibandingkan dengan kali pertama mereka bersua dulu. Medina
sekarang nampak lebih mesra. Kalau dulu, wajah Medina bagaikan ada masalah.
Kalau Tengku Ian maksudkan Medina, maksudnya hidup Medina tersepit. Tapi
kenapa? Yang dia tahu Medina punya keluarga tiri. Memang nampak terang-terangan
Medina tak sukakan kakak dan ibu tirinya. Baginya itu cuma biasa jika anak
tunjukkan protesnya. Lagipun Medina pun pernah mengaku padanya dulu.
Atau
sebenarnya ada sesuatu yang buatkan Medina jadi macam tu? Layanan keluarga
tirinya yang teruk? Tapi dia nampak Datin Mawar dan Puteri sangat sayangkan Medina.
Puteri pun selalu cakap dia sayangkan Medina. Tapi itu hanya di sebelah pihak. Di
depan dia. Kalau belakang dia? Pasti ada yang tak kena. Kenapa baru sekarang
dia terfikir?
“Saya
rasa dia maksudkan orang lain. Saya pun tak faham apa yang dia maksudkan
sebenarmya,” dalih Medina. Cukuplah Tengku Ian sorang yang tahu. Dia taknak menjaja kisah keluarganya pada orang
lain pula.
“Oo..
ya ke? Saya ingat awak.” Farizzam sekadar berbahasa. Dalam hati dia yakin
Medinalah orangnya.
“Nak
tahu satu rahsia tak?” tambah Farizzam lagi.
“Apa
dia?”
“Ian
ni ramai kawan perempuan. Sebab dia peramah, jadi ramai perempuan yang suka
dia.”
“So?” soal Medina. Ingat dia nak cemburu
ke?
“Tapi
saya tak pernah nampak Ian seserius ini bila berkawan dengan perempuan. I think he likes you, Medina.”
Tergamam
Medina yang mendengar. Riak muka dikawal supaya tenang.
“Please don’t tell him. He will kill me.”
Medina
ketawa dibuat-buat.
“Buat
apa nak cakap. Bukan betul pun. Kami kawan je la.”
Jam
Rolex di tangan kiri dikerling. Farizzam terkejut bila dah pukul 11.45 malam.
“I think I have to go now.”
“Kenapa?”
“Because I am Cinderella. I have to reach
home before midnight.”
Kemudian
Farizzam ketawa. Medina sempat sengih. Cinderella Cinderella jangan sebut ya! Lempang
karang.
“Takdelah.
Sebab besok saya kerja awal pagi,” jelas Farizzam.
Oh,
lupa! Hari ni identiti mereka dah bertukar. Maksudnya Farizzamlah yang
sebenarnya adalah juruterbang. Patutlah dulu di Pulau Perhentian, jarang-jarang
dia ada. Tengku Ian pula yang selalu ada. Pernah juga dia bertanya kepada
Tengku Ian. Tengku Ian cuma cakap dia cuti. Tapi, bila difikirkan balik, memang
lelaki tu tak menipu pun.
“Terima
kasih sudi berbual dengan saya malam ni, Medina. Takdelah saya kena layan
mereka semua bercakap pasal business,”
tambah Farizzam lagi.
“Sama-sama,”
balas Medina.
Dia
pun berterima kasih sebab Farizzam sudi layan dia. Kalau tak memang asyik fikir
katil kat rumah je la. Bosan. Malas nak bergaul dengan orang kat sini. Tak kena
dengan jiwa.
Tak
lama selepas itu, Farizzam meminta diri untuk berlalu. Katanya nak memberitahu
ayah dan abang angkatnya terlebih dahulu sebelum balik. Dan dia? Farizzam dah
nak balik jadi dia tercengang-cengang di tengah-tengah alam ni. Bila pandang
Tengku Ian, tengah seronok berbual dengan rakan-rakan perniagaannya. Pandang
pulak keluarga dia, tengah bercakap dengan entah keluarga datuk datin mana.
Malas
nak masuk campur. Bawak diri lagi bagus. Pandai la dia hilangkan kebosanannya.
Kalaulah ni siang, memang dia dah merayap ke Pavillion.
--------------
Medina
cuma memandang sepi air kolam yang tenang itu. Cuma dia bersendirian. Yalah..
siapa je yang normal cari kolam bila jam menunjukkan hampir 12.00 tengah malam?
Orang lain mungkin dah diulit mimpi. Tapi dia pula terpaksa menunggu sehingga
majlis tamat.
Tengah-tengah malam macam ni,
tiba-tiba rasa sejuk bila angin malam bertiup. Terus Medina rapatkan tuksedo
Tengku Ian ke tubuhnya. Semerbak bau aroma minyak wangi yang disembur Tengku
Ian pada tuksedonya itu.
Medina
mencium bau tuksedo Tengku Ian itu. Wangi. Wangian sama yang selalu dipakai
Tengku Ian. Tertanya-tanya jugak dia, minyak wangi apa yang dia pakai? Sekali
lagi Medina menundukkan wajahnya.
“Wangikan?”
Nasib
baik tak terjun kolam lepas dengar suara itu. Kus semangat bila tiba-tiba suara
garau datang menyergah. Medina urut dada. Bila pandang sebelah, nampak Tengku
Ian yang tengah ketawakannya. Geram! Nasib baik Tengku Ian. Kalau makhluk lain?
Tapi..
Wangikan? Terus muka rasa merah. Err..
dia nampak apa aku buat tadi ke? Malu tapi Medina tayang muka selamba. Bahaya
betul mamat ni. Selalu dia kantoi dengan Tengku Ian.
Tengku
Ian duduk di sebelah Medina. Turut menghadap kolam renang.
“1
Million.”
“Hah?”
Medina tak faham. Tengku Ian senyum lagi.
“Minyak
wangi yang awak tak puas nak cium tu. Nama dia 1 Million. Wangikan?”
“Oo..”
Medina tak tahu nak cakap apa.
Tapi..
minyak wangi yang awak tak puas nak cium? Grr..
Aku cekik jugak mamat ni karang! Ada je modal nak mengusik orang. Senyum..
senyum.. Sakit hati tengok!
“I found you.” Tengku Ian mengerling jam
di tangan kirinya. “Exactly at midnight,
fortunately the prince found Cinderella, not her shoe.”
Tengku
Ian senyum, Medina mencebik. Kenapa malam ni semua cakap pasal Cinderella
dengan dia?
“Am I that pity? To be called as Cinderella?”
tanya Medina. Ingin tahu.
Siapa
tak tahu kisah Cinderella? Jadi wayang dah berapa kali. Dalam buku cerita tak
payah cakaplah. Macam-macam versi. Tapi semuanya pasti kisah yang sama.
Cinderella, gadis yang kesian sebab dibuli oleh keluarga tiri. Hidup Cinderella
yang sedih.
Macam
kisah hidupnya yang sebenar. Cinderella alaf 21. Dia ni.. kesian sangat ke?
Sampai mengundang simpati orang macam Tengku Ian?
“Wrong question, Medina. Am I that lucky to
be called as Cinderella? Tu baru betul. Sebab Cinderella adalah seorang
yang cantik, baik hati dan yang penting akhirnya dia dapat kahwin dengan anak
raja. Mungkin satu hari nanti, ada anak raja ketuk pintu rumah cakap nak kahwin
dengan awak?”
“Bab
mengarut nombor satu.” Medina mencebik. Nak tergelak pun ada. Yang nak sedih
pun terus tak jadi. Tengku Ian turut senyum bila dapat mengubah mood Medina.
“Macam
mana boleh ada kat sini?” soal Tengku Ian. Lupakan Cinderella.
Lega
bila dah jumpa Medina. Dari tadi lagi dia mencari Medina. Medina ni selalu buat
orang risau. Selamba datang merayau-rayau kat kolam renang ni seorang diri.
Jumpa pulak budak ni jalan ke sini. Dan lepas pulak dia masuk sini.
“Saya
bosan tadi. Saja jalan-jalan sementara menunggu nak balik. Anyway.. macam mana awak tahu saya kat sini?” Medina pelik. Hotel
ni luas.
Tengku
Ian senyum lagi. Macam mana dia tahu?
“Saya
ikut bau saya ke sini.”
“Ya
ke?”
“Takdelah. Saya ikut sixth sense.”
“Cakaplah
betul-betul.” Medina agak bengang.
“Betullah. Naluri. Awak suka air. Awak suka
tasik, awak suka pantai dan saya rasa awak pun mungkin suka kolam. Sebab tu
saya cari awak kat sini,” jelas Tengku Ian. Dan tekaannya betul. Dia jumpa
Medina.
Medina
terdiam. Betul apa yang dikatakan Tengku Ian. Dia sukakan air. Tak tahu kenapa.
Mungkin nampak tenang. Masalah pun boleh hilang. Sifat air itu sendiri adalah
menyucikan. Tapi tak sangka Tengku Ian perasan.
“Awak
tu pulak macam mana boleh ada kat sini? Majlis ni majlis awak. Awak tak boleh
sesuka hati tinggalkan majlis. Saya takpe.”
“Dalam
hotel besar ni, ada satu tempat yang dipanggil tandas. I excused myself. Mungkin dalam dua puluh minit?” jelas Tengku Ian.
“Habis
tu kenapa datang sini? Sini tandas ke?” perli Medina. Pergi tandas sampai dua
puluh minit? Aku yang perempuan ni pun tak macam tu.
“Saya
cari awaklah, Dee.” Medina ni.. tak faham-faham lagi ke?
“Kenapa
cari saya?” Medina pelik.
Kenapa
cari Medina? Kalau Tengku Ian jawab sebab rindu, rasanya hari ni ubat rindu tu
dah dinaik taraf jadi wadges kat
dahi. Haha.
“Sebab
saya risau la. Saya ingat awak dah balik. Tapi saya nampak keluarga awak masih
kat dalam. Saya dah agak dah awak pergi merayau-rayau. Awak ni takde perasaan
takut ke, Dee?”
“Nak
takut apa? Hantu?” tanya Medina balik.
“Bukanlah.
Awak tak takut ke kalau tiba-tiba je orang culik awak, bawak masuk mana-mana
bilik hotel?”
“Awakkan
ada. Awak mesti akan cari saya, kan?” Soalan itu sebenarnya adalah satu
gurauan. Tapi bila matanya berlaga dengan mata cantik Tengku Ian, Medina jadi
malu sendiri. Segan dengan pandangan Tengku Ian yang lain macam.
“Of course I will.” Yakin!
“I think he likes you, Medina.”
Terngiang-ngiang pula kata-kata Farizzam tadi. Argh.. damn! Tak sukanya dia. Tengku Ian tak pernah cakap apa-apa
pun jadi jangan nak fikir lebih-lebih.
“Eh,
dah pukul berapa ni? Mesti majlis dah nak habis. Jomlah masuk dewan balik. Berdua-duan
kat sini, tak pasal-pasal kena cekup,” ajak Medina. Berdua-duaan di tempat
sunyi macam ni pasti mengundang fitnah.
“Biarlah
kena cekup. Kalau kat Malaysia, lepas kena cekup dapat kahwin free, kan?” Tengku Ian berjenaka. Sekali lagi Medina mencebik.
“Awak
kahwin sorang-sorang. Saya nak kahwin dengan anak raja yang datang ketuk pintu
rumah saya.”
Tengku
Ian melepaskan tawanya. Ada-ada je Medina ni.
Medina..
awak lupa satu benda. Saya ni pun anak raja, tahu?
------------
ALKISAH SATU CERITA YANG MENYAYAT HATI...:
Assalamualaikum.. Sy ingin memaklumkan sesuatu kepada pembaca-pembaca blog saya. Dengan dukacitanya saya ingin memaklumkan facebook ANJELL HOMOSAPIEN dah menjadi arwah. Bukan saya yang deac tp tak tahulah entah apa Mark Zucheberg tu dengki dgn saya. Haha.. Since ramai yang bertanya kenapa, meh sini saya cerita..
Suatu hari, di tengah hari yang tak berapa nak panas, sy buka fb n then tertera confirm name for FB Anjell Homosapien. Then, saya tertekan Confirm (ingatkan cam biasalah kan cam survey2 FB yg lain). Dijadikan cerita, tok confrirmkan, Abangda Mark td mintak kena upload ID, or lesen or pape identiti yang menunjukkan name Anjell Homosapien sbb katanya nak bagi kengkawan tahu depa tengah berhubung ngn orang betul. I feel like.... what the???? memang tak ah nak upload ic. Nak sama dengan name Anjell Homosapien plak dah. Dan, saya tahu lepas tu fb tu memang sodakallahulazim selagi saya tak confrimkan benda2 tadi.
Saya rasa macam nak menangis n feeling like, why asking me that sort of confirmation??? Aku ada buat jahat ka??? Politikus ka??? Hasutan ka?? DAMNNN... And now, i lost that FB. Sorry guyz.. especially yg add sy khas tok follow cerita2 saya. Janganlah ingat saya merajuk, apatah lagi berjauh hati sampai nk deac FB bagai. Just know that YANG DEACT ACC FB TU BUKAN SAYA HOKAYY???
Maka, dengan itu... facebook ANJELL HOMOSAPIEN II menjadi fb rasmi saya lagi. Feel free to add me to follow my stories or simply click like at my fb page, ANJELL NOVELIS...
Sedih?? Sy berjuta juta juta lagi rasa sedih. Tak hilang2 lagi rasanya.. And now, i feel like a new writer. Saya harap kengkawan fb tu terbaca blog ni. Maaf jika ada yang tercari2 n takleh nak tag saya..
Anyway, ada ke sesiapa yang pernah jadi macam saya?? FB minta confirm name? Sampai sekarang tertanya2, kenapa tetiba dia nak tanya??? Sedangkan my personal Fb (name sebenar tp tak guna nama sebenar pun) yang lebih lama dari fb tu takdak pulak nak tanya. Sakit ati aihh... Kalau sesiapa tahu ada cara untuk revive fb tu, tolong beritahu saya. SESUNGGUHNYA SAYA AMAT SAYANGKAN FB TUUUU...
Sekian..
Seriously sweet habis citer ni...saya suka sgt2 tahap tak ingat<3..
ReplyDeleteKesian kak Anjell..maaf sy tidak dpt membantu :'(
Seriously best sngt n0vl2 akak . Kdang2 bca smpy 2/3 kaly n x b0sn klau nk ulang .
ReplyDeleteAnjelll akak sukaaa sgt2 HSC ni..semoga idea anjell mencurah2 utk siapkan cerita HSC ni
ReplyDeleteFb jd cmtu sbb ada org yg cuba buka akaun fb anjell n ada jgak yg hantar report...report ttg apa..xtaw la kn...huhuhu...apa2 pown..kipidap...dont gibab...😁
ReplyDeletebest..
ReplyDeletebest 3x.
ReplyDeletesalam anjell,
ReplyDeletei dont know how to revive, but ada artis i follow (Liam 1 direction) pernah faced this sort of things long time a go untk twitter or insta x egt, dia jd mcm tu sbb rmai fans try to be him (masuk email and guess the password, )
then bila rmai sgt jd pswd error hence comes the confirmation tinggy.
but if im not mistaken, he did gave his ID etc..
Wslm.. i can give the id if they want. But to match the id n Anjell Homosapien, mmg xde la. Sah2 la name kat id lain nanti. Kalau btol mcm yg awak ckp that someone tries to be me.. waa.. that's so shit!! Tau saper, siaplah
Deletehaha, tp tau lah if case tu same dgn awk tak..mcm dorg kan slalu kne hack kan.. tp if somebody tries to be u ape pon die boleh buat kan..readers msti lg tau ur way of writing ;-)
DeleteBest...
ReplyDeletekalo sye tahu godam fb tu..sye dah buat dah... sabar ea...sangka baik..ade hikmahnye... ^_^
ReplyDeleteNo wonder la can't see the latest entry from U dkt FB tu...
ReplyDeleteApe2 pn, mmg follow Ur blog n novel since Eksperimen Cinta till the latest one...
semua novel anjell best2...
ReplyDeleteNo wonder menyepi lma dr fb.. huu..nsib baik slalu bukak blog sis..kalu x.. tak tau crite kenapa menyepi..huu
ReplyDeletesbb ada dua id anjell..klw nk buat fb, x boleh nama sama,,kawan saya pun buat 2 fb..cth Cik Sheila dan Cik Sheila II..yg dia, fb Cik Shiela II hilang..
ReplyDeleteOh ya ke? Sy tengok ramai je yg buat macam tu yp okey je?? Tp sy ad perasan gak fb seorang tu lagilah sebijik nama macam saya Anjell Homosapien.
DeleteNasib tak baikah tu. Nak kata apa lg ye.
DeleteBest....hope akak teruskn
ReplyDeletenasib baik hari terjengah blog... pastu tgk dah 3 hari upload bab baru... dok fikir gak.. "dah lama sgt ke akak x bukak fb, rasanya tiap2 hari bukak" haha rupanye mmg x wujud pun dlm fb.. x pe anjel, everyday akak bukak blog lps ni.. hihi..
ReplyDeletebila putera raja nak ketuk pintu umah...??? :)
Penantian demi penantian..
ReplyDeleteI really2 lke it!!!...sweet sesangat..
ReplyDelete